Thursday, 16 February 2012

Aku Pencari Ilmu.Siri 1:Tadika dan sekolah rendah

Assalamualaikum

Ok,macam biasalah kalau dalam blog ni.Kalau xde isu atau event menarik,maka isu atau cerita merepek dan tiada kaitan keadaan semasa akan dibangkitkan aku.Idea ni mungkin nampak syok sendiri,tapi ketahuilah pembaca sekalian..ada aku kisah?Ya,aku tetap akan meneruskan misi 'forever alone' aku.Tapi awas,ini masih tidak menyentap diri aku.Ekceli,idea dtg tadi petg sedg aku termenung sendirian di sebalik memikirkan masalah berat badan kian meruncing...zzzz~

Sila fahami tajuk sedalamnya.Mudah dan direct bukan?Aku akan buat siri cerita aku di alam pembelajaran setakat aku tempuhi.Suka duka banyak terbuku kemas dalam memori corakan aku dengan teman2.Ya,teman2 yg silih berganti...Masing2 ada kisahnya yg tersendiri.Cuma buat perasmian/siri 1 ni,aku gabungkan sekali tadika n sekolah rendah.Motifnya kerana aku dah lupa n ditambah pulak nampak agak kurg matang berbicara sikap aku dahulu kala kecil2 setelah kematangan aku kian melampau n mengganas dewasa ini.

Tadika
Tadika secara mudahnya bermaksud tmpat bebudak pertama kali tau apa itu belajar.Dan belajar bagi mereka  ialah proses belajar sambil2 bermain..(xperlu rasanya aku keluarkan ayat keramat aku..*belajar itu subjektif*).Selalu ada jongkang jongket,papan gelongsor etc.At least yg plastik pun jadi lah sprti kebanykan nursery skrg. Tapi aku masuk dulu agak formal sebenarnya.Slot untuk bermain mmg xde.Aku dulu tadika agama.Aku pun dah lupa nma dy apa.Tahzib barangkali.Memang dalm kuartes kastam butterworth ada 2 tadika.Satu kerajaan punya,satu swasta,Yang kerajaan mmg xlepas aku nk masuk kalau nama pun anak pegawai kastam.So,kebanyakan anak2 kuartes kat stu ke tadika swasta tu la.Proses belajar mcm biasa.ABC 123,hafal2 surah lazim,doa2 etc...xbanyak kisah menarik pun.....Ok.ekceli aku lupa.Cis!.

Tadika dulu aku ada geng.Aku ketua,lantik sendriri,syok sendiri.Anak-anak buah terdiri drpd mat ayub (sekrg dah jadi biras aku setelah 12 tahun terpisah ) ,azeem,pastu aku dah xingt nama.haha..ak rasa 2 mamat tu jelah kanak2 terpilih untuk  terus melekat dlm kotak fikiran aku.Yang lain dalam kelas pun semua aku dah lupa.Aku dulu pegi tadika jalan kaki 3 org sesama.Pastu dalam perjalanan singgah jap main panjat2 dekat taman kanak2.Jadilah PJ budak2 versi kami pagi2..

Kat tadika tu ada satu bangunan 2 tingkat.2 tahun kat situ,aku memang harap gila dpt kelas tingkat ats.Sampai sudah xdpt jugak.Maka xsemena-mena otak kecik aku dulu menyampah dekat admin tadika.Eh taw pulak admin2 ni.Ok,ni aku pun xsure.Saja tambah barangkali penyedap cerita.Sebelah bangunan tu ada tandas.Blkg tandas banyaklah cerita hantu yg keluar.Sampai budak2 'gangster' melepak stu time rehat pun dah cuak nk melepak.Cit,dasar kebudakan!

Tapi syukur  Alhamdulillah,parent aku hantar situ banyak faedahnya.Kecik2 banyak doa2 dah tau.Masuk primary school gila action ak dekat membe seblah.Baca kuat2.Surah2 lazim tu small matter,dah hari2 sblom duduk kena baca dulu pagi2.Plus,kat stu mmg ada silibus n buku asas2 fardhu ain.Bagus la.Ate kome,name pun sekolah agame~ xke gitu yoep?

