Wednesday, 26 December 2012

I love MESTA .

Assalamualaikum

Petang semalam aku tacink dgn burg.Bertuah betul dah datang Ipoh tak nak inform aku dgn girang sekali.Lama juga aku menahan eksaited tunggu budak MBBS nk datang Ipoh.Kalau tak,boleh aku belanja beliau ke TGV mahupun pekena KFC 2-3 round.Sambil2 itu,aku hadiahkan baju Padini 2-3 helai sebagai ole ole balik Teluk Intan.Ah,keji pula rasa.Kejadah betul sikap aku nak tacink malam2 sedang usia aku sudah menjangkau 20an.

Ohh,lupa.Minggu lepas kalau tanya aksi aku yg plg sentap,sudah tentu puncanya Dr Norizal waktu kelas SGS pathology.Nasib tak meroyan sahaja aku masa sentapan tu.Dia baca belog aku tahuu?Siap qoute 2-3 point menarik penuh 'ilmiah' blog aku dalam kelas kat bebudak lain.Pehh,mmg sentap hbis.Speechless.Kalau entry ni pun dy baca mmg mati aku.Dush.

Huh,mmg balas dendam juga lama tak update punya pasal.Kan aku dah meroyan kosong 2 perenggan.Tak masuk topik lg okey?

Shake,coconut shake,coconut shake
Drink,coconut drink,coconut drink
Best,coconut best,coconut best
Go Red Coconut!

Ah,malaun mana.Aku pun dah lupa lirik n melodi dy macam mana.Taram.

Korang tahu apa itu MESTA?MESTA itu adalah Medical Student Association ya tuan tuan.So,apa kaitan dgn aku?Ya,aku adalah anggota picisan yg tetiba menyelinap masuk dalam persatuan induk medik UiTM ni.Serius tetiba.Tercalon utk pegang exco multimedia oleh Husna[cis],tp tewas kpd Zulhakim.Syukur Alhamdulillah...
Tapi,dicalon lg sekali utk pegang exco diplomatik pulak oleh Taufiq [cis lagi] n menang atas undian orang masa tu mmg malas nak layan.They were like 'ah,lantak kau lah melalut kat depan'.So,bermulalah kisah aku sbgai budak mesta yg skema gedik mintak penampar segala.

Aku malas nak cerita pasal buat kerja mesta.Takde kuasa aku weyhh..yehhaa [gedik].Ok,nampak sgt tetiba.Yg boleh aku ckp dah masuk mendalah ni,kerja korang mmg akn jadi belambak2,meeting tak pernah nak jemu,study mmg tertangguh n bla3.Aku tak berniat nk bebel malam ni.Ada baiknya aku tamatkan perenggan ni secepat mungkin.tinnggg!

Amboi Ku Arina.Dok tengah2 noh hang...
Yes,MESTA =)
Aku sebenarnya nak cerita pasal kem Mesta hari tu.Amboi amboi baru masa tu aku terasa agak bahagia masuk mesta.Walau sekejap tp bila jumpa mesta batch lain n bincang sama2 mmg terasa apa aku buat selama ni ada kebaikan buat aku dan kawan yg lain.

Mmg mula2 aku menyampah betul dekat penganjur kem ni,iaitu x-mesta year5.Agak agak la nak buat kem time holiday.Aku nk berjimba lg hungga hungga di kampung halaman bersama nexus kesayangan tahu?Tapi bila pikir2 balik dyorg y korbankan masa utk kongsi ilmu dekat kitorg.Dah la final Pro tinggal 4 bulan lebih je.Sori abe n akak sume.My bad...=(

Masa nak pergi kat tapak kem tu(kat banting),punyalah jam mak oi.Gerak pukul 7malam,sampai pukul 1.15 pg.Sg buloh ke banting je kot.Hujan lebat kemain pulak.Dah sampai punya la letih,ingatkan dpt katil boleh tidur terus,boleh pulak dyorg panggil nk bagi grouping.Aku dapat Munir n Amal year1,Dahiyah,Kak Ana year3,Kak fitri year4,Nazra n Hasri year4 jugak.Setel sume mendalah tu,dapat jugak akhirnya tidur pukul 2.30.Tapi sebelum tu,dy sempat pulk warning esok bangun pukul 5.45.pfffttt...

