Monday, 12 December 2016

Fakulti Perubatan UiTM part III : Clinical year

Assalamualaikum

Memandangkan aku semakin matang menjengah usia tengah 20an, jadi izinkan penggunaan kata kali ni agak straight forward, Maafkan aku yg dahulu suka menyentap kalian dgn berselang seli jenaka hambar. Rindu dowh nak sentap lagi. Haha

Ok baiklah, setelah bertahun menunggu part III, baru hari ni aku rajin nak menulis balik (after bloody 3 freaking years kahkahkah). Maklum lah post cenggini sifat azalinya panjang n perlukan maklumat tambahan. Aku semakin malas to be honest sejak first ever long case paediatric aku fail. Lulz xde kaitan. Lulz lagi sbb korg xpaham. See ? lawak hambar dy mai dahhh

Ok mari mula kan

Secara ringkas, kurikulum standard di semua fakulti perubatan ada 2 fasa, pra klinikal dan klinikal. Pra klinikal tu seperti yg aku terangkan dlm part I n part II. Selepas lulus Profesional exam pra klinikal di tahun dua, baru lah layak naik ke tahun tiga di mana fasa klinikal bermula. Jadi klinikal tu amendeee? Maaf aku takde definisi lengkap, but basically klinikal maksud nya korang sudah buat attachment/teaching di hospital bersama Dr di sana. Masa ni dah mula jumpa pesakit sebenar, masuk klinik pakar, masuk operation theatre etc. Orang kata patients are your best teacher. Haa gituuu ayat biasa specialist kat ward.

Posting
Dalam kurikulum tahun klinikal, pelajaran berdasarkan posting. Setiap tahun ada posting tertentu dan mungkin berulang utk posting2 penting (medical n surgery). Setiap posting adalah selama 6-8 minggu. Di hujung setiap posting ada exam masing2.

Third Year : belajar nya lebih kepada cara utk mendapat kn diagnosis, clerking history etc

  1. Obstreatric and gynaecology : ward bersalin dan kesihatan organ kesuburan wanita
  2. Paediatric : ward kanak2
  3. Surgery : Penyakit yg memerlukan intervensi pembedahan
  4. Internal medicine : Penyakit yg memerlukan rawatan ubat ubatan
  5. Public health (rural and urban health) : susah nak explain but basically deal dgn kesihatan komuniti like kawalan vektor/wabak, lawatan ke rumah2 pesakit, memahami sistem pejabat kesihatan daerah etc

Fourth Year :

  1. Emergency : zon kecemasan, posting ni best sbb bnyk hand on. Sepanjang aku kat posting ni, mcm2 kulit aku dah jahit, kulit kepala, kulit kaki, kulit dagu etc hahah. Dpt buat CPR, cuci luka etc
  2. Orthopaedic : ward tulang/otot etc. Segala jenis besi tercucuk kat kaki n tangan patient korg akan tgk
  3. Primary care medicine : ni posting kat klinik kesihatan. Selalu jumpa sakit yg simple2 n kenal pasti pesakit yg perlukan rujukan ke hospital. Dan juga follow up pesakit kronik tp stable.
  4. Public Health (population and preventive medicine) : posting ni jumpa komuniti, buat program karnival kesihatan dis esuatu kawasan.
  5. Short postings (opthalmology, otorhinolaryngology, forensic medicine) : haaa gogole la sendirik
  6. Surgery subspeciality (urology, neurology, paediatric. anaesthesiology) : sama je mcm tahun 3 tp exposure lebih kpd subspeciality tertentu
  7. Internal medicine subspeciality (endocrinology, dermatology, respiratory, cardiology, neurology)

Final Year : belajarnya lebih kpd investigation and management of specific disease. Lebih detail laa
  1. O&G
  2. Paediatric
  3. Surgery
  4. Internal medicine
  5. Psychiatry
Kurikulum di tahun klinikal berlainan. Kalau pra klinikal, korg mainly ad lecture n praktikal lab shj. Tp start tahun 3, korg basically attach di hospital. Dlm satu batch tu, korg akan dibahagi kpd 5-6 group posting. Dan setiap posting ad group kecik utk bedside teaching. Mainly teaching melalui bedside teaching 2-3kali seminggu. Selain tu ad juga seminar, case presentation etc

1) Bedside teaching - teaching sebelah katil patient. Basically 1-2 students dlm group kena clerk any patients dlm ward, then present kat Dr n ahli group lain. Basically discussion slps tu based on that particular case n patient. Lepas belajar buat relevant examination kat patient tu. 
2) Seminar - setiap group akan diberi satu topic utk present n dibincang dlm kelas. Topic mungkin sama mcm masa pra klinikal, tp this time lebih aplikasi klinikal a.k.a clinical practice. Selalunye kelas di bilik seminar di ward2. 
3) Case presentation - mcm bedside teaching juga cuma present guna slide PowerPoint dlm bilik seminar. N this time discussion selalunye lebih details
4) assignment - siap kan 1-2 kan case write up dlm setiap posting. Pilih mana2 case kat ward, tulis blk semua clinical notes with discussion. Discussion tu evidence based ye, so rajin2 la bukak journal n cuba kaitkan research sblum ni dgn your own case.
5) Logbook - dlm setiap posting, student kena penuhkan logbook. Basically dlm tu summary apa yg korg buat during the whole 2months posting. For example masa surgery, korg kena masuk OT at least 3 kali, buat venipuncture 10 kali, cuci like 3 kali etc 

Untuk exam pulak, akan diadakan setiap minggu akhir  di setiap posting. 'End of posting' exam selalu akan ad short case or long case saje. Selepas tamat 2-3 posting, akan ad pula 'end of semester's exam. Kali ni akan ada exam bertulis, OSCE etc. Oh yes, minggu exam student xleh gi ward dah. So mmg xtau korg dpt case ap for long n short case. Pengalaman ak, minggu exam la mcm2 case pelik penuh kat ward yg korg xpenah jumpa sblum tu hahaha. Pasrah je la masa tu

1) Long case - student akan dipanggil sorang2, dibawa ke sorang patient (any patient available kat ward), then diberi sejam utk clerk full medical history n buat relevant examination. Lps tu korg gi jumpa Dr, and present la kat dy. Jgn tipu ye sbb Dr dh dpt copy full history patient tu. Then soalan based on that particular case.
2) Short case - Dr bawak korg terus ke mana2 patient kat ward n dy bg short history then korg decide la nk buat physical examination ape. Contoh : 

"This patient 30 years old malay male came to hospital yesterday due to chest pain. Please proceed with relevant examination" -> so dlm case ni korg tau patient ni most likely problem dy kat jantung or paru2. So terus la proceed dgn cardio n respy examination 

Korang kena come out with provisional diagnosis lps habis examine patient n discussion based on that. 

3) OSCE - yg ni sama je mcm masa pra clinical. Cuma case lbh 'klinikal'.
4) Written exam - ad a few paper MCQ, PBQ,SAQ etc. Malas la pulak nk explain satu2. Nanti korg dh masuk korg tau laaa

Untuk survive n naik tahun, korg hny boleh fail maximum 1posting shj per year. Tp tu pun kena reseat exam2 di atas. Kitorg panggil 'remedial exam'. Kalau fail 2posting, automatic repeat year. Repeat year lebih dr 2kali, ad potensi utk dibuang university. 

For UiTM student, our teaching hospital mainly kat Sg Buloh, Selayang n Teluk Intan. Year 3 mmg kat Sg Buloh selalunya. Haaaa kat situ berebut la korang dgn student uni lain hahaha. Situ ad budak MAHSA, MSU n Taylors ye. Korang buat2 la nice sket kalau jumpa dyorg. " Eh, student MSU eh, jom buat PE sama2 nak?" *nampak sgt nipunye* . For year 4, korg akan berpindah randah ke merata2, ikut posting mana korg dpt : Sg Buloh, Selayang, Teluk intan, Putrajaya, KL, KK taman ehsan, KK Sg buloh etc. Bertebaranlah kalian ke merata mencari ilmu huhuhu. Ok for final year pulak, bnyk based kat Selayang, kecuali kdg2 lecturer nk buat kat Sg Buloh or CTC UiTM. Kat selayang ni korg conquer ye, kdg2 je ad budak UPNM. bersepah2 budk uitm kat hospital selayang tu. Pagi tu follow ward round, pastu join klinik, pastu gi clerk case pastu practice PE sbb Pro lg berapa bulan je. Blk dh nk ptg tido jap pastu gi gym, malam study haaa gitu kalau nak jadi student medik sukses. 

