Tuesday 21 February 2012

Aku Pencari Ilmu.Siri 2:Sekolah menengah part 1

Assalamualaikum


Sungguh,sejujurnya aku gila malas nk update sejak 2-3 hari neh.Barangkali excited berblogging yg membuak2 suatu tika dahulu kian pudar dimamah usia melewati senja yg kelihatan sekawan bangau terbang melepasi puncak bukit balik ke sarang yg sudah dinanti akannya oleh si isteri dan anak2 sejak pagi..Ini perkara biasa aku fikir setelah melihat beberapa rakan blogger yg lain ada yg sudah bertahun2 xupdate.Contoh termudah adalah Qbear.Cuma yg beza,tidak pulak ditny soalan bertalu2 mcm aku kena.

"Oii,ko ble nak update doh ?"
"Siri 2 cepat la keluar,gilerrrr..."
"Penipu siot !"

Aku paham benar keresahan yg mereka alami.Kebosanan,forever alone memaksa jari jemari menaip kacakitusubjektif.blogspot lantas dikliknya dgn hati berbunga seribu.Namun,hampa...

"masih blum update lg la si gemok nie..",bisik hati mereka.

Mengambil kira keluhan dan isi hati rakyat,aku bingkas bangun dri sifat malas durjana,gigihkan jua hati lara untuk menulis tinta2 kenangan,mencoret cebis2 pengalamn,mengorek sedalam2 otak mengingat kembali peristiwa2 yg pernah berlaku sewaktu dulu.Ok kawan2,siri kedua bakal bermula setelah penyentapan aku di perenggan awal harapnya terkesan 'sentap'nya di sanubari kalian.Layannn~

*meroyan keseorangan di babak2 awal.*

Mukadimah:sekolah aku ni hebat!!!


Sekolah Menengah:Sekolah Izzuddin Shah,Ipoh
Part 1:Form One,masih jambu

Macam aku ckp dlm siri 1,aku dulu asalnya sekolah rendh swasta agama,maka dgn 'agama' yg ada itu,teringin sgtlah nk sambung jugak ke sekolah agama di peringkat menengahnya.Tak semena-mena sekolah izzuddin ni feymes la bg lepasn2 UPSR sekolah aku.Plus,aku dah ada 2 org abg sekolah ni juga sebelum aku masuk.Sekolah ni nak masuk ade exam umum dulu.2 paper kne ambik,akademik n agama.Soalan memg kacang soya.Aku smsh ingt part arab,apkah dy pisang bahasa arab ?Sambil tertawa,aku menjawab dgn girang hati.Agak senang bg ak yg dah 6 tahun berasmara dgn buku arab.Masa darjah 6 tu,aku tak bercadang pun nk masuk MRSM even nk cable via abah aku sendiri pun boleh.SBP pulak masa tu tak feymes lagi walaupun sepupu(sebaya) aku asal jumpa je,ajak masuk integrasi Gopeng.Aku pun xpahm ape dy merepek meh. 

Lama jugak melepak kat rumah.Bosan xde internet,aku layan PS1 je la dgn adik.Tetiba suatu pagi yg hening damai dtg abg posmen hntar surat tawaran.Ya,surat tawaran ke Sekolah Izzuddin Shah!Syukur Alhamdulillah.Parent pun buat kenduri kesyukuran~.

*Dapat duit,dapat kain pelekat....=,='*

1)Asrama

Masa ni 2005.Daftarnya pd 10/1,masih segar di ingatanBudak form 1 masa tu dpt blok baru,Blok Imam Bukhari.Letaknya hujung sekali kebelakang.Dapat pulak tingkat 3,bilik paling hujung.Memang berbahagia amat aku masa tu dgn suratan takdir.Part plg best bila trun solat subuh berjemaah di musolla dgn mata pun xnampak jalan,tak pun berkejar2 manja ke perhimpunan seawal 7 suku pagi.Memang terasa nikmat bilik jauh.Tapi dr sudut positf,bagus juga terkadang aku fikir.Perkara ni lah yg 'memaksa' aku bangun pukul 4 pagi bersiap,lepas subuh pulak tak tidur dgn misi tak nak lagi main racing dgn membe ke dataran ilmu pagi2.Jika lambat,ada azab menanti.Ustaz Pahmi sudah bersedia menunggu mangsa untuk dicubit peha celah kangkang....=,='

*alah,form 1 kan.skema tu sebati sejak azali lagi.*

Blok Imam Bukhari

Musolla AlAzam dari jauh
Tok Guru Haji Pahmi segak bergaya


Dulu aku dapat dorm C.Syukur,member2 dorm best2 belaka.....dan juga skema.Ya,skema termasuklah aku.Lampu bukak pagi plg awal,tutup malam plg awal juga.Lagi sentap,tugasan bilik harian memang berjalan sampai akhir tahun sedg dorm lain baru 2-3 bulan sudah lupa apakah itu 'jadual tugasan' secara lahiriahnya.Ketua bilik,jong  tak la strict sgt,tp timbalan mmg sgt strict dan berdedikasi.Namanya Syed Ammar.Maka tak hairan lah dy semuda form 2 dah dpt Lans koperal Pertahanan Awam kan..Hebat dan sgt cool bukan?!.Btw,aku dulu kalau geng bilik rapat ngan Iman,kawan katil sebelah.Dy ni pelawak,ade je cerita merepek lg menyentap sebelum masuk tidur.

Bila mana dah masuk bab tidur ni,sesuai amatlah aku ceritakan jugak pengalamn yg melecehkan sekali semasa form 1:Aku ni susah nk tidur dan penakut pulak.Loser bukan?Perkara ni membelenggu aku hampir tiap2 malam.Keresahannya samalah juga diumpamakan memikirkan masalah jerawat yg berkunjung tiba tanpa henti sepanjang tahun..Bila mata tak nak lelap,mulalah otak bermain imaginasinya melepasi had norma kehidupan.Segala bentuk hantu menjengah singgah di kepala.Plg feymes,hantu seret2 kaki depan dorm yg sedg mencari mangsa utk dibwa pulanag ke alamnya..Bagi aku yg penakut ni,mmg cuak di tahap yg tak mampu diucapkan dgn kata2.Jika terkencing atas katil,itu hny sekelumit manifestasinya barangkali.Dan pernah sekali pukul 2.30 pagi ade pulak budak menyanyi twikle2 blkg tingkap.Mujur aku tak keseorangan,adam pun xtidur lagi waktu tu.Seram betul.Tu jelah sekali.

*tak dasyat pun cerita hantu aku.Dasyat itu subjektif.Bila disesuaikan dgn aku yg penakut,ia sgt2 dasyatx5*

Memandangkan dorm C menaiki takhta martabat agung plg Skema,wajarlah Ketua Pelajar/pengawas/KP blok pun sayang kat dorm ni dan isi2nya.Rajin pula melepak ble free2.Yang plg rapat sudah tentu  Abg Sazwan Salaman.Lama tak dgr cerita dy.Last jumpa masa form 2,dy bawak KFC kat aku.Haruslah aku digelar jambu kan walau muka xpenah jambu.Abg ni katanya ade silat keturunan Acheh,aku yg agak bendul suatu tika dahulu ternganga2 dgr cerita beliau sambil kelihatan tangannya beraksi berliuk bunga2 silat .Bila dah rapat dgn KP,mesti ada muslihat dan peluang yg patut diambil bukan?Ya,memang kalau ada pertandingan etc peringkat blok,haruslah dorm C diberi keutamman utk meng.Tak silap aku dulu,dalm 10 kali Dorm terbersih diadakan,bilik ak dpt 7 kali.Syukur alhamdulillah.Dapat hamper~

Dan masa tu jugak,naqib tinggal sekali satu blok.Naqib kat Izzuddin bidg kuasanya kurang jelas.Pengaruh mereka bukn hny didalm usrah,lebih dari tu.Mereka juga bertanggungjawab dlm soal sahsiah anak2 buah.Maka,soal siapa dpt hak penjagaan form 1 nie,dah nmpak mcm jdi rebutan pulak antara KP dgn naqib.Kami yg baru masuk memang bingung.Geleng2 kepala senior 'gaduh' depan mata.Yang sweetnya,mereka gaduh pasal ktorang satu batch.Aduh,tinggi nilai aku di mata senior rupanya.Eceh.Bagi aku,dari sudut pandang positifnya,soal ni mudah,mmg boleh setel sama2.Apa salhnya berkerjasama kan?Bila turn aku pulak pegang blok ni mcm dyorg,takde pulak masalah ni timbul.Allah permudahkan~

*Pergi perjumpaan KP,KP maki naqib.Pergi perjumpaan naqib,naqib kutuk KP.Benda boleh setel cara baik la..=,='*


Ini grup usrah:..aku si kacak berbaju biru dengan lilitan serban 


2)Kelas

Waktu sekolah officially mula pukul 7 suku.Waktu tu wajiblah aku dah ada kat dataran ilmu dgn lengkap uniform esp kad matrik kalau xnak pekena spike belakang cikgu deris,rotan gajah ustaz zaki/ustaz munawer,cubit kangkang ustaz pahmi,xpun kne maki dgn ayat gila pedas ustaz faiz.Bila teringat balik skrg,aku rasa nk je dpt tiap2 hari.Best pula dibuat kenangan utk dicerita dekat anak cucu.Perhimpunan pagi macam biasa lah.Nyanyi2,ucapan2,nasihat2,spotcheck2 pastu boleh terkedek2 masuk ke kelas masing2.Hari rabu bahasa Arab,hari jumaat bahasa inggeris,hari lain bahasa melayu mcm biasa.Aku dulu sejak form 1 dah dapat takhta 'wanted-person' bila spot check ni.Rambut aku ni dr dlu panjang.Mesti sangkut kat sini punya.Kalau tak kena tobek kepala dgn ustaz Abdullah,kena pusing padang 10 kali dgn KP.Aiyaa.Masuk kelas memang lenjun satu badan.

Cikgu Idris,Ketua warden berdedikasi
Tuan Guru Haji Abdullah...hebat ilmunya...=)


Masuk kelas pulak.Guru kelas Cikgu Dasuki a.k.a Pak Das.Dy ajar science.Laju gila ajar,tapi aku still boleh tgkap ape yg diajar sedang ramai sahabat sekelas sudah merungut bergelut.Ketua kelas pulak Amar yg comel lagi bertanggungjawab.Aku dulu dpt kelas 1 Ibnu khaldun,3rd class out of 4.Sedikit loser di situ.Maklum la,UPSR bukannya dpt 5A pungg..Bila masuk kelas mcm ni,lumrahnya bebudaknya sedikit gila.Merepek,meroyan,menyentap sajian hari2.Masing2 ada perangai uniknya tersendiri.Kaki buli,nerd,badut semua ada.Symptom berjoget-jogetan,berbising-bisingan,bermonyet-monyetan jelas dikenal pasti bila cikgu tak masuk atau ada meeting.Time hbs PJ lagi menyentap.Barangkali 'roh' sekolah agama masih kabur dan  rapuh,tukar baju dlm kelas sambil terdedah spenda doraemon dgn gaya aksi menari2 atas kerusi adalah perkara yg tak mustahil terjumpa.Sumpah keji gila..Tp sekrg semua dah dasyat2 belaka.Bakal ustaz,guru,doktor semuanya ada.Ba dulu kuat kacau org,skrg bakal ustaz kat jordan.Omi dulu kuat pula kena kacau,skrg dah jd pejuang revolusi mahasiswa di UPSI (sumpah aku respek neh),hairul dulu stok kene pressure asal bg idea,skrg pejuang mahasiswa jugak tapi tak sehaluan dgn aku la even idea n pendapat dy selalu jugak rasional n bagus.

Aku dulu stok kena buli.Sentap?Ini adalah fakta sejarah.Aku ni budak low profile,duduk pun sorang2 kat belakang sekali sembang dgn kerusi meja.Habuk pun jadi la..Memang 100 percent loser.Even dah hbs thn pun ada still tak kenal aku ni sape.Macam tak penah wujud dalam batch.Peh,nah sedas lg tembakan Loser.Member2 pun semua sama spesis ngan aku la,yg tak feymes neh.Antara yg rapat  cm Amir ikan n Faiz Aseri lah.Skrg dah lost contact,kat fesbuk pon dah xjumpa.Last contact mse era myspace form4 form5 selepas dyorg keluar izzuddin masa form 4.Sedih betul,dyorg la penghibur aku dlm kelas dulu.Masuk bab kena buli pulak.Bila duduk blkg ni,lumrahnya segala mcm spesis ade kan.Sebb aku ni 'baik' lagi pendiam,mmg jadi lauk ble cikgu tak masuk.Dan secara tetiba perkataan GDK menyentap ruang fikiran aku.Tau ke GDK tu spesis ape?GDK=Gedik.Kena pulak ajuk aksi maknyah depan aku.Hampeh betul.Banyk la lagi.Aku pun dah lupa.Tapi tu suma zaman tak matang.Bila semua suara pun dah rokerz,tak wujud la buli2 ni.Kawan la pulak ngan dyorang sampai sekrg.Meh aku tag.Budin,Kamal n geng2 dyorg.

*Syukur,perkara2 nilah yg menjadi permulaan kpd kebangkitan aku...=)*

Seperkara lagi,aku dulu ada termasuk geng yg tak secara langsung wujud.Geng Budak Hidayah (budak sekolah rendah aku la).Nama punya la suci,tp dah mcm kongsi gelap pulak masa aku form 1 dulu.Muka neh la jd stok kne penampar dgn naqib.Pernah skali masuk bilik iron kol 3 pagi,angkat 2 tangan+kaki sebelah.Berpeluh badan hbs lenjun.Bau tengik sorang2 takyah ckp la.Jijik pula cerita lebih lanjut kan.Bukan buat salah ape pun,biasalah la dah masuk skolah baru,mesti berkepit ngan membe skolah lama kan?Sebab ktorg ni majoriti (dekat 20 org jugak la),kene tuduh pulak buat geng,assobiyah bagai.Motif?aku sampai skrg tak paham..Nasib baik ada juga naqib sporting mcm Abg Dan.Dia memg best.Sampai skrg ak msh contact dy.Huhu...

Memandangkan keadaan aku yg banyk kekurangan,aku time tu normalnya mmg down.Tapi still positf.Aku sedar mmg xde cara nak up kan sket aku neh melainkan dgn akademik.Yes,akademik.Sukan?jauh sekali,makan la 'sukan' kegeraman aku...leadership?baligh pon lambat,tak matang ade la...So,study mmg aku pulun sejak form 1 lagi.Syukur, Allah kurniakan aku sifat rajin,otak pula senang nak terima ilmu.Kena pulak ada subjek I'dadi,guna totally bahasa Arab yg aku 'master' tu kan.Memang advantange la nk kutip markah fight dgn membe kelas.I'dadi ni belajar agama mcm tauhid,nahu,fiqh,nusus,mutholaah,tafsir,hadis bla3..Cumanya dy guna silibus dr Al-azhar.Memang totally arab beb.So,dipendekkan cerita,aku pun dpt la result yg agak best masa form 1.Alhamdulillah.Mid term dpt no 10 dlm kelas,50 samtin dlm form (sebab english aku fail,mmg 'tarik' la even ikut markah aku no 2 belakang Syahir).Final term pulak dapt no 1 dlm kelas,12 dalam form.Pergh!

So,dgn result ni lah melayakkan masuk kelas first utk form 2.Dan masa ni lah jugak bibit2 awal kebangkitan n kemunculan penuh gemilang seorang insan bernama kamil yg hensem dan kacak di bumi barakah,Izzuddin shah..Sambung cerita di form2 n form 3 di siri 3.So lame.

I ibnu Khaldun

*kenangan yg perit kekadang lg best dr pengalaman yg hepi2.huhu*

Ok,ak dah meyentap diri nie.Gila panjang for form 1 saja.Ingat entry ni sempat cover form1 sampai form3.Jumpa nanti lah siri ke 3 pulak.Awas!Aku malas gila nk update.Ayat pun terabur.sory3x...

otak aku berfikir secara kritikal..

5 comments:

Arif Sahimin said...

hahaha..hebat seyh ko ingat lagi sume details nih..kagum! O_o

kamilkamaruddin said...

Mne taknye.jenuh aku perah otak sehari suntuk.mmg lama gile entry nie.bnyk kali draft..=,='

sitinabilahashim said...

hebat gler..ingat lagi tarikh daftar masuk skolah..dya ingat yg kuat!!haha

kamilkamaruddin said...

mestilah kan.tarikh keramat tuh...hahaha.ko dftr smka bpe hari bulan pulak?ahaha

sitinabilahashim said...

haha..ntah..tp belas2 la..13 jan kot..taktau la..kena tgk surat tawaran balik~~