Wednesday, 29 February 2012

Wordless wednesday #12


Hot shoot !





otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 27 February 2012

GeBU.Ko ade?

Assalamualaikum.

Aduhai,aku gila tersentap sebenarnya dgn GeBU bila ianya mula ditubuhkan.Menatang misteri apakah ini?Sangkaan aku ianya konspirasi yg ada kaitn dgn gebu2 di UiTM semacam Burg atau Ridhau yg comel.Rupanya tidak.Jauh sekali meleset.GeBU adalah singkatan kpd Geng Blogger Perubatan Uitm,cetusan idea Taufiq.Mulanya hanya penyedap cerita di blog beliau barangkali,sokongan yg mantap drpd ramai yg turut tersentap menjadi titik tolak penubuhannya secara rasmi di fesbuk 2 hari lepas.

*ok,ekceli eksaited dilantik admin.ko ade?*

Sang yg bernama comel.

Aku lambat tahu sebenarnya.Sedikit loser.Tapi bila dikenang,aku lambat hny kerana aku sedg drive ke USA waktu GeBU mula menonjol kpd awam.Lantas loser yg sedikit itu menjadi separuh.Maka wajarlah diabaikan saja ke'loser'an yg tiba menyentap tanpa dipinta.Ok,agak meroyan di sini.Matlamat GeBU kurg jelas sebenarnya,tp yg utama bg mengumpul bakat2 blogger dan menjadi medium perbincangan tajuk2 entry yg menyengat kpd blogger muda mcm aku.Disamping trut mempromosikan blog masing2.Kpd Azri,sila taruk link blog anda.Ramai yg menanti.Serius!

Aku agak terkejut bila mana impak GeBU sgt meluas liputannya.Dalam PBL sekalipun,ianya menjadi topik hangat setaraf dgn Rashid dan parent beliau.Motif kau orang kaitkan aku dlm learning issues?Misteri bukan?Bagai menampakkan aplikasi hiperbola,izinkan aku guna perkataan 'fenemona'.Sentap?Abaikan.Aku tiada masa melayan.Fenemona GeBU sgt merangsang.Merangsang itu subjektif.Bila mana ia merangsangkan niat2 ramai pelajar lain utk berblogging hny krn mahu join GeBU,maka haruslah mereka dipanggil golongan terangsang.Sungguh,hari ini saja ada pakatan2 kecil saling ajak mengajak utk berblog sama.Malah,3 org telah dikenal pasti termasuk yg terbaru saudara Naim apply nak masuk GeBU secara rasmi.Bukankah ini namanya fenomena?Secara tak langsung matlamat GeBU yg ketiga dikenal pasti.Menggalakkan aktiviti blogging bg melontarkan ekspresi mulusnya jiwa lara masing2 dgn cara yg sihat.

*Kepada die hard fan,sila dftr sebagai blogger terlbh dahulu.*

Ok,itu dulu buat sketika.Aku sebenarnya sem 2 ni nk study smart.Tapi memandang terkadang ada juga bisikan dayus kata sebaliknya memandangkan result lulus sem1,aku menjadi lemah.Selemah QB termakan momokan aku barangkali (efek simile pula).Takpe,esok baru yg dasyt.Kita tgk macam nk tekel masalah ni.

*Doakan kita semua kawan2...=)

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 26 February 2012

Salasilah .

Assalamulaikum.


Waktu nie aku dah sampai kayangan kenanga.Bergenang air mata tatkala terlihat sahaja katil,meja,buku2 yg aku tinggalkan 2 minggu yg lalu.Mereka pun rindukan aku.Terdengar kekadang sang cebok teresak,sang bantal meraung.Sungguh akrab hubungan kami.Ikhlas n tulus barangkali puncanya terkesan yg dalam di sanubari.

Aku memang bercadang blk ke USA awal sehari.Motifnya aku nk kemas bilik segala n prepare ape yg patut nk masuk sem baru.Kata orang new semester,new game.Yelah tu.Game aku Spore je skrg.Ok sambung,tp family aku ada plan perjumpaan keluarga di seksyen 19 tdi petg.Alang2 tu,balik sekali terus senang sket.Bukan sepupu sepapat dekat meh.Jauh gila.Aku sorg pun tak kenal dyorang tdi.Blur sambil control macho sahaja aku disebalik kerusi.Perjumpaan tdi sepupu sepapat yg bersambung dekat moyang mak aku.Tuan haji Abdul Kadir.Aku pun tak tahu pangkat dy ape dgn aku.Moyang punya abah dalam istilah mudahnya.Salah sorg anak Haji ni ialah Hajjah Asma.Anak Hajjah Asma lah pewaris keturunan Al-Marbawi.Aku ada darah keturunan tu.Atuk aku Sheikh Hassan Marbawi.Abangnya Sheikh Idris Marbawi yg feymes.Kompleks betul salasilah keluarga aku nih.Aku pun dah pening.Sentap tersentap lg menyentap diri aku tadi masa cucu Haji Abdul Kadir merangkap anak saudara Hajjah Asma n saudara The Marbawis explain kat ktorang.

Sheikh Idris Al-Marbawi


Antara kitab karangan beliau.


So,motif aku tulis nih bukan ape.Takde motif yg jelas.Namun,bukan jua meroyan.Berkali2 aku tekankan.Meroyan itu takhta keramat lg azimat penuh barakah si Ammar Rahman yg skrg dalam bas pulang ke USA.Barangkali sedg nyenyak tidur.Harapnya dy tak tersentap sekrg,jika tidak detrusor muscle beliau akan jua turut tersentap lantas dihembus segala isi terkeluar bg mghasilkan efek basah n bau sekam di kusyen.Aku tulis ni bukan nk bangga dgn keturunan.Yg jelas,keturunan bukan jaminan warisi iman.Yg jelas juga,keturunan yg gah hny menambahkan 'beban' untuk memadam sehabis mungkin segala sifat dibenci Allah sprti riak,takabbur sebagainya.Sabda nabi,

"Ahli baitku anggap mereka adalah org paling berhak mendapat syafaatku,padahal tidaklah demikian.Sesungguhnya para waliku di antara kamu ialah yg bertaqwa,siapapun kamu dan di manapun adanya"

-riwayat Ibnu Abi Ashim-
*Ya,taqwalah inti patinya.*

Aku tulis kerana aku terfikir sejenak.Alangkah indahnya jika kaum keluarga saling berkenal-kenalan.Itu juga antara tujuan kita menjadi khalifah di bumi Allah.Mendamaikan hubungan,merapatkan silaturrahim.Bukan setahun dua tak jumpa,tapi ni dah berpuluh tahun kata mak aku.Ukhwah itu sgt murni.Terokailah,nescaya kebahagian dimiliki,redha-Nya diperolehi.Cuma,hati yg ikhlas yg membenarkannya.Wallahualam.




otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 24 February 2012

Result keluar.Reaksi.Tindakan....dan juga sentap

Assalamualaikum

Buat pertama,aku berharap benar sentapan aku dpt sajikan kpd kalian.Tapi nampak gayanya aku yg terlebih dahulu disentapkan bila mana masuk sahaja ke ruang maya alam belog.Masih tertanya bukan apakah spesis penyentap tersebut?Sebagai rekod,aku ni susah disentap orangnya oleh stimuli picisan.QB lah angkaranya,Rupa2nya terkesan jua momokan berbaur paksaan yg tak putus2 tanpa kenal erti jemu aku curahkan kpd beliau selama ini.Belog beliau yg comel suci murni tersebut sudah diupdate setelah setahun diabaikan.Syabas si kacak kamil!

Bukti penyetapan aku.

Harapnya ini bukan meroyan keseorangan.Itu takhta Ammar.Dosa diambil bertukar ganti pemilik.Ok,sekrg sedikit tenang jiwa aku menulis perkara sensitif ini.Ya,seperti termaktub dalam tajuk,result semester satu telah keluar tadi tgh hari sblom umat muslimin pergi masjid solat jumaat.Memang  mengikut ramalan kerangka oracle simpanan aku,result mmg akan ditampal hari ni di pantry setelh ada ura2 mengatakn petg khamis lecturer ada meeting psl result.So,pagi tdi macam biasalah,aku sudah siap segala minda fizikal menghadapi apa saja ketentuan Allah.Ada hikmahnya yg pasti!

Lama juga menanti,aku spin dulu perhatian ke isu panas sekitar tanah air.Ya,politik yg memerengkan rakyat dan mahasiswa via malaysiakini dan twitter.Jangan risau,aku takkan ulas lbh lanjut apa isu panas tersebut.Nanti ada yg membebel keseorangan sedg tak siapa peduli kebebalan tersebut.Lepas isu politik habis ditelan,masuk pulak blog.Hampa.Tak siapa yg update.Masuk pula ke blog sendiri.Lebih hampa dan terasa loser.Follower msh di angka 30.Segala tohmahan kpd diri sendiri secara tak sengaja terkeluar,lantas ditepisnya dgn kalimah zikir munajat.Ada hikmahnya yg pasti!

Hari  ini seperti kebiasaan,aku bangun 10 pagi setelh dgn niat hny mahu tidur ayam sahaja lepas subuh.Bangun sahaja,mak aku sudah masak sarapan hari ni.Barangkali kerja di syarikat beliau kurang menjelang jumaat.Lantas kuranglah tugas di pagi hari utk memasak.Digunakan masa sebaik mungkin menghadap lappy asus kesayangan.Maka berlaku 2 perenggan di atas yg telebih dahulu diceritakan bg menampakkan efek flashback dlm belog ini.Magic bukan?kalau tidak,ianya sungguh cool bukan?Isu semasa sudah,blog sudah,merataplah aku didepn laptop tiada idea nk buat apa.Tak semena2nya si tommy kucing  kesayangan yg berada di sebelah memujuk aku utk update sesuatu di blog.Ya,updatenya sudah siap.Cumanya itu untuk dipost akan dtg.Barangkali aku akan agak busy menjelang sem 2.Tingg!bunyi chat fesbuk kedengaran.Ammar memulakan perbualan."Result pe cer??".Oh Ya Allah.Cuak.Tp aku sudah bersedia waktu itu.Segalanya,ada hikmahnya yg pasti!

Lama juga chat2 syahdu dgn Ammar.Sesekali melencong jua perbualan ke Times Square n 'yak'.Motif?masih misteri.Kata beliau,Fit n abg Im tgh berusaha mengupload result ke fesbuk.Aku menanti penuh debar...juga excited.Buat julung kalinya,aku menepis segala kemaluan (sifat) menjadi pencacai di page MBBS.Setiap post psl result yg keluar,akan dibalon aku sehabis mungkin dgn komen2 yg menyentap.Excited.Lama juga melayan hati lara yg tak keruan,result tak juga2 muncul.Aku korek sahaja lah semntara itu result satu persatu dr Ammar.Arif,Burg,Fit,Rahimi,Kak Nad adalah antara golongan2 bangsawan A.Sudah diduga.Tahniah buat korang esp Arif,A+ maknanya Domino.Ingat sampai bila2.

Tiba2...

adengan yg mendebarkan
Secara menyentap,Fit telah post result ke page MBBS.Aku mmg excited.Sudah dilupanya akan cuak dan takut.Ape kes?Aku mmg berserah segalanya pd Allah.Ada hikmahnya yg pasti!Dan resultnya adalah...B!!

Syukur Alhamdulillah,terasa usaha pulun memulun selama 2 minggu terbayar juga.Walau aku tahu aku jawab hari tu sungguh lah hampeh lg menyesatkan,barangkali result PT banyk cover blk keputusan aku.Ini hikmahnya usaha yg mantain dan berterusan aku terfikir sejenak.Tersenyum keriangan sahajalah aku tika itu.Dalam masa tak sampai seperjalanan sang kuda melintas dataran Cendekia tunggangan Burg (takde motif) jugalah,fesbuk dan twitter dipenuhi dgn ucapan tahniah dan sesuatu yg berkaitan dgn result.Dalam keterujaan itu juga,aku pun merobek2 ruang chat mencari2 Taufiq n Arif.Tiada...Lantas dicapai aku akn samsung menaip mesej menyampaikan berita.Alhamdulillah.Rezeki masing2.Teruja.Sujud syukur padaNya. 

Kepada yg kurang bernasib baik,sedarlah sahabtku yg disayangi,kejayaan hakiki hadirnya setelah kebangkitan dri kegagalan.Usaha lagi.InsyAllah.Rezeki milikkmu suatu hari nanti jua.Bukankah Allah itu sifatnya Maha Adil dan Pemberi Rezeki?Doaku mengiringi kalian senantiasa....=)



otak aku berfikir secara kritikal..