Showing posts with label Fakulti Perubatan UiTM. Show all posts
Showing posts with label Fakulti Perubatan UiTM. Show all posts

Monday, 12 December 2016

Fakulti Perubatan UiTM part III : Clinical year

Assalamualaikum

Memandangkan aku semakin matang menjengah usia tengah 20an, jadi izinkan penggunaan kata kali ni agak straight forward, Maafkan aku yg dahulu suka menyentap kalian dgn berselang seli jenaka hambar. Rindu dowh nak sentap lagi. Haha

Ok baiklah, setelah bertahun menunggu part III, baru hari ni aku rajin nak menulis balik (after bloody 3 freaking years kahkahkah). Maklum lah post cenggini sifat azalinya panjang n perlukan maklumat tambahan. Aku semakin malas to be honest sejak first ever long case paediatric aku fail. Lulz xde kaitan. Lulz lagi sbb korg xpaham. See ? lawak hambar dy mai dahhh

Ok mari mula kan

Secara ringkas, kurikulum standard di semua fakulti perubatan ada 2 fasa, pra klinikal dan klinikal. Pra klinikal tu seperti yg aku terangkan dlm part I n part II. Selepas lulus Profesional exam pra klinikal di tahun dua, baru lah layak naik ke tahun tiga di mana fasa klinikal bermula. Jadi klinikal tu amendeee? Maaf aku takde definisi lengkap, but basically klinikal maksud nya korang sudah buat attachment/teaching di hospital bersama Dr di sana. Masa ni dah mula jumpa pesakit sebenar, masuk klinik pakar, masuk operation theatre etc. Orang kata patients are your best teacher. Haa gituuu ayat biasa specialist kat ward.

Posting
Dalam kurikulum tahun klinikal, pelajaran berdasarkan posting. Setiap tahun ada posting tertentu dan mungkin berulang utk posting2 penting (medical n surgery). Setiap posting adalah selama 6-8 minggu. Di hujung setiap posting ada exam masing2.

Third Year : belajar nya lebih kepada cara utk mendapat kn diagnosis, clerking history etc

  1. Obstreatric and gynaecology : ward bersalin dan kesihatan organ kesuburan wanita
  2. Paediatric : ward kanak2
  3. Surgery : Penyakit yg memerlukan intervensi pembedahan
  4. Internal medicine : Penyakit yg memerlukan rawatan ubat ubatan
  5. Public health (rural and urban health) : susah nak explain but basically deal dgn kesihatan komuniti like kawalan vektor/wabak, lawatan ke rumah2 pesakit, memahami sistem pejabat kesihatan daerah etc

Fourth Year :

  1. Emergency : zon kecemasan, posting ni best sbb bnyk hand on. Sepanjang aku kat posting ni, mcm2 kulit aku dah jahit, kulit kepala, kulit kaki, kulit dagu etc hahah. Dpt buat CPR, cuci luka etc
  2. Orthopaedic : ward tulang/otot etc. Segala jenis besi tercucuk kat kaki n tangan patient korg akan tgk
  3. Primary care medicine : ni posting kat klinik kesihatan. Selalu jumpa sakit yg simple2 n kenal pasti pesakit yg perlukan rujukan ke hospital. Dan juga follow up pesakit kronik tp stable.
  4. Public Health (population and preventive medicine) : posting ni jumpa komuniti, buat program karnival kesihatan dis esuatu kawasan.
  5. Short postings (opthalmology, otorhinolaryngology, forensic medicine) : haaa gogole la sendirik
  6. Surgery subspeciality (urology, neurology, paediatric. anaesthesiology) : sama je mcm tahun 3 tp exposure lebih kpd subspeciality tertentu
  7. Internal medicine subspeciality (endocrinology, dermatology, respiratory, cardiology, neurology)

Final Year : belajarnya lebih kpd investigation and management of specific disease. Lebih detail laa
  1. O&G
  2. Paediatric
  3. Surgery
  4. Internal medicine
  5. Psychiatry
Kurikulum di tahun klinikal berlainan. Kalau pra klinikal, korg mainly ad lecture n praktikal lab shj. Tp start tahun 3, korg basically attach di hospital. Dlm satu batch tu, korg akan dibahagi kpd 5-6 group posting. Dan setiap posting ad group kecik utk bedside teaching. Mainly teaching melalui bedside teaching 2-3kali seminggu. Selain tu ad juga seminar, case presentation etc

1) Bedside teaching - teaching sebelah katil patient. Basically 1-2 students dlm group kena clerk any patients dlm ward, then present kat Dr n ahli group lain. Basically discussion slps tu based on that particular case n patient. Lepas belajar buat relevant examination kat patient tu. 
2) Seminar - setiap group akan diberi satu topic utk present n dibincang dlm kelas. Topic mungkin sama mcm masa pra klinikal, tp this time lebih aplikasi klinikal a.k.a clinical practice. Selalunye kelas di bilik seminar di ward2. 
3) Case presentation - mcm bedside teaching juga cuma present guna slide PowerPoint dlm bilik seminar. N this time discussion selalunye lebih details
4) assignment - siap kan 1-2 kan case write up dlm setiap posting. Pilih mana2 case kat ward, tulis blk semua clinical notes with discussion. Discussion tu evidence based ye, so rajin2 la bukak journal n cuba kaitkan research sblum ni dgn your own case.
5) Logbook - dlm setiap posting, student kena penuhkan logbook. Basically dlm tu summary apa yg korg buat during the whole 2months posting. For example masa surgery, korg kena masuk OT at least 3 kali, buat venipuncture 10 kali, cuci like 3 kali etc 

Untuk exam pulak, akan diadakan setiap minggu akhir  di setiap posting. 'End of posting' exam selalu akan ad short case or long case saje. Selepas tamat 2-3 posting, akan ad pula 'end of semester's exam. Kali ni akan ada exam bertulis, OSCE etc. Oh yes, minggu exam student xleh gi ward dah. So mmg xtau korg dpt case ap for long n short case. Pengalaman ak, minggu exam la mcm2 case pelik penuh kat ward yg korg xpenah jumpa sblum tu hahaha. Pasrah je la masa tu

1) Long case - student akan dipanggil sorang2, dibawa ke sorang patient (any patient available kat ward), then diberi sejam utk clerk full medical history n buat relevant examination. Lps tu korg gi jumpa Dr, and present la kat dy. Jgn tipu ye sbb Dr dh dpt copy full history patient tu. Then soalan based on that particular case.
2) Short case - Dr bawak korg terus ke mana2 patient kat ward n dy bg short history then korg decide la nk buat physical examination ape. Contoh : 

"This patient 30 years old malay male came to hospital yesterday due to chest pain. Please proceed with relevant examination" -> so dlm case ni korg tau patient ni most likely problem dy kat jantung or paru2. So terus la proceed dgn cardio n respy examination 

Korang kena come out with provisional diagnosis lps habis examine patient n discussion based on that. 

