Sunday 23 September 2012

Teruskan

Assalamualaikum

Seram sejuk.Sejuk gila dengan kipas yg dipasang penuh,berseorangan di meja makan sambil bertemankan suara orang menjerit pepagi buta.Lalu,hatta desiran angin terasa seksa,detikan jam disangka puaka.Melihat kiri,ada bayang.Melihat kanan ada terang....zzzz......

Motif skrip sedemikian rupa saspen masih misteri.Begitulah jua misteri kehilangan aku di alam blog akhir2 ini.

Sebenarnya aku busy.Busy benar aku sebenarnya.Busy itu sebati dgn aku.Sebusy aku,busy lagi aku dikala busy yg lebih busy.

Sudah2 lah meroyan.Kasihan juga melihat blog lama tak diusik.Biar pun follower sudah mencecah 50,aku masih enggan untuk teruja untuk melompat lompat girang secara pukal dan drastik.Malam ini sunyi,Qbear n Arep dah tidur awal.Taufiq,Mahdi,Naim n Imran balik rumah seakan akan lupa aku mmg penakut dan perlukan pelukan manja mereka.Jadi,update blog pukul 2-3 pagi agak syahdu dan effisien bunyinya.

*abaikan skrip yg aneh.

Baru 2 minggu ak di UiTM sungai buloh.Malas pula aku nak cerita2 pasal kat sini.Banyak aktivitinya tapi lebih tegar jika aku merakus n meredah aksi ganas tersebut di dalam GeBU yg telah diabaikan itu.Tunggulah lagi 2-3 hari aku update kalau rajin.Ada cerita sentap,tapi sentap juga aku semakin busy dan pemalas.

Respiratory baru habis but Year 2 baru sahaja mula.Lebih kepada pathology,diseases n treatment curiculum tahun ini.Agak tough.Buktinya PT hari tu,mmg aku berjaya melunaskan hutang untuk merapu dikala aku sedikit gila di siang hari pada waktu tersebut.Memang feeling.Biarlah,aku tahu takat mana aku usaha.Takat mana aku berdoa.Biar Allah yg tentukan segalanya.....tapi aku nak cuak jugak.

*next module adalah CVS yg killer ntah pape n aku paling benci mendalah ini merepak sana sini.


Diplomacy.Sentap gila dasyat lagi mentally traumatized ak dgn word ini.Sungguh berangin lagi memukau nasib dan mencarik2 bisik sang musafir lalu yg lemah longlai gemalai dibedil ratusan kata2 sindirin bersulam lawak jenaka.Itulah juga sang musafir yg dipaksa bermusafir tanpa berkasut jua senjata,diheret ke kancah air mata pengorbanan.Sedikit demi sedikit mencari sokongan.Sediki demi sedikit mencari pengalaman.Senyum sahaja.Sabar sahaja.Moga Allah bersama beliau...=)

*i just need a lil bit of support.

Hidup sebuah perjalanan.Terkadang di atas,terkadang di bawah.Sesekali terlajak,sesekali tersedar.

Itulah 'permainan'nya bagi hamba Allah yg biasa.Menyantuni semua sikap orang sekeliling amat payah tapi bukanlah mustahil.Sabar ada jawapannya.Menelan segala realiti penerimaan n layanan balik amat perit tapi bukanlah mustahil.Ikhlas ada jawapannya.Yang utama,pada diri.Hanya perlu jadi seorang hamba Tuhan yg berpijak pada realiti.Berusaha untuk lakukan g terbaik dalam segalanya.Itu yg aku cuba..InsyAllah.

Terkadang terasa asing.

