Saturday 27 July 2013

Fakulti Perubatan UiTM Part II

Assalamualaikum

*untuk Part II lebih untuk bakal pelajar,part I dulu mcm pengenalan umum*

Akhirnya!Setelah berbulan bulan tertangguh,hari ni aku nak siapkan jugak entry ni.Dari dulu kata nak siap....nak siap...tak buat buat buat jugak.Pemalas tu mmg lumrah,tp penyebab utamanya adalah Syakir Jamali dan Arif Radzi yg lambat mcm siput.Mereka adalah individu yg bertanggungjawab menyumbang photo photo utk dimasukkan dalam entry kali.

*Aku dah masukkan nama korang dalam blog aku,akan ku tuntut habuannya selepas raya puasa.Terima kasih.

Sebenarnya aku tak terpikir pun nak buat ala ala sequel entry satu tahun dua bulan yg lepas, Fakulti Perubatan UiTM . Tapi melihat kepada sambutannya gila meletup sampai trafik blog akan menjadi aneh laju menjelang musim masuk universiti mahupun musim keluar result matrik/asasi,aku terpikir utk buat Part II yg sedang kalian baca dgn penuh emosi itu.Kalau gagal untuk beremosi,ketahuilah bahawa aku sungguh beremosi mendengar khabar tersebut (baca:merajuk.).Dalam banyak2 respon aku terima,respon dri senior,lecturer n parent yg buat aku gila sentap.Sumpah dulu aku tulis main main minta publisiti bagai.Thanks anyway for the supports.Tambahan pulak,aku dah setahun duduk di Kampus Sg Buloh ni,semua selok belok sini boleh aku kongsikan.Hatta tips individu mana paling kedekut di kafe boleh aku cerita,ini kan pula fakulti tu sendiri kan.

*Aku sebenarnya malu gila dgn entry yg lama tu,ayat tak bole bla dan sungguh meminta  penyepak.Dah ramai baca -.-'

Kalau dulu aku rasa dah terangkan hampir semua pasal fakulti medic UiTM ni.So,aku mmg ketandusan idea nak merepek ape dalam part II ni.Aku main sergah je lepas ni ape aku nak tulis.Mari bersama saya kita merepek dalam versi berinformasi.

1)Sungai Buloh
Ini lah bandar yg menjadi kebanggan korang nanti.

"Hang belajaq mana noh??"
"UiTM pak cik"
"Ambik apa?Dekat manaaa?"
"UiTM Sungai Buloh pak cik,Alhamdulillah amik perubatan" *kembang idong*
"Lahh,awat aku xtau UiTM ada medik?Sg Buloh ada ka UiTM?"
"Haah ada la pak cik.Sg Buloh yg busuk tu.budak medik sini ja tau,pak cik mana la tau.Ok bye"

Ya,mmg tak best Sg buloh,Tp jgn risau.Selagi ade ketamadunan di situ,jgn difikirkan lagi aktiviti sosial korang nanti akan terjejas.Tp Sungai buloh ni kalau nak dibanding Shah Alam,jauh bezanya.Usahkan kata jimba,rapid KL pun susah nak jumpa tahu?.Lokasi kampus ni ter kedalam sikit,dalam 5KM nak ke pekan Sg Buloh yg bosan jugak tu.Tapi dekat la ngan Hospital Sg Buloh.Ala,korg newbie tak kena pergi hospital pun.3rd year nanti baru hari2 gi hospital sampai bosan.Kalau nak makan2 pulak,ade banyak restoran ala kelate,ala thai,ala din dan sebagainya kat Kampung Melayu.Dekat je.Kalau nak hangout+wayang+buang masa semua tu dekat One Utama,The Curve,Aeon Rawang,Aeon Kepong.Kat pekan Sg Buloh ade The Store yg dah lama dan buruk tu hahahaha.Padan muka.Tapi dah medik tu xyah nak enjoy2 sgt la.Habis habis pun sebulan sekali okey :)

2)Kampus baru 
Sebenarnya aku dah sebut sikit pasal fakulti baru dalam part 1 dulu.Tapi masa tu aku kat Shah Alam, tak duduk situ lagi.Macam xtahu sgt la,tulis pun main sebat taram je.Sekarang ni habis year2 dah,maknanya dah dekat setahun jugak aku kat sungai buloh ni.Nak compare dgn kat Shah Alam,of kos la ada pros and cons dy.Tapi jgn harap la aku nak cerita benda tak best kat dalam blog.Benda tak best kena rasa sendiri beb.Baru feeling syahdu sayup sayup ombak beringin.So,aku cerita yg best best je la kampus Sg Buloh ni.

Aku malas cari gambar.So aku kutip gambar yg aku edit khas utk final exam semIII dulu haha
Kita mula dengan fakulti la.Kat sini ada bangunan akademik besar gedabak walaupun student takde la ramai mana.2 batch je kot,year1 n year 2.So,muka muka tu jelah hari hari korang jumpa sampai nak termuntah.Kalau bertuah jumpa akak cleaner bertukar tukar.Ok lah tu,ada variasi.Bangunan besar ni nama glamour dy mitochondria.See?kalau dah medik tu,sume benda nak medical term bagai.Dalam mitochondria gergasi ni,dy tak produce ATP.Tapi dy sedang produce bakal bakal doktor yg hebat pemacu harapan negara bangsa...zzz.... -.-'

*Doctor2 biochem pasti kagum melihat aku mention ATP di sini.haha

Bangunan ni 9 tingkat yg dilengkapi 3 auditorium yg sungguh mewah jauh bak langit dan bumi compare dgn lecture hall D kat Shah Alam yg xde air cond dan berkongsi year1 year2 tu.Kat sini satu year 1 punya,satu year 2 punya and satu lagi auditorium besar yg selalu guna kalau ade majlis ape ape.Bagus,lecture hall tak kongsi kongsi ni.Dr Effat (pathologist) pun galakkan study kat lecture hall bila free.Kat mitochondria ni jugak ada medical museum yg awesome.Semua gross specimen yg normal atau yg ada disease boleh jumpa.Lung carcinoma ke,breast carcinoma ke n dll.Lagi ada medical library yg besar giler tp sikit orang.Medical books bersepah sepah (baca:banyak) kat sini.Kalau tak beli buku pun takpe,pinjam library pun okey.Bukan baca sgt buku tu..opss..Pastu ada 5 jenis laboratory.Tapi lab anatomy ade bangunan sendiri.Dari mitochondria tu ade skybridge pegi bangunan anatomi.Lain lain tu macam biasa lah,pejabat,kelas ,student louge kejadah semua tu.

Ini lah dia Auditorium 2.Besar,sejuk dan ade 1 projector besar n 6 TV LED .Sedap tido nih hehe
Medical Museum.Cantik dan teruja gile kalau budak baru.Aku dah bosan masuk. -.-'
Medical library.Besar gila baq hanggg.Buku pun banyak.Taufiq jadi model.
Multi Discipline Labaoratory.Banyak practical kat sini lah.huhu
Anatomy Dissection Laboratory.Yg ni aku cilok gambar Titie kat instagram.Cool sangat haha.
NI kolej kediaman.Yg atas tu koop,yg bwh tu bilik study bhgian luar.
*Auditorium besar tu selalu guna utk Clinico Patho Conference (CPC) tiap2 pagi rabu.Lecturer present case pastu ade debate sikit dgn lecturer lain.Kadang2 korg tak paham pun dyorg cakap ape.Dengar je lah.Best!
*Sebenarnya yg dah siap baru separuh,half mitochondria.Fakulti pergigian punya bangunan kat sebelah under construction.Sebelum semester baru bukak september nanti insyAllah siap.
*selain mitochondria,ade 2 lagi bangunan besar:Clinical training Centre (CTC) dan Institute of Molecular Medicine and Biotechnology (IMMB)

Ini lah CTC,UiTM  mini hospital.Patient ramai jugak admit sini.Tp tak se busy hospital Sg Buloh la.
3)Kurikulum
Macam yg aku dah cakap kat part I dulu,sistem yg diguna pakai adalah Integrated System and Hybrid Problem Based Learning Stratergy.Pergh nama nak gempak bajet nk pancing budak.Tak paham,hokey.Maksudnya korang akan belajar semua subjects sejak dr first module lagi.Semenjak sudah graduate pre-clinical ni,ak semakin lupa apakah module2 yg ada (wahahaha belagak gila).Contoh module tu macam  General Module,Respiratory Module,Gastrointestinal Module,Reproductive Module.Banyak la,boleh tgk kat website faculty.Kalau system lama,belajar by subject.Year1 belajar normal (anatomy,physiology,biochemistry),Year2 baru belajar abnormal (pathology,microbiology,parasitology n pharmacology)

Ringkasnya macam ni subjek korang nanti.

Anatomy
belajar pasal tubuh badan grossly.Kena tau la organ2 yg terlibat.Dy punya location,relation,blood supply,nerve supply,lymphatic drainage semua tu.Pastu akan selit2 sikit applied anatomy yg selalunya berkait dgn surgery.Yang ni mula2 ada lecture sejam pastu ade lab practical pulak.Main la dgn patung ke,mayat ke,dan plg sedih dapat gambar je haha.Time practical la dpt jumpa clinician yg terdiri dri surgeon,opthalmologist,cardiologist dll.

Our beloved Prof Hamid,an anatomist.
Histology
belajar pasal microscopic appearance organ2 tu.Dia punya layer bape banyak,special cell yg ada dan semua2 yg korang boleh tengok dgn microscope lah.Sama juga,mula2 ada lecture sejam pastu ade practical kat lab.Jangan risau,microscope mmg oke.Memang boleh nampak punya tak macam microscope matrik yg tak nampak ape pun hahahaha.

Prof Marina Kapitonova.A russian histologist.Best Prof ni tau.
Embryology
belajar pasal proses kejadian dan pembesaran organ2.Nama pun embryo,belajar pasal embryo la.Contohnya macam urinary bladder,mana asal dy?mcm mana proses boleh jd bladder matang? n ape contoh2 congenital anomaly yg boleh kena kalau organ tu membesar tak betul.Yang ni ada lecture je,xde laboratory pun.Tp kat museum ada rasanya baby yg ada anomaly.Ntah,aku jarang pegi museum pun .

Physiology
belajar pasal normal proses dalam badan kita.Selalunya anatomy n physiology mmg berkait rapat pun.Contohnya mcm menstrual cycle.Kena tau lah hormon ape yg terlibat,macam mana boleh period semua tu.Banyak lecture je,jarang2 ada lab.

Biochemistry
belajar pasal enzyme+molecule+pathway.Yang ni mmg subjek susah sikit sebb banyak sgt pathway/cycle yg kena tau.Ala,mesti pernah dgr TCA cycle,ornithine cycle,gluconeogensis etc masa SPM/asasi kan?benda2 tu lah tp lagi detail dan menggilakan.Dah ada pathway,mesti ada enzyme kan.Mana boleh main tukar je.So,gabungan pathway dan enzyme yg unik setiap satu membuatkan biochemistry sgt seronok dan adventure (my God -.-').Ni pun banyak lecture jugak,lab sikit je.

Molecular Medicine
Yang ni cabang kepada Biochemistry jugak la kiranya.Tapi dy lebih kepada genetic dan laboratory based.Benda benda yg korang belajar macam duplication,robertsonian,codon bla bla tu la.Plus kat UiTM mmg ada pusat dy.Banyak research budak master kat sini la.Institute of molecular medicine and biotechnology (IMMB)

Pathology
belajar pasal penyakit.Beribu ribu penyakit selain penyakit berjangkit korang belajar masa ni lah.Apa risk factor,pathogenesis,complication of the disease etc.Patho banyak masa year2.Year1 banyak fokus subjek2 yg ak ulas sebelum patho ni.Lecture Patho ni banyak,lecture banyak,practical banyak n 'homework' pun banyak.Sila study dgn penuh kerelaan.

Doctor Surgey Gupalo from Russian.Aku punya facilitator masa PBL.Dy pathologist.Amik gambar senyap2 haha
Microbiology
belajar pasal microbe lah sama ada bacteria,fungi,virus dan laboratory testing nak detect binatang ni.Yang ni pun susah jugak sbb aku tak suka.Gila ape nak hafal semua nama makhluk2 yg pelik2 tu,dah la beratus.Pastu setiap satu ade feature masing2.Kena tahu lah menatang ni menyebabkan penyakit ape,camne boleh kena,nak guna ubat ape etc.

Dr Lwin Lwin Nyein,microbiologist from cambodia.Aku mentee dy sejak year 1 huhu

Parasitology
belajar pasal parasit pulak.Yang ni mudah sikit sebb lecture dy pun tak berapa banyak.Pastu lecturer pulak suka bg spot yg 99% masuk exam hahaha.Lebih kurang macam microbe jugak tp yg kumpulan binatang yg lain macam cacing ke,nyamuk ke dll.Meski pun aku sedar parasit dlm kalangan manusia kian bercambah,ak masih tak jumpa clinically importance kumpulan parasit ini dalam bidang perubatan.oke lawak ak tak berjaya.Sama macam microbe,ade lecture dan pratical

Pharmacology
belajar pasal obat ye tuan tuan.Ubat bukan main berlambak dan setiap seketul tu ada lain lain mechanism of action,contraindication,adverse effect dll.Pharmaco ni walaupun susah tpi best.Subjek ni la antara subjek aku sanggup bukak buku tebal tebal dan baca.Lagi satu,lecturer pharmco la lecturer yg paling best.Semua bagus2 belaka,tak tipu lagi2 yg dari Russia.Kalau dyorang terang tu,mmg kaw kaw la nk bagi korang paham.Btw,pharmaco ade lecture je,takde lab.Ini medicine bukan pharmacy.Kita tak buat ubat oke.

Population health and preventive medicine
belajar pasal community health.Aku nak cakap pun susah la.Basically dy ada 2 main topic:Epidemiology and biostatistic.Epid ni belajar pasal outbreak,disease surveillance,disease control etc.Contohnya kalau ada wabak yg melibatkan kesihatan komuniti.Subjek ni susah walaupun nampak senang.Ayat berbelit dan mengelirukan.Kalau biostatistic tu macam biasalah buat graph,susun data bala bla bla.Pergh aku tak minattt T.T *menangis*

Prefessional Personal Development
nama je gempak tapi belajar pasal...ntah,ak xpaham sgt.Sebab dy mcm common sense pun ade.Kadang2 macam ke arah psychology sikit,pastu spin masuk self esteem sikit (pergh tajuk elektif aku) .Senang korang tunggu je lah ape PPD ni.Subjek ni ringan je.

4)Exam
Setiap medical school ni exam dia lain lain tau.Macam UKM dy takde professional exam and final exam dy ikut subject (UKM je la aku tau sbb cousin ak amik MD UKM).Untuk MBBS UiTM,sumpah kompleks gila.Aku mention gila pun sebenarnya tak cukup utk describe keadaan sebnar.So,ia adalah gila kuasa dua.Instead paper exam ikut subject,paper kita ikut bentuk soalan.Waaa tak paham T.T

Progress Test
Progress Test(PT) ni macam End Of Module(EOM) kat UKM.Bila dah habis satu module,mesti ada test nye.Kalau Year1 PT jumaat pagi,Year2 jumaat petang.PT ni soalan dy format MCQ (Multiple choice question),jawab true or false je.Satu PT ada dalam 20-30 soalan,ikut module yg belajar tu pendek ke panjang.Kalau panjang gila macam CNS,ade 2 kali PT.Satu soalan tu pulak ade 5 soalan kecik.Nampak macam senang tp yg leceh dy ade negative marking.Kalau salah tolak markah.Kejam gile.Kalau nak tibai jawapan pun kena hati hati.Lagi satu,soalan MCQ ni la yg suka tny merepek2.Detail se detail dy boleh tanya sampai korang rasa 'kejadah ape aku baca semalam?'.Selepas habis PT,ade sesi audit.Lecturer akan bincang jawapan terus.So,mmg dah boleh agak result kita ape.Aku kalau mcm susah tu,ak buat pekak je masa audit.Gila ape nak masuk weekend takde kerja ak nk stress pikir result PT.Lagi satu,jumlah semua PT dalam satu sem tu,dy carry mark sebanyak 30% utk final.So,kalau ade 6 module,satu PT bagi 5% je la.Sikit je.

Final Exam
Ni exam biasalah bila nak habis semester.Kena revise lah balik module2 yg ada dlm semester yg berkaitan.Study week panjang,2 minggu.Tp bila nk dekat2 habis tu,mmg rasa nk termuntah dah pun baca.Banyak gila gila kena baca balik.So,nasihat aku jgn straight je baca 2 minggu tu.kadang2 pergi la kuar jalan2.Sem II aku pulun maut,tp dpt B je.Sem III aku study kuat jugak tp kadang2 tu rilek je,gi kuar jalan2 main panjat panjat skytrex shah alam.Tup tup result dapat A.Sudah nya aku kena belanja budak rumah sbb gatai buat janji.Ok,UiTM punya final exam ni pelik sikit.Sebb paper dy tak ikut module mcm UKM,tp ikut bentuk soalan.Maksud dy klo paper bulat bulat,kena bulat bulat sampai habis.Kalau paper essay,meroyan lah kat paper tu sampai tak cukup kertas.Soalan setiap paper ni merangkumi semua module yg ada,sbb tu dy susah.Korang kena prepare semua utk each paper.Tak macam SPM,klo bio esok,malm ni study bio je.Tp yg ni klo MCQ ke,SAQ ke,OSPE ke,PBQ ke sama je semua.Kena study setiap module.Yg beza hanya bentuk soalan.Kalau MCQ tu macam PT lah.Cuma Final ada 70soalan *pengsan*.SAQ (Short Answer Question) pulak macam essay atau soalan berbentuk subjective.Ala,mcm kacak itu subjektif...zzz...ok xde kaitan.OSPE pulak dekat lab.Ade 30 station,setiap station tu dy bagi la specimen ke,microbe ke pastu ade la soalan.Contoh station pathology,dy bagi seketul breast yg ada tumor.Korang kena detect ni tumor jenis ape,describe breast tu mcm mana.Setiap station 4 minit je,kena cepat gile.Pastu PBQ (Problem Based Question),soalan dy macam PBL (baca part I).Dy bagi case,pastu dy bagi soalan.Kena diagnos la penyakit ape,drug ape nk guna semua tu.Kalau tak dapat diagnos,babai la PBQ.Final exam ni sumbang 60% total final.Dalam 60% tu,OSPE 40%,MCQ 30%,SAQ 20% n PBQ 10%.Pening kan?Kalau final dpt 80%,kena convert 80 tu ke dalam 60% peruntukan utk final exam.Haha dah macam bisnes.

Professional exam
Ini dia exam yg sungguh kejam dan mencarik2 daging.Pro Exam ada dua kali.Pertama Pre clinical Professional Exam masa sem4 dan Clinical Professional Exam masa sem10.Aku sebenarnya baru je habis Pro Exam,dah lulus pun.Sumpah happy gila habaq hanggg.Mana tak nya,aku separuh mati telan,minum,makan,mandi segala benda medik medik ni sepanjang 3 minggu study week.Pro Exam ni kena baca balik dari semester 1 punya topik.Sikit je,ada la dalam 570 topics (thanks to Arif sebb kirakan.Sila visit blog beliau hehe).Memang 'sempat' pun 3 minggu nk cover semua kan.Lagi2 yg sem1 n sem2 yg dah satu hape pun tak ingt dah.Ok,Pro Exam ni mcm golden ticket la untuk masuk clinical year.Kalau tak lepas,kena repeat selepas korang dah puas menangis menyesal bila fail.Format dy sebijik macam final exam.Yang bezanya dy melibatkan 4 smester punya topik,tak mcm final yg hanya satu semester shj.Jadi spot question memainkan peranan yg sgt penting di sini hahaha (jgn ikut,ini budak malas mcm ak je).Lagi satu bezanya,MCQ mmg melampau banyaknya.Ada 150 soalan *pengsan sampai koma* yg setiap satu ada 5 soalan kecik.Lebih kurang 750 soalan untuk paper hari khamis,MCQ's day.Oh lupa,exam seminggu tau dan setiapa hari ada,takde gap gap.Memang masa study week tu kena 100% prepared dah.Dan last sekali masa Pro Exam ada OSCE .OSCE ni korang boleh bajet jdi doctor kejap sebb exam dy amali buat clinical things.Dia ade 2 station je.Korang kena ambik history patient and diagnose disease.Ade la org berlakon jdi patient nanti.Lagi satu kena buat clinical examination mcm amik blood pressure ke,reflex test ke,check mata ke etc.Doctor yg akan bg markah kat sebelah tu.Pro Exam ni markah dy 60% jugak.30% dari final exam n 10% dari PBL.Lebih kurang je

Oke,habis pun aku merepek panjang2.Penat tahu tak tp aku suka hehe.Sebenarnya ade 2 point lagi aku nak cerita.Clinical year and MBBS with Advance Medical Science.Tapi pikir pikir balik tunggu part III la bila aku dah habis year3 nanti.Lagi setahun InsyAllah huhu.Yg MBBS with AMS tu rasanya  ada baik kalau kawan2 aku yg buat AMS ceritakan.Dyorg lebih tahu,lg umpph berkrim kalau nak saiko saiko budak.Kalau ada dyorg buat entry pasal benda tu,aku taruk link nanti.Aku pun dah ngantuk nak tido.Dah la aku banyak gila tangguh movie sebb nak siapkan entry ni.Berbulan tahu?Takyah cakap movie la,report research elektif aku pun abaikan juga urgh.

Ni lah dy contoh invitation letter utk buat AMS.Aku cilok dr blog Ammar.Dy ngan burg, kawan ukhwah fillah uhibbukum fillah alhamdulillah dapat hehe
Ohh lupa satu lagi,sebenarnya si nazuzu ade suruh aku post something pasal pendaftaran pelajar baru.Dy kata nak email benda ape nak tulis.Sampai sekarang takde.So,kalau korang bakal junior aku yg nak dftar nanti,kalau ade soalan berkaitan pendaftaran boleh la refer si Nazurah atau Fatheen.Dyorang MPP fakulti medik,orang besar jajahan ni.Tp nak pencen dah haha.

Cukup sekadar itu,maaf la ayat aku bersepah sikit kali ini.Lama tak tulis maklum la,skil sentap menyentap pun semakin hilang.Ramai pembaca untuk entry part I dulu,mencecah 6000 view dlm masa 13 bulan.So, banyak la respon yg pelbagai.Ada budak,ada bakal junior,ada senior aku sendiri,ada lecturer (Dr nori -.-'),ada parent dan sebagainya.So,kalau penggunaan bahasa yg kurang sesuai harap dimaafi lah terutamanya kepada golongan ibu bapa.Aku cuba utk buat ala ala girang gurindam jiwa berentak jazz sedikit agar tidak bosan sesuai semua peringkat umur,malanganya tak menjadi.So,diharap info info yg nak disampaikan itu dapat lah dikutip walaupun membaca dalam keadaan annoying dan mahu saja mengetuk ngetuk kepala si penulis.

