Friday, 17 October 2014

Seminggu di ED

Salam

Aku xde masa pun nak menulis. tapi tgh bosan study so why not im turn to this kan? Ahaha. 

**Tadi dtg gile jap. Tgh study laptop terpadam. Dah la bnyk gile link website emergency aku tgh bukk. So aku pergi pau kopi syakir dulu nk hilangkan stress lulz

Nak ckp sikit je, skrg tgh posting emergency. Best Alhamdulillah. But unluckly it is just 4 weeks posting. Mana cukup wehhh. Posting ni la plg praktikal so far. Tadi aku dah buat CPR (unfortunately that uncle passed away) , wound irrigate kepala abg indon (nampak skull ok, siap korek2 lg nak kuarkan pasir), suture tgh akak MLT yg terkoyak. Posting ni la rasa aku ni as a part of the team. Amboi ko. Seminngu pun xsampai dah bajet team ED.

But well in Emergency, everthing is fast n cover so many discipline.

So bye, aku nak sambung study ABCD emergency ni. Jumpa note Uni of Toronto. Best baca weehh

otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 10 October 2014

MBBS220 : PHPM dah habis yahoo

Assalamualaikum

Malam cuti nak habis baru aku nak tulis something dlm blog. Malas betul bila nak campur aduk aktiviti cuti yg sungguh berilmiah ini dgn tulisan melagha di blog. Nampak motif aku? puii

Sebenarnya aku skrg busy layan drama korea malam2. Tu yg xda masa. Lepas habis tgk,stress. Lepas stress main asphalt 8 kat phone baru. Oh ya, aku dah beli phone baru yabedabedu. Lama jugak buat research cari phone terbaik. Kalah research elective gua.

Sedikit update di alam medik bla bla bla. Ak skrg tgh cuti raya haji seminggu. Sebelum cuti tu, aku dah habiskan posting yg mmm...mmm...best sgt. Iaitu PHPM atau bahasa mudah, public health. Amboi penat kemain. Penat masuk hospital buat ward round aku gagah sikit. Penat buat research n presentation ni mmg fufufufufufu perasaannya.  Disebabkan aku hot dan menjadi rebutan ramai, kena present 2 kali : research proposal n research result presentation. Alhamdulillah 2 kali present, 2kali aku kena pancung satu-satu dgn Prof/Dr. Syukur, nampak gaya aku semakin hebat dan tenang berdepan soalan2 sbgai persedian utk viva pro exam year5 2016.  Amboi kemain wawasan. Dan jumaat lepas, PHPM diakhiri dgn OSCE soalan guna SPSS. Aku dri zero bab SPSS ni, boleh pulak jawab yahoo. Ingat lg masa y1, asal masuk kelas SPSS, rasa mcm nak menyumpah2 menatang apa kuar kat komputer aku ni lulz. Tp malam exam tu, nak tercirit jugak cuak nya. Housemate ajk tgk Anabelle kat TGV rawang bukan main gagah aku menepis sbb nak study puii.

Raya haji mcm biasa je. Lemang n ketupat tak laku pulak musim ni. Ade kat rumah xde org makan sampai basi. Motifnya ak nak ckp raya biasa2 je. Tak meriah sgt. Tak best lah cerita raya. Zaman UPSR bleh la nak sembang raya.

Lepas ni aku posting best. Harap2 la best. Aku mmg dah target dah dalam Emergency ni. Malam2 nak stay kat ED sampai pukul 12. Pagi2 datang pukul 7, lepas subuh terus cau. Logbook first week dah setel punya. Target je la. Biasa la target xcapai kan haha. Tp apa2 pun, doakan aku dlm A&E ni ye. Ntah la, rasa semangat lebih nak perform posting ni. Dah la aku 5 bulan xpegi hospital. Dah berkarat history taking n PE aku. 

Cau dulu la. Tido awal esok balik sg buloh. Salam


otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 24 September 2014

One step further

Assalamualaikum

Hati girang. Tiba tiba
Mengoyak senyum. Tanpa duga

Debar hati entah mengapa
Namun hati syukur pada yg Esa



11 september 2014

After 3 years, it was my first time.
Alhamdulillah.

Good start.

otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 15 September 2014

Happy Birthday tetaufiq dan Arerep ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌

Assalamualaikum

Malam cuti umum ni tipikal betul. Aku akan blurr xtau nak buat apa sorg2 dalam bilik. Internet line dah power, tp scroll fesbuk nak loading2 juga. Youtube xyah cakap la. Stress tahu?. Lagi2 skrg musim aku tgh layan talk show Jimmy Kimmel kat youtube. Stress macam korg kena siapkan SPSS tapi sepatah haram pun xtau nak buat. Cenggitu lahh

Lambat juga aku ambik masa utk update entry baru sejak entry lepas. Bajet nak buat entry gilang gemilang sempena masuk year4. Puii, ke laut la.. Time tgh semangat semua benda petik jari. Bila nak buat tu mimpi la. So skrg ni aku nk cerita year 4 sem baru sikit.

Peh, year4 ni la aku dgr masa y1 dulu waktu honeymoon. Honeymoon sampai ke moon la tak jumpa honey nye. Jgn harap la nak melepak goyang lemak betis ting tong ting tong. Ada 10 posting tahu? 5 short posting 2 minggu, 2 posting sebulan n 3 posting 2bulan. So total ada 12 bulan. Mmg ko xcuti la tahun ni kamilll. Skrg ak tgh posting PHPM. Sebulan je. Lepas ni sambung Emergency Medicine lagi sebulan. PHPM a.k.a Public health...zzz.... Paham2 je la. Aku tak minat tetttttt

Tapi busy gilaaa. Ko busy gi hospital aku gagah la sikit. Favourite thing gitu. And Jumaat lepas aku kena pancung dgn Dr Ikhsan masa research proposal. Niceeee

So skrg ak dah xtau nak ckp apa.

Lupa. Hari ni besday bestie [amboi kauu] aku dua orang ni. Sape lagi kalau bukn si Arep dan Taufiq. Haha bila teringat balik mcm mana mula2 jumpa dulu, nak tergelak ade, nak nangis pun hadooo. Tak payah nak bukak cerita la kat shah alam dulu masa first year. Pehh syahdu. Tak boleh lupa punya cucuk2, kelas pengucapan awam, jalan kaki gi fakulti, jalan2 makan shah alam n etc. 

Hepi besday guys. Skrg dah duk jauh sket. Tapi dlm hati bila2 pun sentiasa dekat [amboii lagi kahkah]. Nti nk holiday mana2 jgn lupa ak yaa. N dont forget our ultimate vacation, Australia 2016 aummm :D

2013



2014 n counting

Bye jumpa lagi


otak aku berfikir secara kritikal..