Bila sudah terhantuk,maka sentap reaksi susulan.Lalu,kembalilah kepada Siratol mustaqim.Ada ketenangan dalam setiap kedukaan yg pasti.Terkenangkan kpd keluarga tercinta,menatap sahabat yg tercinta,menstalker 'X' yg tercinta sedikit sebanyak membawa aku kepada pangkal.Motivasi barangkali...^^



Kamil
1)Aku tak bajet nak tacink malam ni.Tetibe pulak.
2)Group PBL kena pecah n dapat yg baru.Sedihnya...T.T
3)Malam ni aku curi bantal kekabu taufiq.2minggu lebih aku tahan nk cuba.Lol
4)Nanti aku buat entry pasal kahwin kakak aku.Tengah kumpul bahan bukti
5)Sebenarnya banyak entry yg aku draft.Mostly,yg bersiri.Tengah cari masa yg sesuai.
6)Esok kenduri rumah Mahdi kat selayang.Ukhwah fillah ya akhi ^^
7)Akhir sekali,maafkan segala dosa dosa ku ini....=)




otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday 11 September 2012

Wordless Wednesday #23

No point .


Kamil:
1)Still looking for a reason why Ammar Rahman used my name as contoh...=,='
2)Year 2 curiculum quite tough.That's all my comment for now.



otak aku berfikir secara kritikal..

Friday 7 September 2012

Jejoget Gangnam Riang.Hello USB!

Assalamualaikum

Tahu apekah Jejoget Gangnam Riang itu tuan tuan ?Misteri bukan ?

┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌ ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌ ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌

Jejoget diatas tadi adalah logo.Barangkali itu hanya firasat hikayat teori aku yg ntah pape syok sendiri.Sengaja aku taruk jejoget itu sebagai trademark.Comel semacam,mmg kena balon ngan aku memalam camni.Sebenarmya jejoget ni fenomena bawaan Tetaufiq Jejoget satu tika dahulu.Kini,kembali dgn nafas baru!Ewah!Hungga hungga! *kejadahnya =,=' 

Sebelum aktiviti meroyan malam ni semakin tragis,apa kata aku surutkan resah misteri apakah Jejoget Gangnam Riang (JGR) itu.Sebenarnya JGR itu nama rumah aku di UiTM Sg Buloh nanti.Semua ini angkara otak cerdas penuh kreatif Arif Sahimin yg tetibe menimbulkan idea nama aneh sebegini tika kami rancak sembg di ruang chat tempoh hari.Atas pemikiran rasional,lantas ak ambil nama aneh itu utk dinamakan rumah(page kat FB) kami di USB nti.Aku masa tu tgh desperado nk cari nama best,tetibe nama itu menyentap jiwa raga.Nampak motif aku di situ?

**Bukti bergambar
Sekarang semua nak cerita pasal USB.Di Facebook,sibuk post "waa,xnak blik kolej","Ala,nak sambung cuti lg boleh x?" n etc,namun dalam hati lain pula ceritanya.Di twitter makhluk2 ganjil yg jarang kelihatan sebelum ini,semakain tegar beraksi cemerlanag bergaya dgn tweet yg hangat dan sarcasm pasal USB.Belum lg cerita saudara baby dgn impian MyVi comel beliau.So,USB??Ya USB(Uitm Sg Buloh),tempat baru yg menjanjikan seribu macam lagi memori indah ragam rencah rencah kehidupan onak duri segala.Selepas USA berjaya meniggalkan kesan mendalam penuh sadis,aku amat yakin eksaited yg menyelinap masuk dlm sanubari kalian (#gengmbbsuitm) adalah petanda momentum yg rakus utk beraksi kelak.Sabar,saat itu pasti mengancam!

UiTM Sg Buloh.Bakal menggamit memori
Alhamdulillah,JGR berjaya mengutip sembilan ahli nya ohsem2 (juga hensem) belaka.Masing2 ada potensi yg diperlukan utk melengkapi antara kami satu sama lain.Merekalah insan2 bertuah yg akan bersama aku lagi utk 2 sem yg pastinya.Moga,ada keberkatan di situ.Uhibbukum fillah...=)

1)Taufiq (My roomate ^__^)
2)Arif (Genius/Gedung Ilmu/A star)
3)Qbear (Stalker/Hacker/Gamer)
4)Mahdi (Sang Murabbi)
5)Naim (Model[?]/Joker)
6)Abang Hafiz (Abang long)
7)Abang Ashrof (Abang Ngah)
8)Imran (Bigboss)

Selamat berdaftar ke USB esok,guys!Enjoy the journey~ :D

Kamil
1)Sentap dgn pic kat belog topek.Haha..USA to USB
2)Kami dftar ahad,mmg sesak la dgn bebudak first year.
3)Tahniah buat Faci2 MDS from our fac.Salute u guys! *esp:Im,our bigboss =)




otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday 5 September 2012

Selamat Hari Raya!Eh,ada lagi ea?