3) OSCE - yg ni sama je mcm masa pra clinical. Cuma case lbh 'klinikal'.
4) Written exam - ad a few paper MCQ, PBQ,SAQ etc. Malas la pulak nk explain satu2. Nanti korg dh masuk korg tau laaa

Untuk survive n naik tahun, korg hny boleh fail maximum 1posting shj per year. Tp tu pun kena reseat exam2 di atas. Kitorg panggil 'remedial exam'. Kalau fail 2posting, automatic repeat year. Repeat year lebih dr 2kali, ad potensi utk dibuang university. 

For UiTM student, our teaching hospital mainly kat Sg Buloh, Selayang n Teluk Intan. Year 3 mmg kat Sg Buloh selalunya. Haaaa kat situ berebut la korang dgn student uni lain hahaha. Situ ad budak MAHSA, MSU n Taylors ye. Korang buat2 la nice sket kalau jumpa dyorg. " Eh, student MSU eh, jom buat PE sama2 nak?" *nampak sgt nipunye* . For year 4, korg akan berpindah randah ke merata2, ikut posting mana korg dpt : Sg Buloh, Selayang, Teluk intan, Putrajaya, KL, KK taman ehsan, KK Sg buloh etc. Bertebaranlah kalian ke merata mencari ilmu huhuhu. Ok for final year pulak, bnyk based kat Selayang, kecuali kdg2 lecturer nk buat kat Sg Buloh or CTC UiTM. Kat selayang ni korg conquer ye, kdg2 je ad budak UPNM. bersepah2 budk uitm kat hospital selayang tu. Pagi tu follow ward round, pastu join klinik, pastu gi clerk case pastu practice PE sbb Pro lg berapa bulan je. Blk dh nk ptg tido jap pastu gi gym, malam study haaa gitu kalau nak jadi student medik sukses. 

Haaa habis pun. Gigih ak tulis masa tgh kursus pra HO. Nasib kursus boring, ad masa ak nk tulis. Ak nk masuk keje lg 4 hari wei. Mixed feeling n hopefully im doing well for housemanship. Mohon doa kalian :)


otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 29 August 2016

Selamat datang ke fakulti perubatan uitm !

Assalamualaikum

Hai adik manis,

Tahniah kpd adik2 yg dpt masuk fakulti perubatan UiTM. Sorry la baru perasan korg dh daftar baru terhegeh hegeh ak nak post kan. Maklum lah busy jadi doctor ni (kahkahkah tipu je kerja pun tak start lg weyh). Mesti korg bnyk soalan n blurr kan masa mula2 masuk kan. Aku pun dulu newbies jugak. Takpe jgn risau, time MDS nti dyorg akan explain satu per satu.

*Btw ak interview bulan depan, doakan ak jwb dgn cool sekali di depan panel Doctors

Tak boleh la nk tulis bnyk2. Laptop ad org pinjam. Ni pun gigih ak download apps blogger kat phone sbb nak tulis post ni tahu? Kalau korg ad pape, pm je la abang (ehem) di Facebook (kamil kamaruddin). Sorry wechat hny utk gadis ( gurau je xde pun wechat dah delete lps tgk vine luqman pudolski 2hari lepas). Nti just perkenal diri n tny je pape. Sementara tgh free ni boleh la nak melayan korang. Nak tips ke, nak menyembang ke, nak kasih syg ke. Boleh saje.

Ok dah la tu. Ur medical journey just started, seat back n relax. Enjoy B-)

otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 28 August 2013

Nota untuk bakal hadek hadek junior.

Assalamualaikum

Aku sebenarnya jarang gila tulis blog petang2.Waktu syahdu sepatutnya di waktu malam.Tapi penyebab utama aku buat entry ni tepat pkul tiga petg sebb trend mood aku sekarang ialah dok layan youtube tgk video Just For Laugh Gags malam2.Kejadah betul depa pi prank prank orang.Kalau prank ammar rahman baru sempoi.

Sebab keduanya aku terlupa dah janji dekat nazurah [syakir baca:nazuzu] nak buat entry khas.Dy mintak tolg sampaikan amanat beliau sebagai org kuat Datuk KY dan Tan Sri Sahol..Kalau korg nak tahu,nazuzu ni MPP yg dah nak pencen dan bawak BMW kat faculty.So,korg yg baru nk 'up' [baca:masuk] kat medik uitm mmg akan jumpa selalu nazuzu dan kumpulan2 beliau.Di sini ade sikit pesanan dy sruh sampaikan.Aku ni sbagai org tengah shj.Al maklumlah dah ade belog feymes,haruslah dimanfaatkan wakaka.

*Tulisan hijau copy paste ayat nazurah*

1)Barang yg MESTI bawak
Nanti masa hari dftar 1 september nanti kat UiTM Shah Alam,kalau takde benda ni sila patah balik ke rumah dan bawak semula.Motifnya nanti korang xde la jadi budak annoying atau jd bahan bualan abng/kakak PM (fasilitator).Kemudian harinya pulak akan dicop sebagai budak bermasalah dan mahu saja ditampar laju2 sepanjang tempoh MDS tersebut.
*aku saja over*.You guys must read the list given to you masa korg accept offer tu tau!

a)Salinan IC + sijil lahir diri and parents yang DISAHKAN
b)All relevant academic transcripts(as stated dlm list yang diberi) yang DISAHKAN.Bawak BOTH SALINAN AND ORIGINAL
c)Bawa gambar berukuran passport banyak banyak.At least nak 8,lagi banyak lagi bagus
d)Bawa semua pakaian yg listed.
e)For those with asthma or penyakit berbagai(kronik) please make sure bawak inhaler or ubat.....*censored*
f)For documents,lagi banyak lagi bagus.Semua tu buat la copy lebih sikit dr yg diminta.

2)Masa isi borang
Jangan la isi last2 minit.Nanti semua benda tak siap bak kata pepatah seperti ayam berak kapur.Ehhhh?Ai student medik hokey,bukan sasteraw~

a)Please make sure you BACA arahan sebelum mengisi BORANG.
b)Isi borang dgn dakwat pen biru or hitam sahaja. preferably ball point. DO NOT USE LIQUID PAPER.kalau tk yakin, boleh bertanya time mds
c)For pengesahan, only pegawai kerajaan sahaja yg boleh buat. swasta cannot, paling teruk is ketua kampung

3)Di hari pendaftaran
Datang la awal kalau nk avoid problem.UiTM Shah Alam tu bukannya besar.Sempit.Dan yg dtg pulak beribu termasuk opah dan nenek yg turut serta walau pun tahu xde function.Datang2 je terus dftar kolej n dapat bilik.Yang lain2 tu nanti PM/fasilitator korg akan buat perjumpaan lain.Simple camtu je (Tak tahulah kalau tahun ni dah lain).Kalau budak medik dpt bilik sementara je tau.Seminggu je kat Shah Alam,pastu baru gi Sg Buloh.

4)Extra
Yang ni aku tak tau nak taruk macam mana.Actually nazuzu suruh aku edit ayat dy.Dy xkp jgn tulis macam dy garang.Tapi aku mana nak tau nak edit kalau dialog org bebel macam mana.hahaSo korg enjoy je la ayat dy ni sampai set di kepala beliau seorang yg sgt penyayang dan tak garang langsung.Aku serius ni,kitorg semua baik2,garang2 kat budak dentist je hahahaha. #GengBudakMedik #jk

"For those with asthma or penyakit berbagai(kronik) please make sure bawak inhaler or ubat. I swear if they kena asthma attack and tak bawak im just going to leave them on the streets. GASTRIC pon bawak ubat if need be. Please explain that melecet is not a SAKIT. if tknak melecet bawak plaster banyak banyak"

Ok dah habis pun.Kejap je entry ni siap.Sambil sambil tengok DIVA universal lagi.Bye.

Kamil
1)Sila google utk tahu siapa Datuk KY dan Tan Sri Sahol.Wajib tahu tau!
2)Selamat mendaftar dan menjadi warga UiTM semua :D
3)Kepada bakal junior yg baca ni,tolg sebar2 kan kat group FB korg ye.
3)Sorry nazurah!hehe

UiTM Shah Alam.Credit to blog cikbellaluna.Thanks.





otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 27 July 2013

Fakulti Perubatan UiTM Part II

Assalamualaikum

*untuk Part II lebih untuk bakal pelajar,part I dulu mcm pengenalan umum*

Akhirnya!Setelah berbulan bulan tertangguh,hari ni aku nak siapkan jugak entry ni.Dari dulu kata nak siap....nak siap...tak buat buat buat jugak.Pemalas tu mmg lumrah,tp penyebab utamanya adalah Syakir Jamali dan Arif Radzi yg lambat mcm siput.Mereka adalah individu yg bertanggungjawab menyumbang photo photo utk dimasukkan dalam entry kali.

*Aku dah masukkan nama korang dalam blog aku,akan ku tuntut habuannya selepas raya puasa.Terima kasih.

Sebenarnya aku tak terpikir pun nak buat ala ala sequel entry satu tahun dua bulan yg lepas, Fakulti Perubatan UiTM . Tapi melihat kepada sambutannya gila meletup sampai trafik blog akan menjadi aneh laju menjelang musim masuk universiti mahupun musim keluar result matrik/asasi,aku terpikir utk buat Part II yg sedang kalian baca dgn penuh emosi itu.Kalau gagal untuk beremosi,ketahuilah bahawa aku sungguh beremosi mendengar khabar tersebut (baca:merajuk.).Dalam banyak2 respon aku terima,respon dri senior,lecturer n parent yg buat aku gila sentap.Sumpah dulu aku tulis main main minta publisiti bagai.Thanks anyway for the supports.Tambahan pulak,aku dah setahun duduk di Kampus Sg Buloh ni,semua selok belok sini boleh aku kongsikan.Hatta tips individu mana paling kedekut di kafe boleh aku cerita,ini kan pula fakulti tu sendiri kan.

*Aku sebenarnya malu gila dgn entry yg lama tu,ayat tak bole bla dan sungguh meminta  penyepak.Dah ramai baca -.-'

Kalau dulu aku rasa dah terangkan hampir semua pasal fakulti medic UiTM ni.So,aku mmg ketandusan idea nak merepek ape dalam part II ni.Aku main sergah je lepas ni ape aku nak tulis.Mari bersama saya kita merepek dalam versi berinformasi.

1)Sungai Buloh
Ini lah bandar yg menjadi kebanggan korang nanti.

"Hang belajaq mana noh??"
"UiTM pak cik"
"Ambik apa?Dekat manaaa?"
"UiTM Sungai Buloh pak cik,Alhamdulillah amik perubatan" *kembang idong*
"Lahh,awat aku xtau UiTM ada medik?Sg Buloh ada ka UiTM?"
"Haah ada la pak cik.Sg Buloh yg busuk tu.budak medik sini ja tau,pak cik mana la tau.Ok bye"

Ya,mmg tak best Sg buloh,Tp jgn risau.Selagi ade ketamadunan di situ,jgn difikirkan lagi aktiviti sosial korang nanti akan terjejas.Tp Sungai buloh ni kalau nak dibanding Shah Alam,jauh bezanya.Usahkan kata jimba,rapid KL pun susah nak jumpa tahu?.Lokasi kampus ni ter kedalam sikit,dalam 5KM nak ke pekan Sg Buloh yg bosan jugak tu.Tapi dekat la ngan Hospital Sg Buloh.Ala,korg newbie tak kena pergi hospital pun.3rd year nanti baru hari2 gi hospital sampai bosan.Kalau nak makan2 pulak,ade banyak restoran ala kelate,ala thai,ala din dan sebagainya kat Kampung Melayu.Dekat je.Kalau nak hangout+wayang+buang masa semua tu dekat One Utama,The Curve,Aeon Rawang,Aeon Kepong.Kat pekan Sg Buloh ade The Store yg dah lama dan buruk tu hahahaha.Padan muka.Tapi dah medik tu xyah nak enjoy2 sgt la.Habis habis pun sebulan sekali okey :)

2)Kampus baru 
Sebenarnya aku dah sebut sikit pasal fakulti baru dalam part 1 dulu.Tapi masa tu aku kat Shah Alam, tak duduk situ lagi.Macam xtahu sgt la,tulis pun main sebat taram je.Sekarang ni habis year2 dah,maknanya dah dekat setahun jugak aku kat sungai buloh ni.Nak compare dgn kat Shah Alam,of kos la ada pros and cons dy.Tapi jgn harap la aku nak cerita benda tak best kat dalam blog.Benda tak best kena rasa sendiri beb.Baru feeling syahdu sayup sayup ombak beringin.So,aku cerita yg best best je la kampus Sg Buloh ni.

