Saturday, 6 December 2014

Mimpi

Assalamualaikum

Kahkahkah

Aku mmg gila sket bila dah berminggu minggu dalam ortho ni. Semua segala otak biul aku ni dipaksa mencanak canak keluar idea. Stress sungguh.

Harapan je la nak skor A bagai ortho. Susah betul. Susah susah pun best. Tu yg aku tak serik serik tu lulz. Aku tak sure ak ni mmg senget bab ortho atau otak aku yg terkejut [banyak la kau terkejut] kena study pulun memulun balik lepas 5 bulan takyah struggle bukak buku. Yela masa Ruban dulu aku dok sibuk dgn visit, research n SPSS, pastu cuti sebulan pastu masuk PHPM sama gak 24jam ngadap SPSS siapkan data research. Ni baru terhegeh hegeh bukak buku balik. Macam siput

Cis aku tak cakap lagi kena bukak balik buku anatomy. Apply anatomy la kiranya. Kalau aku ada otak mcm Hamizul Afiq atau Judin Yaziz yg read once remember forever takpe gak. Haha sadis sungguh kisah aku.

Tengah2 aku stress terkial kial nak catch up balik anatomy n study ortho ni la satu2 benda nak hilang2. Note aku 2 kali hilang oke. Tu note ortho aku study sampai subuh tahu? [tipu je, sampai pukul 12 included rest tgk x factor kat youtube]. Mula2 hilang koleksi note fractures, dan hari ni hilang note sport medicine n infection in ortho. Bagus la sgt. Tips ortho aku kutip masa klinik Dr Faizal semua dlm tu .

Kah kah kah padan muka. Aku tak ckp lgi aku hilang buku PE ortho masa first week lagi. Noob

Dan skrg aku tgh busy nak pikir case write up yg xstart lagi n seminar presentation senin ni. Good good. Aku dah ready dah kena tibai lepas present nti dgn Dr Ferdhany.

Semalam jalan2 kuar, ada hamba Allah ni suka sgt psycho aku tgh posting ortho ni. Tau la enta tu hebat. Nak jadi pakar ortopedik dedikasi harapan ummah. Aku yg terkontang kanting ni xperlu nak ungkap balik ayat zaman hingusan aku dulu 

"Ortho ni nak score A"

Walawehhh, mimpi

Bye jumpa lagi. Alang alang dah baca ni, tolong tolong la doakan aku survive posting ni huhu

otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 16 November 2014

Ortho begin

Assalamualaikum

Lama xbuka laptop. Sudah tahun keempat laptop asus ni berkhidmat. Sekarang sudah uzur jdi aku pun jarang2 bukak. Malam ni aku saja bukak nak study konon, tapi aku end up dgn the voice marathon. Bila terasa insaf sikit, aku stop youtube n cadang nk bukak note ortopedik, tetiba ak teringat blog lama tak terusik. So alkisahnya malam ni bolh lupa la azam minggu lepas nak study ortho at least 4 jam setiap malam

Sekarang ak posting baru, orthopedik a.k.a perubatan tulang temulang. Aku xtahu kenapa aku dpt posting ni awal2. Emergency n orthopedik mmg cadangnya nk score habis. Jadi haruslah bagi rotation ni hujung2 sket, at least well prepared . Tapi dua2 ni la g plg awal dpt. Anway, sekrg baru habis first week n aku mmg lost. First week mmg aku baca  anatomy je, so kena pancung je la time bedside bnyk soaln tak dpt jawab.

Exam A&E hari tu okey la Alhamdulillah. Aku tak expect banyak. Cuma aku tahu, aku banyak kutip pengalaman dlm A&E. Setakat nk suture 10 patient semalam dri pukul 11pm smpi 3 am tu no problem. Nice experience. Hopefully i come back as a specialist. Its tough but i think it suite me. Haha its too early la nk pikir benda2 ni

Tadi aku singgah blog qbear, lama budak tu tak update. Ada entry baru luahan perasaan huhu. Its cute, really. But hopefully everthing is fine. Im keen to know brotha!

Lately yen rajin buat sesi hati ke hati. Amboi ko matt, nak ajak aku menjiwang2 jugak. Tapi tulah, housemate lain sume kuar dating, aku ngan yen yg  single ni, cerita taste masing n sambil2 korek crush siapa lol. Its good sometimes cause u hardly find someone to share the same thing what u r going thru. So aku cadang nk bukak kelab Single Medical Student Club.

