Seram sejuk.Sejuk gila dengan kipas yg dipasang penuh,berseorangan di meja makan sambil bertemankan suara orang menjerit pepagi buta.Lalu,hatta desiran angin terasa seksa,detikan jam disangka puaka.Melihat kiri,ada bayang.Melihat kanan ada terang....zzzz......
Motif skrip sedemikian rupa saspen masih misteri.Begitulah jua misteri kehilangan aku di alam blog akhir2 ini.
Motif skrip sedemikian rupa saspen masih misteri.Begitulah jua misteri kehilangan aku di alam blog akhir2 ini.
Sebenarnya aku busy.Busy benar aku sebenarnya.Busy itu sebati dgn aku.Sebusy aku,busy lagi aku dikala busy yg lebih busy.
Sudah2 lah meroyan.Kasihan juga melihat blog lama tak diusik.Biar pun follower sudah mencecah 50,aku masih enggan untuk teruja untuk melompat lompat girang secara pukal dan drastik.Malam ini sunyi,Qbear n Arep dah tidur awal.Taufiq,Mahdi,Naim n Imran balik rumah seakan akan lupa aku mmg penakut dan perlukan pelukan manja mereka.Jadi,update blog pukul 2-3 pagi agak syahdu dan effisien bunyinya.
*abaikan skrip yg aneh.
Baru 2 minggu ak di UiTM sungai buloh.Malas pula aku nak cerita2 pasal kat sini.Banyak aktivitinya tapi lebih tegar jika aku merakus n meredah aksi ganas tersebut di dalam GeBU yg telah diabaikan itu.Tunggulah lagi 2-3 hari aku update kalau rajin.Ada cerita sentap,tapi sentap juga aku semakin busy dan pemalas.
Respiratory baru habis but Year 2 baru sahaja mula.Lebih kepada pathology,diseases n treatment curiculum tahun ini.Agak tough.Buktinya PT hari tu,mmg aku berjaya melunaskan hutang untuk merapu dikala aku sedikit gila di siang hari pada waktu tersebut.Memang feeling.Biarlah,aku tahu takat mana aku usaha.Takat mana aku berdoa.Biar Allah yg tentukan segalanya.....tapi aku nak cuak jugak.
Diplomacy.Sentap gila dasyat lagi mentally traumatized ak dgn word ini.Sungguh berangin lagi memukau nasib dan mencarik2 bisik sang musafir lalu yg lemah longlai gemalai dibedil ratusan kata2 sindirin bersulam lawak jenaka.Itulah juga sang musafir yg dipaksa bermusafir tanpa berkasut jua senjata,diheret ke kancah air mata pengorbanan.Sedikit demi sedikit mencari sokongan.Sediki demi sedikit mencari pengalaman.Senyum sahaja.Sabar sahaja.Moga Allah bersama beliau...=)
*i just need a lil bit of support.
Hidup sebuah perjalanan.Terkadang di atas,terkadang di bawah.Sesekali terlajak,sesekali tersedar.
Itulah 'permainan'nya bagi hamba Allah yg biasa.Menyantuni semua sikap orang sekeliling amat payah tapi bukanlah mustahil.Sabar ada jawapannya.Menelan segala realiti penerimaan n layanan balik amat perit tapi bukanlah mustahil.Ikhlas ada jawapannya.Yang utama,pada diri.Hanya perlu jadi seorang hamba Tuhan yg berpijak pada realiti.Berusaha untuk lakukan g terbaik dalam segalanya.Itu yg aku cuba..InsyAllah.
Terkadang terasa asing.
Bila sudah terhantuk,maka sentap reaksi susulan.Lalu,kembalilah kepada Siratol mustaqim.Ada ketenangan dalam setiap kedukaan yg pasti.Terkenangkan kpd keluarga tercinta,menatap sahabat yg tercinta,menstalker 'X' yg tercinta sedikit sebanyak membawa aku kepada pangkal.Motivasi barangkali...^^
Kamil
1)Aku tak bajet nak tacink malam ni.Tetibe pulak.
2)Group PBL kena pecah n dapat yg baru.Sedihnya...T.T
3)Malam ni aku curi bantal kekabu taufiq.2minggu lebih aku tahan nk cuba.Lol
3)Malam ni aku curi bantal kekabu taufiq.2minggu lebih aku tahan nk cuba.Lol
4)Nanti aku buat entry pasal kahwin kakak aku.Tengah kumpul bahan bukti
5)Sebenarnya banyak entry yg aku draft.Mostly,yg bersiri.Tengah cari masa yg sesuai.
6)Esok kenduri rumah Mahdi kat selayang.Ukhwah fillah ya akhi ^^
6)Esok kenduri rumah Mahdi kat selayang.Ukhwah fillah ya akhi ^^
7)Akhir sekali,maafkan segala dosa dosa ku ini....=)
1 comment:
kritikal gak ko meroyan ea... tunggu ya nanti aq un nak update blog gak. haha... btw! nice sentap!
Post a Comment