Aku malas cari gambar.So aku kutip gambar yg aku edit khas utk final exam semIII dulu haha
Kita mula dengan fakulti la.Kat sini ada bangunan akademik besar gedabak walaupun student takde la ramai mana.2 batch je kot,year1 n year 2.So,muka muka tu jelah hari hari korang jumpa sampai nak termuntah.Kalau bertuah jumpa akak cleaner bertukar tukar.Ok lah tu,ada variasi.Bangunan besar ni nama glamour dy mitochondria.See?kalau dah medik tu,sume benda nak medical term bagai.Dalam mitochondria gergasi ni,dy tak produce ATP.Tapi dy sedang produce bakal bakal doktor yg hebat pemacu harapan negara bangsa...zzz.... -.-'

*Doctor2 biochem pasti kagum melihat aku mention ATP di sini.haha

Bangunan ni 9 tingkat yg dilengkapi 3 auditorium yg sungguh mewah jauh bak langit dan bumi compare dgn lecture hall D kat Shah Alam yg xde air cond dan berkongsi year1 year2 tu.Kat sini satu year 1 punya,satu year 2 punya and satu lagi auditorium besar yg selalu guna kalau ade majlis ape ape.Bagus,lecture hall tak kongsi kongsi ni.Dr Effat (pathologist) pun galakkan study kat lecture hall bila free.Kat mitochondria ni jugak ada medical museum yg awesome.Semua gross specimen yg normal atau yg ada disease boleh jumpa.Lung carcinoma ke,breast carcinoma ke n dll.Lagi ada medical library yg besar giler tp sikit orang.Medical books bersepah sepah (baca:banyak) kat sini.Kalau tak beli buku pun takpe,pinjam library pun okey.Bukan baca sgt buku tu..opss..Pastu ada 5 jenis laboratory.Tapi lab anatomy ade bangunan sendiri.Dari mitochondria tu ade skybridge pegi bangunan anatomi.Lain lain tu macam biasa lah,pejabat,kelas ,student louge kejadah semua tu.

Ini lah dia Auditorium 2.Besar,sejuk dan ade 1 projector besar n 6 TV LED .Sedap tido nih hehe
Medical Museum.Cantik dan teruja gile kalau budak baru.Aku dah bosan masuk. -.-'
Medical library.Besar gila baq hanggg.Buku pun banyak.Taufiq jadi model.
Multi Discipline Labaoratory.Banyak practical kat sini lah.huhu
Anatomy Dissection Laboratory.Yg ni aku cilok gambar Titie kat instagram.Cool sangat haha.
NI kolej kediaman.Yg atas tu koop,yg bwh tu bilik study bhgian luar.
*Auditorium besar tu selalu guna utk Clinico Patho Conference (CPC) tiap2 pagi rabu.Lecturer present case pastu ade debate sikit dgn lecturer lain.Kadang2 korg tak paham pun dyorg cakap ape.Dengar je lah.Best!
*Sebenarnya yg dah siap baru separuh,half mitochondria.Fakulti pergigian punya bangunan kat sebelah under construction.Sebelum semester baru bukak september nanti insyAllah siap.
*selain mitochondria,ade 2 lagi bangunan besar:Clinical training Centre (CTC) dan Institute of Molecular Medicine and Biotechnology (IMMB)

Ini lah CTC,UiTM  mini hospital.Patient ramai jugak admit sini.Tp tak se busy hospital Sg Buloh la.
3)Kurikulum
Macam yg aku dah cakap kat part I dulu,sistem yg diguna pakai adalah Integrated System and Hybrid Problem Based Learning Stratergy.Pergh nama nak gempak bajet nk pancing budak.Tak paham,hokey.Maksudnya korang akan belajar semua subjects sejak dr first module lagi.Semenjak sudah graduate pre-clinical ni,ak semakin lupa apakah module2 yg ada (wahahaha belagak gila).Contoh module tu macam  General Module,Respiratory Module,Gastrointestinal Module,Reproductive Module.Banyak la,boleh tgk kat website faculty.Kalau system lama,belajar by subject.Year1 belajar normal (anatomy,physiology,biochemistry),Year2 baru belajar abnormal (pathology,microbiology,parasitology n pharmacology)

Ringkasnya macam ni subjek korang nanti.

Anatomy
belajar pasal tubuh badan grossly.Kena tau la organ2 yg terlibat.Dy punya location,relation,blood supply,nerve supply,lymphatic drainage semua tu.Pastu akan selit2 sikit applied anatomy yg selalunya berkait dgn surgery.Yang ni mula2 ada lecture sejam pastu ade lab practical pulak.Main la dgn patung ke,mayat ke,dan plg sedih dapat gambar je haha.Time practical la dpt jumpa clinician yg terdiri dri surgeon,opthalmologist,cardiologist dll.

Our beloved Prof Hamid,an anatomist.
Histology
belajar pasal microscopic appearance organ2 tu.Dia punya layer bape banyak,special cell yg ada dan semua2 yg korang boleh tengok dgn microscope lah.Sama juga,mula2 ada lecture sejam pastu ade practical kat lab.Jangan risau,microscope mmg oke.Memang boleh nampak punya tak macam microscope matrik yg tak nampak ape pun hahahaha.

Prof Marina Kapitonova.A russian histologist.Best Prof ni tau.
Embryology
belajar pasal proses kejadian dan pembesaran organ2.Nama pun embryo,belajar pasal embryo la.Contohnya macam urinary bladder,mana asal dy?mcm mana proses boleh jd bladder matang? n ape contoh2 congenital anomaly yg boleh kena kalau organ tu membesar tak betul.Yang ni ada lecture je,xde laboratory pun.Tp kat museum ada rasanya baby yg ada anomaly.Ntah,aku jarang pegi museum pun .

Physiology
belajar pasal normal proses dalam badan kita.Selalunya anatomy n physiology mmg berkait rapat pun.Contohnya mcm menstrual cycle.Kena tau lah hormon ape yg terlibat,macam mana boleh period semua tu.Banyak lecture je,jarang2 ada lab.

Biochemistry
belajar pasal enzyme+molecule+pathway.Yang ni mmg subjek susah sikit sebb banyak sgt pathway/cycle yg kena tau.Ala,mesti pernah dgr TCA cycle,ornithine cycle,gluconeogensis etc masa SPM/asasi kan?benda2 tu lah tp lagi detail dan menggilakan.Dah ada pathway,mesti ada enzyme kan.Mana boleh main tukar je.So,gabungan pathway dan enzyme yg unik setiap satu membuatkan biochemistry sgt seronok dan adventure (my God -.-').Ni pun banyak lecture jugak,lab sikit je.

