Showing posts with label Politik dan Isu Semasa versi bajet aku. Show all posts
Showing posts with label Politik dan Isu Semasa versi bajet aku. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

Analisis PRU13 Part II:Selepas 5 Mei (maaf,ini diari sebenarnya)

Assalamualaikum .

PR tewas tapi maju

SPR sudah umum keputusan semalam.Penat tunggu dr pukul 8malam.Pertama kali dalam sejarah,keputusan PRU13 seakan akan disorok kepada rakyat.Sehingga jam 12,hanya Sarawak tak habis habis diulasnya.

Kecewa ku pada SPR

Sebelum tidur,akhirnya aku sempat tahu keputusan jua,dgn pengumuman BN berjaya ambil minimum 112 kerusi parlimen,jelas aku faham.Fahami yg PR tewas lagi kali ini.Malah,ada ura ura PR tumbang di Perak dan Kedah.Peluang terbaik sejak 12 pilihanraya lalu sudah terlepas.Dan keputusan PAS dan PKR masih misteri.Hanya DAP diberitahu..Ahh,masuk tidur dulu

Sekali lagi kecewa ku pada SPR

Sedih hati,pujuk pd Ilahi .

Sedih sesedihnya.Itulah gambaran sebenar.Aku terus ambil posisi di ruang tamu utk tidur.Mata tak mampu lelap.TV masih terpasang terdengarkan celebration dan ucapan Najib Razak disambut sorakan.Nexus dibuka tutup berkali hanya mahu pastikan itulah hakikatnya.Sedih disorok.Sorok.Sorok lagi.Sorok hingga tertidur.

Bangun pagi hari ini seusai solat subuh ku capai segera nexus dgn harapan.Ku jejak malaysiakini utk ketahui update terbaru.Sedih lagi,benar benar sedih.BN secara rasminya mendapat 133 kerusi berbanding PR hanya 89.Nampaknya,aku perlukan mekanisme berkesan lupakan duka seketika.Tidur di katil mak.Bangun sudah pukul 10.30.

Berkali kali aku cuba pujuk hati.Banyak cara,tak mampu juga.Sesekali buka facebook dan twitter.Banyak sekali rakan2 post apa sebenarnya yg berlaku.Ketirisan dan ketidak adilan telah menjadi maharaja rupanya.Banyak,sungguh banyak bukti buktinya.Pedih untuk diulas,sakit utk diingat.Ku serah pd Mu Ya Allah.Sngguh ku tak redha setiap dari itu.

Namun,tiba tiba seorang rakan post video Tuan Guru hadi Awang.Ibrahnya jelas,perjuangan kita belum selesai,Allah sedang menguji.Scroll lagi,terjumpa pula raut wajah Tuan Guru Nik Aziz,sayup suci wajahnya yg berpuluh tahun tak kenal erti penat lelah apatah lagi berputus asa.Scroll lagi,terjumpa qoute kata Tuan Gurun Dr Haron Din yg menginsafkan.Jahilnya aku.Air mata hampir gugur.

Pesan Tuan Guru Hj Abdul Hadi

"Walau perjuangan kita di pihak yg benar,tapi jika dalam perjuangan kita tidak ikhlas,tidak taat,tak ada adab,tak sabar dan penuh gopoh gapah,ada sifat gelojoh nak menang,hanya tahu usaha tapi tak pernah nak tawakkal utk serah pada Allah,maka Allah tangguhkan lagi kemenangan kita..."


Pesan Tuan Guru Dr Haron Din

"Kalau Allah bagi kita menang,Dia boleh memberinya dgn sekelip mata.Tapi saja Allah tangguhkan nak uji istiqamah kita,kesabaran kita..."




Analisa pedih berbisa

Yang lepas sudah lah yg lepas.Keputusan sudah ada.Itu realitinya.Aku enggan guna perkataan fakta.Ia sangat kotor dan jijik untuk setaraf fakta.

Malaysia
BN:133 kerusi parlimen / 60peratus kerusi /5.3 juta undi /48peratus undi
PR:89 kerusi parlimen / 40peratus kerusi /5.6 juta undi/52peratus undi

BN:60% kerusi dgn hanya 48% undi
PR:40% kerusi dgn 52% undi

What the heck?

Semenanjung
BN:84 kerusi parlimen (4,358,890 undi)
PR:81 kerusi parlimen (5,023,880 undi)

Malaysia Timur
BN:50 kerusi parlimen (942,149 undi)
PR:7 kerusi parlimen (567,808 undi)

Dari keputusan atas,secara jelas kita dapat lihat keberkesanan konspirasi berkurun BN iaitu pemetaan/persempadan semula.Taburan pengundi yg tidak sama rata menyebabkan jumlah undi tak menafsirkan nilai sebenar kerusi.Sebagai contoh,kerusi Seputeh dimenangi Teresa Kok dgn majoriti 51 ribu undi,sedangkan ada sesetengah kawasan/kerusi (eg:Putrajaya) hanya mempunyai jumlah KESELURUHAN pengundi adalah 3 per 5 dr jumlah MAJORITI di Seputeh.Tetapi di peringkat Parlimen,2-2 memberi nilai kerusi yg sama iaitu satu kerusi.Seputeh dimenagi DAP,Putrajaya dimenangi BN.Itu permainannya.

Sama di peringkat DUN.Walaupun PR berjaya menambah baik bilangan kerusi iaitu penambahan 71 kerusi,PRU13 menyaksikan PR hanya berjaya menwan 3 negeri berbanding 5 negeri pd PRU12.

Kerajaan sekarang tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.


Satu perkara yg dapat dilihat ialah kebangkitan drastik yg ditunjukkan pengundi2 di sebelah timur malaysia (Johor,Sabah n Sarawak) terutama di Bandar utama.Walaupun ianya tak menghasilkan keputusan yg disasar PR (10 kerusi setiap satu negeri),penambahan kerusi sgt membanggakan hasil kempen aggresif PR terutamanya melalui Jelajah Merdeka Rakyat dr PKR dan Ubah dr DAP.Kerusi kerusi tersebut adalah seperti Batu Pahat,Kluang,Kulai,Gelang Patah,Beaufort,Penampang,Miri,Sibu,Sarikei,Stampin dan beberapa tempat lgi.Semua kerusi ini dipegang BN pd PRU12.Kerusi di Johor juga banyak hampir melakukan kejutan sperti di Labis,Muar,Tebrau dan Pasir Gudang.Sipi nak menang beb.Ceit!


Perak dan Terengganu hampir cipta kejutan.Perak plg sedih.Tempat aku,aku dah tak sanggup ngadap muka Zambry Abdul Kader terpampang besar tepi jalan utk lagi 5 tahun.Keji sungguh meracau psikologi aku dikala memandu.Dua kerusi sahaja kerusi yg membezakan.Di DUN Manjoi,BN menang dgn majoriti 100,tpi undi rosak dekat 700.Konspirasi nirrojim apekah?.Tapi apa yg melegakan,DUN tempat aku Hj Radzi berjaya tumpaskan Midah samseng.Aku malas nk cerita dy samseng tang mana.Nanti sumpah menyumpah kalian terhadap beliau.Cukuplah aku katakan dy pasang banner besar gedabak bersepah sepah dekat Pengakalan tu.Racau jiwa.Racau!Ohh lupa,di twitter,ade hashtag #TumbangMidah.Berkesan juga.wakakaka.

PAS cemerlang di Terengganu dan selangor tp merosot di Kedah dan Kelantan.Mekanisme baru perlu diteliti.Kehendak penduduk di kedah dan kelantan lain2.Perlu diutamakan juga.Di Melaka,pertama kali PAS berjaya meletakkan wakil nya yg pertama di dalam DUN.

DAP dan PKR cemerlang hampir di semua negeri.

Ini ringkasan keputusan PRU13 (Parlimen/DUN)

Perlis:BN 3,PR 0/BN 13,PR 2
Kedah:BN 10,PR 5/BN 21,PR 15
Penang:BN 3,PR 10/BN 10,PR 30
Perak:BN 12,PR 12/BN 31,PR 28
Kelantan:BN 5,PR 9/BN 12,PR 33
Terengganu:BN 4,PR 4/BN 17,PR 15
Pahang:BN 10,PR 4/BN 23,PR 13
Selangor:BN 5,PR 17/BN 12 ,PR 44
Wilayah Persekutuan:BN 4,PR 9/Tiada DUN
Negeri 9:BN 5,PR 3/BN 21,PR 14
Melaka:BN 4,PR 2/BN 21,PR 7
Johor:BN 21,PR 5/BN 35,PR 18
Sabah:BN 22,PR 3/BN 42,PR 12
Sarawak:BN 25,PR 6/Tiada DUN

Parlimen:BN 133,PR 89 (PR tambah 7 kerusi dr PRU12)
DUN:BN 275,PR 230 (PR tambah 71 kerusi dr PRU12)

Kejutan terkejut memang da bomb (kalah kesemuanya pd lawan masing2)

- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil)
- Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor - BN - Parlimen Gelang Patah)
- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
- Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
- Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
- Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
- Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor - Parlimen Sepang)
- Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas - Parlimen Pendang)
- Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas - Parlimen Arau)
- Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
- Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas - Parlimen Pulai)
- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas - Dun Jengka)
- Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas - Parlimen Putrajaya)
- Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Silam)
- Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Pasir Salak)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa - Bebas - Parlimen Pasir Mas)

Keputusan yg memuaskan hati penuh girang lalalalala (ops,i mean PADAN MUKA!)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden PERKASA - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
- Zulkifli Nordin 101% (Timbalan Presiden PERKASA - BN - Parlimen Shah Alam)
- Hamidah Osman samseng (Ketua Penerangan Wanita UMNO - BN - DUN Sungai Rapat)

Tsunami Cina Kata Najib.Ini otak kepala lutut.Senang sangat untuk dihujah.Tak perlu aku kata banyak.Cukup sekadar bagi bukti ini.Sila nilai guna mata hati dan adil.Kalau nak nilai guna kepala lutut,mmg akan bias mcm Jibby.



Bukan Tsunami Cina,ini Tsunami Malaysia.


Mengutip status seorang artis tentang isu hangat ini.Ada benarnya!
Mari menuju ke rumah Pak Ya
Tapi berjalan bukannya dekat
Bukan bukan tsunami cina
Tapi ini tsunami rakyat

Tulis status facebook kutip 40 like
Kalut masuk blog dek kembang jiwa
Rakyat tak suka memang rasa kelat
Tapi kejadah isu rasis kau kemuka?

Dengan kawan sopannya kental
dalam bilik gwiyomi nya kemain
Dapat mandat lagi sepenggal
Perangai tak ubah PRU14 orang lain.