Assalamualaikum

Rumahku Syurgaku =)
Lama jugak aku tak update.Sudahlah cuti dihabiskan dgn aktiviti sia-sia.Keji sungguh.Paling kurang kalau aku dpt kongsikan sesuatu buat kalian ada baiknya bukan?Wahai kawan,mari bersama saya .

Aku sengaja testing skema bagai sekejap.Lama tak cuba.Kejadah la aku meroyan yang aku pun tak paham mendalah ape merepek.Nak buat entry baru mesti aku merepek kejap mula2.Entah,aku pun tak pasti ni trademark atau meroyan malam.Mana pemikitan kritis kalian?Ayuh bincangkan.

Kali ni nak cerita raya la pulak.Aku banyak jugak cerita lain sebenarnya.Tapi takpe,biar aku simpan draft dulu since aku pun semakin gemuk lately ni (sumpah xde kaitan).Oleh sebab ada anasir2 luar yg semakin tegar stalker aku siang malam menjelang tamatnya syawal,ada baiknya aku surutkan resah beliau.Plus,aku pun nak juga belagak raya versi aku kat korang semua.Apa barang orang sume upload photo siap edit instagram segala tapi aku still papa kedana ketinggalan zaman dok meneggek xbuat apa.Apa kes meh?Belagak sekali dua cool jugak ape.Wah,kali ini keji itu semakin membiak.

*banyak jugak ak nk voice out opinion pasal 2-3 perkara.Kritik,tegur,etc dalam blog je la aku mampu.Entry lain aku la taruk

Mari beraya!~

Raya pertama
Tipikal pagi raya.Bangun pepagi gi mandi.Makan kejap sementara kakak aku setel gosok baju bagai.8.15 baru ke masjid since solat sunat raya mula pukul 8.30.Normal la last minit.Balik masjid sambung makan pastu gi dapur masak ape patut.Spaghetti!

a happy family
Sesi bergambarr yg penuh lakonan dan aksi over di sekitar
 ruang tamu rumah,pagi raya.
 Setel saudara mara datang beraya rumah dan upacara maaf bermaafan.Pergi rumah sebelah pulak yg merangkap saudara mak aku.Keluarga Opah Wah.Last sekali baru pergi kampung seberang beraya rumah keluarga Opah Nyah,kakak opah aku.Balik rumah dah zohor.Lepas solat aku terus tidur akibat kecewa gila duit raya hari first dpat dua tiga posen.Sadis.

Lepas asar baru bergerak ke kuala kangsar.Beraya rumah sanak saudara belah abah pulak.Sampai rumah sudah malam.

On the way ke KK.
Raya kedua
Raya kedua tak pergi mana2 pun.Orang datang beraya rumah ramai.So,aku duduk rumah layan cerita kat tv.Kejadah betul cerita 'zizan n aaron beraya sampai pengsan.Habis hilang sifat sopan santun aku.Banyak jugak cerita lain yg dilayan.Aku pun dah lupa.Kalau berilmiah aku ingat la skit.Amboihh..

gambar hiasan.tiada motif
Raya ketiga
Pergi balik ke kuala kangsar.Kali ni rombongan dgn family belah emak dari ipoh.Pergi dekat 5-6 buah rumah jugak la.Orang bandar masuk kampung,jumpa sungai pun nak eksaited.Dah la cetek pastu busuk.Meroyan ape ntah nak eksaited jugak.Tapi best jalan2 ngan cousin.Beraya rumah orang pun bukan aku kenai sgt,yg tua-tua je la sembang.Kitorang buat sama ada dua.Kalau bukan melantak lauk,gi main kat luar.Ntah pape.

kemain eksaited masuk kampung.
Saudara mara !
Raya Keempat
Buat kali ketiganya,pergi lagi beraya ke ke Kuala Kangsar.Pergi awal pagi,balik dah tgh malam.Nasib baik ipoh ke KK agak dekat.Ditambah pula abang aku agak misteri dan aneh semakin rajin drive secara solo sepanjang tempoh tersebut.Maka,haruslah aku tika itu terasa agak cool lg enjoy segala.Kat sana,beraya rumah saudara jauh,keluarga Amir Harun.Aku pun xkenal spe.