Haaa habis pun. Gigih ak tulis masa tgh kursus pra HO. Nasib kursus boring, ad masa ak nk tulis. Ak nk masuk keje lg 4 hari wei. Mixed feeling n hopefully im doing well for housemanship. Mohon doa kalian :)


otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 2 December 2016

Bless

Assalamualaikum

Hi all,

Dah few days tak sempat melawat blog. Maklum lah bila dah kat KL, bukan ad wifi nk bukak laptop pun. In fact masa kat KL sibuk jumpa kawan2 before starting working nnti. So then bila dh blk ipoh, one of the things i must n love do is blog walking my forever love blogger friends : Ammar and Radin. Dua insan hebat ni, masyallah terasa kerdil je diri ni huhu

Few weeks ago we all witnessed how strong ammar fight his disease. I always admire his determination and endless family love. Such a inspirational story to share with my kids later :) And somehow i know Radin also has those values. 

Remember Radin, Allah menguji kpd mereka yg mampu. You can fight all this. We all behind ur back. Stay strong! Lots of Love ~

ps: oh gosh, i love song from ammar blog. 
ps: rindu bila jumpa ammar, we will give a random hug
ps: rindu bila jumpa radin, we will say " Hi Radinnn...Hi Kamil..." with our hand waving to each other
ps: such a bless to know these two fella in person. Miss u guys already huhu

otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 26 November 2016

Goodbye Am

Assalamualaikum

Selamat pagi semua, harap sihat2 belaka dlm lindungan Allah

Today is one of my saddest day in my life. Am pergi menghadap Ilahi semalam buat selama lamanya. Entah kenapa tp malam terakhir Am, Allah gerakkan hati aku utk call dy. Dan entah mengapa pula, Allah gerakkan hati nya utk jawab panggilan aku. Berbulan Am mengelak utk berbual di telefon. Malam itu lain cerita, syukur Alhamdulillah. Suara Am mmg lain, mmg dia sedang menderita. Ujian yg Allah beri dia mmg jadikan dia insan yg sangat kuat. Dia tetap sama sabar dan ceria, itulah Am yg aku kenal sejak dulu. Sedikit pun tak berubah

Thanks for memories Am
Thanks for notes that u gave me
Thanks for the advice
Thanks because you never left me no matter what happen
I will always remember you in prayers
I will always remember our smile, your voice, your everything
Our joy and our sadness
You will remain in my heart forever
Till we meet again in the other world
Wait me...

Selamat tinggal Am, sayang ku dunia akhirat

one of his note to me, dont worry Am, i will keep it all until my last breath

p/s : Benar kata orang, "Allah tarik nyawa orang baik2 dahulu agar yg hidup dpt ambil iktibar"
p/s : People may question me what kind of relationship is this. Dont u think it weird ? I dont have an exact answer, but believe me you will find that until u found someone who u call soulmate. It is very pure.


otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 18 November 2016

smile

"I know this is random, but u have a really nice smile"

Yeah that is the word. Back to months ago in mid 2015, these sentence changed my perception in a few things. We talked, got to know each other, be friend .

we talked, we smiled, we laugh.
we shared, we cried, we care
You teased me, I teased you.
You like me, I like you

and now after all that we have been thru, it seem like we r not meant together. We were trying so hard but sometimes we just need to be honest to the situation. For any reason that is uncertain, this is the best for now. Lets not talk to each other.You be you and I be me .

If u think it is easy to me, the answer is hell no. I always be the same. Same guy with half minded, who addicted to you n could not forgive your first smile. 

In the end of the day, the only thing i want remember is your smile. Because one day i will learn to live without you and move on.





otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 15 November 2016

Cuti dah nak habis

Assalamualaikum

Hello readers! 

