*Menulis sambil mencicah biskut jagung gula dgn teh dan imran depan aku tgh syok layan movie*
Mereng siput sungguh apa ntah tetiba update entry baru.Kali terakhir tempoh tak update sesingkat 2minggu aku rasa masa 2011, zaman eksaited bagai baru buat blog.Masa tu nama belog masih legend, "Aku dan stetoskop" Peh,kalau dah budak medik tu kalau boleh semua benda nak tunjuk. Nak nak kalau labcoat tu satu fesyen kemasyarakatan yg tipikal,pegi Noriman tomyam pun aku sanggup pakai. Tpi tu dulu,zaman medik tu fantasi penuh angan2. Sekarang,jgn harap. Pakai baju batch yg tulis kat belakang besar2 "Medic 9th batch" pergi hospital aku anti betul. Geli aku heh.
Tadi baru bukak blog mamat mana ntah yg berlatar kemedikan dan sudah graduasi. Sentap jugak ayat beliau. Dah la hensem mcm aku, dasar peniru. Tapi sentap2 ayat beliau, aku lg tersentap dgn trend sekrang di twitta (ni pun satu kepoyo-an, twitter jd twitta bajet rap hip hop). Kemunculan makhluk Tuhan yg cukup gemar meng-up kan status sosial diri di alam maya. Mahu bagi nampak gempak pop pop sikit, lantas muncul lah pemilik akaun bernama sprti, TheOfficial_Kamil , TheRealCamillo, Twt_camel, KamilHarris_FanClub, Kam-El_MySuperhero dan sebagainya. Memang terserlah keartisan itu.
*Perut sudah dipenuhi biskut jagung dan imran sudah lari ke bilik*
Sudah 2 perenggan tp tak masuk tajuk lagi. Namun,di perenggan ni pun aku lebih tegar mahu melalut lagi. Sekrang musim busy. Maka haruslah sekarang aku kelihatan lebih ramping akibat terkejar2 dgn pelbagai aktiviti. Namun hampa, sampai kini lemak tepu masih tidak surut. *Oh ape kess tetibe kelaut segmen kesihatan?. Setelah belog GeBU deactivate, aku sekrang bajet nya mahu berjinak dgn bidang press yg lebih serius. Dapat masuk belog MESTA jdi invited author peh. Tapi kalau mintak ak tulis artikel bagai, bye bye. Memang salah orang. Ada baik aku ulas aktiviti budak medik berjoget joget [baca:flashmob] di KL sentral ahad ni. Baru namanya press freedom. Tapi belog MESTA bukannya ade orang baca. Mahu informasi segenap dimensi medik UiTM?sini lah dy. Siap ada entry khas ashbir lagi tahu?
Kenal atau tidak ashbir ni siapa tak penting. Tapi aku tulis sebab dy kawan aku yg sudah pandai terbang lantas ditinggalkan terus bumi malaysia.Nun jauh ke Boston,USA. Kejam sungguh biarkan aku terkinja kinja tak bersayap.Apakah selama ini kasih rindu ini tak kau sedari? Ahh sudah aku dah takde idea ayat jiwang.Motif lah kau sepatutnya nampak niat aku kan, bir? Aku nak ole ole USA negara uncle Sam (my god uncle sam gittew) tau. Dan magnet peti ais statue of liberty kat oldtown pun boleh dapat.Tak dikira.
Jadi siapa ashbir?Dy sedikit hensem, sedikit besar tapi banyak pandai.Ini bukan terbang main main travelog kembara diari hidupku bagai.Beliau ke USA setahun untuk buat research di Harvard Medical school dan Bringham n Women Hospital tentang endocrinolgy [endocrine kot?].Agak agak la sikit bila dah pandai tu.Sikap kepandaian dan genius yg tak dibendung sebigini lah melahirkan sifat sifat mazmumah seperti hasad dengki tahu?.Nasib baik dy jadi junior aku tahun depan,ini sedikit kelegaan hahahaha gelak jahat.
Ni bukti.Bukan calang calang tempat tahu? Hidup UiTM!Hidup Melayu!haha |
Ashbir ni takde la aku rapat sejak year1.Masa tu dy rapat dgn Burg sebab ada kaitan dgn kisah kronologi gadis W.Aku yg masa tu rapat dgn Burg,kenal kenal gitu la.Tapi dah year2, dpt pulak si ashbir ni satu group PBL.Memang muka ni la jumpa selalu time PBL,SGS etc.Malam2 pergi tiru [baca:diskusi] esaimen dan presentation utk PBL.So,nak tak nak ter-rapat lah akhirnya (amboi ter ter pulak).
Burg,aku dan ashbir. *abaikan azizi,filp hair~* |
Jadi sebagai seorang kawan sahabat sejati ukhwah fillah abadan abada, pemergian beliau setahun ke Boston amat dirasai.Maka tiada la seorang kawan utk berdebat politik,utk berkongsi rahsia tentang X dan Y,utk bercerita berita sensasi dunia.Andai kau tahu derita ku rasa? *pulak dahhh,sumpah geli*
Untuk perenggan last aku serius sikit.
Jadi buat sahabatku ashbir,
Kenal kau atas ketentuan
Rapat kau atas keakraban
Percaya kau atas persahabatan
Pergi, maka kosonglah sesuatu
Pergi, maka capailah tuju
Pergi, kuatkan agama mu
Jauh, aku sunyi
Jauh, kau ku nanti
Jauh, kau di hati
Balik, kau permata
Balik, kau ku bangga
Balik, persahabatan taut semula
*Menangis teresak esak*
Bagi hadiah |
Syahdu sikittt |
From malaysia to USA. |
ps:Gudluck Ashbir,Amal n Hasanah.We r proud of u :)
pss:Layan action on titan dua episode dulu baru tidur.
psss:Tengah plan gi Pulau kapas ni.Mohon berhasil
No comments:
Post a Comment