Molecular Medicine
Yang ni cabang kepada Biochemistry jugak la kiranya.Tapi dy lebih kepada genetic dan laboratory based.Benda benda yg korang belajar macam duplication,robertsonian,codon bla bla tu la.Plus kat UiTM mmg ada pusat dy.Banyak research budak master kat sini la.Institute of molecular medicine and biotechnology (IMMB)

Pathology
belajar pasal penyakit.Beribu ribu penyakit selain penyakit berjangkit korang belajar masa ni lah.Apa risk factor,pathogenesis,complication of the disease etc.Patho banyak masa year2.Year1 banyak fokus subjek2 yg ak ulas sebelum patho ni.Lecture Patho ni banyak,lecture banyak,practical banyak n 'homework' pun banyak.Sila study dgn penuh kerelaan.

Doctor Surgey Gupalo from Russian.Aku punya facilitator masa PBL.Dy pathologist.Amik gambar senyap2 haha
Microbiology
belajar pasal microbe lah sama ada bacteria,fungi,virus dan laboratory testing nak detect binatang ni.Yang ni pun susah jugak sbb aku tak suka.Gila ape nak hafal semua nama makhluk2 yg pelik2 tu,dah la beratus.Pastu setiap satu ade feature masing2.Kena tahu lah menatang ni menyebabkan penyakit ape,camne boleh kena,nak guna ubat ape etc.

Dr Lwin Lwin Nyein,microbiologist from cambodia.Aku mentee dy sejak year 1 huhu

Parasitology
belajar pasal parasit pulak.Yang ni mudah sikit sebb lecture dy pun tak berapa banyak.Pastu lecturer pulak suka bg spot yg 99% masuk exam hahaha.Lebih kurang macam microbe jugak tp yg kumpulan binatang yg lain macam cacing ke,nyamuk ke dll.Meski pun aku sedar parasit dlm kalangan manusia kian bercambah,ak masih tak jumpa clinically importance kumpulan parasit ini dalam bidang perubatan.oke lawak ak tak berjaya.Sama macam microbe,ade lecture dan pratical

Pharmacology
belajar pasal obat ye tuan tuan.Ubat bukan main berlambak dan setiap seketul tu ada lain lain mechanism of action,contraindication,adverse effect dll.Pharmaco ni walaupun susah tpi best.Subjek ni la antara subjek aku sanggup bukak buku tebal tebal dan baca.Lagi satu,lecturer pharmco la lecturer yg paling best.Semua bagus2 belaka,tak tipu lagi2 yg dari Russia.Kalau dyorang terang tu,mmg kaw kaw la nk bagi korang paham.Btw,pharmaco ade lecture je,takde lab.Ini medicine bukan pharmacy.Kita tak buat ubat oke.

Population health and preventive medicine
belajar pasal community health.Aku nak cakap pun susah la.Basically dy ada 2 main topic:Epidemiology and biostatistic.Epid ni belajar pasal outbreak,disease surveillance,disease control etc.Contohnya kalau ada wabak yg melibatkan kesihatan komuniti.Subjek ni susah walaupun nampak senang.Ayat berbelit dan mengelirukan.Kalau biostatistic tu macam biasalah buat graph,susun data bala bla bla.Pergh aku tak minattt T.T *menangis*

Prefessional Personal Development
nama je gempak tapi belajar pasal...ntah,ak xpaham sgt.Sebab dy mcm common sense pun ade.Kadang2 macam ke arah psychology sikit,pastu spin masuk self esteem sikit (pergh tajuk elektif aku) .Senang korang tunggu je lah ape PPD ni.Subjek ni ringan je.

4)Exam
Setiap medical school ni exam dia lain lain tau.Macam UKM dy takde professional exam and final exam dy ikut subject (UKM je la aku tau sbb cousin ak amik MD UKM).Untuk MBBS UiTM,sumpah kompleks gila.Aku mention gila pun sebenarnya tak cukup utk describe keadaan sebnar.So,ia adalah gila kuasa dua.Instead paper exam ikut subject,paper kita ikut bentuk soalan.Waaa tak paham T.T

Progress Test
Progress Test(PT) ni macam End Of Module(EOM) kat UKM.Bila dah habis satu module,mesti ada test nye.Kalau Year1 PT jumaat pagi,Year2 jumaat petang.PT ni soalan dy format MCQ (Multiple choice question),jawab true or false je.Satu PT ada dalam 20-30 soalan,ikut module yg belajar tu pendek ke panjang.Kalau panjang gila macam CNS,ade 2 kali PT.Satu soalan tu pulak ade 5 soalan kecik.Nampak macam senang tp yg leceh dy ade negative marking.Kalau salah tolak markah.Kejam gile.Kalau nak tibai jawapan pun kena hati hati.Lagi satu,soalan MCQ ni la yg suka tny merepek2.Detail se detail dy boleh tanya sampai korang rasa 'kejadah ape aku baca semalam?'.Selepas habis PT,ade sesi audit.Lecturer akan bincang jawapan terus.So,mmg dah boleh agak result kita ape.Aku kalau mcm susah tu,ak buat pekak je masa audit.Gila ape nak masuk weekend takde kerja ak nk stress pikir result PT.Lagi satu,jumlah semua PT dalam satu sem tu,dy carry mark sebanyak 30% utk final.So,kalau ade 6 module,satu PT bagi 5% je la.Sikit je.

