Friday, 24 January 2014

Palsu

Assalamualaikum

Jarang aku tulis bila sibuk. Tapi bila sibuk disusuli dgn tekanan, ak seakan mahu satu mekanisma berkesan untuk luahkan seusatu. Mencari darinya seorang manusia, jauh sekali dalam kamus hidup. Pernah wujud suatu ketika. Setelah Y dan Z pergi, masih tiada yg mampu menjadi ganti.

Tekanan. Aku benci bila tertekan. Dan lebih meyakitkan apabila tertekan tu melibatkan satu persimpangan bercabang yg setiap jalan ada cerita nya. Terhimpit. Membuat keputusan untuk kebahagian diri tapi memikirkan pihak yg mungkin terkesan dgn tindakan aku, aku tak mampu untuk teruskan perjalanan dgn senang girang hati. Jika mereka itu tidak wujud dlm carta hidup aku, mungkin semua ini tak berlaku

Hidup ini kepalsuan ada merata. Sama ada kita yg datangkan, andaikan mahupun ia mmg sudah terpantri dalam cerita hidup. Kepalsuan untuk membuat sesuatu adalah kezaliman pada diri sendiri. Kezaliman kepada adalah satu kebodohan paling nyata. Hanya empunya diri saja yg tahu. Perasaan yg sungguh teruk melata dalam kotak fikiran mengiyang ngiyang hatta saat terakhir mata lelap terpejam. Kepalsuan yg dibuat hanya untuk pihak lain. Bukan untuk diri. Apa nilai di sebaliknya, aku pun tak pasti kebodohan apa sudah ak lakukan.

Penakut. Takut untuk nyatakan pendirian sendiri satu kelemahan aku ada. Walaupun ia meluap luap berapi dalam hati, tapi tak mampu manifestasi hatta sehebat api lilin sekalipun. Sifat inilah punca aku terus dibawa. Hanyutlah segala wawasan aspirasi hati yg teguh tp tidak dibukti. 

Paksa terus memaksa. Ini sikap keji. Namun kadang kala atas nama kita mahu menyebarkan kalimah suci, memaksa itu dilihat sesuci isi disebaliknya. Segala nya terlihat kisah kisah perjuangan dan pengorbanan ulamak silam. Segala nya terbayang satu juta kemanisan syurga kayangan yg kilau kemilauan. Aku tak berani ulas panjang, isu yg sgt sensitif.

Pilihan itu kerja hati. Dalam setiap tindak tanduk hidup aku, aku sentiasa ikut apa hati aku kata. Andai samar, aku tanya dari sudut dimensi yg sebaliknya. Tapi melihat segala faktor sekarang, pilihan dari hati tiada erti. Biarlah tekanan itu kuasai. Biarlah kepalsuan itu menghantui. Biarlah takut itu didampingi. Kerana akhirnya paksa itu yg memakluki segala isi hati.


Ya Allah aku stress dgn semua ni.

otak aku berfikir secara kritikal..

No comments: