Monday 30 April 2012

BERSIH 3.0:analisis dr kaca mata RM380 aku.

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya xde la banyak masa nk update mendalah ni.Serius busy dgn assignment bertimbun BELL492 n HPD112 yg tak sentuh2 lg.Bajetnya aku nk setel semua pd minggu pertama cuti dgn harapan aku boleh bermadu kasih dgn MD House di malam minggu kedua.Tak jadi nmpknya plan ini.Sentap menyendiri.Ok,sebelum ak masuk topik,ak nak promosi sket.Ak galakkan korg arahkan cursor ke kanan belog ak neh,lalu dicarinya 'inspirasi'.Kat situ ada link2 blog menarik.Sumpah menarik!.Aku first week banyak spent kat blog ni.Ada utusan dakwah di situ dgn penyampaian sesuai dgn usia remaja kita....^^

*Moga bermanfaat,InsyAllah..

"Tudya noh,aku pulak dok jaga anwaq dr tepi...."

Semacam begitulah ak terdengar sekumpulan pak cik (dr permatang pauh barangkali) bersembang masa singgah kejap di R&R rawang blk dr perhimpunan BERSIH3.0.Biar aku mengaku kat sini.Ya,aku antara ratusan ribu demostran yg ada di Ibu kota tempoh hari.Memang aku tahu ada pihak yg akan tak senang,tapi ni hak ak semacam jugak ak tak penah nafikan hak org lain nk buat pe dyorg nak.Cerita2 mmg banyk aku boleh bagitau lg2 dekt Arif Sahimin yg sungguh excited sejak kelmarin.Tapi di ruangan ini xde lah aku nk cerita penglamn ak di sana.Lebih baik cerita pandangan aku tentang BERSIH itu sendiri.Ingat,ini versi aku.Rasa2 diri yg jenis tak bolh dgr pendpat org,dipersilakan masuk blog papagomo.Barangkali anda gumbira benar di situ.

*blog aku bukn blog politik.tapi pabila isu umum itu dipolitikkan,maka aura itu terasa mungkin

Sebelum aku masuk direct ke dalam isu BERSIH,aku nak buat comparison sket.Biar terbukak mata besau2.Sila baca ini dgn pndagan hati.Bila ia dicampur persepsi mahupun perasaan negatif,maka tiada guna baca perenggan ini.Skip terus ke next perenggan.Tak pun masuk Papagomo terus lah senang. 


BERSIH vs Program kerajaan
1)Baju beli vs baju free
2)Makanan beli vs makanan free
3)Masalah lokasi vs suka hati (kejadah ape DATC pun boleh)
-masa sukarelawan mahasiswa hari tu,bpe percent ckp psl kesukarelaan,bpe percent ckp psl polisi kerajaan BN?.sila jujur.
4)Sukarela nk join vs kena paksa/bawak bas makcik2 kampung.
5)bajet sendiri vs bajet kerajaan a.k.a cukai parent korang.
-tapi di buletin tv3 ckp kami ditaja.Selagi xde bukti,ak tak percaya
6)kena tibai polis vs dpt kerjasama polis
7)kene balon media mainstream vs dpt promosi free media
-sekarang hangat kt TV 'jelajah janji ditepati' DS Najib.Janji ape?janji politik=menifesto.Ini politik,bukan program kerajaan.Harap maklum.
7)dll..
so di sini nmpak jurang antara 2 pihak.Sangtlah tak adil korang compare program antara dua nih.

Bersih adalah isu Global.

Banyak sangat lemparan negatif/fitnah yg BERSIH dapat walaupun program tu belum lg mula.Masa BERSIH 2.0,isu komunis,molotov,parang bla3x (masih ingat ??) dimainkan.Tapi bila terbukti tiada masa demo,xde sape nk minta maaf dengan fitnah sedemikian.Media senyap.Kalau anda salah seorang yg percaya dgn media masa itu,sila muhasabah diri.Aku serius!.Balik pd BERSIH3.0,bila isu cliche tu mcam dah tak lut,media tak canang kali ni.Hanya nmpkkan kebodohan kalau tidak.Maka kali ni hipotesis peniaga rugi,keamanan terancam,pelancong lari lebih banyak dimainkan.Ini logik.Memang betul.Tapi macam mana itu berlaku,nanti aku jelaskan.

