PR tewas tapi maju
SPR sudah umum keputusan semalam.Penat tunggu dr pukul 8malam.Pertama kali dalam sejarah,keputusan PRU13 seakan akan disorok kepada rakyat.Sehingga jam 12,hanya Sarawak tak habis habis diulasnya.
Kecewa ku pada SPR
Sebelum tidur,akhirnya aku sempat tahu keputusan jua,dgn pengumuman BN berjaya ambil minimum 112 kerusi parlimen,jelas aku faham.Fahami yg PR tewas lagi kali ini.Malah,ada ura ura PR tumbang di Perak dan Kedah.Peluang terbaik sejak 12 pilihanraya lalu sudah terlepas.Dan keputusan PAS dan PKR masih misteri.Hanya DAP diberitahu..Ahh,masuk tidur dulu
Sekali lagi kecewa ku pada SPR
Sedih hati,pujuk pd Ilahi .
Sedih sesedihnya.Itulah gambaran sebenar.Aku terus ambil posisi di ruang tamu utk tidur.Mata tak mampu lelap.TV masih terpasang terdengarkan celebration dan ucapan Najib Razak disambut sorakan.Nexus dibuka tutup berkali hanya mahu pastikan itulah hakikatnya.Sedih disorok.Sorok.Sorok lagi.Sorok hingga tertidur.
Bangun pagi hari ini seusai solat subuh ku capai segera nexus dgn harapan.Ku jejak malaysiakini utk ketahui update terbaru.Sedih lagi,benar benar sedih.BN secara rasminya mendapat 133 kerusi berbanding PR hanya 89.Nampaknya,aku perlukan mekanisme berkesan lupakan duka seketika.Tidur di katil mak.Bangun sudah pukul 10.30.
Berkali kali aku cuba pujuk hati.Banyak cara,tak mampu juga.Sesekali buka facebook dan twitter.Banyak sekali rakan2 post apa sebenarnya yg berlaku.Ketirisan dan ketidak adilan telah menjadi maharaja rupanya.Banyak,sungguh banyak bukti buktinya.Pedih untuk diulas,sakit utk diingat.Ku serah pd Mu Ya Allah.Sngguh ku tak redha setiap dari itu.
Namun,tiba tiba seorang rakan post video Tuan Guru hadi Awang.Ibrahnya jelas,perjuangan kita belum selesai,Allah sedang menguji.Scroll lagi,terjumpa pula raut wajah Tuan Guru Nik Aziz,sayup suci wajahnya yg berpuluh tahun tak kenal erti penat lelah apatah lagi berputus asa.Scroll lagi,terjumpa qoute kata Tuan Gurun Dr Haron Din yg menginsafkan.Jahilnya aku.Air mata hampir gugur.
Pesan Tuan Guru Hj Abdul Hadi
"Walau perjuangan kita di pihak yg benar,tapi jika dalam perjuangan kita tidak ikhlas,tidak taat,tak ada adab,tak sabar dan penuh gopoh gapah,ada sifat gelojoh nak menang,hanya tahu usaha tapi tak pernah nak tawakkal utk serah pada Allah,maka Allah tangguhkan lagi kemenangan kita..."

Pesan Tuan Guru Dr Haron Din
"Kalau Allah bagi kita menang,Dia boleh memberinya dgn sekelip mata.Tapi saja Allah tangguhkan nak uji istiqamah kita,kesabaran kita..."
Analisa pedih berbisa
Yang lepas sudah lah yg lepas.Keputusan sudah ada.Itu realitinya.Aku enggan guna perkataan fakta.Ia sangat kotor dan jijik untuk setaraf fakta.
Malaysia
BN:133 kerusi parlimen / 60peratus kerusi /5.3 juta undi /48peratus undi
PR:89 kerusi parlimen / 40peratus kerusi /5.6 juta undi/52peratus undi
BN:60% kerusi dgn hanya 48% undi
PR:40% kerusi dgn 52% undi
What the heck?
