Monday, 10 December 2012

USA,dimana bumi ku pijak #2

Assalamualaikum

Sebenarnya emosi aku kurang stabil akhir akhir ni.Semacam emosi si ibu sedang menjerang air lalu didengarinya ngauman singa mengganas di belakang dapur gas.Sungguh tiada kaitan bukan?Itulah jua emosi aku.Berbelah bahagi,bercampur baur hatta tiada istilah tepat untuk ak ungkapkan.Maka,haruslah dihujung perenggan ini emosi tacink bagai mula nak sergah-sergah segala.Motif yg misteri barangkali.

Abaikan kisah duka.Biar aku simpan seorang diri 10tahun lagi untuk dikongsi dgn bakal isteri.Mungkin itulah sahaja bidadari 'X' yg mampu ringankan beban yg lama dikandung.Ayuh fokus kpd entry yg sudah aku kehilangan mood nak update dek sambutan yg kurg hangat tapi hangit.Aku agak stress jugak sebnarnya,entry lain dpt view 50++ punya la merangkak,entry medik uitm sebulan shaja mencecah 500 views.Motif kalian tengok berulang kali?misteri nusantara seakan wajar kali ini.

*pedulikan aku meroyan berkaitan bidadari segala*

Kali ini kisah USA aku fokus kepada makanan.Ya,mmg agak kejam dan zalim aku mencabul sudut psikologi dan nafsu kalian dgn sebegini cerita atau perangsang.Namun,disebabkan aku lahiriahnya mempunyai sikap aneh yg sukar ambil peduli,wajarlah aku teruskan juga.Cerita makanan ini aku yakin tak seganas Adam Richman memperkosa jiwa raga aku tatkala tiap kali menonton Man vs Food .Itu sungguh ekstreme aksinya.Entry aku hny biasa2 shja.Lebih fokus kpd aktiviti bersama ikhwah.InsyAllah.

Sesungguhnya momen-momen di Shah Alam sgt meruntun jiwa,penuh bahagia.Tiap kali aku berjalan bersama teman blk kuliah atau surau,terkadang saat itu kekuatan mental amat terangsang untuk berkerja mengenal pasti segala kebarangkalian yg akan berlaku masa akan datang.Maka,teori sungai buloh yg agak kekampungan mula merisaukan benak.Lantas mewujudkan satu lagi teori aneh iaitu kewajaran untuk merasai segala kenikmatan dan keseronokan di USA yg bakal ditinggalkan.Salah satunya,wajib merasai setiap pelusuk  dr pelbagai jenis dan kategori restoran di sekitar USA.Duit bukan isu.Kerana isu duit aku dah serahkan kepada JPA setelkan.Duit tak mapu membeli kenangan.Dan aku penuh ghairah kerana aku tahu kenangan kenangan inilah yg akan mencorak satu lagi memori indah bersama rakan rakan.Biarkan listkan kedai makan/gerai/restoran/dan sejenisnya yg malang pernah dijamah aku dan teman2.

1)Dataran cendekia

3ringgit nak~~ nak plastik ke nakk?~~~

Itulah antara bait bait wajib tiap kali berkunjung DC.Peramah nya bukan kemain.Walaupun lambakan pekerja indon disitu,ianya bukanlah isu besar dek aku pun akhir2 ini agak kelihatan seperti Dude Harlino kacaknya.

Di USA dulu,DC adalah kawasn beli dinner plg kerap dikunjung.Hari2 blk dr fakulti ke kolej berjalan kaki bersama Taufiq,mesti singgah DC dulu beli pape yg best.Even kadang2 mmg xbest  pun makanannya tp jadi best bila beli ngan kawan =)

2)Tower II (lunch wajib)

Wehh,time DSL kan ni?Jom 'cucuk-cucuk'!!

Tergelak aku bila mengenang balik.Itulah kata keramat bila ada free time waktu pagi di fakulti.Aku,Arif,Taufiq dan kekadang Burg akan breakfast dulu kejap.Dan menu wajib yg tak pernah2 bosan forever adalah bebola,nugget,sosej yg kami gelarkan cucuk-cucuk.Di USB mmg ada,tp azimat keramat nya gagal menyelinap masuk dalam aroma.Peh,rindu seyh cucuk tower II!

Time lunch mmg tak lama.Sejam diberi untuk solat dan makan.So,mmg hari2 aku makan shj kat fakulti.Most of time pergi tower II.Tingkat 5 ada nasi campur best n sizzling.Tingkat 4 ada nasi ayam power.Bila dah bosan,pergi tower I,makan kat nadzief (cafe feveret mahdi).Aduh,rindu betul cafe kat fac USA ni....