Need to go. 

kamil
1)Im happy that u r happy now. Im happy u r doing fine (i mean better) without me. How i wish i was there. Well, its now my unfullfill dream huhu
2)Dear x, im looking forward to you. Please know.

otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 17 October 2014

Seminggu di ED

Salam

Aku xde masa pun nak menulis. tapi tgh bosan study so why not im turn to this kan? Ahaha. 

**Tadi dtg gile jap. Tgh study laptop terpadam. Dah la bnyk gile link website emergency aku tgh bukk. So aku pergi pau kopi syakir dulu nk hilangkan stress lulz

Nak ckp sikit je, skrg tgh posting emergency. Best Alhamdulillah. But unluckly it is just 4 weeks posting. Mana cukup wehhh. Posting ni la plg praktikal so far. Tadi aku dah buat CPR (unfortunately that uncle passed away) , wound irrigate kepala abg indon (nampak skull ok, siap korek2 lg nak kuarkan pasir), suture tgh akak MLT yg terkoyak. Posting ni la rasa aku ni as a part of the team. Amboi ko. Seminngu pun xsampai dah bajet team ED.

But well in Emergency, everthing is fast n cover so many discipline.

So bye, aku nak sambung study ABCD emergency ni. Jumpa note Uni of Toronto. Best baca weehh

otak aku berfikir secara kritikal..

Friday, 10 October 2014

MBBS220 : PHPM dah habis yahoo

Assalamualaikum

Malam cuti nak habis baru aku nak tulis something dlm blog. Malas betul bila nak campur aduk aktiviti cuti yg sungguh berilmiah ini dgn tulisan melagha di blog. Nampak motif aku? puii

Sebenarnya aku skrg busy layan drama korea malam2. Tu yg xda masa. Lepas habis tgk,stress. Lepas stress main asphalt 8 kat phone baru. Oh ya, aku dah beli phone baru yabedabedu. Lama jugak buat research cari phone terbaik. Kalah research elective gua.

Sedikit update di alam medik bla bla bla. Ak skrg tgh cuti raya haji seminggu. Sebelum cuti tu, aku dah habiskan posting yg mmm...mmm...best sgt. Iaitu PHPM atau bahasa mudah, public health. Amboi penat kemain. Penat masuk hospital buat ward round aku gagah sikit. Penat buat research n presentation ni mmg fufufufufufu perasaannya.  Disebabkan aku hot dan menjadi rebutan ramai, kena present 2 kali : research proposal n research result presentation. Alhamdulillah 2 kali present, 2kali aku kena pancung satu-satu dgn Prof/Dr. Syukur, nampak gaya aku semakin hebat dan tenang berdepan soalan2 sbgai persedian utk viva pro exam year5 2016.  Amboi kemain wawasan. Dan jumaat lepas, PHPM diakhiri dgn OSCE soalan guna SPSS. Aku dri zero bab SPSS ni, boleh pulak jawab yahoo. Ingat lg masa y1, asal masuk kelas SPSS, rasa mcm nak menyumpah2 menatang apa kuar kat komputer aku ni lulz. Tp malam exam tu, nak tercirit jugak cuak nya. Housemate ajk tgk Anabelle kat TGV rawang bukan main gagah aku menepis sbb nak study puii.

Raya haji mcm biasa je. Lemang n ketupat tak laku pulak musim ni. Ade kat rumah xde org makan sampai basi. Motifnya ak nak ckp raya biasa2 je. Tak meriah sgt. Tak best lah cerita raya. Zaman UPSR bleh la nak sembang raya.

Lepas ni aku posting best. Harap2 la best. Aku mmg dah target dah dalam Emergency ni. Malam2 nak stay kat ED sampai pukul 12. Pagi2 datang pukul 7, lepas subuh terus cau. Logbook first week dah setel punya. Target je la. Biasa la target xcapai kan haha. Tp apa2 pun, doakan aku dlm A&E ni ye. Ntah la, rasa semangat lebih nak perform posting ni. Dah la aku 5 bulan xpegi hospital. Dah berkarat history taking n PE aku. 

Cau dulu la. Tido awal esok balik sg buloh. Salam


otak aku berfikir secara kritikal..