Final Exam
Ni exam biasalah bila nak habis semester.Kena revise lah balik module2 yg ada dlm semester yg berkaitan.Study week panjang,2 minggu.Tp bila nk dekat2 habis tu,mmg rasa nk termuntah dah pun baca.Banyak gila gila kena baca balik.So,nasihat aku jgn straight je baca 2 minggu tu.kadang2 pergi la kuar jalan2.Sem II aku pulun maut,tp dpt B je.Sem III aku study kuat jugak tp kadang2 tu rilek je,gi kuar jalan2 main panjat panjat skytrex shah alam.Tup tup result dapat A.Sudah nya aku kena belanja budak rumah sbb gatai buat janji.Ok,UiTM punya final exam ni pelik sikit.Sebb paper dy tak ikut module mcm UKM,tp ikut bentuk soalan.Maksud dy klo paper bulat bulat,kena bulat bulat sampai habis.Kalau paper essay,meroyan lah kat paper tu sampai tak cukup kertas.Soalan setiap paper ni merangkumi semua module yg ada,sbb tu dy susah.Korang kena prepare semua utk each paper.Tak macam SPM,klo bio esok,malm ni study bio je.Tp yg ni klo MCQ ke,SAQ ke,OSPE ke,PBQ ke sama je semua.Kena study setiap module.Yg beza hanya bentuk soalan.Kalau MCQ tu macam PT lah.Cuma Final ada 70soalan *pengsan*.SAQ (Short Answer Question) pulak macam essay atau soalan berbentuk subjective.Ala,mcm kacak itu subjektif...zzz...ok xde kaitan.OSPE pulak dekat lab.Ade 30 station,setiap station tu dy bagi la specimen ke,microbe ke pastu ade la soalan.Contoh station pathology,dy bagi seketul breast yg ada tumor.Korang kena detect ni tumor jenis ape,describe breast tu mcm mana.Setiap station 4 minit je,kena cepat gile.Pastu PBQ (Problem Based Question),soalan dy macam PBL (baca part I).Dy bagi case,pastu dy bagi soalan.Kena diagnos la penyakit ape,drug ape nk guna semua tu.Kalau tak dapat diagnos,babai la PBQ.Final exam ni sumbang 60% total final.Dalam 60% tu,OSPE 40%,MCQ 30%,SAQ 20% n PBQ 10%.Pening kan?Kalau final dpt 80%,kena convert 80 tu ke dalam 60% peruntukan utk final exam.Haha dah macam bisnes.

Professional exam
Ini dia exam yg sungguh kejam dan mencarik2 daging.Pro Exam ada dua kali.Pertama Pre clinical Professional Exam masa sem4 dan Clinical Professional Exam masa sem10.Aku sebenarnya baru je habis Pro Exam,dah lulus pun.Sumpah happy gila habaq hanggg.Mana tak nya,aku separuh mati telan,minum,makan,mandi segala benda medik medik ni sepanjang 3 minggu study week.Pro Exam ni kena baca balik dari semester 1 punya topik.Sikit je,ada la dalam 570 topics (thanks to Arif sebb kirakan.Sila visit blog beliau hehe).Memang 'sempat' pun 3 minggu nk cover semua kan.Lagi2 yg sem1 n sem2 yg dah satu hape pun tak ingt dah.Ok,Pro Exam ni mcm golden ticket la untuk masuk clinical year.Kalau tak lepas,kena repeat selepas korang dah puas menangis menyesal bila fail.Format dy sebijik macam final exam.Yang bezanya dy melibatkan 4 smester punya topik,tak mcm final yg hanya satu semester shj.Jadi spot question memainkan peranan yg sgt penting di sini hahaha (jgn ikut,ini budak malas mcm ak je).Lagi satu bezanya,MCQ mmg melampau banyaknya.Ada 150 soalan *pengsan sampai koma* yg setiap satu ada 5 soalan kecik.Lebih kurang 750 soalan untuk paper hari khamis,MCQ's day.Oh lupa,exam seminggu tau dan setiapa hari ada,takde gap gap.Memang masa study week tu kena 100% prepared dah.Dan last sekali masa Pro Exam ada OSCE .OSCE ni korang boleh bajet jdi doctor kejap sebb exam dy amali buat clinical things.Dia ade 2 station je.Korang kena ambik history patient and diagnose disease.Ade la org berlakon jdi patient nanti.Lagi satu kena buat clinical examination mcm amik blood pressure ke,reflex test ke,check mata ke etc.Doctor yg akan bg markah kat sebelah tu.Pro Exam ni markah dy 60% jugak.30% dari final exam n 10% dari PBL.Lebih kurang je

Oke,habis pun aku merepek panjang2.Penat tahu tak tp aku suka hehe.Sebenarnya ade 2 point lagi aku nak cerita.Clinical year and MBBS with Advance Medical Science.Tapi pikir pikir balik tunggu part III la bila aku dah habis year3 nanti.Lagi setahun InsyAllah huhu.Yg MBBS with AMS tu rasanya  ada baik kalau kawan2 aku yg buat AMS ceritakan.Dyorg lebih tahu,lg umpph berkrim kalau nak saiko saiko budak.Kalau ada dyorg buat entry pasal benda tu,aku taruk link nanti.Aku pun dah ngantuk nak tido.Dah la aku banyak gila tangguh movie sebb nak siapkan entry ni.Berbulan tahu?Takyah cakap movie la,report research elektif aku pun abaikan juga urgh.

Ni lah dy contoh invitation letter utk buat AMS.Aku cilok dr blog Ammar.Dy ngan burg, kawan ukhwah fillah uhibbukum fillah alhamdulillah dapat hehe
Ohh lupa satu lagi,sebenarnya si nazuzu ade suruh aku post something pasal pendaftaran pelajar baru.Dy kata nak email benda ape nak tulis.Sampai sekarang takde.So,kalau korang bakal junior aku yg nak dftar nanti,kalau ade soalan berkaitan pendaftaran boleh la refer si Nazurah atau Fatheen.Dyorang MPP fakulti medik,orang besar jajahan ni.Tp nak pencen dah haha.

Cukup sekadar itu,maaf la ayat aku bersepah sikit kali ini.Lama tak tulis maklum la,skil sentap menyentap pun semakin hilang.Ramai pembaca untuk entry part I dulu,mencecah 6000 view dlm masa 13 bulan.So, banyak la respon yg pelbagai.Ada budak,ada bakal junior,ada senior aku sendiri,ada lecturer (Dr nori -.-'),ada parent dan sebagainya.So,kalau penggunaan bahasa yg kurang sesuai harap dimaafi lah terutamanya kepada golongan ibu bapa.Aku cuba utk buat ala ala girang gurindam jiwa berentak jazz sedikit agar tidak bosan sesuai semua peringkat umur,malanganya tak menjadi.So,diharap info info yg nak disampaikan itu dapat lah dikutip walaupun membaca dalam keadaan annoying dan mahu saja mengetuk ngetuk kepala si penulis.

Kamil
1)Yes dah habissssss!Siap pun!
2)Kepada pembaca budiman,saya merendah diri memohon doa kalian untuk saya berjaya dlm bidang ini.Apelah sgt entry busuk tp berinformasi ini berbanding doa doa kalian =) *kenapa busuk ?*
3)Kepada rakan rakan satu batch terutamanya ammar rahman yg mengharapakn tulisan merepek dan meroyan aku,harap bersabar.Entry berinformasi begini mmg tak sesuai utk korang.
4)Clinical year InsyAllah bulan september nanti.Doa doakan yg terbaik =)
5)Kalau ade yg nk cari aku kat FB,type je Kamil Kamaruddin.Nanti ak approve ikut mood haha

MBBS UiTM Ninth Batch.May Allah bless our friendship till the end :D
 Sekian sahaja,Wassalam ^^


otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 2 June 2012

Fakulti Perubatan UiTM

Assalamualaikum.

