Showing posts with label Kawanku Nyawaku. Show all posts
Showing posts with label Kawanku Nyawaku. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Habis exam,cerita cuti pula.

Assalamualaikum

Woohhh,lama juga tak buka blog.Kalau tak update mmg tipikal,tp bila lama tak buka ak merasa sedikit aneh dan keliru.Misterinya.Sepatutnya aku telah lama terkinja untuk update semenjak Mahdi request 2minggu lepas masa study week.Tapi busy nampaknya walaupun aku telah nekad utk tidak busy study semasa musim study seperti entry sebelum ni.Kalau dah namanya study week,study dan Kamil berpisah jangan.

Aku sebenarnya tengah cuti semester 2minggu.Entah aku pun tak pasti motif disebalik tempoh 2minggu menjadi pilihan Dean.Minggu lepas aku ada final exam yg sumpah teruja hola hola.Bukan boleh jawab mana pun,tp sebab inilah exam yg banyak konsep berkerjasama dan bersatu teguh bercerai roboh jelas kelihatan sesama housemate yg dichentai.Lagi lagi masa OSPE,hambek kau membidik tuju membelah lalu.Aku tak pernah kisah pasal result.Itu bukan urusan aku,urusan Allah.Yang pasti aku dah pulun sehabis baik.Tapi kalau dapat B itu cun.Ini kalilahhhh....! #RahimiNakJoin

Bukit main skytrexx la.ape barang rumah 4musim.hahaha
Sebelum cuti,ada exam.Sebelum exam mestilah ada study week.Wahaha,sungguh memenuhi konsep retrospective Dr Mariam.Study week aku kali ini mmg eksaited jong jong inai rajawali.Walau gagal mencapai sasaran untuk hanya bersenang lenang goyang kaki,ak masih berjaya skip sehari dan berjimba jimbo dgn bebudak MESTA ke 'biukit' [mana Radin?] Cerakah.Puii,cerakah bosan.Tapi tak bosan kalau main skytrexx.Terasa melayang layang si bangau memecah awan pawana senja.

Balik semula musim cuti[mana ammar si musim?].Cuti kali ni aku enggan lagi merancang segala plan yg yabeda bedu pom pom.Selagi JPA tak masuk,cuti aku secara rasminya di rumah sahaja.Maka,menonton movie movie marathon menjadi pilihan.Ada sebak ada aksi,ada tembak ada fantasi.Ya,mmg tak produktif.Setakat ni dah tengok Wreck it Ralp(4star),Brave(2star),A moment to remember(3star),Ghajini(4star)n The odd life of trimothy green(4.5star).Sume best heeyakkk!Daebakk[omg tetibe].Malam ni mari bermain kasih bersama 500 dates of summer.

**wahaha...sedap2 je aku bg rating.

Cerita pasal family.Best tau!
Cerita pasal friendship.Touching.
Cerita pasal love.Sedihh =(

Tadi aku ingatkan nak update blog GeBU.Yelah,blog tu dah lama kena tinggal.Event besar fakulti pun tak sempat nk update kat situ.Rugi betul.Itulah gerbang informasi dunia tanpa sempadan bg newbie dan freshie di luar sana untuk lebih mengenali fakulti Perubatan UiTM.Aku sebgai non-palam ni mmg terasa kepelikan apekah medic uitm itu seketika dahulu.Orang luar mahu tahu,tp tiada yg beritahu.Tenaga tak cukup barangkali.Biarlah,nak bergaji agaknya bru gerak.Ah sentapp.

**mana si Ammar rahman musim musim?.Katanya begitu energetik sekali utk godek GeBU.Sentap sikit mar...haha

Apa lagi nak cerita.Aku azalinya memang kehabisan idea selepas perenggan kelima.Kat rumah aktiviti sama sahaja.Bangun lambat,terus masak breakfast.Layan movie,masak lunch,online,dinner,layan youtube sampai kepagi.Lupakan jelah wawasan study pro exam.Memang allergy nak buka buku masa cuti.

Woohhhh.Ape kes perenggan ketujuh tetiba teringat point best.Next entry la aku cerita.Pasal elektif (cerita touching) dan cerita stay lepas exam sampai sabtu (cerita happy).Mengantuk.Bye.

Kamil
1)Fudhail sudah ada FB.Penat lelah aku pujuk dy sruh bukak akaun fb sejak sem 1 tahu.yess!
2)Layan movie guna TV besar best tahu?Terasa di wayang #nerd
3)Yg kempunan informasi tentang medic uitm,sila ke link Medic UiTM.Siri kedua bakal menyusul sebaik shj lappy aku dah baik.Jenuh tau tak nak type guna nexus.





otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 28 January 2013

Hati sang bayu merentas angin senja.

Assalamualaikum

Amaran:Sungguh tajuk kali ini tiada kaitan logikal,metafizikal dan saintifik.Hanya ayat random menyentap hati lara.

Hari ini sungguh mengujakan.Teruja sakan maka tenggelamlah penat lenguh segala.Namun,seagung mana teruja itu,ia akan susut jua bila mana sendiri sudah enggan bercita teruja memamah emosi.Oh,kemain ayat gila sentap malam ni.Aku takde point di kala bulan mengambang.

Sambung cerita teruja.Tadi aku ikut rombongan sambil belajar ke Planetarium dan Muzium Kesenian Islam anjuran UG0604 (maaf,nama individu wajar dielakkan).Punya lah teruja itu memanifestasikan kitaran tidur yg agak tidak stabil malam sebelumnya.Ah,janji aku sebat non-REM sleep.Dreamless,low brain activity,low heart rate,low resp rate n no eye movemnt,suppresed mainly by phenobarbital n not really by benzodiazapine.Cis,nerd alert detected.

**Ayuh semarakkan hashtag #nerdalert #medicalert di twitter

Muzium kesenian islam =) 
Planetarium bersama peminat dr indonesia
Peminat masih tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama di mana shj.

Cukuplah cerita teruja.Teruja ada limit.Aku sudah ngantuk ditambah pula playlist lagu dlm nexus7 tak mampu menajamkan akal menjelang tengah malam.

Sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap pasal apa.Tipikal lah belog aku,mukadimah gila kemain nak panjang2,isi habuk pun tarak.

Okey,pendek je lah.

1)Hidup banyak ragam kerenahnya.Lain orang lain sikap.Mungkin baik sebahgian perkara,kurang sebhagian perkara.Belajar untuk menerima n saling memperbaiki adalah yg terbaik.
2)People do change.Semalam mungkin bukan main sayang,esok siapa tahu?Semalam bukan main respek,esok siapa tahu?Emosi memang mencucuk cucuk,tapi bersabar dan berdoalah.... =)
3)Hypocrite is not good my son.Kalau tak suka,cari jalan jernihkan mana perlu.Im so sorry for any cause
4)We used to be a very very good friend.I miss n miss that moment.

Cukup.Bajet nk teruja penuh girang tersadung di akhir cerita.Masuk bab touching pula.

