Monday, 15 September 2014

Happy Birthday tetaufiq dan Arerep ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌

Assalamualaikum

Malam cuti umum ni tipikal betul. Aku akan blurr xtau nak buat apa sorg2 dalam bilik. Internet line dah power, tp scroll fesbuk nak loading2 juga. Youtube xyah cakap la. Stress tahu?. Lagi2 skrg musim aku tgh layan talk show Jimmy Kimmel kat youtube. Stress macam korg kena siapkan SPSS tapi sepatah haram pun xtau nak buat. Cenggitu lahh

Lambat juga aku ambik masa utk update entry baru sejak entry lepas. Bajet nak buat entry gilang gemilang sempena masuk year4. Puii, ke laut la.. Time tgh semangat semua benda petik jari. Bila nak buat tu mimpi la. So skrg ni aku nk cerita year 4 sem baru sikit.

Peh, year4 ni la aku dgr masa y1 dulu waktu honeymoon. Honeymoon sampai ke moon la tak jumpa honey nye. Jgn harap la nak melepak goyang lemak betis ting tong ting tong. Ada 10 posting tahu? 5 short posting 2 minggu, 2 posting sebulan n 3 posting 2bulan. So total ada 12 bulan. Mmg ko xcuti la tahun ni kamilll. Skrg ak tgh posting PHPM. Sebulan je. Lepas ni sambung Emergency Medicine lagi sebulan. PHPM a.k.a Public health...zzz.... Paham2 je la. Aku tak minat tetttttt

Tapi busy gilaaa. Ko busy gi hospital aku gagah la sikit. Favourite thing gitu. And Jumaat lepas aku kena pancung dgn Dr Ikhsan masa research proposal. Niceeee

So skrg ak dah xtau nak ckp apa.

Lupa. Hari ni besday bestie [amboi kauu] aku dua orang ni. Sape lagi kalau bukn si Arep dan Taufiq. Haha bila teringat balik mcm mana mula2 jumpa dulu, nak tergelak ade, nak nangis pun hadooo. Tak payah nak bukak cerita la kat shah alam dulu masa first year. Pehh syahdu. Tak boleh lupa punya cucuk2, kelas pengucapan awam, jalan kaki gi fakulti, jalan2 makan shah alam n etc. 

Hepi besday guys. Skrg dah duk jauh sket. Tapi dlm hati bila2 pun sentiasa dekat [amboii lagi kahkah]. Nti nk holiday mana2 jgn lupa ak yaa. N dont forget our ultimate vacation, Australia 2016 aummm :D

2013



2014 n counting

Bye jumpa lagi


otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 5 September 2014

Kamil menjadi kritis #1

Assalamualaikum

Dah lewat malam baru aku terhegeh hegeh bukak blog. Tu lah aku, mana penah update blog siang2. Tak feel. Lawat2 kejap apa ada. Tipikal, trafik laju kat entry fakulti medik uitm. Ntah, rasa dh hilang semangat nak menulis macam dulu. Zaman year1 n year2 dulu. Kalau boleh setiap hari aku nak tulis, malam malam pikir nak naik trafik tinggi. Haha lawak pula diingat balik.

Satu perkara aku sedar, dah lama tak tulis ni, aku semakin hilang satu imej blog ni. Ayat sentap aku susah pula aku nk keluar sekarang. Kalau dulu main tulis laju semua sentap2 terkeluar, skrg nak kena susun 2-3 minit buat ayat. So aku dh malas buang masa, aku main tulis je. Tak pasti puncany. Aku semakin matang mungkin? Puiii

Aku lately bnyk pula perkara sekeliling buat aku berfikir. Banyak. Setiap kali ada, rasa nak  tulis terus dlm blog. Tapi tu lah, malas nak taip skrg. Dah la korg malas nak baca kan? Cari blog aku nak baca pasal fakulti aku je kan. Peh, geli pulak nak merajuk tengah malam bagai.

Kalau nak recall, benda2 yg buat aku jadi kritis 3-4 bulan ni, bnyk yg berunsurkan politik. Konflik Palestin-israel, konflik ISIS-amerika, konflik PKR-MB selangor dll. Its nice actually to have this kind of sense. Dan aku suka tahu pandangan orang. Lagi2 yg berlainan pendapat. Honestly, org di sekeliling aku hny 50-70% sependapat dgn aku. I dont why but I was like "korang ni too mainstream, dont follow anyone, get your own opinion, man". Basically, i believe in justice, peace and honest dont matter what is your race, religion and party. Aku tak cakap yahudi tu jahat, aku tak cakap ISIS tu islam, dan aku tak cakap PKR itu adil. Yeah, absolutely in certain circumstances.

