Saturday 31 December 2011

Beraneka emosi sepanjang minggu

assalamualaikum.

Bismillah pembuka bicara.Harapnya malam ni ak xterlampau batas menulis tinta2.Ya,agak stress sebenarnya tika ini.Meskipun begitu,ada juga kisah2 bahagia ak di USA bersama teman2 yg mustahil untuk ak abaikan hny kerana stress yg melanda.Maka,terbitlah tajuk entry yg agak sengal tp memenuhi citrasa isinya.Aku cuba seimbangkan yg bahagia dan yg duka kali ini.Aku mencuba.Ya,aku mencuba!


Hajat di hati mahu pulang ke ipoh esok pagi dgn harapan menggunung agar anatomy:lower limb dan soalan SGS biochem +physiology dpt dihabiskan malam ni juga.Namun,segala2nya angan2 belaka dek stress yg giler sumpah ak tak expect dtg saat2 mcm nie.Ah,rungsing.Study entah ke mana,SGS entah ke mana.Malam hny dihabiskan dgn tunduk muka ke meja sambil memicit dahi yg berdenyut.Pehh,ak mmg layan saat ni.Oh,tadi petg aku keluar dulu dgn ammar,hamizul dan shahriz ke PKNS n Plaza Alam.Ada urusan yg perlu disetelkan sambil2 berlibur sekitar Shah Alam.Meskipun dekat seratus juga yg melayang pergi,aku tetap puas.Terubat juga pening di kepala buat seketika sedg ada yg acuh xacuh dgn masalah aku.Tengs kawan,aku hargai saat2 dgn korang walaupun aku sedar perangai aku mcm giler,gedik,mintak penumbuk n etc.Tengs sudi menahan semua itu.Aku hargai setulus jiwa raga.

*Aku bajet malam ni agak panjang.Sumpah stress.aku akn mengarut banyk.Yang xsenang sila keluar penuh hormat..=) *

Petg tadi,lepas jumaat dalm pukul 3.Kali pertama aku keluar dgn shahriz,sahabat dr sabah yg baik orangnya.Comel apatah lagi.Semuanya kebetulan,bertembung dengannya di tgh jalan sedg ak menuju ke bas stop yg dipenuhi dgn budak2 medik kaum hawa.Antara kami berempat,hny Ammar shj yg mampu tunjuk kegentlemen beliau.Bertegur sapa,berborak manja.Ah,macam capub pula kan?cis,apsl cte ammar plak ni.Back to shahriz.Dalam rapid,dy pinjamkn aku mp3 al-quran yg boleh baca kalau sentuh2 kat buku dy setelh terlebih dahulu dy menggunakn bnde tersebut.Kalau xtau jugak google sendri,ak mals explain.Mendalah tu RM250 kata shahriz.Peh,dgn fungsi terbatas n harga sedemikian rupa,mmg tak mnjadi keutamaan dalam wishlist aku.Tapi,tidak bg mereka yg cintakan ayat2 Allah.Harga bukn persoalan.Alquran menjadi 'hiburan' dalam masa2 lapang sprti dalam bas.Mmg ak lemah dlam perkara ni.Insyallah,aku berusaha kearah tu.Di PKNS,dy bnyk tolong ak.Malas rasanya nk senaraikan dek melihat perenggan ni sja dah memanjang mengurai.Shahriz juga tunjukkan peribadi yg baik sebagai seorg kawan dalam pandangan aku.Sememangnya aku kagum dgn dy.Banyak yg aku pelajari secara xlangsung.Itulah dakwah plg berkesan,dakwah dgn amal perbuatan.Dan sekali lagi,aku juga berusaha kearah tu,Insyallah...

*aku tau ko xkan baca,shahriz.Aku amik kisah kau untuk pengajaran...=)

Shahriz Mar.Sabah boleh bah~


Flashback.
Khamis mlam jumaat.Aku,Taufiq,Hakim,Ammar dan Hamizul keluar dinner di KFC seksyen 2.Terasa jelik pula kalau ak nk buat entry khas lg tntg berfoya2.Maka,terselit saja kisah ni dlm entry yg besar.Sebenarnya,plan bermula bila mana aku ajak taufiq keluar dgn Ammar (cerita yg pertama).Tp sebab taufiq sudah pun blk lepas jumaat,dy cadgkan aku alternatif yg lain,keluar malam jumaat.Aku tahu,dy seorang sahabat yg memahami.Berusaha juga untuk keluar dgn aku.Maka step seterusnya mncari geng.Dan terkumpul lah Ammar,Hamizul n Hakim.Aktiviti berfoya2 kali nie mmg best.Pertama sebb makan KFC,feveret aku.Kedua,sorang2 buat perangai giler.Lebih2 lagi pasangan Ammar dan Hamizul.Pecah perut aku dibuatnya.Malah,aku mmg terasa perut aku terpecah sedikit sehingga terkeluar cecair menembusi muscularis externa n serosa aku....Yes,aku tipu.Back to topic.Gelagat Hamizul plg mencuit hati.Mengidam mee sizling punya pasl,maka terkeluarlah teori2 negatif tntg KFC.High cholestrol,berlemak,mahal,n dll mnjadi tonggak untuk menyakinkan kami berempat.Ya,kami akur.Tapi malang tak berbau.Mee sizzling sekitar medan selera seksyen 2 sudah habis.Wakaka,sagt lah loser hamizul rentetan peristiwa nie.Nak xtak nak berbalik juga lah ke KFC.Hoho,aku sgt berbahagia!Yang pelik,ble dah msuk KFC,teori2 berlemak semua sudh dilupakn,Hamizul lah jua individu yg plg melantak malam semalam.Sambil itu,lawak2 jenaka berinti kutukan manja mnjadi penambah perasa suasana.Indahnya,memori ini akan ku ingt selamanya...

*malam semalam jugak bertembung dgn geng apip kat sana.hoho...*

Taufiq dan ayam.Sori guys,aku ade gamba ni je.Ammar nyer terdelete.Yg lain korg xsamapi lg time ni..hehe

Akhir-akhir nie bnyk pulak kisah sedih dan musibah berlaku berkaitan junior2 di izzuddin.Paling bnyk tahun nie ialah kematian.Sedih xperlu digambarkan.Batch jagaan aku sahaja sudah 3 org.Antara mereka,ada yg rapat dgn aku dahulu,slalu bg ak megi malam2 minggu.Aku mmg berasa bersalah.Mungkin mereka mencari2 perhatian aku,tp aku amik sambil lewa shj permintaan tak berbunyi mereka itu.Ya Allah,aku hny mampu berdoa agar mereka aman di sana.Abang minta maaf kat korang semua....Sebenarnya terlalu bnyk kes2 kematian akhir2 nie.Bukan kenalan dr izzuddin saja.Namun,apa yg sedihnya status mereka di alam cyber.Wall yg penuhi dgn takziah itu sudah tentu.Malah,org ramai akan mula terasa gatal2 tangan pula untuk menyelak pic mncari siapakah gerangannya arwah tersebut.Alangkah malangnya kalau pic2 yg ada semua yg tidak senonoh.Tiada siapa bolh delete.Kalau gambr yg ada tak menutup aurat sprti lutut dll,maka dosa akan tetp berjalan sedg anda sudh berada di alam lain.Jika anda seorg remaja sekolah dgn gambr megah merokok,berantai dsbg,anda hny menempah 'cakap2' orang sahaja setelah kematian anda.Meskipun xterkeluar dr mulut,tp perasaan itu mesti ada.Kami xmampu buat apa,hny berdoa yg terbaik untuk kalian.Kepada yg masih hidup,hatilah2 dlm berfacebook.Ambil pengajaran dr kisah2 sebelum nie.Semoga kita semua beroleh Rahmat n perlindungan Allah di akhirat kelak...=)