Kamil
1)Tadi ada beli key chain kat muzium tu.Siapa lah yg bertuah dapat?
2)Lapar cepat serang aku sekarang.Misi diet 2013 selalu terancam akhir2 ni.Mohon pencerahan saintifik...hormon kah?
3)Gambar arif takde....haha,sorry~
4)Entry ni siap semalam,tp lupa tekan publish.Motiflah kalau nmpak send pukul 7.40 pg kan?
5)Macam biasa di hujung entry,i ask Allah for forgivenes as well as from each of you guys.Let me know if i did any wrong.Please,im begging.






otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 26 December 2012

I love MESTA .

Assalamualaikum

Petang semalam aku tacink dgn burg.Bertuah betul dah datang Ipoh tak nak inform aku dgn girang sekali.Lama juga aku menahan eksaited tunggu budak MBBS nk datang Ipoh.Kalau tak,boleh aku belanja beliau ke TGV mahupun pekena KFC 2-3 round.Sambil2 itu,aku hadiahkan baju Padini 2-3 helai sebagai ole ole balik Teluk Intan.Ah,keji pula rasa.Kejadah betul sikap aku nak tacink malam2 sedang usia aku sudah menjangkau 20an.

Ohh,lupa.Minggu lepas kalau tanya aksi aku yg plg sentap,sudah tentu puncanya Dr Norizal waktu kelas SGS pathology.Nasib tak meroyan sahaja aku masa sentapan tu.Dia baca belog aku tahuu?Siap qoute 2-3 point menarik penuh 'ilmiah' blog aku dalam kelas kat bebudak lain.Pehh,mmg sentap hbis.Speechless.Kalau entry ni pun dy baca mmg mati aku.Dush.

Huh,mmg balas dendam juga lama tak update punya pasal.Kan aku dah meroyan kosong 2 perenggan.Tak masuk topik lg okey?

Shake,coconut shake,coconut shake
Drink,coconut drink,coconut drink
Best,coconut best,coconut best
Go Red Coconut!

Ah,malaun mana.Aku pun dah lupa lirik n melodi dy macam mana.Taram.

Korang tahu apa itu MESTA?MESTA itu adalah Medical Student Association ya tuan tuan.So,apa kaitan dgn aku?Ya,aku adalah anggota picisan yg tetiba menyelinap masuk dalam persatuan induk medik UiTM ni.Serius tetiba.Tercalon utk pegang exco multimedia oleh Husna[cis],tp tewas kpd Zulhakim.Syukur Alhamdulillah...
Tapi,dicalon lg sekali utk pegang exco diplomatik pulak oleh Taufiq [cis lagi] n menang atas undian orang masa tu mmg malas nak layan.They were like 'ah,lantak kau lah melalut kat depan'.So,bermulalah kisah aku sbgai budak mesta yg skema gedik mintak penampar segala.

Aku malas nak cerita pasal buat kerja mesta.Takde kuasa aku weyhh..yehhaa [gedik].Ok,nampak sgt tetiba.Yg boleh aku ckp dah masuk mendalah ni,kerja korang mmg akn jadi belambak2,meeting tak pernah nak jemu,study mmg tertangguh n bla3.Aku tak berniat nk bebel malam ni.Ada baiknya aku tamatkan perenggan ni secepat mungkin.tinnggg!

Amboi Ku Arina.Dok tengah2 noh hang...
Yes,MESTA =)
Aku sebenarnya nak cerita pasal kem Mesta hari tu.Amboi amboi baru masa tu aku terasa agak bahagia masuk mesta.Walau sekejap tp bila jumpa mesta batch lain n bincang sama2 mmg terasa apa aku buat selama ni ada kebaikan buat aku dan kawan yg lain.

Mmg mula2 aku menyampah betul dekat penganjur kem ni,iaitu x-mesta year5.Agak agak la nak buat kem time holiday.Aku nk berjimba lg hungga hungga di kampung halaman bersama nexus kesayangan tahu?Tapi bila pikir2 balik dyorg y korbankan masa utk kongsi ilmu dekat kitorg.Dah la final Pro tinggal 4 bulan lebih je.Sori abe n akak sume.My bad...=(

Masa nak pergi kat tapak kem tu(kat banting),punyalah jam mak oi.Gerak pukul 7malam,sampai pukul 1.15 pg.Sg buloh ke banting je kot.Hujan lebat kemain pulak.Dah sampai punya la letih,ingatkan dpt katil boleh tidur terus,boleh pulak dyorg panggil nk bagi grouping.Aku dapat Munir n Amal year1,Dahiyah,Kak Ana year3,Kak fitri year4,Nazra n Hasri year4 jugak.Setel sume mendalah tu,dapat jugak akhirnya tidur pukul 2.30.Tapi sebelum tu,dy sempat pulk warning esok bangun pukul 5.45.pfffttt...

Dah nama pun kem.Kumpul budak Mesta pulak tu.Maka haruslah ia kem yg lebih berbentuk kepimpinan sikit.Bagus la,mmg aku lemah betul bab bab ni.Soft skill yg dah lama aku ketagihan.Dan plg sentap boleh pulak kena berdebat.Memang melopong tak paham dyorg dgr ak merepek.Kejadahnya.Tapi malu lg agung moksya masa tu.Mana nak sorok muka meh?

'Berusaha' dgn tekun sekali menyiapkan tugas yg diberi...okok
**Yang best program ni adalah zero ceramah n mmg enjoy2 saja...=D

Cis,aku lupa pula nk cakap pasal misteri apekah coconut2 kat atas tdi yg siap di-set italic n kaler hijau.Itulah 'cheer' grup aku.Tipikal lah masuk kem ada cheer kan?.Mmg childish,tp peduli ape aku?Nak bgtau jugak.Cheer ni semua angkara kalau tak Dahiyah,kak Ana punya kerja.Saja letak coconut sbb nama group aku pun pelik dan aneh misteri.The Red Coconut.Dah mcm tajuk cartoon aku tengok.Bak kata Radin, #Punboley..hehe

**Ada lgi 3group:Hi-vers,The Morph n Infinity.Yang penting,cheer dyorg lg pelik.Huahua

Banyak program yg best-best faci2 year5 aturkan.Even makan nasik dalam talam pun dah mmg kemain eksaited sume org.Tapi yg plg best aku rasa...rasa je la...time kena bentang projek n budget program.Bukan sebb slot tu mmg best,tp sebb tetibe slot tu jadi 'meeting' Mesta interbatch.Bagus,banyak benda yg tak jelas sebelum ni dah clear cut.Ada la adegan2 menarik selit2 sikit.Biasa la tu...

Hangat...walaupun mmg tak nampak hangat pun...=,='
Masa daki bukit sebelah sentap jugak.Peh,jgn ingat mcm panjat broga ke ape la.Ni mmg betul2 hutan.Dah la  malam2...sampai pukul 1pagi lebih jugak la.Tapi nasib baik bukit tu tak tinggi pun.Kemetot je.

