Tuesday, 24 April 2012

Wordless Wednesday #16


My school-time-friend's last gift (somewhere in January 2008).
And his name is Hasrul Rais...=)
i'll not forget u sahabat~



p/s: i pray our friendship in path of Allah...^^
...


otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 23 April 2012

Cerita sebelum cuti.Eceh,tajuk skema..=,='

Assalamualaikum

Bukak saja ke ruangan 'new post',automatiknya aku tersentap sambil dimenifestasikan oleh fizikal mata ke atas,tangan ke bahu.Aneh,sejak bila dah jadi fesyen baru plak ni?aku lagi selesa yg lama.Please la blogspot,jgn buat perangai fesbuk yg ntah pape dgn timeline nya.Kekadang pembaharuan itu merumitkan bukan ? 

Mati2 aku print screen nak tunjuk bukti

Eceh,baru tersedar sudah 10 hari aku tak update.Aku ada exam last week.Haruslah aku bajet mcm student medik selama tempoh tersebut.Motifnya,aku nak dpat A dlm exam Respy nih.Cakap pasl exam,rabu lepas dah kuar result CVS punya.Nasib baik aku maintain even mmg aku tak bajet nk dpat B ke atas pun.Jwab pun terkencing2,kejadah la nk dream high so wat eva kan ?Syukur,dapat jugak B mcm biasa.So,kali ni respy mmg aku tekad gila2.InsyAllah~

*yg berjaya taniah diucapkan,yg kurg berjaya aku sentiasa di sisi korg utk kita harungi bersama hari mendatang.Serius!

Banyak aktiviti 'best' akhir2 ni.Banyak la pulak aku nk melalut mlm ni nmpaknya.Tu ak tak masuk lg cerita meroyan menyentap kat UiTM lagi tu.Masing2 sdg mencapai organsme sendiri.Ketidaksatbilan hormon mmg terpancar suci.Tak kesah la kawan,aku sebolehnya tak mahu msuk campur.Bila dah lain mcm sket tu,aku minta maaf sgt2 kalau tegur eh?.Dah besar kan,pandai la pikir sendiri guna akal pemberian Allah.Nak bg tazkirah pun,dekat fesbuk belambak2 ade.Ni aku bg link Hilal Asyraf,Free2 baca la.Aku just tgk dari jauh,selagi terkawal aku tak ganggu even ia tak bermkna ak tak mahu.huhu..

*bisikan syaitan itu sungguh halus duhai sahabat yg aku cintai.Doa daku untuk yg terbaikmu buatmu.*

Habis bab aku tak suka.Leceh betul nk ckp mendalah ni.Cerita blk aktiviti2 yg tersangkut tadi.Haa,banyk aktiviti menarik sepanjang bulan ni.Menarik yg juga merangkap leceh lagi melimitkan masa rehat aku bersma anak2.Malas la cerita banyk2,aku nti buat report kat GeBU yg takde siapa peduli tu melainkan QB n Radin je la.Hahaha.Loser.Just rangkuman sikit,lain2 aku bg gamba je:-

1)Sabtu,7 April 2012 di Kolej Delima UiTM Shah Alam
-Jamuan makan2 atlet SAF n cheerleaders.
-yg sibuk aka bukan atlet pun ada.klo ak tau awal,ak pun balon jugak ayam panggang hari tu.Eceh!

Petugas yg hadir busy memanggang.Aku xde,malas taruk pic banyk2.

2)Ahad,8 April 2012 di kampus perububatan,UiTM Selayang
-What you didn't learn in school
-Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
-Best dapat input lain dr medik sekali sekala
-Lagi sentap ada brader mne ntah sesat buat provoke.Loser.

Pintu masuk yg legend

Rakan2 yg hadir bersama.Aku yg plg kacak.

Dewan kuliah di mana tragedi berlaku

Eksaited bermain air yg tiada di Shah Alam


4)Rabu,11 April 2012 di Annexe,UiTM Shah Alam

-EPLS:The Global Program For The Elimination Of Lymphatic Filariasis
-Prof. Emeritus Dato' Dr. C.P. Ramachandran 
-Prof ni memang terbaik speech dy.Tapi tinggi sgt topik dy bawak.Kalau bab pengalamn lg best rasanya.