Minggu ni aku agak bahagia sebenarnya.Kuliah yg agak relax n kerja yg tak begitu bertimbun.Maka, berpeluanglah aku untuk bersukan buat pertama kalinya di UiTM ni.Dah 2 hari berturut2 aku bermain badminton dgn teman2.Sekurang-kurgnya berpeluh juga aku di sini.Seronok.Lagi2 dalam suasana renyai2 hujan.Baru terbongkar ketulan2 di badan.Yang penting,rupa2nya baru ak sedar ramai juga sahabat semedik ni berbakat besar dlam bidg sukan.Contoh plg signifikan mestilah Taufiq.Hebat berbadminton,dan dialah empunya raket yg ak pinjam petg2.Mmg ak hargai itu.Ko mmg best,AT!Ada sekali aku dan taufiq main dgn Imran,class rep ak.Sgt berdedikasi orangnya.Dedikasinya di gelanggang juga terserlah.Agak hebat juga mereka ni.huhu...Merekalah keluarga aku di sini.Tanpa mereka siapalah aku...Tengs kawan2...=)

*dah tulis panjang2 ni terasa malas pulak nk masuk part stress nih...cis!*

Ok,minggu ni mcm aku ckp tdi aku berbahagia di USA.Tp,mmg aku tak nafikan,stress tu kadang2 menjengah jua kotak fikiran aku.Kalau operasi 'nyah' nya semudah semburan shieldtox,aku xkan tulis bnda tu kat sini.Di bumi USA penuh barakah nie,aku hny ada kawan2 yg bolh aku harapkan,dan kpd mereka jua lah aku bolh minta tolong selain semestinya Allah ta'ala.Oleh itu,mmg aku akan cuba sehabis baik mungkin untuk mnjadi sebenar2 sahabat walaupun aku sedar beratus kali aku buat silap.Atas kelemahan aku sndri mungkin,aku dapat balik yg patut ak dapat.Di saat tiada seorang yg boleh dgr masalah aku,aku teringat bila kah aku dgr maslah kwan2 aku.Di saat aku perlukan pandgan mereka,aku teringat berapa kali aku acuh xacuh permintaan pandangan ak terhadp mereka.Di saat ak perlukan seorang yg boleh ak percayakan n jaga hati aku,aku teringat berapa kali aku sakitkan hati mereka.Di saat aku perlukan mereka hormati dgn permintaan ak,aku teringat berapa kali ak abaikan permintaan mereka.Ya Allah,aku sudah jauh menyimpang dr prinsip seorg sahabat yg bertemu dan berpisah kerana-Mu.Bimbinglah aku,agar aku boleh menjadi seorg sahabat yg Kau redhai....Dan kepada-Mu jua lah sebaik-baik aku memohon pertolongan....

*wajah mampu menipu kesedihan,hati tidak sama sekali..*

I just found this on FB and it is absolutely right...
*change it regard to friendship..=)

Malam ni lah kemuncaknya.Mmg aku buat endah xendah saja bnde ni.Malas ak fikirkan.Tapi bila dah dekat dgn hari tersebut mulalah terasa azab yg amat.Aku sudah ponteng 4 jam kelas sebb kahwin abang ak minggu lalu.Dan minggu depan,keadaan meminta aku untuk ponteng lagi 4 jam kelas untuk mengikut family trip ke sabah.Memg alasn tak berbaloi untuk ak pontg walau tiket flight dah dibeli,dan sejujurnya ak mmg xkisah pon kena tinggl.Tapi,keadaan mmg memaksa ak.*sori,ak mals nk bgtau apa 'keadaan' tersebut.*Masalah timbul bila faculty medic yg disayangi meminta kehadiran lebih 90++% untuk menduduki final exam.Aku dalam dilema,sama ada menuruti permintaan 'keadaan' atau masa depan aku di sini.Sebolehnya aku harapkan ada jalan untuk aku pontg,tp setakat ni amat mustahil menurut nasihat2 senior tahun 2.Ah,dilema yg sengal ni aku harapkan surut jua bangun pagi esok.Cepatlah,ak xsaba nk ringankan beban otak aku.Apa2 pon,jutaan terima kasih aku ucapkan kpd Ammar n Farhan.Sudi mendengar n cuba selesaikan masalah aku ni.Terubat la juga.Sekurang-kurgnya,aku dpt kongsikan dgn korg...aku hargai korg..=)