Bersiap utk mendaki.Maaf kabur akibat diambil curi curi.
**yang paling penting sebenarnya ukhwah antara senior junior mmg terasa.Abg Nasri,Taufiq,Che Omar dll

Oh sebelum terlupa.Special thanks for these abangs n akaks =D
1)Abang Fazwan (bestie abg Zaid)
2)Abang Hafiz (Dy panggil aku suruh tazkirah maghrib.Omaigod.)
3)Abang Izzat (Misteri)
4)Abang Khidir (Legend MBBS UiTM)
5)Kak Popo (my grup punya faci.Soalan pharmaco dy bg susah oke?)
6)Abang Zaki (Had a short chat.Friendly senior ^_^ )
7)Abang Afiq (sempat mintak resepi sosej bersos)
8)Kak Syafiqah (Terbaik lah dy punya roti inti nutella asam jawa =,=')
9)Kak Bella (Master chef camp.Suka suka je aku )
Dah la tu.Aku semakin malas sekarang.Ni entry aku buat semalm,tp tak siap.So,thats all folks! #profnafeezastyle #punboley

Yeay dah menetas!
Kamil
1)Petang tadi sedikit sentap.Tp aku sgt yakin dyorg salah orang.Even org plg aku percaya pun tak tahu siapa =)
2)Lately,aku terjumpa lagu best.Kenal Ed sheeran?Michael Bolton n Calvin Harris?
3)Minggu ni layan blog 'Kun Fayakun' n tetibe aku rasa jeles kat Ally Iskandar.Apekah? =,='
4)Nak beli ape ye utk hadiah besday?huhu ^___^




otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 25 November 2012

Hecticism

Assalamualaikum

Hai tuan tuan alam maya seantero sembarowo sekalian.Lama juga aku tak beraksi di belog ini.Meskipun begitu aku sebenarnya agak aktif dan rakus sekali di 'mukabuku' dan 'pencicip'.Hmmm..aku harap disebalik motif kehilangan misteri itu,akan terbit bibit resah dalam kalangan pembaca.[Apekah? =.=']

Ohh.Kali ini aku enggan utk guna ayat 'bersawang' mahupun 'berhabuk' kerana itu sudah sangat2 tipikal dlm kalangan blogger.Lantaran itu,aku lebih tegar guna perkataan 'terabandonisasi' kerana itulah sebenarnya yg berlaku.Sudah lah,aku malas ulas lanjut walaupun Azizi dan Ashbir nampak akrab sekali akhir akhir ni.[?]

Hecticism.Aku tak pasti apekah wujud perkataan ini.Tapi aku tahu itulah tema kehidupan aku bulan november.Abaikan unsur2 komsas yg lain seperti penggunaan kata 'marcapada' atau gaya bahasa 'simile' mahupun 'inversi'.Fokus aku hanya tema.Hecticism.

Aku sebenarnya teragak agak juga untuk tulis entry kali ini.Kerana bila sekali lihat,macam ada unsur sifat buruk merungut-rungut.Memang aku merungut pun.Tapi aku harap selepas merungut ada sesuatu yg lain datang.Kelegaan.Juga lebih dari itu,kisah kisah macam ini lah aku yakin yg mampu buat aku mengoyak senyuman bila dah beranak bini kelak.[oh,agak tersusun ayat perenggan ni.Komsas mungkin?]

Letih.Pening.Gila.Sewel.Sentap

Macam-macam berlaku di november.Semua nak datang serentak menyentap daya pemikiran tajam aku.Bermula dengan setelkan pendaftaran NiteRun UKM yg takde sambutan,dilantik tetibe jdi AJK Sukan Antara Fakulti,uruskan Medik@olimpik yg sepatutnya takde kaitan dgn portfolio aku sampailah kerja2 leceh  handle tempahan baju dri AMSC anjuran Medik UKM.Ape kes semua nak datang sekali gus?Time minggu PT pulak nak serang.Bagus.Serang lagi.Serang lagi.[ahh,meroyan sudah.edit...edit...]

Bersama senior yg best dan Dr Norizal

Pakatan UiTM-UM.
*aku rasa kalau wakil UiTM,mmg aku last kot.Lari ngan Arep n Abg Ulil.hhuhu

Give up dgn aku masa itu mmg dah sebelah menyebelah.Bila bila je boleh ketuk,minta izin masuk.Nak nangis mmg kejadah betul sikap tersebut.Tak layak bg jejaka kacak utk beraksi sedemikian.Slow slow cari kekuatan dan Alhamdulillah selesai jugak semua.Walaupun tak sempurna mana,tapi tak seburuk mana.

Oh,lupa.Malam sebelum PT aku ngan kawan2 sempat pergi forum kat UiTM selayang.Ada Sham Kamikaze dan Hilal Asyraf.Kemain eksaited nak bergambar elok2.Tapi tak sempat sbb dyorg nak rushing.Even busy n study utk PT pun tak habis lagi,tp pergi sana luang masa utk ilmu mmg berharga nilainya.Alhamdulillah.Perkongsian yg menarik dr keduanya =)

Jadi la...=,='
Oleh sebab aku agak merana dan sengsara minggu ni,cadangnya aku nak balas dendam dgn ikut ammar rahman tengok Tewailaik dekat OU semalam.Tapi badan rasa semacam nak demam hasil manifetasi keletihan yg ditahap kritikal.Jadi aku ikut Arif,Qbear n murabbi Fudhail makan kentaki di RFC sbgai ganti.Esok,aku ada tugas lagi sebenrnya utk medik@olimpik,tp aku nak skip mana boleh nak berfoya di The Curve.Singgah Ikea makan meatball pun menarik.Hoho.Kemain eksaited memalam.

Aku rasa cukuplah dulu.Hari semakin lewat dan aku masih ada hasrat utk melayan one piece sebelum tidur.Agak wajar aku berundur sekarang.Salam.Mohon mencadang!

Kamil
1)PT hari tu mcm ada harapan.Harapan untuk lulus je la..=,='
2)Aku dah immune dgn sikap burg yg akan tension bila habis PT.Bila kuar result,muka dy yg dapat A+.Rasa nak lempang
3)Azri tadi kantoi tengah update belog beliau.Malu malu pula.
4)I just need someone n hopefully you r that one.Please.This time please...
5)Ada salah faham kelmarin n i really wanna forget bout it.But until now,still mcm ada weird between us.
6)From my deepest heart,i just wanna say sorry for whatever happened before.Its my fault.Believe me =)
7)Trying my best to be a better guy.A better muslim.InsyAllah




otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 7 September 2012

Jejoget Gangnam Riang.Hello USB!

Assalamualaikum

Tahu apekah Jejoget Gangnam Riang itu tuan tuan ?Misteri bukan ?

┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌ ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌ ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌

Jejoget diatas tadi adalah logo.Barangkali itu hanya firasat hikayat teori aku yg ntah pape syok sendiri.Sengaja aku taruk jejoget itu sebagai trademark.Comel semacam,mmg kena balon ngan aku memalam camni.Sebenarmya jejoget ni fenomena bawaan Tetaufiq Jejoget satu tika dahulu.Kini,kembali dgn nafas baru!Ewah!Hungga hungga! *kejadahnya =,=' 

Sebelum aktiviti meroyan malam ni semakin tragis,apa kata aku surutkan resah misteri apakah Jejoget Gangnam Riang (JGR) itu.Sebenarnya JGR itu nama rumah aku di UiTM Sg Buloh nanti.Semua ini angkara otak cerdas penuh kreatif Arif Sahimin yg tetibe menimbulkan idea nama aneh sebegini tika kami rancak sembg di ruang chat tempoh hari.Atas pemikiran rasional,lantas ak ambil nama aneh itu utk dinamakan rumah(page kat FB) kami di USB nti.Aku masa tu tgh desperado nk cari nama best,tetibe nama itu menyentap jiwa raga.Nampak motif aku di situ?

