Sunday 26 February 2012

Salasilah .

Assalamulaikum.


Waktu nie aku dah sampai kayangan kenanga.Bergenang air mata tatkala terlihat sahaja katil,meja,buku2 yg aku tinggalkan 2 minggu yg lalu.Mereka pun rindukan aku.Terdengar kekadang sang cebok teresak,sang bantal meraung.Sungguh akrab hubungan kami.Ikhlas n tulus barangkali puncanya terkesan yg dalam di sanubari.

Aku memang bercadang blk ke USA awal sehari.Motifnya aku nk kemas bilik segala n prepare ape yg patut nk masuk sem baru.Kata orang new semester,new game.Yelah tu.Game aku Spore je skrg.Ok sambung,tp family aku ada plan perjumpaan keluarga di seksyen 19 tdi petg.Alang2 tu,balik sekali terus senang sket.Bukan sepupu sepapat dekat meh.Jauh gila.Aku sorg pun tak kenal dyorang tdi.Blur sambil control macho sahaja aku disebalik kerusi.Perjumpaan tdi sepupu sepapat yg bersambung dekat moyang mak aku.Tuan haji Abdul Kadir.Aku pun tak tahu pangkat dy ape dgn aku.Moyang punya abah dalam istilah mudahnya.Salah sorg anak Haji ni ialah Hajjah Asma.Anak Hajjah Asma lah pewaris keturunan Al-Marbawi.Aku ada darah keturunan tu.Atuk aku Sheikh Hassan Marbawi.Abangnya Sheikh Idris Marbawi yg feymes.Kompleks betul salasilah keluarga aku nih.Aku pun dah pening.Sentap tersentap lg menyentap diri aku tadi masa cucu Haji Abdul Kadir merangkap anak saudara Hajjah Asma n saudara The Marbawis explain kat ktorang.

Sheikh Idris Al-Marbawi


Antara kitab karangan beliau.


So,motif aku tulis nih bukan ape.Takde motif yg jelas.Namun,bukan jua meroyan.Berkali2 aku tekankan.Meroyan itu takhta keramat lg azimat penuh barakah si Ammar Rahman yg skrg dalam bas pulang ke USA.Barangkali sedg nyenyak tidur.Harapnya dy tak tersentap sekrg,jika tidak detrusor muscle beliau akan jua turut tersentap lantas dihembus segala isi terkeluar bg mghasilkan efek basah n bau sekam di kusyen.Aku tulis ni bukan nk bangga dgn keturunan.Yg jelas,keturunan bukan jaminan warisi iman.Yg jelas juga,keturunan yg gah hny menambahkan 'beban' untuk memadam sehabis mungkin segala sifat dibenci Allah sprti riak,takabbur sebagainya.Sabda nabi,

"Ahli baitku anggap mereka adalah org paling berhak mendapat syafaatku,padahal tidaklah demikian.Sesungguhnya para waliku di antara kamu ialah yg bertaqwa,siapapun kamu dan di manapun adanya"

-riwayat Ibnu Abi Ashim-
*Ya,taqwalah inti patinya.*

Aku tulis kerana aku terfikir sejenak.Alangkah indahnya jika kaum keluarga saling berkenal-kenalan.Itu juga antara tujuan kita menjadi khalifah di bumi Allah.Mendamaikan hubungan,merapatkan silaturrahim.Bukan setahun dua tak jumpa,tapi ni dah berpuluh tahun kata mak aku.Ukhwah itu sgt murni.Terokailah,nescaya kebahagian dimiliki,redha-Nya diperolehi.Cuma,hati yg ikhlas yg membenarkannya.Wallahualam.




otak aku berfikir secara kritikal..

No comments: