Wednesday, 25 January 2012

Wordless wednesday #9


12 cm-notes for semester one exam.




p/s:salam imtihan to all,geng mbbs UiTM 9th batch.

otak aku berfikir secara kritikal..

Aku agak serius entry ni.

Assalamualaikum..

Sejujurnya aku sangat malas nak mengupadate blog sepanjang minggu ni.Sumpah stress.Sudah lah perancangan jadual study xmenjadi,yang dibaca pula xnak melekat pulak.Untuk hari ni,ak sepatutnya dah habiskan anatomy General module.Tapi semasa aku tengah bergomol2 dgn akudanstetoskop ni,ada lagi 4 tajuk embriology tak diusik.Maka,secara teknikalnya,jadual hari2 mendatang juga akan terkesan.Oh,loser.Baru sehari je...=,='

Memandangkan keadaan aku yg kurang stabil,entry kali ni yg sewajibnya panjang terpaksa aku pendekkkan.Sentap?.Ada aku kisah?.Isu kali ni memang panas,BTN.Kalau ikut kan memamg kena balon dgn aku.Tapi tak lah tergedik2 aku nak memebebel panjang dek masa yg suntuk.

Ok,jumaat lepas,habis je PT3,xsempat nk makan hape pon,terus kami diherdik menaiki bas menuju ke ulu sepri,kem BTN.Sadis.Perjalanan cerita kehidupan di kem,aku harap korang boleh bayangkan sendiri.Tipikal-tipikal saja.Ada best,ada tak best.Makanan n lokasi dy memang superb.Jurulatih pon cool.Apa yg aku lebih tertarik nk kongsi ialah tentang pengisiannya.Seperti dijangka,perkara perkauman n politik hangat dilanyak dan disuap kpd golongan mahasiswa.Walaupun cuba ditutup dgn pengenalan module baru,1 malaysia,ianya jelas gagal dibendung pabila pendokong2 program adalah dari golongan tegar najib dan rosmah.mah mah mah...

Aku tiada masalah dgn isu yg dibawa,iaitu mahu memajukan orang melayu.Tapi yg pelik,mereka spin pulak promote BN dan menghentam kaum lain terutama cina.(Flashback:aku tukang maki hamun racist.)Bagus lah nk majukan melayu kan.Tambah pula orang melayu sekrang mmg jauh terkebelakang.Tapi aku memang kritik cara mereka berdepan isu ni.Menyalahkan pihak lain tanpa melihat kesilapan diri.Kenapa pulak melayu miskin tapi cina pula disalahkan?Siapa yg malas?Siapa yg memilih kerja selama ni?Melayu banyak merempit,tak kan nak ajak apek join sekaki dulu baru melayu tu hebat martabatnya?Pemikiran kolot ni lah yg akan merosakkan bangsa.Loser.Apa yg aku nampak mereka sgt spektical dgn orang lain.Maka tak hairan lah fitnah-fitnah xmasuk akal keluar dari mulut mereka.Lucu.Tapi itulah identiti melayu kan?Fitnah 24 jam.

*yang xboleh bla,fitnah selangor kristiankan pelajar uitm.wakaka.!*


Ni la bilik kitorang dapat.Selasa la atas kapasiti 'kem'

Bendera group aku.Take note,aku yg lukis ok?

Lepas tu,apa kaitan majukan bangsa dengan sokong kerajaan?Kenapa mesti promote najib?Kenapa tak pulak promote perjuangan yg dibawa?Perjuangan tu tak semesti didokong satu pihak.Masing-masing ada ideologi n fahaman.Kenapa perlu sempitkan skop?Memang diakui,pihak sana banyk memperjuangkan bangsa,tapi ni zaman globalisasi.Bukan sekadar itu dinilai.Banyak lagi isu-isu nasional perlu diambil kira sama sebelum perjuang ini dibawa dalam wadah mereka.Rasuah,hudud,fitnah sape nak jawab?kalau nak bincang skop parti,bincang secara total,bukan sekadar martabat bangsa.Ini isu perjuangan bangsa,bukan perjuangan parti politik.

