Showing posts with label Tazkirah on Thursday. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah on Thursday. Show all posts

Thursday, 9 August 2012

Tazkirah on Thursday #5:Ramadhan Masih Berkesempatan

Assalamualaikum .


Masa pantas berlalu! Pejam celik pejam celik kini kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan. Allahurabbuna! Jika kita melihat bulan Ramadan sebagai sebuah perlumbaan, maka hendaklah kita mengerahkan sepenuh tenaga dalam melakukan ibadah kerana sedang menuju ke garisan penamat. Pelbagai ganjaran dan nikmat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat nabi Muhammad S.A.W dalam bulan yang mulia ini. Dan yakinlah bahawa janji Allah itu benar!

Jom muhasabah diri semula. Adakah hari-hari yang telah berlalu berjaya dimanfaatkan sebaiknya ataupun sebaliknya. Selalu ingatkan diri andai kata ini Ramadan terakhir bagi kita agar tidak leka di arus dunia. 

Teringat akan sebuah kata-kata nasihat, “detik lepas sudah berlalu, detik kini milik kita, detik hadapan belum pasti!” Oleh itu bersegeralah dalam membuat kebaikan sebagaimana firman Allah dalam sebahagian ayat yang bermaksud :

 “maka berlumba-lumbalah dalam melakukan kebajikan”  [Al-Maidah : 48] 

Perbanyakkan amalan kita dengan harapan semuanya diterima oleh Allah. InsyaAllah.

Ingatan bersama!
Jangan menjadi “tiba-tiba”  seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadan.

Tiba-tiba makan banyak.

Tiba-tiba mendedahkan aurat.

Tiba-tiba terlupa di mana al-Quran.

Tiba-tiba menjadi kedekut.

Tiba-tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadan dikerjakan seolah-olah wajib.

Tiba-tiba memulakan kembali semua agenda lagha.

Renungkan pesanan ulama’ muktabar masa kini, Sheikh Yusuf Qardhawi  :

"Barangsiapa yang 'menyembah' Ramadan, maka sesungguhnya Ramadan itu akan mati; dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak mati. Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan! Jadilah hamba Tuhan, bukan hamba Ramadan!"


Akhir kata, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertaqwa sebagaimana firman  Allah : 

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi  insan yang berTaqwa” [Al-Baqarah : 185]

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.” [Az-Zariyat : 55]

#perbanyakkan sedekah, membaca al-quran, mencari Lailatul Qadar, dan ibadah-ibadah lain. Masih sempat dan sementara diberi peluang. InsyaAllah! 
#mujahadah itu payah namun ingatlah juga bahawa memasuki syurga itu bukan mudah! Semoga Allah sentiasa meredai kita semua.    



Hamba Allah,
 Persatuan mahasiswa Islam USM.

**********************************************************************

Kamil:
1)Penulis adalah sahabat aku di Izzuddin dahulu.Skrg dah jd PMI USM.Alhamdulillah.
2)Sengaja aku mintak tolong dy buatkan kali ni.Motifnya kerana ilmunya sgt bernilai untuk dikongsi bersama.=)
3)Aku penat argue dgn dy kat Facebook chat suruh letak je nama dia dalam entry ni.Tp tmasih tak dapat keizinan.  





otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 25 April 2012

Tazkirah on Thursday #4:Ujian Dugaan

Assalamualaikum..

"Semalam dompet hilang,hari ni dpt result fail pulak.Ntah ape la esok ak dpt.Hisshh,tak adil ak sorg je kena?Ape dosa aku buat ?..."

Terkadang ini bukannya hasrat,sebaliknya spontan yg keluar dr mulut seorang hamba Allah yg masih rapuh.Manifestasi iman di hati barangkali.Lumrah kehidupan,ujian dan dugaan adalah perhiasan,mustahil terlepas darinya.Hari ini ianya mungkin beralas bahagia dalam samar,hari esok mungkin ia dtg jelas terasa peritnya.Hari ini ia mungkin datang hanya sekelumit,mungkin esok beratnya tak tertanggung lagi bebannya.Ya,bentuk ujian Allah itu sangat luas skopnya.Tinggal lagi kita sahaja sama ada sedar atau tidak.Rahsia Allah yg pasti:ujian atau 'tiket' penambah iman buat hambaNya.

