Wednesday 27 June 2012

Wordless Wednesday #19

Al-Quran : Anytime anywhere ~

Encik Murabbi with his own .



Kamil:
1)A huge thing happened to me today.And,im not happy with that.Just an inadvertent reveal.
2)I wish there is someone who will be with me to get thru all of this.Allah,you know everything..
3)Feel alone,feel shunned.im not exist.

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday 24 June 2012

Melepas rindu lama tak update.

Assalamualaikum

Sentap.Lama gila aku tak update mendalah ni.Eh,blog?Ape tu?Spesis aneh apekah mengahantui aku lately ni?.Dah la busuk,tak hensem,sibuk je kau singgah dlm otak suci aku kan..ZZzzz..kejadah ape merepek meh?

Aku mmg busy gila masa module lepas,pastu stress,pastu tension,pastu monyok..flow yg buhsan.Syukur,dah escape.Alhamdulillah.Sekarang baru berpeluang aku berkinja kinja terhuyung hayang eksaited nk update.Hatta,entry ni pun sudah basi di dalam draft.Even memang sesekali aku cuba juga shiuhh-shiuhh nya dgn harapan tiada lalat sudi hinggap.Tak menjadi..draft dah delete,maka muncul yang baru akibat mood yg bertukar posisi.Ah,tak paham.


Memang berbondolan cerita best juga tragis yg setipikalnya aku akan taruk dlam belog ni sepnjg mingu2 lalu,tp haruslah aku abaikan dek aku pun sudah lupa.Sedemikian jugalah aku malas nk korek2 otak aku ingat mendalah tu balik.Barangkali sudah penuh diisi dgn ilmu ilmu mutiara penyuluh lecture2 module Gastrointestinal yg banyak menyentap.Maka,kewajaran disini seakan akan memaksa aku taruk sikit alkisah biokem yg berbelit,physio yg mengular, dan patho yg menyekeh.Oh tidak,nescaya ternganga kalian kelak.

Dulu,segelintir kecil stalker tegar sini yg rasa aku kerap menyentap.Maka,tak semena-mena 'ayat sentap' dan aku agak sinonim waktu itu setipikal sinonim aku dan kacak.Namun,realitinya aku yang hanya menghingus hingusan di awal kemunculan tak sedar tersembab sekali dgn aura sentap menyentap tersebut.Barangkali hanya terpengaruh dgn belog Ammar yg terlebih dahulu buat ayat sedemikian.Maka haruslah takhta itu beralih ke Ammar.Dia budak K5 sekarang.So what?.Yang pasti,mood menulis sedemikian rupa hanya bersantunan jika ianya secara spontan.Buat-buat hatta berusaha sebesar mana macam skrg ni pun,ianya tak akan seneutral yg asal.Aku dah kehilangan super saiya.Mana Mr.Popo?.Peluh .

*ayat sentap tiada hak cipta.Itu hak sesiapa pun.Jgn kaitkan ak if ade yg berjinak2 dlm dunia sentap tersentap menyentap ko mmg da bomb.*

Minggu lepas yg sibuk gedabak,Fattah n Syahir dtg melawat aku di UiTM.Dyorang waktu tgh berbulan madu di kala study week di UPM bermula.Alhamdulillah,dapat aku kurangkan lelah.Sedikit.Macam biasa,Shah Alam yg bosan ni mmg takde tempat lain boleh aku bawak pun.PKNS,SACC,Plaza Alam and yg paling cliche semestinya I-City.Peduli ape aku ada orang nak ckp loser so wat eva pgi Icity.Tu tempat plg misteri magic ala fairytale dgn lampu lip lap yg merata rata berterbangan.Budak budak suka.Sempat jugak aku korek rahsia buah hati masing2.Amboi,kemain sekarang eh?.Tak kesah semua tu,yang penting ak dpt jumpa kawan matrik.Lama tak jumpa.Lepas rindu.Ukhwah kerana Allah..^^

*aku tak boleh terima syahir cakap taufiq muka baik*
*aku tak boleh terima Azizi cakap syahir tough*
*aku terima sangat2 fattah ckp aku dah kurus n hensem*

Syahir dan Fattah.Sahabat selamanya.

Motif eksaited?bukankah agak loser bila mana ianya di Icity?

Nampaknya aku dah tiada isu.Semacam meroyan jugalah entry kali ni.Matlamat aku cuma nak hapus jurang masa ketiadaan entry.Wajarnya agar aku tak berasa guilty tak update even tu mmg takde kaitan dgn prinsip aku apath rukun blogger tegar.Banyak sgt cerita best dgn kawan2 di UiTM,tp itu biar aku simpan shj di memori .Katanya,manis begitu..Ok,nak layan movie.Mohon berundur.Wassalam




Model iklan.Aktiviti dgn kawan di UiTM.

Arif.untuk undi type Arif<jarak>hensem<jarak> ke 3200

Bowling habis PT.Lama punya pic daa
Kita bertemu dah berpisah kerana Allah...=)

Kamil:-
1)Entry pasal fakulti medik banyak gila view.Pecah rekod.
2)PT punya result dah kuar.Alhamdulillah,ada peningkatan walau tak sehebat mana result aku.Tahniah Burg,Arif,Taufiq n Qbear
3)Final exam dah dekat.Doakan aku dan kawan2 di sini.Kurang dr sebulan.Alahaii.
4)Tadi kelas BEL terakhir.Aku mmg tak perform langsung presentation.Tp syukur,habis beban selama ni.huhu
5)Dah jumpa fesbuk akhi Dr eusoffi.Eksaited gila sbb dy ni senior aku yg hebat dalam agama dan doktor.Pastu hensem.Sumpah jeles.Eceh!






otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday 2 June 2012

Fakulti Perubatan UiTM

Assalamualaikum.

Buat pertamanya,aku hampir2 tergigit lidah tadi dek kerana sedikit tersentap dgn tajuk entry yg sungguh berinformasi bagai (except:Tazkirah on Thursday).Blog aku tak pernah menjadi sumber rujukan sebelum ni melainkan kisah2 meroyan yg terselit adegan sentap menyentap dan terkadang syok sendiri.Maka,haruslah kali ni aku sedikit gembira atas kenaikan pangkat dan malah sesekali aku terasa itu adalah takhta.Wahaha..! *forever alone*

Lama jugak aku tak update belog.Kisah ape aku?.Okeyh,entry ni actually ak dah lama nak taruk.Tapi sebb aku ingat budak matrik/asasi dah tutup dyorg punya UPU fasa2,xde keje la aku nk cerita sgt.Tapi last week,ade junior tny aku pasl medik uitm pulak.Aik?Rupa-rupanya baru bukak selasa lepas la...Kasihan junior2 yg comel,keresahan barangkali memilih course2 yg best n sesuai dgn pointer masing2.Kembang nasalis muscle.

*Awas kpd Taufiq n Arif,aku suspek korg akan cop aku lepas ni yg bajet 'menumpang' eksaited Pre-med bagai..*
*budak premed masuk esok..^^ *
*sori adik comel,even esok tarikh tutup UPU,aku nk cerita jugak..las week aku de exam*

Dua perenggan awal yang sah2 hanya meroyan dan tidak ilmiah langsung.Abaikan.Ok,pasal medik uitm.Aku dgn sekalian takzimnya mmg sedang mempromosikan medik uitm ni.Even aku nih batch ke9,tak ramai yg tau psl kewujudan fakulti perubatan uitm.Kesian betul kat aku yang tak feymes.T.T..Tak kesah la sgt sbb aku pun xtau jugak sebelum masuk sini.Actually,masa kat matrik dulu ada akak faci yg promot2 sket kat aku.Tak semena-mena ku jatuh cinta dgn medik uitm.Cinta pandang pertama bukanlah falsafah aku pegang....Tapi...Situlah bibit2 awal pengenalan romantis kami...aiwaahh!

Mula2 selalu orang cerita pasl sejarah history background kejadah semua tu kan,tapi aku nak skip sbb mlm ni aku nk layan one piece.Haruslah aku cepatkan sikit.Nah amik link medik uitm ni.Sekali official web site aku bagi.

*syarat kemasukan tu standard medik la.3.9++ dialu alukan apply.Klo dr asasi aku xtau sgt.Tanya Taufiq atau Arif..huhu*

Sistem akademik kat sini adalah Intergrated System n Hybrid Problem Based Learning Stratergy.Basically,belajar tak ikut subjek secara direct,tapi gabungan subjek2 dalam satu module.Module tu based on systems dlm badan manusia la.Macam isnin depan aku start module urinary system,so aku akan belajar anatomi pasal kidney,prostate,testis etc,physiology nak urinate,disease2 yg attack bahagian 'tu' dan mcm2 lagi.Tak paham jugak,tak yah paham lagi.Dah masuk baru paham mcm aku rasa dulu.Lagi satu,Tahun 1 n 2 adalah pre-clinical (belajar semua teori n pratical di lab).Tahun 3,4 n 5 baru clinical.Yang ni baru jumpa patient betul2 kat hospital.Belajar pun more related to clinical cases la.Macam biokem yg berbelit tu,dah kurang kot...entah.Harap harap xde terus!