**Bukti bergambar
Sekarang semua nak cerita pasal USB.Di Facebook,sibuk post "waa,xnak blik kolej","Ala,nak sambung cuti lg boleh x?" n etc,namun dalam hati lain pula ceritanya.Di twitter makhluk2 ganjil yg jarang kelihatan sebelum ini,semakain tegar beraksi cemerlanag bergaya dgn tweet yg hangat dan sarcasm pasal USB.Belum lg cerita saudara baby dgn impian MyVi comel beliau.So,USB??Ya USB(Uitm Sg Buloh),tempat baru yg menjanjikan seribu macam lagi memori indah ragam rencah rencah kehidupan onak duri segala.Selepas USA berjaya meniggalkan kesan mendalam penuh sadis,aku amat yakin eksaited yg menyelinap masuk dlm sanubari kalian (#gengmbbsuitm) adalah petanda momentum yg rakus utk beraksi kelak.Sabar,saat itu pasti mengancam!

UiTM Sg Buloh.Bakal menggamit memori
Alhamdulillah,JGR berjaya mengutip sembilan ahli nya ohsem2 (juga hensem) belaka.Masing2 ada potensi yg diperlukan utk melengkapi antara kami satu sama lain.Merekalah insan2 bertuah yg akan bersama aku lagi utk 2 sem yg pastinya.Moga,ada keberkatan di situ.Uhibbukum fillah...=)

1)Taufiq (My roomate ^__^)
2)Arif (Genius/Gedung Ilmu/A star)
3)Qbear (Stalker/Hacker/Gamer)
4)Mahdi (Sang Murabbi)
5)Naim (Model[?]/Joker)
6)Abang Hafiz (Abang long)
7)Abang Ashrof (Abang Ngah)
8)Imran (Bigboss)

Selamat berdaftar ke USB esok,guys!Enjoy the journey~ :D

Kamil
1)Sentap dgn pic kat belog topek.Haha..USA to USB
2)Kami dftar ahad,mmg sesak la dgn bebudak first year.
3)Tahniah buat Faci2 MDS from our fac.Salute u guys! *esp:Im,our bigboss =)




otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 24 June 2012

Melepas rindu lama tak update.

Assalamualaikum

Sentap.Lama gila aku tak update mendalah ni.Eh,blog?Ape tu?Spesis aneh apekah mengahantui aku lately ni?.Dah la busuk,tak hensem,sibuk je kau singgah dlm otak suci aku kan..ZZzzz..kejadah ape merepek meh?

Aku mmg busy gila masa module lepas,pastu stress,pastu tension,pastu monyok..flow yg buhsan.Syukur,dah escape.Alhamdulillah.Sekarang baru berpeluang aku berkinja kinja terhuyung hayang eksaited nk update.Hatta,entry ni pun sudah basi di dalam draft.Even memang sesekali aku cuba juga shiuhh-shiuhh nya dgn harapan tiada lalat sudi hinggap.Tak menjadi..draft dah delete,maka muncul yang baru akibat mood yg bertukar posisi.Ah,tak paham.


Memang berbondolan cerita best juga tragis yg setipikalnya aku akan taruk dlam belog ni sepnjg mingu2 lalu,tp haruslah aku abaikan dek aku pun sudah lupa.Sedemikian jugalah aku malas nk korek2 otak aku ingat mendalah tu balik.Barangkali sudah penuh diisi dgn ilmu ilmu mutiara penyuluh lecture2 module Gastrointestinal yg banyak menyentap.Maka,kewajaran disini seakan akan memaksa aku taruk sikit alkisah biokem yg berbelit,physio yg mengular, dan patho yg menyekeh.Oh tidak,nescaya ternganga kalian kelak.

Dulu,segelintir kecil stalker tegar sini yg rasa aku kerap menyentap.Maka,tak semena-mena 'ayat sentap' dan aku agak sinonim waktu itu setipikal sinonim aku dan kacak.Namun,realitinya aku yang hanya menghingus hingusan di awal kemunculan tak sedar tersembab sekali dgn aura sentap menyentap tersebut.Barangkali hanya terpengaruh dgn belog Ammar yg terlebih dahulu buat ayat sedemikian.Maka haruslah takhta itu beralih ke Ammar.Dia budak K5 sekarang.So what?.Yang pasti,mood menulis sedemikian rupa hanya bersantunan jika ianya secara spontan.Buat-buat hatta berusaha sebesar mana macam skrg ni pun,ianya tak akan seneutral yg asal.Aku dah kehilangan super saiya.Mana Mr.Popo?.Peluh .

*ayat sentap tiada hak cipta.Itu hak sesiapa pun.Jgn kaitkan ak if ade yg berjinak2 dlm dunia sentap tersentap menyentap ko mmg da bomb.*

Minggu lepas yg sibuk gedabak,Fattah n Syahir dtg melawat aku di UiTM.Dyorang waktu tgh berbulan madu di kala study week di UPM bermula.Alhamdulillah,dapat aku kurangkan lelah.Sedikit.Macam biasa,Shah Alam yg bosan ni mmg takde tempat lain boleh aku bawak pun.PKNS,SACC,Plaza Alam and yg paling cliche semestinya I-City.Peduli ape aku ada orang nak ckp loser so wat eva pgi Icity.Tu tempat plg misteri magic ala fairytale dgn lampu lip lap yg merata rata berterbangan.Budak budak suka.Sempat jugak aku korek rahsia buah hati masing2.Amboi,kemain sekarang eh?.Tak kesah semua tu,yang penting ak dpt jumpa kawan matrik.Lama tak jumpa.Lepas rindu.Ukhwah kerana Allah..^^

*aku tak boleh terima syahir cakap taufiq muka baik*
*aku tak boleh terima Azizi cakap syahir tough*
*aku terima sangat2 fattah ckp aku dah kurus n hensem*

Syahir dan Fattah.Sahabat selamanya.

Motif eksaited?bukankah agak loser bila mana ianya di Icity?

Nampaknya aku dah tiada isu.Semacam meroyan jugalah entry kali ni.Matlamat aku cuma nak hapus jurang masa ketiadaan entry.Wajarnya agar aku tak berasa guilty tak update even tu mmg takde kaitan dgn prinsip aku apath rukun blogger tegar.Banyak sgt cerita best dgn kawan2 di UiTM,tp itu biar aku simpan shj di memori .Katanya,manis begitu..Ok,nak layan movie.Mohon berundur.Wassalam




Model iklan.Aktiviti dgn kawan di UiTM.

Arif.untuk undi type Arif<jarak>hensem<jarak> ke 3200

Bowling habis PT.Lama punya pic daa
Kita bertemu dah berpisah kerana Allah...=)

Kamil:-
1)Entry pasal fakulti medik banyak gila view.Pecah rekod.
2)PT punya result dah kuar.Alhamdulillah,ada peningkatan walau tak sehebat mana result aku.Tahniah Burg,Arif,Taufiq n Qbear
3)Final exam dah dekat.Doakan aku dan kawan2 di sini.Kurang dr sebulan.Alahaii.
4)Tadi kelas BEL terakhir.Aku mmg tak perform langsung presentation.Tp syukur,habis beban selama ni.huhu
5)Dah jumpa fesbuk akhi Dr eusoffi.Eksaited gila sbb dy ni senior aku yg hebat dalam agama dan doktor.Pastu hensem.Sumpah jeles.Eceh!






otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 19 May 2012

Minggu busy tp sempat update.

Assalamualaikum

Sudah lama aku tak update.Lebih menconteng arang,aku terlepas WW yg lalu.Sumpah aku dah ada satu pic gila meroyan berbondol.Sekalipun aku gambarkan efeknya sebesar jasa aku pd uitm sbgai kiasan,aura dari gambar tersebut belum pasti merungkai kerakusan muslihat Loki sebagai ganti.

*Hiperbola mungkin terlebih dos kali ini. 

Minggu lepas cerita sedih menusuk kalbu menerjah awan nano lubuk2 segala ronga bagai.Sadis gila.Aku target A untuk PT respiratory.Keyakinan melampau aku jauh meninggalkan sisa sisa punah harapan dalam PT yg sebelumnya (CVS n HnL aku dpt B).Memang terasa boleh skor!.Tapi sekalipun aku berusaha,takdir dan ketetapan itu milik Allah jua.Aku redha.Rupa-rupanya PT ni lah result plg teruk pernah aku dpt kat uitm ni.C untuk cakoi.Lembik dan tak bermaya.Sekali aku telannya dgn sos kaya,ke lubang typikal itu jua ia akan keluar.Terfikir jua aku sejenak,kalau aku yg pertama kali,bagaimana yg berkali2?.Sedih nya berlipat ganda.Positif adalah wajar kini. Polisi yg patut ada dalam menuntut ilmu bukan ?

*PT mcm biasa,Arif n Burg xpenah xdapat kurang dr A.
*GIT ni aku try cuba sehabis baik insyAllah.
*year2 punya pro exam dah kuar result.6 org dpt distinction. Alhamdulillah.

Seminggu dua masuk module baru (gastrointestinal n hepatobiliary) ni, ak mmg busy tak keruan.Hipotesis awal aku bakal kehilangan nikmat beradu kasih dgn House MD yg tertangguh sejak cuti midsem dulu nampaknya sudah menampakkan kesan positif.Lantaran,hipotesis kedua pula secara tak langsung trut terancam:one piece series.Sadis,sedikit kasihan.Ah,abaikan.Kalau diturut kehendak nafsu semata,ak sudah meronggeng menyesot2 dalam kamar menanti tamatnya 5tahun medik-takde-life nih.Kerja bertimbun berderet-deret beratur mohon aku  mengusap ubun2 halus.Sudahlah stress dgn public speaking,ditambah pulak public speaking versi maleis setiap khamis.Seminar pulak,jatuh ke grup PBL aku pulak kali ni.Cari maklumat,video recording n segala bagai tu mmg melimitkan masa-itu-emas.Aku mencari sinar ketenangan disebalik.Yang pasti,sabar dan solat ada jawapnnya.Sedang menuju bersama ikhwah yg lain insyAllah.

*thanks burg sbb bagitau aku nama penuh module GIT.aku sumpah malas nk belek module guide.
*Kalau sekadar menyongek meroyan tanpa tindakan,itu bengap namanya.Aku berlindung dariNya dr sifat pemalas.Amin.

Undangan Forum Perdana.Memang penipu first dah dah dpt Prof segala.

Aku actually tak berapa ingat benda best berlaku along these 2 weeks.Ntah,lupa pulak nk masuk dlm diari.Eceh,aku xde diari.Nak taram ape dlam perenggan ni aku pun masih blurr.Cadang nak menghanjeng Azizi.Lately,dy suka hanjeng aku kaw kaw ckp aku tough segala bagai.Perut gedebeh,ko nak merepek ape jijie oii.Tapi ak masih waras.Ini ruangan si matang.Aku cuba sehabis matang wlau terkadang batas itu tiada fungsi bila mmg aku sengaja buat2 tak matang.So,xperlu sambung cerita Azizi.Eh lupa,tadi aku main bowling.Dapat sebelah budak under club amende ntah.Kecik lote,bakat besar gedabak.Segan takyah ckap la.Longkang je aku target.Dyorang pejam mata 2 lane segali gus boleh strike.Maka,cover abang-kacamata-cool sgt wajar waktu itu sambil tangn terhuyung hayang mengungkap 'yes' tatkala sesekali mendapt strike.Berkesan!

*Taufiq n Qbear,kalau korang join mesti lagi best kan?Lain kali pergi lagi ye.
*Azizi,aku minta maaf banyak2.Even ko xkan bukak blog aku,Rumate ko mmg ada potensi jd stalker tegar.Nahas!

Ok lah,setakat tu dulu.Aku mungkin lama tak update lepas ni.Motifnya aku nak tumpu kerja bertimbun n PT GIT lg 2 minggu..Kempunan A.Aku mmg dah ada 2-3 entry serius nk taruk.Tapi mood sedih n feeling bagai tak sampai akhir2 ni.So,mmg nampak meroyan malam kian terserlah dlm entry yg ni.Korang tak kesah,ada aku kesah?

Jumpa lagi,Wassalam

Kamil
1)sori kalau aku over.Lama tak over.Rindu barangkali
2)Doakan aku n teman2 yg lain ye.


otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 23 April 2012

Cerita sebelum cuti.Eceh,tajuk skema..=,='

Assalamualaikum

Bukak saja ke ruangan 'new post',automatiknya aku tersentap sambil dimenifestasikan oleh fizikal mata ke atas,tangan ke bahu.Aneh,sejak bila dah jadi fesyen baru plak ni?aku lagi selesa yg lama.Please la blogspot,jgn buat perangai fesbuk yg ntah pape dgn timeline nya.Kekadang pembaharuan itu merumitkan bukan ? 

Mati2 aku print screen nak tunjuk bukti

Eceh,baru tersedar sudah 10 hari aku tak update.Aku ada exam last week.Haruslah aku bajet mcm student medik selama tempoh tersebut.Motifnya,aku nak dpat A dlm exam Respy nih.Cakap pasl exam,rabu lepas dah kuar result CVS punya.Nasib baik aku maintain even mmg aku tak bajet nk dpat B ke atas pun.Jwab pun terkencing2,kejadah la nk dream high so wat eva kan ?Syukur,dapat jugak B mcm biasa.So,kali ni respy mmg aku tekad gila2.InsyAllah~

*yg berjaya taniah diucapkan,yg kurg berjaya aku sentiasa di sisi korg utk kita harungi bersama hari mendatang.Serius!

