Friday, 22 November 2013

Pecah sunyi.

Salam

Lama betul blog ni sunyi menyepi.Berbulan tertangguh baru nak tulis balik.Tulis separuh,save dan delete.Ulang2 3-4 kali sampai aku pun menyampah ntah gila ape tulis benda merepek.Sunyi sepi ikan kekek mak iloi iloi blog aku.

Kesian.

Ak dah lama tak serius.Semenjak berpindah ward dari ibu ibu bersalin ke kanak kanak, aku agak terpengaruh dgn latar masyarakat dan sekeliling. Sungguh teruja lgi keanak anakan perangai sekrang. Nasib baik ada budak MAHSA n Taylor kat hospital tu.Baru ade feeling nak serius sikit.

Kesian lagi.

Sekarang dah hujung minggu ke2 di paediatrik. Tapi semangat study kalimanjaro mcm Pro Exam lepas tak jugak nak sampai. Setakat clerk 3-4 org patient pastu tido je banyak, aku tak sanggup pikir kan masa depan aku dgn paediatrik. Minggu depan kena serius. Study sampai lebam. Setakat buku Paeds Protocal tu nak lunyai mcm sawi rebus, no problem. Wekend ni clerk at least 10 org baru boleh keluar hospital. Pasang nebulizer kat patient asthma at least 9 baru boleh lunch.Titik!.

 Wah, imaginasi kemain.

Aku takde idea nak tulis ape. Tengok tajuk pun dah tahu niat aku tulis malam malam ni. Nak study malas, baru balik dr hospital clerk patient congenital heart disease.Nak tido mata tak ngantuk, petang dah tibai 2 jam sampai tak sempat cover topic febrile fit and neuro infection. So, ada baik aku melalut melalak pekik pekik kat sini walaupun dah nyata  aku just tekan tekan keyboard je pun. Rindu baca balik entry yg lama lama. Dari ayat tak matang dgn tulisan warna warni Dora the explorer sampailah ke ayat sentap yg mmg aku sorang je pun terasa disentap.

Dalam dalam entry tetibe terbaca entry pasal Halim masa dy nak fly Turki study sejarah. Kawan lama (junior setahun) masa kat Izzuddin Shah dulu dalam PRS.Dalam banyak2 form4 masa tu,dy lah paling aku rapat. Seseorang yg ada misi dan visi nya. Aku respek bab itu. Tak cerita lagi subjek sejarah. Dy pakar, aku lagi pakar. Setakat nak jadi top scorer dlm batch tu no problem lah. Peh keji sungguh aku nak bangga . Tapi hidung aku sudah selesai kembang dan kempis semula. Ape boleh buat?

Takde apa apa pun pasal Halim sebenarnya. Cuma aku teringat pasal kisah arwah Ahmad Ammar. Mereka sahabat baik di Turki. Sesekali mmg aku nmpk Halim dalam video n gambar Ammar. Kisah Ammar mmg satu teladan yg baik buat semua. Sumber inspirasi aku sepanjang minggu ni. Aku doakan husnul khatimah buat Ammar dan semoga Halim tabah atas kehilangan seorang sahabat.



Dah habis,aku nak tido.

p/s: Entah Halim ingat ak lagi ke tak haha

otak aku berfikir secara kritikal..