It has been a while since the last time write something on this blog. I promised once to myself to be an active blogger back after i finished my medical school but i did not happen. I honestly dont know to what i spent most of my free time. Waking up early, staying on bed doing nothing until it lil bit early of afternoon to find some food. The cycle repeated every single day. What a boring life i have.

*listening to Yuna song and i was like omg girl i love ur silky voice*

Ammar n Radin r both my good blogger friends. They r always inspiring me to write so here we are, already in 2nd paragraph lol. Honestly aku pun xtau what kind of topic im gonna write. Just a piece of thought that suddenly run on my mind. Tadi sengaja bukak draft and guess what? I have more than 10 draft posts and some of them dah basi pun cerita nya, for example my 2016 Raya story kahkahkah. Tu lah, tulis separuh pastu boring. And suddenly i read my 1 year old draft post about a person that i love. The story line now changed, you r back but for me u r now not more than a good memories. Im over you. Yet u r always my favourite thing.

Sedar tak sedar, almost 6 months since i graduated from medical school. In fact im gonna start working really soon. 5 december 2016 insyallah kalau tiada aral melintang. Please make some Doa for me to go through my housemanship training successfully. 2 years is not a short period. Hopefully i come out as a good doctor to my patient. Ulil (senior) once advice me " treat your patient like you r treating your own family, gain knowledge a much as you can during HO, it will shape what kind of doctor r you in the future". Thanks Lil, i will remember ur word. Hopefully im not too busy during HO so that we still can catch up sometimes. Because i wont repeat ur mistake during ur HO time, u suddenly disappear and left me behind sobs hahaha (gurau je im good la, dlu je touching mcm budak tak matang ngeh3)

Since the day i graduated in June, there are so many thing i wanna do in life but not accomplished yet. Dah penuh note travel whistlist, but satu pun xpergi hahaha. Bukan rezeki lg buat masa skrg. Lepas hbs HO insyallah. Sometimes rasa cemburu dgn kawan yg travel merata rata but biarlah sementara ni pujuk hati dulu " Allah bagi rezeki peluang dia tgk negera org skrg, your turn will be coming soon". Kahkahkah mengade geli gelemai pulak aku baca ajet2 diari pula. 

somebody please bring me to this place!

To my readers, im strunggling to finish my post about UiTM medical faculty and Pro Exam.  Susah nya nk karang huhuhu. Sabar laaa 

Thats all for now. Thanks for reading.


otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 9 September 2016

Rezeki uber

Assalamualaikum

Hi semua!

Dok rumah ni makin lama makin pemalas ak nak update blog ni. Berderet entry nk tulis. Yg dah basi macam raya 2016 boleh lupa la. Dah nak raya haji dah pun kahkahkah. Nanti ak delete kat draft tu haa.. dah tulis separuh huhu

*Nanti aku tulis entry hangat fakulti perubatan UiTM part III n PRO3 exam*
*part I dah nak masuk 30K views weii*

Okey kali ni nak cerita pasal aktiviti seorang penganggur. Aku dah jadi graduan perubatan terhormat ni dah nak masuk bulan ke empat ye tuan2. So dari menghabiskan beras kat rumah, ad baik ak cari duit utk top up beras kan. Tp disebabkan ak pemalas tp nak duit je, so ak nak cari keje yg ak boleh control working hour. Google punya Google terjumpa la pasal uber muehehehe

So setakat ni dah 2 bulan jadi pak supir uber area Ipoh. Syukur alhamdulillah lepas la nak travel2 sket gi penang, KL, sume. Satgi nak plan johor n langkawi pulak, Nak plan oversea cam geng rahimau tu cheq tak mampu,, cheq mampu berhuhuhuhu je lulz

Ok skrg nak promote lah sape2 nak jadi uber driver leh pm tepi.(whatsapp aje 0193839548) Aku ajar dari A sampai Z 

Q&A

1)Saya layak tak jadi driver uber?
- Ya, kalau anda hensem. Gurau je.(k tak lawak) Ya kalau ada warga malaysia, umur 18tahun ke atas, ada lesen kereta penuh (bukan P)
- Junior2 yg jd nak uber driver meh sini join. Korang buat weekend je pun leh cover belanja seminggu tau.