Banyak aktiviti 'best' akhir2 ni.Banyak la pulak aku nk melalut mlm ni nmpaknya.Tu ak tak masuk lg cerita meroyan menyentap kat UiTM lagi tu.Masing2 sdg mencapai organsme sendiri.Ketidaksatbilan hormon mmg terpancar suci.Tak kesah la kawan,aku sebolehnya tak mahu msuk campur.Bila dah lain mcm sket tu,aku minta maaf sgt2 kalau tegur eh?.Dah besar kan,pandai la pikir sendiri guna akal pemberian Allah.Nak bg tazkirah pun,dekat fesbuk belambak2 ade.Ni aku bg link Hilal Asyraf,Free2 baca la.Aku just tgk dari jauh,selagi terkawal aku tak ganggu even ia tak bermkna ak tak mahu.huhu..

*bisikan syaitan itu sungguh halus duhai sahabat yg aku cintai.Doa daku untuk yg terbaikmu buatmu.*

Habis bab aku tak suka.Leceh betul nk ckp mendalah ni.Cerita blk aktiviti2 yg tersangkut tadi.Haa,banyk aktiviti menarik sepanjang bulan ni.Menarik yg juga merangkap leceh lagi melimitkan masa rehat aku bersma anak2.Malas la cerita banyk2,aku nti buat report kat GeBU yg takde siapa peduli tu melainkan QB n Radin je la.Hahaha.Loser.Just rangkuman sikit,lain2 aku bg gamba je:-

1)Sabtu,7 April 2012 di Kolej Delima UiTM Shah Alam
-Jamuan makan2 atlet SAF n cheerleaders.
-yg sibuk aka bukan atlet pun ada.klo ak tau awal,ak pun balon jugak ayam panggang hari tu.Eceh!

Petugas yg hadir busy memanggang.Aku xde,malas taruk pic banyk2.

2)Ahad,8 April 2012 di kampus perububatan,UiTM Selayang
-What you didn't learn in school
-Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
-Best dapat input lain dr medik sekali sekala
-Lagi sentap ada brader mne ntah sesat buat provoke.Loser.

Pintu masuk yg legend

Rakan2 yg hadir bersama.Aku yg plg kacak.

Dewan kuliah di mana tragedi berlaku

Eksaited bermain air yg tiada di Shah Alam


4)Rabu,11 April 2012 di Annexe,UiTM Shah Alam

-EPLS:The Global Program For The Elimination Of Lymphatic Filariasis
-Prof. Emeritus Dato' Dr. C.P. Ramachandran 
-Prof ni memang terbaik speech dy.Tapi tinggi sgt topik dy bawak.Kalau bab pengalamn lg best rasanya.

*Yang ni pun xde pic.Ada dalam simpanan fakulti.Gila ape nk sruh aku mintak kat pejabt tingkat 20 tu.Tak kuasa ai~

5)Jumaat,20 April 2012 di Fakulti Perubatan Shah Alam
-Progress Test:Respirtory module
-Struggle maut dah buat.Kopi berbungkus2 dah telan.Aku berserah pd Allah keputusannya.

*Amat mustahil aku nk ambik pic tgh exam.Nset pun kne amik.

6)Jumaat-Ahad,20 April-22 April 2012 di Fakulti Perubatan Sungai Buloh
-Sport Fiesta MESTA UiTM
-Aku tak main pun,sje mencapub sket bajet reporter bagai.Aku nk tengok kampus baru je ekceli
-Mitochondria hampir siap.Yes.Harap2 la sempat~


Ade teratak di hujung kampung...lalalala~

Jejaka Medik

Team futsal first year (kiri) yg muncul johan.Tahniah!

Adek Qbear testing gym petg2.katanya nk tough mcm brad pitt~

Kolej penginapan di sungai buloh

Fakulti Perubatan Sungai Buloh

Dikelilingi taman2 indah.Bagus utk hilangkan stress...=3

*No satu n enam paling best sbb aku dapat tgk kampus baru.Huahua~

Eh,habis dah cerita uitm.Berangan panjang rupanya tadi.Ingatkan berjela2 aku nk balon blogspot malam ni.Malas.Lupa nk bagitau,aku ekceli tgh beramah mesra dgn katil n bantal busuk setelh lama terpisah.Dyorg pun mcm cam  tak cam aku dah.Sadis lg tragis sungguh.Ya,aku nk ckp aku tgh cuti midsem 2 minggu sebenarnya in case kalau korg spesis lambat pikap a.k.a lampi.Heaven gila tak kena bersenggama lagi dgn buku.Even aku bawak jugak blk baby patho n baby netter's,itu just penyedap perasaan.Serba salah pulak balik berlenggang je kan.Tak de feel la ambik medik.Agagaga... :-3

*keji gila awal2 dah plan mmg malas bukak buku.Peduli apa meh?*

Ok lah,aku ada azam baru skrg ni.Blog mls panjang2 sgt even kali ni pun panjang jugak.Motifnya aku agak busy n sifat pemalas makin membuak lewat usia.Aduh,keramat oo keramat,mne kau?

*jumpa lagi lain kali,wassalam~



otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 31 March 2012

Sesat .

Assalamualaikum


Buat pertamanya,aku terasa terkesima menyendiri tatkala terkalih kali kedua tengok tajuk entry kali ini.Melalut apakah menyembunyi disebalik?Jarang rasanya sesingkat satu perkataan.Konspirasi misteri jajahan alam buana tak mampu merungkai apatah lagi retorik hasutan kedembelan antagonism.Ah,kejadah ape ni pun jadi isu...Takde idea barangkali.

Tadi pagi pukul 11 pg Ong ajak aku kuar wayang.Memang aku eksaited dek PT CVS semalam tak mendatangkan harapan menggunung.Stress.Maka enjoy dikala stress adalah alasn cliche.Ada aku kesah meh?Closing bukan kepalang,maka bebrapa lg mangsa dpt didakyahkan.Mereka adalah sang loser bernama Arif,Ammar,Burg,Farisan n zulhakim.Plan berungkai segala,kata putus nk tgk cerita Hunger Game.Tempat dituju pulak adalah TGVcinema kat JJ bukit raja dgn konvoi motor lagenda,modenas,wave dan LC.Burg dibawah sentapan Ammar cadangnya mahu jd hero meminpin yg lain ke lokasi,namun malang...hanya 'boo' penuh rakus aku shj mereka terima setelah tersombol bawak kitorg ke padang jawa.loser.Big Fat Cholestrol LDL VLDL chylomicron 'L' !

Cerita ni kurang aksi.Lbh kpd drama dgn jln cerita meleret2.6/10 mrkh ak bg.

Sampai sana dekat 12.30.Hbs beli tiket bagai,tersangkut dgn tipu daya keemasan popcorn disebelah.Maka 9.90 lagi lebuh dr kocek.Tetiba geng K5 pulak muncul.Kebetulan.Bagus,ramai2 lagi baru syok.QB,Fudeyy,Farid n shifol.Habis je Hunger Games tuh,lepak kejap kat open gym (buat promosi) kat lobby,pastu blik.Kalau pergi tak sampai 15 minit,nk balik dekat sejam atas motor.Berasap my buttock.eeww~ Meroyan ape korg bawak sampai bukit jelutong?Ikut federal kan senang.

*ekceli ak pun xtau..Arif yg ckp ikut federal.haha*

Ong sempat melarikan diri.Cis!

