Sunday, 26 May 2013

Iklan segera.Kecemasan!

Assalamualaikum

Ini entry penuh rakusnya kesegeraan nya.Ammar berjaya bongkarkan belog hampas gas aku kpd kpd Dr Norizal. omaigodddd

Ok,sekarang musin premed.Hatta ak tulis ni pun curi2 masa time bertugas daftar bebudak Premed.Ada baiknya aku jatuhkan sedikit entry PRU,kita up-kan lagi entry Fakulti Perubatan UiTM

Dan malam ni si Syakir Jamali mahu mebuat onar.Katanya mahu mempromosikan belog ni kpd bebudak Premed masa program pengenalan.Traffic laju lagi minggu ni.



Kamil
1)sumpah segan. -.-'
2)Untuk bakal pelajar MBBS220 UiTM,nantikan entry Fakulti Perubatan UiTM Part II.
otak aku berfikir secara kritikal..

Sunday, 19 May 2013

Analisis PRU13 Part II:Selepas 5 Mei (maaf,ini diari sebenarnya)

Assalamualaikum .

PR tewas tapi maju

SPR sudah umum keputusan semalam.Penat tunggu dr pukul 8malam.Pertama kali dalam sejarah,keputusan PRU13 seakan akan disorok kepada rakyat.Sehingga jam 12,hanya Sarawak tak habis habis diulasnya.

Kecewa ku pada SPR

Sebelum tidur,akhirnya aku sempat tahu keputusan jua,dgn pengumuman BN berjaya ambil minimum 112 kerusi parlimen,jelas aku faham.Fahami yg PR tewas lagi kali ini.Malah,ada ura ura PR tumbang di Perak dan Kedah.Peluang terbaik sejak 12 pilihanraya lalu sudah terlepas.Dan keputusan PAS dan PKR masih misteri.Hanya DAP diberitahu..Ahh,masuk tidur dulu

Sekali lagi kecewa ku pada SPR

Sedih hati,pujuk pd Ilahi .

Sedih sesedihnya.Itulah gambaran sebenar.Aku terus ambil posisi di ruang tamu utk tidur.Mata tak mampu lelap.TV masih terpasang terdengarkan celebration dan ucapan Najib Razak disambut sorakan.Nexus dibuka tutup berkali hanya mahu pastikan itulah hakikatnya.Sedih disorok.Sorok.Sorok lagi.Sorok hingga tertidur.

Bangun pagi hari ini seusai solat subuh ku capai segera nexus dgn harapan.Ku jejak malaysiakini utk ketahui update terbaru.Sedih lagi,benar benar sedih.BN secara rasminya mendapat 133 kerusi berbanding PR hanya 89.Nampaknya,aku perlukan mekanisme berkesan lupakan duka seketika.Tidur di katil mak.Bangun sudah pukul 10.30.

Berkali kali aku cuba pujuk hati.Banyak cara,tak mampu juga.Sesekali buka facebook dan twitter.Banyak sekali rakan2 post apa sebenarnya yg berlaku.Ketirisan dan ketidak adilan telah menjadi maharaja rupanya.Banyak,sungguh banyak bukti buktinya.Pedih untuk diulas,sakit utk diingat.Ku serah pd Mu Ya Allah.Sngguh ku tak redha setiap dari itu.

Namun,tiba tiba seorang rakan post video Tuan Guru hadi Awang.Ibrahnya jelas,perjuangan kita belum selesai,Allah sedang menguji.Scroll lagi,terjumpa pula raut wajah Tuan Guru Nik Aziz,sayup suci wajahnya yg berpuluh tahun tak kenal erti penat lelah apatah lagi berputus asa.Scroll lagi,terjumpa qoute kata Tuan Gurun Dr Haron Din yg menginsafkan.Jahilnya aku.Air mata hampir gugur.

Pesan Tuan Guru Hj Abdul Hadi

"Walau perjuangan kita di pihak yg benar,tapi jika dalam perjuangan kita tidak ikhlas,tidak taat,tak ada adab,tak sabar dan penuh gopoh gapah,ada sifat gelojoh nak menang,hanya tahu usaha tapi tak pernah nak tawakkal utk serah pada Allah,maka Allah tangguhkan lagi kemenangan kita..."


Pesan Tuan Guru Dr Haron Din

"Kalau Allah bagi kita menang,Dia boleh memberinya dgn sekelip mata.Tapi saja Allah tangguhkan nak uji istiqamah kita,kesabaran kita..."




Analisa pedih berbisa

Yang lepas sudah lah yg lepas.Keputusan sudah ada.Itu realitinya.Aku enggan guna perkataan fakta.Ia sangat kotor dan jijik untuk setaraf fakta.

Malaysia
BN:133 kerusi parlimen / 60peratus kerusi /5.3 juta undi /48peratus undi
PR:89 kerusi parlimen / 40peratus kerusi /5.6 juta undi/52peratus undi

BN:60% kerusi dgn hanya 48% undi
PR:40% kerusi dgn 52% undi

What the heck?

Semenanjung
BN:84 kerusi parlimen (4,358,890 undi)
PR:81 kerusi parlimen (5,023,880 undi)

Malaysia Timur
BN:50 kerusi parlimen (942,149 undi)
PR:7 kerusi parlimen (567,808 undi)

Dari keputusan atas,secara jelas kita dapat lihat keberkesanan konspirasi berkurun BN iaitu pemetaan/persempadan semula.Taburan pengundi yg tidak sama rata menyebabkan jumlah undi tak menafsirkan nilai sebenar kerusi.Sebagai contoh,kerusi Seputeh dimenangi Teresa Kok dgn majoriti 51 ribu undi,sedangkan ada sesetengah kawasan/kerusi (eg:Putrajaya) hanya mempunyai jumlah KESELURUHAN pengundi adalah 3 per 5 dr jumlah MAJORITI di Seputeh.Tetapi di peringkat Parlimen,2-2 memberi nilai kerusi yg sama iaitu satu kerusi.Seputeh dimenagi DAP,Putrajaya dimenangi BN.Itu permainannya.

Sama di peringkat DUN.Walaupun PR berjaya menambah baik bilangan kerusi iaitu penambahan 71 kerusi,PRU13 menyaksikan PR hanya berjaya menwan 3 negeri berbanding 5 negeri pd PRU12.

Kerajaan sekarang tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.


Satu perkara yg dapat dilihat ialah kebangkitan drastik yg ditunjukkan pengundi2 di sebelah timur malaysia (Johor,Sabah n Sarawak) terutama di Bandar utama.Walaupun ianya tak menghasilkan keputusan yg disasar PR (10 kerusi setiap satu negeri),penambahan kerusi sgt membanggakan hasil kempen aggresif PR terutamanya melalui Jelajah Merdeka Rakyat dr PKR dan Ubah dr DAP.Kerusi kerusi tersebut adalah seperti Batu Pahat,Kluang,Kulai,Gelang Patah,Beaufort,Penampang,Miri,Sibu,Sarikei,Stampin dan beberapa tempat lgi.Semua kerusi ini dipegang BN pd PRU12.Kerusi di Johor juga banyak hampir melakukan kejutan sperti di Labis,Muar,Tebrau dan Pasir Gudang.Sipi nak menang beb.Ceit!


Perak dan Terengganu hampir cipta kejutan.Perak plg sedih.Tempat aku,aku dah tak sanggup ngadap muka Zambry Abdul Kader terpampang besar tepi jalan utk lagi 5 tahun.Keji sungguh meracau psikologi aku dikala memandu.Dua kerusi sahaja kerusi yg membezakan.Di DUN Manjoi,BN menang dgn majoriti 100,tpi undi rosak dekat 700.Konspirasi nirrojim apekah?.Tapi apa yg melegakan,DUN tempat aku Hj Radzi berjaya tumpaskan Midah samseng.Aku malas nk cerita dy samseng tang mana.Nanti sumpah menyumpah kalian terhadap beliau.Cukuplah aku katakan dy pasang banner besar gedabak bersepah sepah dekat Pengakalan tu.Racau jiwa.Racau!Ohh lupa,di twitter,ade hashtag #TumbangMidah.Berkesan juga.wakakaka.

PAS cemerlang di Terengganu dan selangor tp merosot di Kedah dan Kelantan.Mekanisme baru perlu diteliti.Kehendak penduduk di kedah dan kelantan lain2.Perlu diutamakan juga.Di Melaka,pertama kali PAS berjaya meletakkan wakil nya yg pertama di dalam DUN.

DAP dan PKR cemerlang hampir di semua negeri.