2)Kereta saya layak ke x ?
- Ya, kalau kereta anda 4pintu, berusia tidak lebih dr 8 tahun (2007), dan tiada kerosakan fizikal yg besar

3) Insurans n lesen kereta lak cemana?
- Insurans mesti la masih hidup n dibawah nama pemandu uber (tak kisah sbgai nama pertama, kedua or ketiga). Kalau kereta tu pinjam kete bapak, gi syarikat insurans ckp nak tambah nama. Ikut syarikat masing2 krn caj utk tambah nama berbeza-beza, ada free, ade semurah RM10, ada semahal 15% dr bill insurans
- Lesen pun mestilah masih hidup

3) Aku dok Jitra boleh ke buat uber?
- Boleh kalau ada permintaan. Tp basically so far uber hanya beroperasi di Penang, Ipoh, KL, Melaka, JB, KK.
- bandar2 sekeliling masih boleh beruber kalau ada permintaan. Contoh, manjung tertakluk kpd rules uber Ipoh, Cuma permintaan jarang2 ada.
- Contoh lain, Nilai tertakluk kpd rules uber KL. Tp nilai demand tinggi jugak sbb bnyk budak kolej

4) Daftar kena bayar x?
- Free aje. Silap2 dpt duit poket lg
- Ok nak promo sket, sape daftar under sy, anda berpeluang utk menangi wang tunai sehingga RM100!! Wauuu lepas la buat modal minyak n tol utk 3-4 hari hehe *TnC applied*

5)Gaji masyuk tak?
- depends, kalau rajin bnyk la dpt hehe
- kalau part time (3-6jam online), area KL boleh dpt dlm RM150-200 sehari. Full time RM300/day no problem
- kalau part time area ipoh boleh dpt dlm RM40-70 sehari. Ipoh bnyk trip pendek huhu
- ikut rezeki , ada hari sgt slow, ada hari non stop org request 

Ok setakat tu la dulu. Kalau nak tny lebih leh pm tepi, kita sembang kat whatsapp. Take care

otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 29 August 2016

Selamat datang ke fakulti perubatan uitm !

Assalamualaikum

Hai adik manis,

Tahniah kpd adik2 yg dpt masuk fakulti perubatan UiTM. Sorry la baru perasan korg dh daftar baru terhegeh hegeh ak nak post kan. Maklum lah busy jadi doctor ni (kahkahkah tipu je kerja pun tak start lg weyh). Mesti korg bnyk soalan n blurr kan masa mula2 masuk kan. Aku pun dulu newbies jugak. Takpe jgn risau, time MDS nti dyorg akan explain satu per satu.

*Btw ak interview bulan depan, doakan ak jwb dgn cool sekali di depan panel Doctors

Tak boleh la nk tulis bnyk2. Laptop ad org pinjam. Ni pun gigih ak download apps blogger kat phone sbb nak tulis post ni tahu? Kalau korg ad pape, pm je la abang (ehem) di Facebook (kamil kamaruddin) or WhatsApp (0193839548) . Sorry wechat hny utk gadis ( gurau je xde pun wechat dah delete lps tgk vine luqman pudolski 2hari lepas). Nti just perkenal diri n tny je pape. Sementara tgh free ni boleh la nak melayan korang. Nak tips ke, nak menyembang ke, nak kasih syg ke. Boleh saje.

Ok dah la tu. Ur medical journey just started, seat back n relax. Enjoy B-)

otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 18 July 2016

Call

Salam

I know it's a call. It's a time. The same feeling few years ago. Kamil, don't look back. U will be coming back as a better person. Just bear in mind, it's all about yourself. Do not compare, do not judge. Just do your best shot


otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 14 May 2016

10th day

Assalamualaikum
Well it's already 10 days. Since the day I knew you were there, living your life. Things seems get better for you, I'm so happy. But for me not much different, I remain the same guy who is loving you hopelessly.
It's actually already 6months since our last conversation. Somebody got hurt. We decided to what we are now. Apart.
Please, reply me. I'm leaving soon. At least for the last goodbye
P/s: pray for my professional exam. 12days to go

otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 30 March 2016

lebiuu all

Assalamualaikum

Hi all! hahaha lama betul tak bukak blog. Nasib la korang, sape suruh rindu...haaaaa (k, forever alone gila)

Aku pelik betul dgn si ammar n radin ni, korang pehal rajin sangat update haaa? tak terkejar I tau aumm.Tadi singgah blog dyorang jap, tersengih sengih aku baca. Kipidap guys, lebiuuu

Last weekend ada dinner, kemain semua nak melaram gojes kau jah. Ammar (artis jemputan) hot kot atas pentas. Suka betul aku tgk dy parking kaki sebelah bengkok sket so that nampak curved pinggul. Seksi bakhang. Dinner okey, performance ok, overall ok nora bagi 4 bintang. Lepas dinner biasa la sesi bergambar, haa segala jenis kait rapat masa tu nak bergambar sama, geng study group, geng housemate, geng gossip, geng BFFTJF, geng surau. Tapi yg plg syahdu geng GeBU. Blog dah terkubur, tp feeling tu still rasa smpi sekarang. lebiuuu

Ok nak habis dah. Sekarang tgh posting last, surgery. Okey kot hopefully. Pro exam pun dah dekat, 62 hari lg hokeyy. Doakan semua batch aku lepas n boleh jdi doktor yeay

Serius ni, pohon panjatkan doa utk kami. lebiuuu lagik


otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 13 January 2016

Feeling meh

Assalamualaikum

Dah lama tak tulis waktu2 cenggini. Secara azali dan alami nya, aku xkan rajin pulak nak buka blog tgh hari. Ye la kan, ni kan waktu tidur, malam nak stay up study smpi subuh lagi hmmm

K tipu

Saja tulis sket. Tgh boring kelas psychotherapy tdi. Topic menarik tp meleret leret pulak. Tu la kalau dpt sekali satu posting dgn budak2 extra pandai, extra rajin ni, mcm2 benda dyorg nak tny. Tp at least revison class tdi mmg mencerahkan bab2 psychotherapy yg tak best n tak minat tu. Qu puteh2x...tak putih2 pun...

Ni tulis ni bukan apa, benda remeh temeh je trigger dy. Ak actually rasa xbest n semacam kalau bab2 RKR ni. Last week semua group current posting paed nak selfie bagai ngan dy pastu insta hashtag RKRselfie, RKRsenyum, RKRbaik etc. Pastu korg gossip kat whatsapp group ckp semua lulus la ngan dy, excellent la, discussion smpi 30min sbb perform sgt masa short case la etc. Hello, pedih hati lepas short case n fail  dgn dy dulu pun xhabis lg, korg huha huha cenggitu depan ak. Sakit nya tuh di sini. 

I feel so stupid

Nak move on pun susah. Dah la exam medicine semalam mcm harem susah nye. Pead mcm boleh cover balik kat theory paper insyallah. Medicine mcm bye2 je la

I feel so stupid.

K bye

otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 5 January 2016

Ammar suruh update blog

Assalamualaikum

Hi everyone! 

Ingat malam ni nak menyinggah je blog ammar n radin. Tp si ammar ni psycho aku pulak. Ye lah abe, nak tulis la nih. Tapi idea xde so malam ni aku main tulis sajo, konsep meredah redah sambil meroyan k.

Sekarang posting dah nak habis, minggu ke5. Next week dah final sem 9. Sem 9 okey. Dah nak habis MBBS ni haa.. Pui sembang medik, boring2. Tapi biar aku sambung sket lg, just nak ckp aku busy gila dgn psychiatry ni. Busy siapkan CWU dgn nak berebut2 patient, busy nak reka HOPI supaya menarik, busy nak buat video projek, busy nak final exam. Ok tu je bab medik.

Yg tak medik nye, aku skrg pergi rockafella sesorang huhuhu. Semua dah lari gym depan kolej. Ye lah,gym tu dekat jalan kaki je n murah pulak. So maybe bulan ni last la main rockafella sebelum register Empire Gym depan kolej yg fasiliti tak berapa nak cukup n dipenuhi dgn newbie2 yg baru nak up [baca : main seminit, selfie 10min]. Tapi, JPA xmasuk lagi, takde duit T.T

Peh, bapak boring post kali ni. K bye.

otak aku berfikir secara kritikal..