Lagi satu,aku masuk kelas PKPK (mcm LDK la) memang segala ceruk hipokrit ada dlm cell2 badan,aku kutip satu persatu.Memang bermadah saja aku depan faci.Dalam hati Tuhan saja yang tahu.Bukan aku tak mahukan nyatakan pendirian,tapi faci telah menetapkan satu 'tahap' yang mesti dipatuhi n tak boleh dibantah.Bila ada saja bantahan,ada saja jawapan2 pelik keluar menegakkan hujahnya.Memang aku malas nk  lawan.Ikut aje la.Sungguh close-minded dan kuno.Sepatutnya,kalau ikhlas perjuangkan perkara ni,mereka perlu open dan dgr pendapat org lain.Mungkin solusi yg lebih baik dapat dibncang bersama.Kalau tak,benda ni hny menjadi perbincangan seorang diri,tapi zahirnya dua pihak terlibat.Ini memnag loser.

Soal ceramah pulak memang bosan.Buktinya ramai yg tidur.Ceramah dari dekan je yg menyentap semangat aku.Yang lain,xde isu tapi bawak isu-isu merepek.Sapa la nak dengar.Cuma ceramah yg terakhir,semangt la jugak aku dengar.Bukan sebab aku rasa bagus,tapi setelah aku tersedar banyak muslihat licik yg dibawa dlm cermaah.Aku pulak enjoy meneliti muslihat2 tersebut.Terasa di alam puzzle.Kadang-kadang memang kesalahan ada dibuat,maka wajarlah ditentang.Tapi aku nampak benda ni dr skop lain.Mereka sgt bias.Bila diri sendiri buat salah,tiada mufti nk tegur,tiada media yg canang,tiada polis nak bertindak.Bila musuh yg buat,dari pagi sampai ke malam cerita kesalahan orang tu je merata-rata.Ini perjuangan.Sila ikhlas dgn perjuangan tanpa melihat siapa anda perjuangkan.

fail aku dapat:gagasan mulia cuma cara tak kena

Ok lah,nk tido.esok ada lagi biochem 15 chapter + hutang 4 chapter embriology hari ni.Aku harapkan doa dari korang semua.Maaf jika ada terkasar bahasa dan yang terasa.Ini hnay ekspresi spontan aku yg hina ni terhadap isu bangsa n negara...=)

otak aku berfikir secara kritikal..

Monday, 23 January 2012

Bicara buatmu sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku dedikasikan sajak ini buat teman-teman diluar sana.Hanya luahan hati diriku yang banyak kesilapan ini.Hayatilah...=)

Duhai sahabatku,penyeri hidupku,
tak pernah ku sangka berjumpa insan sepertimu,
setulus hati menerima kehadiranku,
seikhlas jiwa menahan,melayan kerenahku,
Ku akui,diri ini hanya insan yang lemah dalam persahabatan,
Insan yang masih tercari-cari erti pengorbanan dan kesefahaman,
Namun,aku harap engkau sentiasa ketahui bahawa aku
sentiasa berusaha yang terbaik buat dirimu..

Duhai sahabatku, buah hatiku,
Jangan kau biarkan aku didepanmu,
Sungguh,ku takut aku terlalu laju meninggalkanmu,
Jangan tinggalkan jua aku dibelakangmu,
Aku bimbang,resah, engkaukan terus berlalu...
Tetapi,berjalanlah seiringan disebelahku,
Andai aku terkedepan,engkau akan menarikku,
Andai engkau terkebelakang, aku akan memimpinmu..

Sahabatku,sukaku dukaku,
Engkau pernah berbicara,
Adakalanya kita harus menangis,
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa,
Dan,adakalanya..kita harus ketawa,
Agar kita tahu mahalnya harga setitis air mata..
Namun,ku hargai keduanya,
kerna aku memahami itulah perhiasan sebuah persahabatn antara kita,
itulah pencorak hubungan kita sungguh istimewa aku kira.