Ini ringkasan keputusan PRU13 (Parlimen/DUN)

Perlis:BN 3,PR 0/BN 13,PR 2
Kedah:BN 10,PR 5/BN 21,PR 15
Penang:BN 3,PR 10/BN 10,PR 30
Perak:BN 12,PR 12/BN 31,PR 28
Kelantan:BN 5,PR 9/BN 12,PR 33
Terengganu:BN 4,PR 4/BN 17,PR 15
Pahang:BN 10,PR 4/BN 23,PR 13
Selangor:BN 5,PR 17/BN 12 ,PR 44
Wilayah Persekutuan:BN 4,PR 9/Tiada DUN
Negeri 9:BN 5,PR 3/BN 21,PR 14
Melaka:BN 4,PR 2/BN 21,PR 7
Johor:BN 21,PR 5/BN 35,PR 18
Sabah:BN 22,PR 3/BN 42,PR 12
Sarawak:BN 25,PR 6/Tiada DUN

Parlimen:BN 133,PR 89 (PR tambah 7 kerusi dr PRU12)
DUN:BN 275,PR 230 (PR tambah 71 kerusi dr PRU12)

Kejutan terkejut memang da bomb (kalah kesemuanya pd lawan masing2)

- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil)
- Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor - BN - Parlimen Gelang Patah)
- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
- Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
- Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
- Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
- Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor - Parlimen Sepang)
- Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas - Parlimen Pendang)
- Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas - Parlimen Arau)
- Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
- Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas - Parlimen Pulai)
- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas - Dun Jengka)
- Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas - Parlimen Putrajaya)
- Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Silam)
- Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Pasir Salak)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa - Bebas - Parlimen Pasir Mas)

Keputusan yg memuaskan hati penuh girang lalalalala (ops,i mean PADAN MUKA!)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden PERKASA - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
- Zulkifli Nordin 101% (Timbalan Presiden PERKASA - BN - Parlimen Shah Alam)
- Hamidah Osman samseng (Ketua Penerangan Wanita UMNO - BN - DUN Sungai Rapat)

Tsunami Cina Kata Najib.Ini otak kepala lutut.Senang sangat untuk dihujah.Tak perlu aku kata banyak.Cukup sekadar bagi bukti ini.Sila nilai guna mata hati dan adil.Kalau nak nilai guna kepala lutut,mmg akan bias mcm Jibby.



Bukan Tsunami Cina,ini Tsunami Malaysia.


Mengutip status seorang artis tentang isu hangat ini.Ada benarnya!
Mari menuju ke rumah Pak Ya
Tapi berjalan bukannya dekat
Bukan bukan tsunami cina
Tapi ini tsunami rakyat

Tulis status facebook kutip 40 like
Kalut masuk blog dek kembang jiwa
Rakyat tak suka memang rasa kelat
Tapi kejadah isu rasis kau kemuka?

Dengan kawan sopannya kental
dalam bilik gwiyomi nya kemain
Dapat mandat lagi sepenggal
Perangai tak ubah PRU14 orang lain.

Penutup
Cukuplah sekadar itu.Ini ulasan aku yg ntah pape dan merepek ikut logik akal aku.Bukan utk diperdebat,tp utk berbincang.Aku sedih kekalahan PR tapi aku sentiasa tahu perjuangan itu tak pernah terhenti dgn kekalahan.Kejayaan suatu hari nanti insyAllah.

Aku sebenarnya nak tulis lagi saperenggan nak ulas sedikit pasal penglibatan ISMA/BERJASA.Cukup aku kata yang aku tak setuju penglibatan politik ISMA.Dan sentimen anti PR (walaupun bukan anti PAS) sedikit sebanyak merencat matlamat PR yg disertai juga PAS.Nampak penentangan dalam diam di situ?Aku bagi link lah n korang jemput baca :) Baca sini yaw!

Kamil
1)Dah baca tak yah gedik2 share FB bagai.Aku tak bagi,haipppp!sy low profile orangnya,meowww
2)Ada perbezaan pandangan,aku minta maaf dan dipersilakan utk berbincang.Boleh jadi aku yg salah
3)Berkenaan dgn ISMA,munkin bercanggah dgn sahabat baik yg aku hormati sampai mati.Kalau kau baca,ini hanya pandangan aku yg lemah.Uhibbuka fillah bro! =)
4)Oh lupa,babak2 awal entry ni,ak update sehari selepas PRU13.huhu
4)Aku sumpah dah masuk zone bahaya nak Professional exam dah.Saja poyoh nk jugak enjoy bagai.Lepas ni aku akan sgt busy dgn buku.Entry ni pun dah simpan 2 minggu
5)Tadi baru habis program di Rumah Kasih Harmoni.Jumpa anak anak yatim sungguh menginsafkan.Terima kasih adik adik :')

Ini Amir.Dia suka saya dukung dan saya suka dukung dy weeee!



otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 4 May 2013

Analisis PRU13 Part I:Sebelum 5 Mei 2013

Assalamualaikum.

Eleok benarlah kali ini aku terus ke topik.Setipikalnya blog ak,ak akan bermukadimah panjang 3-4 perenggan dahulu dgn teknik sentap dan meroyan kosong.Kali ini kita ubah.Aku nak straight to the point memandangkan aku mula menaip tepat jam 1.26 pagi 4 Mei 2013.Ini Kalilah!

Sbenarnya,aku telah sengaja menyibukkan diri dlm arus eksaited awam PRU13 ini semenjak tahun lepas.Bila mana Najib umumkan PRU13 (lambat gila -.-') masa2 aku semakin hampir Pro exam,ak yakin aku abaikan saja perkembangan politik memberi laluan kepada study.Namun mustahil,aku tak pernah mampu utk beraksi seajaib begitu.Tanyalah budak rumah aku apa aku buat masa dyorg tgh study.Cepat2 ambik port paling laju wifi UiTM (tempat rashid) utk livestreaming ceramah ceramah politik.Kalau tidak pun,aku akan mengkaji kerusi kerusi panas Parlimen mahupun Dun setiap negeri.Dari trend tahunan,taburan penduduk sehinggalah bakal2 calon bertanding.Keji sungguh sikap tersebut.

Sebelum bermula biar aku tegaskan sesuatu.Oleh kerana aku Pro Pakatan Rakyat,barangkali ada bias di sesetengah perkara.Tp awas,aku bukan taksub dan taqlid buta semacam macai2 yg bersepah di alam maya facebook.

PRU12 pd 2008

  • Barisal Nasional : 140 kerusi dgn 4,082411 undi (50.27%)
  • Pakatan Rakyat : 82 kerusi dgn 3,796464 undi (46.75%)
Ulasan:
Perbezaan undi yg sangat sedikit iaitu kurang dari 5%.Tetapi bila dilihat dr sudut kerusi perbezaan sungguh ketara iaitu lebih dr 30%.Pelbagai faktor terutamanya jurang pengundi yg tidak sama dan juga hasil pemetaan semula pilihanraya setelah BN mendapat majoriti 2/3 pd PRU11 2004.(Tiada pemetaan semula PRU13 setelah BN gagal majoriti 2/3 PRU12).Sabah dan Sarawak yg menjadi defisist tetap BN sukar ditembus.

Harus diingat satu perkara lagi,PRU12 tidak wujud lagi Pakatan Rakyat.PR wujud selepas keputusan diumumkan.Bermakna kempen dan strategi pembangkang ketika itu tidak sepadu dan trsusun seperti PRU13.Pola kenaikan undi pembankang dr PRU11 berpunca dr anti establishment yg kuat bermain di kawasan bandar terutamnya Pulau Pinang.

Tsunami politik berlaku.5 negeri jatuh ke tangan PR (yes alhamdulillah) dan muncul adiwira2 giant killer seperti Nurul Izzah,Dr Jeyakumar dan sebaginya.

PRU13:Dimensi Baru politik Malaysia

Politik Baru begitu hebat dicanang dimedia akhir akhir ini.Ia pada awalnya banyak dipelopori wakil dr Pakatan Rakyat seperti Rafizi Ramli,Zairil Khir Johari dan pemimpin yg lain.Bila mana ianya semakin mendapat tempat pengundi,ia dipopularkan oleh BN dlm akhbar2 dan media elektronik.Politik baru adalah politik yg berasaskan fakta bukan menakutkan dgn sentimen perkauman dan keagamaan yg begitu kuat dimainkan PRU yg sebelumnya.Meskipun ianya masih dapat dilihat dlm PRU13 ini,politik lama ini lebih terkehadapan negatif dilihat kawasan luar bandar dan golongan warga emas yg kurang terdedah kepada maklumat yg sahih.