Kalau aku tulis pendapat aku, sampai esok tak habis menaip. Dulu ada ashbir, rindu nak debat politik dgn dy.

Those are serious part, worth to know. Sadly, here come the silly pathetic part that i unfortunately accidentally get to know. Im sick with our people. Lebih spesifik, aku ckp psl komuniti melayu islam. Orang kita mudah sgt melenting. Apa2 isu naik melibatkan melayu dan islam, hangin pun nak naik sama. I know its good to have the sense of memartabatkan kesucian Islam n melayu, but can u guys please be logic n more islamik. The heck la kalau org kutuk islam pastu ko pun lawan balik dgn maki hamun balik their religion. Lepas tu mula la tuduh2 itu ini. Agama aku plg suci lah, agama ko agen yahudi lah. Whatever.Instead looking for the solution of misunderstanding, korang make it more serious. 

One more thing, orang kita ni juga mudh sgt percaya benda karut. I was like, " hello, this is abad 21 ok?". Aku penah baca org share cara nak detect jin dlm badan dgn check someone's pulse rate. Siap bagi ' hadis' lagi. Dgn hadis yg tak bersanad tu, org kita nampak mcm "wah,islamiknye post ni,mesti betul!", lantas di share di FB n menjadi viral. Baby lahir mata satu (its ocular hypotelorism in syndromic baby), terus share kat FB," Amaran, dajjal sudah lahir". Kalau org awam boleh dimaafkan, tp klau yg ada asas medik pun tak boleh nak apply, i dont know how u guys will educate our people.

Ah stress, dah membebel pulak entry ni. Stop lah.

Ok last, skrg ni kat fb kecoh kes mieru yg kutuk UiTM. Haha ke laut la budak itu. Meh sini aku nak slowtalk. Dari korg sambung kutuk dy, ada baik doa dy insaf.
 
Oh lupa, dah hujung2 baru teringat. Year 1 masuk esok. Welcome to UiTM Sg buloh. Ada apa2, minta tolong senior pun boleh. Aku tak kisah pun.

Bye

Nota kaki : Buat Shariz, welcome to blog world. Its just a beginning. Dont give up n im looking forward ur next entry. 

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 10 August 2014

Apa aku dah buat ni? #I

Assalamualaikum

Lama nya tak bukak blog. Ingatkan bila lama tak bukak ni ada la member blogger dh ready dgn entry baru. Nak nak musim raya ni,tipu la xde benda nak pot pet kelepot kelepet dlm blog dgn penuh eksaited. Tapi hampeh, si ammar rahman sorg je update entry baru. Dah la isi lg pendek dr tajuk pastu bukak blog dy ada lagu one direction lgi. Ahh stress. Kalau si qbear tu aku paham la dy busy dgn Dota International.

Hari tu dah tulis separuh, simpan dlm draft. Busy exam punya pasal, habis terlupa nk sambung. Aku baca balik tdi, mmg dah basi pun entry tu. Ada ke patut aku merepek pasal surgery n medicine dlm blog?. Tau la masa tu aku ada exam 2 posting tu, tp xsangka pulak terbawa bawa [amboi] ke sini. Medik nye kau jah. Blergh.

Exam hari tu boleh la. Rasanya aku mmg kurang bab teori la. Tp long case rasa mcm dah okey. Tapi Alhamdulillah, lulus semua posting. Takyah repeat, takyah remedial, so welcome year4 =)

Nak cerita raya panjang pulak. Malas pun ade. Raya aku sama je la mcm raya org lain. Duit raya tak banyak pun. Makan je banyak. Lupa kan lah diet semua. Atkin ntah ke laut, Gym malas nak pergi, jogging pun lama tak buat. Ni aku tgh taip skrg smbil goyang2 kaki ni pun terasa lemak betis pun nak goyang2 ikut sama berentakkan muzik jazz.

Actually aku malas nak tulis banyak. Saja tulis jugak sikit sebb jeles budak2 elektif kat UiTM tgh syok jalan beraya tak ajak aku. Siap post instagram bhaiiii.Aku yg tadi sedap landing atas sofa sambil bergoyangan kaki berlemak di betis tdi lantas terasa sedihh huhuhuhu T.T

kahkah aku takde point pun.

Dah la nak tido. Sekrang ni musim pokai. JPA mcm lambat lgi nak masuk. Dah la laptop aku rosak, phone pulak ntah pape. Ade ke patut browsing "Nak buat ape cuti ni?" kat google pun nak hang? Nasib baik hati lantas menepis dri sifat amarah sambil mulut berkumat kamit melafazkan istigfar sebanyak 3 kali. So cepat la masuk JPA ni, harapan ramadhan nak beli Mi3 n repair laptop tak tertunai lgi sobs

Ok bye. Nti aku rajin, aku update entry yg ditunggu2 ramai : Fakulti Perubatan UiTM Part III





otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 4 June 2014

Makin jauh namun tetap dekat

Assalamualaikum wbt

Hati Abu meluahkan rasa

"....

