Sudah lama aku tak update.Lebih menconteng arang,aku terlepas WW yg lalu.Sumpah aku dah ada satu pic gila meroyan berbondol.Sekalipun aku gambarkan efeknya sebesar jasa aku pd uitm sbgai kiasan,aura dari gambar tersebut belum pasti merungkai kerakusan muslihat Loki sebagai ganti.
*Hiperbola mungkin terlebih dos kali ini.
Minggu lepas cerita sedih menusuk kalbu menerjah awan nano lubuk2 segala ronga bagai.Sadis gila.Aku target A untuk PT respiratory.Keyakinan melampau aku jauh meninggalkan sisa sisa punah harapan dalam PT yg sebelumnya (CVS n HnL aku dpt B).Memang terasa boleh skor!.Tapi sekalipun aku berusaha,takdir dan ketetapan itu milik Allah jua.Aku redha.Rupa-rupanya PT ni lah result plg teruk pernah aku dpt kat uitm ni.C untuk cakoi.Lembik dan tak bermaya.Sekali aku telannya dgn sos kaya,ke lubang typikal itu jua ia akan keluar.Terfikir jua aku sejenak,kalau aku yg pertama kali,bagaimana yg berkali2?.Sedih nya berlipat ganda.Positif adalah wajar kini. Polisi yg patut ada dalam menuntut ilmu bukan ?
*PT mcm biasa,Arif n Burg xpenah xdapat kurang dr A.
*GIT ni aku try cuba sehabis baik insyAllah.
*year2 punya pro exam dah kuar result.6 org dpt distinction. Alhamdulillah.
Seminggu dua masuk module baru (gastrointestinal n hepatobiliary) ni, ak mmg busy tak keruan.Hipotesis awal aku bakal kehilangan nikmat beradu kasih dgn House MD yg tertangguh sejak cuti midsem dulu nampaknya sudah menampakkan kesan positif.Lantaran,hipotesis kedua pula secara tak langsung trut terancam:one piece series.Sadis,sedikit kasihan.Ah,abaikan.Kalau diturut kehendak nafsu semata,ak sudah meronggeng menyesot2 dalam kamar menanti tamatnya 5tahun medik-takde-life nih.Kerja bertimbun berderet-deret beratur mohon aku mengusap ubun2 halus.Sudahlah stress dgn public speaking,ditambah pulak public speaking versi maleis setiap khamis.Seminar pulak,jatuh ke grup PBL aku pulak kali ni.Cari maklumat,video recording n segala bagai tu mmg melimitkan masa-itu-emas.Aku mencari sinar ketenangan disebalik.Yang pasti,sabar dan solat ada jawapnnya.Sedang menuju bersama ikhwah yg lain insyAllah.
*thanks burg sbb bagitau aku nama penuh module GIT.aku sumpah malas nk belek module guide.
*Kalau sekadar menyongek meroyan tanpa tindakan,itu bengap namanya.Aku berlindung dariNya dr sifat pemalas.Amin.
Undangan Forum Perdana.Memang penipu first dah dah dpt Prof segala.
Aku actually tak berapa ingat benda best berlaku along these 2 weeks.Ntah,lupa pulak nk masuk dlm diari.Eceh,aku xde diari.Nak taram ape dlam perenggan ni aku pun masih blurr.Cadang nak menghanjeng Azizi.Lately,dy suka hanjeng aku kaw kaw ckp aku tough segala bagai.Perut gedebeh,ko nak merepek ape jijie oii.Tapi ak masih waras.Ini ruangan si matang.Aku cuba sehabis matang wlau terkadang batas itu tiada fungsi bila mmg aku sengaja buat2 tak matang.So,xperlu sambung cerita Azizi.Eh lupa,tadi aku main bowling.Dapat sebelah budak under club amende ntah.Kecik lote,bakat besar gedabak.Segan takyah ckap la.Longkang je aku target.Dyorang pejam mata 2 lane segali gus boleh strike.Maka,cover abang-kacamata-cool sgt wajar waktu itu sambil tangn terhuyung hayang mengungkap 'yes' tatkala sesekali mendapt strike.Berkesan!
*Taufiq n Qbear,kalau korang join mesti lagi best kan?Lain kali pergi lagi ye.
*Azizi,aku minta maaf banyak2.Even ko xkan bukak blog aku,Rumate ko mmg ada potensi jd stalker tegar.Nahas!
Ok lah,setakat tu dulu.Aku mungkin lama tak update lepas ni.Motifnya aku nak tumpu kerja bertimbun n PT GIT lg 2 minggu..Kempunan A.Aku mmg dah ada 2-3 entry serius nk taruk.Tapi mood sedih n feeling bagai tak sampai akhir2 ni.So,mmg nampak meroyan malam kian terserlah dlm entry yg ni.Korang tak kesah,ada aku kesah?
Jumpa lagi,Wassalam
Kamil
1)sori kalau aku over.Lama tak over.Rindu barangkali
2)Doakan aku n teman2 yg lain ye.
No comments:
Post a Comment