Budak K5..buah hati Ammar

Habis aktiviti penyesatan,maka tibalah di Plaza Alam.Ingat nak main bowling,tapi ada makhluk mana booking hampir semua lane.Makan lunch aje lah kat stu even dah pukul 4 lbh.Habis makn,sentap2 skit kat the store,balon 2-3 shampu bagai,kami pun berambus pergi untuk blk.Tapi malang,buat kali ketiga,sesat lagi.Lupa parking mana motor punya pasal,lbh 30 minit bazir mcm tu je pusing setiap floor.Rungutan dr Burg jelas kedengaram.Manja.

Alhamdulillah,dlm 5.30 mcm tu,selamat jua tiba ke bilik.Sedang yg lain dah terlena dibuai mimpi,aku terus online melihat progressive peminat yg tak luak berkunjung tiba.Syukur,masih feymes.Esok,ak kena pergi PTAR nk cari bahan buat present TITAS.Walau pun ada yg gelak sbb aku semngt gila buat TITAS,ketahuilah...ada aku kesah?



otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 14 February 2012

Entry ni panjang dan bakal menyentap jiwa kalian

Assalamualaikum.

Heh,dah habes eh sem satu?sentap ye cik jah?yabedabedu~~

*mukadimah yg tiada kaitan*

Ok,alhamdulillah.Habis jua sem satu yg penuh suka duka ni telah aku tempuhi.Asam,garam,gula,belacan,kunyit dsb telah diadun sebati bersama sehingga melahirkan bibit bahagia dan unik sepanjang tempoh satu sem aku di bumi UiTM.Sebenarnya aku agak kekok untuk menulis2 apatah lg merepek dan meroyan malam ni setelah 3 minggu sudah disetkan otak dgn segala bentuk bahan ilmiah mghadapi final exam tempoh hari.Maka haruslah tulisan aku pd malam ni agak melalut n menyentap jiwa kalian.Bercakap soal final,aku gila excited nak habaq kat hangpa suma..(tetiba..=,=').Ya kawan2,aku teruja benar nk kongsi di sini.Tapi memandangkan entry kali ni berjela2 point nk dimuatkn sekali lantaran 'teruja benar' tadi,aku tulis ikut kronologi masa lah senang.

1)Study week,22/1 - 7/2
Study week officially start bila mana turunnya aku dr bas depan kenanga blk dari BTN.Tapi ada jua mmbe yg ambil kesempatan bercuti dulu dgn family.Aku agak mustahil nk balik bila mana petang2 merenung betapa tebalnya nota2 yg perlu dibaca.Kalau aku ada otak segenius rahimi rusli takpun sekuat ingatan fithri akmar, mungkin aku pun bercuti dulu di rumah.Malangnya,tidak.Ada membe dri univ lain tegur.Katanya study week aku gila lama.Yes,memng lama.Tapi lama tu subjektif.Bila mana ianya dipadnkan dgn nota 12 cm,maka lama itu bertukar secara automatik menjadi sekejap.2 mingu++ ni belum cukup untuk aku cover+hafal semua kuliah sepanjang sem.Nak termuntah rasanya hari2 disogok dgn muscle,ubat,bacteria segala.Sumpah stress.Ni lah kali pertama aku berdepan dgn study week yg penuh stress,ditambah dgn keadaan sekeliling yg beratus kali lebih stress tatkala rakan seperjuangan turut serta menunjukkan symptom2 stress tahap kritikal.Aku cuba professional,cuba kawal emosi.Harapnya natijah yg baik terpalit buat semua.

*aku tak cerita lagi bebudak brass band berkampung kat kolej aku buat training.Gila,aku nk study bhai.Dyorang syok main lagu jong jong inai pulak..=,='!

Sepanjang study week,rata2 student uitm telah blk bercuti semester.Maka,kedai2 termasuklah perindu cafe bermain manja aci nyorok pula dgn kami yg masih tinggal ni.Lantaran,hari2 lah aku menumpang kasih kawan yg ada motor pegi beli di seksyen 7.Bagus juga terkadang aku fikir,boleh hilangkan 'stress'!

Aku sebenarnya agak terpinga-pinga.Apakah patut baca semua?Yang mana releven?Nak tanya senior,agak mustahil bg aku yg punya ego macam haram.Ok tipu,aku sebenarnya malu..loser bukan??..Mujur 2-3 hari sebelum exam,ada yg post koleksi soalan2 past year.Gila kentang.Hebat senior aku kutip satu persatu soalan...(nota kaki:segala bentuk soalan adalh sulit.kantoi,KY mengamuk nti.)At least,ada guideline sebelum aku masuk dewan exam.Secara keseluruhan,segalanya aku fikir berjalan lancar.Kawan-kawan banyak membantu aku sepanjang study week ni.Thanks buat korang semua esp Faiz Anuar,Taufiq,Arif,Hakim,Ammar,Burg dll...

*Dalam tempoh ni jugalah,result PT3 keluar secara tiba-tiba menyetap jiwa suci aku.Oh,terperanjatnya saya~.Tapi,alhamdulillah.Aku tetap mantain..Thanks God.

2)Kuliah UAI di masjid Shah alam,29/01
Sebenarnya aku pun xperasn UAI ada buat ceramah kat shah alam.Cuma,petg tersebut ak saja2 bukak fb,ada pulak yg post iklan mendalah ni.Aku bnyk kali tgk iklan ni,hatta dalm page batch aku sekalipun.Cuma sikap acuh tak acuh je buat aku xperasn event sepenting ni.Maka,dgn masa tika itu berbaki beberapa jam,aku ajak lah membe join sekali.Plan yg tiba-tiba dan menyentap mungkin,plan ni nampak gaya tak menjadi pada mulanya.Masing-masing ada aktiviti.Tak kurang juga ada yg berbesar hati mahu tgk secara online sahaja.Ramai yg ada motor sudah gerak sebelum jam 7.Hampa.

Pada malam itu,cadangnya aku mahu study macam biasa.Habis je doa lepas solat maghrib,si taufiq ketuk pintu mengadu sesuatu.Katanya livestreaming sekat2,xboleh nk tgk live sambil teresak-esak.Sembang punya sembang,kami pun pergi lah juga ke masjid negeri berdua walaupun masa tu dah nak masuk isyak.Redah saja.Rapid+taxi,maka sampailah di sana.Kedengaran ustaz dah mulakan ceramah nya.MasyAllah,ramai gila yg hadir.Dengan muka tak tau malu,menyempit lah juga kitorang dalam lautan muslimin yg sedg kusyuk.Alhamdulillah.Pengisian yg menarik.Fenomena barangkali ustaz ni.

Plan nak pergi sememangnya mudah,nak balk memang problem.Tiada lagi rapid+taxi tergedik2 manis muka menunggu pelanggan.Jalan kaki adalh satu2nya cara.Maka bermulalah adventure balik ke kenanga.Gelita,sesat,letih itulah cabaran.Terkadang terdengar ngauman harimau dalam semak.Seram xdpt digmbar.Berkat kesabaran dan persahabatn yg murni,ditambah sedikit perisa keberanian n kegigihan,aku dan taufiq selamat sampai ke kenanga yg dicintai.Lega.Syukur.Alhamdulillah.Malam tu sambung study macam biasa sampai pagi.