Aku sebelum tulis ni,ak ambik masa sehari lebih baca banyak2 sumber.Aku bukanlah pak turut degr je sume org cakap.Even dlm bas ak blk kata 4 org mati lah,ak tak terus percaya.Aku senyap je.Balik rumah,bukak internet,google sendiri.Takde pulak yg ckp pasl mati.Yang cedra parah ada.So,ak lbh suka gantung pd usaha aku,mcm ak pergi sendiri BERSIH ni.Nak harapkan media?Puihh..Malang sekali media malaysia khususnya melayu mmg loser.Aku ulang,LOSER nak mampus.Sebagai bekas wartawan GeBU,ak mmg terkilan.Berita semua berat sebelah.Kalau cerita provokasi,biar cerita provokasi sampai hbs.Bukan tapis2 siapa buat provokasi.Kalau nk shoot pic masuk paper,jgn select2.Yang buruk je masuk,yang aman tolak tepi.Tu ak tak ckp lg bab fitnah lg menipu.Allah tahu,saksi mcm aku pun tahu.

*masa kat R&R (malam) ada jugak org taruk paper cina kat bench.(awal gila kan,tak sampai sehari dh publish).Dia tunjuk semua.Baik dan buruk.Ini nama dia ketelusan.

Persepsi dan Tuduhan

Aku senarai beberapa persepsi umum terhadap BERSIH.Biar ak pangkah blk satu satu.

1)Demostrasi aman tak pernah aman.
-Ini fakta guna akal tommy (kucing aku).Nak buat modal tipu makcik kampung boleh.Aman itu subjektif.Tapi,ak tarafkan borderline aman kali ini selagi tiada rusuhan dan pentempuran.Kita tgk media kata BERSIH tak aman.Gagal seperti didakwa.Tapi kita tak melihat punca kegagalan aman itu.Contoh,seorang budak menangis,rumah bising dan tak aman.Fakta.Adakah kita terus menghukum budak tu menangis tanpa melihat mengapa dia menangis?.Kalau peserta BERSIH mmg mahu merusuh,mengapa perlu tunggu pukul 4 petg?Mengapa 4 petg?Kerana waktu itu Polis sudah mula mengganas.Tear Gas,water canon, etc.Peserta BERSIH hny bertindak reflek mempertahankan diri.POLIS yg mulakan dulu.Aku sendiri kena gas tu.Sumpah pedih mata+berdesing telinga+kulit muka mcm terhakis+sesak nafas+batuk2.Kami hny pertahankan diri.Even kitorg dah nk balik,polis msh menggans.Kejadah?

Ia bermula dengan penuh aman.Semuanya bermula dengan tear gas dr inchik Polis...

2)Berdosa menyampaikan suara di jalanan/berdemo
-Memang tiada permit dr polis dan DBKL.Tapi adakah semudah itu terus menghukum ia adalah haram?.Di mesir,pernahkah Hosni Mubarak memberi permit untuk berhimpun?.Tidakkan.Tapi mengapa Yusof Qardhawi boleh mengeluarkan fatwa wajib turun menentang?Kerana pd waktu itu ketirisan jelas berlaku.Sama di malaysia.SPR dah kantoi.Pengerusinya ada jawatan politik dlm UMNO.Adakah mahu terus berdiam?.Maka electoral reform suatu wajar.Kami menyampaikan suara kami.Berbincang?Sudah berkali ditipu.Hatta secara demo mereka masih berdiam,apatah hny berbincg.Bukankah mesej sudah sampai?

2)Berdosa jika dibawah Ambiga
-Ini ramai keliru.Kami sokong BERSIH bukan kerana Ambiga.Ada yg post apa Ambiga dah buat (Lina Joy,LGBT,etc).Memang tak dinafikan semua itu.Tapi BERSIH melantik ambiga bukan kerana dia sebagai individu tapi kerana kepakaran beliau dlm bidg hak asasi dan guaman.Sama jugak kalau najib yg beragama Islam menolak hukum hudud,adakah segala program2 dy lain semua tak boleh pakai?Aku sokong gagasan 1malaysia ape.Sekalipun bukn Ambiga pengerusinya,ada jaminan BERSIH ini dibolehkan?tidak..najib mulut bercabang.Tahukah di zaman rasulullah Hilf al-Fudul pernah diketuai seorang kafir quraisy.Mengapa Rasulullah tak menolak?

3)Pengaruh politik
-Ini memang ada kesilapan.Pertama,pihak kerajaan menolak walau turut dipelawa.BERSIH bukan agenda politik.Tapi bila disertai satu kumpulan politik sedgkan satu lg tidak,ia mmg nmpk politik.Bayangkan BN join sekali.Isu ini akan dipolitikkan tak rasa2?.BERSIH menentang ketirisan dlm Pilihanraya yg sudh terbukti.Maka,bila BN menolak,semcam nmpk mereka menyokong ketirisan itu ataupun mungkin mereka sekali terlibat secara langsung.Kedua,pihak pembangkang terlalu mendominasi BERSIH.Ini salah.BERSIH gabungan 84 NGO.Sepatutnya sama rata shj layanan parti poltik n NGO yg lain.Anwar shj berucap sudh cukup rasanya.Bg juga peluang NGO yg lain.Kesilapan inilah sedikit sebanyak menampakkn lg pengaruh politik dlm BERSIH.Boleh diperbaiki lain kali.