*ada sorang budak nama muhaimin,muka macam Collin farrell.Haruslah aku jeles kan?*

Sekolah Rendah
Aku sebenarnya ada 2 kali bertukar sekolah.Satu di sg petani,kedah,satu lagi dekat ipoh perak.Dua-dua sekolah agama swasta.Di kedah,nama sekolah tu sekolah rendah Al-Islah.Masa tyme aku agak kekampungan dgn infrastruktur segala.Reputasi aku tika itu yg agak gemilang sedikit tercabar dek environment sedikit meleset.Tapi xmengapa,atas niat beljar yg ikhlas,aku teruskan jua.Belajar situ best even samapai darjah dua je.Membe n mualim mualimah (a.k.a cikgu) baik2 n bersukan sporting belaka.

Masa masuk sekolah rendah,teringin gila nak pergi sesi pagi,boleh balik awal layan kartun petg2.Parent aku dulu kerja,so pagi kena buat2 suka melepak kat nursery dulu,tgh hari pergi sekolah sampai petg.Ceh,hilg lagi nikmat bermain zaman kanak2.Loser.So,pepagi memang ak melepak sekitar sekolah tgk senior belajar tepi tingkap.Kalau aku fikir2 balk sekrg sumpah loser gila ape aku buat.Forever alone.Sebab kalau ada budak bertenggek tepi tingkap masa kelas aku berjalan,memg aku akn cakap benda sama.hahaha..=..="

Masa kat sekolah tu,aku xbanyk sgt geng.Yang aku ingat Anas,fahmi,yusof dll.Budak perempuan sorg pun xingat.Tapi plg best kawan ngan Anas la.Mamat ni baru balk Amerika.Haruslah aku berbaik dgn dy.Hensem+pandai+baik+kaya.Agak pakej la.Sentap?memang aku memilih pung~ Tapi awas,itu pemikiran masa aku budak2,yg baik2 je lah aku nampak.Sila maafkan aku.

Pakcik makcik dalam gamba ni sorg aku xkenal.just nk tunjuk bangunan sekolah je.time aku xde lagi bangunan ni

Ni la uniform aku masa dulu2..tp apsl budak kanan baju kuning comel gila?grrr!!


Habis darjah 2,parent aku kena tukar ke ipoh,So,darjah 3 aku masuk sekolah baru,sekolah rendah Al-Hidayah.Kat sini,sekolah dy lebih urban n memenuhi kriteria aku.Tapi yuran dy mahal la.Silibus n sukatan pelajaran pulak lbh kurg sama dgn sekolah lama.Aku kat sini sampai habis UPSR yg result aku tak seberapa tu.

Kat sekolah ni,membe yg rapt pulak asyik bertukar2 tiap tahun.Mula darjah 3,xde sape yg melekat.Kawan biasa2 je dgn semua.Aku ingt lagi kelas 3 Adam.Guru kelas Muallimah Na'imah,ajar arab.Best la.tapi malang,aku kena sesi petg lg.ceit!

Masuk darjah 4,dpt sesi pagi.Peh,syok habis.Masa ni dah tahap 2,senior la jugak.Normal la kalau aku buli2 budak kan?Tahap 2 ada koku petg2 rabu.Leceh betul.Tapi masa kelas koku ni la aku jumpa 2 mamat yg jd besfren aku tyme tu.Nizam n Kakun.Sekarg ni dah lost contact.Sorg ke mesir,sorg ke diploma.Nizam ni best,mak dy pandai masak.So,hari2 memg aku pau makanan dy la.Kakun pandai melawak.Aku dulu masa zaman kegemilangan main tutup tin,aku main dgn dyorg la.Tapi kakun selalu meng.Cis.

*Ada sorg lagi,aku panggil dy Dodo.Anak org kaya,senang2 je bg aku duit.pergh...*

Masuk darjah 5,bertambah2 membe aku.Barangkali aku ni peramah.pffftt.Aku ni dulu pelajaran mmg xboleh dibendung progressive nya.So,ntah mcm mne,aku dpt kelas first.Terpisahlah dgn kawan lama,jumpa kawan baru.Tapi tak la rapat sgt,kawan biasa2 la.Antaranya Nabil,Marwan,Hasif dll...Banyak la,malas aku nk tulis.Tapi masuk kelas pandai ni,memang prefect bersepah2,aku yg tak prefect ni loser la org cakap.Sentap.