Habis kat kuala,terus beraya keluarga tiri mak kat manjung,keluarga besar Al-Marbaui.Macam reunion tiri-tiri belaka la.Tapi aku melepak ngan cousin rapat aku je la.Tiri-tiri dan mendalah yg berkaitan kurang berminat akibat melantak lemang punya pasal.

Raya kelima
Khamis hari mmg full.Family aku mmg ade plan raya.Tapi terpaksa aku tak involve sebb ada hari penting waktu tu.Kawan aku masa sekolah yg pertama bergelar suami orang.Untung la belajar jordan.

Adat la member kawen,lepas jeles pastu tension senyap2,jumpa la pengantin kejap.Ucap tahniah dan doa2 ape patut.Barakallahu lakuma.Paling teruja sebenarnya reunion dgn member sekolah dulu.Peh,perut2 ke depan belaka.Aku agak paham situasi mereka.Usia menjelang 20an,mmg nafsu makan agak meliar melewati tahap homeostasis.Ehh?

Reunion batch47 @ walimah Iezwan Ilyas dan Widad ^^
Alang2 dah jumpa,beraya la terus rumah2 cikgu dan kawan2 sekitar ipoh.Best betul.Terkadang syahdu juga.Entah mengapa...

Ziarah dan beraya di rumah cikgu Hayati dan cikgu shidah
Dan last sekali,konvoi tdi berakhir dgn beraya di rumah aku sebagai pit stop terakhir.huhu..Alang2 dah tau jalan,nti datang kahwin akak aku ya?=D

Aksi aksi berahi di sekitar ruang tamu rumah menjelang maghrib.
Letih.Seharian drive dan beraya.Letih kegembiraan dan berbaloi kalau dalam ayat penulisan BM.Kaki mmg dah kejang,perut dah penuh,mata dah mengantuk.Tapi aku ada lg open house rumah Pak Cik malam tu.Layan je la mana patut.Tak habis lg majlis,aku cari port best,tido kejap.Zzzz...

Raya keenam 
Holy friday!Solat jumaat macam biasa.Mood raya pun semakin hilang.Petang tu teman mak shopping Mydin.Malam pulak Pak Su Zainal dtg beraya kat rumah.Anak dy comel gila.Dapat cubit 2-3 kali mmg mcm layan lolipop masa korang dajah 2 dulu.

Alisya =)

Lepas family balik,bergegas pulak ke open house rumah Pak Su Hofni.Terlepas baca Yasin Tahlil bagai.Anak dy nak amik UPSR.Sampai2 terus makan,pastu balik.

Raya ketujuh
Peh,sampai jugak raya ke tujuh.Aku sebenarnya dah mengantuk gila nak tulis.Pemalas nak mampus tapi peduli ape aku?Ok,raya ketujuh pergi ke utara.Alang2 nak hantar adik aku balik matrik dy kat Kedah,singgah la rumah kawan2 mak aku kat Alor setar n Penang.Dapat jugak mak aku passing kad kahwin akak aku.Lega katanya dah setel distribute.Sampai rumah pun dah malam.Aku tertido dalam kereta.Bajet nk teman akak aku yg jd driver bertugas.Pemalas lagi...=,='

Okey,cukup la tu seminggu punya cerita raya aku cover.Melalut lagi meraban sebenarnya aku baru nak menyentap kalian dgn entry raya,tp benda dah buat(aku draft kan sbb xde gambar),bazir nk buang pulak.Kejadah betul minggu ketiga bru nak post?!


Kamil
1)selamat hari raya.Maaf zahir batin
2)aku bermati matian nk siapkan n post minggu ni jugak.Sebabnya aku nk buat entry khas pasl USB sebelum blk sana.Ntah sempat ke tak...
3)Tahu misteri jejoget gangnam riang?

otak aku berfikir secara kritikal..