Semenanjung
BN:84 kerusi parlimen (4,358,890 undi)
PR:81 kerusi parlimen (5,023,880 undi)
Malaysia Timur
BN:50 kerusi parlimen (942,149 undi)
PR:7 kerusi parlimen (567,808 undi)
Dari keputusan atas,secara jelas kita dapat lihat keberkesanan konspirasi berkurun BN iaitu pemetaan/persempadan semula.Taburan pengundi yg tidak sama rata menyebabkan jumlah undi tak menafsirkan nilai sebenar kerusi.Sebagai contoh,kerusi Seputeh dimenangi Teresa Kok dgn majoriti 51 ribu undi,sedangkan ada sesetengah kawasan/kerusi (eg:Putrajaya) hanya mempunyai jumlah KESELURUHAN pengundi adalah 3 per 5 dr jumlah MAJORITI di Seputeh.Tetapi di peringkat Parlimen,2-2 memberi nilai kerusi yg sama iaitu satu kerusi.Seputeh dimenagi DAP,Putrajaya dimenangi BN.Itu permainannya.
Sama di peringkat DUN.Walaupun PR berjaya menambah baik bilangan kerusi iaitu penambahan 71 kerusi,PRU13 menyaksikan PR hanya berjaya menwan 3 negeri berbanding 5 negeri pd PRU12.
Kerajaan sekarang tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
Satu perkara yg dapat dilihat ialah kebangkitan drastik yg ditunjukkan pengundi2 di sebelah timur malaysia (Johor,Sabah n Sarawak) terutama di Bandar utama.Walaupun ianya tak menghasilkan keputusan yg disasar PR (10 kerusi setiap satu negeri),penambahan kerusi sgt membanggakan hasil kempen aggresif PR terutamanya melalui Jelajah Merdeka Rakyat dr PKR dan Ubah dr DAP.Kerusi kerusi tersebut adalah seperti Batu Pahat,Kluang,Kulai,Gelang Patah,Beaufort,Penampang,Miri,Sibu,Sarikei,Stampin dan beberapa tempat lgi.Semua kerusi ini dipegang BN pd PRU12.Kerusi di Johor juga banyak hampir melakukan kejutan sperti di Labis,Muar,Tebrau dan Pasir Gudang.Sipi nak menang beb.Ceit!
Perak dan Terengganu hampir cipta kejutan.Perak plg sedih.Tempat aku,aku dah tak sanggup ngadap muka Zambry Abdul Kader terpampang besar tepi jalan utk lagi 5 tahun.Keji sungguh meracau psikologi aku dikala memandu.Dua kerusi sahaja kerusi yg membezakan.Di DUN Manjoi,BN menang dgn majoriti 100,tpi undi rosak dekat 700.Konspirasi nirrojim apekah?.Tapi apa yg melegakan,DUN tempat aku Hj Radzi berjaya tumpaskan Midah samseng.Aku malas nk cerita dy samseng tang mana.Nanti sumpah menyumpah kalian terhadap beliau.Cukuplah aku katakan dy pasang banner besar gedabak bersepah sepah dekat Pengakalan tu.Racau jiwa.Racau!Ohh lupa,di twitter,ade hashtag #TumbangMidah.Berkesan juga.wakakaka.
PAS cemerlang di Terengganu dan selangor tp merosot di Kedah dan Kelantan.Mekanisme baru perlu diteliti.Kehendak penduduk di kedah dan kelantan lain2.Perlu diutamakan juga.Di Melaka,pertama kali PAS berjaya meletakkan wakil nya yg pertama di dalam DUN.
DAP dan PKR cemerlang hampir di semua negeri.
Ini ringkasan keputusan PRU13 (Parlimen/DUN)
Perlis:BN 3,PR 0/BN 13,PR 2
Kedah:BN 10,PR 5/BN 21,PR 15
Penang:BN 3,PR 10/BN 10,PR 30
Perak:BN 12,PR 12/BN 31,PR 28
Kelantan:BN 5,PR 9/BN 12,PR 33
Terengganu:BN 4,PR 4/BN 17,PR 15
Pahang:BN 10,PR 4/BN 23,PR 13
Selangor:BN 5,PR 17/BN 12 ,PR 44
Wilayah Persekutuan:BN 4,PR 9/Tiada DUN
Negeri 9:BN 5,PR 3/BN 21,PR 14
Melaka:BN 4,PR 2/BN 21,PR 7
Johor:BN 21,PR 5/BN 35,PR 18
Sabah:BN 22,PR 3/BN 42,PR 12
Sarawak:BN 25,PR 6/Tiada DUN
Parlimen:BN 133,PR 89 (PR tambah 7 kerusi dr PRU12)
DUN:BN 275,PR 230 (PR tambah 71 kerusi dr PRU12)
Kejutan terkejut memang da bomb (kalah kesemuanya pd lawan masing2)
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil)
- Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor - BN - Parlimen Gelang Patah)
- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
- Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
- Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
- Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
- Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor - Parlimen Sepang)
- Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas - Parlimen Pendang)
- Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas - Parlimen Arau)
- Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
- Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas - Parlimen Pulai)
- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas - Dun Jengka)
- Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas - Parlimen Putrajaya)
- Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Silam)
- Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Pasir Salak)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
Keputusan yg memuaskan hati penuh girang lalalalala (ops,i mean PADAN MUKA!)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden PERKASA - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
- Zulkifli Nordin 101% (Timbalan Presiden PERKASA - BN - Parlimen Shah Alam)
- Hamidah Osman samseng (Ketua Penerangan Wanita UMNO - BN - DUN Sungai Rapat)
Tsunami Cina Kata Najib.Ini otak kepala lutut.Senang sangat untuk dihujah.Tak perlu aku kata banyak.Cukup sekadar bagi bukti ini.Sila nilai guna mata hati dan adil.Kalau nak nilai guna kepala lutut,mmg akan bias mcm Jibby.
Bukan Tsunami Cina,ini Tsunami Malaysia.
Mari menuju ke rumah Pak Ya
Tapi berjalan bukannya dekat
Bukan bukan tsunami cina
Tapi ini tsunami rakyat
Tulis status facebook kutip 40 like
Kalut masuk blog dek kembang jiwa
Rakyat tak suka memang rasa kelat
Tapi kejadah isu rasis kau kemuka?
Dengan kawan sopannya kental
dalam bilik gwiyomi nya kemain
Dapat mandat lagi sepenggal
Perangai tak ubah PRU14 orang lain.
Penutup
Cukuplah sekadar itu.Ini ulasan aku yg ntah pape dan merepek ikut logik akal aku.Bukan utk diperdebat,tp utk berbincang.Aku sedih kekalahan PR tapi aku sentiasa tahu perjuangan itu tak pernah terhenti dgn kekalahan.Kejayaan suatu hari nanti insyAllah.
Aku sebenarnya nak tulis lagi saperenggan nak ulas sedikit pasal penglibatan ISMA/BERJASA.Cukup aku kata yang aku tak setuju penglibatan politik ISMA.Dan sentimen anti PR (walaupun bukan anti PAS) sedikit sebanyak merencat matlamat PR yg disertai juga PAS.Nampak penentangan dalam diam di situ?Aku bagi link lah n korang jemput baca :) Baca sini yaw!
Kamil
1)Dah baca tak yah gedik2 share FB bagai.Aku tak bagi,haipppp!sy low profile orangnya,meowww
2)Ada perbezaan pandangan,aku minta maaf dan dipersilakan utk berbincang.Boleh jadi aku yg salah
3)Berkenaan dgn ISMA,munkin bercanggah dgn sahabat baik yg aku hormati sampai mati.Kalau kau baca,ini hanya pandangan aku yg lemah.Uhibbuka fillah bro! =)
4)Oh lupa,babak2 awal entry ni,ak update sehari selepas PRU13.huhu
4)Aku sumpah dah masuk zone bahaya nak Professional exam dah.Saja poyoh nk jugak enjoy bagai.Lepas ni aku akan sgt busy dgn buku.Entry ni pun dah simpan 2 minggu
5)Tadi baru habis program di Rumah Kasih Harmoni.Jumpa anak anak yatim sungguh menginsafkan.Terima kasih adik adik :')

Mengutip status seorang artis tentang isu hangat ini.Ada benarnya! |

Ini Amir.Dia suka saya dukung dan saya suka dukung dy weeee! |
No comments:
Post a Comment