Wednesday 5 September 2012

Selamat Hari Raya!Eh,ada lagi ea?

Assalamualaikum

Rumahku Syurgaku =)
Lama jugak aku tak update.Sudahlah cuti dihabiskan dgn aktiviti sia-sia.Keji sungguh.Paling kurang kalau aku dpt kongsikan sesuatu buat kalian ada baiknya bukan?Wahai kawan,mari bersama saya .

Aku sengaja testing skema bagai sekejap.Lama tak cuba.Kejadah la aku meroyan yang aku pun tak paham mendalah ape merepek.Nak buat entry baru mesti aku merepek kejap mula2.Entah,aku pun tak pasti ni trademark atau meroyan malam.Mana pemikitan kritis kalian?Ayuh bincangkan.

Kali ni nak cerita raya la pulak.Aku banyak jugak cerita lain sebenarnya.Tapi takpe,biar aku simpan draft dulu since aku pun semakin gemuk lately ni (sumpah xde kaitan).Oleh sebab ada anasir2 luar yg semakin tegar stalker aku siang malam menjelang tamatnya syawal,ada baiknya aku surutkan resah beliau.Plus,aku pun nak juga belagak raya versi aku kat korang semua.Apa barang orang sume upload photo siap edit instagram segala tapi aku still papa kedana ketinggalan zaman dok meneggek xbuat apa.Apa kes meh?Belagak sekali dua cool jugak ape.Wah,kali ini keji itu semakin membiak.

*banyak jugak ak nk voice out opinion pasal 2-3 perkara.Kritik,tegur,etc dalam blog je la aku mampu.Entry lain aku la taruk

Mari beraya!~

Raya pertama
Tipikal pagi raya.Bangun pepagi gi mandi.Makan kejap sementara kakak aku setel gosok baju bagai.8.15 baru ke masjid since solat sunat raya mula pukul 8.30.Normal la last minit.Balik masjid sambung makan pastu gi dapur masak ape patut.Spaghetti!

a happy family
Sesi bergambarr yg penuh lakonan dan aksi over di sekitar
 ruang tamu rumah,pagi raya.
 Setel saudara mara datang beraya rumah dan upacara maaf bermaafan.Pergi rumah sebelah pulak yg merangkap saudara mak aku.Keluarga Opah Wah.Last sekali baru pergi kampung seberang beraya rumah keluarga Opah Nyah,kakak opah aku.Balik rumah dah zohor.Lepas solat aku terus tidur akibat kecewa gila duit raya hari first dpat dua tiga posen.Sadis.

Lepas asar baru bergerak ke kuala kangsar.Beraya rumah sanak saudara belah abah pulak.Sampai rumah sudah malam.

On the way ke KK.
Raya kedua
Raya kedua tak pergi mana2 pun.Orang datang beraya rumah ramai.So,aku duduk rumah layan cerita kat tv.Kejadah betul cerita 'zizan n aaron beraya sampai pengsan.Habis hilang sifat sopan santun aku.Banyak jugak cerita lain yg dilayan.Aku pun dah lupa.Kalau berilmiah aku ingat la skit.Amboihh..

gambar hiasan.tiada motif
Raya ketiga
Pergi balik ke kuala kangsar.Kali ni rombongan dgn family belah emak dari ipoh.Pergi dekat 5-6 buah rumah jugak la.Orang bandar masuk kampung,jumpa sungai pun nak eksaited.Dah la cetek pastu busuk.Meroyan ape ntah nak eksaited jugak.Tapi best jalan2 ngan cousin.Beraya rumah orang pun bukan aku kenai sgt,yg tua-tua je la sembang.Kitorang buat sama ada dua.Kalau bukan melantak lauk,gi main kat luar.Ntah pape.

kemain eksaited masuk kampung.
Saudara mara !
Raya Keempat
Buat kali ketiganya,pergi lagi beraya ke ke Kuala Kangsar.Pergi awal pagi,balik dah tgh malam.Nasib baik ipoh ke KK agak dekat.Ditambah pula abang aku agak misteri dan aneh semakin rajin drive secara solo sepanjang tempoh tersebut.Maka,haruslah aku tika itu terasa agak cool lg enjoy segala.Kat sana,beraya rumah saudara jauh,keluarga Amir Harun.Aku pun xkenal spe.

Habis kat kuala,terus beraya keluarga tiri mak kat manjung,keluarga besar Al-Marbaui.Macam reunion tiri-tiri belaka la.Tapi aku melepak ngan cousin rapat aku je la.Tiri-tiri dan mendalah yg berkaitan kurang berminat akibat melantak lemang punya pasal.

Raya kelima
Khamis hari mmg full.Family aku mmg ade plan raya.Tapi terpaksa aku tak involve sebb ada hari penting waktu tu.Kawan aku masa sekolah yg pertama bergelar suami orang.Untung la belajar jordan.

Adat la member kawen,lepas jeles pastu tension senyap2,jumpa la pengantin kejap.Ucap tahniah dan doa2 ape patut.Barakallahu lakuma.Paling teruja sebenarnya reunion dgn member sekolah dulu.Peh,perut2 ke depan belaka.Aku agak paham situasi mereka.Usia menjelang 20an,mmg nafsu makan agak meliar melewati tahap homeostasis.Ehh?

Reunion batch47 @ walimah Iezwan Ilyas dan Widad ^^
Alang2 dah jumpa,beraya la terus rumah2 cikgu dan kawan2 sekitar ipoh.Best betul.Terkadang syahdu juga.Entah mengapa...

Ziarah dan beraya di rumah cikgu Hayati dan cikgu shidah
Dan last sekali,konvoi tdi berakhir dgn beraya di rumah aku sebagai pit stop terakhir.huhu..Alang2 dah tau jalan,nti datang kahwin akak aku ya?=D

Aksi aksi berahi di sekitar ruang tamu rumah menjelang maghrib.
Letih.Seharian drive dan beraya.Letih kegembiraan dan berbaloi kalau dalam ayat penulisan BM.Kaki mmg dah kejang,perut dah penuh,mata dah mengantuk.Tapi aku ada lg open house rumah Pak Cik malam tu.Layan je la mana patut.Tak habis lg majlis,aku cari port best,tido kejap.Zzzz...

Raya keenam 
Holy friday!Solat jumaat macam biasa.Mood raya pun semakin hilang.Petang tu teman mak shopping Mydin.Malam pulak Pak Su Zainal dtg beraya kat rumah.Anak dy comel gila.Dapat cubit 2-3 kali mmg mcm layan lolipop masa korang dajah 2 dulu.

Alisya =)

Lepas family balik,bergegas pulak ke open house rumah Pak Su Hofni.Terlepas baca Yasin Tahlil bagai.Anak dy nak amik UPSR.Sampai2 terus makan,pastu balik.

Raya ketujuh
Peh,sampai jugak raya ke tujuh.Aku sebenarnya dah mengantuk gila nak tulis.Pemalas nak mampus tapi peduli ape aku?Ok,raya ketujuh pergi ke utara.Alang2 nak hantar adik aku balik matrik dy kat Kedah,singgah la rumah kawan2 mak aku kat Alor setar n Penang.Dapat jugak mak aku passing kad kahwin akak aku.Lega katanya dah setel distribute.Sampai rumah pun dah malam.Aku tertido dalam kereta.Bajet nk teman akak aku yg jd driver bertugas.Pemalas lagi...=,='

Okey,cukup la tu seminggu punya cerita raya aku cover.Melalut lagi meraban sebenarnya aku baru nak menyentap kalian dgn entry raya,tp benda dah buat(aku draft kan sbb xde gambar),bazir nk buang pulak.Kejadah betul minggu ketiga bru nak post?!


Kamil
1)selamat hari raya.Maaf zahir batin
2)aku bermati matian nk siapkan n post minggu ni jugak.Sebabnya aku nk buat entry khas pasl USB sebelum blk sana.Ntah sempat ke tak...
3)Tahu misteri jejoget gangnam riang?

otak aku berfikir secara kritikal..

4 comments:

Arif Sahimin said...

halaman rumah ko luas! best main kejar2.. *takde kaitan*

aku suka gambar kat highway tu! cantik!! bukan guna kamera henfon ko kan?? *skali lg takde kaitan*

Nur Athirah said...

entry ni best! tak pasti genre asal ape tp ianya lawak! haha
bestnya tgk rumah besar! cantik plak tue. lg best kalau dpt main badminton ke, aci ligan[?]
make sure tulis psl USB plak

kamilkamaruddin said...

Arep,kne make sure luas nk main kejar2 ngan anak buah nti.hehe.
btw,gamba kat highway tu gune galaxy note abg ak kot.ak pun pula.yg pasti mustahil la nset aku yg cikai tu kan..haha..kejadah 2megapixel?kekeke

Athirah,mne ade besar la.bahagian depn je nampak besar.serius.huhu
pasal usb?insyallah esok kot post..huhu

Arif Sahimin said...

main kejar2 ngan anak buah ke anak sendiri?? oops! tettttt~ :p