Showing posts with label Aku Pencari Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Aku Pencari Ilmu. Show all posts

Saturday, 4 August 2012

Aku Pencari Ilmu.Siri 4:Sekolah menengah part 3

Assalamualaikum

Lama betul aku tak sambung API ni rupanya.Last update 4mac lepas, maka genaplah 5 bulan baru aku terkinja nk update balik.Sadis.Malas sebenarnya walau aku dah mmg siap separuh entry ni dulu.Asal waktu nk publish,tak semena mena makhluk aneh lagi ganjil sengaja timbul syak wasangka pelbagai hingga aku terasa loser nk post.Kejadah feeling misteri ini?

Setempoh cuti yg baru usia seminggu ini,aku banyak juga blogwalk kawan2.Jarang yg update.Barangkali masing2 menumpukan perhatian kpd amal ibadah yg jitu lg sukses.Jadi,haruslah terkadang aku sengaja baca blk entry2 mereka yg lepas.Cumanya,lewat masa ini,aku agak sedikit tersentap berbaur kagum dan terhibur dgn penggunaan kosa kata yg meracau kerangka pemikiran kritis aku di dalam belog kamalia ,kawan lama kat matrik.Motif penbendaharaan kata 'kemain-kemain' yg digunanya agak unik dan juga misteri.Izinkan aku try sekali.Kemain taruk link blog orang.Kemain aku tumpang publisiti.kemain kemain!

*Dia blogger hebat.Abaikan.Fokus kpd aku yg masih tercungap.

Baik,aku berjaya akhirnya mencipta mukadimah yg sah2 takde kaitan.Ayuh sambung pengembaraan alam persekolahan haku di tingkatan hempat.Hungga hungga.

1)Asrama
Tak banyak cerita menarik sebenarnya waktu form 4.Menurut hikayat lagenda, form4 ni honeymoon.Tiada siapa nak peduli.Meroyan pun sama batch yg turut tersentap dan syok sendiri.Lepas PMR,tak semua dpt masuk blk sambung form4.Ak pun dah lupa syart dy ape.Rasanya 6A plg kurg n Arabic English mesti lulus.Dulu aku dapat blok baru,tapi sebelah je dr Blok Tarmizi.Kali ni dorm C Blok Abu Daud.Memang sebijik pattern dy.Bosan.Sama batch dgn aku dulu ada MuzakkirShazli,Nabil dan Yaser.Nabil pindah ke KISAS tak lama lepas tu.Maka tinggal lah berempat.Mujur aku takdelah kekok sgt sebab dyorg semua dr kelas aku jugak masa form 3.

Muzakkir dan Shazli.Sahabat yg lama tak jumpa...rindu rasanya...=)
*gambar yaser n nabil tak jumpa,jgn kecik hati.*
*Aku cilok gambar ni kat fesbuk.Mintak halal.hehe*
Seminggu lepas sekolah 2008 mula,Aku n Muzakkir dilantik jd Ketua Pelajar/Pengawas/KP  (akan diceritakan selanjutnya di part kelas).Atas arahan warden ditambah pula nilai kasih sayang memang jelas kelihatan dr sifat aku barangkali,aku dapat pulak arahan pindah jaga form1 di Bukhari (Bong).Muzakkir pun kena,muka yg jambu aku pasti adalah penyebabnya.Tapi tak sampai hati pula nak tinggalkan Ley n Yaser.So,lepas bincang2,zack sorg je pergi  tapi dy still selalu lepak ngan kitorg jugak petg2.Pandailah aku bg alsan dekat warden nak elak.Masa tu,ktorg berempat mmg rapat gila.Plus kelas pulak sama,Yaser je kelas akaun.Time ramadhan lg best.Sahur n Iftar kenangan dy sumpah tak muat nak taruk satu page.Bazaar lagi.....Aduh,indahnya...=)

*Ley ni kalau aku miss kejut dy sahur,mula la merajuk...=,='

Masa ni aku agak rapat dgn semua orang.Dah feymes kata orang.Haruslah aku buat2 peramah.Dengan form5 xde masalah.Kamcing gila.Siap bertumbuk n main cucuk2 lagi.Piji,sobri, etc..Mostly bilik ni penuh dgn KP jugak dr form5.Plus piji PKU asrama.Agak teratur masa tuh.Form 3 pulak gila2 lg menyentap.Best dyorg nih.Iskandar,Din,Pieh etc.Form 2 tak ramai bilik aku,tp aku rapat dgn form2 dorm sebelah mcm Faruq.Antara form 3 kalau dgn form 4,dyorang plg rapat dgn aku .Dgn lain xnak pulak nk sembg bagai.Aku la perantara kadang2.Cuma,bila dekat2 hbs tahun,mula la form 3 buat perangai haram.Phone,jeans xyah cakap la.Memang aku skema habis pendokong displin sekolah.Eh,peduli ape aku?

Muak aku bagi warning.Serius susah nk tegur kalau dah rapat meh.Tak cerita lagi spot check time subuh.Sanggup tidur dlm almari bhai xnak pegi musolla punya pasal.Lepas kantoi,buat muka demam.Trololol..Penyentap sejati mereka neh..Tapi alhamdulillah,aku tegur dyorg bolh dgr lagi.Segan sket dgn aku barngkali.Tapi kalau lemak,mmg aku balon jugak.Dapat jugak kutip phone 2-3 bijik.Jeans lg bertimbun aku sapu.

Kp form5 2008.Depan sekali Pijie n Sobri

Pijie penah bgtau aku suatu petang yg hening,form5 nti dy suruh aku pegang blok Daud (jadi ketua blok).Aku oke je sebb aku phm dah xde orang masa tu.Zack pindah Bong.Anas nanti naik jd Ketua Umum.Amal Syafiq sibuk dgn aktiviti musolla nya.So,ble gotong royong mingguan mmg muka aku je la cakap depan,conduct semua.Dah muak rasanya dyorg tengok muka aku.Tapi bagus juga,time ni lah aku bnyk berlatih ckp depan2.Memang banyak perubahan masa tu.Bila dah conduct,maka haruslah aku gunakan peluang sebijak mungkin bukan?Form2 form3 aku bagi yg tak best.Cuci toilet.Padan muka sebab dyorg suka ajuk aku n gelak2 masa aku cakap time assembly asrama.Rasakan.