Masuk darjah 6 pulak.Pelik,macam xwujud pulak budak perempuan sekolah aku kan dlu?Ekceli,aku mmg pemalu gila dgn perempuan.Eceh.Selalu darjah 6 ni,bebudak dah start menggatai,aku xrasa ape pun.Hahaha.So,aku layan hidup budak2 ak je la.Tak dak masa ai~.Tapi dah keluar,banyk pulak yg contact dgn dyorg.Aduhai,hot sgt ke aku?Biar aku tag dyorang,semalam cabar aku sgt.Siti,Hani,Omm n etc.

Aku still mantain,kelas first lagi.Merata2 prefect,leceh betul.Disebabkan ketandusan murid yg tak jadi ape2,aku kena lantik jd ketua kelas.Bagus la sgt kenakan aku kan?Aku still ingat ada konspirasi budak laki2 nk kenakan aku sebb aku ni senyap sket.Bebudak kelas kebanyakan sama mcm darjah 5.Cuma aku rapat dgn Farhan n Daud.Farhan ni budak pandai.Aku still ingt dy boleh berdebat dgn muallimah aku yg blk mesir pasl satu hukum dalam tatabahasa arab.Si daud ni pulak kreatif,lawak pun dy jugak.Best la..Banyk betul kenangan masa kecik2 dulu.Aku nk masuk semua sini sah2 esok pun xhabis2 aku type.Ni pun dah melampau2 panjangnya.Ceit.

Ni ekceli belah sekolah menengah kat sebelah.Sekolah ni dikelilingi bukit.best~


Budak generasi sekarang.

Surau baru.Jalan bnyk dah bertar,aku dulu jalan lopak2.

Ok la,setakat tu dulu.Ni pun berpeluh2 aku perah otak nk ingat blk.Haruslah aku stop buat sementara waktu.Lepas ni sekolah menengah pulak.Sekolah Izzuddin Shah,Ila Al-ghayatul qushwa:Menuju matlamat tertinggi~

otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 14 February 2012

Entry ni panjang dan bakal menyentap jiwa kalian

Assalamualaikum.

Heh,dah habes eh sem satu?sentap ye cik jah?yabedabedu~~

*mukadimah yg tiada kaitan*

Ok,alhamdulillah.Habis jua sem satu yg penuh suka duka ni telah aku tempuhi.Asam,garam,gula,belacan,kunyit dsb telah diadun sebati bersama sehingga melahirkan bibit bahagia dan unik sepanjang tempoh satu sem aku di bumi UiTM.Sebenarnya aku agak kekok untuk menulis2 apatah lg merepek dan meroyan malam ni setelah 3 minggu sudah disetkan otak dgn segala bentuk bahan ilmiah mghadapi final exam tempoh hari.Maka haruslah tulisan aku pd malam ni agak melalut n menyentap jiwa kalian.Bercakap soal final,aku gila excited nak habaq kat hangpa suma..(tetiba..=,=').Ya kawan2,aku teruja benar nk kongsi di sini.Tapi memandangkan entry kali ni berjela2 point nk dimuatkn sekali lantaran 'teruja benar' tadi,aku tulis ikut kronologi masa lah senang.

1)Study week,22/1 - 7/2
Study week officially start bila mana turunnya aku dr bas depan kenanga blk dari BTN.Tapi ada jua mmbe yg ambil kesempatan bercuti dulu dgn family.Aku agak mustahil nk balik bila mana petang2 merenung betapa tebalnya nota2 yg perlu dibaca.Kalau aku ada otak segenius rahimi rusli takpun sekuat ingatan fithri akmar, mungkin aku pun bercuti dulu di rumah.Malangnya,tidak.Ada membe dri univ lain tegur.Katanya study week aku gila lama.Yes,memng lama.Tapi lama tu subjektif.Bila mana ianya dipadnkan dgn nota 12 cm,maka lama itu bertukar secara automatik menjadi sekejap.2 mingu++ ni belum cukup untuk aku cover+hafal semua kuliah sepanjang sem.Nak termuntah rasanya hari2 disogok dgn muscle,ubat,bacteria segala.Sumpah stress.Ni lah kali pertama aku berdepan dgn study week yg penuh stress,ditambah dgn keadaan sekeliling yg beratus kali lebih stress tatkala rakan seperjuangan turut serta menunjukkan symptom2 stress tahap kritikal.Aku cuba professional,cuba kawal emosi.Harapnya natijah yg baik terpalit buat semua.