*cerita yg telah ditokok tambah dgn perlbagai aplikasi sastera seperti hiperbola telah diguna pkai.Harap maklum.



3)Final exam.8/2 - 10/2
Ni lah exam pertama aku sebagai student medik.Banyak perkara perihal skema exam di sini baru aku tau buat pertama kalinya.Harapnya lepas ni exam aku ada gambaran awal n strategi yg lebih tersusun.Satu sem punya belajar yg bertan-tan wajarlah disiap sediakan sebelum masuk dewan.Gugup.Cuak xperlu aku gambaran.Exam ni lah mnjadi pengantara sejauh mana progession aku di medical school UiTM.Memang target asal aku sekadar lulus.Tapi bayangkan,kalau dah gila pulun lebih 2 minggu,siapa tak nak yg bagus2 kan?Aku memang nak A lah even nentor aku,brader pojan suruh target B mencontohi pencapaian beliau..(dy bagi aku nasi goreng hari tuh.Bapak sweet gila doh..=,=').Tapi awas,itu semua sebelum exam.Segala target seakan lebih relistik setelah tamat exam iaitu sekadar lulus.Memang xboleh bla aku merepek dalam ketas jawapan.Ejaan gila  banyak aku melalut.Loser.Biar aku cerita ikut paper exam.

Ada 4 paper.Setiap paper gabungan 8 subjek

a)Short answer question (SAQ)
Ni lah yg pertama.Paling menggerunkan,tapi yg ni la jugak plg sikit peratusan markah boleh disumbg.Asal jawapan mintak dalam essay,maka itulah yg mnjadi keutamaan untuk di'study'.Entah,memang sejak azali aku fikir.Tentang soalan hari tu 50-50 la.Cuma patho memang harapan sgtlah tipis.Tak sempat aku nk perah idea habis2 dek gabra yg tiba2 dtg tatkala masa berbaki 3 minit bila aku start jawab section patho ni.Yang lain,macam biasa la.Lubang lekuk sana sini tu sengaja aku buat.Baru menarik lecturer aku menanda nati.Bukankah begitu?

b)Problem based question (PBQ)
Yang ni agak enjoy.Cuma waktu exam pulak tak kena sehingga terbawa2 enjoy di petg hari ketika exam.Nampak macam senang punya soalan,tpi jawapan dy memang aku tak tau.Kadang2 ada pulak soalan sama keluar tp dalam section subjek yg beza2.Cis,aku agak saspen trick apa yg dimainkan oleh mereka sebenarnya.Kali ni yg plg problem semestinya microbe.Aku memang xingt lansgung psl oncovirus.Nak hentam pun xdak idea.Last2,h1n1 jugak aku tibai..peh,sumpah loser gila.Tu baru sket,bnyk lagi merepak mengaban dlm paper tuh.Sudah lupa.=,=!

c)Objective structure practical exam (OSPE)
Yang ni sumpah unik exam dy.Aku 'teruja benar' nk menjawab even aku jawab memang hampeh esp histo n patho.Harapnya biochem n anatomy dpt cover blk.Ya,kali ni harapn aku menggunung selepas histo 3 station aku salah dari mula.Peh,senak perut aku pikir balik.OSPE ni ada 30 station dgn setiap station kena jawab 4minit.Bukan aku saja yg teruja,aku yakin ramai lgi teruja nk jawab ospe ni sehingga ada yg buat taklimat free tntg format exam ni esp Taufiq.

d)Multiple choice question(MCQ)
MCQ ni gila belambak soalan dy.Total ada 70 soalan besar dgn setiap tu ada 5 soalan kecik2.Tapi MCQ nilah plg memberikan harapn nk skor.Soalan2 dy banyk yg dah familiar n ditambah pulak format ni aku dah cukup biasa (PT guna format ni).Ada la sket2 kantoi.Tapi tu biasalah,satu benda aku pegang dlm proses belajar ni.Sehebat mana pun kita belajar,kita tetap tak kan dapat semua apa yg dipelajari.Lupa itu normal.Maka,latihan bertubi dan pengalamn yg akan biasakan.
 


4)Enjoy habis final.yeehhaa~
Enjoy ni ada 2 sesi.Petang dan malam.Petang keluar dgn taufiq,arif,burg n bad ke pizza hut.Semua sebab burg,dia yg dari dulu nak sgt ke pizza hut.Bagi aku pizza hut xde la bes sgt compared dgn kfc/Mcd.Pastu nahal pulak.Tapi kalau sekali sekala pergi ape salahnya.Best jugak ada kenangan dgn kawan2.Lepas pizza,ke giant pulak setelah blank otak xtau nk ke mana dah.Ah,sental je lah.Haha.At least dlm melepas gian cool blog kat situ...=,='!

Hamizul kekeyangan

Arif kebosanan
Taufiq keriangan

Bad kesorangan

Sesi malam pulak anggota yg join sama,kecuali taufiq dah balik.Ada hal katanya.Ingat nk ajak ammar sekali.Tapi nk save energy keluar dgn K5 pepagi barangkali,dy menolak dgn baik.(sori mar,aku saja buat cite).Kali ni kuar ke i-city pulak.Dekat je pun dr UiTM ni.Macam biasalah kat situ.Just tgkap gambar.Tak main ape pun.Pastu makan kedai mamak.Cuma kadg2 lawak pulak tgk burg yg excited gila snap gambar.Motif dy snap pic indon jual barang masih menjadi misteri sampai sekrg.Haha.Nak balik memang perit.Sekali lagi aku jalan kaki blk kolej.Peh,meang terbaik xde kereta ni...ppfffttt!!

Rusa ajaib
Trio
trio ni lagi cool
trio ni cool gila x5


5)Balik kerumah,melencong ke melaka dulu.
Aku kalau diikutkan plan,balik ke ipoh naik bas.Tapi kebetulan sabtu tu mak aku ada kenduri kahwin kat serdang.Alang-alang kan,aku balik ngan family je lah.Habis je kenduri,tetiba ubah plan nk ke melaka pulak.Family aku ni kalau plan last minit pun tetap jalan.Sebab tu aku pun dapat rasakan aku ada gene yg memang suka redah je apa pun.Barangkali.Siapa selalu outing ngan aku mungkin perasn .Kat melaka macam biasa lah,pergi rumah mak  Yang,makan ikan bakar,jalan2 sket pastu balik.Sehari je pun sebb nk hantar Ude balik UIA plus Abg Cik kerja (Proton tg.malim) pulak isnin..

Setel hantar dyorang,maka aku sambung lah bawak kereta ke ipoh.Mak dgn khalis sedap lena kat belakang.Ini lah peluang aku speed habis habisan.Alhamdulillah,sampai tiba jugak ke ipoh dlm jam 5 petang lebih kurang.Syukur.

Agak panjang juga kali ni.Aku pun terasa meluat dgn sikap aku yg suka syok sendiri.Oh,menyentap diri sendiri rupanya aku ni.Loser.Ok,babai.

p/s:Doakan aku n kawan2 dpt result best2 tau.Sumpah risau.Kalau lulus sem ni,sem depan xyah susah2 dah..wahaha...=D

otak aku berfikir secara kritikal..