Sunday, 10 August 2014

Apa aku dah buat ni? #I

Assalamualaikum

Lama nya tak bukak blog. Ingatkan bila lama tak bukak ni ada la member blogger dh ready dgn entry baru. Nak nak musim raya ni,tipu la xde benda nak pot pet kelepot kelepet dlm blog dgn penuh eksaited. Tapi hampeh, si ammar rahman sorg je update entry baru. Dah la isi lg pendek dr tajuk pastu bukak blog dy ada lagu one direction lgi. Ahh stress. Kalau si qbear tu aku paham la dy busy dgn Dota International.

Hari tu dah tulis separuh, simpan dlm draft. Busy exam punya pasal, habis terlupa nk sambung. Aku baca balik tdi, mmg dah basi pun entry tu. Ada ke patut aku merepek pasal surgery n medicine dlm blog?. Tau la masa tu aku ada exam 2 posting tu, tp xsangka pulak terbawa bawa [amboi] ke sini. Medik nye kau jah. Blergh.

Exam hari tu boleh la. Rasanya aku mmg kurang bab teori la. Tp long case rasa mcm dah okey. Tapi Alhamdulillah, lulus semua posting. Takyah repeat, takyah remedial, so welcome year4 =)

Nak cerita raya panjang pulak. Malas pun ade. Raya aku sama je la mcm raya org lain. Duit raya tak banyak pun. Makan je banyak. Lupa kan lah diet semua. Atkin ntah ke laut, Gym malas nak pergi, jogging pun lama tak buat. Ni aku tgh taip skrg smbil goyang2 kaki ni pun terasa lemak betis pun nak goyang2 ikut sama berentakkan muzik jazz.

Actually aku malas nak tulis banyak. Saja tulis jugak sikit sebb jeles budak2 elektif kat UiTM tgh syok jalan beraya tak ajak aku. Siap post instagram bhaiiii.Aku yg tadi sedap landing atas sofa sambil bergoyangan kaki berlemak di betis tdi lantas terasa sedihh huhuhuhu T.T

kahkah aku takde point pun.

Dah la nak tido. Sekrang ni musim pokai. JPA mcm lambat lgi nak masuk. Dah la laptop aku rosak, phone pulak ntah pape. Ade ke patut browsing "Nak buat ape cuti ni?" kat google pun nak hang? Nasib baik hati lantas menepis dri sifat amarah sambil mulut berkumat kamit melafazkan istigfar sebanyak 3 kali. So cepat la masuk JPA ni, harapan ramadhan nak beli Mi3 n repair laptop tak tertunai lgi sobs

Ok bye. Nti aku rajin, aku update entry yg ditunggu2 ramai : Fakulti Perubatan UiTM Part III





otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 4 June 2014

Makin jauh namun tetap dekat

Assalamualaikum wbt

Hati Abu meluahkan rasa

"....

Apakah benar ia ada?
Apkah benar ia pergi?
Adakah aku yang tak sedar?
Adakah aku yang  buat tak mengerti?


Lama aku tinggalkan harapan yang satu ini. Harapan yg masih ke hari ini aku kabur di mana permulaannya. Ia datang dari satu arah yg jelas, namun tidak pada destinasinya. Ia sentap jiwa raga yg mulus, namun lembut belaiannya. Datang mengetuk hati selembutnya tanpa diduga. Lantas menggores jiwa. Jiwa yg sebelum ini tak mengerti apa apa. Pengalaman yang tiada.

Sangat tiba tiba.
Sangat bahagia.
Sangat teruja.

Itulah kali pertama dan masih tiada kedua. Sekurang kurangnya sampai tempoh aku sedang menulis ini ia masih yg pertama. Pertama pada makna kata yg benar benar menyentuh hati yg paling dalam. Sedalam ia mengusap ubun ubun jiwa yg lemah tak pernah terusik. Berjaya menorobos dinding dinding keegoan untuk dijinakkan. Lembut bak sutera.


Akulah hamba Tuhan yg terpilih utk dicampak perasaan itu. Perasaan yang mampu menuntun jiwa sekeras batu menjadi selembut bayu. Perasaan yg mampu mengawal gerak geri langkah seribu bagai meniti hamparan halus satu persatu. Agungnya. Seakan menoleh segala sesuatu ke atas sesuatu. Seakan menyelindung aku akan yang baru.

