Monday 28 January 2013

Hati sang bayu merentas angin senja.

Assalamualaikum

Amaran:Sungguh tajuk kali ini tiada kaitan logikal,metafizikal dan saintifik.Hanya ayat random menyentap hati lara.

Hari ini sungguh mengujakan.Teruja sakan maka tenggelamlah penat lenguh segala.Namun,seagung mana teruja itu,ia akan susut jua bila mana sendiri sudah enggan bercita teruja memamah emosi.Oh,kemain ayat gila sentap malam ni.Aku takde point di kala bulan mengambang.

Sambung cerita teruja.Tadi aku ikut rombongan sambil belajar ke Planetarium dan Muzium Kesenian Islam anjuran UG0604 (maaf,nama individu wajar dielakkan).Punya lah teruja itu memanifestasikan kitaran tidur yg agak tidak stabil malam sebelumnya.Ah,janji aku sebat non-REM sleep.Dreamless,low brain activity,low heart rate,low resp rate n no eye movemnt,suppresed mainly by phenobarbital n not really by benzodiazapine.Cis,nerd alert detected.

**Ayuh semarakkan hashtag #nerdalert #medicalert di twitter

Muzium kesenian islam =) 
Planetarium bersama peminat dr indonesia
Peminat masih tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama di mana shj.

Cukuplah cerita teruja.Teruja ada limit.Aku sudah ngantuk ditambah pula playlist lagu dlm nexus7 tak mampu menajamkan akal menjelang tengah malam.

Sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap pasal apa.Tipikal lah belog aku,mukadimah gila kemain nak panjang2,isi habuk pun tarak.

Okey,pendek je lah.

1)Hidup banyak ragam kerenahnya.Lain orang lain sikap.Mungkin baik sebahgian perkara,kurang sebhagian perkara.Belajar untuk menerima n saling memperbaiki adalah yg terbaik.
2)People do change.Semalam mungkin bukan main sayang,esok siapa tahu?Semalam bukan main respek,esok siapa tahu?Emosi memang mencucuk cucuk,tapi bersabar dan berdoalah.... =)
3)Hypocrite is not good my son.Kalau tak suka,cari jalan jernihkan mana perlu.Im so sorry for any cause
4)We used to be a very very good friend.I miss n miss that moment.

Cukup.Bajet nk teruja penuh girang tersadung di akhir cerita.Masuk bab touching pula.

Kamil
1)Tadi ada beli key chain kat muzium tu.Siapa lah yg bertuah dapat?
2)Lapar cepat serang aku sekarang.Misi diet 2013 selalu terancam akhir2 ni.Mohon pencerahan saintifik...hormon kah?
3)Gambar arif takde....haha,sorry~
4)Entry ni siap semalam,tp lupa tekan publish.Motiflah kalau nmpak send pukul 7.40 pg kan?
5)Macam biasa di hujung entry,i ask Allah for forgivenes as well as from each of you guys.Let me know if i did any wrong.Please,im begging.






otak aku berfikir secara kritikal..

Friday 25 January 2013

3S:Sentap,selamat hari lahir dan stress exam

Assalamualaikum

Pendek sahaja kali.Sudah lewat malam 1.30 dan esok aku ada exam besar,Progress Test CNSII.Mula nya PT ini biasa saja,tp amaran keramat penuh azimat dr dato KY (dean) tempoh hari yg mewajibkan sekurang kurang A kali ini,amat menggusarkan hati jua mencantas emosi nan sepi.

Motif kedua entry kali ini pendek adalah kewajaran disebalik kemunculan Dr Norizal yg acapkali dewasa ini menjadi stalker tegar pelajar2 beliau,termasuklah aku.Prihatin bukan?Tragedi yg berlaku kepada Taufiq 2hari sudah di makmal amat menggundah gulana brain parenchyma sekritikal hematoma disebaliknya.Ehh?

Silap besar,aku sepatutnya kurangkan mencatatkan nama2 individu di dalam belog rentetan tragedi itu.Tapi memandangkan entry ini sgt perlu akan nama tersebut,maka rule yg dicipta sebentar tadi wajarlah aku abaikan.Baiklah,cuma satu perkara sahaja....

SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU,MAHDI =)

Seorang sahabat yg baik budi pekertinya,tinggi akhlaknya,meruntun jiwa sifatnya.Semoga rahmat Allah bersama dikau dan persahabatan kita juga.Ukhwah fillah abdan abada.

Met you as a stranger
Took you as a friend
Hope we meet at heaven
Where friendship never end.

Kamil
1)Thanks Imran for this nice qoute
2)Thanks Arif n qbear petang tdi.
3)Sentap dan kecewa juga tadi,its should be so exciting n surprising.Wonder where your excitement n enthuthiasm in friendship
4)PT cns2 ni,aku mohon doa dr kalian.Maafkan salah silap juga =)



otak aku berfikir secara kritikal..

Monday 14 January 2013

Meresap benak,merungkai andai,menjernih cerita.

Assalamualaikum

Mata tak mahu lelap.
Memang masih awal.12 setengah malam tipikalnya aku sedang bersyahdu penuh puitisnya lagu bersama buku2 perubatan.Anatomy dan pharmacology selalunya menjadi mangsa.Tak pun aku sedang berjimba jimba seperti melayan runningman [?] dan diary of wimpy kid [feveret].Pendek kata,sekarang mmg bukn waktu tidur.Itu shj point aku utk perenggan pertama.Sungguh tiada motif bukan?