Sahabatku, tawaku air mataku, 
Andai satu hari nanti, aku terlupa dan alpa,
Andai aku khianati persahabatan mulia,
Andai aku tersasar jauh menyimpang dari landasan yang Maha Esa,
Aku benar mengharap,
Antara orang yang akan mengingatkan aku, adalah kamu,
Dan, kiranya satu hari nanti engkau yang terleka,
Izinkan antara orang yang menegur kesalahanmu itu adalah aku,
Janganlah berkecil,jangan berduka,
Itu hanyalah sekelumit tafsiran kasih sayangku padamu.

Sahabatku, rinduku dendamku 
Andai takdir-Nya aku pergi dahulu,
Aku mengharap,antara mereka yang sedih pemergianku, adalah kamu..
Antara mereka yang tersenyum teringatkan bicaraku, adalah kamu..
Antara mereka yang kirimkan aku bacaan sedekah, adalah kamu..
Antara mereka yang menitiskan air mata doakan kebahagianku di sana, adalah kamu..
Itulah buktinya engkau jua merinduiku sebagaimana aku,
Kerana, andai ketentun-Nya engkau lena dahulu,
Ketahuilah seikhlas hatiku,
Bahawa antara mereka yang terasa kehilangan sahabat sebaikmu,
Adalah aku duhai sahabatku...





p/s 1:inspired from an article in iluvislam.com
p/s 2:i will updating my blog about yesterday BTN soon.
p/s 3: i really love all my friends especially you.Yes,you!

otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 18 January 2012

Wordless wednesday #8


AWIE was covering his face from media .




p/s:progest test 3 is coming soon.oh damn!

otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 14 January 2012

Aku dan kacakitusubjektif

Assalamualaikum.

Sungguh,entry ni aku buat khusus bila mana keadaan terdesak aku tiada idea sepanjang minggu.Ya,aku memang ada senarai entry 'kecemasan' utk saat2 genting macm ni.Ini lah sikap blogger yg prihatin aku fikir.Hebat dan bergaya.Maka,entry kali ini sudah tentulah tiada kaitn dgn perjalanan hidup aku hari2 di bumi UiTM.Hanya ekspresi umum dan luahan hati lara semata.

Sungguh,cadangnya utk guna idea kecemasan ni sejak 2-3 hari sudah.Tapi tdi petg keluar ke Plaza Alam byk pulak coretan2 manis terpalit sudah di benak.Taufiq,Ammar,Hamizul n Hakim.Ditambah pulak peristiwa 'dompet kangkang' hamizul buat aku terasa nk cerita pulak dm entry yg khusus.Tapi aku sedar,itulah jenis2 typikal blog aku.Cerita foya2,keluar jalan2 sudah klise aku rasa.Ok,balik pd matlamat asal.

*malas aku cerita walau bnyk part2 menarik tdi.Ya,kita simpan kenangan itu bersama...=) *


Aku bukanlah siapa tanpa korang semua...=)
Masuk kpd topik.Aku tahu korang mesti tahu apa yg aku maksudkan dgn tajuk.Ini lah ekspresi aku perihal blog aku yg xseberapa ini.Bosan.Klise.Mungkin ada yg terfikir aku cedok idea dr sahabat baik aku,Taufiq dlm blog beliau hijrahseorangmukmin.blogspot.Sejujurnya memang ada sekelumit sekadar 10% sahaja,xlebih xkurang...Ok,aku tipu,mmg idea dr idea 100% aku cedok.Cuma aku olah mengikut resipi aku.Aku telah lama sedar,blog aku hny picisan.Dan andai ia satu tulisan di muka2 kertas,maka selayaknya ke mulut tong sampah nasibnya barangkali.Kerana dlm entry mcm ni,aku tetap akan meroyan keseorangan dan merepek tentang perihal blog aku n interaksinya dgn blog2 yg lain.Harapnya menjawab sedikit sebanyk keluhan n soalan2 di luar sana yg bertanyakan tntg kacakitusubjektif.

