Wednesday, 4 July 2012

Apa erti disebalik musibah ?

Assalamualaikum

Sewajarnya aku sedang bermuka berbuku buku tika ini.Dengan final exam yg berbaki kurang dari 20 hari,tindakan membuka laptop lalu dicari butang 'new post' dalam ruangan blog bukanlah tindakan bijak.Ya,bijak itu subjektif.Tapi suka aku ingatkan di kala gaya penulisan sebegini serius,maka haruslah kebijaksanaan itu diukur atas landasan yg moksya.Barangkali setinggi pemikiran kritis pak nujum era jepun sekalipun belum pasti mendongah keagungannya.Kompleks!

Aku ulang sekali lagi.Kali ini mood aku agak serius.Entry yg serius ditambah pula faktor persekitaran yg rugged sedikit sebanyak memainkan peranan.Baiklah,aku masuk topik sekarang.Kelmarin aku dapat sedikit musibah.Sedikit sahaja.Atau nama lainnya peringatan dari Allah buat aku.Harapnya begitulah.Elok juga kalau dipendekkan cerita lantaran ruangan dihabiskan untuk meroyan,sebenarnya aku eksiden motor kelmarin pagi dlm perjalanan ke pasar bersama kawan.Haruslah kalian bersimpati bukan?.Aku bukanlah nak merobek ruangan ini  untuk bercerita pengalaman bergesel-geselan dengan jalanraya.Jauh sekali berkongsi pengalaman terhuyung hayang macam orang gila minta tolong tepi jalan.Cukuplah aku simpan ia dalam ingatan untuk dikongsi dgn anak cucu sebagai lambang keperkasaan aku suatu hari kelak.Panik dan trauma,itulah manisnya!

*hakikatnya,aku telah pun bongkar sedikit aksi2 semalam.

Motif aku tidak kurang tidak hanyalah untuk berkongsi pengalamn dari sudut yg lain.Dari skop yg luas mungkin.Tidak dinafi,barangkali sikap Hafizuddin Yaziz yg acapkali berfikiran kritis dan aneh sedikit sebanyak mempengaruhi aku (lagi lagi kalau sembg patho..=,=').Oh lupa,BEL sem lepas juga mambantu.Ayuh sambung balik.Namun,apa dia skop luas itu?Luas sangatkah hingga menggugat bimasakti langit ke tujuh?Oh tidak...Aku tidak sekritis itu.Aku cuma melihat dari sudut seorang hamba Tuhan yg hina dina.Yang mencari erti disebalik sesuatu.Aku melihat dr sudut perancangan Allah yg tersusun,peringatan buat aku yang kerap lalai,dan semaksima mana ibrah yg mampu dikutip.Itu dia 3 main points sejajar dengan format penulisan sebelum masuk ke isi menurut format 1malaysia.Ewah!

Perancangan Allah yang tersusun

Wamakaru wamakarallah.wallahu khairulmakirin. (3:54)

Mereka merancang,Allah juga merancang,sesungguhnya Allah sebaik baik perancang.Itulah yang berlaku.Siapa yg merancang untuk mendapat musibah dirinya?Tiada siapa...Hatta segila gila insan,dia tidak meletak dirinya di situasi yg bahaya selagi jelas sebab dan akibatnya.Allah dah merancang untuk aku mendapat musibah ni.Allah juga dah merancang untuk aku diuji dengan pedih pedih tatkala bersujud apatah lagi berwudhu'.Allah merancang untuk aku berhempas pulas ke fakulti dgn sacrum pain masih mengganas.Dan semua itulah yang berlaku!

.......Kun Fayakun (36:82)

Aku melihat apa yg aku alami tidak lebih dari sedarkan aku.Kerana aku melihat Allah juga merancang untuk aku keluar di pagi hari waktu kurang kereta lalu lalang.Allah merancang untuk aku tukar niat dari pakai helmet separuh yg mungkin buat alami kecederaan kepala.Allah merancang untuk mendapat ilham memakai baju T yg tebal even aku tak suka keluar jalan2 pakai baju tu.Dan Allah merancang untuk aku melihat semua yg berlaku di depan mata dari A sampai Z.Barangkali aku lah satu satunya insan yg menjadi saksi segala yang berlaku.Semua itu perancangan Allah yg tersusun rapi buat aku.sang alpa pembuat dosa untuk mengambil ibrah darinya.Allah selamatkan aku kali ini.Benar,Dia beri aku peluang kerana mahukan aku ambil sesuatu dari peristiwa.Bersangka baiklah dengan Allah.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (2:216)

Aku hamba.Diulangi,HAMBA yg hina..siapa aku mahu persoalkan takdir.Siapa aku mahu pilih segala bentuk atur cara kehidupan.Siapa aku?Eh,korg spe?.Busuk.


Peringatan buat diri yang lalai
Aku memang terasa kesannya selepas eksiden pagi semalam.Segala awan mendung yg dibebani dosa lepas seakan akan turun basahi ubun ubun aku dr atas.Sungguh,aku sahaja yg tahu apa aku buat selama ni.Tangan yg mengarah cursor ke website lagha dan melalaikan inilah jua yg menadah tangan mohon ampunan Ilahi.Mata yg kerap dihidangi dgn segala aurat dan fitnah ini lah jua menitis nitis menagih pohon simpati.Hati yg dicemari dgn ratusan ribu titik hitam ini lah yg terdesak mencari cari erti qolbussalim yg dinanti.Hatta seorang yg lalai di dalam solat sudah dihukum celaka oleh Allah,masakan pula aku di alam nyata yg dikelilingi ratusan juta trigger2 licik.Lemahnya aku...