Cemburu.
Malam ini Taufiq agak aneh.Sudah seberapa purnama beliau stay up hingga ke pagi buta setia bersama buku.Lain pula hari ini,siap berdengkur asyik gemalai di katil sebelahan,seakan akan memberi isyarat 'hahaha,loser!syok gila tidoq habaq hangg'...
Hmmm,barangkali dibuai mimpi indah.Masakan tidak,mimpi tentang aku mungkin?[wahaha..keji gila perasan].Ah,abaikan beliau.Cemburu,nak tidur!

Gossip hangit.
Hari ini agak kencang.Sekencang sisipan air air gemersik curahan Niagara waterfall.Benar kata orang,mulut manusia tiada siapa mampu halang.Nak juga halang,bagi lempang.[kidding].Semenjak 2bulan lalu,mmg aku dah perasan,tapi diabaikan sahaja.Aku mmg mals layan kerana aku ada matlamat dan aspirasi wawasan yg lebih jelas utk diutamakn[haha,bajet].Tapi tadi terkantoi dan nampaknya sudah semakin parah.Barangkali sudah menjadi buah mulut dijaja merata rata.Eh,motif kau sembang pasal aku?Kelasss kau kamilllll!. :p

Hentikan.
Ya,jelas sungguh motif dan harapan aku.Sila hentikan.Jika ada yg merasa dpt merungkai misteri yg aku simpan itu,suka ak ingatkan,mmg salah andaian kalian.Sangat mustahil.Ada sebb mengapa ianya mustahil.Terima kasih kepada yg ambil berat,yg tolong nasihat,yg tolong bagi tips etc,memang aku hargai selamanya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Hujurat ayat 6

Sebar berita palsu:Jika bukn dari golongan fasik sekalipun,menuju kepada kefasikan sebenarnya.

Kamil
1)Maaf kepada yg terasa.
2)Aku pun mohon maaf kepada semua.Sikap aku juga yg suka berlebih lebih dan bajet hot stuff.
3)Dan banyak kali aku terfikir,tak perlu pun semua ni.Hanya sesuai utk golongan yg sunyi.Selagi aku ada korang... =)
4)Ukhwah fillah <3
3)Seriusly tengah pulun CNS ni.Allahuma yassir wala tu'assir.


otak aku berfikir secara kritikal..

Thursday 10 January 2013

Hati sayu menjelang .

Assalamualaikum

Entah.Keliru.Kabur.

Masih terkapai mencari punca kemunculan aku di waktu genting sebegini di belog.Nak kata study,aku dah habis satu round buat masa ni.Agak tidak syok dan syahdu pula study untuk pusingan kedua seawal 3minggu sebelum PT CNSII.Biarlah,aku taruh ia untuk seminggu sebelum exam.Study pusingan kedua milik study last minute.

Sedih.Pedih.Letih.

Sudah banyak kali.Dan kali ini aku tekad biarkan saja.Apa nak jadi,jadilah sambil aku disini teersenyum lebar walau tanpa siapa yg tahu dalam hati.Bersedia segala kemungkinan itu sebaiknya.Yang pasti,aku dah buat yg sebaiknya,beri yg sebaiknya.Tak nampak ganjaran sekrang,aku mohon pd Allah ganjaran di akhirat kelak pengubat letih lelah kelmarin.Andai ada dosa,maafkan...

Maju.Mara.Bara.

Usah dilihat hari sudah.Usah dikenang yg terludah.Ambil ibrah unrtuk pedoman,simpan memori unrtuk dikenang.Andai setiap insan itu tahu akan nilai kehidupan,akan matlamat serta tujuan,tiada apa yg perlu disesal atas perilaku yg melintasi landasan.

Ketahuilah setiap perbuatan dinilai.Teori ikhlas dan akhlak meniti.

Ketahuilah setiap sesuatu ada tujuan.Teori akidah dan kepercayaan menguji.

Moga Allah ampun dosa aku dan kalian.

P/s:abaikan tajuk yg tiada kaitan.Aku stress memikirkan tajuk selama entry ini ditulis.


otak aku berfikir secara kritikal..

Friday 4 January 2013

Is #1:Terasa

Assalamualaikum

Kringgg!!!

Loceng keramat.Bunyi yg menjadi penantian para pelajar itu berdering,tanda tamat sudah persekolahan untuk sesi pagi.Faris yg terkebelakang berkejar kejar mendapatkan rakan-rakan seusainya kelas praktikal fizik bersama cikgu Deris.

Faris:Huh,penatttt!
Abu:Motif kau himpit kat aku??
Faris:Ah perasan!.Dah la tak hensem.
Abu:Boleh blah!
Faris:oit,gurau la.Sori2.hehe
Abu:Hmm..okey.Eh,kau nampak tak Haikal terhenjut2 tu?Dah macam zombie.Haha
Faris:Hish,kau ni.Tak baik tau.Dia ditimpa musibah tu.
Abu:uisshhh,'ustaz'..
Faris:Malas aku layan kau!

Faris menuju ke arah Haikal.

Faris:Duhai sahabatku haikal.kenape dgn kaki kau ni?
Haikal:Ohh Is.Haha,takde pape la. *muka pelik*
Faris:Kau ok ke ni?Bagi sini buku kau,aku pegangkan. *muka jambu*
Zakry: Weewitt2...alolo sweetnya...
Leman:Peh Haikal,untungla kau..!
Faris:Erkk...
Haikal:woi woi,bukan aku yg mintak okey?Dia yang tetiba dtg kat aku.
Faris:Errr...okey. *terasa*


otak aku berfikir secara kritikal..