Kamil
1)Yes dah habissssss!Siap pun!
2)Kepada pembaca budiman,saya merendah diri memohon doa kalian untuk saya berjaya dlm bidang ini.Apelah sgt entry busuk tp berinformasi ini berbanding doa doa kalian =) *kenapa busuk ?*
3)Kepada rakan rakan satu batch terutamanya ammar rahman yg mengharapakn tulisan merepek dan meroyan aku,harap bersabar.Entry berinformasi begini mmg tak sesuai utk korang.
4)Clinical year InsyAllah bulan september nanti.Doa doakan yg terbaik =)
5)Kalau ade yg nk cari aku kat FB,type je Kamil Kamaruddin.Nanti ak approve ikut mood haha

MBBS UiTM Ninth Batch.May Allah bless our friendship till the end :D
 Sekian sahaja,Wassalam ^^


otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday 13 July 2013

Post Exam+AMS dilemma+Syahdu+Elektif+Ramadhan

Assamualaikum

Housemate jejoget gangnam riang yahoo
Lama betul rasanya aku tak update blog ni.Kekangan masa,biasalah medical student.Sibuk dan sungguh menerajui wawasan seorang doktor yg sgt tipikal dgn sikap tersebut.Haha xpayah nk medical medical sangat la bulan ramadhan ni.Hatta lagu Maher Zain ramadhan yg tusuk menusuk kalbu tu pun tak beri alasan medical untuk beralas sesuatu tak medical kan.Haha meroyan dan ak pun tak paham serta motif kaitan antara kedua dua tersebut.Abaikan

*Lagu Maher Zain ramadhan ni mmg best pun.lagi2 arabic version =)

Sebenarnya mmg aku agak sibuk sebulan dua yg lepas.Kalau bukan kerja MESTA yg banyak tertangguh,aku sibuk pulak dgn Pre Clinical Professional Exam.Ni exam bukan main main jah temah wan lebor,ni exam besar.Sekali semua 4 sem dy cover.Jenuh jugak nk study semua balik.3minggu study weeks mmg tepu otak.Soalan dy mak kau vavavom kebabom.Lagi lagi soalan biochem SAQ.Tapi Alhamdulillah.Semua tu sudah lepas dan pun tahu result nya.Lulus,so hello clinical years!

*OSPE patho ak jwb bronchopneumonia kat soalan small cell lung carcinoma.HAHA -.-'
**Million congratulation for those who got distinction.Hebat nya korang =)

Bila musim2 result keluar ni,cerita paling hangat (ke aku sorang je perasan lebih?) tahu ape?Of kos lah AMS.Sumpah tiba tiba aku boleh sibuk nak terpikir pasal AMS jugak.Macam lah dapat.Perasan betul.Tapi aku nak pikir jugak.Lagi lagi lepas Dr Lwin ajak buat AMS dgn dy.Ada international conference buat aku goyah tu.Sepanjang aku jd student medic UiTM,tak pernah sesekali aku terpikir nak ambik AMS.Harvard ke,Oxford ke,peduli ape aku?Janji aku nak habis MBBS awal.Lama tahu setahun tu just utk research je,stop belajar pulak tu.Tapi sejak 2-3 hari ni,mcm berbolak balik.Entah la...Ade sembang dgn Imran hari tu dalam kereta.

Aku:Im,ko konfem kan ambil AMS nanti?
Imran:Nak!
Aku: *dalam hati* ..memang la ko nak,tak jawab soalan betul haha..
Aku:Ape pandangan ko pasal AMS ni?
Imran:Ntah la kamil.Tapi pernah ade orang suruh aku jangan ambik.
Aku:Hmmm...aku rasa tak patut la mcm tu.Bagi aku tak perlu ajak [baca:hasut] ambil atau tolak AMS ni.Lain la kalau orang tu yg minta pandangan.
Imran:Minta ape?!
Aku:Minta pandangan.Aku pernah jd orang yg anti-AMS n aku rasa annoying gila bila orang ajak aku join.And skrg dah neutral ak dapat rasa the same thing happen kat pro-AMS pulak 
Imran:Hmmm ntah la kamil....eh dah sampai KTM.Balik dulu kamil.Assalamualaikum.
Aku:Okey,waalaikumussalam.