*memg xde penyelesaian lagi dilema aku ni.Aku hny mampu tnuggu arahan dr pihak 'keadaan' dan fakulti.*


Sudah la tu buat sementara waktu.Dah lewat rupanya aku terlajak.Esok bas ak ke ipoh pukul 9 seku.Harapnya semua berjalan lancar n selamat samapi ke sana.Aku mohon maaf segala kelemahan diri aku.Doakan segalanya berjalan lancar termasuk dilema yg aku hadapi ini...=)

p/s:Dear friends,u r totally awesome!

otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday 28 December 2011

Wordless wednesday #5

Calling for healthy lifestyle !






p/s:i'll be home on saturday morning.yea~


otak aku berfikir secara kritikal..

Monday 26 December 2011

My brother's walimah

Assalamulaikum...

Agak jelik sebenarnya bila akhir2 nie terasa smngt pulak nk update belog.Gedik.Kalau diikutkan,ak sepatutnya sudah memikirkan final exam kira2 sebulan setengah dr skrg lebih2 lagi setelah secara tiba2 Fitri akhmar menegur ak adakah sudh study GM beberapa minit lalu.Eh,hebat betul korg eh?MSK baru je mule...

*tdi fitri n ammar explain ak physiology via FB,sumpah hebat doe*

Update kali ni bukan sebb ak menggedik,mmg ak dah jnji nk post mendalah ni seblom ni.Ak pon xingt ble mse ak mention ntah la.Ok lah,ak juz taruk gamba je laa.Malas pulak nk bermadah malam nie.Enjoy it!

Di Ipoh,Perak
Rumah aku dan family
18/12/2011

Hantaran

Kompang

Ustaz

Sembang

Beratur

Belakang

Sibuk

Jalan

Santapan

Senyum

Kek


Di Jerteh,Terengganu .
Rumah Kak Wanie dan family
16/12/2011

Salam

Nikah

Restu

Mempelai

Keluarga

Hantaran

Empat

Solo



Kaum keluarga 

Iya

Opah

Jejaka X

Emak

Angah

Khalis,Alif,Fawwaz,Ude


Abang Cik

Kak Mirah,Ude,Angah

The Couple 




p/s:Semoga berkekalan hingga ke syurga....=)

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday 25 December 2011

berfoya-foya di seksyen 7 .

assalamualaikum tuan2...


" Hek eleh der,kabut pehal lu?Lepak seksyen 7 je pon,nk kepoh segala...! "

Pfffftt...sila berambus penuh hormat dr ak persilakan.Ahh,pedulikan.Aku mmg excited nk menekan2 malam ni.Agak bnyk juga cerita2 beraneka emosi sepanjang hari .Di kala umat kenanga yg rata2 sudah blk ke kampung halaman (jiran ak selang 4 bilik kosong.pastu bru bilik topek hot setuf yg blk esok ),ak yg kesunyian mencari2 ruang masa untuk menulis tinta2 halus berdebu berlagu syahdu lirik hatiku.Ya,hidupku penuh pelangi bak taman firdausi.(ah sudah...=,=").

Melihat pada tajuk,bukankah seakan-akan pernah dilihat sblum ni ?.Ya,mungkin ni debut atau kesinambungan dr entry ak yg pertama sebagai blogger muda yg hensem selepas entry pengenalan.Sila rujuk berfoya-foya di seksyen 2 .Cuma yg beza kali ni lokasi n peserta yg berdaftr sudh ada penambahan.Oh,sgt misteri kan ?