 “Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…"


(Surah al-Baqarah : 155)




Allah menguji kita kerana manusia mampu menghadapinya.Namun kita kadang2 cepat melatah bila ujian menimpa.Bahkan,kita berani pula mempersoalkan ujian dr Allah itu.Walhal,penerimaan dan kesanggupan kita yg menjadi intipati atas sesebuah ujian.Andai tersungkur,terlepaslah satu lubuk pahala,terbukalah satu lubang dosa.Ingatlah,Allah tidak pernah zalim pada hambaNya.Kita haruslah punya tekad dan azam untuk hadapinya.Muhasabah.Jangan mudah bukakan pintu kepada syaitan untuk membisik kata2 halus.Hati ini mesti kuat sehingga tiada erti lagi berputus asa dalam diri..Tetapi bagaimana?.Dari latihan.Latihan mana?Latihan/ujian yg sedang engkau hadapi itu.InsyAllah,lama kelamaan persepsi kita terhadap ujian Allah itu sangat murni (husnu zhon)....iaitu kerana sayangkan kita seperti Rasulullah hadapi.Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara hambaNya yg beriman.

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. "


(al-Baqarah 286)


Ujia itu Rahmat.Andai kita mampu menafsirkannya sedemikian,selamat kita dr satu murka Allah.Ketahuilah,Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita sebagai hambaNya.Dengan ujian,kita kembali sedar.Dengan ujian kita mendongak ke langit,menadah tangan memohon perhatian Allah.Kerana apa?Kerana kita mahukan pertolongan jua Rahmat disebalik ujian itu.Rahmat dr ujian tak mampu kita hitung tinggi nilainya.Boleh jadi ia penyelamat kita dari syirikkan Allah.Boleh jadi ia pendorong kita untuk lebih berusaha.Boleh jadi ia pemangkin diri menjadi sebaik baik hambaNya.Boleh jadi ia wasilah penghapus dosa kita yg lalu.Namun,sekiranya gagal menafsirkan sedemikian rupa,maka kita tak akan henti-henti terus hanyut diarus ujian.Saban ujian,sabah keluhan,tanpa penyelesaian.Sesat di tengah jalan sebelum temui simpang kenikmatan disebalik ujian.Ya,hakikat ujian adalah Rahmat.

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." 


 (HR. Bukhari)


Sebagai penutup,hendaklah kita punya satu mekanisme mantap menghadapi ujian Allah agar kita tidak menyimpang jauh.Nau'zubillah.Ambillah setiap yg berlaku itu dengan tabah sebagai ibrah dan khibrah untuk menempuh hayah di dunia dan akhirah.Wallahu'alam.

Bukankah kita hamba yang sedang menuju Akhirat ?




otak aku berfikir secara kritikal..

Thursday, 12 April 2012

Tazkirah on Thursday #3:Deenul Islami

Assalamualaikum

Sudah lama rasanya ruangan TOT ini terhenti.Cadangnya 2 kali sebulan berselang seli minggunya.Apakan daya,terlalu sibuk dengan tugas dan komitmen barangkali menjadi asbab terbengkalai.Benarlah,kita merancang,Allah juga merancang dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang.Aku berserah.Dan padaNya jua aku mohon pengampunan dr dosa pengabaian aku terhadap dakwah secara tak langsungnya.

Sebenarnya,aku tiada tajuk yang ummpph sejak akhir-akhir ni.Kalau ada pun,sangat susah aku nak hurai panjang2.Ilmu tak tinggi mana kata orang.Yang ada,perkara2 sekeliling yang banyak buat aku terfikir dan tersentap.Dan kali ini aku kongsikan sedikit berkenaan akhlak.Simple dan bosan.Tapi inilah yg bezakan kita dgn mereka yg tiada padanya cahaya petunjuk Al-alquran sunnah.Kerana islam itu datang untuk menyempurnakan akhlak ummat melalui perantaraan Nabi Muhammad.Namun,anehnya masih ramai antara kita yg Islam berperangai tidak Islam sedangkan yg bukan Islam berperangai Islam pula.Kemelut ummah barangkali yg sudah menjadi pandemik seantero.

“Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” 

-Riwayat Ahmad-

gambar dr google
Sejak tadika kita diajar tentang akhlak hatta dr ibu bapa sekalipun di rumah.Namun,tak ramai diantara kita menitik beratkan soal akhlak.Kita melenting pabila aqidah ummah diancam,tapi tiada siapa peduli akhlak ummah yg punah.Kita mendambakan akhlak sehebat Rasulullah mahupun para sahabat,namun akhlak setinggi muslim biasa pun sukar dilepasi.Mengapa begini teman?Ingat,akhlak adalah identiti.Aqidah adalah isi.Roh akhlak adalah menfestasi kpd ketinggian Iman.Iman dan aqidah adalah pantulan cermin kpd akhlak.Dua perkara saling berkait.Rosak akhlak seorang muslim,maka ada kerosakan di lubuk hati aqidahnya.Seorang muslim yg beriman akan punya fahaman Islam secara menyeluruh.Dia akan faham kaitan akhlak dgn iman.Mana mungkin seorang 'abid' akan menjadikan carutan sebagai bahasanya.Mana mungkin seorang 'hafiz' akan menjadikan hubbud dunya sebagai pusatnya.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata bahawa suatu ketika Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri orang yang paling banyak masuk syurga. Beliau bersabda : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.”


-Riwayat Tirmidzi-

Ruang lingkup Akhalak Islami
Kembali kepada realiti.Memang benar kita berusaha untuk menjadi yg sebaik-baik Muslim.Namun,ayuh kita mula satu persatu dr bawah.Tak perlu tergesa-gesa untuk drastik.Hijrah yg berkesan itu sedikit tapi istiqamah.Walau perubahan yg kita usaha itu nampak remeh sesimple senyuman misalannya,tapi sebenarnya besar nilainya di 'mata' Allah dan syiar Islam itu sendiri.Jika semalam kita berbohong dgn kawan,ayuh hari ini kita sentiasa benarkan kata-kata.Jika semalam kita mengumpat,ayuh hari ini kita amalkan perbincangan sihat dengan Basmallah.Jika semalam kita kencing berdiri,ayuh hari ini kita amalkan sunnah ajaran Nabi.Ketahuilah,akhlak terbentuk untuk kebaikan diri terutamanya dan juga umum.Walau tingkah laku kita tak disedari,namun kita sendiri yg merasanya untuk dipersembah kepada Allah jua.Bukankah Allah itu maha melihat.Maka,persoalan ikhlas pula yg timbul.Untuk siapa kita berakhlak Islam ?


"Sebaik baik amal di sisi Allah ialah yg istiqamah,sekalipun sedikit"


-Riwayat Bukhari Muslim-


Satu perkara ramai ummat Islam terlepas pandang adalah Akhlak adalah payung jua senjata mukmin yg kukuh.Payung yg diguna untuk memelihara diri namun kesannya bak senjata yang mampu melemahkan 'musuh'.Bukankah jika kita berakhlak mulia,keindahannya dirasai oleh orang lain jua ?.Itulah misi dakwah.Dalam masa kita berusaha memperbaiki diri sendiri,kita sebenarnya turut menyampaikan keindahan Islam itu kpd orang lain.Dan jika dakwah kita berkesan,maka berbahagilah kita ganjarannya amat besar dijanjikan Allah.Apatah lagi jika mad'u tak langsung itu pula yg menyebarkan kepada orang lain.Pahala kita akan terus mengalir InsyAllah.Namun,itu bukan sandaran yang hakiki,adapun jika tiada yg sedar,ketahuilah dakwah itu dilihat pada usaha bukan natijah.Kita hanya berusaha menyampaikan.Hidayah milik Allah jua.

Ayuh,bangkit ikhwanul Muslimeen,mari menuju keindahan Islam yg hak.Wallahu'alam .



Bukankah kita hamba Tuhan yang sedang menuju akhirat ?


p/s:Islam itu sebagai Addeen.Maka realisasikanlah...=)

otak aku berfikir secara kritikal..