Bercakap tentang keadilan PRU,aku sumpah malas nk bincang.Gila banyak dan aku pun dah mengatuk tahap dewa.Cukuplah anda teliti apa sahaja yg diperjuangkan BERSIH (aku bekas peserta 2kali.HAHA) dalam beberapa siri sejak 2007 lagi.
  • Dakwat  kekal tak kekal.Walaupun TV3 cakap PR dah kantoi nak sabotaj,kita ada internet buktikan sebaliknya.Malah ada pegawai TUDM yg buat laporan Polis
  • Kemasukan mendadak warga asing.Negara kita bukan milik banglasia.
Pakatan Rakayat bersaing sengit.
Jika melihat pd kajian University of Malaya Centre of Democration n Election (UMCEDEL) terdapat perubahan pola peneriamaan rakyat Malaysia terhadap PR.Berikut adalah kronolgi secara ringkasnya
  1. laporan pd 19 Januari 2012 : 43% memihak BN,18% memihak PR dan 39% tak pasti
  2. Laporan Mac 2012 : 61% memilih Najib sebagai PM
  3. Laporan pd 23 Januari 2013 : 43% Najib,42% Anwar sebagai PM
  4. laporan pd 25 April 2013 : 43% Anwar,39% Najib sebagai PM
  5. Laporan pd 3 Mei 2013 : 42% kerusi dimemangi PR,41% kerusi dimenangi BN,17% terlalu sengit
Melihat terhadap peningkatan sokongan sedikit meyakinkan peluang ke Putrajaya.Ayuh kita halusi peluang PR mengikut negeri.Untuk membentuk kerajaan,PR perlu sekurang kurangnya merampas 30 kerusi lebih dr PRU12 untuk mencapai jumpa semuanya 112 kerusi parlimen.Kali ini kempen lebih tersusun berbeza dahulu yg sendiri2 menghikut parti.Tengok shj ceramah DAP yg disertai PAS di gelang patah.Ceramah PKR yg disertai DAP di gopeng.Dengan gerak kerja yg agresif matlamat ini sebegitu hampir.

PERLIS
Pada 2004,perlis tak mendatangkan keputusan yg membanggakan kpd komponen pembangkang.Kesemua 3kerusi parlimen disapu bersih BN.Di peringkat DUN pula,PAS hny mendapat satu kerusi shj iaitu di Sanglang.Peluang paling hampir dtg di parlimen arau apabila Dato' Haron Din tewas dgn majoriti tipis di tangan calon BN yg kurang terkenal.Melihat dr perspektif PRU13,peluang PR sebenarnya di perlis masih tidak sebesar di negeri utara lain.Lawan Dato' Haron Din kali ni underweight BN perlis iaitu Dato' Shahidan Kassim.Malau DUN sanglang di bawah parlimen arau pula ditandingi Ust Fathul Bari yg mungkin akan menggugat PR perlis.Bagi aku,Hanya P.03 Arau shj plg menunujukkan peluang.Padang Besar dan Kangar agak sukar ditembusi.

KEDAH
Kedah antara 5 negeri yg diatawan PR selepas PRU12.Namun melihat prestasi,Kedah dilihat paling terkebelakang dlm negeri2 PR.Masalah dalaman sedikit sebanyak diambil peluang kerajaan BN utk menghentam Kedah di arus perdana.Pada PRU12,PR berjaya mendapat 11 dari 15 kerusi parlimen dan 21 dr 36 kerusi DUN.Mengikut pecahan komponen,PR majoriti dimenangi PAS.Berbalik pd PRU13,PR Kedah di tahap sukar.Kehadiran mukriz mahathir (x-MP Jerlun) di peringkat DUN yg disebut sebut bakal MB dr BN sedikit sebanyak menggugat.Warga muda lebih cenderung di bawah kepimpinan golongan profesional seperti beliau.Malah kerusi DUN Ust Azizan bekas MB banyak diserang pihak lawan.Malah dgn kempen berterusan dr Mahathir sendiri begitu mengerikan.Namun,peluang terbesar dilihat dr parlimen Alor Setar yg mana PKR tewas dgn majoriti tipis kpd BN.Kalau bukan kerana ISMA/Berjasa yg sibuk bertanding juga,parlimen Alor Setar sgt besar peluangnya.Lain lain kawasan dilihat masih lagi di mood PRU12.Bagi aku keseluruhannya parlimen dan DUN di kedah tak banyak berubah.Parlimen Langkawi dan kubang Pasu masih di tangan BN.Parlimen Jerlun dan Dun di bawahnya bakal ada pertembungan sengit.

