Assalamualaikum
Mata tak mahu lelap.
Memang masih awal.12 setengah malam tipikalnya aku sedang bersyahdu penuh puitisnya lagu bersama buku2 perubatan.Anatomy dan pharmacology selalunya menjadi mangsa.Tak pun aku sedang berjimba jimba seperti melayan runningman [?] dan diary of wimpy kid [feveret].Pendek kata,sekarang mmg bukn waktu tidur.Itu shj point aku utk perenggan pertama.Sungguh tiada motif bukan?
Cemburu.
Malam ini Taufiq agak aneh.Sudah seberapa purnama beliau stay up hingga ke pagi buta setia bersama buku.Lain pula hari ini,siap berdengkur asyik gemalai di katil sebelahan,seakan akan memberi isyarat 'hahaha,loser!syok gila tidoq habaq hangg'...
Hmmm,barangkali dibuai mimpi indah.Masakan tidak,mimpi tentang aku mungkin?[wahaha..keji gila perasan].Ah,abaikan beliau.Cemburu,nak tidur!
Gossip hangit.
Hari ini agak kencang.Sekencang sisipan air air gemersik curahan Niagara waterfall.Benar kata orang,mulut manusia tiada siapa mampu halang.Nak juga halang,bagi lempang.[kidding].Semenjak 2bulan lalu,mmg aku dah perasan,tapi diabaikan sahaja.Aku mmg mals layan kerana aku ada matlamat dan aspirasi wawasan yg lebih jelas utk diutamakn[haha,bajet].Tapi tadi terkantoi dan nampaknya sudah semakin parah.Barangkali sudah menjadi buah mulut dijaja merata rata.Eh,motif kau sembang pasal aku?Kelasss kau kamilllll!. :p
Hentikan.
Ya,jelas sungguh motif dan harapan aku.Sila hentikan.Jika ada yg merasa dpt merungkai misteri yg aku simpan itu,suka ak ingatkan,mmg salah andaian kalian.Sangat mustahil.Ada sebb mengapa ianya mustahil.Terima kasih kepada yg ambil berat,yg tolong nasihat,yg tolong bagi tips etc,memang aku hargai selamanya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Hujurat ayat 6
Sebar berita palsu:Jika bukn dari golongan fasik sekalipun,menuju kepada kefasikan sebenarnya.
Kamil
1)Maaf kepada yg terasa.
2)Aku pun mohon maaf kepada semua.Sikap aku juga yg suka berlebih lebih dan bajet hot stuff.
3)Dan banyak kali aku terfikir,tak perlu pun semua ni.Hanya sesuai utk golongan yg sunyi.Selagi aku ada korang... =)
4)Ukhwah fillah <3
3)Seriusly tengah pulun CNS ni.Allahuma yassir wala tu'assir.
No comments:
Post a Comment