Dah nama pun kem.Kumpul budak Mesta pulak tu.Maka haruslah ia kem yg lebih berbentuk kepimpinan sikit.Bagus la,mmg aku lemah betul bab bab ni.Soft skill yg dah lama aku ketagihan.Dan plg sentap boleh pulak kena berdebat.Memang melopong tak paham dyorg dgr ak merepek.Kejadahnya.Tapi malu lg agung moksya masa tu.Mana nak sorok muka meh?

'Berusaha' dgn tekun sekali menyiapkan tugas yg diberi...okok
**Yang best program ni adalah zero ceramah n mmg enjoy2 saja...=D

Cis,aku lupa pula nk cakap pasal misteri apekah coconut2 kat atas tdi yg siap di-set italic n kaler hijau.Itulah 'cheer' grup aku.Tipikal lah masuk kem ada cheer kan?.Mmg childish,tp peduli ape aku?Nak bgtau jugak.Cheer ni semua angkara kalau tak Dahiyah,kak Ana punya kerja.Saja letak coconut sbb nama group aku pun pelik dan aneh misteri.The Red Coconut.Dah mcm tajuk cartoon aku tengok.Bak kata Radin, #Punboley..hehe

**Ada lgi 3group:Hi-vers,The Morph n Infinity.Yang penting,cheer dyorg lg pelik.Huahua

Banyak program yg best-best faci2 year5 aturkan.Even makan nasik dalam talam pun dah mmg kemain eksaited sume org.Tapi yg plg best aku rasa...rasa je la...time kena bentang projek n budget program.Bukan sebb slot tu mmg best,tp sebb tetibe slot tu jadi 'meeting' Mesta interbatch.Bagus,banyak benda yg tak jelas sebelum ni dah clear cut.Ada la adegan2 menarik selit2 sikit.Biasa la tu...

Hangat...walaupun mmg tak nampak hangat pun...=,='
Masa daki bukit sebelah sentap jugak.Peh,jgn ingat mcm panjat broga ke ape la.Ni mmg betul2 hutan.Dah la  malam2...sampai pukul 1pagi lebih jugak la.Tapi nasib baik bukit tu tak tinggi pun.Kemetot je.

Bersiap utk mendaki.Maaf kabur akibat diambil curi curi.
**yang paling penting sebenarnya ukhwah antara senior junior mmg terasa.Abg Nasri,Taufiq,Che Omar dll

Oh sebelum terlupa.Special thanks for these abangs n akaks =D
1)Abang Fazwan (bestie abg Zaid)
2)Abang Hafiz (Dy panggil aku suruh tazkirah maghrib.Omaigod.)
3)Abang Izzat (Misteri)
4)Abang Khidir (Legend MBBS UiTM)
5)Kak Popo (my grup punya faci.Soalan pharmaco dy bg susah oke?)
6)Abang Zaki (Had a short chat.Friendly senior ^_^ )
7)Abang Afiq (sempat mintak resepi sosej bersos)
8)Kak Syafiqah (Terbaik lah dy punya roti inti nutella asam jawa =,=')
9)Kak Bella (Master chef camp.Suka suka je aku )
Dah la tu.Aku semakin malas sekarang.Ni entry aku buat semalm,tp tak siap.So,thats all folks! #profnafeezastyle #punboley

Yeay dah menetas!
Kamil
1)Petang tadi sedikit sentap.Tp aku sgt yakin dyorg salah orang.Even org plg aku percaya pun tak tahu siapa =)
2)Lately,aku terjumpa lagu best.Kenal Ed sheeran?Michael Bolton n Calvin Harris?
3)Minggu ni layan blog 'Kun Fayakun' n tetibe aku rasa jeles kat Ally Iskandar.Apekah? =,='
4)Nak beli ape ye utk hadiah besday?huhu ^___^




otak aku berfikir secara kritikal..

2 comments:

abah said...

ayat ko makin malas makin sentap kan. haha...nice one mate!

Asyraf said...

cam bes je camp ni...
cene nk join ? haha