PERAK
Inilah negeri yg paling excited utk diulas.Haha.Negeri aku yg banyak kisah tragis nya.Pada PRU12,PR berjaya membentuk kerajaan negeri.Namun Hasil rampasan kuasa rentetan ADUN PR ada yg menjadi bebas pro-BN,BN mengambil alih tampuk pemerintahan.Ketika itu mood rakyat ditahap tertinggi yg mahukan keadilan.Buktinya PRK bukit gantang di mana Nizar berjaya dgn majoriti lebih besar dr penyandangnya allahyarham Roslan Shaharum.Lama kelamaan mood ini menurun dan isu rampasan kuasa kurang perhatian di Perak.Kerisauan ini ternyata meleset menjelang PRU13 apabila Perak menunjukkan mood UBAH yg sgt tinggi terutama di kawasana bandar.Melihat prospek peluang PRU13,PR perak dilihat mampu menambah lagi 5 kerusi parlimen menjadikan jumlah parlimen PR adalah 16 dr 24 kerusi.5 kerusi tersebut adalah Lumut,Tg Malim, Larut,Kampar dan Kuala Kangsar yg mana semuanya menunjukkan tewas tipis kpd BN pd PRU12.Malah di kuala kangsar,tindakan naib ketua wanita UMNO Datuk Kamilia yg bertanding Bebas memberikan peluang kpd calon PAS,Drs Khalil Idham.Lain lain kawasan yg tetap ada peluang PR merampas kerusi adalah Padang Rengas,Pasir Salak,Bagan Datoh dan Tambun.Kerusi2 ni tak lain tak bukan mendatangkan peluang disebabkan calon BN yg bermasalah bertanding.Tetapi PR menghadapi cabaran besar utk pertahankan Sg Siput.Wakil MIC yg juga bekas MP Camerron Devamany mampun memberi saingan kpd Dr Jeyakumar.

PENANG
Seperti diketahui umum,Penang adalah defisit tetap PR.Bermula dgn sokongan kaum Cina yg cepat merebak pd PRU12,PR berjaya menumpaskan GERAKAN dgn majoriti mudah.Pada kali ini PR dijangka kekal unggul di kesemua Parlimen kecuali Bayan lepas.Di Bayan Lepas terdapat pecahan gerak kerja PKR selepas penyandang Yusmadi Yusof tidak tercalon.Yusmadi buat kejutan menang di parlimen walaupun DUN dibawahnya semua dimenangi BN.Kali tanpa Yusmadi,PR dijangka sukar kekalkan kerusi Bayan Lepas.Namun kejutan mungkin berlaku di Tasek Gelugor.PAS berpeluang merampas kerusi setelah ada pecahan undi BN (ada bertanding bebas).

SELANGOR
Selangor juga ada defisit tetap PR.Dengan prestasi yg membanggakan,PR tiada masalah unggul lagi pd kali ini walaupun diserang bertubi BN melalui program Sayangi Selangor Yakini BN.Malah kali ini,ak berpendapat PR mampu merampas beberpa kerusi seperti Pandan yg ditandingi calon harapan PKR,Rafizi Ramli.Rafizi mungkin bermasalah jika BN meletakkan penyandang Pandan,Ong Tee Keat.Ong adalah MP BN yg bersih dan sukar ditewaskan.Najib yg menyingkirkan Ong bakal mendapat habuaannya:Hilang kerusi Pandan.Selain itu,PR juga berpeluang merampas kerusi Sabak Bernam.Melihat keputusan PRU12 yg tewas tipis dan ditambah pula calon PKR kali ini yg mantap (Prof Aziz Bari),PR dijangka merampas kerusi ini.Lain kerusi yg berpotensi dirampas adalah Sepang walaupun calon BN adalah orang kuat UMNO selangor,Ir Mohd Zin.Namun atas sabotaj dalaman (ada yg bertanding bebas),PAS dilihat berpeluang kali ini walau tidak sebesar di Pandan n Sabak Bernam.Lain kerusi Sg besar n Tanjong Karang dilihat sukar ditembusi PR.