*sori kpd yg terasa.Hanya pendapat aku xbermaksud aku sentiasa betul n perlu diikuti*

1)Privasi.
Blog ini untuk tatapan umum.Dan umum itu juga subjektif mengikut tafsiran aku.Selagi mana ianya terkesan dgn tak mendatangkan keseganan dan kemaluan,maka 'umum' itu masih valid.Sejujurnya umum aku dlm skop blog hny kepada kawan dan semestinya org awam.Family dan cikgu mmg aku rahsiakan walau aku telah pun sedar ianya telah dikantoikn oleh adik saudara aku yg tak putus2 stalker mencari blog ni.Harapnya dia tak buka mulut walau aku tau mulutnya bak murai yg dicabut bulu satu persatu.Sebab tu,korang takkan jumpa aku taruk link yg boleh sambungkan blog ni dgn FB n twitter.Bahaya.Kantoi malu aku dibuatnya.Ini belog kisah merepek,bajet,meroyan,menyentap dan sebagainya.Tak rugi mana dyorg tak tahu.hahaha..(tetiba).Maka,dgn prinsip ni jugalah aku terpaksa menerima kenyataan bahawa progresive blog ni akan sgt2 lah slow n aku sgt bosan n terkadang menyampah dgn muka follower yg sama..hahaha..(tetiba lagi).Ok,tak yah tacink,aku tipu je.Korang lah nyawa blog ni.Terima kasih atas support korng semua...=)

*sila promote di blog anda masing2.Ya,ini tindakan loser,So what?*

2)Bahasa
Korang semua pun tahu.Aku tak pernah guna bahasa selain bahasa melayu dlm blog ni.Bukannya sebb mmg aku warganegra yg prihatin martabatkan bahasa ibunda,tapi mmg aku sendri lemah dlm english.Aku mengaku,jujur.Even spm aku dpat A dlm english,tapi itu semua dongeng semata stelah essay yg dikarang 2 tahun lebih sudah adalah essay aku yg dicipta terlebih dahulu 1 bulan seblum paper english.Jenuh sebnarnya memikirkan satu essay yg boleh 'masuk' semua cerita n situasi.Berpuluh kali juga diolah.Itulah sebenar-benarnya exam english ak.Dan hasilnya,aku mmg menysal skrg.Jeles dgn kehebatan english kawan blogger yg lain esp Taufiq n Arif..(mostly budak medik mmg akn tulis dlm english dlm blog dyorg..giler loser ak).Aku harap suatau hari nanti akan ada entry full english.Ya,aku sedg berusaha!

*sumpah,google translate sgt berguna!*

3)Background dan design
Semua background n design dalm belog ni mmg ak amik dr google n blogspot sendri.Ada masalah?.Aku taklah tergedik-gedik habiskan masa aku cari design semart2.Ada blog siap tema2 lagi.Bagus,sgt menarik utk ditatap.Tapi itu bukn keutamaan blog ak.Aku lebih utamakan isi.Bg ak,lagi simple lagi nice.Contoh nya mcm blog kawan ak,kori.Cool huh?Walaupun aku sedar kaler dlm blog aku dah macam keling,tp mals rasanya menukar identiti blog ni.Sentap.

4)Chatbox
Dulu aku guna shoutmix.Tapi tokey dia dah caj sekarang.So,aku guna chatbox pulak.Tapi bende yg sama ak still pelik.Chatbox aku sgt lah sunyi sepi.Dan terkadang jeles pula chatbox blog2 yg lain hangt dan bingit.Bukan sahaja dr membe /follower,tapi stalker2 yg dtg buat iklan.Pelik,mana dtg org buat iklan semua tu?Aku punya chatbox dah seminggu lebih pakai,tp sampai sekrg xyah scroll pon boleh tgk semua komen yg ada.Loser bukan?

