Setiap kali aku buka shj blog ni, terpampang di atas skali post tntg abg S. Kisah syahdu meruntun jiwa penah aku alami. Biar kan, biarkan aku lipat kemas kemas dlm buku hati. Kisah yg akan ak simpan selamanya. paling tidak, inspirasi menuju cita seorang Doktor lillahi taala.
Namun,itu hny seperkara. Perkara yg lebih menyentap aku bila terbaca post itu adalah ia hanya mengingatkan aku betapa malasnya aku update blog ni. Kisah Abg S semasa aku di posting surgery, kini aku dah nak habis pun posting medicine, masih tercari cari bahan utk menulis. Tiada masa.
Sedikit tentang posting baru,medicine. Secara keseluruhan, aku agak biul tecari cari momentum dlm posting ni. Kes nya mashallah, susah dah aku pun kurang minat. Itu pun belum lg ak cuba clerk case yg sumpah-aku-taknak-dapat-untuk-longcase macam case2 rheumatology dan dermatology. Lagi lah xminat kuasa dua. Tapi nak taknak kena juga, kalau dpt RA (nauzubillah) masa long case, tak ke naya sebb tak praktis. Minggu ni kot kena rajin pergi Hosp selayang cari case.
*Rindu surgery dan O&G so much T.T
Sekarang musim konflik datang bergolek golek. Penat dah rasanya nak fikir. Konflik yg dari sem III tak setel2, dtg pulak yg baru. Tak elok bercerita kat sini. Itu namanya hamba Tuhan yg kuat mengeluh. Biar aku simpan dlm hati. Nnti cerita kat bakal isteri je [?] huahua
*Overnya ayat last haha. Jgn mengada buat gossip. Main je. :p
Semalam Joe dan Ann kahwin. Barakallu lakuma. Ai tumpang happy tau. Sebenarnya dah tau lama Ann ni nak kahwin hasil aktiviti bergossip dgn budak posting. Tapi masa tu happy biasa2 je lah. Bila last minute dpt tau Ann nak kahwin dgn kawan lama masa kat Izzuddin dulu, lagi la happy nya berganda2. Terkejut aku. Si Joe ni dah la selalu melepak sama2 masa kat Shah Alam dulu masa 1st year. Tup tup nak kahwin dgn budak batch ak rupanya. Bertuah dy tak nak bagitau kat chekk. Tahniah la kalian berdua :D
Ohh, nak masuk last perenggan lah. Malas tulis panjang2 time petang ni. Aku dah la tak suka tulis petang2 sbb masa petangku milik track jogging di sekitar UiTM Sg Buloh. Nak kurus dan tough [?] kebabom macam jijie kan. Kena la eksesaiii. Tapi petang ni aku update blog pulak. Tahu kenapa tuan tuan? Haa sebabnya aku seakan mendpat URTI which came with typical symptoms mcm clerk patient kat ward tu. Hari2 clerk patient tnya ade demam,batuk,selsema n sakit tekak tak, mcm takde perasaan je. Tp bila kena kat diri sendiri baru rasa seksa yg amat (Alhamdulillah, Allhurabbi). Semalam setiap 30minit terjaga tidur sebb batuk n sakit tekak. Tak tau la ade ke tak fenomena PNC ni, klo xde biar aku reka. At least jadi kat aku hihi. Tau PNC tu ape? Paroxysmal Nocturnal Cough (mandai je huahua).
Jadi dah sampai perenggan akhir pun xtau ape kaitan tajuk baju sejuk kan? Haa tengah demam la boleh bajet macho pakai baju sejuk update blog petang2 hihihi
Bajet tgh tulis pakai sweater dgn ade tisu kesat hingus shroot shroot supaya lebih dramatis |
Kamil:
1) Nah baca dan niatkan sedekah kat aku ye, Thanks huhu
"Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"
2)Mohon doa kalian juga utk ak lulus long case Medicine. Dapat case ACS dah laaa T.T
3)Kpd yg tak paham aku merepek pasal ape PNC tu, ni adalah PND yg telah di divert mengikut situasi aku huhu