Sunday, 25 November 2012

Hecticism

Assalamualaikum

Hai tuan tuan alam maya seantero sembarowo sekalian.Lama juga aku tak beraksi di belog ini.Meskipun begitu aku sebenarnya agak aktif dan rakus sekali di 'mukabuku' dan 'pencicip'.Hmmm..aku harap disebalik motif kehilangan misteri itu,akan terbit bibit resah dalam kalangan pembaca.[Apekah? =.=']

Ohh.Kali ini aku enggan utk guna ayat 'bersawang' mahupun 'berhabuk' kerana itu sudah sangat2 tipikal dlm kalangan blogger.Lantaran itu,aku lebih tegar guna perkataan 'terabandonisasi' kerana itulah sebenarnya yg berlaku.Sudah lah,aku malas ulas lanjut walaupun Azizi dan Ashbir nampak akrab sekali akhir akhir ni.[?]

Hecticism.Aku tak pasti apekah wujud perkataan ini.Tapi aku tahu itulah tema kehidupan aku bulan november.Abaikan unsur2 komsas yg lain seperti penggunaan kata 'marcapada' atau gaya bahasa 'simile' mahupun 'inversi'.Fokus aku hanya tema.Hecticism.

Aku sebenarnya teragak agak juga untuk tulis entry kali ini.Kerana bila sekali lihat,macam ada unsur sifat buruk merungut-rungut.Memang aku merungut pun.Tapi aku harap selepas merungut ada sesuatu yg lain datang.Kelegaan.Juga lebih dari itu,kisah kisah macam ini lah aku yakin yg mampu buat aku mengoyak senyuman bila dah beranak bini kelak.[oh,agak tersusun ayat perenggan ni.Komsas mungkin?]

Letih.Pening.Gila.Sewel.Sentap

Macam-macam berlaku di november.Semua nak datang serentak menyentap daya pemikiran tajam aku.Bermula dengan setelkan pendaftaran NiteRun UKM yg takde sambutan,dilantik tetibe jdi AJK Sukan Antara Fakulti,uruskan Medik@olimpik yg sepatutnya takde kaitan dgn portfolio aku sampailah kerja2 leceh  handle tempahan baju dri AMSC anjuran Medik UKM.Ape kes semua nak datang sekali gus?Time minggu PT pulak nak serang.Bagus.Serang lagi.Serang lagi.[ahh,meroyan sudah.edit...edit...]

Bersama senior yg best dan Dr Norizal

Pakatan UiTM-UM.
*aku rasa kalau wakil UiTM,mmg aku last kot.Lari ngan Arep n Abg Ulil.hhuhu

Give up dgn aku masa itu mmg dah sebelah menyebelah.Bila bila je boleh ketuk,minta izin masuk.Nak nangis mmg kejadah betul sikap tersebut.Tak layak bg jejaka kacak utk beraksi sedemikian.Slow slow cari kekuatan dan Alhamdulillah selesai jugak semua.Walaupun tak sempurna mana,tapi tak seburuk mana.

Oh,lupa.Malam sebelum PT aku ngan kawan2 sempat pergi forum kat UiTM selayang.Ada Sham Kamikaze dan Hilal Asyraf.Kemain eksaited nak bergambar elok2.Tapi tak sempat sbb dyorg nak rushing.Even busy n study utk PT pun tak habis lagi,tp pergi sana luang masa utk ilmu mmg berharga nilainya.Alhamdulillah.Perkongsian yg menarik dr keduanya =)

Jadi la...=,='
Oleh sebab aku agak merana dan sengsara minggu ni,cadangnya aku nak balas dendam dgn ikut ammar rahman tengok Tewailaik dekat OU semalam.Tapi badan rasa semacam nak demam hasil manifetasi keletihan yg ditahap kritikal.Jadi aku ikut Arif,Qbear n murabbi Fudhail makan kentaki di RFC sbgai ganti.Esok,aku ada tugas lagi sebenrnya utk medik@olimpik,tp aku nak skip mana boleh nak berfoya di The Curve.Singgah Ikea makan meatball pun menarik.Hoho.Kemain eksaited memalam.

Aku rasa cukuplah dulu.Hari semakin lewat dan aku masih ada hasrat utk melayan one piece sebelum tidur.Agak wajar aku berundur sekarang.Salam.Mohon mencadang!

Kamil
1)PT hari tu mcm ada harapan.Harapan untuk lulus je la..=,='
2)Aku dah immune dgn sikap burg yg akan tension bila habis PT.Bila kuar result,muka dy yg dapat A+.Rasa nak lempang
3)Azri tadi kantoi tengah update belog beliau.Malu malu pula.
4)I just need someone n hopefully you r that one.Please.This time please...
5)Ada salah faham kelmarin n i really wanna forget bout it.But until now,still mcm ada weird between us.
6)From my deepest heart,i just wanna say sorry for whatever happened before.Its my fault.Believe me =)
7)Trying my best to be a better guy.A better muslim.InsyAllah




otak aku berfikir secara kritikal..

3 comments:

Pina :) said...

Oh, Hilal Asyraf tidak setinggi yang aku bayangkan.

Nur Athirah said...

Macam ter-spot Wan Muhammad Faizuddin dlm gmbr kt atas [?] Betul ke?

kamilkamaruddin said...

dy dah gemuk la pina...hehe

haah.faiz kot.ak tau nama dy faiz je =)