Masih ku ingat tika di dewan itu
Masih ku ingat tika di bus stand itu
Masih ku ingat tika di kafe itu

Pernah suatu ketika hasratnya seluas pasifik, memacu se gah everest, mengukuh salasilah inti peri. Perancangan disusun, stratergi dikaji utk merealisasikan cita. Dan cita tika itu satu impian mahligai permata hingga ke hujung usia. Segala tarikh telah ku belek, segala bajet telah ku korek. Harapnya bila masa itu tiba segalanya semudah 'melafaz' nya hanya di dalam jiwa.

Bertahun berlalu. Kasih jitu masih padu. Hanya jitu, tiada maju.

Namun, itu hanya perasaan. Dan perasaan itu asalnya dalam hati. Mana mungkin terpalit makna nya tanpa ekspresi apatah lagi manifestasi. Mustahil. Hati tak mampu berbicara tanpa diluahkan. Hati tak mampu ditafsir tanpa ditunjukkan. Bagai ada sesuatu yang menahan. Padu. Menahan dari segala penjuru walau aku keliru mana pangkal yang menuju. Aku mencari kekuatan untuk merobohkan. Gagal. Tersembam di perjalanan.

Tika itu, hati nan lemah dipandu emosi. Segala tingkah laku berpaksi yang tidak pasti. Darah muda. Bunyinya tipikal tp ia benar. Girangnya hati bak tiada siapa menyaksikan. Sukanya perasaan bak tiada siapa perhatikan. Seakan mahu sahaja satu dunia menjadi saksi bahagianya aku. Dengan teka teki penuh misteri itu, tujuan untuk beri satu mesej kepada dunia hati ini sudah dimiliki. Instagram digodek, twitter dirobek dgn post2 jiwang ke laut yg sia sia. Excited dalam englishnya.

Difikir kembali, malu nya Ya Allah.

Hingga satu petang nan hening, usai solat asar. Masuk satu SMS dari satu individu. Bukanlah rapat, tapi kenalan. Panjang isinya. Walau pun salah faham beberapa perkara, aku jelas akan maknanya. Kejengkelan dan muak tajuk utama. Sudah tiba masanya hentikan semua cerita cinta sebelah tangan. Ramai yang perhatikan. Tapi tiada makna untuk mereka tahu. Dan mereka pun tidak mahu itu.


Dan kini tahun ke-tiga, semester ke-lima sudah semenjak perasaan itu mula mula datang lama dahulu. Semuanya masih jelas di ingatan. Segala cerita dan peristiwa masih segar di fikiran. Tiap debaran itu tidak sia sia hingga ke hari ni. Dan aku masih yg dulu, dgn perasaan dan harapan yg sama. Kasih yg jitu padu cuma cuma tiada maju. Maju dalam erti kata manifestasi, namun dalam hati hanya Allah ketahui.


Semoga Allah redha.
...."

                                                                                                                 
-Untuk nota aku dan 'x'-


otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 12 May 2014

Bukan selamanya

Assalamualaikum


*Repost dari entry 24 february 2013 


Andai.
Andai sering menguji. Kata hati itu datang nya kadang kala dr lubuk hati plg suci murni, namun sebaliknya tetap berlaku. Apakah ianya perlu apakah tidak? Apakah hasilnya mutu atau ledak. Tak siapa tahu, hanya risiko dan kata hati punca andai itu menggerutu. Benar kat orang,peranan trust sgt besar membonceng kembara perjalanan nan insan. 

Trust.
Perkataan yg aku masih tercari cari ertinya.Kompleks.Nampak direct,tapi bukn mudah untuk di detect.Apa mungkin hanya sekelumit cerita bersama itu mampu memupuk trust itu semat dalam hati? Apakah harganya hanya coretan coretan manis meniti saat saat bahagia suatu ketika? Lalu merungkailah segala hijab yg menjadi benteng trust yg tercari?  Benteng yang selama ini telah ku waspada sejak dari awal lagi. Tidak semudah itu,namun tidaklah mustahil begitu.

Hantuk.
Terhantuk berkali.Serik jauh sekali.Entah bagaimana lubuk duka itu mampu dilitup kemas menjangkau kehebatan peranan trust.Terima apa diberi sedang balasan gantinya tiada nilai erti.Cukup cukup sudah.Barangkali sudah tiba masanya.Tertutup ketat kali ini.Terhantuk pun ada limit rupanya.

Sesal.
Untuk apakah sesalan?.Sesal sekarang tiada guna.Yang sudah berlaku,biarkan berlaku.Puncuk pangkalnya sekarang,sejauh mana nya ibrah mampu dikutip.Titik,sekadar itu.

