Showing posts with label Sentap itu subjektif. Show all posts
Showing posts with label Sentap itu subjektif. Show all posts

Wednesday, 26 December 2012

I love MESTA .

Assalamualaikum

Petang semalam aku tacink dgn burg.Bertuah betul dah datang Ipoh tak nak inform aku dgn girang sekali.Lama juga aku menahan eksaited tunggu budak MBBS nk datang Ipoh.Kalau tak,boleh aku belanja beliau ke TGV mahupun pekena KFC 2-3 round.Sambil2 itu,aku hadiahkan baju Padini 2-3 helai sebagai ole ole balik Teluk Intan.Ah,keji pula rasa.Kejadah betul sikap aku nak tacink malam2 sedang usia aku sudah menjangkau 20an.

Ohh,lupa.Minggu lepas kalau tanya aksi aku yg plg sentap,sudah tentu puncanya Dr Norizal waktu kelas SGS pathology.Nasib tak meroyan sahaja aku masa sentapan tu.Dia baca belog aku tahuu?Siap qoute 2-3 point menarik penuh 'ilmiah' blog aku dalam kelas kat bebudak lain.Pehh,mmg sentap hbis.Speechless.Kalau entry ni pun dy baca mmg mati aku.Dush.

Huh,mmg balas dendam juga lama tak update punya pasal.Kan aku dah meroyan kosong 2 perenggan.Tak masuk topik lg okey?

Shake,coconut shake,coconut shake
Drink,coconut drink,coconut drink
Best,coconut best,coconut best
Go Red Coconut!

Ah,malaun mana.Aku pun dah lupa lirik n melodi dy macam mana.Taram.

Korang tahu apa itu MESTA?MESTA itu adalah Medical Student Association ya tuan tuan.So,apa kaitan dgn aku?Ya,aku adalah anggota picisan yg tetiba menyelinap masuk dalam persatuan induk medik UiTM ni.Serius tetiba.Tercalon utk pegang exco multimedia oleh Husna[cis],tp tewas kpd Zulhakim.Syukur Alhamdulillah...
Tapi,dicalon lg sekali utk pegang exco diplomatik pulak oleh Taufiq [cis lagi] n menang atas undian orang masa tu mmg malas nak layan.They were like 'ah,lantak kau lah melalut kat depan'.So,bermulalah kisah aku sbgai budak mesta yg skema gedik mintak penampar segala.

Aku malas nak cerita pasal buat kerja mesta.Takde kuasa aku weyhh..yehhaa [gedik].Ok,nampak sgt tetiba.Yg boleh aku ckp dah masuk mendalah ni,kerja korang mmg akn jadi belambak2,meeting tak pernah nak jemu,study mmg tertangguh n bla3.Aku tak berniat nk bebel malam ni.Ada baiknya aku tamatkan perenggan ni secepat mungkin.tinnggg!

Amboi Ku Arina.Dok tengah2 noh hang...
Yes,MESTA =)
Aku sebenarnya nak cerita pasal kem Mesta hari tu.Amboi amboi baru masa tu aku terasa agak bahagia masuk mesta.Walau sekejap tp bila jumpa mesta batch lain n bincang sama2 mmg terasa apa aku buat selama ni ada kebaikan buat aku dan kawan yg lain.

Mmg mula2 aku menyampah betul dekat penganjur kem ni,iaitu x-mesta year5.Agak agak la nak buat kem time holiday.Aku nk berjimba lg hungga hungga di kampung halaman bersama nexus kesayangan tahu?Tapi bila pikir2 balik dyorg y korbankan masa utk kongsi ilmu dekat kitorg.Dah la final Pro tinggal 4 bulan lebih je.Sori abe n akak sume.My bad...=(

Masa nak pergi kat tapak kem tu(kat banting),punyalah jam mak oi.Gerak pukul 7malam,sampai pukul 1.15 pg.Sg buloh ke banting je kot.Hujan lebat kemain pulak.Dah sampai punya la letih,ingatkan dpt katil boleh tidur terus,boleh pulak dyorg panggil nk bagi grouping.Aku dapat Munir n Amal year1,Dahiyah,Kak Ana year3,Kak fitri year4,Nazra n Hasri year4 jugak.Setel sume mendalah tu,dapat jugak akhirnya tidur pukul 2.30.Tapi sebelum tu,dy sempat pulk warning esok bangun pukul 5.45.pfffttt...

Dah nama pun kem.Kumpul budak Mesta pulak tu.Maka haruslah ia kem yg lebih berbentuk kepimpinan sikit.Bagus la,mmg aku lemah betul bab bab ni.Soft skill yg dah lama aku ketagihan.Dan plg sentap boleh pulak kena berdebat.Memang melopong tak paham dyorg dgr ak merepek.Kejadahnya.Tapi malu lg agung moksya masa tu.Mana nak sorok muka meh?

'Berusaha' dgn tekun sekali menyiapkan tugas yg diberi...okok
**Yang best program ni adalah zero ceramah n mmg enjoy2 saja...=D

Cis,aku lupa pula nk cakap pasal misteri apekah coconut2 kat atas tdi yg siap di-set italic n kaler hijau.Itulah 'cheer' grup aku.Tipikal lah masuk kem ada cheer kan?.Mmg childish,tp peduli ape aku?Nak bgtau jugak.Cheer ni semua angkara kalau tak Dahiyah,kak Ana punya kerja.Saja letak coconut sbb nama group aku pun pelik dan aneh misteri.The Red Coconut.Dah mcm tajuk cartoon aku tengok.Bak kata Radin, #Punboley..hehe

**Ada lgi 3group:Hi-vers,The Morph n Infinity.Yang penting,cheer dyorg lg pelik.Huahua

Banyak program yg best-best faci2 year5 aturkan.Even makan nasik dalam talam pun dah mmg kemain eksaited sume org.Tapi yg plg best aku rasa...rasa je la...time kena bentang projek n budget program.Bukan sebb slot tu mmg best,tp sebb tetibe slot tu jadi 'meeting' Mesta interbatch.Bagus,banyak benda yg tak jelas sebelum ni dah clear cut.Ada la adegan2 menarik selit2 sikit.Biasa la tu...

Hangat...walaupun mmg tak nampak hangat pun...=,='
Masa daki bukit sebelah sentap jugak.Peh,jgn ingat mcm panjat broga ke ape la.Ni mmg betul2 hutan.Dah la  malam2...sampai pukul 1pagi lebih jugak la.Tapi nasib baik bukit tu tak tinggi pun.Kemetot je.

Bersiap utk mendaki.Maaf kabur akibat diambil curi curi.
**yang paling penting sebenarnya ukhwah antara senior junior mmg terasa.Abg Nasri,Taufiq,Che Omar dll

Oh sebelum terlupa.Special thanks for these abangs n akaks =D
1)Abang Fazwan (bestie abg Zaid)
2)Abang Hafiz (Dy panggil aku suruh tazkirah maghrib.Omaigod.)
3)Abang Izzat (Misteri)
4)Abang Khidir (Legend MBBS UiTM)
5)Kak Popo (my grup punya faci.Soalan pharmaco dy bg susah oke?)
6)Abang Zaki (Had a short chat.Friendly senior ^_^ )
7)Abang Afiq (sempat mintak resepi sosej bersos)
8)Kak Syafiqah (Terbaik lah dy punya roti inti nutella asam jawa =,=')
9)Kak Bella (Master chef camp.Suka suka je aku )
Dah la tu.Aku semakin malas sekarang.Ni entry aku buat semalm,tp tak siap.So,thats all folks! #profnafeezastyle #punboley