*Of kos aku ubah skrip sikit.Sori im hehe.Btw,dy bukan baca blog aku pun wahahaahahaha

Sekarang ni musim syahdu.So many things happened n im so tired of it.But as my friend of mine told me,hidup ini matlamatnya dah jelas.Tak perlu sebenarnya susahkan diri dgn picisan picisan lumrah duniawi.Just move on and shine shine shine your way yeay.Terkadang ak terfikir,untuk apa kita bimbangkan benda yg sudah tertulis surat menyurat suratan takdir?Untuk apa kalau satu dunia tahu masalah apa sedang kita hadapi sedangkan ada yg sentiasa dengar?.Hidup ini bukan paksinya di dunia.Lebih dari itu.Malulah wahai diri,kita masih tenggelam dgn sesuatu yg tak perlu.Allahurabbi.

Semakin kenal,semakin kita kenal sikap sesorang.Barulah tahu si folan si folan ni mmg annoying gila kalau ajak study.Si folan si folan ni pulak sungguh mintak penyepak kalau ajak berjalan.Dan si folan si folan mmg membuka luas ruang utk disekeh kepala beliau tatkala semua benda dibuat salah di matan beliau.Tapi adakah sekadar itu ? Benci membenci pendam dalam hati hanya membaja satu pohon yg sudah tahu hasilnya buah yg busuk.Ini lah hakikat dalam hubungan.Susah utk cari yg satu kepala tapi perbezaan dan lengkap melengkapi itulah rahmat disebaliknya.

*Kalau kita belajar untuk memahami orang,InsyAllah Allah memudahkan orang utk memahami kita

Sebenarnya walaupun aku dah habis exam seminggu lepas,sibuk aku tak habis habis lagi ni.Tetibe pulak ade projek elektif (projek la sgt -.-') .Rasanya aku ade tulis kat entry lepas,lupa dah yg mana.Tajuk gedik nak adventure bagai.Pergi kampung orang asli kunun.Last last nak key in data dalam SPSS betul buat gila sewel sewel suam anak itik [?].Nasihat aku buat junior,masa kelas Dr Aqil atau Dr Rodi kat lab tu,belajar la betul betul.Ni nak cari T-test pun terhegeh hegeh.Lempang nak?

*Pergi kampung orang asli kat kelantan best wooo.Sempat singgah cameron yg tak boleh bla tu

Sesi menemu ramah orang asli yg tak berapa nak paham/
Oh ya,sekarang ni bulan ramdhan.Selamat berpuasa la buat semua.Taraweh jangan sesekali tinggal.Letih ke,sakit ke..ape ape alasan lah,cuba jgn jadikan penyebab tinggal taraweh.Buat sendiri pun boleh.Cepat habis wahahahaha.Qiam tu susah sikit,tp bak kata Ridhauddin,kita kena sentiasa ada azam nak buat.Azam tu penting tahu?.Kalau nk senang buat lah sebelum tidur atau sebelum sahur.Macam budak rumah aku,kemain sahur pukul 5.Habis ramadhan ni ade Raya kan?Malas nk meroyan bab raya.Nanti la entry baru dekat dekat raya nanti huhuhuhu.Ah sudah.Gedik semacam pulak nak huhuhuhuhu bagai.

ciplak google
Okey dah la tu.Aku dah takde idea best walaupun aku tulis sebelum sebelum ni pun tak best jugak.Lama tak tulis ni mmg tumpul sikit.Pastu ngantuk pulak tu.Pastu nak pasang lullaby lagi.Pastu bla bla bla...

Ok bye.

Kamil
1)Insyallah entry Fakulti perubatan part II dalam pembikinan.Aku takde idea pun.
2)Bila aku nak balik ipoh ni :(
3)Ambik kau,pageview 2 hari ni je dah lebih 500.Okey tak banyak pun -.-'
4)Tajuk entry kali ni sungguh pemalas nak cari.Tambah tambah pun boleh.


otak aku berfikir secara kritikal..