Wednesday, 28 August 2013

Nota untuk bakal hadek hadek junior.

Assalamualaikum

Aku sebenarnya jarang gila tulis blog petang2.Waktu syahdu sepatutnya di waktu malam.Tapi penyebab utama aku buat entry ni tepat pkul tiga petg sebb trend mood aku sekarang ialah dok layan youtube tgk video Just For Laugh Gags malam2.Kejadah betul depa pi prank prank orang.Kalau prank ammar rahman baru sempoi.

Sebab keduanya aku terlupa dah janji dekat nazurah [syakir baca:nazuzu] nak buat entry khas.Dy mintak tolg sampaikan amanat beliau sebagai org kuat Datuk KY dan Tan Sri Sahol..Kalau korg nak tahu,nazuzu ni MPP yg dah nak pencen dan bawak BMW kat faculty.So,korg yg baru nk 'up' [baca:masuk] kat medik uitm mmg akan jumpa selalu nazuzu dan kumpulan2 beliau.Di sini ade sikit pesanan dy sruh sampaikan.Aku ni sbagai org tengah shj.Al maklumlah dah ade belog feymes,haruslah dimanfaatkan wakaka.

*Tulisan hijau copy paste ayat nazurah*

1)Barang yg MESTI bawak
Nanti masa hari dftar 1 september nanti kat UiTM Shah Alam,kalau takde benda ni sila patah balik ke rumah dan bawak semula.Motifnya nanti korang xde la jadi budak annoying atau jd bahan bualan abng/kakak PM (fasilitator).Kemudian harinya pulak akan dicop sebagai budak bermasalah dan mahu saja ditampar laju2 sepanjang tempoh MDS tersebut.
*aku saja over*.You guys must read the list given to you masa korg accept offer tu tau!

a)Salinan IC + sijil lahir diri and parents yang DISAHKAN
b)All relevant academic transcripts(as stated dlm list yang diberi) yang DISAHKAN.Bawak BOTH SALINAN AND ORIGINAL
c)Bawa gambar berukuran passport banyak banyak.At least nak 8,lagi banyak lagi bagus
d)Bawa semua pakaian yg listed.
e)For those with asthma or penyakit berbagai(kronik) please make sure bawak inhaler or ubat.....*censored*
f)For documents,lagi banyak lagi bagus.Semua tu buat la copy lebih sikit dr yg diminta.

2)Masa isi borang
Jangan la isi last2 minit.Nanti semua benda tak siap bak kata pepatah seperti ayam berak kapur.Ehhhh?Ai student medik hokey,bukan sasteraw~

a)Please make sure you BACA arahan sebelum mengisi BORANG.
b)Isi borang dgn dakwat pen biru or hitam sahaja. preferably ball point. DO NOT USE LIQUID PAPER.kalau tk yakin, boleh bertanya time mds
c)For pengesahan, only pegawai kerajaan sahaja yg boleh buat. swasta cannot, paling teruk is ketua kampung

3)Di hari pendaftaran
Datang la awal kalau nk avoid problem.UiTM Shah Alam tu bukannya besar.Sempit.Dan yg dtg pulak beribu termasuk opah dan nenek yg turut serta walau pun tahu xde function.Datang2 je terus dftar kolej n dapat bilik.Yang lain2 tu nanti PM/fasilitator korg akan buat perjumpaan lain.Simple camtu je (Tak tahulah kalau tahun ni dah lain).Kalau budak medik dpt bilik sementara je tau.Seminggu je kat Shah Alam,pastu baru gi Sg Buloh.

4)Extra
Yang ni aku tak tau nak taruk macam mana.Actually nazuzu suruh aku edit ayat dy.Dy xkp jgn tulis macam dy garang.Tapi aku mana nak tau nak edit kalau dialog org bebel macam mana.hahaSo korg enjoy je la ayat dy ni sampai set di kepala beliau seorang yg sgt penyayang dan tak garang langsung.Aku serius ni,kitorg semua baik2,garang2 kat budak dentist je hahahaha. #GengBudakMedik #jk

"For those with asthma or penyakit berbagai(kronik) please make sure bawak inhaler or ubat. I swear if they kena asthma attack and tak bawak im just going to leave them on the streets. GASTRIC pon bawak ubat if need be. Please explain that melecet is not a SAKIT. if tknak melecet bawak plaster banyak banyak"

Ok dah habis pun.Kejap je entry ni siap.Sambil sambil tengok DIVA universal lagi.Bye.

Kamil
1)Sila google utk tahu siapa Datuk KY dan Tan Sri Sahol.Wajib tahu tau!
2)Selamat mendaftar dan menjadi warga UiTM semua :D
3)Kepada bakal junior yg baca ni,tolg sebar2 kan kat group FB korg ye.
3)Sorry nazurah!hehe

UiTM Shah Alam.Credit to blog cikbellaluna.Thanks.





otak aku berfikir secara kritikal..

2 comments:

Arif Sahimin said...

lol habis kau kalau nazurah nampak..hahaha kena buang uitm gitew..ahaha xD

abah said...

haha, ayat ayat ko tak pernah kecewakan aku, always chuckled in reading your entrues. nice post kamil!