Monday 10 December 2012

USA,dimana bumi ku pijak #2

Assalamualaikum

Sebenarnya emosi aku kurang stabil akhir akhir ni.Semacam emosi si ibu sedang menjerang air lalu didengarinya ngauman singa mengganas di belakang dapur gas.Sungguh tiada kaitan bukan?Itulah jua emosi aku.Berbelah bahagi,bercampur baur hatta tiada istilah tepat untuk ak ungkapkan.Maka,haruslah dihujung perenggan ini emosi tacink bagai mula nak sergah-sergah segala.Motif yg misteri barangkali.

Abaikan kisah duka.Biar aku simpan seorang diri 10tahun lagi untuk dikongsi dgn bakal isteri.Mungkin itulah sahaja bidadari 'X' yg mampu ringankan beban yg lama dikandung.Ayuh fokus kpd entry yg sudah aku kehilangan mood nak update dek sambutan yg kurg hangat tapi hangit.Aku agak stress jugak sebnarnya,entry lain dpt view 50++ punya la merangkak,entry medik uitm sebulan shaja mencecah 500 views.Motif kalian tengok berulang kali?misteri nusantara seakan wajar kali ini.

*pedulikan aku meroyan berkaitan bidadari segala*

Kali ini kisah USA aku fokus kepada makanan.Ya,mmg agak kejam dan zalim aku mencabul sudut psikologi dan nafsu kalian dgn sebegini cerita atau perangsang.Namun,disebabkan aku lahiriahnya mempunyai sikap aneh yg sukar ambil peduli,wajarlah aku teruskan juga.Cerita makanan ini aku yakin tak seganas Adam Richman memperkosa jiwa raga aku tatkala tiap kali menonton Man vs Food .Itu sungguh ekstreme aksinya.Entry aku hny biasa2 shja.Lebih fokus kpd aktiviti bersama ikhwah.InsyAllah.

Sesungguhnya momen-momen di Shah Alam sgt meruntun jiwa,penuh bahagia.Tiap kali aku berjalan bersama teman blk kuliah atau surau,terkadang saat itu kekuatan mental amat terangsang untuk berkerja mengenal pasti segala kebarangkalian yg akan berlaku masa akan datang.Maka,teori sungai buloh yg agak kekampungan mula merisaukan benak.Lantas mewujudkan satu lagi teori aneh iaitu kewajaran untuk merasai segala kenikmatan dan keseronokan di USA yg bakal ditinggalkan.Salah satunya,wajib merasai setiap pelusuk  dr pelbagai jenis dan kategori restoran di sekitar USA.Duit bukan isu.Kerana isu duit aku dah serahkan kepada JPA setelkan.Duit tak mapu membeli kenangan.Dan aku penuh ghairah kerana aku tahu kenangan kenangan inilah yg akan mencorak satu lagi memori indah bersama rakan rakan.Biarkan listkan kedai makan/gerai/restoran/dan sejenisnya yg malang pernah dijamah aku dan teman2.

1)Dataran cendekia

3ringgit nak~~ nak plastik ke nakk?~~~

Itulah antara bait bait wajib tiap kali berkunjung DC.Peramah nya bukan kemain.Walaupun lambakan pekerja indon disitu,ianya bukanlah isu besar dek aku pun akhir2 ini agak kelihatan seperti Dude Harlino kacaknya.

Di USA dulu,DC adalah kawasn beli dinner plg kerap dikunjung.Hari2 blk dr fakulti ke kolej berjalan kaki bersama Taufiq,mesti singgah DC dulu beli pape yg best.Even kadang2 mmg xbest  pun makanannya tp jadi best bila beli ngan kawan =)

2)Tower II (lunch wajib)

Wehh,time DSL kan ni?Jom 'cucuk-cucuk'!!