Yeay dah menetas!
Kamil
1)Petang tadi sedikit sentap.Tp aku sgt yakin dyorg salah orang.Even org plg aku percaya pun tak tahu siapa =)
2)Lately,aku terjumpa lagu best.Kenal Ed sheeran?Michael Bolton n Calvin Harris?
3)Minggu ni layan blog 'Kun Fayakun' n tetibe aku rasa jeles kat Ally Iskandar.Apekah? =,='
4)Nak beli ape ye utk hadiah besday?huhu ^___^




otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 25 November 2012

Hecticism

Assalamualaikum

Hai tuan tuan alam maya seantero sembarowo sekalian.Lama juga aku tak beraksi di belog ini.Meskipun begitu aku sebenarnya agak aktif dan rakus sekali di 'mukabuku' dan 'pencicip'.Hmmm..aku harap disebalik motif kehilangan misteri itu,akan terbit bibit resah dalam kalangan pembaca.[Apekah? =.=']

Ohh.Kali ini aku enggan utk guna ayat 'bersawang' mahupun 'berhabuk' kerana itu sudah sangat2 tipikal dlm kalangan blogger.Lantaran itu,aku lebih tegar guna perkataan 'terabandonisasi' kerana itulah sebenarnya yg berlaku.Sudah lah,aku malas ulas lanjut walaupun Azizi dan Ashbir nampak akrab sekali akhir akhir ni.[?]

Hecticism.Aku tak pasti apekah wujud perkataan ini.Tapi aku tahu itulah tema kehidupan aku bulan november.Abaikan unsur2 komsas yg lain seperti penggunaan kata 'marcapada' atau gaya bahasa 'simile' mahupun 'inversi'.Fokus aku hanya tema.Hecticism.

Aku sebenarnya teragak agak juga untuk tulis entry kali ini.Kerana bila sekali lihat,macam ada unsur sifat buruk merungut-rungut.Memang aku merungut pun.Tapi aku harap selepas merungut ada sesuatu yg lain datang.Kelegaan.Juga lebih dari itu,kisah kisah macam ini lah aku yakin yg mampu buat aku mengoyak senyuman bila dah beranak bini kelak.[oh,agak tersusun ayat perenggan ni.Komsas mungkin?]

Letih.Pening.Gila.Sewel.Sentap

Macam-macam berlaku di november.Semua nak datang serentak menyentap daya pemikiran tajam aku.Bermula dengan setelkan pendaftaran NiteRun UKM yg takde sambutan,dilantik tetibe jdi AJK Sukan Antara Fakulti,uruskan Medik@olimpik yg sepatutnya takde kaitan dgn portfolio aku sampailah kerja2 leceh  handle tempahan baju dri AMSC anjuran Medik UKM.Ape kes semua nak datang sekali gus?Time minggu PT pulak nak serang.Bagus.Serang lagi.Serang lagi.[ahh,meroyan sudah.edit...edit...]

Bersama senior yg best dan Dr Norizal

Pakatan UiTM-UM.
*aku rasa kalau wakil UiTM,mmg aku last kot.Lari ngan Arep n Abg Ulil.hhuhu

Give up dgn aku masa itu mmg dah sebelah menyebelah.Bila bila je boleh ketuk,minta izin masuk.Nak nangis mmg kejadah betul sikap tersebut.Tak layak bg jejaka kacak utk beraksi sedemikian.Slow slow cari kekuatan dan Alhamdulillah selesai jugak semua.Walaupun tak sempurna mana,tapi tak seburuk mana.

Oh,lupa.Malam sebelum PT aku ngan kawan2 sempat pergi forum kat UiTM selayang.Ada Sham Kamikaze dan Hilal Asyraf.Kemain eksaited nak bergambar elok2.Tapi tak sempat sbb dyorg nak rushing.Even busy n study utk PT pun tak habis lagi,tp pergi sana luang masa utk ilmu mmg berharga nilainya.Alhamdulillah.Perkongsian yg menarik dr keduanya =)

Jadi la...=,='
Oleh sebab aku agak merana dan sengsara minggu ni,cadangnya aku nak balas dendam dgn ikut ammar rahman tengok Tewailaik dekat OU semalam.Tapi badan rasa semacam nak demam hasil manifetasi keletihan yg ditahap kritikal.Jadi aku ikut Arif,Qbear n murabbi Fudhail makan kentaki di RFC sbgai ganti.Esok,aku ada tugas lagi sebenrnya utk medik@olimpik,tp aku nak skip mana boleh nak berfoya di The Curve.Singgah Ikea makan meatball pun menarik.Hoho.Kemain eksaited memalam.

Aku rasa cukuplah dulu.Hari semakin lewat dan aku masih ada hasrat utk melayan one piece sebelum tidur.Agak wajar aku berundur sekarang.Salam.Mohon mencadang!

Kamil
1)PT hari tu mcm ada harapan.Harapan untuk lulus je la..=,='
2)Aku dah immune dgn sikap burg yg akan tension bila habis PT.Bila kuar result,muka dy yg dapat A+.Rasa nak lempang
3)Azri tadi kantoi tengah update belog beliau.Malu malu pula.
4)I just need someone n hopefully you r that one.Please.This time please...
5)Ada salah faham kelmarin n i really wanna forget bout it.But until now,still mcm ada weird between us.
6)From my deepest heart,i just wanna say sorry for whatever happened before.Its my fault.Believe me =)
7)Trying my best to be a better guy.A better muslim.InsyAllah




otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 24 June 2012

Melepas rindu lama tak update.

Assalamualaikum

Sentap.Lama gila aku tak update mendalah ni.Eh,blog?Ape tu?Spesis aneh apekah mengahantui aku lately ni?.Dah la busuk,tak hensem,sibuk je kau singgah dlm otak suci aku kan..ZZzzz..kejadah ape merepek meh?

Aku mmg busy gila masa module lepas,pastu stress,pastu tension,pastu monyok..flow yg buhsan.Syukur,dah escape.Alhamdulillah.Sekarang baru berpeluang aku berkinja kinja terhuyung hayang eksaited nk update.Hatta,entry ni pun sudah basi di dalam draft.Even memang sesekali aku cuba juga shiuhh-shiuhh nya dgn harapan tiada lalat sudi hinggap.Tak menjadi..draft dah delete,maka muncul yang baru akibat mood yg bertukar posisi.Ah,tak paham.


Memang berbondolan cerita best juga tragis yg setipikalnya aku akan taruk dlam belog ni sepnjg mingu2 lalu,tp haruslah aku abaikan dek aku pun sudah lupa.Sedemikian jugalah aku malas nk korek2 otak aku ingat mendalah tu balik.Barangkali sudah penuh diisi dgn ilmu ilmu mutiara penyuluh lecture2 module Gastrointestinal yg banyak menyentap.Maka,kewajaran disini seakan akan memaksa aku taruk sikit alkisah biokem yg berbelit,physio yg mengular, dan patho yg menyekeh.Oh tidak,nescaya ternganga kalian kelak.

Dulu,segelintir kecil stalker tegar sini yg rasa aku kerap menyentap.Maka,tak semena-mena 'ayat sentap' dan aku agak sinonim waktu itu setipikal sinonim aku dan kacak.Namun,realitinya aku yang hanya menghingus hingusan di awal kemunculan tak sedar tersembab sekali dgn aura sentap menyentap tersebut.Barangkali hanya terpengaruh dgn belog Ammar yg terlebih dahulu buat ayat sedemikian.Maka haruslah takhta itu beralih ke Ammar.Dia budak K5 sekarang.So what?.Yang pasti,mood menulis sedemikian rupa hanya bersantunan jika ianya secara spontan.Buat-buat hatta berusaha sebesar mana macam skrg ni pun,ianya tak akan seneutral yg asal.Aku dah kehilangan super saiya.Mana Mr.Popo?.Peluh .