*pulak dahh,makhluk mana bertepuk2 mlm2 buta ni ?!..=,="! *

Sebelum ak masuk peristiwa di seksyen 7,sengaja ak menambah debar tuan2 sekalian.Saspen.Aku nak bwk cerita selingan sebelum tu.Tadi petg,tiba giliran grup ak present TITAS,kami grup terakhir yg present di hari terakhir kuliah.Masing2 taram ape yg ade kpale otak,tiada persiapan sistematik n terancang walau masa yg diberi hampir 2 bulan++.'Layan je lah labu' seolah2 sudh mnjadi teras tatkala present termasuklah ak seiring status kami sebagai penuntut MSK module tika ini.Sibuk dan tiada masa itu satu kemestian.Maka terkeluarlah segala ayat2 spontan  dan menyerlahkan kredibiliti masing2.Namun,yg paling menarik perhatian adalah 2 sahabat ak iaitu Fudhail dan Ikhwan.Sehingga ada yg membayangkan mereka adalh calon MPP seterusnya (mereka merujuk kpd sedara noriman,ridhau,etc).Sangat matang dalam memberikn hujah dan mengupas isu walau disampaiknn dlm suasana santai.Ini yg kita mahukan.Ideologi n pandangan yg bernas dr golongan muda n mahasiswa..Salute u,sahabat!

*alahai,makhluk2 ni dah mengaum n ber'fewwit' pulak...*


sedare Ikhwan n Fudhail.maaf gambar agak kabur.

namun begitu,ada yg syahid di medan perjuangan

Last updated at 12.42 AM.To be continued....
*ak nk layan movie dol...sori~

Sekembalinya ak dari program pagi tdi bersama Taufiq dan Mahdi,terasa otot2 yg mnjadi sahabat sejati sem ini memerlukan belaian manja dari ku.Oh,sgt letih 'bertugas' di pagi hari setlah malamnya ak terlelap pd jam 3.30 .Namun,belaian yg diberikan terlebih dr sepatutnya sehingga timbul bibit2 penyesalan sejurus tersedar dr lamunan pd jam 5.45 ptg.Ya,ak msh xmenjejak nota2 lagi sepnjg cuti hujung minggu ni.Sadis sungguh kisah ak.

*sebelum ak buka blog,ak terlebih dulu singgah blog Ammar.Sekalung 'penghargaan' ats promosi itu.*

Owh,lupa.Berbalik pd cerita semlm.Plan nk keluar makan sebenarnya sudah lama bersama Hamizul.Ia seolah2 mnjadi impian bg pelajar2 yg xpunyai motor untuk ke sana ke mari.Kebetulan semasa plan meeting harian tntg prkara tersebut,aku sedar Taufiq yg disebelah aku mengekspresikan hajat hati mahu mengikut sebelom ak mempelawanya.Plus,di sgt akhir,Arif yg kesunyian pula kebetulan yg ke bilik taufiq mahu mengikut juga.Maka,bermula kisah perjalanan kami berempat ke seksyen 7 malam semalam...jeng,jeng,jeng...=,=!
.Perjalanan yg sepatutnya mengambil masa kira2 7-8 minit sudh jadi 40 minit gara-gara uncle2 rapid kebanyakan sudh mahu pulang balik seleps maghrib.Agak bosan n tertekan menanti bak seorg gila yg menunggu masa untuk menunjukkn sifat lahiriahnya.Namun,celoteh teman2 pd malam itu mnjadi pengubat.Hamizul dgn manjanya,Taufiq dgn lawaknya,Arif dgn riangnya.

tertekan dengan sistem pengangkutan UiTM

 Setibanya di seksyen 7,sempat jugak ak cucuk duit dulu di Shell sblum ktorg terus ke plan asal .Pizza hut.Ya memang,tahap adrenaline tika itu sgt mengancam dek ke'excited'an untuk merakus pizza setelh kali terakhir bersama teman2 matrik di penang dlu.Di dalam pondok pizza,secara kebetulan terserempak course-mate dgn kawannya.Kata hamizul,mereka di dalam jambu-betik relationship.Sesekali ak meleret mata ke arah  mereka yg xjauh dr meja ak.Ya,ak nmpk symptom2 typikal dalm hubungan tersebut.Symptom yg sama ak jumpa sewaktu di sekolah asrama dulu menjaga mangsa2 jambuan form 1.Ahh,abaikan dyorg.Selagi membawa kpd kebaikan itu adlh lbh baik.Agak lama juga menunggu untuk diminta order.Memg penuh pondok mlm semalm.Ada yg berdating,ada yg berparty,ada yg ber hang out mcm ak jugak.Masa terbuang hny dipenuhi lawak2 antarabangsa dr kawan2.hahahahahahaha.....ini lah rima gelak ak semlam.Betul,mmg xtipu!=,='