4)Tempat
-Biar aku ulang balik.Najib mulut bercabang.Mengapa?Masih ingat BERSIH 2.0?Bila setuju dibuat di stadium,banyk pula syaratnya.Menjaga kesucian sejarah Stadium Merdeka kata Pak Menteri.Tapi adakah dia buat2 lupa Justin Bibir,Marih carey yg seksi n etc pernah mengguna stadium yg sama utk benda laknat konsert hiburan?Sejarah tak tercemar kah itu?Bila BERSIH 3.0 mahu buat di datran Merdeka boleh pulak ditawarkan Stadium Merdeka kali ini.Apa masalhnya?Perhimpunan Hijau di Padang MPK4 yg lalu aman je.Tiada provokasi.Aku nmpak benda ni hny putar-belit-alam nk mainkan isu.Hatta BERSIH nk buat di rumah ambiga sekalipun diorang akan mendakwa anak kucing jiran nk tido tak senang.

5)Polis
-Polis memamg rakus.Tapi aku tak slahkan semata mata polis sbb mereka hny dpat arahan.Tapi apa lah salahnya mereka melayan demostran dgn lbh baik.Sedangkan perompak yg sudh ditangkap tak boleh dibelasah,apatah lagi demostran yg tiada apa senjata.Bukan side aku saja yg ckp benda ni.Side najib ckp benda yg sama.Nah baca link brader UMNO ni.
-Lagi sentap,aku ada jugak dpt tau ada SB(polis) yg menyamar utk mulakan provokasi.Aku berlepas tangan dgn dakwaan ni.Kalau betul,pegi mampus la polis.Kalau slah,sila nyatakn bukti dakwaan.Banyak jugak org dh tunjuk bukti2 di Fesbuk.Pengakuan S/U UMNO bandar tun razak plg menyentap.kejadah la.Tengok sini

Kami berusaha seaman yg mungkin dan mengikut kata Polis...

Tapi...

Ini yang dibalasnya...=(


6)Kena langgar Polis.
-Yang ini antara isu terhangat.Media dok canang 24 jam tak hbis2 benda ni.Ak xtau sgt,so ak bg link Ameno World .Dia ni antara blogger PR yg matang.Kalau salah,tetap salah.Kalau betul,memang betul.Cuma ada yg dia tak ulas yg buat ak pun terpikir 2-3 kali jugak.First,mcm mana kereta polis boleh masuk dgn laju dekt tgh2 org ramai.Second,tak dinyatakan sebb apehal demostran kat situ mengamuk.Ak yakin mesti ade cerita disebalik tu.Third,merepek ape polis yg bawak kereta pakai helmet?Dia mcm dah ready nk kena hempuk je.Ada SB start provok dulu ke pastu diikuti org ramai ?.Banyak tanda tanya.Nilai sendiri.
-Even ada ketegangan,itu bukan maksud BERSIH.Majoriti mahukan perhimpunan aman.Buktinya,ada juga demostran yg jaga polis keluar kereta dr terus dbelasah.

*ada video di youtube.Cari sendiri.

7)Media
-Macam aku dah tulis mula2 tadi.Media mmg loser.Maka tak hairanlah kebebasan media di malaysia di ranking 122 dr 179,dibawah timur leste (86) yg merdeka pd tahun 2002.Sadis sungguh Malaysia.Media tak habis2 cerita pasl sorg polis yg kena hentam oleh suspek yg diragui peserta BERSIH,tapi tak pulak cerita beratus-ratus demostran yg lain kena hempuk lg dibalon oleh polis penuh rakus.Kat youtube belambak video boleh tengok.Kami tak bawak apa2 semjata.Polis siap ada semua kelengkapan.Adil la please.

*Tapi ak dpt tau jugak ada wartawan yg kena balon polis .Tak semua media itu rakus.Senasib polis juga barangkali.Hanya mendapat arahan dr atasan.

Kan dah kantoi.Kalau tak menipu,itu bukan media malaysia.

Ramai gila orang.Ini baru satu lokasi.Bukan lokasi utama pulak tu.Tapi media ckp hny 2-3 ribu org...=,='

*Aku ada bnyk lagi video.Malas nk upload,lama gila nk tunggu hbs upload seketul2.

8)Engkau mahasiswa,pi belajaq dah la...
-Ini mulut memang aku dr dulu nk sekeh.Tak profesional sruh 24 jam study.Mahasiswa sisip pandangan dia berbeza.Selalunya pandangan dyorg berdasarkn apa yg diperhati bukn diwarisi dr parent.Daripada suruh mahasiswa tak join politik,mengapa tak suruh mahasiswa ubah stigma politik itu sendiri.Sampai bila kita mahu hanya mengikut arus.Sebelum sampai ke muara,apalah kiranya kita pasang benteng supaya tak sesat di tengah lautan?.Setahu aku,mahasiswa yg berpolitik adalah mereka yg punya kesedaran akan masa hadapan.Yang concern tentang negara.Menghalang buah fikiran mereka hny melepaskan satu butir pandangan yg mungkin ubah negara.

9)Peniaga rugi.
-Masa BERSIH 2.0,persatuan penjaja dakwa ratusan juta rugi di KL shj.Usaha kelentong itu nmpaknya memperbodohkan persatuan terbabit.Maka kali ini diorang senyap menyepi.Ak saksi sendiri.Peniaga mmg untung.Aku sempat interview Aci keling jaga kedai kat stesen KL.Dia menolak dakwaan media.Mekdi habis walaupun belum malam menyinsing.Gerai makan mmg penuh.Hatta Nando's yg mahal pun boleh melimpah sampai ke luar.Kedai pakaian hari2 pun bukak.Petaling street ada juga peniaga ambil peluang jual kasut bagai.So,mana ruginya?Rugi pabila ada juga peniaga terpedaya dakyah di media.Banyak juga kedai tutup.Sangkaan mereka akan ada provok.Terlepas satu lubuk emas rupanya.

Ahahahaha.....1Malaysia kena tipu.

10)Pelancong asing
-Aku tak tipu.Pelancong asing 'enjoy' bersama kitorg.Memang ada yg nmpk tak selesa,tapi majoriti aku jumpa adlh dyorg yg sama-sama aku berlari dr teargas itu.Sama-sama share garam n air nk hilangkan pedih.Dyorang lah di barisan hadapan snap photo buat kenangan.Ada yg romatik,si lelaki (irish rasa aku) menjerit penuh girang pd si aweknya di atas bengunan apa yg dy alami.Ketawa kedengaran.Semacam sudah biasa.

********************************************************************************

Satu perkara yg paling buat aku terharu adalah semangat perpaduan mmg utuh.Melayu Cina India berlari sma2,tolong sama2,menyorok sma2.Semangat ini adalah praktikal yg terbukti.Sekadar teori 1Malaysia Najib tak mampu menafsirkan keutuhan perpaduan ini.Dyorang semua tak kenal satu sama lain,tapi bila berarak bersama,bersembang seolah2 sudah lama kenal.Aku kagum.Satu lagi perkara,Cina India paham fungsi masjid untuk berlindung.Memang nmpk dyorang trut sma dengan org Islam yg lain di sekitar Masjid Jamek.Semoga toleransi tak langsung ini buka hati mereka akan keindahan Islam.

Aku rasa setakat itu dulu.Penat aku cari idea tulis mendalah ni.Pengalamn aku yg berasak-asak berpuluh kilometer (bajet) mmg tak dpt dinilai.Biar letih,biar terbakar lemak,biar menitis air mata berharga aku,asalkan kenangan ini boleh aku simpan.Ini hanya sekecil perjuangan aku yg mungkin diperlihakan sebagai tindakan bodoh dan sia-sia oleh segelintir pihak.Sekurangnya kami berusaha.Aku bersama rakyat Malaysia yg lain mahukan perubahan !

Brader ini paling menarik perhatian aku.Gambar tak jelas sbb ni format video.

Sumpah isu ni dah basi.Peduli apa aku?.Aku nk buat kenangan bila aku jd menteri kelak.(berangan).Kalau aku rajin aku cerita lagi.Ini mmg dah mencabul polisi blog aku.Bajetnya aku mahu cover2 sket.Geram barangkali....Ok,Allah jua aku kembali dan berserah.Dia tahu segalanya.Wallahu'alam.Wassalam...=)

Sumber lain dr media antarabangsa yg telus
1)Wall Street Journal
2)Al-Jazeera
3)The Sydney Morning Herald
4)Hilal Asyraf (dia kat jordan,oversea lah jugak tu kan...=,=')




otak aku berfikir secara kritikal..

7 comments:

Arif Sahimin said...

terbaik la bro! sokong sume! haha =D

Q-Bear™ said...

Ak nk undi kamil jdi MPP.

kamilkamaruddin said...

Arif.pening kepale otak aku pikir mende ni.tobat tak buat dah.haha

Qbear,mne boleh.GeBU kan dh stuju nk lantik ammar MPP nti.hehe

Q-Bear™ said...

MPP 2 orang. =P

Arif Sahimin said...

aik! baru sekali dah give up..ape cite nih..haha

Arif Sahimin said...

aik! baru sekali dah give up..ape cite nih..haha

Asyraf said...

asal xde butang 'like' ?? huhu >.<