*ayat sentap tiada hak cipta.Itu hak sesiapa pun.Jgn kaitkan ak if ade yg berjinak2 dlm dunia sentap tersentap menyentap ko mmg da bomb.*

Minggu lepas yg sibuk gedabak,Fattah n Syahir dtg melawat aku di UiTM.Dyorang waktu tgh berbulan madu di kala study week di UPM bermula.Alhamdulillah,dapat aku kurangkan lelah.Sedikit.Macam biasa,Shah Alam yg bosan ni mmg takde tempat lain boleh aku bawak pun.PKNS,SACC,Plaza Alam and yg paling cliche semestinya I-City.Peduli ape aku ada orang nak ckp loser so wat eva pgi Icity.Tu tempat plg misteri magic ala fairytale dgn lampu lip lap yg merata rata berterbangan.Budak budak suka.Sempat jugak aku korek rahsia buah hati masing2.Amboi,kemain sekarang eh?.Tak kesah semua tu,yang penting ak dpt jumpa kawan matrik.Lama tak jumpa.Lepas rindu.Ukhwah kerana Allah..^^

*aku tak boleh terima syahir cakap taufiq muka baik*
*aku tak boleh terima Azizi cakap syahir tough*
*aku terima sangat2 fattah ckp aku dah kurus n hensem*

Syahir dan Fattah.Sahabat selamanya.

Motif eksaited?bukankah agak loser bila mana ianya di Icity?

Nampaknya aku dah tiada isu.Semacam meroyan jugalah entry kali ni.Matlamat aku cuma nak hapus jurang masa ketiadaan entry.Wajarnya agar aku tak berasa guilty tak update even tu mmg takde kaitan dgn prinsip aku apath rukun blogger tegar.Banyak sgt cerita best dgn kawan2 di UiTM,tp itu biar aku simpan shj di memori .Katanya,manis begitu..Ok,nak layan movie.Mohon berundur.Wassalam




Model iklan.Aktiviti dgn kawan di UiTM.

Arif.untuk undi type Arif<jarak>hensem<jarak> ke 3200

Bowling habis PT.Lama punya pic daa
Kita bertemu dah berpisah kerana Allah...=)

Kamil:-
1)Entry pasal fakulti medik banyak gila view.Pecah rekod.
2)PT punya result dah kuar.Alhamdulillah,ada peningkatan walau tak sehebat mana result aku.Tahniah Burg,Arif,Taufiq n Qbear
3)Final exam dah dekat.Doakan aku dan kawan2 di sini.Kurang dr sebulan.Alahaii.
4)Tadi kelas BEL terakhir.Aku mmg tak perform langsung presentation.Tp syukur,habis beban selama ni.huhu
5)Dah jumpa fesbuk akhi Dr eusoffi.Eksaited gila sbb dy ni senior aku yg hebat dalam agama dan doktor.Pastu hensem.Sumpah jeles.Eceh!






otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 23 April 2012

Cerita sebelum cuti.Eceh,tajuk skema..=,='

Assalamualaikum

Bukak saja ke ruangan 'new post',automatiknya aku tersentap sambil dimenifestasikan oleh fizikal mata ke atas,tangan ke bahu.Aneh,sejak bila dah jadi fesyen baru plak ni?aku lagi selesa yg lama.Please la blogspot,jgn buat perangai fesbuk yg ntah pape dgn timeline nya.Kekadang pembaharuan itu merumitkan bukan ? 

Mati2 aku print screen nak tunjuk bukti

Eceh,baru tersedar sudah 10 hari aku tak update.Aku ada exam last week.Haruslah aku bajet mcm student medik selama tempoh tersebut.Motifnya,aku nak dpat A dlm exam Respy nih.Cakap pasl exam,rabu lepas dah kuar result CVS punya.Nasib baik aku maintain even mmg aku tak bajet nk dpat B ke atas pun.Jwab pun terkencing2,kejadah la nk dream high so wat eva kan ?Syukur,dapat jugak B mcm biasa.So,kali ni respy mmg aku tekad gila2.InsyAllah~

*yg berjaya taniah diucapkan,yg kurg berjaya aku sentiasa di sisi korg utk kita harungi bersama hari mendatang.Serius!

Banyak aktiviti 'best' akhir2 ni.Banyak la pulak aku nk melalut mlm ni nmpaknya.Tu ak tak masuk lg cerita meroyan menyentap kat UiTM lagi tu.Masing2 sdg mencapai organsme sendiri.Ketidaksatbilan hormon mmg terpancar suci.Tak kesah la kawan,aku sebolehnya tak mahu msuk campur.Bila dah lain mcm sket tu,aku minta maaf sgt2 kalau tegur eh?.Dah besar kan,pandai la pikir sendiri guna akal pemberian Allah.Nak bg tazkirah pun,dekat fesbuk belambak2 ade.Ni aku bg link Hilal Asyraf,Free2 baca la.Aku just tgk dari jauh,selagi terkawal aku tak ganggu even ia tak bermkna ak tak mahu.huhu..

*bisikan syaitan itu sungguh halus duhai sahabat yg aku cintai.Doa daku untuk yg terbaikmu buatmu.*

Habis bab aku tak suka.Leceh betul nk ckp mendalah ni.Cerita blk aktiviti2 yg tersangkut tadi.Haa,banyk aktiviti menarik sepanjang bulan ni.Menarik yg juga merangkap leceh lagi melimitkan masa rehat aku bersma anak2.Malas la cerita banyk2,aku nti buat report kat GeBU yg takde siapa peduli tu melainkan QB n Radin je la.Hahaha.Loser.Just rangkuman sikit,lain2 aku bg gamba je:-

1)Sabtu,7 April 2012 di Kolej Delima UiTM Shah Alam
-Jamuan makan2 atlet SAF n cheerleaders.
-yg sibuk aka bukan atlet pun ada.klo ak tau awal,ak pun balon jugak ayam panggang hari tu.Eceh!

Petugas yg hadir busy memanggang.Aku xde,malas taruk pic banyk2.

2)Ahad,8 April 2012 di kampus perububatan,UiTM Selayang
-What you didn't learn in school
-Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
-Best dapat input lain dr medik sekali sekala
-Lagi sentap ada brader mne ntah sesat buat provoke.Loser.

Pintu masuk yg legend

Rakan2 yg hadir bersama.Aku yg plg kacak.

Dewan kuliah di mana tragedi berlaku

Eksaited bermain air yg tiada di Shah Alam


4)Rabu,11 April 2012 di Annexe,UiTM Shah Alam

-EPLS:The Global Program For The Elimination Of Lymphatic Filariasis
-Prof. Emeritus Dato' Dr. C.P. Ramachandran 
-Prof ni memang terbaik speech dy.Tapi tinggi sgt topik dy bawak.Kalau bab pengalamn lg best rasanya.

*Yang ni pun xde pic.Ada dalam simpanan fakulti.Gila ape nk sruh aku mintak kat pejabt tingkat 20 tu.Tak kuasa ai~

5)Jumaat,20 April 2012 di Fakulti Perubatan Shah Alam
-Progress Test:Respirtory module
-Struggle maut dah buat.Kopi berbungkus2 dah telan.Aku berserah pd Allah keputusannya.

*Amat mustahil aku nk ambik pic tgh exam.Nset pun kne amik.

6)Jumaat-Ahad,20 April-22 April 2012 di Fakulti Perubatan Sungai Buloh
-Sport Fiesta MESTA UiTM
-Aku tak main pun,sje mencapub sket bajet reporter bagai.Aku nk tengok kampus baru je ekceli
-Mitochondria hampir siap.Yes.Harap2 la sempat~


Ade teratak di hujung kampung...lalalala~

Jejaka Medik

Team futsal first year (kiri) yg muncul johan.Tahniah!