ni gamba2 di pondok pizza.

hamizul gebu

Taufiq hot stuff

Arif cool

Hampa setelah 15 minit xdilayan,langkah drumstik drastik diambil untuk blah dr pondok tersebut.Maka secara rasmi plan berminggu2 terkubur begitu saja.Tamatlah impian bermain pondok2 di sana seblum sempat jawatan mama dan papa dilantik.Wah,hati yg punah terasa mahu saja menggigit2 telinga satu per satu pelayan2 pondok pizza.ciss!Operasi seterusnya mncari tmpat mkn lain sebgai ganti.Banyk pencalonan,bnyk jua bantahan.Subway,KFC,Ayam penyet,Nasi kandar Kayu(feveret),n mcm2 lg.Tp yg anehnya,chicking yg xmasuk senarai feveret telah menggondol juara.Bahana promosi 10% mungkin manjadi taruhan utama untuk mempengaruhi keputusan ketua juri,Hamizul Afiq.Ikut je la~


lokasi:chicking seksyn 7
 masa:9.30 malam keatas

Gambaran awal yg dirasakn sgt positif.Kelihatan sebuah keluarga riang gembira menjamah ayam2 kentaki.Gambar adik comel menjamah ayam terpampang besar di dinding.Ditambah pula pelayan yg sgt ramah n manager yg bersungguh2 berusaha melancarkan operasi.Pasti best!,bentak hatiku secara spontan.Malah,ak dpt rasakan lirik yg sama timbul dlm hati kawan2 yg lain.Lega.xsalah pilihn ketua juri.Anda bijak Hamizul!sangat bijak!Kadang2 jiwa aku yg lemah lembut ini kasihan pulk dekt cik pelayan yg bermati2an menyakinkan kami berempat.Pakej berangkai,teknik makan kongsi2 dgn setiap org beli lain2,gambaran suasana mexico nan indah (merujuk kpd burger) n dan bnyk lagi tiba2 sahaja terkeluar dr mulutnya.Tak perlu kak,kami yakin dengan chicking.Kami yakin dengan Hamizul Afiq bekas SEMESTI.


Adik comel watak penting agen peransang 

Chicking:seindah nama

Namun,segala awan2 keriangan yg mula terbentuk di langit kehidupan kami pudar sikit demi sedikit.Satu per satu masalah timbul seperti mana jua satu persatu kredibiliti Hamizul Afiq di mata aku menjunam laju ke dasar.Pelanggan xlebih dr 10 org,tp penyedian makann yg sgt lambat.Kasihan aku melihat Arif yg merungut meronta2 kelaparan.Tak makan dr pg kata beliau.Pengurusan mmg fail!Malah,set makanan ak pon xlengkap.Taufiq pulak,hny mampu membuat mimik muka kesedihan walau cuba disembunyikan oleh lawak2nya yg klise apabila kentang goreng nya xsampai2.Aku tahu,dia insan yg xbanyk merungut orangnya,hny memendam di hati...Sabarlah kawanku!Kejam sgt kami sehingga mndapat layann sekejam ini?Apa dosa kami?