*aku tak cerita lagi bebudak brass band berkampung kat kolej aku buat training.Gila,aku nk study bhai.Dyorang syok main lagu jong jong inai pulak..=,='!

Sepanjang study week,rata2 student uitm telah blk bercuti semester.Maka,kedai2 termasuklah perindu cafe bermain manja aci nyorok pula dgn kami yg masih tinggal ni.Lantaran,hari2 lah aku menumpang kasih kawan yg ada motor pegi beli di seksyen 7.Bagus juga terkadang aku fikir,boleh hilangkan 'stress'!

Aku sebenarnya agak terpinga-pinga.Apakah patut baca semua?Yang mana releven?Nak tanya senior,agak mustahil bg aku yg punya ego macam haram.Ok tipu,aku sebenarnya malu..loser bukan??..Mujur 2-3 hari sebelum exam,ada yg post koleksi soalan2 past year.Gila kentang.Hebat senior aku kutip satu persatu soalan...(nota kaki:segala bentuk soalan adalh sulit.kantoi,KY mengamuk nti.)At least,ada guideline sebelum aku masuk dewan exam.Secara keseluruhan,segalanya aku fikir berjalan lancar.Kawan-kawan banyak membantu aku sepanjang study week ni.Thanks buat korang semua esp Faiz Anuar,Taufiq,Arif,Hakim,Ammar,Burg dll...

*Dalam tempoh ni jugalah,result PT3 keluar secara tiba-tiba menyetap jiwa suci aku.Oh,terperanjatnya saya~.Tapi,alhamdulillah.Aku tetap mantain..Thanks God.

2)Kuliah UAI di masjid Shah alam,29/01
Sebenarnya aku pun xperasn UAI ada buat ceramah kat shah alam.Cuma,petg tersebut ak saja2 bukak fb,ada pulak yg post iklan mendalah ni.Aku bnyk kali tgk iklan ni,hatta dalm page batch aku sekalipun.Cuma sikap acuh tak acuh je buat aku xperasn event sepenting ni.Maka,dgn masa tika itu berbaki beberapa jam,aku ajak lah membe join sekali.Plan yg tiba-tiba dan menyentap mungkin,plan ni nampak gaya tak menjadi pada mulanya.Masing-masing ada aktiviti.Tak kurang juga ada yg berbesar hati mahu tgk secara online sahaja.Ramai yg ada motor sudah gerak sebelum jam 7.Hampa.

Pada malam itu,cadangnya aku mahu study macam biasa.Habis je doa lepas solat maghrib,si taufiq ketuk pintu mengadu sesuatu.Katanya livestreaming sekat2,xboleh nk tgk live sambil teresak-esak.Sembang punya sembang,kami pun pergi lah juga ke masjid negeri berdua walaupun masa tu dah nak masuk isyak.Redah saja.Rapid+taxi,maka sampailah di sana.Kedengaran ustaz dah mulakan ceramah nya.MasyAllah,ramai gila yg hadir.Dengan muka tak tau malu,menyempit lah juga kitorang dalam lautan muslimin yg sedg kusyuk.Alhamdulillah.Pengisian yg menarik.Fenomena barangkali ustaz ni.

Plan nak pergi sememangnya mudah,nak balk memang problem.Tiada lagi rapid+taxi tergedik2 manis muka menunggu pelanggan.Jalan kaki adalh satu2nya cara.Maka bermulalah adventure balik ke kenanga.Gelita,sesat,letih itulah cabaran.Terkadang terdengar ngauman harimau dalam semak.Seram xdpt digmbar.Berkat kesabaran dan persahabatn yg murni,ditambah sedikit perisa keberanian n kegigihan,aku dan taufiq selamat sampai ke kenanga yg dicintai.Lega.Syukur.Alhamdulillah.Malam tu sambung study macam biasa sampai pagi.

*cerita yg telah ditokok tambah dgn perlbagai aplikasi sastera seperti hiperbola telah diguna pkai.Harap maklum.