Adek Qbear testing gym petg2.katanya nk tough mcm brad pitt~

Kolej penginapan di sungai buloh

Fakulti Perubatan Sungai Buloh

Dikelilingi taman2 indah.Bagus utk hilangkan stress...=3

*No satu n enam paling best sbb aku dapat tgk kampus baru.Huahua~

Eh,habis dah cerita uitm.Berangan panjang rupanya tadi.Ingatkan berjela2 aku nk balon blogspot malam ni.Malas.Lupa nk bagitau,aku ekceli tgh beramah mesra dgn katil n bantal busuk setelh lama terpisah.Dyorg pun mcm cam  tak cam aku dah.Sadis lg tragis sungguh.Ya,aku nk ckp aku tgh cuti midsem 2 minggu sebenarnya in case kalau korg spesis lambat pikap a.k.a lampi.Heaven gila tak kena bersenggama lagi dgn buku.Even aku bawak jugak blk baby patho n baby netter's,itu just penyedap perasaan.Serba salah pulak balik berlenggang je kan.Tak de feel la ambik medik.Agagaga... :-3

*keji gila awal2 dah plan mmg malas bukak buku.Peduli apa meh?*

Ok lah,aku ada azam baru skrg ni.Blog mls panjang2 sgt even kali ni pun panjang jugak.Motifnya aku agak busy n sifat pemalas makin membuak lewat usia.Aduh,keramat oo keramat,mne kau?

*jumpa lagi lain kali,wassalam~



otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 24 March 2012

Tajuk entry pening nak pikir.Yang pasti menyentap otak jua fizikal aku.

Assalamualaikum

Seperti kebiasaan aku post entry kat sini,pilih tajuk adalah part plg leceh lagi rumit.So,aku akan taruk last sekali ble tetiba idea spontan menyentap jiwa raga.That why,tajuk2 entry aku agak pelik penuh royanan seprti kebiasaan.Ya,di perenggan pertama ini pun,tajuk masih tak menjengah tiba.

Hari ini weekend yg busy.Itu main idea dia.Tak pernah aku kat uitm ni sebusy minggu neh.Lebih malang,next friday ada PT yg seprti kebiasaan menyeramkan aku dikala mimpi mahupun realiti.Aduhai,keringat misteri pusaka apakah yg patut aku guna nampaknya.Jurus langkah empat sudah guna,azimat kaki naga tasik victoria aku nk simpan waktu clinical...hmmm....

Tadi pagi aku pergi Unipress medical bookstore di subang.Pergi ngan shifuu arep.Naik motor ke komuter padang Jawa,pastu terus KTM subang.Kedai tu lbh kurang satu kilometer dr stesen,jalan kaki adalah langkah bijak.Pergi pun agak lambat sbb aku kne setelkan problem sket kat gerai carnival cancer awareness day anjuran SMF medik.Ntah mcm mne,nama aku pulak naik 'jaga' kedai ayam uncle bob.Sentap2 sket kat sne,aku passing keje kat Ammar sementara aku xde.So,agak terbantut di stu dr plan asal.Maka,haruslah aku sampai unipress pun dekat pukul 11 pagi.Pilih buku bukan main.Voucher pak Jib(even act ni cukai parent korg jugak) bg aku akn guna sebaik mungkin.Pilih punya pilih,dapat la balun pharmaco Tripathy,Patho Robbinn's baby,Anat netter's baby n biochem pocket guide.Alhamdulillah.Ngam2 200 ratus.Tunggu arep yg lambat punya pasal,kuar unipress dekat 12.30.Habis kat stu,ktorg berambus pergi makan jap sblum terus naik train ke pdg jawa balik.

*thanks buat arep n ammar.Akn ku hargai jasa korang semua selamanya*

Sebelum terus ke uitm,singgah kejap ke giant n ABA's bookstore kat seksyen 7.Melayang lagi RM60 beli buku public speaking yg aku anti tu.Takpe,dalam menuntut kne ikhlas,kalau tak sampai ikhlas tu lagi,buat2 ikhlas dgn harapan ikhlas itu terbina seiring.Sampai uitm singgah balik carnival,usya2 sme de proble tak gerai seliaan aku tu.Agak2 mcm ok laku semacam je,aku pon cabut dulu.Tidur kejap sejam sebb aku de meeting EMI pulak lepas asar.Habis meeting kne kemas bilik,angkut kerusi sofa n semua berkaitn.Ni untuk program esok,Feqah perubatan anjuran EMI first year.Aku jadi kuli Taufiq setelkan bab makanan.Nasib badan kan.Masa tgh uruskan mendalah ni,lect hall B (meeting aku kat lect hall A sebelah) ade talent show K-POP.Kejadah ape kan?Menda2 ni la rosakkan iman muslim.Patut jauh2kan program sebegini.

K-pop yg sia sia

Figh perubatan yg banyk manfaatnya...=)

Belum lagi setel kemas bilik makan,kena trun cepat untuk program piknik pulk dgn usrah aku di taman tasik sebelah masjid shah alam.Bagus jugak makan spageti masakn orang bujang,brader Amir dr FSPU tahun 3.Yang ada tdi macm biasa la,akh Anuar (master engine),akh hakim (akaun tahun akhir),syamim (APB),faiz (law),fudhail dan paan (medik).Datang pon dah lewat,alang2 hbs makan,solat jemaah kat masjid,pastu bru blk ke kolej.Lepas isyak tdi sepatutnya aku de taujih dgn senior medic year 4 dr selayang.Tapi aku dah nak pengsan dah ni.Letih gile.Memang aku nak jumpa dyorng.Share dgn senior pape yg patut.Tapi pikir nk study lagi,blog lagi n etc...

*amaran:blogging adlah waktu rehat*

Piknik...=)

Esok ada Fiqh perubatan.Bos dah warn aku dtg awal pagi esok.So,wajib aku tido awal.Dan jumaat pulak ada PT,wajib jugak bg aku tido lewat untuk study.Esok,program myb smpai petg,letih pulak nk study lepas tu.Maka,kewajaran di sini adalah konflik dalaman yg membentak jiwa raga.Langkah win-win yg rasional adalah study jugak 1-2 tajuk,esok aku curi2 time makan tido kejap dlm lect hall tu.Ah,pandai2 la esok mcm mne.Mencari ilmu adalah jalan menuju syurga.Asal niat yg ikhlas,bantuan Allah menjengah jua.

*lepas asar esok de stu lg program kat luar.Ada perjumpaan ape ntah.Mungkin aku skip nk study...sori2*

Rasanya aku kena stop dulu baca 'Denyut Kasih Medik' kejap wlau sekrg tgh part plg aku nantikan:paediatrik (bajet).Wajar aku guna waras akal bg laluan pd study dan program2 ilmiah.Tetiba aku teringat pesan Akh Hafiz year4,kalau rasa kerana program2 dakwah buat kita tiada masa untuk study or down,jgn sesekali kita kurangkan/tak libatkan diri/slahkan program tu.Tapi kurangkan masa rehat..berkorban pangkalnya...Novel,FB,Blog akan dibekukan seminggu smentara PT habis.Oklah,aku bru bajet nk study,tapi mata dah kuyu.Maka Kopi hang tuah adalah pilihan tepat sekrg.InsyAllah,aku berserah pd Allah segalanya.Ada jalan yg pasti bg pejuang di jalanNya.

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 18 March 2012

Lama tak melalut,malam ni aku tunaikan.