Buat pertamanya,aku hampir2 tergigit lidah tadi dek kerana sedikit tersentap dgn tajuk entry yg sungguh berinformasi bagai (except:Tazkirah on Thursday).Blog aku tak pernah menjadi sumber rujukan sebelum ni melainkan kisah2 meroyan yg terselit adegan sentap menyentap dan terkadang syok sendiri.Maka,haruslah kali ni aku sedikit gembira atas kenaikan pangkat dan malah sesekali aku terasa itu adalah takhta.Wahaha..! *forever alone*

Lama jugak aku tak update belog.Kisah ape aku?.Okeyh,entry ni actually ak dah lama nak taruk.Tapi sebb aku ingat budak matrik/asasi dah tutup dyorg punya UPU fasa2,xde keje la aku nk cerita sgt.Tapi last week,ade junior tny aku pasl medik uitm pulak.Aik?Rupa-rupanya baru bukak selasa lepas la...Kasihan junior2 yg comel,keresahan barangkali memilih course2 yg best n sesuai dgn pointer masing2.Kembang nasalis muscle.

*Awas kpd Taufiq n Arif,aku suspek korg akan cop aku lepas ni yg bajet 'menumpang' eksaited Pre-med bagai..*
*budak premed masuk esok..^^ *
*sori adik comel,even esok tarikh tutup UPU,aku nk cerita jugak..las week aku de exam*

Dua perenggan awal yang sah2 hanya meroyan dan tidak ilmiah langsung.Abaikan.Ok,pasal medik uitm.Aku dgn sekalian takzimnya mmg sedang mempromosikan medik uitm ni.Even aku nih batch ke9,tak ramai yg tau psl kewujudan fakulti perubatan uitm.Kesian betul kat aku yang tak feymes.T.T..Tak kesah la sgt sbb aku pun xtau jugak sebelum masuk sini.Actually,masa kat matrik dulu ada akak faci yg promot2 sket kat aku.Tak semena-mena ku jatuh cinta dgn medik uitm.Cinta pandang pertama bukanlah falsafah aku pegang....Tapi...Situlah bibit2 awal pengenalan romantis kami...aiwaahh!

Mula2 selalu orang cerita pasl sejarah history background kejadah semua tu kan,tapi aku nak skip sbb mlm ni aku nk layan one piece.Haruslah aku cepatkan sikit.Nah amik link medik uitm ni.Sekali official web site aku bagi.

*syarat kemasukan tu standard medik la.3.9++ dialu alukan apply.Klo dr asasi aku xtau sgt.Tanya Taufiq atau Arif..huhu*

Sistem akademik kat sini adalah Intergrated System n Hybrid Problem Based Learning Stratergy.Basically,belajar tak ikut subjek secara direct,tapi gabungan subjek2 dalam satu module.Module tu based on systems dlm badan manusia la.Macam isnin depan aku start module urinary system,so aku akan belajar anatomi pasal kidney,prostate,testis etc,physiology nak urinate,disease2 yg attack bahagian 'tu' dan mcm2 lagi.Tak paham jugak,tak yah paham lagi.Dah masuk baru paham mcm aku rasa dulu.Lagi satu,Tahun 1 n 2 adalah pre-clinical (belajar semua teori n pratical di lab).Tahun 3,4 n 5 baru clinical.Yang ni baru jumpa patient betul2 kat hospital.Belajar pun more related to clinical cases la.Macam biokem yg berbelit tu,dah kurang kot...entah.Harap harap xde terus!

Buku pulak mmg banyak kena beli.Aku beli hari tu seribu lebih jugak.Tapi mmg kena pilih betul2.Kalau tak sebati ngan jiwa masing2,mmg rugi je beli.Aku ade je stok stok buku yg jadi hiasan sampai sekarang.Bau kedai lagi...


Nampak pharmacology kaler purple tu?Itu antra stok hiasan sampai sekarang.Wahaha...!

Ni senarai subjek korang kena ambik ye adik2..
  • Anatomy,Embryology and Histology
  • Physiology
  • Biochemistry and Molecular Medicine
  • Pathology
  • Microbiology
  • Parasitology
  • Pharmacology
  • Population Health and Preventive Medicine
  • Plus subjek Universiti:TITAS,BEL,Ko-ku etc..
I)Lecture-Satu lecture satu jam.Kalau lecturer rajin,akan ada lecture tambahan.Atas kapasiti student medik,agak susah n serba salah nak menolak even dah tepu otak.

 Sumber air-cond di lecture hall D.Keruilai~~

Dr Adrean sedang bagi talk.Dia sekrang dirampas oleh fakulti pergigian.sedih...T.T

Suasana di dalam lecture Hall D.Jeling2 manja.Arif n Taufiq~ :D

II)Laboratory-Multidisciplinary lab,Communication Skill Lab,Anatomy Dissection Lab,Computer Lab,Clinical Skill Lab...bape banyak lab daa..

 Di Lab Anatomy sewaktu Muskuloskelatal Module.

Kelihatan seorang pelajar sungguh syahdu melakukan praktikal di MDL

Prof sedang meniliti sesuatu di dalam makmal...hmm..segaknya!

III)PBL-dapat case,pastu bincang ngan membe pasl case tu.Kena relate the whole subject dalam module kite tgh belajar.Aku tak suka nih...=,='

Ni contoh trigger dalam PBL.Aku pun tak ingat ni dalam module ape...Rajin abg ni hightlight.

IV)Small Group Session-ni macam masuk kelas toturial,bincang dgn lecturer.Takde ambik markah pun.Lecturer pun tak check korang buat atau tak.Semua bergantung pada kesedran diri sendiri.

V)Early Clinical Exposure-ni korang belajar cara2 nak treat patient masa clinical or bila dah jadi doctor nanti.Hafal je text dy bagi tu.huhu... "It's must be difficult to u then..." <----ayat cliche masa kelas ECE

Sesi lakonan macam ni lah lebih kurang di waktu kelas ECE.

VI)Exam-setiap module ada Progress Test bila dah habis module tu.Result dy akan jd carry mark untuk final exam setiap semester.Pastu ada jugak exam2 besar mcm PRO exam.PRO exam 1 (preclinical) masa tahun2.Korang kena revise balik berta-tan note dari year 1 lagi.Seriusly,untuk sem lepas saja,note aku setinggi 12cm.Boleh bayang 4sem punya note tinggi mana? Eeiwah !

*kalau excellent result,kitorang panggil distinction..huhu.*

Nota-nota untuk semester satu punya exam.Aku dpat B je.Sadis. 

Meja bersepah di waktu study week yg ada masa 2minggu.Pecah otak.

Memandangkan aku semakin lama semakin bosan menaip,aku nak buat dlm bentuk point.Cepat sikit habis.Padan muka.

*Loser nya,perenggan2 awal diperuntuk untuk meroyan lebih*

Apa yang best ?

1)Teori medik-takde-life tak diguna pakai kat sini.Ada je masa nak lepak2,enjoy2 bla bla bla...tapi tak boleh lebih2 sgt la.Malam2 kena study jugak.Lecture mmg packed.Kelas selalu 6-8 jam sehari.So,petang je la nak DOTA ke,futsal ke,blogging ke...Malam bukak buku mcm biasa.Unless nak try dpt D dlm progress test,boleh la enjoy sampai subuh.

*kalau budak perempuan ak xtau sgt.Ada jugak dgr dyorg study kat fakulti sampai 4pagi...pergh!

 Student medic enjoy sesudah habis PT.Aku menang game ni weyh!

Student medik yg terlebih enjoy dibelakang tabir...berjaya dibongkar!

2)Lecturer best.Best satu hal,berpengalamn satu hal lagi.Banyak prof dr fakulti medik ukm,usm etc dah masuk sini.Dyorang style mengajar mmg senang nak paham.Paham waktu lecture la.Kalau tak study balik,ada potensi lupa time exam.Pernah sekali Arif (stalker mokhsya) stalk pasal award n research lecturer aku ni.Mmg impressive sungguh!Nak tau lebih,boleh jadi stalker tegar website medik uitm leps ni.Lecturer dr oversea pun banyak.Germany,Russia,Pakistan,India,Iraq,Jordan.Myanmar, bla3...ramai lah.Yang foreigner ni pulak sporting.Seriusly!

Feveret aku:
a)Prof Hamid
b)Prof Marina Kapitonova
c)Prof Nafeeza
d)Prof Baha Latef
e)Prof Harbinder
f)semua lah senang.jenuh nak tulis.

Our beloved Prof Abd Hamid...=)

3)Kampus baru.Fakulti perubatan uitm ada 4 kampus.Selayang,Sungai buloh,Teluk Intan dan Shah Alam.Buat masa sekarang,tahun satu dan dua di kampus Shah Alam,menumpang di Kompleks kejuruteraan sebab kampus sungai buloh masih dalam pembikinan.Bila dah tumpang tu,paham2 je la kan.huhu.Di kampus selayang untuk senior tahun 4 dan 5.Kampus Sungai buloh utk tahun 3 dan kampus Teluk Intan utk posting luar bandar masa klinikal.Pengecualian di shah alam,fakulti medik dy mmg superb!Nanti aku letak photo kat bawah.Nak lg best masuk link GeBU n GeBU (promosi sket...).Fakulti di kampus Shah Alam bakal ditutup,so tak payah aku nak cerita lebih2 kan?.Korang yg bakal masuk sesi 2012/2013 a.k.a bakal2 junior aku yg comel,nanti terus ke Sungai Buloh.Tak merasa la keperitan lecture hall D yg mcm takde air-cond tu...aiyo!
Kampus Shah Alam.Sign board ni dah cabut kot.Aku tak jumpa pun...=,='

 Bangunan S n T,Komples kejuruteraan yg kitorang tumpang...

 Kampus Sungai Buloh .Nanti adik2 masuk sini ye...

Kampus Selayang untuk senior tahun2 akhir

Kampus Teluk Intan,untuk posting Rural Health...

4)Program Khas.Yang ni seriusly aku tak tau sgt (tau gitu2 je).Tapi kebetulan hari tu Arif presentation ko-ku buat tajuk ni,ak secara kebetulan pun tau jugak.Wahaha..!

I)Advanced Medical Science-Korang masa PRO exam 1 nti klo dpt distinction,nti fakulti offer stop belajar setahun n buat research.Kalau jenis2 otak yg tak dibendung geniusnya,ada chance buat research di Harvard Medical School...wahh!Ni link senior ak yg dpt harvard,wan mohammad hafiz. ^^

Harvard Medical School....teringin?? hehe

II)Eminence Person Lecture Series-Yang xde ape sgt pun.Nanti dari masa ke semasa akan ada orang top2 kat malaysia ni buat talk kat korang.Mcm Prof Diraja Ungku Aziz,Prof C.P Ramachandran,Datuk Jins Samsuddin n bla3...

Ni antara EPLS yg aku hadir.Not bad lah...

III)International Academic Advisory Board-Fakulti perubatan UiTM ni ada badan pemantau antarabangsa dr universiti terbaik di dunia bg menjamin kurikulum yg mantap dlm mencapai misi visi melahirkan doktor bertaraf dunia.Bla,..bla...bla...korang reka ayat cliche sendiri lah.Btw,badan ni dianggota Prof2 dr Harvard,Melbourne,John Hopskin n banyak lagi.Kagum?

Sebelah kanan tu Senior Prof Gordon Williams dr University of Harvard sewaktu meeting di UiTM...^^

*kesemua ni hanya terdapat di Fakulti Perubatan UiTM sahaja.That why we are so unique and special...=)

Woot woot.Masa dah suntuk.Last last minit pulak aku ada perjumpaan dgn adik n abang sket lagi.Setakat ni lah dulu.Nanti dari masa ke semasa akan diupdate ikut suka hati aku bila ada mood n permintaan berbayar.Maaf dipinta atas segala kekurangan yg ada.Kalau ada sebarang kemushkilan dan pertanyaan,jangan malu jangan segan,sila la komen di bawah ye adik2 comel.Tak comel pun komen jugak lah.

"It's okey,it's alright.Go medic...Fight,fight,fight!! "

Kamil:
1)GIT punye PT biasa2 je..aku tak mengharap sgt.InsyAllah apa saja keputusan,itu terbaik buat aku..=)
2)Tak sabar la budak premed nak masuk.Eceh,budak matrik macam aku pun nk sibuk kan? =,='

 Jejaka medik harapan negara...^^

Gamba batch aku.MBBS UiTM ninth batch~~




otak aku berfikir secara kritikal..