Thursday, 15 March 2012

Tazkirah on Thursday #2:Ikhlas

Assalamualaikum

"Ooi so'od,ko kena belanja aku doh ais krim ngan coki2.Aku lapar.."
"Ah,muke kau?malas aku...Aku mmg xboleh bro.Asal belanja ko mesti jadik tak ikhlas..sejak azali camtuh.."
"kejadah pulak?"

Ikhlas.Seringkali ikhlas menjadi topik2 agama dari bangku sekolah tadika lagi hinggalah ke kuliah2 masjid di kampung.Barangkali ianya satu topik yg nampak simple,tp perlukan refill yg berpanjangan kpd kita manusia pelupa.Motifnya kerana ia berkait dgn hati.Hati pula berkait Iman.Dan iman dan kita satu proses yg berterusan,berpanjangan yg dibawa ke mana2.Maka ikhlas diiktiraf di kedudukan kedua nilai ketinggian selepas iman bg kebanyakan ulmak.Maksud ikhlas semua sedia maklum.Walau berbeza mungkin dri struktur ayat,namun pucuk pangkal isinya masih sama.Secara mudah seperti tafsiran umum,ianya satu niat atas sandaran satu perilaku tanpa mengharapkan balasan sebaliknya mencari keredhaan Allah.

"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mantadbir sekalian alam." (al-An'am:162)

Peranan ikhlas terlalu besar.Ikhlaslah pembeza kepada penerimaan amal ibadah.Adanya maka adalah ibadah,tanpanya tiadalah ibadah walau ada secara fizikal lahiriahnya,malah mengundang kemurkaan Allah.Hanya kerana ianya soal hati yg tak mampu kita manusia biasa untuk menilai.Lantaran,ikhlas adalah rahsia Allah yg hakiki.Hinggakan malaikat dan empunya diri pun tidak tahu,apatah lg masyarakt sekeliling yg seringkali menuduh dan menilai bersandarkan hawa nafsu.Itulah kita yg bernama manusia.Mungkin kita pernah terdengar kisah seorang pelacur di zaman Rasullulah yg menanggalkan kasutnya untuk diberi seekor anjing minum.Kerana kuasa ikhlasnya yg agung,Allah mengampunkannya.Begitu besar pernilaian ikhlas kpd hidup insan.Di mata kita,mungkin si pelacur tiada lagi nilai kebaikan baginya.Namun,tidak pula bagi Allah,kerana Allah tahu apa pd hati suci pelacur itu. 

"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Aduyai,line tak clear la nk taruk singgit dlm tabung masjid ni..esok je la aku buat"
"Aiseh,duit tabung kanser lalu depan aku,nk masuk duit kang org sebelah ingt aku belagak pulak"

Terkadang kita jua tersepit di celahan dilemma untuk bersikap ikhlas.Aneh.Tapi itulah realiti bila mana seorang insan dilemma dlm melakukan amal ibadah.Khuatir tak mampu mendampingkannya sekali tika beribadah.Sebagai contoh,seorang muslim teragak-agak mengeluar wang seringgit dr kocek sakunya tatkala tabung masjid lalu dihadapan sedg khutbah dijalankan.Takut disedari jemaah sebelah yg 'boleh' merencat niat ikhlas,diabaikan saja tabung berlalu pergi.Itulah iman seorang manusia,mudah rapuh dimomok jiwa sendiri.Aku juga pernah di situasi yg sama.Namun,ketahuilah ikhlas adalah rahsia Allah,kita pun tak sedar akan kehadirannya.Amatlah rugi kalau kita terlepas beribadah hny khuatir akan 'keikhlasan'.Maka,dgn masih iman yg sedg dipupuk,abaikan saja khuatir itu.Ikhlas bukn hak kita untuk dirasai.Ikhlas perlu disemai lantas dibaja dgn amalan yg berterusan.Kelak,manisnya akan disedari jua pabila ibadahmu adalah interaksi hanya antara kau dgn Ilahi.Adapun pujian dr sahabat walau kita setulus ikhlas,yakinilah itu adalah kegembiraan awal kepada seorang mukmin (mafhum hadis).

"Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya diketahui oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain mengetahuinya (dan hanya itulah balasannya). Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya dilihat oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain melihatnya (dan hanya itulah balasannya)."(riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidina Ali pernah dalan satu peperangan di mana beliau telah diludah oleh musuh ke mukanya.Musuh dapat ditangkap dan tika itu dia berkuasa untuk membalas perbuatan musuh tersebut.Namun,sebaliknya Saidina Ali melepaskannya.Dia ditanya akan perbuatannya itu.Lalu dijawab,"Aku takut kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah".Begitu sekali tahap iman para sahabat.Itulah contoh orang yg ikhlas sanggup mengetepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.Benar,kita tidak sehebat itu.Tapi apalah kiranya dengan azam yg menjulang tinggi kerana Allah,kita semai dr sekarang.Insyallah,pertolongan Allah akan tiba kpd musafir ke jalanNya.

Ketahuilah,ikhlas adalah cabang agama yg sgt tinggi nilaiannya dan juga perbincangannya.Amat mustahil untuk diperkatakan semua di sini.Proses mencari ilmu bukan tersekat di kala tak sengaja buka blog ni,lalu ruangan tazkiah yg terkeluar.Maka,hampa yg tiba...Tak mengapa kawan,itulah tarbiah.Meski tidak ikhlas,yakinilah anda sedang membina keikhlasan itu jua..Wallahu'alam.



Bukankah kita hamba yg sedang menuju Akhirat ?


otak aku berfikir secara kritikal..

Thursday, 1 March 2012

Tazkirah on Thursday #1:Perubahan

Assalamualaikum.

*Maaf jika ada yg tersentap.Penggunaan perkataan yg agak skema bg mendapatkan mood 'tazkirah'*

Perubahan.Satu kata yg agak menyentap lagi menusuk.Terkadang kita terfikir sejenak akibat terlintasnya perkataan ini.Aku ni  jahat sgt ker?Aku ni baik sgt ker?Aku ni perlukan perubahan ker?Aku ni dah sampai seru ke nk berubah?Aku berubah kena ikut trend ker?Aku berubah kena ikut mood ker?Itu barangkali sebahagian persoalan yg mungkin bermain di fikiran tatkala bicara soalnya perubahan.Dimana sekalipun kedudukan soalan itu,pokok pangkalnya adalah terdetiknya perubahan.Semestinya perubahan yg kita cari ialah perubahan ke arah kebaikan.Kalau hny menempah mungkarnya Allah,itu namanya bukan sekadar perubahan,tapi juga kebinasaan.

Taubat lah nasuha wahai hamba Allah

Lewat bulan ini,ramai juga sahabat aku tercetus di sanubari mereka akan untuk berubah ke arah kebaikan.Syukur,itu petanda Hidayah dan bimbingan Allah.Konsep tarbiah sgt luas,kawan.Bagi kita sebagai hambaNya,Hidayah sampai dalam pelbagai cara,dan yg plg mudah ialah dengan ujian dan derita yg ditimpa.Itulah tarbiah yg plg terkesan di sanubari seorang hamba Tuhan yg biasa.Sama juga aku.Namun,ada juga yg berpangkat hamba yg lain memperleceh.

"Mamat ni bila tersentap,baru nk ingt mati,nak ingt Allah".

Bunyinya mungkin semacam begitu.Ayuh kawanku,sesungguhnya,kita tidak pernah ada hak menilai iman seseorang.Jika perubahan seseorang mula berputik,apa lah kiranya kita menambah 'baja' agar kelopak bunganya terhasil lbh lingkar indahnya.Adapun jika 'perubahan' itu bersifat sementara hny krn tuntutan persekitaran,kita msh tiada hak utk berkata tidak.Siapa kita?Itulah dia si pembuat dosa,pelupa alpa nikmat segala,perosak alam duniawi dr sejahtera.Justeru,doakan saja,moga2 itu titik perubahan yg hakiki.Contoh mudah,seorg wanita memakai tudung kerana polisi sekolah/pejabat etc,bukan setulus niatnya.Doronglah meraka duhai teman.Tiada rugi bagi mu,pada dia jua.