Assalamualikum

Rupa-rupanya aku sudah lama tak menyogok dan menyondol kalian semua dgn sentap.Hmm..aku terasa kosong di situ.Barangkali sentap yg aku 'expert'(subjektif) suatu ketika sudah kehabisan idea,tak pun plg kurang sentap sudah bosan dipergunakan aku.Oh,bukan slh aku secara hakiki rupanya.Maka,haruslah kali ini aku diselematkan drpd dicop si loser yg sudah useless.

Minggu ni agak mendatar progressivenya.Tak de yg menarik melainkan 'keruilai' yg mengilai-ilai sebahagian student lelaki sehingga melahirkan bibit eksaited melampau yg wajarnya aku cop 'syok sendiri' kpd golongan sasaran.Spontan je pun aku ucap keruilai dgn nada tersendiri sambil2 baring kat katil.Ammar yg terdengar merasa familiar tp gagal mengenal pasti apakah spesis keruilai tersebut.Lantas,google diselongkar,medical dictionary dirobek.Penuh semangat mencari apakh misteri keruilai.Sekali terbongkar,maka hati luluh dgn ekspresi muka disumbat sotong ditayang kpd aku yg kebingungan.Berantakan apakah kau alami duhai kawan?

Musim semester baru dah mula di peringkat Uni seminggu lalu.Logiklah student pun mula bermain emosi menjejak destini dlm berebut tempat dlm ko-ku yg ada.Yang best ada,tapi tak banyk.Best bg aku adalah yg dtg dgr ceramah,blk xde keje.Mudah.Aku bnyk lg keje lain nk kena setel.Tapi malang,semuanya sudah disapu bersih dan disudahi dgn mop oleh student lain.Maka,nak tak nak,aku dipaksa masuk intellectual discourse sama abg imran,budak fast track hasil idea taufiq dan arif.Nama dah gah tp macam pelik.Hakikat sebenarnya ia 10 kali lebih pelik dr hipothesis asal.Aku memang lemah present idea depan2 dlm english.Selemah sang negrito alam buana dipaksa menelan sisa megi aku yg lupa dibasuh seminggu.Misi yg menjulang,semangat yg gemilang,aku dan rakan tekad keluar dr ID.Maka,secara rasmi kami masuk Pengucapan Awam.Walau tak best,tapi at least cakap melayu.Gagah sikit aku nk balon sape2 tak sekepala dgn aku nanti.Sinar masih ada.InsyAllah.

*sori banyak2 kpd Imran,kami terpaksa inggalkan ko kat DI sorg2....=(*

*CVS tak banyk nk cerita.Masih diperingkat awal.Subjek pun tak sampai thp killer lg bagi aku.Cuma minggu depan dah start dgn benda pelik2.Nanti aku update lain.*

Tadi pagi ada program EMI senior year4 dr kampus selayang.Main aci kejar pastu ada talk sikit dr Dr Adrean.Serius,aku bersyukur sbb Allah pilih aku join program ni.Banyak manfaat.Program dy nampak klise,tp tersirat disebaliknya mmg aku respek n diluar sangkaan aku.Yang plg penting aku jumpa senior,akh yusuffi n akh adam.Sporting tp islamik pulak tu.Banyak yg perlu aku korek ilmu dr dyorang.Baru beberapa jam hbs program,dah hntr sms tazkirah kat aku.Bagus la,ada jugak kawan yg nak ingatkan aku.Memang aku dr dulu dahagakan teguran dr seorang sahabat.Harapnya aku yg lemah ni dpt perbaiki diri hari demi hari.Masa talk dr Adrean,aku ada jugak salin note sikit.Niat aku nk taruk kat sini,share 3-4 point ngan korang.Dapat jugak kongsi ilmu kan.Tapi entah macam mne,kelam kabut barangkali nk balik,tercicir pulak.Takpelah,ada hikmah yg pasti.Harapnya,insan bertuah jumpa note ak tu,boleh baca dan sebar pd membe yg lain pulak.

*antra sme grup aku Mahdi,Rafiq,Lan,Idwan,Taufiq dll*

Mahdi sedg beraksi

Dr Adrean sedg menyampaikan ceramah

Habis program,aktiviti wajib adalah tidur.2 jam lebih jugak aku balon tidur dgn Simba(bantal peluk baru aku).Bangun2 perut lapar aku bermain2 gendang dgn jiran tetangga beliau sprti intestine,liver,bladder,colon n etc.Kejadah ape?Aku tak pernah bg lesen pun.Maka,haruslah aku hukum dgn memaksa dyorang bekerja petg2 ni.Bentuk hukuman adalah setelkan chicken chop RFC jd bahan buangan yg best.Ah,melalut....Point aku nk ckp tdi aku pergi RFC dgn Arif.Not bad la..Sebab dy produk muslim bumiputera,wajib bg aku sokong dan promot kpd yg lain.Moga2 satu drpd cabang Ad-deen ni berkembang untuk maslahah ummah jua.*aku sebenarnya nk try je...=,='*

*thanks pd Arif sbb bawak aku.Esok pegi kopitiam Pak Li pulak.Aku dah kempunan nasik ayam lemon*

Oklah,aku nk sambung biochem tajuk ketone.Tadi sumpah aku mengantuk gila.Terasa nak saja aku luku2 dan hempuk2 belakang Ammar hilangkan ngantuk aku tdi.Takpelah,aku meroyan dalam belog pun jadi la..bye,ak nak bersenggama dgn buku pulak.Esok lebam mata aku taruk fair n lovely Ammar.


otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 10 March 2012

wajah baru,nama baru,sentapnya masih sama

Assalamualaikum.

Aku petang tdi agak stress.Galaklah stress itu aku seertikan umpama mengorek telinga dgn sekuntum putik kapas yg diambil tnpa izin,lalu kapas nya tersekat di dalam telinga penuh rasa sesalan.Stress yg tak dipinta dtg pula tatkala aku bergondolan mengharapkan petg yg dingin damai.Damai setelah pagi nya dicemari keegoaan kerakusan sifat gelabah durjana dek test PT Hematopoietic n Lymphatic yg berzing zag salah n betul jawapan aku.Punca stress agak misteri lg keindonan.Aku tak boleh nk acces internet sebenarnya petg tdi setelh beratus juta diusaha.Cadangnya aku dgn penuh eksaited mahu serang wall Arif Sahimin yg janji mahu belanja Domino's.Ah,tak kesah semua tu.Pizza dah pun dalm perut aku akhirnya sebelum dicerna di tandas seksyen2.Thanks tak terhinggi melambung ke angkasa raya buat arif yg menghabiskan ++RM100 belanja aku dan yg lain termasuk Taufiq,Ammar,Burg.Korang mmg best!

*PT aku mmg dah usaha,tawakal pada Allah adalah sebaik-baik nya sekarang*

Bilik Arep sebelum bertolak

Eksaited

Ammar bernafsu rakus..

OK,baru masuk tajuk.Aku dah ngantuk sebenarnya.Ditambah pulak aku baru terdengar minah mane menjerit belakang kolej malam2 nie.Tak sabar tunggu esok pagi barangkali agaknya.Tak pe,earphone dgn lagu siam dpt merencat sedikit perasaan gabra kadabra.Cis,masuk tak masuk lagi.Aku kuat melalut rupanya  selain meroyan dan menyentap.Baru tersedar.Zzz...ok,masuk tajuk.Sila tengok tajuk dulu.Semua tu aku refer blog aku.Mmmg aku dah anggap blog neh anak aku.Mudah,tak perlu nafkah apatah lg zakat.tengok kanan,tengok kiri.Lain bukan?Aku dah ubah pun.Bukan sebb aku gedik walau aku dh janji tak nak ubahnya walau tahap kekelingannya melebihi paras abnormal,tp sebab blog aku dah melalut,meroyan menyentap mengikut perangai aku jua.Maka,haruslah aku ubah dy dgn sedikit cubitan manja,tamparan manis,sepakan sayang dan etc.sejam punya proses,maka terhasillah sekarang.

Ni contoh yg lama...kenangan yg kekelingan...


Aku tak perlukan komen.Sebab sejak 2-3 hari neh mmg ada konspirasi mahu jatuhkan aku yg sedg naik gemilang.Tapi kalau ada komen bagus,taruk jugak 2-3 baris.*syok sendiri*.Dalam blog  baru neh,aku ubah lebih simple sejajar dgn aku si bujang yg cool penuh subjektif.Cerita aku dan gaya penulisan nahu sorof mantiq tatabahasa dan grammar masih sama,penuh sentap menyentap.Itu identiti.Sampai tua aku susah nk ubah benda tu.Dan plg penting,aku cuba sampaikan 'sesuatu' kali nie walau ia seringkas carta bleeding cascade.Wajarnya,agar lalutan,royanan mahu pun sentapan aku tak sia-sia.Ada manfaat buat kita semua.So,akan ada slot2 baru setanding Akasia,Aksi n etc di TV3.

Ok,dah la tu.Aku nk tido.Tapi nk melencong kejap tgk indon kat youtube.Ya,aku mengaku..memang loser.Tapi ada aku kesah ?

*aku tinggal nk post je..internet mati sejam.cis!pukul 3 jugak aku tido...=,='

otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 24 February 2012

Result keluar.Reaksi.Tindakan....dan juga sentap

Assalamualaikum

Buat pertama,aku berharap benar sentapan aku dpt sajikan kpd kalian.Tapi nampak gayanya aku yg terlebih dahulu disentapkan bila mana masuk sahaja ke ruang maya alam belog.Masih tertanya bukan apakah spesis penyentap tersebut?Sebagai rekod,aku ni susah disentap orangnya oleh stimuli picisan.QB lah angkaranya,Rupa2nya terkesan jua momokan berbaur paksaan yg tak putus2 tanpa kenal erti jemu aku curahkan kpd beliau selama ini.Belog beliau yg comel suci murni tersebut sudah diupdate setelah setahun diabaikan.Syabas si kacak kamil!

Bukti penyetapan aku.

Harapnya ini bukan meroyan keseorangan.Itu takhta Ammar.Dosa diambil bertukar ganti pemilik.Ok,sekrg sedikit tenang jiwa aku menulis perkara sensitif ini.Ya,seperti termaktub dalam tajuk,result semester satu telah keluar tadi tgh hari sblom umat muslimin pergi masjid solat jumaat.Memang  mengikut ramalan kerangka oracle simpanan aku,result mmg akan ditampal hari ni di pantry setelh ada ura2 mengatakn petg khamis lecturer ada meeting psl result.So,pagi tdi macam biasalah,aku sudah siap segala minda fizikal menghadapi apa saja ketentuan Allah.Ada hikmahnya yg pasti!

Lama juga menanti,aku spin dulu perhatian ke isu panas sekitar tanah air.Ya,politik yg memerengkan rakyat dan mahasiswa via malaysiakini dan twitter.Jangan risau,aku takkan ulas lbh lanjut apa isu panas tersebut.Nanti ada yg membebel keseorangan sedg tak siapa peduli kebebalan tersebut.Lepas isu politik habis ditelan,masuk pulak blog.Hampa.Tak siapa yg update.Masuk pula ke blog sendiri.Lebih hampa dan terasa loser.Follower msh di angka 30.Segala tohmahan kpd diri sendiri secara tak sengaja terkeluar,lantas ditepisnya dgn kalimah zikir munajat.Ada hikmahnya yg pasti!

Hari  ini seperti kebiasaan,aku bangun 10 pagi setelh dgn niat hny mahu tidur ayam sahaja lepas subuh.Bangun sahaja,mak aku sudah masak sarapan hari ni.Barangkali kerja di syarikat beliau kurang menjelang jumaat.Lantas kuranglah tugas di pagi hari utk memasak.Digunakan masa sebaik mungkin menghadap lappy asus kesayangan.Maka berlaku 2 perenggan di atas yg telebih dahulu diceritakan bg menampakkan efek flashback dlm belog ini.Magic bukan?kalau tidak,ianya sungguh cool bukan?Isu semasa sudah,blog sudah,merataplah aku didepn laptop tiada idea nk buat apa.Tak semena2nya si tommy kucing  kesayangan yg berada di sebelah memujuk aku utk update sesuatu di blog.Ya,updatenya sudah siap.Cumanya itu untuk dipost akan dtg.Barangkali aku akan agak busy menjelang sem 2.Tingg!bunyi chat fesbuk kedengaran.Ammar memulakan perbualan."Result pe cer??".Oh Ya Allah.Cuak.Tp aku sudah bersedia waktu itu.Segalanya,ada hikmahnya yg pasti!

Lama juga chat2 syahdu dgn Ammar.Sesekali melencong jua perbualan ke Times Square n 'yak'.Motif?masih misteri.Kata beliau,Fit n abg Im tgh berusaha mengupload result ke fesbuk.Aku menanti penuh debar...juga excited.Buat julung kalinya,aku menepis segala kemaluan (sifat) menjadi pencacai di page MBBS.Setiap post psl result yg keluar,akan dibalon aku sehabis mungkin dgn komen2 yg menyentap.Excited.Lama juga melayan hati lara yg tak keruan,result tak juga2 muncul.Aku korek sahaja lah semntara itu result satu persatu dr Ammar.Arif,Burg,Fit,Rahimi,Kak Nad adalah antara golongan2 bangsawan A.Sudah diduga.Tahniah buat korang esp Arif,A+ maknanya Domino.Ingat sampai bila2.

Tiba2...

adengan yg mendebarkan
Secara menyentap,Fit telah post result ke page MBBS.Aku mmg excited.Sudah dilupanya akan cuak dan takut.Ape kes?Aku mmg berserah segalanya pd Allah.Ada hikmahnya yg pasti!Dan resultnya adalah...B!!

Syukur Alhamdulillah,terasa usaha pulun memulun selama 2 minggu terbayar juga.Walau aku tahu aku jawab hari tu sungguh lah hampeh lg menyesatkan,barangkali result PT banyk cover blk keputusan aku.Ini hikmahnya usaha yg mantain dan berterusan aku terfikir sejenak.Tersenyum keriangan sahajalah aku tika itu.Dalam masa tak sampai seperjalanan sang kuda melintas dataran Cendekia tunggangan Burg (takde motif) jugalah,fesbuk dan twitter dipenuhi dgn ucapan tahniah dan sesuatu yg berkaitan dgn result.Dalam keterujaan itu juga,aku pun merobek2 ruang chat mencari2 Taufiq n Arif.Tiada...Lantas dicapai aku akn samsung menaip mesej menyampaikan berita.Alhamdulillah.Rezeki masing2.Teruja.Sujud syukur padaNya. 

Kepada yg kurang bernasib baik,sedarlah sahabtku yg disayangi,kejayaan hakiki hadirnya setelah kebangkitan dri kegagalan.Usaha lagi.InsyAllah.Rezeki milikkmu suatu hari nanti jua.Bukankah Allah itu sifatnya Maha Adil dan Pemberi Rezeki?Doaku mengiringi kalian senantiasa....=)



otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 18 February 2012

Ini serius.Sesungguhnya aku tersentap dgn gila dasyat aksinya.

