Hati Abu meluahkan rasa
"....
Apakah benar ia ada?
Apkah benar ia pergi?
Adakah aku yang tak sedar?
Adakah aku yang buat tak mengerti?
Lama aku tinggalkan harapan yang satu ini. Harapan yg masih ke hari ini aku kabur di mana permulaannya. Ia datang dari satu arah yg jelas, namun tidak pada destinasinya. Ia sentap jiwa raga yg mulus, namun lembut belaiannya. Datang mengetuk hati selembutnya tanpa diduga. Lantas menggores jiwa. Jiwa yg sebelum ini tak mengerti apa apa. Pengalaman yang tiada.
Sangat tiba tiba.
Sangat bahagia.
Sangat teruja.
Sangat tiba tiba.
Sangat bahagia.
Sangat teruja.
Itulah kali pertama dan masih tiada kedua. Sekurang kurangnya sampai tempoh aku sedang menulis ini ia masih yg pertama. Pertama pada makna kata yg benar benar menyentuh hati yg paling dalam. Sedalam ia mengusap ubun ubun jiwa yg lemah tak pernah terusik. Berjaya menorobos dinding dinding keegoan untuk dijinakkan. Lembut bak sutera.
Akulah hamba Tuhan yg terpilih utk dicampak perasaan itu. Perasaan yang mampu menuntun jiwa sekeras batu menjadi selembut bayu. Perasaan yg mampu mengawal gerak geri langkah seribu bagai meniti hamparan halus satu persatu. Agungnya. Seakan menoleh segala sesuatu ke atas sesuatu. Seakan menyelindung aku akan yang baru.
Masih ku ingat tika di dewan itu
Masih ku ingat tika di bus stand itu
Masih ku ingat tika di kafe itu

Pernah suatu ketika hasratnya seluas pasifik, memacu se gah everest, mengukuh salasilah inti peri. Perancangan disusun, stratergi dikaji utk merealisasikan cita. Dan cita tika itu satu impian mahligai permata hingga ke hujung usia. Segala tarikh telah ku belek, segala bajet telah ku korek. Harapnya bila masa itu tiba segalanya semudah 'melafaz' nya hanya di dalam jiwa.
Bertahun berlalu. Kasih jitu masih padu. Hanya jitu, tiada maju.
Namun, itu hanya perasaan. Dan perasaan itu asalnya dalam hati. Mana mungkin terpalit makna nya tanpa ekspresi apatah lagi manifestasi. Mustahil. Hati tak mampu berbicara tanpa diluahkan. Hati tak mampu ditafsir tanpa ditunjukkan. Bagai ada sesuatu yang menahan. Padu. Menahan dari segala penjuru walau aku keliru mana pangkal yang menuju. Aku mencari kekuatan untuk merobohkan. Gagal. Tersembam di perjalanan.
Tika itu, hati nan lemah dipandu emosi. Segala tingkah laku berpaksi yang tidak pasti. Darah muda. Bunyinya tipikal tp ia benar. Girangnya hati bak tiada siapa menyaksikan. Sukanya perasaan bak tiada siapa perhatikan. Seakan mahu sahaja satu dunia menjadi saksi bahagianya aku. Dengan teka teki penuh misteri itu, tujuan untuk beri satu mesej kepada dunia hati ini sudah dimiliki. Instagram digodek, twitter dirobek dgn post2 jiwang ke laut yg sia sia. Excited dalam englishnya.
Difikir kembali, malu nya Ya Allah.
Hingga satu petang nan hening, usai solat asar. Masuk satu SMS dari satu individu. Bukanlah rapat, tapi kenalan. Panjang isinya. Walau pun salah faham beberapa perkara, aku jelas akan maknanya. Kejengkelan dan muak tajuk utama. Sudah tiba masanya hentikan semua cerita cinta sebelah tangan. Ramai yang perhatikan. Tapi tiada makna untuk mereka tahu. Dan mereka pun tidak mahu itu.
Dan kini tahun ke-tiga, semester ke-lima sudah semenjak perasaan itu mula mula datang lama dahulu. Semuanya masih jelas di ingatan. Segala cerita dan peristiwa masih segar di fikiran. Tiap debaran itu tidak sia sia hingga ke hari ni. Dan aku masih yg dulu, dgn perasaan dan harapan yg sama. Kasih yg jitu padu cuma cuma tiada maju. Maju dalam erti kata manifestasi, namun dalam hati hanya Allah ketahui.
Semoga Allah redha.
-Untuk nota aku dan 'x'-

...."