Penutup
Cukuplah sekadar itu.Ini ulasan aku yg ntah pape dan merepek ikut logik akal aku.Bukan utk diperdebat,tp utk berbincang.Aku sedih kekalahan PR tapi aku sentiasa tahu perjuangan itu tak pernah terhenti dgn kekalahan.Kejayaan suatu hari nanti insyAllah.

Aku sebenarnya nak tulis lagi saperenggan nak ulas sedikit pasal penglibatan ISMA/BERJASA.Cukup aku kata yang aku tak setuju penglibatan politik ISMA.Dan sentimen anti PR (walaupun bukan anti PAS) sedikit sebanyak merencat matlamat PR yg disertai juga PAS.Nampak penentangan dalam diam di situ?Aku bagi link lah n korang jemput baca :) Baca sini yaw!

Kamil
1)Dah baca tak yah gedik2 share FB bagai.Aku tak bagi,haipppp!sy low profile orangnya,meowww
2)Ada perbezaan pandangan,aku minta maaf dan dipersilakan utk berbincang.Boleh jadi aku yg salah
3)Berkenaan dgn ISMA,munkin bercanggah dgn sahabat baik yg aku hormati sampai mati.Kalau kau baca,ini hanya pandangan aku yg lemah.Uhibbuka fillah bro! =)
4)Oh lupa,babak2 awal entry ni,ak update sehari selepas PRU13.huhu
4)Aku sumpah dah masuk zone bahaya nak Professional exam dah.Saja poyoh nk jugak enjoy bagai.Lepas ni aku akan sgt busy dgn buku.Entry ni pun dah simpan 2 minggu
5)Tadi baru habis program di Rumah Kasih Harmoni.Jumpa anak anak yatim sungguh menginsafkan.Terima kasih adik adik :')

Ini Amir.Dia suka saya dukung dan saya suka dukung dy weeee!



otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 4 May 2013

Analisis PRU13 Part I:Sebelum 5 Mei 2013

Assalamualaikum.

Eleok benarlah kali ini aku terus ke topik.Setipikalnya blog ak,ak akan bermukadimah panjang 3-4 perenggan dahulu dgn teknik sentap dan meroyan kosong.Kali ini kita ubah.Aku nak straight to the point memandangkan aku mula menaip tepat jam 1.26 pagi 4 Mei 2013.Ini Kalilah!

Sbenarnya,aku telah sengaja menyibukkan diri dlm arus eksaited awam PRU13 ini semenjak tahun lepas.Bila mana Najib umumkan PRU13 (lambat gila -.-') masa2 aku semakin hampir Pro exam,ak yakin aku abaikan saja perkembangan politik memberi laluan kepada study.Namun mustahil,aku tak pernah mampu utk beraksi seajaib begitu.Tanyalah budak rumah aku apa aku buat masa dyorg tgh study.Cepat2 ambik port paling laju wifi UiTM (tempat rashid) utk livestreaming ceramah ceramah politik.Kalau tidak pun,aku akan mengkaji kerusi kerusi panas Parlimen mahupun Dun setiap negeri.Dari trend tahunan,taburan penduduk sehinggalah bakal2 calon bertanding.Keji sungguh sikap tersebut.

Sebelum bermula biar aku tegaskan sesuatu.Oleh kerana aku Pro Pakatan Rakyat,barangkali ada bias di sesetengah perkara.Tp awas,aku bukan taksub dan taqlid buta semacam macai2 yg bersepah di alam maya facebook.

PRU12 pd 2008

  • Barisal Nasional : 140 kerusi dgn 4,082411 undi (50.27%)
  • Pakatan Rakyat : 82 kerusi dgn 3,796464 undi (46.75%)
Ulasan:
Perbezaan undi yg sangat sedikit iaitu kurang dari 5%.Tetapi bila dilihat dr sudut kerusi perbezaan sungguh ketara iaitu lebih dr 30%.Pelbagai faktor terutamanya jurang pengundi yg tidak sama dan juga hasil pemetaan semula pilihanraya setelah BN mendapat majoriti 2/3 pd PRU11 2004.(Tiada pemetaan semula PRU13 setelah BN gagal majoriti 2/3 PRU12).Sabah dan Sarawak yg menjadi defisist tetap BN sukar ditembus.

Harus diingat satu perkara lagi,PRU12 tidak wujud lagi Pakatan Rakyat.PR wujud selepas keputusan diumumkan.Bermakna kempen dan strategi pembangkang ketika itu tidak sepadu dan trsusun seperti PRU13.Pola kenaikan undi pembankang dr PRU11 berpunca dr anti establishment yg kuat bermain di kawasan bandar terutamnya Pulau Pinang.

Tsunami politik berlaku.5 negeri jatuh ke tangan PR (yes alhamdulillah) dan muncul adiwira2 giant killer seperti Nurul Izzah,Dr Jeyakumar dan sebaginya.

PRU13:Dimensi Baru politik Malaysia

Politik Baru begitu hebat dicanang dimedia akhir akhir ini.Ia pada awalnya banyak dipelopori wakil dr Pakatan Rakyat seperti Rafizi Ramli,Zairil Khir Johari dan pemimpin yg lain.Bila mana ianya semakin mendapat tempat pengundi,ia dipopularkan oleh BN dlm akhbar2 dan media elektronik.Politik baru adalah politik yg berasaskan fakta bukan menakutkan dgn sentimen perkauman dan keagamaan yg begitu kuat dimainkan PRU yg sebelumnya.Meskipun ianya masih dapat dilihat dlm PRU13 ini,politik lama ini lebih terkehadapan negatif dilihat kawasan luar bandar dan golongan warga emas yg kurang terdedah kepada maklumat yg sahih.

Bercakap tentang keadilan PRU,aku sumpah malas nk bincang.Gila banyak dan aku pun dah mengatuk tahap dewa.Cukuplah anda teliti apa sahaja yg diperjuangkan BERSIH (aku bekas peserta 2kali.HAHA) dalam beberapa siri sejak 2007 lagi.
  • Dakwat  kekal tak kekal.Walaupun TV3 cakap PR dah kantoi nak sabotaj,kita ada internet buktikan sebaliknya.Malah ada pegawai TUDM yg buat laporan Polis
  • Kemasukan mendadak warga asing.Negara kita bukan milik banglasia.
Pakatan Rakayat bersaing sengit.
Jika melihat pd kajian University of Malaya Centre of Democration n Election (UMCEDEL) terdapat perubahan pola peneriamaan rakyat Malaysia terhadap PR.Berikut adalah kronolgi secara ringkasnya
  1. laporan pd 19 Januari 2012 : 43% memihak BN,18% memihak PR dan 39% tak pasti
  2. Laporan Mac 2012 : 61% memilih Najib sebagai PM
  3. Laporan pd 23 Januari 2013 : 43% Najib,42% Anwar sebagai PM
  4. laporan pd 25 April 2013 : 43% Anwar,39% Najib sebagai PM
  5. Laporan pd 3 Mei 2013 : 42% kerusi dimemangi PR,41% kerusi dimenangi BN,17% terlalu sengit
Melihat terhadap peningkatan sokongan sedikit meyakinkan peluang ke Putrajaya.Ayuh kita halusi peluang PR mengikut negeri.Untuk membentuk kerajaan,PR perlu sekurang kurangnya merampas 30 kerusi lebih dr PRU12 untuk mencapai jumpa semuanya 112 kerusi parlimen.Kali ini kempen lebih tersusun berbeza dahulu yg sendiri2 menghikut parti.Tengok shj ceramah DAP yg disertai PAS di gelang patah.Ceramah PKR yg disertai DAP di gopeng.Dengan gerak kerja yg agresif matlamat ini sebegitu hampir.

PERLIS
Pada 2004,perlis tak mendatangkan keputusan yg membanggakan kpd komponen pembangkang.Kesemua 3kerusi parlimen disapu bersih BN.Di peringkat DUN pula,PAS hny mendapat satu kerusi shj iaitu di Sanglang.Peluang paling hampir dtg di parlimen arau apabila Dato' Haron Din tewas dgn majoriti tipis di tangan calon BN yg kurang terkenal.Melihat dr perspektif PRU13,peluang PR sebenarnya di perlis masih tidak sebesar di negeri utara lain.Lawan Dato' Haron Din kali ni underweight BN perlis iaitu Dato' Shahidan Kassim.Malau DUN sanglang di bawah parlimen arau pula ditandingi Ust Fathul Bari yg mungkin akan menggugat PR perlis.Bagi aku,Hanya P.03 Arau shj plg menunujukkan peluang.Padang Besar dan Kangar agak sukar ditembusi.

KEDAH
Kedah antara 5 negeri yg diatawan PR selepas PRU12.Namun melihat prestasi,Kedah dilihat paling terkebelakang dlm negeri2 PR.Masalah dalaman sedikit sebanyak diambil peluang kerajaan BN utk menghentam Kedah di arus perdana.Pada PRU12,PR berjaya mendapat 11 dari 15 kerusi parlimen dan 21 dr 36 kerusi DUN.Mengikut pecahan komponen,PR majoriti dimenangi PAS.Berbalik pd PRU13,PR Kedah di tahap sukar.Kehadiran mukriz mahathir (x-MP Jerlun) di peringkat DUN yg disebut sebut bakal MB dr BN sedikit sebanyak menggugat.Warga muda lebih cenderung di bawah kepimpinan golongan profesional seperti beliau.Malah kerusi DUN Ust Azizan bekas MB banyak diserang pihak lawan.Malah dgn kempen berterusan dr Mahathir sendiri begitu mengerikan.Namun,peluang terbesar dilihat dr parlimen Alor Setar yg mana PKR tewas dgn majoriti tipis kpd BN.Kalau bukan kerana ISMA/Berjasa yg sibuk bertanding juga,parlimen Alor Setar sgt besar peluangnya.Lain lain kawasan dilihat masih lagi di mood PRU12.Bagi aku keseluruhannya parlimen dan DUN di kedah tak banyak berubah.Parlimen Langkawi dan kubang Pasu masih di tangan BN.Parlimen Jerlun dan Dun di bawahnya bakal ada pertembungan sengit.

PERAK
Inilah negeri yg paling excited utk diulas.Haha.Negeri aku yg banyak kisah tragis nya.Pada PRU12,PR berjaya membentuk kerajaan negeri.Namun Hasil rampasan kuasa rentetan ADUN PR ada yg menjadi bebas pro-BN,BN mengambil alih tampuk pemerintahan.Ketika itu mood rakyat ditahap tertinggi yg mahukan keadilan.Buktinya PRK bukit gantang di mana Nizar berjaya dgn majoriti lebih besar dr penyandangnya allahyarham Roslan Shaharum.Lama kelamaan mood ini menurun dan isu rampasan kuasa kurang perhatian di Perak.Kerisauan ini ternyata meleset menjelang PRU13 apabila Perak menunjukkan mood UBAH yg sgt tinggi terutama di kawasana bandar.Melihat prospek peluang PRU13,PR perak dilihat mampu menambah lagi 5 kerusi parlimen menjadikan jumlah parlimen PR adalah 16 dr 24 kerusi.5 kerusi tersebut adalah Lumut,Tg Malim, Larut,Kampar dan Kuala Kangsar yg mana semuanya menunjukkan tewas tipis kpd BN pd PRU12.Malah di kuala kangsar,tindakan naib ketua wanita UMNO Datuk Kamilia yg bertanding Bebas memberikan peluang kpd calon PAS,Drs Khalil Idham.Lain lain kawasan yg tetap ada peluang PR merampas kerusi adalah Padang Rengas,Pasir Salak,Bagan Datoh dan Tambun.Kerusi2 ni tak lain tak bukan mendatangkan peluang disebabkan calon BN yg bermasalah bertanding.Tetapi PR menghadapi cabaran besar utk pertahankan Sg Siput.Wakil MIC yg juga bekas MP Camerron Devamany mampun memberi saingan kpd Dr Jeyakumar.

PENANG
Seperti diketahui umum,Penang adalah defisit tetap PR.Bermula dgn sokongan kaum Cina yg cepat merebak pd PRU12,PR berjaya menumpaskan GERAKAN dgn majoriti mudah.Pada kali ini PR dijangka kekal unggul di kesemua Parlimen kecuali Bayan lepas.Di Bayan Lepas terdapat pecahan gerak kerja PKR selepas penyandang Yusmadi Yusof tidak tercalon.Yusmadi buat kejutan menang di parlimen walaupun DUN dibawahnya semua dimenangi BN.Kali tanpa Yusmadi,PR dijangka sukar kekalkan kerusi Bayan Lepas.Namun kejutan mungkin berlaku di Tasek Gelugor.PAS berpeluang merampas kerusi setelah ada pecahan undi BN (ada bertanding bebas).

SELANGOR
Selangor juga ada defisit tetap PR.Dengan prestasi yg membanggakan,PR tiada masalah unggul lagi pd kali ini walaupun diserang bertubi BN melalui program Sayangi Selangor Yakini BN.Malah kali ini,ak berpendapat PR mampu merampas beberpa kerusi seperti Pandan yg ditandingi calon harapan PKR,Rafizi Ramli.Rafizi mungkin bermasalah jika BN meletakkan penyandang Pandan,Ong Tee Keat.Ong adalah MP BN yg bersih dan sukar ditewaskan.Najib yg menyingkirkan Ong bakal mendapat habuaannya:Hilang kerusi Pandan.Selain itu,PR juga berpeluang merampas kerusi Sabak Bernam.Melihat keputusan PRU12 yg tewas tipis dan ditambah pula calon PKR kali ini yg mantap (Prof Aziz Bari),PR dijangka merampas kerusi ini.Lain kerusi yg berpotensi dirampas adalah Sepang walaupun calon BN adalah orang kuat UMNO selangor,Ir Mohd Zin.Namun atas sabotaj dalaman (ada yg bertanding bebas),PAS dilihat berpeluang kali ini walau tidak sebesar di Pandan n Sabak Bernam.Lain kerusi Sg besar n Tanjong Karang dilihat sukar ditembusi PR.

WILAYAH PERSEKUTUAN
Wilayah menampilkan kerusi2 tumpuan.DAP dilihat tiada masalah mengekalkan kerusi tradisinya di Cheras,Kepong,segambut,Bukit Bintang dan Seputeh.Saingan dilihat di Lembah Pantai dimana lahirkan calon giant killer PRU12 Nurul Izzah yg menewaskan Kak Jat.Kali ini lawannya adalah bekas menteri wilayah sendiri,Raja Nong Chik yg semestinya menggunakan segala kelebihan yg ada.Di Titiwangsa,PAS dijangka mengekalkan kerusinya walaupun tanpa penyandang,Allahyarhamah Dr Lo' Lo'.Begitu bg calon PKR yg lain di kerusi Bandar Tun Razak dan Batu.Kerusi tumpuan segala tumpuan sebenarnya terletak di Parlimen Putrajaya.Dato Husam Musa yg pd awalnya dilihat bakal bungkus di sana mempunyai peluang cerah hasil kempen agresif nya.Namun,lawannya bukan mudah,Ku Nan disukai masyarakat setempat dan sentimen civil servant yg patut sokong BN kuat dimainkan di putrajaya.Satu lg kerusi Setiawangsa,peluang dilihat 50-50 (BN penyandang) setelah di pihak BN ad tentangan dr MCA setelah kerusi itu diserah kepada UMNO.

N9 n MELAKA.
Kedua dua negeri ini ada peluang yg cerah di kawasan bandar.Namun di luar bandar yg dimonopoli kaum Melayu,gelombang Ubah sukar menusuk.Melaka,DAP dijangka kekal di Kota Melaka dan PKR berpeluang  merampas Bukit Katil.Namun lawannya Ali Rustam sedikit sebanyak melonggarkan kempen ketua AMK kebangsaan,Shamsul Iskandar.Di N9 perubahan jelas di kawasan bandar,tp di luar bandar tidak banyak kesannya walaupun ceramah DAP mampu menarik puluhan ribu.Selain kekal di Seremban,Rasah dan Teluk Kemang,peluang PR  merampas terbaik datangnya dr Parlimen Rembau.Dengan majoriti 5ribu++ ianya tidaklah semudah yg disangka.Ditambah pula lawannya Khary Jamaluddin.Di kerusi lain dilihat kekal milik BN (PRU12,majoriti kesemuanya melebihi 10ribu)

JOHOR
Johor adalah negeri yg paling hangat kali ini.Cubaan PR menurunkan calon heavyweight dalam usaha utk mambawa tsunami politik di Johor bakal mendatangkan hasil terutamanya di Gelang Patah(Lim kit Siang x-MP ipoh timur),Segamat(Chua Jui Meng x-Menteri kesihtan),Kluang(Chin tong x-MP Bukit Bendera),Kulai(Teo Ni Ching x-MP Serdang) selain mengekalkan Parlimen Bakri bawah DAP.Lain lain kerusi yg berpotensi buat kejutan adalah Labis,Muar,Pasir Gudang,Johor Bharu,Batu Pahat,Lenggeng dan Tanjong Piai.Kerusi majoriti melayu dijangka kekal di tangan BN.

PANTAI TIMUR
Aku tak sempat nak kaji sebenarnya.Tp di Kelantan,kerusi Parlimen tiada perubahan dari PRU12.Cuma di Gua Musang mungkin ada kejutan setelah video Sultan Murka kpd Ku Li(calon BN) tersebar.Ibrahim Ali bakal bungkus.Fullstop.Terengganu langsung aku tak sentuh.Tapi harapnya ada kerusi tambahan terutamanya di Dungun dan Kemaman selain kekalkan Kuala Terengganu n Marang.Di Pahang,selain kekalkan Kuantan.Aku harap sgt Bentong jatuh ke tangan PR kerana jika ia terjadi,maka kita sama sama melihat sama ada Adnan Yaakob menunaikan janjinya utk potong telinga dan terjun ke sengai pahang.Please menang DAP!

SABAH SARWAK
Masa dah suntuk gila sebelum 5mei.Aku ringkaskan,Sabah Sarawak perlu menang at least 10 kerusi.Ianya tidak mustahil setelah kempen agresif dan Anwar Ibrahim sering turun padang kesana.Kerusi panas adalah Penampang,Beaufort,Sipitang,Sandakan,Kota Belud dan Kota MArudu di Sabah.Di Sarawak pula adalah Sarikei dan Miri berpotensi bertukar ke PR

Kesmipulan
PR boleh menang PUTRAJAYA,INI KALILAH.UBAH,SELAMATKAN MALAYSIA

Kepada ALLAH jua kita berserah.InsyaAllah :)



otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 30 April 2012

BERSIH 3.0:analisis dr kaca mata RM380 aku.

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya xde la banyak masa nk update mendalah ni.Serius busy dgn assignment bertimbun BELL492 n HPD112 yg tak sentuh2 lg.Bajetnya aku nk setel semua pd minggu pertama cuti dgn harapan aku boleh bermadu kasih dgn MD House di malam minggu kedua.Tak jadi nmpknya plan ini.Sentap menyendiri.Ok,sebelum ak masuk topik,ak nak promosi sket.Ak galakkan korg arahkan cursor ke kanan belog ak neh,lalu dicarinya 'inspirasi'.Kat situ ada link2 blog menarik.Sumpah menarik!.Aku first week banyak spent kat blog ni.Ada utusan dakwah di situ dgn penyampaian sesuai dgn usia remaja kita....^^

*Moga bermanfaat,InsyAllah..

"Tudya noh,aku pulak dok jaga anwaq dr tepi...."

Semacam begitulah ak terdengar sekumpulan pak cik (dr permatang pauh barangkali) bersembang masa singgah kejap di R&R rawang blk dr perhimpunan BERSIH3.0.Biar aku mengaku kat sini.Ya,aku antara ratusan ribu demostran yg ada di Ibu kota tempoh hari.Memang aku tahu ada pihak yg akan tak senang,tapi ni hak ak semacam jugak ak tak penah nafikan hak org lain nk buat pe dyorg nak.Cerita2 mmg banyk aku boleh bagitau lg2 dekt Arif Sahimin yg sungguh excited sejak kelmarin.Tapi di ruangan ini xde lah aku nk cerita penglamn ak di sana.Lebih baik cerita pandangan aku tentang BERSIH itu sendiri.Ingat,ini versi aku.Rasa2 diri yg jenis tak bolh dgr pendpat org,dipersilakan masuk blog papagomo.Barangkali anda gumbira benar di situ.

*blog aku bukn blog politik.tapi pabila isu umum itu dipolitikkan,maka aura itu terasa mungkin

Sebelum aku masuk direct ke dalam isu BERSIH,aku nak buat comparison sket.Biar terbukak mata besau2.Sila baca ini dgn pndagan hati.Bila ia dicampur persepsi mahupun perasaan negatif,maka tiada guna baca perenggan ini.Skip terus ke next perenggan.Tak pun masuk Papagomo terus lah senang. 


BERSIH vs Program kerajaan
1)Baju beli vs baju free
2)Makanan beli vs makanan free
3)Masalah lokasi vs suka hati (kejadah ape DATC pun boleh)
-masa sukarelawan mahasiswa hari tu,bpe percent ckp psl kesukarelaan,bpe percent ckp psl polisi kerajaan BN?.sila jujur.
4)Sukarela nk join vs kena paksa/bawak bas makcik2 kampung.
5)bajet sendiri vs bajet kerajaan a.k.a cukai parent korang.
-tapi di buletin tv3 ckp kami ditaja.Selagi xde bukti,ak tak percaya
6)kena tibai polis vs dpt kerjasama polis
7)kene balon media mainstream vs dpt promosi free media
-sekarang hangat kt TV 'jelajah janji ditepati' DS Najib.Janji ape?janji politik=menifesto.Ini politik,bukan program kerajaan.Harap maklum.
7)dll..
so di sini nmpak jurang antara 2 pihak.Sangtlah tak adil korang compare program antara dua nih.