Assalamualaikum

Ok,mood aku berblogging malam ni agak kurang sifatnya untuk mencapai kesempurnaan yg jitu.Straight forward sahaja,Perkara ni memang dah lama aku jangka hatta semenjak hari first aku start blog sekali pun.Normal.Cuma masa yg akan tentukan.Aku tersentap jua... bila mana masa yg tiba itu adalah waktu yg tidak terjangka untuk menyentap aku yg lahiriahnya agak sukar disentap oleh penyentap pd bukan waktu sentapan.

*mukadimah gila loser*

Sesungguhnya bajet aku at least masa 'luar-kantoian' (bahasa PHPM nya barangkali adalah MOT ) adalah sepusing bumi keliling matahari.Namun,tersungkur di hari ke 128.Aku masih bertatih waktu ni n perlukan pengalamn yg banyk.Wajarnya agar kemunculan aku mendapt tepukan gemuruh lantas menjadi fenomena antarabangsa.Oh,tak tercapai rupanya.

*perenggan kedua yg xde motif*

Ah,merepek banyak.Ok,blog dah terkantoi.So,dgn jasa baik kalian sila jangan teruskan operasi kantoian.Dan kepada penghanjeng2 tegar aku di fesbuk n kemungkinan twitter lepas ni,sila hapuskan dari jiwa sanubari kalian yg suci itu dr sifat penyentap jiwa aku tersebut.Motifnya,tiada lg anasir2 mahupun bau-bauan yg kemungkinan menjadi asbab blog aku  yg mulia ni drpd terus menjadi buruan stalker luar sana.Bukankah kita mahu mencapai wawasan 2020??

*sila rujuk latar belakang kacakitusubjektif.blogspot*

gambar hiasan

Okeh,setel bab xbest.Yang ni tak masuk topik.Tapi aku saja bagi tau.Excited barangkali.Aku sekrg tgh layan lagu budak nie.So unique bebeh.Best woo~

*bleeding nose*


Ok,dat's all.Aku nk berambus melayan kerenah peminat di twitter.

otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 14 February 2012

Entry ni panjang dan bakal menyentap jiwa kalian

Assalamualaikum.

Heh,dah habes eh sem satu?sentap ye cik jah?yabedabedu~~

*mukadimah yg tiada kaitan*

Ok,alhamdulillah.Habis jua sem satu yg penuh suka duka ni telah aku tempuhi.Asam,garam,gula,belacan,kunyit dsb telah diadun sebati bersama sehingga melahirkan bibit bahagia dan unik sepanjang tempoh satu sem aku di bumi UiTM.Sebenarnya aku agak kekok untuk menulis2 apatah lg merepek dan meroyan malam ni setelah 3 minggu sudah disetkan otak dgn segala bentuk bahan ilmiah mghadapi final exam tempoh hari.Maka haruslah tulisan aku pd malam ni agak melalut n menyentap jiwa kalian.Bercakap soal final,aku gila excited nak habaq kat hangpa suma..(tetiba..=,=').Ya kawan2,aku teruja benar nk kongsi di sini.Tapi memandangkan entry kali ni berjela2 point nk dimuatkn sekali lantaran 'teruja benar' tadi,aku tulis ikut kronologi masa lah senang.

1)Study week,22/1 - 7/2
Study week officially start bila mana turunnya aku dr bas depan kenanga blk dari BTN.Tapi ada jua mmbe yg ambil kesempatan bercuti dulu dgn family.Aku agak mustahil nk balik bila mana petang2 merenung betapa tebalnya nota2 yg perlu dibaca.Kalau aku ada otak segenius rahimi rusli takpun sekuat ingatan fithri akmar, mungkin aku pun bercuti dulu di rumah.Malangnya,tidak.Ada membe dri univ lain tegur.Katanya study week aku gila lama.Yes,memng lama.Tapi lama tu subjektif.Bila mana ianya dipadnkan dgn nota 12 cm,maka lama itu bertukar secara automatik menjadi sekejap.2 mingu++ ni belum cukup untuk aku cover+hafal semua kuliah sepanjang sem.Nak termuntah rasanya hari2 disogok dgn muscle,ubat,bacteria segala.Sumpah stress.Ni lah kali pertama aku berdepan dgn study week yg penuh stress,ditambah dgn keadaan sekeliling yg beratus kali lebih stress tatkala rakan seperjuangan turut serta menunjukkan symptom2 stress tahap kritikal.Aku cuba professional,cuba kawal emosi.Harapnya natijah yg baik terpalit buat semua.

*aku tak cerita lagi bebudak brass band berkampung kat kolej aku buat training.Gila,aku nk study bhai.Dyorang syok main lagu jong jong inai pulak..=,='!

Sepanjang study week,rata2 student uitm telah blk bercuti semester.Maka,kedai2 termasuklah perindu cafe bermain manja aci nyorok pula dgn kami yg masih tinggal ni.Lantaran,hari2 lah aku menumpang kasih kawan yg ada motor pegi beli di seksyen 7.Bagus juga terkadang aku fikir,boleh hilangkan 'stress'!

Aku sebenarnya agak terpinga-pinga.Apakah patut baca semua?Yang mana releven?Nak tanya senior,agak mustahil bg aku yg punya ego macam haram.Ok tipu,aku sebenarnya malu..loser bukan??..Mujur 2-3 hari sebelum exam,ada yg post koleksi soalan2 past year.Gila kentang.Hebat senior aku kutip satu persatu soalan...(nota kaki:segala bentuk soalan adalh sulit.kantoi,KY mengamuk nti.)At least,ada guideline sebelum aku masuk dewan exam.Secara keseluruhan,segalanya aku fikir berjalan lancar.Kawan-kawan banyak membantu aku sepanjang study week ni.Thanks buat korang semua esp Faiz Anuar,Taufiq,Arif,Hakim,Ammar,Burg dll...

*Dalam tempoh ni jugalah,result PT3 keluar secara tiba-tiba menyetap jiwa suci aku.Oh,terperanjatnya saya~.Tapi,alhamdulillah.Aku tetap mantain..Thanks God.

2)Kuliah UAI di masjid Shah alam,29/01
Sebenarnya aku pun xperasn UAI ada buat ceramah kat shah alam.Cuma,petg tersebut ak saja2 bukak fb,ada pulak yg post iklan mendalah ni.Aku bnyk kali tgk iklan ni,hatta dalm page batch aku sekalipun.Cuma sikap acuh tak acuh je buat aku xperasn event sepenting ni.Maka,dgn masa tika itu berbaki beberapa jam,aku ajak lah membe join sekali.Plan yg tiba-tiba dan menyentap mungkin,plan ni nampak gaya tak menjadi pada mulanya.Masing-masing ada aktiviti.Tak kurang juga ada yg berbesar hati mahu tgk secara online sahaja.Ramai yg ada motor sudah gerak sebelum jam 7.Hampa.

Pada malam itu,cadangnya aku mahu study macam biasa.Habis je doa lepas solat maghrib,si taufiq ketuk pintu mengadu sesuatu.Katanya livestreaming sekat2,xboleh nk tgk live sambil teresak-esak.Sembang punya sembang,kami pun pergi lah juga ke masjid negeri berdua walaupun masa tu dah nak masuk isyak.Redah saja.Rapid+taxi,maka sampailah di sana.Kedengaran ustaz dah mulakan ceramah nya.MasyAllah,ramai gila yg hadir.Dengan muka tak tau malu,menyempit lah juga kitorang dalam lautan muslimin yg sedg kusyuk.Alhamdulillah.Pengisian yg menarik.Fenomena barangkali ustaz ni.

Plan nak pergi sememangnya mudah,nak balk memang problem.Tiada lagi rapid+taxi tergedik2 manis muka menunggu pelanggan.Jalan kaki adalh satu2nya cara.Maka bermulalah adventure balik ke kenanga.Gelita,sesat,letih itulah cabaran.Terkadang terdengar ngauman harimau dalam semak.Seram xdpt digmbar.Berkat kesabaran dan persahabatn yg murni,ditambah sedikit perisa keberanian n kegigihan,aku dan taufiq selamat sampai ke kenanga yg dicintai.Lega.Syukur.Alhamdulillah.Malam tu sambung study macam biasa sampai pagi.

*cerita yg telah ditokok tambah dgn perlbagai aplikasi sastera seperti hiperbola telah diguna pkai.Harap maklum.



3)Final exam.8/2 - 10/2
Ni lah exam pertama aku sebagai student medik.Banyak perkara perihal skema exam di sini baru aku tau buat pertama kalinya.Harapnya lepas ni exam aku ada gambaran awal n strategi yg lebih tersusun.Satu sem punya belajar yg bertan-tan wajarlah disiap sediakan sebelum masuk dewan.Gugup.Cuak xperlu aku gambaran.Exam ni lah mnjadi pengantara sejauh mana progession aku di medical school UiTM.Memang target asal aku sekadar lulus.Tapi bayangkan,kalau dah gila pulun lebih 2 minggu,siapa tak nak yg bagus2 kan?Aku memang nak A lah even nentor aku,brader pojan suruh target B mencontohi pencapaian beliau..(dy bagi aku nasi goreng hari tuh.Bapak sweet gila doh..=,=').Tapi awas,itu semua sebelum exam.Segala target seakan lebih relistik setelah tamat exam iaitu sekadar lulus.Memang xboleh bla aku merepek dalam ketas jawapan.Ejaan gila  banyak aku melalut.Loser.Biar aku cerita ikut paper exam.

Ada 4 paper.Setiap paper gabungan 8 subjek

a)Short answer question (SAQ)
Ni lah yg pertama.Paling menggerunkan,tapi yg ni la jugak plg sikit peratusan markah boleh disumbg.Asal jawapan mintak dalam essay,maka itulah yg mnjadi keutamaan untuk di'study'.Entah,memang sejak azali aku fikir.Tentang soalan hari tu 50-50 la.Cuma patho memang harapan sgtlah tipis.Tak sempat aku nk perah idea habis2 dek gabra yg tiba2 dtg tatkala masa berbaki 3 minit bila aku start jawab section patho ni.Yang lain,macam biasa la.Lubang lekuk sana sini tu sengaja aku buat.Baru menarik lecturer aku menanda nati.Bukankah begitu?

b)Problem based question (PBQ)
Yang ni agak enjoy.Cuma waktu exam pulak tak kena sehingga terbawa2 enjoy di petg hari ketika exam.Nampak macam senang punya soalan,tpi jawapan dy memang aku tak tau.Kadang2 ada pulak soalan sama keluar tp dalam section subjek yg beza2.Cis,aku agak saspen trick apa yg dimainkan oleh mereka sebenarnya.Kali ni yg plg problem semestinya microbe.Aku memang xingt lansgung psl oncovirus.Nak hentam pun xdak idea.Last2,h1n1 jugak aku tibai..peh,sumpah loser gila.Tu baru sket,bnyk lagi merepak mengaban dlm paper tuh.Sudah lupa.=,=!

c)Objective structure practical exam (OSPE)
Yang ni sumpah unik exam dy.Aku 'teruja benar' nk menjawab even aku jawab memang hampeh esp histo n patho.Harapnya biochem n anatomy dpt cover blk.Ya,kali ni harapn aku menggunung selepas histo 3 station aku salah dari mula.Peh,senak perut aku pikir balik.OSPE ni ada 30 station dgn setiap station kena jawab 4minit.Bukan aku saja yg teruja,aku yakin ramai lgi teruja nk jawab ospe ni sehingga ada yg buat taklimat free tntg format exam ni esp Taufiq.

d)Multiple choice question(MCQ)
MCQ ni gila belambak soalan dy.Total ada 70 soalan besar dgn setiap tu ada 5 soalan kecik2.Tapi MCQ nilah plg memberikan harapn nk skor.Soalan2 dy banyk yg dah familiar n ditambah pulak format ni aku dah cukup biasa (PT guna format ni).Ada la sket2 kantoi.Tapi tu biasalah,satu benda aku pegang dlm proses belajar ni.Sehebat mana pun kita belajar,kita tetap tak kan dapat semua apa yg dipelajari.Lupa itu normal.Maka,latihan bertubi dan pengalamn yg akan biasakan.
 


4)Enjoy habis final.yeehhaa~
Enjoy ni ada 2 sesi.Petang dan malam.Petang keluar dgn taufiq,arif,burg n bad ke pizza hut.Semua sebab burg,dia yg dari dulu nak sgt ke pizza hut.Bagi aku pizza hut xde la bes sgt compared dgn kfc/Mcd.Pastu nahal pulak.Tapi kalau sekali sekala pergi ape salahnya.Best jugak ada kenangan dgn kawan2.Lepas pizza,ke giant pulak setelah blank otak xtau nk ke mana dah.Ah,sental je lah.Haha.At least dlm melepas gian cool blog kat situ...=,='!

Hamizul kekeyangan

Arif kebosanan
Taufiq keriangan

Bad kesorangan

Sesi malam pulak anggota yg join sama,kecuali taufiq dah balik.Ada hal katanya.Ingat nk ajak ammar sekali.Tapi nk save energy keluar dgn K5 pepagi barangkali,dy menolak dgn baik.(sori mar,aku saja buat cite).Kali ni kuar ke i-city pulak.Dekat je pun dr UiTM ni.Macam biasalah kat situ.Just tgkap gambar.Tak main ape pun.Pastu makan kedai mamak.Cuma kadg2 lawak pulak tgk burg yg excited gila snap gambar.Motif dy snap pic indon jual barang masih menjadi misteri sampai sekrg.Haha.Nak balik memang perit.Sekali lagi aku jalan kaki blk kolej.Peh,meang terbaik xde kereta ni...ppfffttt!!

Rusa ajaib
Trio
trio ni lagi cool
trio ni cool gila x5


5)Balik kerumah,melencong ke melaka dulu.
Aku kalau diikutkan plan,balik ke ipoh naik bas.Tapi kebetulan sabtu tu mak aku ada kenduri kahwin kat serdang.Alang-alang kan,aku balik ngan family je lah.Habis je kenduri,tetiba ubah plan nk ke melaka pulak.Family aku ni kalau plan last minit pun tetap jalan.Sebab tu aku pun dapat rasakan aku ada gene yg memang suka redah je apa pun.Barangkali.Siapa selalu outing ngan aku mungkin perasn .Kat melaka macam biasa lah,pergi rumah mak  Yang,makan ikan bakar,jalan2 sket pastu balik.Sehari je pun sebb nk hantar Ude balik UIA plus Abg Cik kerja (Proton tg.malim) pulak isnin..

Setel hantar dyorang,maka aku sambung lah bawak kereta ke ipoh.Mak dgn khalis sedap lena kat belakang.Ini lah peluang aku speed habis habisan.Alhamdulillah,sampai tiba jugak ke ipoh dlm jam 5 petang lebih kurang.Syukur.

Agak panjang juga kali ni.Aku pun terasa meluat dgn sikap aku yg suka syok sendiri.Oh,menyentap diri sendiri rupanya aku ni.Loser.Ok,babai.

p/s:Doakan aku n kawan2 dpt result best2 tau.Sumpah risau.Kalau lulus sem ni,sem depan xyah susah2 dah..wahaha...=D

otak aku berfikir secara kritikal..