Taufiq begitu feeling sekali menikmati nasi ayam.LOL

3)cafe kolej Perindu

Cafe ni aku mals komen banyak.Masa mula2 masuk time identiti masih budak hingusan USA je aku selalu makan situ.Takdela best mana pun.Tapi itu yg plg dekat.Yang aku plg sentap,abg cashier kat situ mmg misteri...=,='

4)Mini mart

Mini mart kitorg selalu pergi time desperate cafe tak bukak or unless selera makan agak pelik masa tu.Tetibe nak makan megi ke,roti ke...So,kadang mmg berkunjung jugak la ke co-op delima,co-op perindu or plg tidak,mydin kat fakulti bisnes.Kadang2 ada nasik lemak 2hengget.Sedap tpi sikit.

3)Seksyen7 (Restoran ummi/Barra/ani sup uatra/Molek/Nasi lemak cinta sayang)

Dalam banyak2 ni,Ummi plg best.Dah la murah pastu sedap.Memang kalau pergi tu,ak ambik bebanyak.Sentap cik jah cashier~

Yang lain macam biasa je.Barra plg semangat,kemain fanpage FB dy dah macam artis.Puii.Selalu kalau kuar makan seksyen7,aku pergi ngan Hakim takpun ngan Arif.Dyorg ada motor.Memang logik kena tibai dgn kerap sekali.

4)Domino's Pizza
Domino ni masa mula hamboi hamboi memang dah mcm lokasi ajaib fairytale.Memang teringin betul nak ke sana.Cuma masa yg tak mengizinkan memandgkan letaknya nun jauh ke tgh pekan shah alam seksyen 9.Bg aku spesis terpencil yg xde transport mmg kalau nak bergrak ke sana ke mari tu mmg satu maslah 'watchlist' gitu.

And Domino first time pegi bila Arif nak belanja since dy dpt result PT yg gempak sembarowo.Dapat A* rasanya.Itulah first time pegi ngan Taufiq,Arif ngan Ammar sekali.Lepas tu ada la jugak 2-3 kali pergi.Siap berkelah lg tepi tasik Shah Alam.Saja bg mood romantik,syahdu n ukhwah fillah sebelum pergi tinggalkan USA.

Domino yeay! =D
Picnic Domino yeay! =D
5)Subway
Subway pi bila mood bajet diet segala tetibe terjah.Sedap kot subway.Besaq gedabak!Daebakk!Ehh?First time pergi ngan Taufiq makan lunch.Semangat tu naik rapi U604.hhuhu...kenangan...kenangan'

*burg n bad suka betul dgn subway ni.hehe

Aku rasa cukuplah dulu utk permulaan ni.Korang tahu betapa jelanya list restoran yg aku detect?So far ada 35 buah.Hambik kau nk update satu2.

Kamil:
1)Ini entry asal bertarikh somewhen in June 2012.Kiralah sendiri berapa lama aku buat pekasam dalm draft.
2)Anasir Hecticsm nampaknya masih enggan utk melabuh tirai dalm diari hidup aku.
3)USA mmg syurga makanan yg sgt ohsem.Kenangan yg indah di sana =)






otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 25 November 2012

Hecticism

Assalamualaikum

Hai tuan tuan alam maya seantero sembarowo sekalian.Lama juga aku tak beraksi di belog ini.Meskipun begitu aku sebenarnya agak aktif dan rakus sekali di 'mukabuku' dan 'pencicip'.Hmmm..aku harap disebalik motif kehilangan misteri itu,akan terbit bibit resah dalam kalangan pembaca.[Apekah? =.=']

Ohh.Kali ini aku enggan utk guna ayat 'bersawang' mahupun 'berhabuk' kerana itu sudah sangat2 tipikal dlm kalangan blogger.Lantaran itu,aku lebih tegar guna perkataan 'terabandonisasi' kerana itulah sebenarnya yg berlaku.Sudah lah,aku malas ulas lanjut walaupun Azizi dan Ashbir nampak akrab sekali akhir akhir ni.[?]

Hecticism.Aku tak pasti apekah wujud perkataan ini.Tapi aku tahu itulah tema kehidupan aku bulan november.Abaikan unsur2 komsas yg lain seperti penggunaan kata 'marcapada' atau gaya bahasa 'simile' mahupun 'inversi'.Fokus aku hanya tema.Hecticism.

Aku sebenarnya teragak agak juga untuk tulis entry kali ini.Kerana bila sekali lihat,macam ada unsur sifat buruk merungut-rungut.Memang aku merungut pun.Tapi aku harap selepas merungut ada sesuatu yg lain datang.Kelegaan.Juga lebih dari itu,kisah kisah macam ini lah aku yakin yg mampu buat aku mengoyak senyuman bila dah beranak bini kelak.[oh,agak tersusun ayat perenggan ni.Komsas mungkin?]

Letih.Pening.Gila.Sewel.Sentap

Macam-macam berlaku di november.Semua nak datang serentak menyentap daya pemikiran tajam aku.Bermula dengan setelkan pendaftaran NiteRun UKM yg takde sambutan,dilantik tetibe jdi AJK Sukan Antara Fakulti,uruskan Medik@olimpik yg sepatutnya takde kaitan dgn portfolio aku sampailah kerja2 leceh  handle tempahan baju dri AMSC anjuran Medik UKM.Ape kes semua nak datang sekali gus?Time minggu PT pulak nak serang.Bagus.Serang lagi.Serang lagi.[ahh,meroyan sudah.edit...edit...]

Bersama senior yg best dan Dr Norizal

Pakatan UiTM-UM.
*aku rasa kalau wakil UiTM,mmg aku last kot.Lari ngan Arep n Abg Ulil.hhuhu

Give up dgn aku masa itu mmg dah sebelah menyebelah.Bila bila je boleh ketuk,minta izin masuk.Nak nangis mmg kejadah betul sikap tersebut.Tak layak bg jejaka kacak utk beraksi sedemikian.Slow slow cari kekuatan dan Alhamdulillah selesai jugak semua.Walaupun tak sempurna mana,tapi tak seburuk mana.

Oh,lupa.Malam sebelum PT aku ngan kawan2 sempat pergi forum kat UiTM selayang.Ada Sham Kamikaze dan Hilal Asyraf.Kemain eksaited nak bergambar elok2.Tapi tak sempat sbb dyorg nak rushing.Even busy n study utk PT pun tak habis lagi,tp pergi sana luang masa utk ilmu mmg berharga nilainya.Alhamdulillah.Perkongsian yg menarik dr keduanya =)

Jadi la...=,='
Oleh sebab aku agak merana dan sengsara minggu ni,cadangnya aku nak balas dendam dgn ikut ammar rahman tengok Tewailaik dekat OU semalam.Tapi badan rasa semacam nak demam hasil manifetasi keletihan yg ditahap kritikal.Jadi aku ikut Arif,Qbear n murabbi Fudhail makan kentaki di RFC sbgai ganti.Esok,aku ada tugas lagi sebenrnya utk medik@olimpik,tp aku nak skip mana boleh nak berfoya di The Curve.Singgah Ikea makan meatball pun menarik.Hoho.Kemain eksaited memalam.

Aku rasa cukuplah dulu.Hari semakin lewat dan aku masih ada hasrat utk melayan one piece sebelum tidur.Agak wajar aku berundur sekarang.Salam.Mohon mencadang!

Kamil
1)PT hari tu mcm ada harapan.Harapan untuk lulus je la..=,='
2)Aku dah immune dgn sikap burg yg akan tension bila habis PT.Bila kuar result,muka dy yg dapat A+.Rasa nak lempang
3)Azri tadi kantoi tengah update belog beliau.Malu malu pula.
4)I just need someone n hopefully you r that one.Please.This time please...
5)Ada salah faham kelmarin n i really wanna forget bout it.But until now,still mcm ada weird between us.
6)From my deepest heart,i just wanna say sorry for whatever happened before.Its my fault.Believe me =)
7)Trying my best to be a better guy.A better muslim.InsyAllah




otak aku berfikir secara kritikal..

Thursday, 25 October 2012

Salam Aidil Adha.Ambillah Ibrah sehabis boleh!

Assalamualaikum

Kemelut dalaman tahap moksya sebenarnya.Aku seperti diketahui umum,memang pemalas mahu update belog akhir akhir ni.Tapi bila jadi pemalas,aku jadi semakin menyampah juga tahap moksya terhadap diri aku sendiri.Pemalas dan tidak produktif.Keji sungguh.Jadi,terjadilah krisis tiga segi yg berpusing yg aku semakin malas ambik tahu.

Ohh,tiada motif perenggan pertama.Main pointnya,ak malas nk update buat sekalian kalinya.Ok baiklah.Mari ke topik.Kali ni ringkas dan padat sahaja.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Happy Eid!Its a feast of the sacrifice.

Semua tahu kisah disebalik aidil adha.Bagaimana Nabi Ibrahim yg menurut perintah Allah dengan penuh taat tanpa persoalan.Yakin kepada Allah adalah puncanya.Mana datang pula keyakinan sebegitu jitu itu?Ya,datangnya dari Iman yg dididik tabiyahkan dgn penuh sabar dan solat.Sudah tahu bukan??Tak perlu aku nak pnjang lebar benda semua sedia maklum.Cukup sekadar sedikit stressor ciput sebegini sebagai pengingat kembali.Aku rasa tak perlu kott~ (gaya imran =,=')

Kerana disebaliknya itu,ada al-hadaf lebih besar perlu dititik beratkan.Ianya tak lain tak bukan bagaimana kita ummat akhir zaman ambil ibrah sekritis mungkin untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian.

Taat.Patuh.Yakin.Korban.Redha.Syukur.

Dan banyak lagi boleh dikutip.Ayuh berfikir sejenak juga bermuhasabah ya ikhwah!

Cukuplah sekadar itu.Aku bukanlah hebat mana mahu bertazkirah.Dalam belog merepek pula tu.Cumanya,sebagai penutup aku dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada semua di atas segala silap yg pernah dilakukan.Sedar atau tidak,sengaja atau tidak.Salam Aidil Adha buat semua!Taqabballahu minna waminkum =)

Kamil:
1)I/C aku dah 3 bulan siap.Ntah bila la nak ambik
2)Stress betul dgn berat sekrang.Nak diet lah.
3)Entry yg draft bersepah2 tak siap lagi.Semua separuh jalan,malasnya nak update.






otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 16 October 2012

Happy birthday kacakitusubjektif.blogspot!

Assalamualaikum

Agak gedik juga gedebeh kejadah melampaunya aku masih tegar update waktu waktu sekarang ni.Sudah lah tengah module CVS yg amboi amboi mengganas tak paham punya lecture,ditambah pulak kelas yg packed betul.Maka,mencari waktu2 study seringkali terbantut.Entah macam mana,aku akhir2 ni terlibat pulak banyak meeting yg sumpah tak pernah nak ambik tahu pun sebelum ni.Semalam PBL,tadi meeting MESTA,esok meeting dgn SMF pulak.Dugaan...dugaan.

Jadi apakah daya penarik yg berjaya memaksa aku untuk update juga malam cenggini?Terang lagi bersuluh.Tiada apa2 pun,hanya entry khas ulang tahun blog aku yang pertama!Alhamdulillah ya Allah..Cadangnya nak buat punya epic gilang gemilang bagai sampai entry ke 100.Tapi tak sempat pulak.Ni entry ke 99.

16 Oktober ada tarikh keramatnya =)

Eh,setahun jagung sudah blog aku.Banyak yg belajar.Dulu,entry penuh kebudakan,skrg banyak meroyan dgn aksi yg cool seksi bergaya sekali.Dulu,banyak warna warna dgn siap gambar2 comel,kini hanya bahan2 berbentuk 'ilmiah' berjaya mengambil alih posisi.Aduhai,bila baca balik entry pertama,sumpah lawak.Loser benar.

Semakin menginjak usia,semkin banyak tanggungjawab.Aku mmg tak banyak masa mcm dulu.Update tak sekerap dulu.Semangat tak sehangat dulu.Idea tak sekritis dulu.Tapi,aku cuba tetatp menyampaikan sesuatu.Biarkan ia tidak langsung,tapi sesuatu itu pasti ada.Insyallah.Hanya Allah aku bergantung untuk terus 'berjuang' dalam dunia belog ini.Amboi,kemain ayat SPM.

Sebelum aku stop tulis entry n sambung balik baca biokem yg tertangguh sejak kelmarin,biar aku ambil peluang ni sematkan nama2 individu2 yg banyak berjasa dalm tumbesaran dugro kacakitusubjektif.blogspot.

1)Taufiq yg menjadi penyebab utama kemunculan belog ni.
2)Suku sakat GeBU esp Arif,Qbear,Ammar,Radin n etc yg banyak sumbang idea n kongsi antara kita
3)Kawan2 blogger dri KMK yg banyak aku cedok idea dyorg masa mula2 dulu macam kamalia,nain,faiz,iliya n etc
4)Kawan blogger dr izzuddin yg banyak sumbang idea esp yg berbentuk ilmiah dan agama =)
5)Stalker tegar dalam kalangan keluarga aku sendiri.Macam la eden tak tahu...=..='
6)Follower n semua pembaca sekalian.

Syukran jazilan.Jazakallah ^__^


kamil:
1)serius busy nak mampus.Allahuma yassir...=)
2)Ukhwah dgn UG06 mcm superb.Best betul
3)Qbear kuat sakat n merajuk dgn aku lately.Motif?
4)Arep ada gadet baru.
5)Taufiq ngan aku dah ada pokok bunga baru.sweet tak?sweet tak?
6)Oh lupa,semalan jumpa fattah,caer n toy.Lepas rindu.huhu
7)Tahu apa itu BB?misteri bukan?

otak aku berfikir secara kritikal..