.....dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai (7:205)


Ujian itu tarbiah dari Allah.Bait dr lagu dendangan Raihan sesekali terngiang ngiang.Sepositif mungkin selagi kental.Adat manusia yg bila terhantuk baru terngadah.Sama macam aku.Perlukan sesuatu untuk kembali atas landasannya.Aku berdoa agar istiqamah...


"ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang." (Bukhari)


Sememangnya ujian kali ini benar meruntun jiwa keras aku.Sungguh buat aku tersedar dari lamunan lama.Tindak tanduk selepas ini yg menjadi isu.Itu cabaran besar buat aku.Menulis sebegini rupa pun aku kira adalh sebahagian usaha aku menyahut cabaran itu.Thabbit qulubi ya Rabb!


Kutiplah semaksima Ibrah
Musibah bukan untuk dikesal.Bukan jua untuk dibangga.Ia lebih dari pengalaman semata mata.Lebih dari kenangan di hari tua.Jika setakat itu,maka tiada makna aku ditimpa musibah.Allah sudah sediakan sesuatu,maka haruslah disusuli dgn 'tugas' mencari erti di sebalik sesuatu.


Aku sedar.Aku terhantuk.Aku terngadah.Biar itu bukanlah sebaiknya,sekurang kurangnya aku cuba berlepas  diri dari sifat hamba Tuhan yg sombong angkuh.Yang masih buta tuli cacat hati segala.Yang langsung endah amaran jua tarbiah.Sekaranglah masanya aku mencari erti sesuatu tersebut.Biar hanya jatuh motor yg secara lahiriahnya tak nampak perkaitan dgn iman islam,aku cuba kritis.Ya,sekritis yg mungkin!


Secara jasmani,sudah tentu aku harus lebih berhati hati,lengkap dgn aspek keselamatan segala.Diiringi pula dgn doa naik kenderaan sebagai pelengkap.Sacara rohaninya,aku harus sedar bahawa ajal maut boleh menjemput tiba tidak kira usia.Tidak kira status dan pangkat.Setakat amalan wajib yg cukup cukup makan,sukar untuk aku bernafas di sana kelak.Setakat amalan yg diendah niat dan perihal ikhlas segala,sukar aku pohon syafaat di akhirat.Barangkali ini lah peluang terbuka luas saujana mata memandang untuk aku berubah ke arah lebih baik.Suci kan hati yg telah lama dibelenggu dosa dahulu.



" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." 
(Bukhari)


Peristiwa ini juga Allah izinkan aku melihat bantuan dan dokongan dr keluarga (sudah tentu) dan ikhwah di UiTM walau aku cuma minor injury.Setiap langkah kaki keluar K1/203 ,disusuli pantas dgn sapaan khabar dr jiran2 dgn muka yg sgt manis.Ada juga kumpulan rombongan datang ziarah malam2 bawa buah tangan.Subhanallah..Aku tak harapkan simpati,tapi aku tahu simpati itu datang dr hati ikhlas kalian semata mata.Moga Allah lihat semua ini sebagai ibadah...=)

*special attribution: to someone who teman aku most of times,listened ape aku merepek waktu sakit,bg pinjam your belongings n etc...akhi,i really appreciate it....=)
#Oh Allah,accompany him with your blessings.  

Aku rasa cukup dahulu setakat ini.Hatta perenggan ini pun aku masih terkesima terbonjolan bagaimana aku berani mencabul masa study hanya untuk update belog sebini panjang.Tak kisahlah,paling kurang aku berdoa semoga ianya bermanfaat.Jika bukan untuk kalian,untuk aku sudah tentu.Wallahualam

Masih kacak sejak dahulu.

Pesakit yg kritikal cuba cover dihadapan wartawan.
kamil:-
1)Kepada family yg kerisauan,ketahuilah kerisauan itu manifestasi kasih sayang.
2)kepada Arif,jangan salahkan diri n minta maaf kat aku.Ko tak bersalah pun.Ada hikmah yg lebih besar disebaliknya insyAllah.Nanti aku saman MB selangor.hehe
3)Kepada Burg n Bong yg prihatin dan pantas bertindak,jasa korg mmg aku tak lupakan.Juga pd Akak n pak cik tolong hantar hospital,moga Allah rahmati kalian..
3)Kepada rombongan ikhwan dr K5 diketuai akhi fudhail,syukran jazilan diucapkan.
4)uhibbukum fiillah.Until jannah insyAllah...^^





otak aku berfikir secara kritikal..

3 comments:

RaDiN said...

thank you for this post.
ntah, aku baca, ada juga rasa sanubari terusik.
part mana? aku pun tak tahu.

anyway, get well soon, both of you!
insyaAllah, Allah tu sebaik-baik perancang. ada sebabnya sesuatu benda tu terjadi.
apa orang kata, "every cloud has its silver lining". :')

Arif Sahimin said...

aku cuma nak cakap terima kasih sahabat~ :')

kamilkamaruddin said...

weklam.sama sama.afwan. =)