Masa pantas berlalu! Pejam celik pejam celik kini kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan. Allahurabbuna! Jika kita melihat bulan Ramadan sebagai sebuah perlumbaan, maka hendaklah kita mengerahkan sepenuh tenaga dalam melakukan ibadah kerana sedang menuju ke garisan penamat. Pelbagai ganjaran dan nikmat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat nabi Muhammad S.A.W dalam bulan yang mulia ini. Dan yakinlah bahawa janji Allah itu benar!
Jom muhasabah diri semula. Adakah hari-hari yang telah berlalu berjaya dimanfaatkan sebaiknya ataupun sebaliknya. Selalu ingatkan diri andai kata ini Ramadan terakhir bagi kita agar tidak leka di arus dunia.
Teringat akan sebuah kata-kata nasihat, “detik lepas sudah berlalu, detik kini milik kita, detik hadapan belum pasti!” Oleh itu bersegeralah dalam membuat kebaikan sebagaimana firman Allah dalam sebahagian ayat yang bermaksud :
“maka berlumba-lumbalah dalam melakukan kebajikan” [Al-Maidah : 48]
Perbanyakkan amalan kita dengan harapan semuanya diterima oleh Allah. InsyaAllah.
Ingatan bersama!
Jangan menjadi “tiba-tiba” seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadan.
Tiba-tiba makan banyak.
Tiba-tiba mendedahkan aurat.
Tiba-tiba terlupa di mana al-Quran.
Tiba-tiba menjadi kedekut.
Tiba-tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadan dikerjakan seolah-olah wajib.
Tiba-tiba memulakan kembali semua agenda lagha.
Renungkan pesanan ulama’ muktabar masa kini, Sheikh Yusuf Qardhawi :
"Barangsiapa yang 'menyembah' Ramadan, maka sesungguhnya Ramadan itu akan mati; dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak mati. Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan! Jadilah hamba Tuhan, bukan hamba Ramadan!"
Akhir kata, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertaqwa sebagaimana firman Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang berTaqwa” [Al-Baqarah : 185]
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.” [Az-Zariyat : 55]
#perbanyakkan sedekah, membaca al-quran, mencari Lailatul Qadar, dan ibadah-ibadah lain. Masih sempat dan sementara diberi peluang. InsyaAllah!
#mujahadah itu payah namun ingatlah juga bahawa memasuki syurga itu bukan mudah! Semoga Allah sentiasa meredai kita semua.
Hamba Allah,
Persatuan mahasiswa Islam USM.
**********************************************************************
Kamil:
1)Penulis adalah sahabat aku di Izzuddin dahulu.Skrg dah jd PMI USM.Alhamdulillah.
2)Sengaja aku mintak tolong dy buatkan kali ni.Motifnya kerana ilmunya sgt bernilai untuk dikongsi bersama.=)
3)Aku penat argue dgn dy kat Facebook chat suruh letak je nama dia dalam entry ni.Tp tmasih tak dapat keizinan.
No comments:
Post a Comment