Buku pulak mmg banyak kena beli.Aku beli hari tu seribu lebih jugak.Tapi mmg kena pilih betul2.Kalau tak sebati ngan jiwa masing2,mmg rugi je beli.Aku ade je stok stok buku yg jadi hiasan sampai sekarang.Bau kedai lagi...


Nampak pharmacology kaler purple tu?Itu antra stok hiasan sampai sekarang.Wahaha...!

Ni senarai subjek korang kena ambik ye adik2..
  • Anatomy,Embryology and Histology
  • Physiology
  • Biochemistry and Molecular Medicine
  • Pathology
  • Microbiology
  • Parasitology
  • Pharmacology
  • Population Health and Preventive Medicine
  • Plus subjek Universiti:TITAS,BEL,Ko-ku etc..
I)Lecture-Satu lecture satu jam.Kalau lecturer rajin,akan ada lecture tambahan.Atas kapasiti student medik,agak susah n serba salah nak menolak even dah tepu otak.

 Sumber air-cond di lecture hall D.Keruilai~~

Dr Adrean sedang bagi talk.Dia sekrang dirampas oleh fakulti pergigian.sedih...T.T

Suasana di dalam lecture Hall D.Jeling2 manja.Arif n Taufiq~ :D

II)Laboratory-Multidisciplinary lab,Communication Skill Lab,Anatomy Dissection Lab,Computer Lab,Clinical Skill Lab...bape banyak lab daa..

 Di Lab Anatomy sewaktu Muskuloskelatal Module.

Kelihatan seorang pelajar sungguh syahdu melakukan praktikal di MDL

Prof sedang meniliti sesuatu di dalam makmal...hmm..segaknya!

III)PBL-dapat case,pastu bincang ngan membe pasl case tu.Kena relate the whole subject dalam module kite tgh belajar.Aku tak suka nih...=,='

Ni contoh trigger dalam PBL.Aku pun tak ingat ni dalam module ape...Rajin abg ni hightlight.

IV)Small Group Session-ni macam masuk kelas toturial,bincang dgn lecturer.Takde ambik markah pun.Lecturer pun tak check korang buat atau tak.Semua bergantung pada kesedran diri sendiri.

V)Early Clinical Exposure-ni korang belajar cara2 nak treat patient masa clinical or bila dah jadi doctor nanti.Hafal je text dy bagi tu.huhu... "It's must be difficult to u then..." <----ayat cliche masa kelas ECE

Sesi lakonan macam ni lah lebih kurang di waktu kelas ECE.

VI)Exam-setiap module ada Progress Test bila dah habis module tu.Result dy akan jd carry mark untuk final exam setiap semester.Pastu ada jugak exam2 besar mcm PRO exam.PRO exam 1 (preclinical) masa tahun2.Korang kena revise balik berta-tan note dari year 1 lagi.Seriusly,untuk sem lepas saja,note aku setinggi 12cm.Boleh bayang 4sem punya note tinggi mana? Eeiwah !

*kalau excellent result,kitorang panggil distinction..huhu.*

Nota-nota untuk semester satu punya exam.Aku dpat B je.Sadis. 

Meja bersepah di waktu study week yg ada masa 2minggu.Pecah otak.

Memandangkan aku semakin lama semakin bosan menaip,aku nak buat dlm bentuk point.Cepat sikit habis.Padan muka.

*Loser nya,perenggan2 awal diperuntuk untuk meroyan lebih*

Apa yang best ?

1)Teori medik-takde-life tak diguna pakai kat sini.Ada je masa nak lepak2,enjoy2 bla bla bla...tapi tak boleh lebih2 sgt la.Malam2 kena study jugak.Lecture mmg packed.Kelas selalu 6-8 jam sehari.So,petang je la nak DOTA ke,futsal ke,blogging ke...Malam bukak buku mcm biasa.Unless nak try dpt D dlm progress test,boleh la enjoy sampai subuh.

*kalau budak perempuan ak xtau sgt.Ada jugak dgr dyorg study kat fakulti sampai 4pagi...pergh!

 Student medic enjoy sesudah habis PT.Aku menang game ni weyh!

Student medik yg terlebih enjoy dibelakang tabir...berjaya dibongkar!

2)Lecturer best.Best satu hal,berpengalamn satu hal lagi.Banyak prof dr fakulti medik ukm,usm etc dah masuk sini.Dyorang style mengajar mmg senang nak paham.Paham waktu lecture la.Kalau tak study balik,ada potensi lupa time exam.Pernah sekali Arif (stalker mokhsya) stalk pasal award n research lecturer aku ni.Mmg impressive sungguh!Nak tau lebih,boleh jadi stalker tegar website medik uitm leps ni.Lecturer dr oversea pun banyak.Germany,Russia,Pakistan,India,Iraq,Jordan.Myanmar, bla3...ramai lah.Yang foreigner ni pulak sporting.Seriusly!

Feveret aku:
a)Prof Hamid
b)Prof Marina Kapitonova
c)Prof Nafeeza
d)Prof Baha Latef
e)Prof Harbinder
f)semua lah senang.jenuh nak tulis.

Our beloved Prof Abd Hamid...=)

3)Kampus baru.Fakulti perubatan uitm ada 4 kampus.Selayang,Sungai buloh,Teluk Intan dan Shah Alam.Buat masa sekarang,tahun satu dan dua di kampus Shah Alam,menumpang di Kompleks kejuruteraan sebab kampus sungai buloh masih dalam pembikinan.Bila dah tumpang tu,paham2 je la kan.huhu.Di kampus selayang untuk senior tahun 4 dan 5.Kampus Sungai buloh utk tahun 3 dan kampus Teluk Intan utk posting luar bandar masa klinikal.Pengecualian di shah alam,fakulti medik dy mmg superb!Nanti aku letak photo kat bawah.Nak lg best masuk link GeBU n GeBU (promosi sket...).Fakulti di kampus Shah Alam bakal ditutup,so tak payah aku nak cerita lebih2 kan?.Korang yg bakal masuk sesi 2012/2013 a.k.a bakal2 junior aku yg comel,nanti terus ke Sungai Buloh.Tak merasa la keperitan lecture hall D yg mcm takde air-cond tu...aiyo!
Kampus Shah Alam.Sign board ni dah cabut kot.Aku tak jumpa pun...=,='

 Bangunan S n T,Komples kejuruteraan yg kitorang tumpang...

 Kampus Sungai Buloh .Nanti adik2 masuk sini ye...

Kampus Selayang untuk senior tahun2 akhir

Kampus Teluk Intan,untuk posting Rural Health...

4)Program Khas.Yang ni seriusly aku tak tau sgt (tau gitu2 je).Tapi kebetulan hari tu Arif presentation ko-ku buat tajuk ni,ak secara kebetulan pun tau jugak.Wahaha..!

I)Advanced Medical Science-Korang masa PRO exam 1 nti klo dpt distinction,nti fakulti offer stop belajar setahun n buat research.Kalau jenis2 otak yg tak dibendung geniusnya,ada chance buat research di Harvard Medical School...wahh!Ni link senior ak yg dpt harvard,wan mohammad hafiz. ^^

Harvard Medical School....teringin?? hehe

II)Eminence Person Lecture Series-Yang xde ape sgt pun.Nanti dari masa ke semasa akan ada orang top2 kat malaysia ni buat talk kat korang.Mcm Prof Diraja Ungku Aziz,Prof C.P Ramachandran,Datuk Jins Samsuddin n bla3...

Ni antara EPLS yg aku hadir.Not bad lah...

III)International Academic Advisory Board-Fakulti perubatan UiTM ni ada badan pemantau antarabangsa dr universiti terbaik di dunia bg menjamin kurikulum yg mantap dlm mencapai misi visi melahirkan doktor bertaraf dunia.Bla,..bla...bla...korang reka ayat cliche sendiri lah.Btw,badan ni dianggota Prof2 dr Harvard,Melbourne,John Hopskin n banyak lagi.Kagum?

Sebelah kanan tu Senior Prof Gordon Williams dr University of Harvard sewaktu meeting di UiTM...^^

*kesemua ni hanya terdapat di Fakulti Perubatan UiTM sahaja.That why we are so unique and special...=)

Woot woot.Masa dah suntuk.Last last minit pulak aku ada perjumpaan dgn adik n abang sket lagi.Setakat ni lah dulu.Nanti dari masa ke semasa akan diupdate ikut suka hati aku bila ada mood n permintaan berbayar.Maaf dipinta atas segala kekurangan yg ada.Kalau ada sebarang kemushkilan dan pertanyaan,jangan malu jangan segan,sila la komen di bawah ye adik2 comel.Tak comel pun komen jugak lah.

"It's okey,it's alright.Go medic...Fight,fight,fight!! "

Kamil:
1)GIT punye PT biasa2 je..aku tak mengharap sgt.InsyAllah apa saja keputusan,itu terbaik buat aku..=)
2)Tak sabar la budak premed nak masuk.Eceh,budak matrik macam aku pun nk sibuk kan? =,='

 Jejaka medik harapan negara...^^

Gamba batch aku.MBBS UiTM ninth batch~~




otak aku berfikir secara kritikal..