WILAYAH PERSEKUTUAN
Wilayah menampilkan kerusi2 tumpuan.DAP dilihat tiada masalah mengekalkan kerusi tradisinya di Cheras,Kepong,segambut,Bukit Bintang dan Seputeh.Saingan dilihat di Lembah Pantai dimana lahirkan calon giant killer PRU12 Nurul Izzah yg menewaskan Kak Jat.Kali ini lawannya adalah bekas menteri wilayah sendiri,Raja Nong Chik yg semestinya menggunakan segala kelebihan yg ada.Di Titiwangsa,PAS dijangka mengekalkan kerusinya walaupun tanpa penyandang,Allahyarhamah Dr Lo' Lo'.Begitu bg calon PKR yg lain di kerusi Bandar Tun Razak dan Batu.Kerusi tumpuan segala tumpuan sebenarnya terletak di Parlimen Putrajaya.Dato Husam Musa yg pd awalnya dilihat bakal bungkus di sana mempunyai peluang cerah hasil kempen agresif nya.Namun,lawannya bukan mudah,Ku Nan disukai masyarakat setempat dan sentimen civil servant yg patut sokong BN kuat dimainkan di putrajaya.Satu lg kerusi Setiawangsa,peluang dilihat 50-50 (BN penyandang) setelah di pihak BN ad tentangan dr MCA setelah kerusi itu diserah kepada UMNO.

N9 n MELAKA.
Kedua dua negeri ini ada peluang yg cerah di kawasan bandar.Namun di luar bandar yg dimonopoli kaum Melayu,gelombang Ubah sukar menusuk.Melaka,DAP dijangka kekal di Kota Melaka dan PKR berpeluang  merampas Bukit Katil.Namun lawannya Ali Rustam sedikit sebanyak melonggarkan kempen ketua AMK kebangsaan,Shamsul Iskandar.Di N9 perubahan jelas di kawasan bandar,tp di luar bandar tidak banyak kesannya walaupun ceramah DAP mampu menarik puluhan ribu.Selain kekal di Seremban,Rasah dan Teluk Kemang,peluang PR  merampas terbaik datangnya dr Parlimen Rembau.Dengan majoriti 5ribu++ ianya tidaklah semudah yg disangka.Ditambah pula lawannya Khary Jamaluddin.Di kerusi lain dilihat kekal milik BN (PRU12,majoriti kesemuanya melebihi 10ribu)

JOHOR
Johor adalah negeri yg paling hangat kali ini.Cubaan PR menurunkan calon heavyweight dalam usaha utk mambawa tsunami politik di Johor bakal mendatangkan hasil terutamanya di Gelang Patah(Lim kit Siang x-MP ipoh timur),Segamat(Chua Jui Meng x-Menteri kesihtan),Kluang(Chin tong x-MP Bukit Bendera),Kulai(Teo Ni Ching x-MP Serdang) selain mengekalkan Parlimen Bakri bawah DAP.Lain lain kerusi yg berpotensi buat kejutan adalah Labis,Muar,Pasir Gudang,Johor Bharu,Batu Pahat,Lenggeng dan Tanjong Piai.Kerusi majoriti melayu dijangka kekal di tangan BN.

PANTAI TIMUR
Aku tak sempat nak kaji sebenarnya.Tp di Kelantan,kerusi Parlimen tiada perubahan dari PRU12.Cuma di Gua Musang mungkin ada kejutan setelah video Sultan Murka kpd Ku Li(calon BN) tersebar.Ibrahim Ali bakal bungkus.Fullstop.Terengganu langsung aku tak sentuh.Tapi harapnya ada kerusi tambahan terutamanya di Dungun dan Kemaman selain kekalkan Kuala Terengganu n Marang.Di Pahang,selain kekalkan Kuantan.Aku harap sgt Bentong jatuh ke tangan PR kerana jika ia terjadi,maka kita sama sama melihat sama ada Adnan Yaakob menunaikan janjinya utk potong telinga dan terjun ke sengai pahang.Please menang DAP!

SABAH SARWAK
Masa dah suntuk gila sebelum 5mei.Aku ringkaskan,Sabah Sarawak perlu menang at least 10 kerusi.Ianya tidak mustahil setelah kempen agresif dan Anwar Ibrahim sering turun padang kesana.Kerusi panas adalah Penampang,Beaufort,Sipitang,Sandakan,Kota Belud dan Kota MArudu di Sabah.Di Sarawak pula adalah Sarikei dan Miri berpotensi bertukar ke PR

Kesmipulan
PR boleh menang PUTRAJAYA,INI KALILAH.UBAH,SELAMATKAN MALAYSIA

Kepada ALLAH jua kita berserah.InsyaAllah :)



otak aku berfikir secara kritikal..