Wednesday, 25 January 2012

Aku agak serius entry ni.

Assalamualaikum..

Sejujurnya aku sangat malas nak mengupadate blog sepanjang minggu ni.Sumpah stress.Sudah lah perancangan jadual study xmenjadi,yang dibaca pula xnak melekat pulak.Untuk hari ni,ak sepatutnya dah habiskan anatomy General module.Tapi semasa aku tengah bergomol2 dgn akudanstetoskop ni,ada lagi 4 tajuk embriology tak diusik.Maka,secara teknikalnya,jadual hari2 mendatang juga akan terkesan.Oh,loser.Baru sehari je...=,='

Memandangkan keadaan aku yg kurang stabil,entry kali ni yg sewajibnya panjang terpaksa aku pendekkkan.Sentap?.Ada aku kisah?.Isu kali ni memang panas,BTN.Kalau ikut kan memamg kena balon dgn aku.Tapi tak lah tergedik2 aku nak memebebel panjang dek masa yg suntuk.

Ok,jumaat lepas,habis je PT3,xsempat nk makan hape pon,terus kami diherdik menaiki bas menuju ke ulu sepri,kem BTN.Sadis.Perjalanan cerita kehidupan di kem,aku harap korang boleh bayangkan sendiri.Tipikal-tipikal saja.Ada best,ada tak best.Makanan n lokasi dy memang superb.Jurulatih pon cool.Apa yg aku lebih tertarik nk kongsi ialah tentang pengisiannya.Seperti dijangka,perkara perkauman n politik hangat dilanyak dan disuap kpd golongan mahasiswa.Walaupun cuba ditutup dgn pengenalan module baru,1 malaysia,ianya jelas gagal dibendung pabila pendokong2 program adalah dari golongan tegar najib dan rosmah.mah mah mah...

Aku tiada masalah dgn isu yg dibawa,iaitu mahu memajukan orang melayu.Tapi yg pelik,mereka spin pulak promote BN dan menghentam kaum lain terutama cina.(Flashback:aku tukang maki hamun racist.)Bagus lah nk majukan melayu kan.Tambah pula orang melayu sekrang mmg jauh terkebelakang.Tapi aku memang kritik cara mereka berdepan isu ni.Menyalahkan pihak lain tanpa melihat kesilapan diri.Kenapa pulak melayu miskin tapi cina pula disalahkan?Siapa yg malas?Siapa yg memilih kerja selama ni?Melayu banyak merempit,tak kan nak ajak apek join sekaki dulu baru melayu tu hebat martabatnya?Pemikiran kolot ni lah yg akan merosakkan bangsa.Loser.Apa yg aku nampak mereka sgt spektical dgn orang lain.Maka tak hairan lah fitnah-fitnah xmasuk akal keluar dari mulut mereka.Lucu.Tapi itulah identiti melayu kan?Fitnah 24 jam.

*yang xboleh bla,fitnah selangor kristiankan pelajar uitm.wakaka.!*


Ni la bilik kitorang dapat.Selasa la atas kapasiti 'kem'

Bendera group aku.Take note,aku yg lukis ok?

Lepas tu,apa kaitan majukan bangsa dengan sokong kerajaan?Kenapa mesti promote najib?Kenapa tak pulak promote perjuangan yg dibawa?Perjuangan tu tak semesti didokong satu pihak.Masing-masing ada ideologi n fahaman.Kenapa perlu sempitkan skop?Memang diakui,pihak sana banyk memperjuangkan bangsa,tapi ni zaman globalisasi.Bukan sekadar itu dinilai.Banyak lagi isu-isu nasional perlu diambil kira sama sebelum perjuang ini dibawa dalam wadah mereka.Rasuah,hudud,fitnah sape nak jawab?kalau nak bincang skop parti,bincang secara total,bukan sekadar martabat bangsa.Ini isu perjuangan bangsa,bukan perjuangan parti politik.

Lagi satu,aku masuk kelas PKPK (mcm LDK la) memang segala ceruk hipokrit ada dlm cell2 badan,aku kutip satu persatu.Memang bermadah saja aku depan faci.Dalam hati Tuhan saja yang tahu.Bukan aku tak mahukan nyatakan pendirian,tapi faci telah menetapkan satu 'tahap' yang mesti dipatuhi n tak boleh dibantah.Bila ada saja bantahan,ada saja jawapan2 pelik keluar menegakkan hujahnya.Memang aku malas nk  lawan.Ikut aje la.Sungguh close-minded dan kuno.Sepatutnya,kalau ikhlas perjuangkan perkara ni,mereka perlu open dan dgr pendapat org lain.Mungkin solusi yg lebih baik dapat dibncang bersama.Kalau tak,benda ni hny menjadi perbincangan seorang diri,tapi zahirnya dua pihak terlibat.Ini memnag loser.

Soal ceramah pulak memang bosan.Buktinya ramai yg tidur.Ceramah dari dekan je yg menyentap semangat aku.Yang lain,xde isu tapi bawak isu-isu merepek.Sapa la nak dengar.Cuma ceramah yg terakhir,semangt la jugak aku dengar.Bukan sebab aku rasa bagus,tapi setelah aku tersedar banyak muslihat licik yg dibawa dlm cermaah.Aku pulak enjoy meneliti muslihat2 tersebut.Terasa di alam puzzle.Kadang-kadang memang kesalahan ada dibuat,maka wajarlah ditentang.Tapi aku nampak benda ni dr skop lain.Mereka sgt bias.Bila diri sendiri buat salah,tiada mufti nk tegur,tiada media yg canang,tiada polis nak bertindak.Bila musuh yg buat,dari pagi sampai ke malam cerita kesalahan orang tu je merata-rata.Ini perjuangan.Sila ikhlas dgn perjuangan tanpa melihat siapa anda perjuangkan.

fail aku dapat:gagasan mulia cuma cara tak kena

Ok lah,nk tido.esok ada lagi biochem 15 chapter + hutang 4 chapter embriology hari ni.Aku harapkan doa dari korang semua.Maaf jika ada terkasar bahasa dan yang terasa.Ini hnay ekspresi spontan aku yg hina ni terhadap isu bangsa n negara...=)

otak aku berfikir secara kritikal..

7 comments:

Arif Sahimin said...

entry panas..haha

ko ke yg lukis bendera tu..bole caye ke ni..hehe

part makanan tu memang best! =p

kamilkamaruddin said...

mesti la aku yg lukis.tp kaler n oter2 sket dak pompuan la.

yes,makanan dy memg terbaik.tgh hutan kot.hoho~

Arif Sahimin said...

aku rindu fasi aku yg "kelakar" tu la..hehe

Q-Bear™ said...

aku terpkse berhipokrit kaw2 time debat psl UiTM ..... mmg kjam gak la ayat2 ak membidas puak2 pembngkang. =(

kamilkamaruddin said...

haha...ada bakat berdebat rupanya qbear ni.maklum la,dak kisas...=D

kamilkamaruddin said...

arif,yang kelakar atau dikelakarkan oleh korg??haha

Arif Sahimin said...

qbear memang comel!! *tetibe*

dr.kamil: mana2 pun boleh..hahaha =D