Assalamualaikum
Hi semua!
Dok rumah ni makin lama makin pemalas ak nak update blog ni. Berderet entry nk tulis. Yg dah basi macam raya 2016 boleh lupa la. Dah nak raya haji dah pun kahkahkah. Nanti ak delete kat draft tu haa.. dah tulis separuh huhu
*Nanti aku tulis entry hangat fakulti perubatan UiTM part III n PRO3 exam*
*part I dah nak masuk 30K views weii*
Okey kali ni nak cerita pasal aktiviti seorang penganggur. Aku dah jadi graduan perubatan terhormat ni dah nak masuk bulan ke empat ye tuan2. So dari menghabiskan beras kat rumah, ad baik ak cari duit utk top up beras kan. Tp disebabkan ak pemalas tp nak duit je, so ak nak cari keje yg ak boleh control working hour. Google punya Google terjumpa la pasal uber muehehehe
So setakat ni dah 2 bulan jadi pak supir uber area Ipoh. Syukur alhamdulillah lepas la nak travel2 sket gi penang, KL, sume. Satgi nak plan johor n langkawi pulak, Nak plan oversea cam geng rahimau tu cheq tak mampu,, cheq mampu berhuhuhuhu je lulz
Ok skrg nak promote lah sape2 nak jadi uber driver leh pm tepi.(whatsapp aje 0193839548) Aku ajar dari A sampai Z
Q&A
1)Saya layak tak jadi driver uber?
- Ya, kalau anda hensem. Gurau je.(k tak lawak) Ya kalau ada warga malaysia, umur 18tahun ke atas, ada lesen kereta penuh (bukan P)
- Junior2 yg jd nak uber driver meh sini join. Korang buat weekend je pun leh cover belanja seminggu tau.
2)Kereta saya layak ke x ?
- Ya, kalau kereta anda 4pintu, berusia tidak lebih dr 8 tahun (2007), dan tiada kerosakan fizikal yg besar
3) Insurans n lesen kereta lak cemana?
- Insurans mesti la masih hidup n dibawah nama pemandu uber (tak kisah sbgai nama pertama, kedua or ketiga). Kalau kereta tu pinjam kete bapak, gi syarikat insurans ckp nak tambah nama. Ikut syarikat masing2 krn caj utk tambah nama berbeza-beza, ada free, ade semurah RM10, ada semahal 15% dr bill insurans
- Lesen pun mestilah masih hidup
3) Aku dok Jitra boleh ke buat uber?
- Boleh kalau ada permintaan. Tp basically so far uber hanya beroperasi di Penang, Ipoh, KL, Melaka, JB, KK.
- bandar2 sekeliling masih boleh beruber kalau ada permintaan. Contoh, manjung tertakluk kpd rules uber Ipoh, Cuma permintaan jarang2 ada.
- Contoh lain, Nilai tertakluk kpd rules uber KL. Tp nilai demand tinggi jugak sbb bnyk budak kolej
4) Daftar kena bayar x?
- Free aje. Silap2 dpt duit poket lg
- Ok nak promo sket, sape daftar under sy, anda berpeluang utk menangi wang tunai sehingga RM100!! Wauuu lepas la buat modal minyak n tol utk 3-4 hari hehe *TnC applied*
5)Gaji masyuk tak?
- depends, kalau rajin bnyk la dpt hehe
- kalau part time (3-6jam online), area KL boleh dpt dlm RM150-200 sehari. Full time RM300/day no problem
- kalau part time area ipoh boleh dpt dlm RM40-70 sehari. Ipoh bnyk trip pendek huhu
- ikut rezeki , ada hari sgt slow, ada hari non stop org request
Ok setakat tu la dulu. Kalau nak tny lebih leh pm tepi, kita sembang kat whatsapp. Take care
No comments:
Post a Comment