*warden cikgu Raja Fadzil,best gila!*

2)Sekolah

Sekolah aku siapa muka2 stok 8-9 A dy bagi kelas pengajian Islam 3/pure science.Ada lg 2 kelas:Akaun n Sastera/Thanawi.Tapi boleh je nk apply tukar kelas mcm Anas (9A) yg pindah ke Akaun.Baru seminggu kelas mula,dah kena panggil interview untuk Ketua Pelajar.KP ni sama macam pengawas sekolah lain.Kalau Ketua Pengawas kitorg pnggil Ketua umum.Itu takhta Anas,abaikan dia.Terberuk kejut aku masa tu.Leadership mmg kosong bhai.Kat mne dyorg tgk aku pun tak tau.Barangkali ramai yg lebih layak sudah bercadang pindah MRSM/SBP,cikgu pun pilih lah aku yg mmg konfem akan stay sampai SPM.Amanah dan Tanggungjawab bukn benda mudah.Kena cop skema tu aku dah bosan dapat.Kena conteng kat toilet kata kitorang tu anjing sekolah tu lagi sadis.Kena maki belakang2 dgn junior senior itu pun biasa.Kena songlap/tibai/pedaje/naya barang peribadi tu lagi dah muak.Tips aku,buat tak tahu n jgn melatah lg meroyan.Tapi nasib baik mostly aku dah rapat dgn semua masa tu,junior senior boleh lg bg kerjasama dgn aku.Aku kurang sikit la jd mangsa.Hensem dan sopan santun barangkali adalah faktor utama.(krik3...=,=')Member aku ada yg sampai sudah kena cop/maki 24 jam.Dyorg emo sangat nk tegur budak,salah dyorg jugak.

*aku pernah jadi orang tengah pergaduhan besar pukul 3pagi.Best gila.Budak form3 baru habis PMR tak puas hati dgn member aku,dy KP form4 mcm aku.Kejadah la masa tu form 3,4 n 5 sume nak join.Lebih kejadah,lepas setel 'gaduh' yg tak jadi tuh,lawan shuffle dekat court takraw.Motif?

Waktu belajar dalam kelas macam biasa.Aku dulu duduk sebelah Lokomas.Even Naim kelas aku jugak,tapi dy masuk lambat sikit.So,masa tu,dah renggang persahabatn ktorg,tapi masih berkawan biasa.Masa awal2 tahun,aku lagi rapat dengan Ahnaf ,Wafi,Rais dan Apam.Memang rapat gila.Syahdu betul pikir2 balik.Masa ni dah matang,berkawan pun secara matang.Feel dy lain macam,penuh kematangan dan nila murni yg pelbagai..Tak lama lepas tu, result SBP keluar.Dekat separuh kelas aku dpat.Anap,Rais,Apam dpt Integrasi Gopeng.Wafi dapat Integrasi Gombak.Aku masa tu sedih gila.Takut berpisah.Memang aku pujuk dyorg la takyah pindah.Keji gila sikap aku.Peduli ape meh?.Kalau tak,mmg aku forever alone.Tapi lepas bincang dgn family masing2,Rais n Apam je yg pindah.Sedih gila.Aku ada masa dy kemas barang.Rasa nk nangis.Tapi tu yg terbaik buat dyorg.Dah berjaya pun sekarg.Alhamdulillah.

Atas:Apam n Anap/Bawah:Wafi n Rais
*Lama gila tak jumpa.Rindunya...*
*Lagi sekali,aku cilok kat fesbuk.Mintak halal*

*Rais hadiahkan lukisan terakhir dia buat ak sebelum pergi...=)

Bingkisan terakhir darinya buatku.

Aku tersentap dgn katanya.
Waktu akademik,aku pulun lg.Walau pun form4 normalnya honeymoon,tapi pulun ni dah sebati dgn aku.Tak boleh nak sekat2 dah.Exam pun ok.Sejarah masih dipegang.Syariah n Al-quran Sunnah jajahan takluk aku yg terbaru.Tapi malang,aku 3 subjek science n 2 math kurang sikit.Lambat nk tangkap.Masa form4 ak tak risau pun.Janji lulus,tak 'tarik' result ak.Keji di situ bukan?.Aku dulu ambil thanawi jugak walaupun ak bukn kelas thanawi.Saja suka2,nk test diri.Thanawi mcm i'dadi,tapi level dy tinggi lagi.Subjek pun ada yg tak jumpa masa i'dadi.Ada 9 tak silap ak.Memang belajar sendiri.Kutip la nota2 dr budak kelas thanawi.Senior aku,Aizat la pencetus.Dia kelas science n ambil thanawi jugak,dan result dy masa tu terbaik peringkat sekolah.Dapat pangkat Jayyid Jiddan,pangakat kedua selepas Mumtaz.Thanawi ni bab menghafal,kelebihan pd aku juga sedikit sebanyak.Pulun sepulun,ambil exam,doa,tawakkal,keluar result.Tak sangka,aku dapat Mumtaz.The only one.Wajarlah aku sedikit merenggangkan nasalis muscle aku lalu dikempis berulang kali.Syukur Alhamdulillah.

Aku dgn Acap masa hari anugerah 2008
Masa form4 ada pertandingan kawad kaki Hari Kebangsaan.Acara ni mmg sekolah aku pegang dari dulu.Sumpah letih gila even kawad dy jalan biasa n bukannya kawad bunga yg kompleks tu.Jauh kena berkawad aku dah lupa.5 kilometer pun ada aku rasa.Masa tu la fizikal aku berubah secara mendadak.Botak.HItam.Kurus.Mana tak nya,latihan pun 3 bulan.Tapi masa tyme aku,dpt no 3.Kalah dgn Sekolah perempuan pulak tu,Sekolah Ta'yah.Sumpah malu gila.

Cover malu ble dah kalah

Belakang sekali,orang penting dlm skuad.haha...

Kawad muslimah


Dan ini 'natijah'nya
--
--
--
--
--
Pernah suatu ketika...

Lagi satu,aku masa form4 ni ntah macam mne,kena lantik jadi PRS n AJK Kelab Kaunseling.Badan khas jugak setaraf Lembaga KP n BADAR.Cuma masa ni dy baru nak naik balik.Tapi malang,presidennya mcm ada sikap tak acuh.Busy dgn SPM barangkali.AJK form4 yg lain hny meeting utk tahun depannya,bila ktorg pulak yg akan pegang.So,persahabtan masa tu mmg rapat.Wafi,Anep,Alip,Lokomas,Syed Amar,Nasrun Naim,Mursyid,Ujai,Yong n etc.Ada hikmah di sebalik rupanya...=)

Itulah sedikit sebanyak kisah honeymoon yg tak berapa menjadi semasa form 4.Melaun mana (baca=nyamuk) gatal gigit2 kulit aku pagi2 ni.Haruslah itu aku anggap sebgai petanda untuk segere buat penutup.Sambung pengajian di form5 yg bercampur baur laksana koktel aku beli kat ipoh Garden hari tu.Ehh?

Kamil:
1)Mungkin ada yg kurg paham jalan cerita.Kena baca siri yg sebelum2 ni jugak.Nampak motif dia kat situ?
2)Panjang entry kali ini.Next siri aku nak buat point.
3)Aku agak desperate jugak mencari gambar2 lama.Yang tak hensem belambak,mustahil aku bubuh kat sini.






otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 4 March 2012

Aku Pencari Ilmu.Siri 3:Sekolah menengah part 2

Assalamualikum.

Ok,direct sahaja ke topik memandangkan malam ni wajarnya sprt kebiasaan aku menyentap kalian sebagai mukadimah terlebih dahulu,tapi aku sudah kehilangan idea dek tadi petg subjek untuk PT sudah merobek segala kudrat otak aku.Jadi sebagai ala-ala sentapan bg memenuhi wawasan negara seterusnya melengkapkan pra-syatat kacakitusubjektif.com,aku galakkan kailan kalian sekalian menyentap diri sendiri sperti aku buat jika keseorangan.Caranya mudah,cuma lafaz penuh yakin pd diri."Hey si polan,sentaplah dikau!",lantas diikuti dgn aksi sentapan yg dasyat aksinya serta mimik muka yg menyeramkan.

Contoh aksi tersentap oleh diri sendiri.

*Ok,kawan2.Siri 3 akan menyentap!

Form 2
1)Asrama

Secara teknikalnya,form 2 tiada apa yg menarik.Tipikal2 saja sprti kebiasaan budak asrama yg lain.Cumanya bilamana ketua warden umumkan polisi asrama tahun 2006 form2 sampai form5 akan berkongsi bilik,aku agak tercengang laksana Bik mama terkantoi akan muslihat Birkin beliau.Gerun.Segala kisah buli mula menggelocak.Aku dulu dapat dorm D blok imam Tarmizi.Tapi syukur,senior rupanya sweet2 belaka even mostly badan mmg setaraf John Cena,Brad Pitt dan Saiful Apek.Dalam dorm D,satu batch dgn aku ada 5-7 org,aku pun dah lupa.Lokomas,Amirul,etc.Cumanya,ak tak la rapat sgt dgn dyorg.Tak mau melekat kata org walau berkali2 juga ditaruk Gam 3 second.Baragkali antara kami pun ada geng2 tersendiri yg mmg aku takkan terlibat mcm geng bola,geng spy-naqib (mat port),etc.Senior ramai la,jenuh aku nak tag.Tulis jelah sikit.Form3,hafiz,paan,alin.F4,pojan (budak senyap pastu lari bilik..=,=').F5 pulak best.Abg Amidin,Abg Peje dll.Amidin ni PKU Asrama,so mmg protective gila la blok nih esp dorm D.Mmg klo nk kemudahan tu seng la dpt.Bagus,dipergunakan.

 *senior F5 blok nie mmg best gila even bukn satu dorm ngan aku.Tuyor(pelawak),Capek(atlet).AmirGha(ustaz) dll . Mmg pakej la...

Blok Imam Tarmizi tersimpan jutaan kenangan...sadis sungguh.


Sekolah aku ni bila dekat hbs tahun,mmg akan ada tradisi pelik.Form2 akan gaduh dgn form3 pukul 2-3 pagi bila hbs je PMR.Motif?Bajet nak nampak gangster,luah segala tak puas hati kat junior.Tapi yg aku nmpk dyorg just ikut trend n meroyan malam(MM) mcm Ammar sebb masa batch aku kena,dah lepas 'gaduh' yg tak ekstreme langsung tu ( lawan jerit je,kayu hoki semua perhiasan je la),boleh pulak main lwan shuffle kat court takraw kol 4 pagi.Mmg loser,senior tengok pelik2 je budak bergaduh.Barangkali ketidakstabilan hormon di fasa peralihan remaja mnjadi punca.Agak lama aku mengkaji asbab tersebut.Masih misteri.

Mode yg tertukar dalam sekelip mata.Magic bukan?


*hujung tahun ada perlantikan naqib baru.Nak dlm 15 org.Yang dpt martabat dy akn tinggi secara automatik.Dulu aku agak capub,memg nak la.Tapi dah masuk upper form,syukur gila tak dapat.huhu*


2)Kelas

Macam aku cakap dlm siri lepas,masa form 2 la buat julung kalinya aku dpt kelas first,2 Ibnu Sina.Mostly dyorg budak2 yg sama dr kelas first masa form1 dulu.Aku ni kira golongan minoriti yg blurr seumpama si negro masuk ke dewan kuliah D lantas menjadi tumpuan ramai.Semua dah ada plan awal2 duduk sblah siapa masa hari first.Aku kebingungan.Loser.Sepatah haram tak paham dyorg merepek ape.Teori Einstein,Archimedes,falsafah shakesepeare,Galen etc jelas kedengaran menjadi bahan bualan. Menyentap diri lah aku belakang.Rupa2nya aku tak menyentap keseorang,Naim pun sama spesis dgn aku.

"Eh,sebelah ni ade orang tak?",tanya aku kemaluan
"Tak de,duduk ah!",jawab Naim keriangan
"Ko Naim kan,dulu dorm D kat Bong."tanya aku kepastian
"haah,betul le.ko sape eh?",tanya Naim kebingungan
"Kamil...=,='!",jawab aku ....................

Itulah bibit awal persahabatan kami berdua.Memang berkepit je la lepas tu.Time belajar lg best, ktorg mmg selalu berdebat. Lagi2 kalau subjek Nahu Sorof kelas ustaz Naim.Ilmu tak tinggi mana,tp saja debat bajet hebat sgt.Eceh.Kelas 2 Sina ni best.Budak2 dy lg best,cikgu pun best unlimited.Penyentap semuanya.Guru kelas cikgu Firdaus,ajar science.Orangnya nampak mcm blurr,tp ilmu dy tinggi beb.Mula2 agak sush la nk adapt,lama2 rugi kalau tak korek ilmu dy.Paling menyentap bila dy marah.Peh,hukuman dy pelik2.Pernah sekali dy cubit area sensitif kat dada,dipulas2 360 degre,ditarik pulak memanjang.Konfem pedih tapi aku tak kena la.Aku yg  tengok pun mmg terasa di bahagian tersebut.Ketua kelas pulak Ipin.Leadership dy neh mmg mantap.Keliling ak pulak semuanya mmg cool.Depan Safwan(pemantun sekolah/DBP) ngan Hanep(kelakar), belakang Acap(genius ) ngan Anas(idea cool).Satu lagi bila masuk kelas first ni,aku bnyk belajar cara belajar org pandai belajar.Dyorg ni nak kata kuat study xde la sgt.Tapi genius.Macam Ajim,dy la mula2 ajar aku study english guna game n lagu.Memg berkesan beb.Secara tak langsung je.Aizat Naim pulak dy ni yg reka mcm2 kod2 science utk sekelas sampai lah PMR.Bagus betul...=D

Masa form 2 ni,ada satu exam awam.I'dadi,yg aku terg masa siri 2 tu.Kali ni masa form2 exam betul2 dy.Ktorg mmg tak expect sgt memandgkan result past year sekolah biasa2 je.Selalu tak sampai 10 org pun dpt Mumtaz(cemerlang).Study mcm biasa,pergi kelas tambahan,hafal2,ambik exam,kuar result....Alhamdulillah,dpt jugak Mumtaz dgn berpuluh2 lg kawan se batch.Memang pecah rekod masa tuh.huhu.Dari segi akademik sekolah pulak,tak banyk beza dri form 1.Masih mantain,no 11 dlm kelas,dan juga form.Syukur.Kelas first lg utk form 3. 

Kenangan.Aku simpan lg sampul hadiah dy.


Lagi satu,aku dulu asal nak exam je,Hairul atau Apam(bukn yg sama ngan ak masa form1) ngan aku akn berkepit ke mana2.Dia ni gila genius,skrg under MARA buat medik kat Alex.Memang sembg aku dgn dy musim2 exam berilmiah sesaje.Sambil jalan ke kantin,musolla,tandas ktorg akn saling tny2 soaln.Best betul hairul ni.Lagi2 kalau sejarah ngan science,aku dari dulu fight dgn dy.Kalau exam sejarah aku selalu memang,science dy pulak selalu meng.Sadis betul.Science susah nk top,bnyk sgt saingan.Acap,aizat,wafi lagi..

*banyak kenangan best2 masa form 2.Alhamdulillah...

Form 3

1)Asrama.

Masa form3,kat asrama lbh kurg sama mcm form2.Bilik sama,org sama etc.Cumanya dpt junior form2 baru dlm bilik.Senior form5 ada tambah2 sikit.Syukur,dyorg pun best jugak.Form 2 ada Adam(senang pau budak nih),Paan(lawak),Din(jambu) n etc.Form 5 ade Paan(sumpah tough gila badan,pandai pulak tu),pijaa(naqib aku,bosan betul kne control),Mewan n etc.Form 4 org yg sama mcm thn lepas.Dalam bilik macam biasa je lah.Sentap menyentap itu amalan.

Cuma masa dekat tengah2 tahun,ada pula spot cek,Pak Deris(ketua warden) nk seragamkan bilangan ahli setiap bilik.Bilik ak terlebih sorang,maka haruslah seseorang akn jd si malang lg loser dipaksa meningglkn bilik.Aku takde la nk sentap time tu sbb aku yakin kerakusan bahwa budak form2 yg akan kena.Oh,tidak..meleset sama sekali.Aku ni jambu sgt barangkali,disangkanya aku lah plg 'junior'.Ape kes?so,nak tak nak kena lah pindah dorm atas.Memang leceh la nak panjat tangga bagai.Mula2 aku mmg meroyan forever alone.Tapi lama2 syukur,Allah permudahkan urusan aku sebenarnya.Dorm atas budaknya lbh tinggi tahap kesedarannya dlam mghadapi PMR walau perangai sorang2 mmg terencat lahiriahnya.Amar,aimran,boya,jong...tambah pulak form4 yg sama turut tak matang mcm Kudin n geng.Dyorang terima aku seadanya n dgn dyorang lah aku berjuang mghadapi PMR tika di asrama...=)

*aku dah mals tag..loser*

2)Kelas

Kelas dulu aku dapat 3 Ibnu Sina,kelas first lagi.Memandangkan persahabtan yg utuh dgn Naim,aku plan duduk dgn dy lagi tahun tersebut.Tak banyak yg berubah dr segi ahli kelas.2-3 orang sahaja tertukar,mostly masih mantain berebut top 40 dr 158.Kebetulan masa tu,keliling aku best2 belaka orangnya.Depan Anas n Anep.Belakang Apam  n Rais.Kanan Akmal n Nabil.Kiri Yaser n Iju.Aku ingat lagi.Tak sgka betul daya pemikiran aku setajam ni.Ok,aku meroyan...Sambung blk,Guru kelas cikgu Azaliza,ajar Geografi.Cikgu ni hot setaf.Ramai yg usha2 termasuk ustaz2 aku meh.Tapi masa aku form3 la dy kawen,ajak ktorg satu kelas.Best!Ketua kelas aku dah lupa.Ceit.Lagi satu,form 3 masa nih ada yg jd KP.Kelas aku ade 3 org dr 5.Dyorg ni sume yg bagus2 la.Anas,Ipin,n Akip.

Blok kelas form 3 2007
Waktu perkahwinan Cikgu Azaliza 2007.


Aku ada sekali tu gaduh ngan Naim.Gaduh budak tak matang kata orang.Lama jugak dekat 3 bulan.Seksa gila tak cakap org sebelah.Ego gila tebal masing2.So,masa time tu la aku rapat ngan si Rais.Dy ni lawak mmg xley challenge,pastu cool pulak orgnya.Jambu xyah ckp ar.Seronok pulak rasanya.Apam pulak macm biasalah,asal musim exam,dy akn berkepit dgn aku merata rata.Aku still fight dgn dy sejarah,tp science aku agk ketinggalan.Ramai kawan lain jauh lebih hebat progressive nya.Aku tetap mencuba.Lagi bagus,dyorg ni lepas prep malam selau ajak aku singgah musolla dulu,solat taubat solat hajat.Inilah nilai persahabtan kata orang.Memimpin rakan bersama menuju kejayaan n redha Ilahi

*Btw,Rais ni kawan Burg sekolah rendah.*

Setel kawan2.Cikgu pulak.Buat point lah senang.Kurang sikit implikasi sentapannya bukan?

1)B. Melayu: Cikgu YM Raja fadzil.Cikgu sporting habis n cool even 'pangkat' dy tinggi dlm masyarakt.
2)B.Arab: Ustazah Akhmar.Ustazah ni bnyk tips exam.Senang nk paham.Tp syg,dy pindh masa F4.=(
3)English: Madam Roslinda.Aku selalu hantar essay extra time rehat.Alah,budak lemah english ada alternatif
4)Sejarah: Cikgu Rafizah.Subjek ni minat ak haruslah best kan?Jadi murid kesyangan lgi.
5)Geo: Cikgu Liza.Dah cerita kat atas.sentap?
6)KH: Ustaz Muhammad: Elektronik pakar dy even seorang ustaz.
7)P.Islam: Ustaz Faiz.Yang ni jaga2,ayat dy berapi.huhu..Tapi dy ajar memg paham...=)
8)Mathematics: Cikgu Amila.Woohoo..ni jadi rebutan spe nk belajar maths.Dy banyk cerita best jugak.
9)Science: Cikgu Marini.Cikgu perempuan plg kelakar.Kawan baik cikgu mila.Dy pun bnyk cerita best.

Kembar.Cikgu mila n cikgu marini yg best


Dipendekkan cerita,study punya study,pulun sepulun,dgn harapannya persediaan aku tu cukuplah.Dgn rezeki Allah,dapat straight.Syukur gila sebb aku bajet BM n BI aku dpt B.Plus trial aku dpt 4 je.Sambunglah aku form 4 di sekolah Izzuddin Shah lagi even ramai yg terpikir yg pindah sekolah.Sebab cinta yg mendalam n barangkali aku mahu sumbangkan sesuatu kepada sekolah sebelum pergi,aku teruskan saja form4 di sini.Di kelas 4 Pengajian Islam 3 (pure science)....


P/s:Tiap kali buat entry panjang,ak memg menyentap diri.Tak tau mcm mne nk pendekkan...=,='!





otak aku berfikir secara kritikal..

Tuesday, 21 February 2012

Aku Pencari Ilmu.Siri 2:Sekolah menengah part 1

Assalamualaikum


Sungguh,sejujurnya aku gila malas nk update sejak 2-3 hari neh.Barangkali excited berblogging yg membuak2 suatu tika dahulu kian pudar dimamah usia melewati senja yg kelihatan sekawan bangau terbang melepasi puncak bukit balik ke sarang yg sudah dinanti akannya oleh si isteri dan anak2 sejak pagi..Ini perkara biasa aku fikir setelah melihat beberapa rakan blogger yg lain ada yg sudah bertahun2 xupdate.Contoh termudah adalah Qbear.Cuma yg beza,tidak pulak ditny soalan bertalu2 mcm aku kena.

"Oii,ko ble nak update doh ?"
"Siri 2 cepat la keluar,gilerrrr..."
"Penipu siot !"

Aku paham benar keresahan yg mereka alami.Kebosanan,forever alone memaksa jari jemari menaip kacakitusubjektif.blogspot lantas dikliknya dgn hati berbunga seribu.Namun,hampa...

"masih blum update lg la si gemok nie..",bisik hati mereka.

Mengambil kira keluhan dan isi hati rakyat,aku bingkas bangun dri sifat malas durjana,gigihkan jua hati lara untuk menulis tinta2 kenangan,mencoret cebis2 pengalamn,mengorek sedalam2 otak mengingat kembali peristiwa2 yg pernah berlaku sewaktu dulu.Ok kawan2,siri kedua bakal bermula setelah penyentapan aku di perenggan awal harapnya terkesan 'sentap'nya di sanubari kalian.Layannn~

*meroyan keseorangan di babak2 awal.*

Mukadimah:sekolah aku ni hebat!!!


Sekolah Menengah:Sekolah Izzuddin Shah,Ipoh
Part 1:Form One,masih jambu

Macam aku ckp dlm siri 1,aku dulu asalnya sekolah rendh swasta agama,maka dgn 'agama' yg ada itu,teringin sgtlah nk sambung jugak ke sekolah agama di peringkat menengahnya.Tak semena-mena sekolah izzuddin ni feymes la bg lepasn2 UPSR sekolah aku.Plus,aku dah ada 2 org abg sekolah ni juga sebelum aku masuk.Sekolah ni nak masuk ade exam umum dulu.2 paper kne ambik,akademik n agama.Soalan memg kacang soya.Aku smsh ingt part arab,apkah dy pisang bahasa arab ?Sambil tertawa,aku menjawab dgn girang hati.Agak senang bg ak yg dah 6 tahun berasmara dgn buku arab.Masa darjah 6 tu,aku tak bercadang pun nk masuk MRSM even nk cable via abah aku sendiri pun boleh.SBP pulak masa tu tak feymes lagi walaupun sepupu(sebaya) aku asal jumpa je,ajak masuk integrasi Gopeng.Aku pun xpahm ape dy merepek meh. 

Lama jugak melepak kat rumah.Bosan xde internet,aku layan PS1 je la dgn adik.Tetiba suatu pagi yg hening damai dtg abg posmen hntar surat tawaran.Ya,surat tawaran ke Sekolah Izzuddin Shah!Syukur Alhamdulillah.Parent pun buat kenduri kesyukuran~.

*Dapat duit,dapat kain pelekat....=,='*

1)Asrama

Masa ni 2005.Daftarnya pd 10/1,masih segar di ingatanBudak form 1 masa tu dpt blok baru,Blok Imam Bukhari.Letaknya hujung sekali kebelakang.Dapat pulak tingkat 3,bilik paling hujung.Memang berbahagia amat aku masa tu dgn suratan takdir.Part plg best bila trun solat subuh berjemaah di musolla dgn mata pun xnampak jalan,tak pun berkejar2 manja ke perhimpunan seawal 7 suku pagi.Memang terasa nikmat bilik jauh.Tapi dr sudut positf,bagus juga terkadang aku fikir.Perkara ni lah yg 'memaksa' aku bangun pukul 4 pagi bersiap,lepas subuh pulak tak tidur dgn misi tak nak lagi main racing dgn membe ke dataran ilmu pagi2.Jika lambat,ada azab menanti.Ustaz Pahmi sudah bersedia menunggu mangsa untuk dicubit peha celah kangkang....=,='

*alah,form 1 kan.skema tu sebati sejak azali lagi.*

Blok Imam Bukhari

Musolla AlAzam dari jauh
Tok Guru Haji Pahmi segak bergaya


Dulu aku dapat dorm C.Syukur,member2 dorm best2 belaka.....dan juga skema.Ya,skema termasuklah aku.Lampu bukak pagi plg awal,tutup malam plg awal juga.Lagi sentap,tugasan bilik harian memang berjalan sampai akhir tahun sedg dorm lain baru 2-3 bulan sudah lupa apakah itu 'jadual tugasan' secara lahiriahnya.Ketua bilik,jong  tak la strict sgt,tp timbalan mmg sgt strict dan berdedikasi.Namanya Syed Ammar.Maka tak hairan lah dy semuda form 2 dah dpt Lans koperal Pertahanan Awam kan..Hebat dan sgt cool bukan?!.Btw,aku dulu kalau geng bilik rapat ngan Iman,kawan katil sebelah.Dy ni pelawak,ade je cerita merepek lg menyentap sebelum masuk tidur.

Bila mana dah masuk bab tidur ni,sesuai amatlah aku ceritakan jugak pengalamn yg melecehkan sekali semasa form 1:Aku ni susah nk tidur dan penakut pulak.Loser bukan?Perkara ni membelenggu aku hampir tiap2 malam.Keresahannya samalah juga diumpamakan memikirkan masalah jerawat yg berkunjung tiba tanpa henti sepanjang tahun..Bila mata tak nak lelap,mulalah otak bermain imaginasinya melepasi had norma kehidupan.Segala bentuk hantu menjengah singgah di kepala.Plg feymes,hantu seret2 kaki depan dorm yg sedg mencari mangsa utk dibwa pulanag ke alamnya..Bagi aku yg penakut ni,mmg cuak di tahap yg tak mampu diucapkan dgn kata2.Jika terkencing atas katil,itu hny sekelumit manifestasinya barangkali.Dan pernah sekali pukul 2.30 pagi ade pulak budak menyanyi twikle2 blkg tingkap.Mujur aku tak keseorangan,adam pun xtidur lagi waktu tu.Seram betul.Tu jelah sekali.

*tak dasyat pun cerita hantu aku.Dasyat itu subjektif.Bila disesuaikan dgn aku yg penakut,ia sgt2 dasyatx5*

Memandangkan dorm C menaiki takhta martabat agung plg Skema,wajarlah Ketua Pelajar/pengawas/KP blok pun sayang kat dorm ni dan isi2nya.Rajin pula melepak ble free2.Yang plg rapat sudah tentu  Abg Sazwan Salaman.Lama tak dgr cerita dy.Last jumpa masa form 2,dy bawak KFC kat aku.Haruslah aku digelar jambu kan walau muka xpenah jambu.Abg ni katanya ade silat keturunan Acheh,aku yg agak bendul suatu tika dahulu ternganga2 dgr cerita beliau sambil kelihatan tangannya beraksi berliuk bunga2 silat .Bila dah rapat dgn KP,mesti ada muslihat dan peluang yg patut diambil bukan?Ya,memang kalau ada pertandingan etc peringkat blok,haruslah dorm C diberi keutamman utk meng.Tak silap aku dulu,dalm 10 kali Dorm terbersih diadakan,bilik ak dpt 7 kali.Syukur alhamdulillah.Dapat hamper~

Dan masa tu jugak,naqib tinggal sekali satu blok.Naqib kat Izzuddin bidg kuasanya kurang jelas.Pengaruh mereka bukn hny didalm usrah,lebih dari tu.Mereka juga bertanggungjawab dlm soal sahsiah anak2 buah.Maka,soal siapa dpt hak penjagaan form 1 nie,dah nmpak mcm jdi rebutan pulak antara KP dgn naqib.Kami yg baru masuk memang bingung.Geleng2 kepala senior 'gaduh' depan mata.Yang sweetnya,mereka gaduh pasal ktorang satu batch.Aduh,tinggi nilai aku di mata senior rupanya.Eceh.Bagi aku,dari sudut pandang positifnya,soal ni mudah,mmg boleh setel sama2.Apa salhnya berkerjasama kan?Bila turn aku pulak pegang blok ni mcm dyorg,takde pulak masalah ni timbul.Allah permudahkan~

*Pergi perjumpaan KP,KP maki naqib.Pergi perjumpaan naqib,naqib kutuk KP.Benda boleh setel cara baik la..=,='*


Ini grup usrah:..aku si kacak berbaju biru dengan lilitan serban 


2)Kelas

Waktu sekolah officially mula pukul 7 suku.Waktu tu wajiblah aku dah ada kat dataran ilmu dgn lengkap uniform esp kad matrik kalau xnak pekena spike belakang cikgu deris,rotan gajah ustaz zaki/ustaz munawer,cubit kangkang ustaz pahmi,xpun kne maki dgn ayat gila pedas ustaz faiz.Bila teringat balik skrg,aku rasa nk je dpt tiap2 hari.Best pula dibuat kenangan utk dicerita dekat anak cucu.Perhimpunan pagi macam biasa lah.Nyanyi2,ucapan2,nasihat2,spotcheck2 pastu boleh terkedek2 masuk ke kelas masing2.Hari rabu bahasa Arab,hari jumaat bahasa inggeris,hari lain bahasa melayu mcm biasa.Aku dulu sejak form 1 dah dapat takhta 'wanted-person' bila spot check ni.Rambut aku ni dr dlu panjang.Mesti sangkut kat sini punya.Kalau tak kena tobek kepala dgn ustaz Abdullah,kena pusing padang 10 kali dgn KP.Aiyaa.Masuk kelas memang lenjun satu badan.

Cikgu Idris,Ketua warden berdedikasi
Tuan Guru Haji Abdullah...hebat ilmunya...=)


Masuk kelas pulak.Guru kelas Cikgu Dasuki a.k.a Pak Das.Dy ajar science.Laju gila ajar,tapi aku still boleh tgkap ape yg diajar sedang ramai sahabat sekelas sudah merungut bergelut.Ketua kelas pulak Amar yg comel lagi bertanggungjawab.Aku dulu dpt kelas 1 Ibnu khaldun,3rd class out of 4.Sedikit loser di situ.Maklum la,UPSR bukannya dpt 5A pungg..Bila masuk kelas mcm ni,lumrahnya bebudaknya sedikit gila.Merepek,meroyan,menyentap sajian hari2.Masing2 ada perangai uniknya tersendiri.Kaki buli,nerd,badut semua ada.Symptom berjoget-jogetan,berbising-bisingan,bermonyet-monyetan jelas dikenal pasti bila cikgu tak masuk atau ada meeting.Time hbs PJ lagi menyentap.Barangkali 'roh' sekolah agama masih kabur dan  rapuh,tukar baju dlm kelas sambil terdedah spenda doraemon dgn gaya aksi menari2 atas kerusi adalah perkara yg tak mustahil terjumpa.Sumpah keji gila..Tp sekrg semua dah dasyat2 belaka.Bakal ustaz,guru,doktor semuanya ada.Ba dulu kuat kacau org,skrg bakal ustaz kat jordan.Omi dulu kuat pula kena kacau,skrg dah jd pejuang revolusi mahasiswa di UPSI (sumpah aku respek neh),hairul dulu stok kene pressure asal bg idea,skrg pejuang mahasiswa jugak tapi tak sehaluan dgn aku la even idea n pendapat dy selalu jugak rasional n bagus.

Aku dulu stok kena buli.Sentap?Ini adalah fakta sejarah.Aku ni budak low profile,duduk pun sorang2 kat belakang sekali sembang dgn kerusi meja.Habuk pun jadi la..Memang 100 percent loser.Even dah hbs thn pun ada still tak kenal aku ni sape.Macam tak penah wujud dalam batch.Peh,nah sedas lg tembakan Loser.Member2 pun semua sama spesis ngan aku la,yg tak feymes neh.Antara yg rapat  cm Amir ikan n Faiz Aseri lah.Skrg dah lost contact,kat fesbuk pon dah xjumpa.Last contact mse era myspace form4 form5 selepas dyorg keluar izzuddin masa form 4.Sedih betul,dyorg la penghibur aku dlm kelas dulu.Masuk bab kena buli pulak.Bila duduk blkg ni,lumrahnya segala mcm spesis ade kan.Sebb aku ni 'baik' lagi pendiam,mmg jadi lauk ble cikgu tak masuk.Dan secara tetiba perkataan GDK menyentap ruang fikiran aku.Tau ke GDK tu spesis ape?GDK=Gedik.Kena pulak ajuk aksi maknyah depan aku.Hampeh betul.Banyk la lagi.Aku pun dah lupa.Tapi tu suma zaman tak matang.Bila semua suara pun dah rokerz,tak wujud la buli2 ni.Kawan la pulak ngan dyorang sampai sekrg.Meh aku tag.Budin,Kamal n geng2 dyorg.

*Syukur,perkara2 nilah yg menjadi permulaan kpd kebangkitan aku...=)*

Seperkara lagi,aku dulu ada termasuk geng yg tak secara langsung wujud.Geng Budak Hidayah (budak sekolah rendah aku la).Nama punya la suci,tp dah mcm kongsi gelap pulak masa aku form 1 dulu.Muka neh la jd stok kne penampar dgn naqib.Pernah skali masuk bilik iron kol 3 pagi,angkat 2 tangan+kaki sebelah.Berpeluh badan hbs lenjun.Bau tengik sorang2 takyah ckp la.Jijik pula cerita lebih lanjut kan.Bukan buat salah ape pun,biasalah la dah masuk skolah baru,mesti berkepit ngan membe skolah lama kan?Sebab ktorg ni majoriti (dekat 20 org jugak la),kene tuduh pulak buat geng,assobiyah bagai.Motif?aku sampai skrg tak paham..Nasib baik ada juga naqib sporting mcm Abg Dan.Dia memg best.Sampai skrg ak msh contact dy.Huhu...

Memandangkan keadaan aku yg banyk kekurangan,aku time tu normalnya mmg down.Tapi still positf.Aku sedar mmg xde cara nak up kan sket aku neh melainkan dgn akademik.Yes,akademik.Sukan?jauh sekali,makan la 'sukan' kegeraman aku...leadership?baligh pon lambat,tak matang ade la...So,study mmg aku pulun sejak form 1 lagi.Syukur, Allah kurniakan aku sifat rajin,otak pula senang nak terima ilmu.Kena pulak ada subjek I'dadi,guna totally bahasa Arab yg aku 'master' tu kan.Memang advantange la nk kutip markah fight dgn membe kelas.I'dadi ni belajar agama mcm tauhid,nahu,fiqh,nusus,mutholaah,tafsir,hadis bla3..Cumanya dy guna silibus dr Al-azhar.Memang totally arab beb.So,dipendekkan cerita,aku pun dpt la result yg agak best masa form 1.Alhamdulillah.Mid term dpt no 10 dlm kelas,50 samtin dlm form (sebab english aku fail,mmg 'tarik' la even ikut markah aku no 2 belakang Syahir).Final term pulak dapt no 1 dlm kelas,12 dalam form.Pergh!

So,dgn result ni lah melayakkan masuk kelas first utk form 2.Dan masa ni lah jugak bibit2 awal kebangkitan n kemunculan penuh gemilang seorang insan bernama kamil yg hensem dan kacak di bumi barakah,Izzuddin shah..Sambung cerita di form2 n form 3 di siri 3.So lame.

I ibnu Khaldun

*kenangan yg perit kekadang lg best dr pengalaman yg hepi2.huhu*

Ok,ak dah meyentap diri nie.Gila panjang for form 1 saja.Ingat entry ni sempat cover form1 sampai form3.Jumpa nanti lah siri ke 3 pulak.Awas!Aku malas gila nk update.Ayat pun terabur.sory3x...

otak aku berfikir secara kritikal..

Thursday, 16 February 2012

Aku Pencari Ilmu.Siri 1:Tadika dan sekolah rendah

Assalamualaikum

Ok,macam biasalah kalau dalam blog ni.Kalau xde isu atau event menarik,maka isu atau cerita merepek dan tiada kaitan keadaan semasa akan dibangkitkan aku.Idea ni mungkin nampak syok sendiri,tapi ketahuilah pembaca sekalian..ada aku kisah?Ya,aku tetap akan meneruskan misi 'forever alone' aku.Tapi awas,ini masih tidak menyentap diri aku.Ekceli,idea dtg tadi petg sedg aku termenung sendirian di sebalik memikirkan masalah berat badan kian meruncing...zzzz~

Sila fahami tajuk sedalamnya.Mudah dan direct bukan?Aku akan buat siri cerita aku di alam pembelajaran setakat aku tempuhi.Suka duka banyak terbuku kemas dalam memori corakan aku dengan teman2.Ya,teman2 yg silih berganti...Masing2 ada kisahnya yg tersendiri.Cuma buat perasmian/siri 1 ni,aku gabungkan sekali tadika n sekolah rendah.Motifnya kerana aku dah lupa n ditambah pulak nampak agak kurg matang berbicara sikap aku dahulu kala kecil2 setelah kematangan aku kian melampau n mengganas dewasa ini.

Tadika
Tadika secara mudahnya bermaksud tmpat bebudak pertama kali tau apa itu belajar.Dan belajar bagi mereka  ialah proses belajar sambil2 bermain..(xperlu rasanya aku keluarkan ayat keramat aku..*belajar itu subjektif*).Selalu ada jongkang jongket,papan gelongsor etc.At least yg plastik pun jadi lah sprti kebanykan nursery skrg. Tapi aku masuk dulu agak formal sebenarnya.Slot untuk bermain mmg xde.Aku dulu tadika agama.Aku pun dah lupa nma dy apa.Tahzib barangkali.Memang dalm kuartes kastam butterworth ada 2 tadika.Satu kerajaan punya,satu swasta,Yang kerajaan mmg xlepas aku nk masuk kalau nama pun anak pegawai kastam.So,kebanyakan anak2 kuartes kat stu ke tadika swasta tu la.Proses belajar mcm biasa.ABC 123,hafal2 surah lazim,doa2 etc...xbanyak kisah menarik pun.....Ok.ekceli aku lupa.Cis!.

Tadika dulu aku ada geng.Aku ketua,lantik sendriri,syok sendiri.Anak-anak buah terdiri drpd mat ayub (sekrg dah jadi biras aku setelah 12 tahun terpisah ) ,azeem,pastu aku dah xingt nama.haha..ak rasa 2 mamat tu jelah kanak2 terpilih untuk  terus melekat dlm kotak fikiran aku.Yang lain dalam kelas pun semua aku dah lupa.Aku dulu pegi tadika jalan kaki 3 org sesama.Pastu dalam perjalanan singgah jap main panjat2 dekat taman kanak2.Jadilah PJ budak2 versi kami pagi2..

Kat tadika tu ada satu bangunan 2 tingkat.2 tahun kat situ,aku memang harap gila dpt kelas tingkat ats.Sampai sudah xdpt jugak.Maka xsemena-mena otak kecik aku dulu menyampah dekat admin tadika.Eh taw pulak admin2 ni.Ok,ni aku pun xsure.Saja tambah barangkali penyedap cerita.Sebelah bangunan tu ada tandas.Blkg tandas banyaklah cerita hantu yg keluar.Sampai budak2 'gangster' melepak stu time rehat pun dah cuak nk melepak.Cit,dasar kebudakan!

Tapi syukur  Alhamdulillah,parent aku hantar situ banyak faedahnya.Kecik2 banyak doa2 dah tau.Masuk primary school gila action ak dekat membe seblah.Baca kuat2.Surah2 lazim tu small matter,dah hari2 sblom duduk kena baca dulu pagi2.Plus,kat stu mmg ada silibus n buku asas2 fardhu ain.Bagus la.Ate kome,name pun sekolah agame~ xke gitu yoep?

*ada sorang budak nama muhaimin,muka macam Collin farrell.Haruslah aku jeles kan?*

Sekolah Rendah
Aku sebenarnya ada 2 kali bertukar sekolah.Satu di sg petani,kedah,satu lagi dekat ipoh perak.Dua-dua sekolah agama swasta.Di kedah,nama sekolah tu sekolah rendah Al-Islah.Masa tyme aku agak kekampungan dgn infrastruktur segala.Reputasi aku tika itu yg agak gemilang sedikit tercabar dek environment sedikit meleset.Tapi xmengapa,atas niat beljar yg ikhlas,aku teruskan jua.Belajar situ best even samapai darjah dua je.Membe n mualim mualimah (a.k.a cikgu) baik2 n bersukan sporting belaka.

Masa masuk sekolah rendah,teringin gila nak pergi sesi pagi,boleh balik awal layan kartun petg2.Parent aku dulu kerja,so pagi kena buat2 suka melepak kat nursery dulu,tgh hari pergi sekolah sampai petg.Ceh,hilg lagi nikmat bermain zaman kanak2.Loser.So,pepagi memang ak melepak sekitar sekolah tgk senior belajar tepi tingkap.Kalau aku fikir2 balk sekrg sumpah loser gila ape aku buat.Forever alone.Sebab kalau ada budak bertenggek tepi tingkap masa kelas aku berjalan,memg aku akn cakap benda sama.hahaha..=..="

Masa kat sekolah tu,aku xbanyk sgt geng.Yang aku ingat Anas,fahmi,yusof dll.Budak perempuan sorg pun xingat.Tapi plg best kawan ngan Anas la.Mamat ni baru balk Amerika.Haruslah aku berbaik dgn dy.Hensem+pandai+baik+kaya.Agak pakej la.Sentap?memang aku memilih pung~ Tapi awas,itu pemikiran masa aku budak2,yg baik2 je lah aku nampak.Sila maafkan aku.

Pakcik makcik dalam gamba ni sorg aku xkenal.just nk tunjuk bangunan sekolah je.time aku xde lagi bangunan ni

Ni la uniform aku masa dulu2..tp apsl budak kanan baju kuning comel gila?grrr!!


Habis darjah 2,parent aku kena tukar ke ipoh,So,darjah 3 aku masuk sekolah baru,sekolah rendah Al-Hidayah.Kat sini,sekolah dy lebih urban n memenuhi kriteria aku.Tapi yuran dy mahal la.Silibus n sukatan pelajaran pulak lbh kurg sama dgn sekolah lama.Aku kat sini sampai habis UPSR yg result aku tak seberapa tu.

Kat sekolah ni,membe yg rapt pulak asyik bertukar2 tiap tahun.Mula darjah 3,xde sape yg melekat.Kawan biasa2 je dgn semua.Aku ingt lagi kelas 3 Adam.Guru kelas Muallimah Na'imah,ajar arab.Best la.tapi malang,aku kena sesi petg lg.ceit!

Masuk darjah 4,dpt sesi pagi.Peh,syok habis.Masa ni dah tahap 2,senior la jugak.Normal la kalau aku buli2 budak kan?Tahap 2 ada koku petg2 rabu.Leceh betul.Tapi masa kelas koku ni la aku jumpa 2 mamat yg jd besfren aku tyme tu.Nizam n Kakun.Sekarg ni dah lost contact.Sorg ke mesir,sorg ke diploma.Nizam ni best,mak dy pandai masak.So,hari2 memg aku pau makanan dy la.Kakun pandai melawak.Aku dulu masa zaman kegemilangan main tutup tin,aku main dgn dyorg la.Tapi kakun selalu meng.Cis.

*Ada sorg lagi,aku panggil dy Dodo.Anak org kaya,senang2 je bg aku duit.pergh...*

Masuk darjah 5,bertambah2 membe aku.Barangkali aku ni peramah.pffftt.Aku ni dulu pelajaran mmg xboleh dibendung progressive nya.So,ntah mcm mne,aku dpt kelas first.Terpisahlah dgn kawan lama,jumpa kawan baru.Tapi tak la rapat sgt,kawan biasa2 la.Antaranya Nabil,Marwan,Hasif dll...Banyak la,malas aku nk tulis.Tapi masuk kelas pandai ni,memang prefect bersepah2,aku yg tak prefect ni loser la org cakap.Sentap.

Masuk darjah 6 pulak.Pelik,macam xwujud pulak budak perempuan sekolah aku kan dlu?Ekceli,aku mmg pemalu gila dgn perempuan.Eceh.Selalu darjah 6 ni,bebudak dah start menggatai,aku xrasa ape pun.Hahaha.So,aku layan hidup budak2 ak je la.Tak dak masa ai~.Tapi dah keluar,banyk pulak yg contact dgn dyorg.Aduhai,hot sgt ke aku?Biar aku tag dyorang,semalam cabar aku sgt.Siti,Hani,Omm n etc.

Aku still mantain,kelas first lagi.Merata2 prefect,leceh betul.Disebabkan ketandusan murid yg tak jadi ape2,aku kena lantik jd ketua kelas.Bagus la sgt kenakan aku kan?Aku still ingat ada konspirasi budak laki2 nk kenakan aku sebb aku ni senyap sket.Bebudak kelas kebanyakan sama mcm darjah 5.Cuma aku rapat dgn Farhan n Daud.Farhan ni budak pandai.Aku still ingt dy boleh berdebat dgn muallimah aku yg blk mesir pasl satu hukum dalam tatabahasa arab.Si daud ni pulak kreatif,lawak pun dy jugak.Best la..Banyk betul kenangan masa kecik2 dulu.Aku nk masuk semua sini sah2 esok pun xhabis2 aku type.Ni pun dah melampau2 panjangnya.Ceit.

Ni ekceli belah sekolah menengah kat sebelah.Sekolah ni dikelilingi bukit.best~


Budak generasi sekarang.

Surau baru.Jalan bnyk dah bertar,aku dulu jalan lopak2.

Ok la,setakat tu dulu.Ni pun berpeluh2 aku perah otak nk ingat blk.Haruslah aku stop buat sementara waktu.Lepas ni sekolah menengah pulak.Sekolah Izzuddin Shah,Ila Al-ghayatul qushwa:Menuju matlamat tertinggi~

otak aku berfikir secara kritikal..