3)Final exam.8/2 - 10/2
Ni lah exam pertama aku sebagai student medik.Banyak perkara perihal skema exam di sini baru aku tau buat pertama kalinya.Harapnya lepas ni exam aku ada gambaran awal n strategi yg lebih tersusun.Satu sem punya belajar yg bertan-tan wajarlah disiap sediakan sebelum masuk dewan.Gugup.Cuak xperlu aku gambaran.Exam ni lah mnjadi pengantara sejauh mana progession aku di medical school UiTM.Memang target asal aku sekadar lulus.Tapi bayangkan,kalau dah gila pulun lebih 2 minggu,siapa tak nak yg bagus2 kan?Aku memang nak A lah even nentor aku,brader pojan suruh target B mencontohi pencapaian beliau..(dy bagi aku nasi goreng hari tuh.Bapak sweet gila doh..=,=').Tapi awas,itu semua sebelum exam.Segala target seakan lebih relistik setelah tamat exam iaitu sekadar lulus.Memang xboleh bla aku merepek dalam ketas jawapan.Ejaan gila  banyak aku melalut.Loser.Biar aku cerita ikut paper exam.

Ada 4 paper.Setiap paper gabungan 8 subjek

a)Short answer question (SAQ)
Ni lah yg pertama.Paling menggerunkan,tapi yg ni la jugak plg sikit peratusan markah boleh disumbg.Asal jawapan mintak dalam essay,maka itulah yg mnjadi keutamaan untuk di'study'.Entah,memang sejak azali aku fikir.Tentang soalan hari tu 50-50 la.Cuma patho memang harapan sgtlah tipis.Tak sempat aku nk perah idea habis2 dek gabra yg tiba2 dtg tatkala masa berbaki 3 minit bila aku start jawab section patho ni.Yang lain,macam biasa la.Lubang lekuk sana sini tu sengaja aku buat.Baru menarik lecturer aku menanda nati.Bukankah begitu?

b)Problem based question (PBQ)
Yang ni agak enjoy.Cuma waktu exam pulak tak kena sehingga terbawa2 enjoy di petg hari ketika exam.Nampak macam senang punya soalan,tpi jawapan dy memang aku tak tau.Kadang2 ada pulak soalan sama keluar tp dalam section subjek yg beza2.Cis,aku agak saspen trick apa yg dimainkan oleh mereka sebenarnya.Kali ni yg plg problem semestinya microbe.Aku memang xingt lansgung psl oncovirus.Nak hentam pun xdak idea.Last2,h1n1 jugak aku tibai..peh,sumpah loser gila.Tu baru sket,bnyk lagi merepak mengaban dlm paper tuh.Sudah lupa.=,=!

c)Objective structure practical exam (OSPE)
Yang ni sumpah unik exam dy.Aku 'teruja benar' nk menjawab even aku jawab memang hampeh esp histo n patho.Harapnya biochem n anatomy dpt cover blk.Ya,kali ni harapn aku menggunung selepas histo 3 station aku salah dari mula.Peh,senak perut aku pikir balik.OSPE ni ada 30 station dgn setiap station kena jawab 4minit.Bukan aku saja yg teruja,aku yakin ramai lgi teruja nk jawab ospe ni sehingga ada yg buat taklimat free tntg format exam ni esp Taufiq.

d)Multiple choice question(MCQ)
MCQ ni gila belambak soalan dy.Total ada 70 soalan besar dgn setiap tu ada 5 soalan kecik2.Tapi MCQ nilah plg memberikan harapn nk skor.Soalan2 dy banyk yg dah familiar n ditambah pulak format ni aku dah cukup biasa (PT guna format ni).Ada la sket2 kantoi.Tapi tu biasalah,satu benda aku pegang dlm proses belajar ni.Sehebat mana pun kita belajar,kita tetap tak kan dapat semua apa yg dipelajari.Lupa itu normal.Maka,latihan bertubi dan pengalamn yg akan biasakan.
 


4)Enjoy habis final.yeehhaa~
Enjoy ni ada 2 sesi.Petang dan malam.Petang keluar dgn taufiq,arif,burg n bad ke pizza hut.Semua sebab burg,dia yg dari dulu nak sgt ke pizza hut.Bagi aku pizza hut xde la bes sgt compared dgn kfc/Mcd.Pastu nahal pulak.Tapi kalau sekali sekala pergi ape salahnya.Best jugak ada kenangan dgn kawan2.Lepas pizza,ke giant pulak setelah blank otak xtau nk ke mana dah.Ah,sental je lah.Haha.At least dlm melepas gian cool blog kat situ...=,='!

Hamizul kekeyangan

Arif kebosanan
Taufiq keriangan

Bad kesorangan

Sesi malam pulak anggota yg join sama,kecuali taufiq dah balik.Ada hal katanya.Ingat nk ajak ammar sekali.Tapi nk save energy keluar dgn K5 pepagi barangkali,dy menolak dgn baik.(sori mar,aku saja buat cite).Kali ni kuar ke i-city pulak.Dekat je pun dr UiTM ni.Macam biasalah kat situ.Just tgkap gambar.Tak main ape pun.Pastu makan kedai mamak.Cuma kadg2 lawak pulak tgk burg yg excited gila snap gambar.Motif dy snap pic indon jual barang masih menjadi misteri sampai sekrg.Haha.Nak balik memang perit.Sekali lagi aku jalan kaki blk kolej.Peh,meang terbaik xde kereta ni...ppfffttt!!

Rusa ajaib
Trio
trio ni lagi cool
trio ni cool gila x5


5)Balik kerumah,melencong ke melaka dulu.
Aku kalau diikutkan plan,balik ke ipoh naik bas.Tapi kebetulan sabtu tu mak aku ada kenduri kahwin kat serdang.Alang-alang kan,aku balik ngan family je lah.Habis je kenduri,tetiba ubah plan nk ke melaka pulak.Family aku ni kalau plan last minit pun tetap jalan.Sebab tu aku pun dapat rasakan aku ada gene yg memang suka redah je apa pun.Barangkali.Siapa selalu outing ngan aku mungkin perasn .Kat melaka macam biasa lah,pergi rumah mak  Yang,makan ikan bakar,jalan2 sket pastu balik.Sehari je pun sebb nk hantar Ude balik UIA plus Abg Cik kerja (Proton tg.malim) pulak isnin..

Setel hantar dyorang,maka aku sambung lah bawak kereta ke ipoh.Mak dgn khalis sedap lena kat belakang.Ini lah peluang aku speed habis habisan.Alhamdulillah,sampai tiba jugak ke ipoh dlm jam 5 petang lebih kurang.Syukur.

Agak panjang juga kali ni.Aku pun terasa meluat dgn sikap aku yg suka syok sendiri.Oh,menyentap diri sendiri rupanya aku ni.Loser.Ok,babai.

p/s:Doakan aku n kawan2 dpt result best2 tau.Sumpah risau.Kalau lulus sem ni,sem depan xyah susah2 dah..wahaha...=D

otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 7 February 2012

esok adalah harinya !

assalam...

 setiap nafas yg berlalu diimpi ratusan nafas dpt kembali,setiap detik yg berlalu diimpi seratus detik kan kembali....

ya Allah,
sesungguhnya ak masih belum bersedia,msh bnyk yg perlu ak persiapkn untu ujian kali ni...tapi,Engkau Maha Mengetahui...sesungguhnya ak telah berikan segala yg ak mampu,segala yg ak perlu laku....justeru,ak mohon,kurniakan ak taufiq hidayah dalam setiap tindakan dan keputusan ku esok hari...izinkan daku merasai sedikit kemanisan setelah satu semester perjuangan ku di sini,izinkan ak memancarkan bibit2 kegembiraan kepada keluargaku,pensyarah2ku,rakan2ku n insan2 disekelilingku yg sentiasa memberi sokongan kpd ku...ya Rabbal 'Alamin...ak mohon,ak merayu,ak berdoa,ak bersujud kepada-Mu....

seandainya kejayaan milikku,jauhkan ak dari sifat2 yg kau xredhai,damaikan lah hati ku ini dgn kesyukuran dan bermunajat pada-Mu...namun,seandainya kegagalan milikku,Kau tetapkan lah hati dgn qadha n qadar Mu,damaikan lah ak dgn segala perancangan-Mu,yakinkanlah daku bahawa segala yg berlaku ada hikmah n terbaik untukku,untuk insan2 disekelilingku...



p/s:jutaan terima kasih kpd kawan2 yg xjemu2 membantu ak...taufiq,farhan,ammar,hakim,syakir,judin n ramai dan lain-lain...hope korang dapt yg terbaik jugak...=)
p/s2:yg ni repost entry lama.aku tiada masa nk update.sekian.
p/s3:buat alba yg akan masuk mrsm esok,all da best abang ucapkn.have a blast at new place dude!

otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 1 February 2012

Wordless wednesday #10

7 days left for final exam.






p/s:Hope for your prayer concerns during these difficult times..

otak aku berfikir secara kritikal..