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah,nescaya dia akan melihat balasannya.Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah,nescaya dia akan melihat balasannya"

-Al-Zilzal,7-8-

Perubahan itu subjektif.Tapi sebelum tiba subjektif,terlebih dahulu ianya objektif.Bila mana seorang hamba mendapat Hidayah,akan terjadinya pertarungan dalamn.Lakukan perubahan atau terus berdegil.Itulah 2 pilihan soalan objektif tersebut.Terkadang kita merasa Allah menyampaikan sesuatu kpd kita,tapi endah tak endah sahaja reaksi susulan.Tersedar dr kesilapan itu Hidayah,penentunya adalah  tindak tanduk selepas itu yg bergantung pd Iman Taqwa dan keizinanNya.Terpulang kepada kita yg punya waras akal yg sempurna.Perubahan juga subjektif.Setengah orang menilai perubahan itu berbeza dari setengah yg lain.Si A mungkin kata tak tinggal solat itu berubah,tapi mungkin bagi si B tak tinggal solat di masjid itu baru berubah.Tak kisah bagaimana cara kita menilai.Pokoknya perlukan adanya perubahan itu sendiri walau sekecil mana.Cuma,hamba Allah yg beriman akan berusaha memperbaiki amal ibadahnya setelah berubah sedang ibadahnya sudah nampak 'bagus' di mata yg lain.Sentiasa perbaiki diri.

Hidayah itu perlu dicari,bukan hanya dinanti.Meskipun ianya hak milik Allah yg hakiki, ketahuilah Allah itu maha Adil juga Maha pemberi.Maka,pohonlah.Carilah ia dgn perbaiki amal ibadah,basahi lidah dgn zikrullah,suburi hati dgn keindahan dan nilai Islami.Tetapi mengapa perlu?.Kerana petunjuk Allah itu sgt bernilai.Nilainya mampu menyelamatkan kita dr lubang neraka,juga membantu kita menuju taman syurga.Mungkin ada sebahagian kita yg istimewa mendapat hidayah itu dlm dirinya jauh dr Allah.Memang ada,tp diulangi itu istimewa.Sila faham apa maksud istimewa.Kalau tak,perkataan ini tak digunakan.Kita tak boleh mengharapkan saja menjadi golongan istimewa tersebut.Rezeki pangkalnya.

"Dan jiwa serta penyempurnaannya.Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikkan dan ketaqwaan.Sesungguhnya beruntunglah orang yg menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yg mengotorinya"

-As-Syams,7-10-

Hidayah ibarat cahaya,tak menyapa kamar yg tidak dibuka jendelanya...=)

Setelah lakukan perubahan,perkara yg dikhuatiri adalah istiqamah.Itu adalah masalah utama bg kebanyakn hamba Tuhan yg biasa,sama macam aku.Istiqamah adalah berpegang teguh di atas jalan yg benar.Manusia itu pelupa,bukan hanya engkau berbangsa melayu.Seringkali kita alpa dan lupa diri bila nikmah kebahgian mula kecapi.Itu lumrah dunia.Manusia amat sukar tetap hatinya akan kesedaran yg pernah dia alami.Sekali lagi,hanya iman taqwa sebagai benteng.Pujuklah hati,tekadkan usaha,mohonlah padaNya agar hati yg sejahtera itu berkekalan.Biar sedikit pun perubahan itu,istiqamah yg utama.Kita perbaiki sedikit demi sedikit.InsyAllah,pertolongaNya akan tiba.Rasulullah bersabda:-

"Sebaik baik amal di sisi Allah ialah yg istiqamah,sekalipun sedikit"

-Riwayat Bukhari Muslim-

Bukankah kita hamba Tuhan yg mahu menuju Akhirat?

p/s:sori entry lambat masuk,aku baru sampai ke bilik kira2 sejam lalu.
p/s 2:thanks buat sahabat karib,Taufiq yg sanggup luang masa teman aku sambil menggendong beg yg berat ke PKNS utk ambil spec.Moga Rahmat Allah senantiasa bersamamu...=)
p/s 3:Aku ada spec baru.Harapnya aku lebih cool esok.

otak aku berfikir secara kritikal..