*kpd yg drop by,plez komen something.Wajarnya agar aku tak kemurungan..harhar*

5)Lagu
Yang ni sori to say.Bagi aku lagu dalam blog agak annoying.Tabiat aku yg suka online sambil mendengar lagu dr lappy mengikut tema mingguan n buka blog sekali tab yg banyk membuat kan telinga terasa gila seketika.Bayangkan kalau 10 blog aku bukak masa yg sama(selalu 5-7 blog),maka haruslah aku gila dek telinga aku yg gila terlebih dahulu.Dan tambah lah kerja aku mencari satu persatu widget2 lagu berkaitn untuk pause kan lagu2 tersebut.Annoying.Benda ni tak menjadi maslah pun,cuma bila mana yg buka blog korg tu adalah ak yg rajin stalk ni,maka masalah itu timbul dgn rakusnya.Ini kes terpencil.Abaikan aku yg gedik.

6)Stalker.
walaupon fan aku tak banyk,tapi stalker aku banyk juga aku fikir.Dan sekali lg banyak itu subjektif ikut tafsiran aku.Banyak aku tak sama banyk korang.Bila mana 'banyak' itu terbitkan kepuasan,maka banyk lah.Walaupun ada stalker2 dr oversea  mcm aussie,norway,UAE etc yg dtg melawat,ak tetap realistik.Mereka adalah golongan yg menggunakan google utk menaip 'stetoskop' dan ternampak blog aku sebelum di kliknya.Amat mustahil sekali merka dtg membaca oleh kerana entry aku xpenah dalam english.


Ok lah.Rasanya setakat itu dahulu buat waktu ni.Walau jam dah pukul 4 lebih pagi,aku bertekad habiskan jugak sebb ak tau esok ak ada seminar sampai 5 petang.Stress.Amat mustahil untuk aku update esok.Ok bye .Salam .

p/s:esok seminar,tido suku pertama,study biochem suku kedua.bijak bukn?
otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 11 January 2012

Wordless wednesday #7

Along this gila-gila week.

Photo one:He got A+ in the latest PT..no wonder la~




Photo two:Two guys enjoyed bullying a loser.




Photo 3:If not students involved d demo,we have banner to do so.








otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 7 January 2012

Ini post sudah siap lama tapi terdelete.Sori,tiada tajuk.

Assalamualaikum tuan-tuan.

Ini petang sungguh tipikal seperti kelibat ak hari2.Mantain cool dan sempoi itulah identiti.Tapi jgn disangka wajah suci mulus ini tenanglah jua hati yg bergelocak.Jika ia bersuara,maka caci maki menjadi kudapan telinga petang2 di kenanga.Oh,iman masih ada.Itu benteng kebal pembeza si bodoh dan yg masih berakal.

*aku tengah layan lagu klasik hollywood sekrg setelah tema last week lagu arabic*

Eceh,tipu saja.Aku sebenarnya minggu ni agak berbahagia.Masalah besar minggu lepas rupa2nya ada jalan keluar.Itulah berkat berhujung minggu di kampung halaman gamaknya.Ya,ak mmg kena tinggal flight tadi pagi.Tapi ak cool.Hidup mesti realistik.Tahu sesuaikan keadaan dan situasi semasa.Situasi semasa ak sekrang adalah student medic yg akan ambil final exam beberapa minggu lagi dan mendapat nasib malang pabila exam  TITAS jatuh pd hari penerbangan ak ke sabah.Maka,trip itu bukanlah satu keutamaan sekarg n haruslah aku burn saja tiket tersebut.Mungkin kalau aku ke sana,aku lagi berbahagia x 3...=,='...errr,berambus kau fikiran negatif!