 Kalau bercakap skop makanan,bnyk  yg bolh diperkatakan.Kurang sedap (sopan kan?) satu hal,mahal pulak tu.Walaupon dgn diskaun,harganya tetap mahal berbanding KFC.Aku order set ayam setlh teruja dgn iklan gambar ayamnya yg sprti ayam KFC.Tapi syg,hampa bila yg tiba hny ayam serama goreng kentaki.Mash potato pula yg berhrga 3 ringgit lbh cair secair laluan air di pili2 air bekalan SYABAS.Kawan ak yg lain,semua makn burger,sama seprti ak,teruja dgn gamba iklannya.Malah,ada bergaduh berebut2 untuk pilih yg plg hot dan spicy ala2 mexico.Keterujaan mereka jelas kelihatan sehingga masing2 xmahu buka bungkusan burger tersebut seolah2 ianya sgt berharga.Rayuan ak tak diendah mereka terutama Taufiq.Nak menunjuk kat ak katanya bila ayam ak habis.Namun,sekali lagi hampa jua yg tiba.Sudahlah ayamnya tawar,roti pulak keras dan salad terlalu tua,xcrunchy.Aku tersenyum sinis."Nah rasakan,tdi action sgt kat ak kan..haha..",ayat yg tiba2 muncul dlm hatiku tnpa dipinta.Lega.Tiada seorg pun yg perasn nmpaknya.

nugget dihidang dalam bekas kertas.Budget bukn?

Ayam serama kentaki

mash potato cair.Gagal dihabiskan.

*bukan xbersyukur dan merungut makanan,tapi ni pandangan ak sebagai pelanggan*

Taufiq kelihatan gembira sebelum segala2nya terbongakar tatkala bungkusan dibuka

Hamizul cuba menyembunnyikan keresahan gara2 pesannya yg xlengkap

Arif seperti biasa,cool saja~

kecewa dengan pihak pengurusan chicking

Gambar menerangkan seglanya.tiada perasaan unutk makan.

Makan dalam keadaan marah

Mata yg kuyu,hati yg sayu

Berpegang pd prinsip Islam:Bazir itu amaln syaitan meskipun bnyk komennya 

Control dihadapn kamera
Gagal menyembunyikan kedukaan dan kekeewaan


Sudahlah dengan cerita chicking.Aku agak tertekan untuk mensensasikan cerita ni setelh Arif semlm membuat gambaran awal bahawa ak akan hentam habis-habisan chicking dalm blog.Malah,yg terbaru peminat cilik ak Ammar (x-muhammadi kelanatn),menambahkan lg pressure tersebut dgn tnpa segan silu menconteng di wall ak (rujuk sini ).Aku perlu jujur.Maaf,ak xmampu.Mata pun sudah ngantuk sekrg.

Dalam perjalann balik,abang Hamizul (gelarn selepas keluar chicking) mahu ke KFC.Kempunan crusher katanya tanpa dilafaz secara lisan.

"oii,lambat ni rapid.Naik teksi je lah !",kata ku memberi cadangan

"huh,jom la!"balas abang Hamzul sopntan sambil kakinya menjejak ke arah KFC...

Haha,agak loser di situ.Hasrat disimpan kemas dlm hati namun terkantoi jua.Taxi=KFC?wawawa..loser2.Pehh,terasa kejam pulak,tp ak tetap xnak padam ayt ni.Macm sensasi !Di KFC,melihat saja ayam2 yg membulat besar dan burger2 mengancam nafsu,beratus juta sesalan berputik kemas di benak hati.Takpe,bukn rezeki kali ni.Aku hny beli sundae sementara Taufiq n Abg Hamizul beli crusher.Setel di KFC,maka setel lah perjalann kami.Pulak ke uitm berjalan kaki sebelum naik rapid di bus stop dataran cempaka.

Puas dan gembira dgn Crusher dan Sundae KFC

Walaupon bnyk yg xikut perancangan.Ak tetap enjoy malm semalm.Bukan makann n nafsu kehendak perut yg ak cari,tapi saat2 bersama rakan2 yg akn mnjadi memori terindah suata hari nanti..(ak agak tacing sambil menitiskan air mata).Korang mmg best!

p/s:ak agak pening malm ni.Ayat pon xkemas.Berjam2 ak buat entry ni.s

otak aku berfikir secara kritikal..