Bersih adalah isu Global.

Banyak sangat lemparan negatif/fitnah yg BERSIH dapat walaupun program tu belum lg mula.Masa BERSIH 2.0,isu komunis,molotov,parang bla3x (masih ingat ??) dimainkan.Tapi bila terbukti tiada masa demo,xde sape nk minta maaf dengan fitnah sedemikian.Media senyap.Kalau anda salah seorang yg percaya dgn media masa itu,sila muhasabah diri.Aku serius!.Balik pd BERSIH3.0,bila isu cliche tu mcam dah tak lut,media tak canang kali ni.Hanya nmpkkan kebodohan kalau tidak.Maka kali ni hipotesis peniaga rugi,keamanan terancam,pelancong lari lebih banyak dimainkan.Ini logik.Memang betul.Tapi macam mana itu berlaku,nanti aku jelaskan.

Aku sebelum tulis ni,ak ambik masa sehari lebih baca banyak2 sumber.Aku bukanlah pak turut degr je sume org cakap.Even dlm bas ak blk kata 4 org mati lah,ak tak terus percaya.Aku senyap je.Balik rumah,bukak internet,google sendiri.Takde pulak yg ckp pasl mati.Yang cedra parah ada.So,ak lbh suka gantung pd usaha aku,mcm ak pergi sendiri BERSIH ni.Nak harapkan media?Puihh..Malang sekali media malaysia khususnya melayu mmg loser.Aku ulang,LOSER nak mampus.Sebagai bekas wartawan GeBU,ak mmg terkilan.Berita semua berat sebelah.Kalau cerita provokasi,biar cerita provokasi sampai hbs.Bukan tapis2 siapa buat provokasi.Kalau nk shoot pic masuk paper,jgn select2.Yang buruk je masuk,yang aman tolak tepi.Tu ak tak ckp lg bab fitnah lg menipu.Allah tahu,saksi mcm aku pun tahu.

*masa kat R&R (malam) ada jugak org taruk paper cina kat bench.(awal gila kan,tak sampai sehari dh publish).Dia tunjuk semua.Baik dan buruk.Ini nama dia ketelusan.

Persepsi dan Tuduhan

Aku senarai beberapa persepsi umum terhadap BERSIH.Biar ak pangkah blk satu satu.

1)Demostrasi aman tak pernah aman.
-Ini fakta guna akal tommy (kucing aku).Nak buat modal tipu makcik kampung boleh.Aman itu subjektif.Tapi,ak tarafkan borderline aman kali ini selagi tiada rusuhan dan pentempuran.Kita tgk media kata BERSIH tak aman.Gagal seperti didakwa.Tapi kita tak melihat punca kegagalan aman itu.Contoh,seorang budak menangis,rumah bising dan tak aman.Fakta.Adakah kita terus menghukum budak tu menangis tanpa melihat mengapa dia menangis?.Kalau peserta BERSIH mmg mahu merusuh,mengapa perlu tunggu pukul 4 petg?Mengapa 4 petg?Kerana waktu itu Polis sudah mula mengganas.Tear Gas,water canon, etc.Peserta BERSIH hny bertindak reflek mempertahankan diri.POLIS yg mulakan dulu.Aku sendiri kena gas tu.Sumpah pedih mata+berdesing telinga+kulit muka mcm terhakis+sesak nafas+batuk2.Kami hny pertahankan diri.Even kitorg dah nk balik,polis msh menggans.Kejadah?

Ia bermula dengan penuh aman.Semuanya bermula dengan tear gas dr inchik Polis...

2)Berdosa menyampaikan suara di jalanan/berdemo
-Memang tiada permit dr polis dan DBKL.Tapi adakah semudah itu terus menghukum ia adalah haram?.Di mesir,pernahkah Hosni Mubarak memberi permit untuk berhimpun?.Tidakkan.Tapi mengapa Yusof Qardhawi boleh mengeluarkan fatwa wajib turun menentang?Kerana pd waktu itu ketirisan jelas berlaku.Sama di malaysia.SPR dah kantoi.Pengerusinya ada jawatan politik dlm UMNO.Adakah mahu terus berdiam?.Maka electoral reform suatu wajar.Kami menyampaikan suara kami.Berbincang?Sudah berkali ditipu.Hatta secara demo mereka masih berdiam,apatah hny berbincg.Bukankah mesej sudah sampai?

2)Berdosa jika dibawah Ambiga
-Ini ramai keliru.Kami sokong BERSIH bukan kerana Ambiga.Ada yg post apa Ambiga dah buat (Lina Joy,LGBT,etc).Memang tak dinafikan semua itu.Tapi BERSIH melantik ambiga bukan kerana dia sebagai individu tapi kerana kepakaran beliau dlm bidg hak asasi dan guaman.Sama jugak kalau najib yg beragama Islam menolak hukum hudud,adakah segala program2 dy lain semua tak boleh pakai?Aku sokong gagasan 1malaysia ape.Sekalipun bukn Ambiga pengerusinya,ada jaminan BERSIH ini dibolehkan?tidak..najib mulut bercabang.Tahukah di zaman rasulullah Hilf al-Fudul pernah diketuai seorang kafir quraisy.Mengapa Rasulullah tak menolak?

3)Pengaruh politik
-Ini memang ada kesilapan.Pertama,pihak kerajaan menolak walau turut dipelawa.BERSIH bukan agenda politik.Tapi bila disertai satu kumpulan politik sedgkan satu lg tidak,ia mmg nmpk politik.Bayangkan BN join sekali.Isu ini akan dipolitikkan tak rasa2?.BERSIH menentang ketirisan dlm Pilihanraya yg sudh terbukti.Maka,bila BN menolak,semcam nmpk mereka menyokong ketirisan itu ataupun mungkin mereka sekali terlibat secara langsung.Kedua,pihak pembangkang terlalu mendominasi BERSIH.Ini salah.BERSIH gabungan 84 NGO.Sepatutnya sama rata shj layanan parti poltik n NGO yg lain.Anwar shj berucap sudh cukup rasanya.Bg juga peluang NGO yg lain.Kesilapan inilah sedikit sebanyak menampakkn lg pengaruh politik dlm BERSIH.Boleh diperbaiki lain kali.

4)Tempat
-Biar aku ulang balik.Najib mulut bercabang.Mengapa?Masih ingat BERSIH 2.0?Bila setuju dibuat di stadium,banyk pula syaratnya.Menjaga kesucian sejarah Stadium Merdeka kata Pak Menteri.Tapi adakah dia buat2 lupa Justin Bibir,Marih carey yg seksi n etc pernah mengguna stadium yg sama utk benda laknat konsert hiburan?Sejarah tak tercemar kah itu?Bila BERSIH 3.0 mahu buat di datran Merdeka boleh pulak ditawarkan Stadium Merdeka kali ini.Apa masalhnya?Perhimpunan Hijau di Padang MPK4 yg lalu aman je.Tiada provokasi.Aku nmpak benda ni hny putar-belit-alam nk mainkan isu.Hatta BERSIH nk buat di rumah ambiga sekalipun diorang akan mendakwa anak kucing jiran nk tido tak senang.

5)Polis
-Polis memamg rakus.Tapi aku tak slahkan semata mata polis sbb mereka hny dpat arahan.Tapi apa lah salahnya mereka melayan demostran dgn lbh baik.Sedangkan perompak yg sudh ditangkap tak boleh dibelasah,apatah lagi demostran yg tiada apa senjata.Bukan side aku saja yg ckp benda ni.Side najib ckp benda yg sama.Nah baca link brader UMNO ni.
-Lagi sentap,aku ada jugak dpt tau ada SB(polis) yg menyamar utk mulakan provokasi.Aku berlepas tangan dgn dakwaan ni.Kalau betul,pegi mampus la polis.Kalau slah,sila nyatakn bukti dakwaan.Banyak jugak org dh tunjuk bukti2 di Fesbuk.Pengakuan S/U UMNO bandar tun razak plg menyentap.kejadah la.Tengok sini

Kami berusaha seaman yg mungkin dan mengikut kata Polis...

Tapi...

Ini yang dibalasnya...=(


6)Kena langgar Polis.
-Yang ini antara isu terhangat.Media dok canang 24 jam tak hbis2 benda ni.Ak xtau sgt,so ak bg link Ameno World .Dia ni antara blogger PR yg matang.Kalau salah,tetap salah.Kalau betul,memang betul.Cuma ada yg dia tak ulas yg buat ak pun terpikir 2-3 kali jugak.First,mcm mana kereta polis boleh masuk dgn laju dekt tgh2 org ramai.Second,tak dinyatakan sebb apehal demostran kat situ mengamuk.Ak yakin mesti ade cerita disebalik tu.Third,merepek ape polis yg bawak kereta pakai helmet?Dia mcm dah ready nk kena hempuk je.Ada SB start provok dulu ke pastu diikuti org ramai ?.Banyak tanda tanya.Nilai sendiri.
-Even ada ketegangan,itu bukan maksud BERSIH.Majoriti mahukan perhimpunan aman.Buktinya,ada juga demostran yg jaga polis keluar kereta dr terus dbelasah.

*ada video di youtube.Cari sendiri.

7)Media
-Macam aku dah tulis mula2 tadi.Media mmg loser.Maka tak hairanlah kebebasan media di malaysia di ranking 122 dr 179,dibawah timur leste (86) yg merdeka pd tahun 2002.Sadis sungguh Malaysia.Media tak habis2 cerita pasl sorg polis yg kena hentam oleh suspek yg diragui peserta BERSIH,tapi tak pulak cerita beratus-ratus demostran yg lain kena hempuk lg dibalon oleh polis penuh rakus.Kat youtube belambak video boleh tengok.Kami tak bawak apa2 semjata.Polis siap ada semua kelengkapan.Adil la please.

*Tapi ak dpt tau jugak ada wartawan yg kena balon polis .Tak semua media itu rakus.Senasib polis juga barangkali.Hanya mendapat arahan dr atasan.

Kan dah kantoi.Kalau tak menipu,itu bukan media malaysia.

Ramai gila orang.Ini baru satu lokasi.Bukan lokasi utama pulak tu.Tapi media ckp hny 2-3 ribu org...=,='

*Aku ada bnyk lagi video.Malas nk upload,lama gila nk tunggu hbs upload seketul2.

8)Engkau mahasiswa,pi belajaq dah la...
-Ini mulut memang aku dr dulu nk sekeh.Tak profesional sruh 24 jam study.Mahasiswa sisip pandangan dia berbeza.Selalunya pandangan dyorg berdasarkn apa yg diperhati bukn diwarisi dr parent.Daripada suruh mahasiswa tak join politik,mengapa tak suruh mahasiswa ubah stigma politik itu sendiri.Sampai bila kita mahu hanya mengikut arus.Sebelum sampai ke muara,apalah kiranya kita pasang benteng supaya tak sesat di tengah lautan?.Setahu aku,mahasiswa yg berpolitik adalah mereka yg punya kesedaran akan masa hadapan.Yang concern tentang negara.Menghalang buah fikiran mereka hny melepaskan satu butir pandangan yg mungkin ubah negara.

9)Peniaga rugi.
-Masa BERSIH 2.0,persatuan penjaja dakwa ratusan juta rugi di KL shj.Usaha kelentong itu nmpaknya memperbodohkan persatuan terbabit.Maka kali ini diorang senyap menyepi.Ak saksi sendiri.Peniaga mmg untung.Aku sempat interview Aci keling jaga kedai kat stesen KL.Dia menolak dakwaan media.Mekdi habis walaupun belum malam menyinsing.Gerai makan mmg penuh.Hatta Nando's yg mahal pun boleh melimpah sampai ke luar.Kedai pakaian hari2 pun bukak.Petaling street ada juga peniaga ambil peluang jual kasut bagai.So,mana ruginya?Rugi pabila ada juga peniaga terpedaya dakyah di media.Banyak juga kedai tutup.Sangkaan mereka akan ada provok.Terlepas satu lubuk emas rupanya.

Ahahahaha.....1Malaysia kena tipu.

10)Pelancong asing
-Aku tak tipu.Pelancong asing 'enjoy' bersama kitorg.Memang ada yg nmpk tak selesa,tapi majoriti aku jumpa adlh dyorg yg sama-sama aku berlari dr teargas itu.Sama-sama share garam n air nk hilangkan pedih.Dyorang lah di barisan hadapan snap photo buat kenangan.Ada yg romatik,si lelaki (irish rasa aku) menjerit penuh girang pd si aweknya di atas bengunan apa yg dy alami.Ketawa kedengaran.Semacam sudah biasa.

********************************************************************************

Satu perkara yg paling buat aku terharu adalah semangat perpaduan mmg utuh.Melayu Cina India berlari sma2,tolong sama2,menyorok sma2.Semangat ini adalah praktikal yg terbukti.Sekadar teori 1Malaysia Najib tak mampu menafsirkan keutuhan perpaduan ini.Dyorang semua tak kenal satu sama lain,tapi bila berarak bersama,bersembang seolah2 sudah lama kenal.Aku kagum.Satu lagi perkara,Cina India paham fungsi masjid untuk berlindung.Memang nmpk dyorang trut sma dengan org Islam yg lain di sekitar Masjid Jamek.Semoga toleransi tak langsung ini buka hati mereka akan keindahan Islam.

Aku rasa setakat itu dulu.Penat aku cari idea tulis mendalah ni.Pengalamn aku yg berasak-asak berpuluh kilometer (bajet) mmg tak dpt dinilai.Biar letih,biar terbakar lemak,biar menitis air mata berharga aku,asalkan kenangan ini boleh aku simpan.Ini hanya sekecil perjuangan aku yg mungkin diperlihakan sebagai tindakan bodoh dan sia-sia oleh segelintir pihak.Sekurangnya kami berusaha.Aku bersama rakyat Malaysia yg lain mahukan perubahan !

Brader ini paling menarik perhatian aku.Gambar tak jelas sbb ni format video.

Sumpah isu ni dah basi.Peduli apa aku?.Aku nk buat kenangan bila aku jd menteri kelak.(berangan).Kalau aku rajin aku cerita lagi.Ini mmg dah mencabul polisi blog aku.Bajetnya aku mahu cover2 sket.Geram barangkali....Ok,Allah jua aku kembali dan berserah.Dia tahu segalanya.Wallahu'alam.Wassalam...=)

Sumber lain dr media antarabangsa yg telus
1)Wall Street Journal
2)Al-Jazeera
3)The Sydney Morning Herald
4)Hilal Asyraf (dia kat jordan,oversea lah jugak tu kan...=,=')




otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 25 January 2012

Aku agak serius entry ni.

Assalamualaikum..

Sejujurnya aku sangat malas nak mengupadate blog sepanjang minggu ni.Sumpah stress.Sudah lah perancangan jadual study xmenjadi,yang dibaca pula xnak melekat pulak.Untuk hari ni,ak sepatutnya dah habiskan anatomy General module.Tapi semasa aku tengah bergomol2 dgn akudanstetoskop ni,ada lagi 4 tajuk embriology tak diusik.Maka,secara teknikalnya,jadual hari2 mendatang juga akan terkesan.Oh,loser.Baru sehari je...=,='

Memandangkan keadaan aku yg kurang stabil,entry kali ni yg sewajibnya panjang terpaksa aku pendekkkan.Sentap?.Ada aku kisah?.Isu kali ni memang panas,BTN.Kalau ikut kan memamg kena balon dgn aku.Tapi tak lah tergedik2 aku nak memebebel panjang dek masa yg suntuk.

Ok,jumaat lepas,habis je PT3,xsempat nk makan hape pon,terus kami diherdik menaiki bas menuju ke ulu sepri,kem BTN.Sadis.Perjalanan cerita kehidupan di kem,aku harap korang boleh bayangkan sendiri.Tipikal-tipikal saja.Ada best,ada tak best.Makanan n lokasi dy memang superb.Jurulatih pon cool.Apa yg aku lebih tertarik nk kongsi ialah tentang pengisiannya.Seperti dijangka,perkara perkauman n politik hangat dilanyak dan disuap kpd golongan mahasiswa.Walaupun cuba ditutup dgn pengenalan module baru,1 malaysia,ianya jelas gagal dibendung pabila pendokong2 program adalah dari golongan tegar najib dan rosmah.mah mah mah...

Aku tiada masalah dgn isu yg dibawa,iaitu mahu memajukan orang melayu.Tapi yg pelik,mereka spin pulak promote BN dan menghentam kaum lain terutama cina.(Flashback:aku tukang maki hamun racist.)Bagus lah nk majukan melayu kan.Tambah pula orang melayu sekrang mmg jauh terkebelakang.Tapi aku memang kritik cara mereka berdepan isu ni.Menyalahkan pihak lain tanpa melihat kesilapan diri.Kenapa pulak melayu miskin tapi cina pula disalahkan?Siapa yg malas?Siapa yg memilih kerja selama ni?Melayu banyak merempit,tak kan nak ajak apek join sekaki dulu baru melayu tu hebat martabatnya?Pemikiran kolot ni lah yg akan merosakkan bangsa.Loser.Apa yg aku nampak mereka sgt spektical dgn orang lain.Maka tak hairan lah fitnah-fitnah xmasuk akal keluar dari mulut mereka.Lucu.Tapi itulah identiti melayu kan?Fitnah 24 jam.

*yang xboleh bla,fitnah selangor kristiankan pelajar uitm.wakaka.!*


Ni la bilik kitorang dapat.Selasa la atas kapasiti 'kem'

Bendera group aku.Take note,aku yg lukis ok?

Lepas tu,apa kaitan majukan bangsa dengan sokong kerajaan?Kenapa mesti promote najib?Kenapa tak pulak promote perjuangan yg dibawa?Perjuangan tu tak semesti didokong satu pihak.Masing-masing ada ideologi n fahaman.Kenapa perlu sempitkan skop?Memang diakui,pihak sana banyk memperjuangkan bangsa,tapi ni zaman globalisasi.Bukan sekadar itu dinilai.Banyak lagi isu-isu nasional perlu diambil kira sama sebelum perjuang ini dibawa dalam wadah mereka.Rasuah,hudud,fitnah sape nak jawab?kalau nak bincang skop parti,bincang secara total,bukan sekadar martabat bangsa.Ini isu perjuangan bangsa,bukan perjuangan parti politik.

Lagi satu,aku masuk kelas PKPK (mcm LDK la) memang segala ceruk hipokrit ada dlm cell2 badan,aku kutip satu persatu.Memang bermadah saja aku depan faci.Dalam hati Tuhan saja yang tahu.Bukan aku tak mahukan nyatakan pendirian,tapi faci telah menetapkan satu 'tahap' yang mesti dipatuhi n tak boleh dibantah.Bila ada saja bantahan,ada saja jawapan2 pelik keluar menegakkan hujahnya.Memang aku malas nk  lawan.Ikut aje la.Sungguh close-minded dan kuno.Sepatutnya,kalau ikhlas perjuangkan perkara ni,mereka perlu open dan dgr pendapat org lain.Mungkin solusi yg lebih baik dapat dibncang bersama.Kalau tak,benda ni hny menjadi perbincangan seorang diri,tapi zahirnya dua pihak terlibat.Ini memnag loser.

Soal ceramah pulak memang bosan.Buktinya ramai yg tidur.Ceramah dari dekan je yg menyentap semangat aku.Yang lain,xde isu tapi bawak isu-isu merepek.Sapa la nak dengar.Cuma ceramah yg terakhir,semangt la jugak aku dengar.Bukan sebab aku rasa bagus,tapi setelah aku tersedar banyak muslihat licik yg dibawa dlm cermaah.Aku pulak enjoy meneliti muslihat2 tersebut.Terasa di alam puzzle.Kadang-kadang memang kesalahan ada dibuat,maka wajarlah ditentang.Tapi aku nampak benda ni dr skop lain.Mereka sgt bias.Bila diri sendiri buat salah,tiada mufti nk tegur,tiada media yg canang,tiada polis nak bertindak.Bila musuh yg buat,dari pagi sampai ke malam cerita kesalahan orang tu je merata-rata.Ini perjuangan.Sila ikhlas dgn perjuangan tanpa melihat siapa anda perjuangkan.

fail aku dapat:gagasan mulia cuma cara tak kena

Ok lah,nk tido.esok ada lagi biochem 15 chapter + hutang 4 chapter embriology hari ni.Aku harapkan doa dari korang semua.Maaf jika ada terkasar bahasa dan yang terasa.Ini hnay ekspresi spontan aku yg hina ni terhadap isu bangsa n negara...=)

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 4 December 2011

hidup melayu ! Antara teori dan realiti .

assalamualaikum...


aiseh men,cpat masa berlalu skrg...diam xdiam dah dekat seminggu ak msh menyimpan isi2 ceramah minggu lepas.cis!mals betul rasanya nk ulas...siyes,ak dah hilg mood...(=,=)'!Tp bru tdi de sorg mamat,Fiq(bukn nama sebnr) m'ingatkan ak kembali...ok2...nti free2 ak update la...

Ok,seprti yg korg taw,aku ada janji kalau ceramah yg ak dtg las week de xpuas hati,akn ada entry khas kan?rujuk kat sini .Otak mls aku sntiasa sedaya upaya dgn gigihnya untuk melupakan perkara tersebut.Ya,dgn masa yg suntuk,PT yg mkn hampir n ditambah pulak keadaan ak yg agak ketinggalan dlm kelas SGS (sumpah ak blurr msuk kelas ni...lagi2 microbe hari tu...=,=') agak membantutkan ak untuk tergedik2 bajet bnyk masa penuh lapang m'update blog ni...Hatta semasa ak tulis ni pon,klo ikut jadual study ak (bajet je la..xyah kagum dulu),ak sepatutnya tgh menelaah tajuk spirochetes yg berbelit2 tue.Tp awas,ak jenis yg berpegang jnji orangnya...xde kamil kalau hny kata2 yg dusta....(pppfffff!!!...=,=")


*mukadimah pon ak xmasuk lg..agak pnjg nih!(ambik ko taufiq,nk pnjg sgt kan...haha!)

ohh,sebelum ak lupa,dlm link kat ats tu jugak ak de ckp psl signature kan?sori lah klo korg selama ni mencari2 signature tersebut...(macm la ade org cari...alahai~)mmg xkan jumpa la sebb ak dah delete mendalah tu ats sebb2 tertntu...dah la buruk,pastu spoiler plak...mmg tak la nk masuk blog ak kan...

it suppose to be like this

tp cacat like this

*yg ni pon belum mukadimah lg la...

wokey,nk masuk dah ni...jeng3x...korg klo de rasa nk pgi toilet ke,lapor ke,setelkan dulu mne patut.Nti terganggu emosi dek melayan blog ni,ak xnak bertnggungjwab.(erk?!!...=..=!).sblom korg proceed,ni ada amaran ikhlas penuh manja dr ak nih,korg tgk tajuk sat..agak2 klo sensitif bab2 nie...xyah la baca sampai hbs.Stop sampai sini.Aku merayu ni oii!Jgn sebb pendpt ak ni,nk tacing2 ngan ak lak..sori,ak mmg xmemujuk sifatnya...bg mengelakkn kehampaan melampau,ak suggest korg yg dah merasa symptom2 xseng duduk baca title sila msuk link2 nie...CN atau pon DJ !best kot untk menghilgkan tension...!

*so,spe2 dah melepasi thp ni ak harap dia seorg yg open-minded n dpt terima pendpat org lain..=D

Ketuanan Melayu,perjuangan atau permusuhan ?

Wokeyh pembaca2 yg open-minded sekalian,

Sbgai intro ak terg la sikit pebende ceramah tu.Ekceli ceramah tu mmg dlm silibus HBU 111 @ Kesatria Negara (first year UiTM wajib amik ok?!awas spe yg ckp ak semngt kawad...=,=").Dalam total 28 jam kredit,4 jam ceramah ni mmg bnyk membntu bg spe yg msh tercungap2 mncari credit hour bg mengelakkn kne repeat nex sem.Even ak xpenah pontg,sengaja ak dtg jugk ceramah nie.Al-maklum lah,membe2 ak (medik semua) sgt skema dan gentar untuk pontg walaupon dyorg mmg dah knfm pass.Aku just ikut flow semasa...haha.(bijak bukan ak menyandarkan keskemaan diri kpd stu batch?!...=D ).Ceramah tu pulak ade 2 sesi yg berlaianan tarikh.Satu pasl patriotisme/ketuanan melayu n satu lg psl kerohanian.Ceramah kerohanian agak kurg 'panas' untuk diulas.So,ak hny fokus ceramah patriotisme yg disampaikan oleh En. Azmi(bukan nama sebenar) dr pusat ko-kurikulum.

*ceramah kerohanian tadi ak dok luar n xdengar pape pon.Ni yg 'best' kne tinggl n dtg sorg2 nie...=,='

Bagi mengelakkn entry ni nmpk serabut,ak ringkaskan mengikut point ape yg menganggu fikiran ak sepnjg ceramah berlangsung minggu lepas...Pengenalan subjek reading n critical thinking yg berkod BELL 462 barangkali mnjadi penyumbg utama bg ak untuk menilai sesuatu info secara kritikal n tidak secara melulu.

Secara kasar perlaksanaan majlis n tingkah laku penganjur .

1)En Azmi,the presenter.
seorang yg berwawasan dan mempunyai pandgan yg kritis dan sinis dalm sesuatu isu terutama isu kebangsaan (bukan kenegaraan ok?!beza tuh).Pandagan dia ak hormati walaupon lebih 70% ak sama sekali xsetuju.Mungkin pandgan beliau diresapi suasana pembelajaran dan sekililing ktika usia remaja beliau.(percaya la sgt teori ak ni...)
Seorang yg pandai membuat jenaka n suasana ceria dalm dewan.Cuma apa yg kurg disenangi,teori2 beliau kdg2 sgt xlogik untuk dikelentong kpd para mahasiswa.Aku expect dy akan bg 'lebih' dr hari tue.Impaknya bg ak kurg menyengat kalo ak di pihak dy.

2)Komander Kesatria
merupakan golongan2 teringgir yg menagih perhatian dr ktorg (terutama yg perempuan).Ya,mereka mmg berkuasa kpd setiap platun.Tapi kadg kala sikap terlebih-lebih berkuasa mnjadi punca symptom2 menyampah timbul di benak hati.Bukan semua,tapi majoriti.Nila setitik,rosak susu sebelanga bak kata pepatah.(solute to komander Faridah kali ni walaupon dy suke point rambut ak time inspection).Berbalik pd situasi minggu lepas,ak ringkaskan sprti berikut.
 -Hangin xtentu pasl seblom ktorg masuk dewan.Ak dtg awal ok?!tu pon kne jugak.Cis!Pastu ktorg yg tgh blurr ni kne marah2 pulak kat dlm sebb xtaw nk dok camne.Klo de briefing or sowateva dulu xkesah la.Ni terus melenting.Dari xcun terus lemau n xmenyelerakan.Klo bg arhan cara baik kan lbh sempurna hasilnya.Anda tenang,kami senang. =)
 -Seorang komander perempuan minta budak laki angkat kerusi letak luar.Itu hny statement.Isunya dia mintk dgn cara kepala lutut dia.Tanpa hujan ribut,terus menjerit mintak susn kerusi.Perlu ke nk mnjerit ?.Sila sedr yg anda sedg meminta pertolongan n mnjadi hak ktorg nk tolg atau tak.Cara dia meminta 'tolong' dgn menjerit menybabkn segelintir boo kat dy.Wakaka.that was the best part ever.Ego yg tinggi barangkali n xnak kalah,dy menjerit lagi kuat...hahahaha.lawak2...tp last2 dyorg tolg la jugak kan..sian kat dy...tu pon sebb de komander lain kat tepi yg mintk tolg ktorg dgn cara lbh sopan...itu yg sepatutnya.
 -Komander pembaca doa.Dia baca doa dgn salah.Ikut pemahaman ak skit2 dlm arab,ak fhm ape mksud doa slh yg dibacakan tue...meminta kpd Allah penghabisan hidup dgn keadaan yg buruk.Pastu disambut amin oleh ribuan student..ngeh3...xpe,yg pntg niat lain kan.Mgkin komander tu keliru kot...sbb tu lbh digalakkn baca dlm melayu.Baru paham n bolh nak hayati.Bnde ni xde maslah pape pon.Tp klo bolh teliti dlu bnde2 yg nmpk remeh cmnie...=)

3)Majlis pulak berjalan ok je.Cuma start nya terlalu lmbat.Dekat sejam kot tunggu.Maybe ni salah student jugak yg terhegeh2 jalan n lambat sampai.So,bukan total slh komander sebenarnya.Tp klo ak komander,teruska je la..nk tunggu xperlu la sampai dekat sejam.30 minit bolh consider lg.Kesian budak medik yg skema tdi dtg awal.Hahahaha....

Komander2 ni xde kaitn dgn cerita ak..sekdr gambar hiasan

Isu dan isi ceramah

Tajuk asal ceramah ialah Patriotisme.Mmg lega la bile dgr dy ckp camtu mula2...Tp biasalah tu,hny 'menutup' sentimen yg hendak dibawa..ah,ak dah masak dgn benda2 cmnie....Ak expect ble ckp pasl patriotisme isunya pusing2 pon pasl negara,semangat,perpaduan,tokoh2 negara,politik kenegaraan (bukn politik kepartian) n dll.Ak xde masalh dgn mendalah nie.Ak sokong lg ada la..Mmg nmpk kurg dlm jiwa muda mudi skrg.Tp sebaliknya platform ni digunakn habis-habisan menentang opposition n setimen perkauman yg dimainkan.Klo korg dah lama baca blog ak ni,mmg korag dah tau ak akan sumpah2 spe yg main isu racism..kita nk duk aman damai,bukn nk bangkitkan sentimen perkauman.xyah gebang la pasl 1malaysia n perpaduan klo camtu.Mengapa mesti patriotik bangsa melayu bukn patriotik bangsa malaysia??

'oi,ko bangsa ape eh?xbangga ke jd melayu?perjuangkan la sket hak bangsa kita nih...'.tny si A kpd ak

'oi,ak bangsa melayu lahh...bukn nk ckp ak xbangga,tp msh belum bangga...xpayah la kan ak bg statistik jenayah or sowateva.Jgn gebang pasl hak la klo bangsa sendri dok kutuk2 bangsa lain n bukn nak majukan bangsa sendri.Knp kita selalu sgt tengok kesalhn org lain sedgkan berganda2 kesalahn n kelemahan kat diri kita?',balas ak kpd A

*pebualan ni ilusi maya ak sahaja.harap maklum

Itulah realiti.Bangsa yg plg kuat tgk kesalahn org lain ialah bangsa ak.Kita selalu sgt berdepan isu yg melibatkan bangsa dgn provokasi n menggunakan 'azimat' perlembagaan sebgai pelindung kelemahan.Sgt susah nk tgk kita berdepan degn ilmu dan kecemerlanagan.En Azmi bnyk kali ckp pasl org cina kuasai ekonomi.So wat  with that?nk suh ak jawabkan ke?ya,org melayu mmg pemalas.Kita bising org cina kuasai ekonomi tp kite jugk xde usaha nk memajukan ekonimi bangsa sndri.xyah bg conth jauh,klo korg pgi kedai cina pastu compare ngan kedai melayu.100% servis dy xsama.

*aduh,baru stu point.pnjg giler kot..ak mals dah nie...=,='




patriotisme itu perlu

okey,ak ringkas kan je la pe en. Azmi ckp ary tu..
1)Peristiwa 16 mei.Aduyai,motif encik (sopan nie..) bawak cite ni kat ktorg?Langsung tiada rasional melainkan hny menimbulkan blk semngt racism.So,encik nk melayu cina gaduh blk la ni?Apsl org melayu ni suka sgt berdepan satu isu dgn samtin yg negatif?knapa xpromotkan perpaduaan dalm kalangan rakyat malaysia?siap bawak fakta2 aneh lg mcm ckp org cina tayang kemaluan ramai2 kat melayu.Ingat ak nk percaya?pastu ckp org melayu penuh adab sopan meninggalkan lokasi tnpa menentang...haha,ingt ak nk percaya ke?

2)Sanggup bagi kekayaan negara hasil titik peluh kaum cina supaya dyorg dpt blk negara asal n org melayu start blk ekonomi mcm dulu2.Pergh,ni mmg lucu..Analogi semangat kemelayuan plg *&$#@!!Katanya lg sanggup makan ubi kayu blk jnji tinggl melayu je kat malaysia ni...haha,sanggup ke bhai?ni zaman ipad,galaxy (nset baru ak) pastu nk suh ktorg mkn ubi kayu mcm dulu?hahaha..ak xphm apsl la racist sgt sampai buat statement2 bebal mcm ni?knpa sush nk tawarkan solusi yg positif n make sense kpd mslh perpaduan ni?Ayyoyoyo...Negatif + negatif =2 x negatif.Negatif + positif = neutral .

3)DAP n Gerakan xpernah gaduh?.Haha..ape la..klo x,penang skrg xjdi isu la beb.Jgn buat teori2 aneh la...pastu bg alsan sruh semua melayu bersatu.Apsl mesti melayu?Melayu tu dlm nye mcm2 ragam ada.Knpa x bersatu dlm islam.Teras islam pon antaranya konsep 'ummah'.Pekung sudh dibuka,tp still nmpk perpaduan dalm bangsa.cis!

4)Sekali lagi,lawak mengong di beri.Orang melayu bersama-sama kencing kat singapore sampai tenggelam.Yang hairan,ada jugak yg gelak...=,='!Ni lawak bodoh n mmg xmelambgkan tamadun.Kanak2 tadika bolh la buat lawak cmnie...org mcm ni nk pertahankan hak??korang boleh yeay?(lama xgune ayat no doe...)

5)PM bukan dari melayu mungkin terjadi.Hello,bnde ni sgt impossible okey?!.Ni sume symptom2 golongan yg berpaksi kpd bangsa dgn bwk fakta2 melalut.Hanya menampakkn kebengapan diri.Mmg perlembagaan xkata mesti melayu jd PM,tp tugas PM antra lain menasihati sultan termasuk hal2 agama.xkan la kapir nk nasihat sultan?Lagipon DAP dah ckp dyorg xnak jawatan ni.Rujuk hujah2 dyorg kat sini.Korg xyah risau.Bnde ni mustahil kot....

6)Nameewee.Yang ni mmg panas!Aku bukan back up mamat nie.Dia pon penah buat konterversi dlu psl lagu Negarakuku dlu...err,korg dah tgk blom video tu?ak suggest korg tgk sndri n menilai tnpa apa2 sentimen dlm pale otak.Sejujurnya pd pendpt ak,dlm lagu tu bnyk yg betul n dah knfm ada yg slh(tp yg pasti lagu ni best..haha).Salahnya dy perli kutuk org islam yg bertudung n azan pagi2 subuh pastu gune ayat kasar.Ingat,dy seorg kafir n xtaw pasl islam.Salah tetap salah,hukuman pon dah bagi n dy dah mintak maaf.Cuma bnde yg kita msh xbuat2 ialah penjelasan kpd org2 kafir tntg dasar2 islam.ops,lupe satu fact...org melayu islam sndri pon msh ramai yg xtaw...=,='!Dlm video ni pe yg bnyk ak nmpk luahan2 hati seorg rakyat malaysia terhdp dasr2 negara.Isunya logik n rasional.Conthnye psl tempat kaum cina di IPTA.Ramai yg cemerlang,tp kne msuk private.Last2 dyorg involve jugak dlm memajukan malaysia.So,no wonder la dyorg xpuas hati.Mmg org melayu ada hak.That why ak ckp tdi bnde ni sume perlukan penjelasan oleh kerajaan.Ada timbang taranya.Okey,nameewee pon dah nytakan kemaafan dy.So,kita org melayu knp selalu sgt bersikap terlalu menghukum?Tolong la (dah bpe kali ak ckp daa..) tawarkan penyelsaian kpd masalah...bukn bangkitkan lg masalah...adoii2..ni la penangan otak2 bebal si racism.Kata en Azmi,org melayu xkan lupa negarakuku, n mameewee ni nk minta maaf melalui filem Nasi Lemak 2.0.erk,ape kaitn plak ni??apsl ak org melayu tulen xcakp mcm tu pon??Filem ni mesej nye jelas n positif.Pupuk perpaduan dlm mayrakt.Ak xpahm apsl dyorg nk melenting tahap gaban lg?Yg sudh tu sudh la...bukak cerita baru beb.Ak nk tgk Ombak Rindu!(xde kaitan...=,=').Aku maafkan dy sebb dy dah nyatakan kesalhn n mohon maaf.Dat's all!Plis dy dah bwk mesej2 kebaikan skrg.Pastu ade lagi video2 lain dr nameewee yg dityg en.Azmi mcm video 'suck racism'/ct inshah.So what dgn video ni?bagus la anti racism..Lain la bg otak2 tegar racism...yg nmpak melayu je betul...islam pon kne ikut melayu...

*si nameewee ni kalo dy gune pendekatan yg lbh sopan n baik ak rse dy mmg ramai org respek daa...btw,bagi ak tayang video dy juz lbh kpd hiburan(sumpah lawak dy nyani doe...haha) n mungkin ktorg tafsir dy berbeza dgn maksud yg en. Azmi nk sampaikan.Itu ape yg ak rasa la... 



**video bermotif pendamaian mcm ni xkan ditayangkan...yg buruk jugk kita nmpk...=,="

6)Lain-lain.Pendekatan patriotisme,tp politik je bnyk ak nmpak.Sket2 Umno baik,bagus,suci.Pastu DAP la jahat.Pas pulak bengong ikut DAP.Eh Encik,ni bukn politik ke??hoho~(gelak manja).Aku xde maslh dgn mana2 parti,selagi prinsip dy betul ak akn ikut.Ak xkata selamanya BN tu salah n PR tu betul.Tp selagi msg2 dalam landasn tu yg akn ak ikut.Barangkali ni lah pemikiran politik golongan muda skrg.Bukan parti mahupn ahli politik yg dilihat.Tp lbh kpd dasar2 yg diperjuangkan.Msg2 berpotensi buat keslahn n msg2 ada ruang untuk perbetulkan kesilapn.Ingat,bukan isu2 picisan dan remeh seprti perkauman ini yg kami nilai,tp isu2 nasional n kebajikan kpd rakyat amnya.So,tindakan 'memperbodohkan' ktorg adalh sesuatu yg sia2....ak still xpahm motif sebenar dyorg wash ktorg mcm nie...pi masuk kampung ceramah kat makcik2 la baru 'lut' ceramah cenggini..hahaha...

ceh,ak da bosan menaip...dah la tu,.Ak bnyk lg bnde perlu diutamakan skrg.Walaupun ceramah ni nmpak klise,ak cuba jugak cari yg positif.Mmg terselit juga slot2 lain sprti penghargaan pd parents dan kawan2.Bajet nk tacing,tp agak mustahil buat siang2 depan ramai org...haha.Namun,kata2 en. Azmi tntg erti persahabatn tu tetap ak sematkan jd panduan.Dan mungkin juga penganjuran ceramah sebegini mnjadi 'turning over' bg budk2 yg baru nk taw politik mncri sesuatu yg lbh telus kerana org zamn skrg menilai xsama org dulu menilai yg mengambil secara membabi buta.Itu fakta yg harus semua tahu!

Marilah bersatu tnpa sentimen perkauman..for a better malaysia!

p/s:Pisang,kopi,tido,TNB ,ct insyah,bla3x...

otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 22 November 2011

Tahniah Harimau Muda,cuba lagi Garuda !

assalamualaikum...

**amaran:posting ni actually ak dah buat malam semalam lepas malaysia menang,tinggal nk publish je...tp disebabkan wifi uitm yg macam %$$%%#^!! (censored).ak copy paste dulu dlm word pastu baru baru publish lepas kelas ak hbs baru tdi..so, awas pd sape2 yg cakap ak lembab ! aummm!! ...(=,=)"

wah,penantiaan yg penuh seksa..penuh saspen,penuh debar sambil tercabut liang2 roma dadaku kakiku satu persatu...anda saksinya,malaysia yg bermula dgn agak sangat hambar di minit2 awal apatah lg dihambat pula jaringan indonesia langsung tak patah semngat untuk terus berjuang sehingga terhasil gol penyamaan di minit 35...lega~

*ayat tu payah la nk skema sangt kan..=,="

namun,pesembahan di babak kedua sedikit merisaukan,tiada attack,tpi bnyk diattack pula oleh indonesia yg membariskan pemain2 'import' seperti bonai,okto,patrich,diego n bla3...namun,jentera pertahanan malaysia pimpinan muslim ahmad harus diberi pujian kali ni setelah kerap kali mematahkan cubaan berbahaya indonesia...syabas sang hensem!

*ko degil lagi ape hal?xpyah la nk skema la ngoi....!

pergh,sudah dgn ulasan...fokus dgn isu.Seriusly,match bola sea games kali ni penuh drama.Giler ah,fesbok penuh dgn perang siber antra indon n malaysia...ak mmg anti giler racist n assobiyah melampau nie..lu bole pigi mamposs taubat!sana mengata sini meroyan tak tentu hala,sini  mengutuk sana tersentap bagai si gila..2-2 tak menunjukkan kematangan apatah lg profesionalism,baik Malaysia mahupon Indon.Walaupun masih ada usaha2 menjernihkan keadaan oleh warga2 yg prihatin,namun suara kecil mereka tenggelam dek jutaan suara lain yg berpaksi provokasi...tiada penyelesaiannya...*tangan di dada,mata ke atas~

Ah,lupakan seketika perdamaian…nampak agak mustahil kalau dijenterakan dr org biasa melalui fesbok,tiada sape yg peduli!Hanya pendekatan kreatif dr pemerintah (eg:najib razak) boleh memangkin gerakan2 susulan pendamaian ini hingga ke akar umbi...So,otak kreatif aku membisik untuk 'melayan' saja kebebalan kedua2 kaum yg dikatakan serumpun gitu...(erm,serumpun?ok...=,=").Sambil mereka bergaduh,at least dapat jugak ak jadikan hiburan time mood study xsampai2 lagi nih..komen2 yg lucu,kekampungan,dan childish memenuhi ruang noti fesbuk haku….wakaka!sumpah lawak doe !(ayat budak lepak pavi...=,=") klik sini lar~.


biar ai garu dada yu..ewww~


Banyak isu dimainkan.Indonesia bnyk yg xpuas hati dgn Malaysia.Terutamanya ble dyorg claim malaysia bnyk cilok culture dyorg...hello?!

