Sunday 24 February 2013

Bukan selamanya

Assalamualaikum



Andai.
Andai sering menguji. Kata hati itu datang nya kadang kala dr lubuk hati plg suci murni, namun sebaliknya tetap berlaku. Apakah ianya perlu apakah tidak? Apakah hasilnya mutu atau ledak. Tak siapa tahu, hanya risiko dan kata hati punca andai itu menggerutu. Benar kat orang,peranan trust sgt besar membonceng kembara perjalanan nan insan. 

Trust.
Perkataan yg aku masih tercari cari ertinya.Kompleks.Nampak direct,tapi bukn mudah untuk di detect.Apa mungkin hanya sekelumit cerita bersama itu mampu memupuk trust itu semat dalam hati? Apakah harganya hanya coretan coretan manis meniti saat saat bahagia suatu ketika? Lalu merungkailah segala hijab yg menjadi benteng trust yg tercari?  Benteng yang selama ini telah ku waspada sejak dari awal lagi. Tidak semudah itu,namun tidaklah mustahil begitu.


Hantuk.
Terhantuk berkali.Serik jauh sekali.Entah bagaimana lubuk duka itu mampu dilitup kemas menjangkau kehebatan peranan trust.Terima apa diberi sedang balasan gantinya tiada nilai erti.Cukup cukup sudah.Barangkali sudah tiba masanya.Tertutup ketat kali ini.Terhantuk pun ada limit rupanya.


Sesal.
Untuk apakah sesalan?.Sesal sekarang tiada guna.Yang sudah berlaku,biarkan berlaku.Puncuk pangkalnya sekarang,sejauh mana nya ibrah mampu dikutip.Titik,sekadar itu.

Ibrah
Inilah dia kemuncak segala sesuatu.Sejauh mana seorang insan mampu mengutip butir2 permata halus dalam samar berulas duri.Sepeka seorang hamba mampu sedar akan hikmah dibalik petaka.Indahnya sesuatu kita yg 'menentu'.Yang baik jadi ikutan,yang buruk jadi sempadan.




Wallahu'alam

Kamil
1)Hati lama mahu bicara.
2)Semoga keputusan ini dlm lingkungan redha Allah

otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday 16 February 2013

Musim gembira,seram dan teruja

Assalamualaikum

Sepi lama gundah gulana.
Aku sejujurnya agak kecewa dgn sikap sendiri.Sejak beberapa hari ini,aku agak busy dan mengabaikan blog meskipun tiap malam akan sentiasa berkobar kobar utk update.Kobar kobar entah kemana bila tertekan pula sesawang youtube lalu terkinja kinja melayan video merapu rapu.Nampak tiada motif sungguh cuti.Tapi hari ini aku tekad,andai ada widuri hujung astana membawa erti nafsi,hati jaguh rela ini tetap enggan berganjak lalu pergi.Oh kejadahnya merepek?

Minggu teruja.
Sungguh menggerutukan jiwa raga.Ada laluan emas bersinar permata halusi jalan minggu ini.Alhamdulillah.Bermula dgn keterujaan cuti CNY yg agak lama.Jadi dgn penuh kritis,aku sudah merangka strategi segala corek boret minggu cuti dgn penuh 'ilmiah' dan 'hikmah' sekali.Cuma perlaksaannya agak membantut.Motif lah kalau dah nama cuti.wahahaha.Keterujaan kedua adalah family day ahad dan isnin lalu di Cameroon highland.Berkumpul sanak saudara bersama sama lakukan aktiviti memang mecungkil minda utk ditanam rapi segala memori.BBQ,sukaneka,lawatan dan sebagainya.Next year kat mana agaknya? =)

Ahli baru.
Sabtu lepas juga abang aku yg sulung dapat anak yg pertama.Merangkap cucu emak yg pertama juga anak saudara aku yg pertama.Maka haruslah teruja itu semacam terlebih.Baby girl ini lahir awal sebulan dr due date atau ayat mudahnya lahir pd masa tak disangka.Nasib baik abg aku tak join lg family day.Buatnya baby nak keluar atas cemeroon nun,tak ke naya?.Tp Alhamdulillah,segalanya baik baik sahaja.Tadi majlis aqiqahnya.Ramai org datang dan aku pun sempat gunting rambut sikit.Uncle Kamil lah katakan.Oh,namanya Nur Safiyya Hanani.Jadi budak baik ye =)

Semalaman aku gubah dgn kakak aku

Uncle Kamil menggunting rambut yeay

Nganga besar besar.

Minggu seram jin pakai toncit
Sebenarnya aku tengah study week sekarang selama 3minggu.Bajetnya aku mahu berjimba sakan seminggu dulu sepuas puasnya.Namun kepesatan teknologi maklumat juga terkadang menjadi perosak mood.Tahu ape itu twitter dan facebook tuan tuan?Penuh dgn tweet dan status rakan rakan yg suruh study,tengah study,study maut,pulun study,study kerana Allah,study buddy dan sebagainya.Bukan main jeles aku utk beraksi sama menyelami butir ilmu tiap helai buku2 medic tersebut.Ewah kemain.InsyAllah aku balik ahad ini.Kepada fans di sg buloh yg kerinduan,harap bersabar.Abang akan pulang jua *muntah hijau*

Pengalaman lalu mengajar
Exam jatuh pd 4 Mac 2013.Dan exam kali ini adalah final exam kali ketiga aku sbgai medical student.Motiflah kan kalau nama pun final exam sem III.Cuma apa yg special kali ini adalah perasaan.Perasaan yg sungguh berbeza tidak seperti 2 final exam sebelum ini.Tidak seteruja dulu,tidak se-stress dulu,tidak setinggi harapan dulu dan segalanya tidak.Kali ini aku lebih tenang,lebih rilex.Aku tak pasti puncanya.Harapnya bukn putus asa,tp sbb aku lebih memahami erti tawakkal dan berserah pd Allah.Bukti paling jelas,result PT CNSII tempoh hari.Redha sahaja.Dah mcm takde feeling.Omaigod.

Pokoknya,aku manusia hny berusaha sehabis mungkin dan itu adalah semaksima hak yg harus aku berikan.Moga Allah permudahkan kami menghadapi final exam ini.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah....



Kamil
1)Serius tak sabar nak study jugak =(
2)Buat kawan2,jgn stress musim exam ni.Kalau stress juga tataplah wajah aku.Ada ketenangan di situ.Wahaha
3)Study week ni nak rilex2 je.Dah 2 sem study ats niat yg salah.Study utk exam tak bawa ke mana =)
4)Sedang berusaha,tp its never be easy.Allah help me to face this temptation.
5)Oh yeah,not forget to our senior year5,Gudluck for your final pro exam.Untungla nak jd Dr dah... ^^

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday 3 February 2013

Menjerit memecah sepi yang lama .

Assalamualaikum tuan tuan

Kkuek kuek..kuekk kuekk [bunyi itik]

Pulak dah.Aku tak pasti apa motif disebalik itik menjadi isu pagi buta,sehingga mendapat penghormatan menjadi pembuka topik.Kalau bukan kerana meroyan,aku barangkali kehabisan idea bernas berinformasi diadun kemas unsur sastera pujangga bahasa.

Malam ni aku tekad.Tekad untuk update juga seketul dua bahan dalam blog.Lama tak usik nti,aku amat yakin akan menyesal dalam merungkai motif untuk sesal sedemikian.Tahu erti 'hangat hangat tahi ayam"?.aOkey,buat pertamanya,sentap dulu 2-3 das buat diri yg masih hingusan lgi.TERIMA KASIH kepada semua yg baca belog hampas aku selama ni.Sudah hampir setahun setengah beroperasi sebagai sumber wacana pemangkin minda kalian.Oh really?

Entry yg ni mmg laku betul.Korang baca la yg lain sekali..wuwuw T.T

Lg tambah sentap pula,semalam ammar rahman yg legend basketball itu membawa cerita sensasi berinti teruja bersulam tak sangka.Katanya ayah Shahril baca blog aku dan ada bertanyakan beliau siapakah gerangnya 'kamil kmaruddin' itu?Ewah ewah.Kembang tak kembang,yg pasti lepas ni aku perlu lebih berpaksi budaya ilmu penjunjung warisan Al baghdad.

Secara literalnya sekarang ni aku ada 3 draft n 4 entry yg masih membeku dalam otak.Banyak benda rasanya nak ku tulis.Kalau bukan angkara embroyology yg merakus 4-5jam aku untuk bermutholaah hanya satu bab,ianya gara gara pathology yg kini semakin berjinak jinak untuk menjadi extra komplek lg berbelit menjelang final exam sebulan lg.Nanti InsyAllah aku akan update juga masa ke semasa.

Cukuplah itu dulu.Sungguh tiada isi entry kali ini lalu memanifestasikan krisis dan dilema susulan,iaitu apakah dia tajuk yg sesuai untuk diberi kali ini.Tipikal blog ak,nak cari tajuk adalah maslah global yg masih gagal dikawal.Maka,tak hairanlah tajuk entry sebelum2 ini pun tak sekufu dgn isi.

Minta diri dulu.Jumpa lagi dgn entry yg gempak gempita gemalai gendut kecapi.

Kamil
1)Palmar hyperhydrosis.Risau jugak.Symptom apakah ni?
2)Ukhwah tetiba semakin rapat.Alhamdulillah
3)Nak cerita touching (sebab banyk genre ni pun),tp dah selalu sgt.Bagi laluan pd yg lain dahulu kali ini.
4)Since u r so busy right now,i know i shud kurangkan disturb u dgn chat merepek.Gudluck exam!
5)Tadi sepatutnya ada reunion dgn budak matrik.Sori guys tak dpt hadir,ada masalah sikit... T.T
6)Andai aku ada salah silap,mohon dimaafkan.Hanya hamba Tuhan hina dina yg mencari kebenaran.Mohon bimbingan kalian =)






otak aku berfikir secara kritikal..