Ibrah
Inilah dia kemuncak segala sesuatu.Sejauh mana seorang insan mampu mengutip butir2 permata halus dalam samar berulas duri.Sepeka seorang hamba mampu sedar akan hikmah dibalik petaka.Indahnya sesuatu kita yg 'menentu'.Yang baik jadi ikutan,yang buruk jadi sempadan.



Wallahu'alam

Kamil
1)Hati lama mahu bicara.
2)Semoga keputusan ini dlm lingkungan redha Allah
3)Permudahkanlah Ya Allah long case medicine khamis ni.


otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 27 April 2014

Baju sejuk

Assalamualaikum

Setiap kali aku buka shj blog ni, terpampang di atas skali post tntg abg S. Kisah syahdu meruntun jiwa penah aku alami. Biar kan, biarkan aku lipat kemas kemas dlm buku hati. Kisah yg akan ak simpan selamanya. paling tidak, inspirasi menuju cita seorang Doktor lillahi taala.

Namun,itu hny seperkara. Perkara yg lebih menyentap aku bila terbaca post itu adalah ia hanya mengingatkan aku betapa malasnya aku update blog ni. Kisah Abg S semasa aku di posting surgery, kini aku dah nak habis pun posting medicine, masih tercari cari bahan utk menulis. Tiada masa.

Sedikit tentang posting baru,medicine. Secara keseluruhan, aku agak biul tecari cari momentum dlm posting ni. Kes nya mashallah, susah dah aku pun kurang minat. Itu pun belum lg ak cuba clerk case yg sumpah-aku-taknak-dapat-untuk-longcase macam case2 rheumatology dan dermatology. Lagi lah xminat kuasa dua. Tapi nak taknak kena juga, kalau dpt RA (nauzubillah) masa long case, tak ke naya sebb tak praktis. Minggu ni kot kena rajin pergi Hosp selayang cari case.

*Rindu surgery dan O&G so much T.T

Sekarang musim konflik datang bergolek golek. Penat dah rasanya nak fikir. Konflik yg dari sem III tak setel2, dtg pulak yg baru. Tak elok bercerita kat sini. Itu namanya hamba Tuhan yg kuat mengeluh. Biar aku simpan dlm hati. Nnti cerita kat bakal isteri je [?] huahua

*Overnya ayat last haha. Jgn mengada buat gossip. Main je. :p

Semalam Joe dan Ann kahwin. Barakallu lakuma. Ai tumpang happy tau. Sebenarnya dah tau lama Ann ni nak kahwin hasil aktiviti bergossip dgn budak posting. Tapi masa tu happy biasa2 je lah. Bila last minute dpt tau Ann nak kahwin dgn kawan lama masa kat Izzuddin dulu, lagi la happy nya berganda2. Terkejut aku. Si Joe ni dah la selalu melepak sama2 masa kat Shah Alam dulu masa 1st year. Tup tup nak kahwin dgn budak batch ak rupanya. Bertuah dy tak nak bagitau kat chekk. Tahniah la kalian berdua :D

Ohh, nak masuk last perenggan lah. Malas tulis panjang2 time petang ni. Aku dah la tak suka tulis petang2 sbb masa petangku milik track jogging di sekitar UiTM Sg Buloh. Nak kurus dan tough [?] kebabom macam jijie kan. Kena la eksesaiii. Tapi petang ni aku  update blog pulak. Tahu kenapa tuan tuan? Haa sebabnya aku seakan mendpat URTI which came with typical symptoms mcm clerk patient kat ward tu. Hari2 clerk patient tnya  ade demam,batuk,selsema n sakit tekak tak,  mcm takde perasaan je. Tp bila kena kat diri sendiri baru rasa seksa yg amat (Alhamdulillah, Allhurabbi). Semalam setiap 30minit terjaga tidur sebb batuk n sakit tekak. Tak tau la ade ke tak fenomena PNC ni, klo xde biar aku reka. At least jadi kat aku hihi. Tau PNC tu ape? Paroxysmal Nocturnal Cough (mandai je huahua).

Jadi dah sampai perenggan akhir pun xtau ape kaitan tajuk baju sejuk kan? Haa tengah demam la boleh bajet macho pakai baju sejuk update blog petang2 hihihi

Bajet tgh tulis pakai sweater dgn ade tisu kesat hingus shroot shroot supaya lebih dramatis

Kamil:
1) Nah baca dan niatkan sedekah kat aku ye, Thanks huhu
"Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"
2)Mohon doa kalian juga utk ak lulus long case Medicine. Dapat case ACS dah laaa T.T
3)Kpd yg tak paham aku merepek pasal ape PNC tu, ni adalah PND yg telah di divert mengikut situasi aku huhu







otak aku berfikir secara kritikal..