Sambung balik,TITAS tdi agak susah sebenarnya.Tetiba saja tgh menjawab soalan no 23,ak sgt rindukan vastus bersaudara,carpi bersaudara dan Atropine bersama jiran tetangga beliau.Barangkali mood untuk belajar tamadun/sejarah tak sampai setelah hari2 disogok dgn segala anatomi,penyakit,dadah n etc.Untuk rekod,ak adalah calon tunggal sekolah dpt A* dalam subjek sejarah SPM dulu.Hebat kan?sila belanja aku breakfast esok.Hahahaha....cis,terasa diri seorang loser gelak seorang diri.Sambung TITAS,namun alhamdulillah,segalanya berjalan lancar,study last minit dgn teman2 sewaktu tunggu 2jam burger mathurat siap malam semalam berbaloi juga.(sebut pasl burger ni rasa mcm nk buat entry mcm chicking dulu...=,=')

*Aduh,dah kol 7 pm pulak.oke,sambung nti malam lepas ak setel SGS segala..*

sambung balik utk sesi malam .

Semenjak 3 minggu sudah aku di module 'baru' ni iatu MSK,aku msh tak temui sebarang perangsang yg agresif untuk ak belajar.Yang ada hny Plaza perangsang yg sudah buhsan utk ditatap.Entah xtahu,terasa jerih perih utk sem satu sudah dikerah sepenuhnya untuk GM.Bukan aku yg malas sebenarnya......ya,aku tipu,memang aku malas sekarang.Kemalasan plg nyata adalah bila mana ak masih berbondol-bondol di hadapn lappy mengupdate belog penuh ghairah sedang lumbar plexus lecture minggu sudah basi untuk disentuh.Aiishh,cepat lah sikit PT,kerajinan aku akan membuak secara rakus n auto sewaktu itu.

*perut berbunyi di malam hari...mathurat lagi?itu mustahil...*

Cerita sikit lah pasal kat rumah sabtu lepas.Oh,sentap?Teruskan sentap anda n baca saja kisah aku dgn family.Sabtu pagi lepas ak blk naik plusliner pukul 9 dr seksyen 17 ke medan Gopeng.Bila mana bergerak pagi,maka menunggu rapid ke sana adalah satu azab sengsara.Nasib baik ada amar yg offer nak hantar aku ke sana.Yang pasti bukan aku yg pinta.Oh lupa.Trimas kepada empunya motor bg pinjam,Syakir Jamali.Aku selamat sampai ke ipoh jam 12.Malam tu pula ada makan2 kat rumah.Aku berbeque ayam dan daging dgn adik beradik yg lain.Maka sedara mara pun bergerombolan memenuhi ruang rumah setelah mengetahui aku lah chef malam tersebut.Alhamdulilah,prestasi aku masih berbisa.zzzz....ok,aku tipu lagi,aku just kuli tukang kipas sahaja.Malam tu setel dgn semua kenyang dgn limpah rezeki Ilahi.

Agak pelik sebenarnya,minggu ak blk hari tu,sedara mara yg lain pun buat makan2.Kata mak,nak kenal2 ahli baru dalam keluarga(akak ipar aku).Entah,malas ak nak tahu asbabnya yg hakiki.Dapat makn pun bagus juga,tak perlu aku masak cuti ni.Tapi aku sempat ke rumah pak cik n ayah ngah saja setelh rumah pak su buat malam ahad.Aku sudah berada USA tika itu berasmara dgn pharmacology.Yang penting dapat juga jumpa ahli keluarga yg besar.Keluarga haji hassan marbaui.Oh,aku jugak sempat jumpa sepupu yg ambik medik.Tapi dia under biasiswa MARA.Silibus ktorang memang lain.aku ingat seragam semua medical school kat malaysia ni.huhu~

Sambung balik pd jumaat 6/1/2012

*Cis,draft sesaja entry kali ni.*

Entah,pelik jugak.Aku sejak seminggu dua ni asyik tidur pastu makan,makan pastu tidur balik.Keji bukan sikap tu?Impian diet 2012 seakan2 terkubur walau seminggu pun belum tahun baru menjengah usia.Ahh,lupakan diet.Bulat pun kacak jugak,sebab aku tahu kacak itu subjektif.Biar aku menilainya mengikut skema aku sendiri.Sejak sehari dua ni jugak sahabat semedik aku banyak yg agak kepoh tentang dunia blog.Tetiba sahaja meletus.Aneh.Ramai yg mula berbicara tntg blog dan tetiba sahaja aku agak menyampah dgn perkembangan positif dunia blog ini.Golongan pemerhati pula semakin excited menjadi stalker tegar blog2 yg ada.Malah roomate aku (aku harap ko xjumpa blog aku...haha) sudah mula melewati blog2 rakan yg lain setelah sesekali aku menjeling kebelakang tika masing2 dihadapan lappy.Bahaya...ya,sungguh bahaya!Anehnya,excited yg ada melampaui batas-batas normal.Maka  cerita-cerita di blog menjadi bahan sembang peganti gossip2 seperti kebiasaan.Tidak hairanlah di dalam rengit ekspress sekalipun anda akan terdengar ulasan pakar tntg blog sehari dua lepas.Dan sekali lagi,aku sangat menyampah kuasa 2 tentang perkara nie.

*aku ekceli dah setel mendalah ni.tinggal nk publish je.tp tetibe lost.ni sume aku tulis blik ohh..=,="*
*eh,dah pukul 12.so,officially entry ni dah masuk hari yg ketiga..=,='*

Aku sejujurnya tiada masalh dengan perkara ni.Cuma sedikit bermasalh dgn orang2 terlibat.Bagi aku,dunia blog dan alam nyata adalh 2 perkara yg sgt signifikan n jauh bezanya.Dalam blog,aku boleh ekspresikan apa yg ak rasakan.Bila aku bg pendapat,bebas korang nk dengar atau tak.Bila aku tegur,terpulang pada korang nk ikut atau tak.Tapi tidak di alam  nyata.Aku mesti sesuaikan dengan orang di sekeliling. Aku mesti selami hati n perasaan mereka terlebih dahulu sebelum berbicara sesuatu.Kadang-kadang hipokrit itu perlu untuk mendatangkan natijah yg baik.Ya,dunia ini penuh kepura-puraan.Dan kepura-puraan itulah yg akan mwmbawa kebaikan setelah disusuli langkah2 islahiah yg sesuai untuk membetulkan sesuatu.Ianya xsemudah disangka.

*tadi entry ni agak panjang,tapi aku dah hilang mood sekrg untuk tulis buat kali kedua.idea pun dah hilang.*

Petang tadi result PT2 keluar.Memang aku dah agak,cuma imran xbuat announcement.Dia pun xdpat maklumat barangkali.Seperti entry2 aku yg lalu,untuk PT kali ni aku memang tak harapkan lebh.Lulus pun dah memadai.Aku sedar persediaan kali ni agak hancur.Tapi rezeki Allah tu sgt luas.Syukur alhamdulillah,result yg aku dpat mampu buat aku tersenyum keseorangan petang tadi.Kepada yg kurang bernasib baik (take note:bukan loser),haruslah korang jgn cepat mengalah.Kegagalan yg hakiki bila mana korang gagal hadapi suratan takdir Ilahi.Banyk lagi PT lepas ni yg akan menjengah tiba.Itulah lumrah kehidupan.Kadang-kadang di atas,kadang-kadang di bawah.Aku juga banyak kali merasainya.Apa-apa pun tahniah kepada semua,semua dah buat yg terbaik.Itu lebih penting.Usaha.

Result aku tercatat di situ~

Ok,sudah tiba masanya untuk aku berambus.Hajatnya nk layan dulu dua tiga movie buat santapan hujung minggu.

otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 4 January 2012

Wordless wednesday #6


Mr. Handsome got a new matrix card !




me:cool huh?

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 1 January 2012

Hepi new year~

salam..

All i want for New Year.

1)Be a better muslim
2) Reflection
3)Be a better malaysian
4)Be a better son n brother
5)Be a better friend
6)Be a better human beings.


oh God,help me,guide me,show me the light...

otak aku berfikir secara kritikal..