Apakah benar ia ada?
Apkah benar ia pergi?
Adakah aku yang tak sedar?
Adakah aku yang  buat tak mengerti?


Lama aku tinggalkan harapan yang satu ini. Harapan yg masih ke hari ini aku kabur di mana permulaannya. Ia datang dari satu arah yg jelas, namun tidak pada destinasinya. Ia sentap jiwa raga yg mulus, namun lembut belaiannya. Datang mengetuk hati selembutnya tanpa diduga. Lantas menggores jiwa. Jiwa yg sebelum ini tak mengerti apa apa. Pengalaman yang tiada.

Sangat tiba tiba.
Sangat bahagia.
Sangat teruja.

Itulah kali pertama dan masih tiada kedua. Sekurang kurangnya sampai tempoh aku sedang menulis ini ia masih yg pertama. Pertama pada makna kata yg benar benar menyentuh hati yg paling dalam. Sedalam ia mengusap ubun ubun jiwa yg lemah tak pernah terusik. Berjaya menorobos dinding dinding keegoan untuk dijinakkan. Lembut bak sutera.


Akulah hamba Tuhan yg terpilih utk dicampak perasaan itu. Perasaan yang mampu menuntun jiwa sekeras batu menjadi selembut bayu. Perasaan yg mampu mengawal gerak geri langkah seribu bagai meniti hamparan halus satu persatu. Agungnya. Seakan menoleh segala sesuatu ke atas sesuatu. Seakan menyelindung aku akan yang baru.

Masih ku ingat tika di dewan itu
Masih ku ingat tika di bus stand itu
Masih ku ingat tika di kafe itu

Pernah suatu ketika hasratnya seluas pasifik, memacu se gah everest, mengukuh salasilah inti peri. Perancangan disusun, stratergi dikaji utk merealisasikan cita. Dan cita tika itu satu impian mahligai permata hingga ke hujung usia. Segala tarikh telah ku belek, segala bajet telah ku korek. Harapnya bila masa itu tiba segalanya semudah 'melafaz' nya hanya di dalam jiwa.

Bertahun berlalu. Kasih jitu masih padu. Hanya jitu, tiada maju.

Namun, itu hanya perasaan. Dan perasaan itu asalnya dalam hati. Mana mungkin terpalit makna nya tanpa ekspresi apatah lagi manifestasi. Mustahil. Hati tak mampu berbicara tanpa diluahkan. Hati tak mampu ditafsir tanpa ditunjukkan. Bagai ada sesuatu yang menahan. Padu. Menahan dari segala penjuru walau aku keliru mana pangkal yang menuju. Aku mencari kekuatan untuk merobohkan. Gagal. Tersembam di perjalanan.

Tika itu, hati nan lemah dipandu emosi. Segala tingkah laku berpaksi yang tidak pasti. Darah muda. Bunyinya tipikal tp ia benar. Girangnya hati bak tiada siapa menyaksikan. Sukanya perasaan bak tiada siapa perhatikan. Seakan mahu sahaja satu dunia menjadi saksi bahagianya aku. Dengan teka teki penuh misteri itu, tujuan untuk beri satu mesej kepada dunia hati ini sudah dimiliki. Instagram digodek, twitter dirobek dgn post2 jiwang ke laut yg sia sia. Excited dalam englishnya.

Difikir kembali, malu nya Ya Allah.

Hingga satu petang nan hening, usai solat asar. Masuk satu SMS dari satu individu. Bukanlah rapat, tapi kenalan. Panjang isinya. Walau pun salah faham beberapa perkara, aku jelas akan maknanya. Kejengkelan dan muak tajuk utama. Sudah tiba masanya hentikan semua cerita cinta sebelah tangan. Ramai yang perhatikan. Tapi tiada makna untuk mereka tahu. Dan mereka pun tidak mahu itu.


Dan kini tahun ke-tiga, semester ke-lima sudah semenjak perasaan itu mula mula datang lama dahulu. Semuanya masih jelas di ingatan. Segala cerita dan peristiwa masih segar di fikiran. Tiap debaran itu tidak sia sia hingga ke hari ni. Dan aku masih yg dulu, dgn perasaan dan harapan yg sama. Kasih yg jitu padu cuma cuma tiada maju. Maju dalam erti kata manifestasi, namun dalam hati hanya Allah ketahui.


Semoga Allah redha.
...."

                                                                                                                 
-Untuk nota aku dan 'x'-


otak aku berfikir secara kritikal..