*Yang ni pun xde pic.Ada dalam simpanan fakulti.Gila ape nk sruh aku mintak kat pejabt tingkat 20 tu.Tak kuasa ai~

5)Jumaat,20 April 2012 di Fakulti Perubatan Shah Alam
-Progress Test:Respirtory module
-Struggle maut dah buat.Kopi berbungkus2 dah telan.Aku berserah pd Allah keputusannya.

*Amat mustahil aku nk ambik pic tgh exam.Nset pun kne amik.

6)Jumaat-Ahad,20 April-22 April 2012 di Fakulti Perubatan Sungai Buloh
-Sport Fiesta MESTA UiTM
-Aku tak main pun,sje mencapub sket bajet reporter bagai.Aku nk tengok kampus baru je ekceli
-Mitochondria hampir siap.Yes.Harap2 la sempat~


Ade teratak di hujung kampung...lalalala~

Jejaka Medik

Team futsal first year (kiri) yg muncul johan.Tahniah!

Adek Qbear testing gym petg2.katanya nk tough mcm brad pitt~

Kolej penginapan di sungai buloh

Fakulti Perubatan Sungai Buloh

Dikelilingi taman2 indah.Bagus utk hilangkan stress...=3

*No satu n enam paling best sbb aku dapat tgk kampus baru.Huahua~

Eh,habis dah cerita uitm.Berangan panjang rupanya tadi.Ingatkan berjela2 aku nk balon blogspot malam ni.Malas.Lupa nk bagitau,aku ekceli tgh beramah mesra dgn katil n bantal busuk setelh lama terpisah.Dyorg pun mcm cam  tak cam aku dah.Sadis lg tragis sungguh.Ya,aku nk ckp aku tgh cuti midsem 2 minggu sebenarnya in case kalau korg spesis lambat pikap a.k.a lampi.Heaven gila tak kena bersenggama lagi dgn buku.Even aku bawak jugak blk baby patho n baby netter's,itu just penyedap perasaan.Serba salah pulak balik berlenggang je kan.Tak de feel la ambik medik.Agagaga... :-3

*keji gila awal2 dah plan mmg malas bukak buku.Peduli apa meh?*

Ok lah,aku ada azam baru skrg ni.Blog mls panjang2 sgt even kali ni pun panjang jugak.Motifnya aku agak busy n sifat pemalas makin membuak lewat usia.Aduh,keramat oo keramat,mne kau?

*jumpa lagi lain kali,wassalam~



otak aku berfikir secara kritikal..

Thursday, 12 April 2012

Tazkirah on Thursday #3:Deenul Islami

Assalamualaikum

Sudah lama rasanya ruangan TOT ini terhenti.Cadangnya 2 kali sebulan berselang seli minggunya.Apakan daya,terlalu sibuk dengan tugas dan komitmen barangkali menjadi asbab terbengkalai.Benarlah,kita merancang,Allah juga merancang dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang.Aku berserah.Dan padaNya jua aku mohon pengampunan dr dosa pengabaian aku terhadap dakwah secara tak langsungnya.

Sebenarnya,aku tiada tajuk yang ummpph sejak akhir-akhir ni.Kalau ada pun,sangat susah aku nak hurai panjang2.Ilmu tak tinggi mana kata orang.Yang ada,perkara2 sekeliling yang banyak buat aku terfikir dan tersentap.Dan kali ini aku kongsikan sedikit berkenaan akhlak.Simple dan bosan.Tapi inilah yg bezakan kita dgn mereka yg tiada padanya cahaya petunjuk Al-alquran sunnah.Kerana islam itu datang untuk menyempurnakan akhlak ummat melalui perantaraan Nabi Muhammad.Namun,anehnya masih ramai antara kita yg Islam berperangai tidak Islam sedangkan yg bukan Islam berperangai Islam pula.Kemelut ummah barangkali yg sudah menjadi pandemik seantero.

“Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” 

-Riwayat Ahmad-

gambar dr google
Sejak tadika kita diajar tentang akhlak hatta dr ibu bapa sekalipun di rumah.Namun,tak ramai diantara kita menitik beratkan soal akhlak.Kita melenting pabila aqidah ummah diancam,tapi tiada siapa peduli akhlak ummah yg punah.Kita mendambakan akhlak sehebat Rasulullah mahupun para sahabat,namun akhlak setinggi muslim biasa pun sukar dilepasi.Mengapa begini teman?Ingat,akhlak adalah identiti.Aqidah adalah isi.Roh akhlak adalah menfestasi kpd ketinggian Iman.Iman dan aqidah adalah pantulan cermin kpd akhlak.Dua perkara saling berkait.Rosak akhlak seorang muslim,maka ada kerosakan di lubuk hati aqidahnya.Seorang muslim yg beriman akan punya fahaman Islam secara menyeluruh.Dia akan faham kaitan akhlak dgn iman.Mana mungkin seorang 'abid' akan menjadikan carutan sebagai bahasanya.Mana mungkin seorang 'hafiz' akan menjadikan hubbud dunya sebagai pusatnya.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata bahawa suatu ketika Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri orang yang paling banyak masuk syurga. Beliau bersabda : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.”


-Riwayat Tirmidzi-

Ruang lingkup Akhalak Islami
Kembali kepada realiti.Memang benar kita berusaha untuk menjadi yg sebaik-baik Muslim.Namun,ayuh kita mula satu persatu dr bawah.Tak perlu tergesa-gesa untuk drastik.Hijrah yg berkesan itu sedikit tapi istiqamah.Walau perubahan yg kita usaha itu nampak remeh sesimple senyuman misalannya,tapi sebenarnya besar nilainya di 'mata' Allah dan syiar Islam itu sendiri.Jika semalam kita berbohong dgn kawan,ayuh hari ini kita sentiasa benarkan kata-kata.Jika semalam kita mengumpat,ayuh hari ini kita amalkan perbincangan sihat dengan Basmallah.Jika semalam kita kencing berdiri,ayuh hari ini kita amalkan sunnah ajaran Nabi.Ketahuilah,akhlak terbentuk untuk kebaikan diri terutamanya dan juga umum.Walau tingkah laku kita tak disedari,namun kita sendiri yg merasanya untuk dipersembah kepada Allah jua.Bukankah Allah itu maha melihat.Maka,persoalan ikhlas pula yg timbul.Untuk siapa kita berakhlak Islam ?


"Sebaik baik amal di sisi Allah ialah yg istiqamah,sekalipun sedikit"


-Riwayat Bukhari Muslim-


Satu perkara ramai ummat Islam terlepas pandang adalah Akhlak adalah payung jua senjata mukmin yg kukuh.Payung yg diguna untuk memelihara diri namun kesannya bak senjata yang mampu melemahkan 'musuh'.Bukankah jika kita berakhlak mulia,keindahannya dirasai oleh orang lain jua ?.Itulah misi dakwah.Dalam masa kita berusaha memperbaiki diri sendiri,kita sebenarnya turut menyampaikan keindahan Islam itu kpd orang lain.Dan jika dakwah kita berkesan,maka berbahagilah kita ganjarannya amat besar dijanjikan Allah.Apatah lagi jika mad'u tak langsung itu pula yg menyebarkan kepada orang lain.Pahala kita akan terus mengalir InsyAllah.Namun,itu bukan sandaran yang hakiki,adapun jika tiada yg sedar,ketahuilah dakwah itu dilihat pada usaha bukan natijah.Kita hanya berusaha menyampaikan.Hidayah milik Allah jua.

Ayuh,bangkit ikhwanul Muslimeen,mari menuju keindahan Islam yg hak.Wallahu'alam .



Bukankah kita hamba Tuhan yang sedang menuju akhirat ?


p/s:Islam itu sebagai Addeen.Maka realisasikanlah...=)

otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 4 April 2012

Wordless wednesday #15

Trololol...~
level:medical


p/s:Respiratory module just started 3 days ago.Such a interesting module ! (exp:PHPM)

otak aku berfikir secara kritikal..