So,final bola ni dyorg jdikan platform untuk show kemarahan dyorg.ak pon xpaham pe motif isu kebudyaan diheret sampai ke padg bola.Itulah mentaliti kelas ketiga mungkin.Maling,Melon,juncock,%^*&*..(jadah ape mencarut ak xpaham ngoi...=,=") sudah menjadi familiar di fesbuk..cis!xpasal2 dpt dosa...errr...istigfar~

*waduh2,bikin gue pusing bangat deh!

Ape2 pon,Malaysia dah menang,Sedikit sebnyak terdiam seketika keegoaan indon.Namun, jgn pula kita mengambil peluang ini m'hentam mereka seolah2 membalas dendam.Kalau masih berlaku,maka tiada beza lah kita dgn golongan2 mentaliti kelas ketiga.Anggap saja ape ak tulis kat ats tdi ak tuju khas buat korg pulak...pppfff!!!

Tahniah wira2 Malaysia...auumm!

P/s:Akal yg waras ditafsirkan oleh tingkah laku yg sopan.fikir-fikir kan lah...




otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 12 November 2011

2 tokoh . 2 cara . 1 matlamat

assalamualaikum...

buat pertamanya,aku isytiharkan entry ni agak serius...serius,mmg serius!dan brangkali ada terminolgy2 yg agak janggal dan skema digunakan....serius,memang skema!

amaran:sila jangan sentap dengan perubahan sementra ni...serius,amaran ini serius!

Bismillah pembuka bicara...

Agak keberatan dan berkali2 juga memikirkan dalm menghalusi setiap tulisan saya kali ni kerana saya bakal memperkatakan tentg 2 individu yg saya hormati dan kagumi...tersilap langkah,buruk padahnya...niat di hati bukan mahu menilai pendapat ilmiah mereka.lebih2 lagi mereka adalah agamawan dan ilmuwan besar tanah air.Dr Zaharuddin a.k.a UZAR dan Ust Hasrizal a.k.a UHAJ.

sebenarnya saya sudah lama  mengikuti artikel2 dan input2 dari facebook mahupun blog mereka melalui zaharuddin.net dan saifulislam.com.Harapnya ilmu yang ditimba itu untuk bekalan dunia akhirat jua.InsyAllah.(juga dr Dr Asri a.k.a DrMAZA dalm blog beliau minda tajdid.Barangkali oleh kerana beliau di islamic centre of oxford sekarg,bnyk isu2 tempatan jarang diulasnya...)

Berbalik pada topik,gempar satu malaysia baru2 ini tentang penganjuran Seksualiti Merdeka(SM) ke 4 yg dikatakan bakal berlangsung di ibu negara lewat november.Ketepikan soal politik,soal ambiga,soal marina mahathir seketika walaupun itu memang bidang saya.Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang itu.namun,saya bantutkan seketika kerana ada yg lebih mustahak dan perlu diutamakan.Saya mahu melihat ia dari sudut pandang berbeza kali ni.Iaitu apakah reaksi kita terhadap penganjuran SM ini??Apakah tindakan yg sewajarnya kita lakuakan apabila perkara sebegini terjadi??Saya simpan dahulu pendapat saya sehingga di akhir tulisan...

Namun,tujuan tulisan saya kali ini bukan sekadar itu,tapi merungkai jua wujudnya perbezaan pendapat dalam kalangan alim ulamak terhadap sesuatu permasalahan meskipun kedua-duanya bermatlamat agar Islam tertegak di bumi Allah selengkapnya .Bagi kita hanya insan biasa kadang2 agak keliru siapa betul siapa salah..Umum mengetahui,kita bebas memilih mana2 pendapat dan hendakalah berlapang dada atas setiap pendapat bercanggah.Musyawarrah barangkali sedikit sebanyak merungkai sedikit perselisihan faham.

>>mungkin masih ramai yg tidak tahu bagaimana 'konflik' ini bermula...saya ringkaskan dalam kronologi di bwah...

1)SM diuar-arkan akan berlangsung di ibu negara
2)UHAJ nyatakan pendapat beliau dlam blog.rujuk sini
3)mendapat komentar2 berbelah bagi oleh pengguna alam siber
4)UZAR yg berbeza pendapatnya 'menjawab' balik dalm blog beliau.rujuk sini.barangkali ulasan UHAJ kurang disenangi
5)juga mendapat respon dan komentar yg berbelah bagi oleh pengguna alam siber
6)bertambah buruk ada yg mengapi-apikan kan keadaan.
7)UHAJ menjelaskan balk keadaan dalm entry beliau yg terbaru.rujuk sini

Sejujurnya saya amt kagum kedua-dua tokoh ini dalam memberikan pendapat dan menghadapi situasi secara profesional.kedua-dua pendapat sangat tepat tapi pendekatan yg digunakan berbeza.

saya ringkas pendapat meraka setiap seorang

UHAJ
1)golongan LGBT mesti didekati dan dibantu.
2)Islam dapat menyediakan penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul bukan hanya berbentuk memberi hukuman.

UZAR
1)membantah secara pukal terhadap LGBT agar orang ramai tidak terkeliru denagn menggunakan beberapa cara.

PENDAPAT SAYA

Sebenarnya,mutakhir ini banyak kes2 melibatkan golongan seperti ini di negara kita selain dari SM yg sudah saya jelaskan di atas.bermula dari muat naik video di youtube "Saya Gay Saya Okay" di laman youtube kira2 setahun lalu.Ini diikuti pula kes Ouyang  Wen Feng,seorang paderi gay dari malaysia yang menyatakan 'bantahannya' terhadap sistem perundangan negara yg melarang perkahwinan sejenis dengan mengahwini teman lelakinya di USA(negara ke 6 yang mebenarkan perkahwinan sejenis) pada tanggal 31 ogos.Dan yang terbaru penganjuran besar-besaran konsert Elton John (penyanyi dan juga ikon gay antarabangsa) yang bakal berlangsung di Genting Highland tidak lama lagi.Semua ini secara tidak lansung menampakkkan usaha2 MEMPROMOSIKAN dan MEMBUDAYAKAN aktiviti2 songsang ini ke dalam masyarakat kita.

Sekali lagi,saya sedaya upaya  menjauhkan penulisan saya ini dengan mana2 unsur politik yg sememangnya terlalu banyk untuk diperkatakan.


Oleh itu,kita sebagai umat yang prihatin sewajarnya menyatakan bantahan kita secara terbuka(seperti garapan UZAR) terhadap aktiviti2 sebegini agar kesannya dapat diambil oleh kesemua pihak.
1)pihak LGBT agar mengetahui tindakan mereka merujuk kepada batas2 agama mahupun kemanusiaan
2)orang awam agar tidak terpengaruh mahupun menyokong LGBT meskipun mereka bukan dari golongan tersebut atas alasan Hak Asasi Manusia
harus diingat,bagi pandangan saya,jikalau LGBT ada hak kemanusian untuk ada perhubungan sejenis,maka orang awam juga punyai Hak Kemanusian untuk menyatakan bantahan kita secara terbuka.


Namun,bantahan dan hukuman bukanlah medium dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini kerana tindakan kita yang akan menjadi kayu pengukur.Apakah jiwa yang songsang dapat diperbetulkan tanpa memperhalusi hati mereka terlebih dahulu??oleh itu,saya merasakan kita harus meneliti juga pandangan UHAJ agar golongan ini didekati dan difahami.Mungkin ada 'kisah2' dan 'faktor2' yang dapt dikaji yang menyebabkan masalah ini berlaku.Tentu sekali kita tidak boleh mengukur ilmu dan iman mereka sama seperti orang lain.Oleh itu,kesalahan yg mereka lakukan wajar diperbetulkan dengan sesuatu yang 'sampai' ke dalam sanubari dan kesedaran itu akan berputik dari hati yang ikhlas.Sedangkan keimanan dan ketaqwaan kita sedikit pun takkan tergugat hanya dengan mendekati dan menyantuni hati sanubari mereka.


Oleh itu,sebagai penutup,saya ringkaskan bahawa masalah perhubungan sejenis ini adalah masalah yang perlukan penyelasaian secara total oleh umat islam.Kita sama sekali tidak boleh menyandarkan kesalahan 100% kepada mereka tanpa melihat apakah tindakan kita yang boleh dilakukan unutk memperbetulkan keadaan.Marilah kita berganding bahu bersama-sama membanteras gejala terlaknat ini agar Rahmat dan Redha Allah sentiasa bersama kita selamanya...saya dengan rasa rendah diri memohon ampun diatas ulasan saya yg bersifat peribadi ini jikalau bercanggah dengan pandangan saudara saudari si pembaca.Moga Allah mengampuni kita semua dan kepada- Nya kita berserah..Wallahu'alam....


mencari kebenaran itu satu perjuangan


otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 16 October 2011

alahai akak..ni abad ke 21 lar....

assalam....

aduh,entry kali agk sensitif sebnrnye...(ni ak mls nk blog ni....=,=")kat UiTM malaysia ni mcm2 org kita leyh jumpa..kan3(sambil kepala ak geleng2 mengangguk)..walaupun batas waktu secra logik kata sepatutnya bnde2 cmni dah pupus,tp ia msh berlaku kat malaysia(ak rse ayat ak power..wahh! =D )

kisahnye bermula petg tdi..sedg ak syok lyn jambu membe kat fb,sesekali tgk wall...ade org post pic tntg kekolotan sesetengah bangsa melayu yg bersifat racist..(ciss kau!sila berambus dr malaysia...bhahaha)

dy ni lah antara contoh melayu tipikal yg sgt racist...unlike3!!

 plez la wey,ak mmg dr dlu anti racist2 ni..lg2 org melayu..sket2 ungkit cina india hny pendtg...hello?!ak rse malaysia xkan maju cm skrg klo hny brgantg 100% org melayu yg pemals(tp ak rajin..)kita duduk secara majmuk,n msg2 de tanggungjwb dlm memajukn malaysia..mengapa perlu ungkit bnda dh lama...lain la klo dyorg dtg malaysia jd perogol ke,pembunuh ke,mat rempit ke..(realiti nya org melayu ramai ok!)..so,plez la stop statement2 bengap yg menyerlah kebebalan anda n bangsa anda...tp yg ak kagum nye kan,ade pulak sorg amoi apek cina bg komen yg sgt kena walaupon dy xpahm islam mcm org melayu islam kita ni...syabas apek!!


sila jgn baca komen ak,tgk komen jerome goh ok!


ok,setakat ni dlu kali ni..xley lama2..ak nk sambung sembg ngan amoi membe kat fb...hoho...

p/s:doakan ak PT nex friday ya!takut2...=,='
otak aku berfikir secara kritikal..