Malam cuti nak habis baru aku nak tulis something dlm blog. Malas betul bila nak campur aduk aktiviti cuti yg sungguh berilmiah ini dgn tulisan melagha di blog. Nampak motif aku? puii
Sebenarnya aku skrg busy layan drama korea malam2. Tu yg xda masa. Lepas habis tgk,stress. Lepas stress main asphalt 8 kat phone baru. Oh ya, aku dah beli phone baru yabedabedu. Lama jugak buat research cari phone terbaik. Kalah research elective gua.
Sedikit update di alam medik bla bla bla. Ak skrg tgh cuti raya haji seminggu. Sebelum cuti tu, aku dah habiskan posting yg mmm...mmm...best sgt. Iaitu PHPM atau bahasa mudah, public health. Amboi penat kemain. Penat masuk hospital buat ward round aku gagah sikit. Penat buat research n presentation ni mmg fufufufufufu perasaannya. Disebabkan aku hot dan menjadi rebutan ramai, kena present 2 kali : research proposal n research result presentation. Alhamdulillah 2 kali present, 2kali aku kena pancung satu-satu dgn Prof/Dr. Syukur, nampak gaya aku semakin hebat dan tenang berdepan soalan2 sbgai persedian utk viva pro exam year5 2016. Amboi kemain wawasan. Dan jumaat lepas, PHPM diakhiri dgn OSCE soalan guna SPSS. Aku dri zero bab SPSS ni, boleh pulak jawab yahoo. Ingat lg masa y1, asal masuk kelas SPSS, rasa mcm nak menyumpah2 menatang apa kuar kat komputer aku ni lulz. Tp malam exam tu, nak tercirit jugak cuak nya. Housemate ajk tgk Anabelle kat TGV rawang bukan main gagah aku menepis sbb nak study puii.
Raya haji mcm biasa je. Lemang n ketupat tak laku pulak musim ni. Ade kat rumah xde org makan sampai basi. Motifnya ak nak ckp raya biasa2 je. Tak meriah sgt. Tak best lah cerita raya. Zaman UPSR bleh la nak sembang raya.
Lepas ni aku posting best. Harap2 la best. Aku mmg dah target dah dalam Emergency ni. Malam2 nak stay kat ED sampai pukul 12. Pagi2 datang pukul 7, lepas subuh terus cau. Logbook first week dah setel punya. Target je la. Biasa la target xcapai kan haha. Tp apa2 pun, doakan aku dlm A&E ni ye. Ntah la, rasa semangat lebih nak perform posting ni. Dah la aku 5 bulan xpegi hospital. Dah berkarat history taking n PE aku.
Cau dulu la. Tido awal esok balik sg buloh. Salam
No comments:
Post a Comment