Tergelak aku bila mengenang balik.Itulah kata keramat bila ada free time waktu pagi di fakulti.Aku,Arif,Taufiq dan kekadang Burg akan breakfast dulu kejap.Dan menu wajib yg tak pernah2 bosan forever adalah bebola,nugget,sosej yg kami gelarkan cucuk-cucuk.Di USB mmg ada,tp azimat keramat nya gagal menyelinap masuk dalam aroma.Peh,rindu seyh cucuk tower II!

Time lunch mmg tak lama.Sejam diberi untuk solat dan makan.So,mmg hari2 aku makan shj kat fakulti.Most of time pergi tower II.Tingkat 5 ada nasi campur best n sizzling.Tingkat 4 ada nasi ayam power.Bila dah bosan,pergi tower I,makan kat nadzief (cafe feveret mahdi).Aduh,rindu betul cafe kat fac USA ni....

Taufiq begitu feeling sekali menikmati nasi ayam.LOL

3)cafe kolej Perindu

Cafe ni aku mals komen banyak.Masa mula2 masuk time identiti masih budak hingusan USA je aku selalu makan situ.Takdela best mana pun.Tapi itu yg plg dekat.Yang aku plg sentap,abg cashier kat situ mmg misteri...=,='

4)Mini mart

Mini mart kitorg selalu pergi time desperate cafe tak bukak or unless selera makan agak pelik masa tu.Tetibe nak makan megi ke,roti ke...So,kadang mmg berkunjung jugak la ke co-op delima,co-op perindu or plg tidak,mydin kat fakulti bisnes.Kadang2 ada nasik lemak 2hengget.Sedap tpi sikit.

3)Seksyen7 (Restoran ummi/Barra/ani sup uatra/Molek/Nasi lemak cinta sayang)

Dalam banyak2 ni,Ummi plg best.Dah la murah pastu sedap.Memang kalau pergi tu,ak ambik bebanyak.Sentap cik jah cashier~

Yang lain macam biasa je.Barra plg semangat,kemain fanpage FB dy dah macam artis.Puii.Selalu kalau kuar makan seksyen7,aku pergi ngan Hakim takpun ngan Arif.Dyorg ada motor.Memang logik kena tibai dgn kerap sekali.

4)Domino's Pizza
Domino ni masa mula hamboi hamboi memang dah mcm lokasi ajaib fairytale.Memang teringin betul nak ke sana.Cuma masa yg tak mengizinkan memandgkan letaknya nun jauh ke tgh pekan shah alam seksyen 9.Bg aku spesis terpencil yg xde transport mmg kalau nak bergrak ke sana ke mari tu mmg satu maslah 'watchlist' gitu.

And Domino first time pegi bila Arif nak belanja since dy dpt result PT yg gempak sembarowo.Dapat A* rasanya.Itulah first time pegi ngan Taufiq,Arif ngan Ammar sekali.Lepas tu ada la jugak 2-3 kali pergi.Siap berkelah lg tepi tasik Shah Alam.Saja bg mood romantik,syahdu n ukhwah fillah sebelum pergi tinggalkan USA.

Domino yeay! =D
Picnic Domino yeay! =D
5)Subway
Subway pi bila mood bajet diet segala tetibe terjah.Sedap kot subway.Besaq gedabak!Daebakk!Ehh?First time pergi ngan Taufiq makan lunch.Semangat tu naik rapi U604.hhuhu...kenangan...kenangan'

*burg n bad suka betul dgn subway ni.hehe

Aku rasa cukuplah dulu utk permulaan ni.Korang tahu betapa jelanya list restoran yg aku detect?So far ada 35 buah.Hambik kau nk update satu2.

Kamil:
1)Ini entry asal bertarikh somewhen in June 2012.Kiralah sendiri berapa lama aku buat pekasam dalm draft.
2)Anasir Hecticsm nampaknya masih enggan utk melabuh tirai dalm diari hidup aku.
3)USA mmg syurga makanan yg sgt ohsem.Kenangan yg indah di sana =)






otak aku berfikir secara kritikal..

No comments: