Saturday, 12 November 2011

2 tokoh . 2 cara . 1 matlamat

assalamualaikum...

buat pertamanya,aku isytiharkan entry ni agak serius...serius,mmg serius!dan brangkali ada terminolgy2 yg agak janggal dan skema digunakan....serius,memang skema!

amaran:sila jangan sentap dengan perubahan sementra ni...serius,amaran ini serius!

Bismillah pembuka bicara...

Agak keberatan dan berkali2 juga memikirkan dalm menghalusi setiap tulisan saya kali ni kerana saya bakal memperkatakan tentg 2 individu yg saya hormati dan kagumi...tersilap langkah,buruk padahnya...niat di hati bukan mahu menilai pendapat ilmiah mereka.lebih2 lagi mereka adalah agamawan dan ilmuwan besar tanah air.Dr Zaharuddin a.k.a UZAR dan Ust Hasrizal a.k.a UHAJ.

sebenarnya saya sudah lama  mengikuti artikel2 dan input2 dari facebook mahupun blog mereka melalui zaharuddin.net dan saifulislam.com.Harapnya ilmu yang ditimba itu untuk bekalan dunia akhirat jua.InsyAllah.(juga dr Dr Asri a.k.a DrMAZA dalm blog beliau minda tajdid.Barangkali oleh kerana beliau di islamic centre of oxford sekarg,bnyk isu2 tempatan jarang diulasnya...)

Berbalik pada topik,gempar satu malaysia baru2 ini tentang penganjuran Seksualiti Merdeka(SM) ke 4 yg dikatakan bakal berlangsung di ibu negara lewat november.Ketepikan soal politik,soal ambiga,soal marina mahathir seketika walaupun itu memang bidang saya.Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang itu.namun,saya bantutkan seketika kerana ada yg lebih mustahak dan perlu diutamakan.Saya mahu melihat ia dari sudut pandang berbeza kali ni.Iaitu apakah reaksi kita terhadap penganjuran SM ini??Apakah tindakan yg sewajarnya kita lakuakan apabila perkara sebegini terjadi??Saya simpan dahulu pendapat saya sehingga di akhir tulisan...

Namun,tujuan tulisan saya kali ini bukan sekadar itu,tapi merungkai jua wujudnya perbezaan pendapat dalam kalangan alim ulamak terhadap sesuatu permasalahan meskipun kedua-duanya bermatlamat agar Islam tertegak di bumi Allah selengkapnya .Bagi kita hanya insan biasa kadang2 agak keliru siapa betul siapa salah..Umum mengetahui,kita bebas memilih mana2 pendapat dan hendakalah berlapang dada atas setiap pendapat bercanggah.Musyawarrah barangkali sedikit sebanyak merungkai sedikit perselisihan faham.

>>mungkin masih ramai yg tidak tahu bagaimana 'konflik' ini bermula...saya ringkaskan dalam kronologi di bwah...

1)SM diuar-arkan akan berlangsung di ibu negara
2)UHAJ nyatakan pendapat beliau dlam blog.rujuk sini
3)mendapat komentar2 berbelah bagi oleh pengguna alam siber
4)UZAR yg berbeza pendapatnya 'menjawab' balik dalm blog beliau.rujuk sini.barangkali ulasan UHAJ kurang disenangi
5)juga mendapat respon dan komentar yg berbelah bagi oleh pengguna alam siber
6)bertambah buruk ada yg mengapi-apikan kan keadaan.
7)UHAJ menjelaskan balk keadaan dalm entry beliau yg terbaru.rujuk sini

Sejujurnya saya amt kagum kedua-dua tokoh ini dalam memberikan pendapat dan menghadapi situasi secara profesional.kedua-dua pendapat sangat tepat tapi pendekatan yg digunakan berbeza.

saya ringkas pendapat meraka setiap seorang

UHAJ
1)golongan LGBT mesti didekati dan dibantu.
2)Islam dapat menyediakan penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul bukan hanya berbentuk memberi hukuman.

UZAR
1)membantah secara pukal terhadap LGBT agar orang ramai tidak terkeliru denagn menggunakan beberapa cara.

PENDAPAT SAYA

Sebenarnya,mutakhir ini banyak kes2 melibatkan golongan seperti ini di negara kita selain dari SM yg sudah saya jelaskan di atas.bermula dari muat naik video di youtube "Saya Gay Saya Okay" di laman youtube kira2 setahun lalu.Ini diikuti pula kes Ouyang  Wen Feng,seorang paderi gay dari malaysia yang menyatakan 'bantahannya' terhadap sistem perundangan negara yg melarang perkahwinan sejenis dengan mengahwini teman lelakinya di USA(negara ke 6 yang mebenarkan perkahwinan sejenis) pada tanggal 31 ogos.Dan yang terbaru penganjuran besar-besaran konsert Elton John (penyanyi dan juga ikon gay antarabangsa) yang bakal berlangsung di Genting Highland tidak lama lagi.Semua ini secara tidak lansung menampakkkan usaha2 MEMPROMOSIKAN dan MEMBUDAYAKAN aktiviti2 songsang ini ke dalam masyarakat kita.

Sekali lagi,saya sedaya upaya  menjauhkan penulisan saya ini dengan mana2 unsur politik yg sememangnya terlalu banyk untuk diperkatakan.


Oleh itu,kita sebagai umat yang prihatin sewajarnya menyatakan bantahan kita secara terbuka(seperti garapan UZAR) terhadap aktiviti2 sebegini agar kesannya dapat diambil oleh kesemua pihak.
1)pihak LGBT agar mengetahui tindakan mereka merujuk kepada batas2 agama mahupun kemanusiaan
2)orang awam agar tidak terpengaruh mahupun menyokong LGBT meskipun mereka bukan dari golongan tersebut atas alasan Hak Asasi Manusia
harus diingat,bagi pandangan saya,jikalau LGBT ada hak kemanusian untuk ada perhubungan sejenis,maka orang awam juga punyai Hak Kemanusian untuk menyatakan bantahan kita secara terbuka.


Namun,bantahan dan hukuman bukanlah medium dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini kerana tindakan kita yang akan menjadi kayu pengukur.Apakah jiwa yang songsang dapat diperbetulkan tanpa memperhalusi hati mereka terlebih dahulu??oleh itu,saya merasakan kita harus meneliti juga pandangan UHAJ agar golongan ini didekati dan difahami.Mungkin ada 'kisah2' dan 'faktor2' yang dapt dikaji yang menyebabkan masalah ini berlaku.Tentu sekali kita tidak boleh mengukur ilmu dan iman mereka sama seperti orang lain.Oleh itu,kesalahan yg mereka lakukan wajar diperbetulkan dengan sesuatu yang 'sampai' ke dalam sanubari dan kesedaran itu akan berputik dari hati yang ikhlas.Sedangkan keimanan dan ketaqwaan kita sedikit pun takkan tergugat hanya dengan mendekati dan menyantuni hati sanubari mereka.


Oleh itu,sebagai penutup,saya ringkaskan bahawa masalah perhubungan sejenis ini adalah masalah yang perlukan penyelasaian secara total oleh umat islam.Kita sama sekali tidak boleh menyandarkan kesalahan 100% kepada mereka tanpa melihat apakah tindakan kita yang boleh dilakukan unutk memperbetulkan keadaan.Marilah kita berganding bahu bersama-sama membanteras gejala terlaknat ini agar Rahmat dan Redha Allah sentiasa bersama kita selamanya...saya dengan rasa rendah diri memohon ampun diatas ulasan saya yg bersifat peribadi ini jikalau bercanggah dengan pandangan saudara saudari si pembaca.Moga Allah mengampuni kita semua dan kepada- Nya kita berserah..Wallahu'alam....


mencari kebenaran itu satu perjuangan


otak aku berfikir secara kritikal..

No comments: