Saturday, 27 July 2013

Fakulti Perubatan UiTM Part II

Assalamualaikum

*untuk Part II lebih untuk bakal pelajar,part I dulu mcm pengenalan umum*

Akhirnya!Setelah berbulan bulan tertangguh,hari ni aku nak siapkan jugak entry ni.Dari dulu kata nak siap....nak siap...tak buat buat buat jugak.Pemalas tu mmg lumrah,tp penyebab utamanya adalah Syakir Jamali dan Arif Radzi yg lambat mcm siput.Mereka adalah individu yg bertanggungjawab menyumbang photo photo utk dimasukkan dalam entry kali.

*Aku dah masukkan nama korang dalam blog aku,akan ku tuntut habuannya selepas raya puasa.Terima kasih.

Sebenarnya aku tak terpikir pun nak buat ala ala sequel entry satu tahun dua bulan yg lepas, Fakulti Perubatan UiTM . Tapi melihat kepada sambutannya gila meletup sampai trafik blog akan menjadi aneh laju menjelang musim masuk universiti mahupun musim keluar result matrik/asasi,aku terpikir utk buat Part II yg sedang kalian baca dgn penuh emosi itu.Kalau gagal untuk beremosi,ketahuilah bahawa aku sungguh beremosi mendengar khabar tersebut (baca:merajuk.).Dalam banyak2 respon aku terima,respon dri senior,lecturer n parent yg buat aku gila sentap.Sumpah dulu aku tulis main main minta publisiti bagai.Thanks anyway for the supports.Tambahan pulak,aku dah setahun duduk di Kampus Sg Buloh ni,semua selok belok sini boleh aku kongsikan.Hatta tips individu mana paling kedekut di kafe boleh aku cerita,ini kan pula fakulti tu sendiri kan.

*Aku sebenarnya malu gila dgn entry yg lama tu,ayat tak bole bla dan sungguh meminta  penyepak.Dah ramai baca -.-'

Kalau dulu aku rasa dah terangkan hampir semua pasal fakulti medic UiTM ni.So,aku mmg ketandusan idea nak merepek ape dalam part II ni.Aku main sergah je lepas ni ape aku nak tulis.Mari bersama saya kita merepek dalam versi berinformasi.

1)Sungai Buloh
Ini lah bandar yg menjadi kebanggan korang nanti.

"Hang belajaq mana noh??"
"UiTM pak cik"
"Ambik apa?Dekat manaaa?"
"UiTM Sungai Buloh pak cik,Alhamdulillah amik perubatan" *kembang idong*
"Lahh,awat aku xtau UiTM ada medik?Sg Buloh ada ka UiTM?"
"Haah ada la pak cik.Sg Buloh yg busuk tu.budak medik sini ja tau,pak cik mana la tau.Ok bye"

Ya,mmg tak best Sg buloh,Tp jgn risau.Selagi ade ketamadunan di situ,jgn difikirkan lagi aktiviti sosial korang nanti akan terjejas.Tp Sungai buloh ni kalau nak dibanding Shah Alam,jauh bezanya.Usahkan kata jimba,rapid KL pun susah nak jumpa tahu?.Lokasi kampus ni ter kedalam sikit,dalam 5KM nak ke pekan Sg Buloh yg bosan jugak tu.Tapi dekat la ngan Hospital Sg Buloh.Ala,korg newbie tak kena pergi hospital pun.3rd year nanti baru hari2 gi hospital sampai bosan.Kalau nak makan2 pulak,ade banyak restoran ala kelate,ala thai,ala din dan sebagainya kat Kampung Melayu.Dekat je.Kalau nak hangout+wayang+buang masa semua tu dekat One Utama,The Curve,Aeon Rawang,Aeon Kepong.Kat pekan Sg Buloh ade The Store yg dah lama dan buruk tu hahahaha.Padan muka.Tapi dah medik tu xyah nak enjoy2 sgt la.Habis habis pun sebulan sekali okey :)

2)Kampus baru 
Sebenarnya aku dah sebut sikit pasal fakulti baru dalam part 1 dulu.Tapi masa tu aku kat Shah Alam, tak duduk situ lagi.Macam xtahu sgt la,tulis pun main sebat taram je.Sekarang ni habis year2 dah,maknanya dah dekat setahun jugak aku kat sungai buloh ni.Nak compare dgn kat Shah Alam,of kos la ada pros and cons dy.Tapi jgn harap la aku nak cerita benda tak best kat dalam blog.Benda tak best kena rasa sendiri beb.Baru feeling syahdu sayup sayup ombak beringin.So,aku cerita yg best best je la kampus Sg Buloh ni.

Aku malas cari gambar.So aku kutip gambar yg aku edit khas utk final exam semIII dulu haha
Kita mula dengan fakulti la.Kat sini ada bangunan akademik besar gedabak walaupun student takde la ramai mana.2 batch je kot,year1 n year 2.So,muka muka tu jelah hari hari korang jumpa sampai nak termuntah.Kalau bertuah jumpa akak cleaner bertukar tukar.Ok lah tu,ada variasi.Bangunan besar ni nama glamour dy mitochondria.See?kalau dah medik tu,sume benda nak medical term bagai.Dalam mitochondria gergasi ni,dy tak produce ATP.Tapi dy sedang produce bakal bakal doktor yg hebat pemacu harapan negara bangsa...zzz.... -.-'

*Doctor2 biochem pasti kagum melihat aku mention ATP di sini.haha

Bangunan ni 9 tingkat yg dilengkapi 3 auditorium yg sungguh mewah jauh bak langit dan bumi compare dgn lecture hall D kat Shah Alam yg xde air cond dan berkongsi year1 year2 tu.Kat sini satu year 1 punya,satu year 2 punya and satu lagi auditorium besar yg selalu guna kalau ade majlis ape ape.Bagus,lecture hall tak kongsi kongsi ni.Dr Effat (pathologist) pun galakkan study kat lecture hall bila free.Kat mitochondria ni jugak ada medical museum yg awesome.Semua gross specimen yg normal atau yg ada disease boleh jumpa.Lung carcinoma ke,breast carcinoma ke n dll.Lagi ada medical library yg besar giler tp sikit orang.Medical books bersepah sepah (baca:banyak) kat sini.Kalau tak beli buku pun takpe,pinjam library pun okey.Bukan baca sgt buku tu..opss..Pastu ada 5 jenis laboratory.Tapi lab anatomy ade bangunan sendiri.Dari mitochondria tu ade skybridge pegi bangunan anatomi.Lain lain tu macam biasa lah,pejabat,kelas ,student louge kejadah semua tu.

Ini lah dia Auditorium 2.Besar,sejuk dan ade 1 projector besar n 6 TV LED .Sedap tido nih hehe
Medical Museum.Cantik dan teruja gile kalau budak baru.Aku dah bosan masuk. -.-'
Medical library.Besar gila baq hanggg.Buku pun banyak.Taufiq jadi model.
Multi Discipline Labaoratory.Banyak practical kat sini lah.huhu
Anatomy Dissection Laboratory.Yg ni aku cilok gambar Titie kat instagram.Cool sangat haha.
NI kolej kediaman.Yg atas tu koop,yg bwh tu bilik study bhgian luar.
*Auditorium besar tu selalu guna utk Clinico Patho Conference (CPC) tiap2 pagi rabu.Lecturer present case pastu ade debate sikit dgn lecturer lain.Kadang2 korg tak paham pun dyorg cakap ape.Dengar je lah.Best!
*Sebenarnya yg dah siap baru separuh,half mitochondria.Fakulti pergigian punya bangunan kat sebelah under construction.Sebelum semester baru bukak september nanti insyAllah siap.
*selain mitochondria,ade 2 lagi bangunan besar:Clinical training Centre (CTC) dan Institute of Molecular Medicine and Biotechnology (IMMB)

Ini lah CTC,UiTM  mini hospital.Patient ramai jugak admit sini.Tp tak se busy hospital Sg Buloh la.
3)Kurikulum
Macam yg aku dah cakap kat part I dulu,sistem yg diguna pakai adalah Integrated System and Hybrid Problem Based Learning Stratergy.Pergh nama nak gempak bajet nk pancing budak.Tak paham,hokey.Maksudnya korang akan belajar semua subjects sejak dr first module lagi.Semenjak sudah graduate pre-clinical ni,ak semakin lupa apakah module2 yg ada (wahahaha belagak gila).Contoh module tu macam  General Module,Respiratory Module,Gastrointestinal Module,Reproductive Module.Banyak la,boleh tgk kat website faculty.Kalau system lama,belajar by subject.Year1 belajar normal (anatomy,physiology,biochemistry),Year2 baru belajar abnormal (pathology,microbiology,parasitology n pharmacology)

Ringkasnya macam ni subjek korang nanti.

Anatomy
belajar pasal tubuh badan grossly.Kena tau la organ2 yg terlibat.Dy punya location,relation,blood supply,nerve supply,lymphatic drainage semua tu.Pastu akan selit2 sikit applied anatomy yg selalunya berkait dgn surgery.Yang ni mula2 ada lecture sejam pastu ade lab practical pulak.Main la dgn patung ke,mayat ke,dan plg sedih dapat gambar je haha.Time practical la dpt jumpa clinician yg terdiri dri surgeon,opthalmologist,cardiologist dll.

Our beloved Prof Hamid,an anatomist.
Histology
belajar pasal microscopic appearance organ2 tu.Dia punya layer bape banyak,special cell yg ada dan semua2 yg korang boleh tengok dgn microscope lah.Sama juga,mula2 ada lecture sejam pastu ade practical kat lab.Jangan risau,microscope mmg oke.Memang boleh nampak punya tak macam microscope matrik yg tak nampak ape pun hahahaha.

Prof Marina Kapitonova.A russian histologist.Best Prof ni tau.
Embryology
belajar pasal proses kejadian dan pembesaran organ2.Nama pun embryo,belajar pasal embryo la.Contohnya macam urinary bladder,mana asal dy?mcm mana proses boleh jd bladder matang? n ape contoh2 congenital anomaly yg boleh kena kalau organ tu membesar tak betul.Yang ni ada lecture je,xde laboratory pun.Tp kat museum ada rasanya baby yg ada anomaly.Ntah,aku jarang pegi museum pun .

Physiology
belajar pasal normal proses dalam badan kita.Selalunya anatomy n physiology mmg berkait rapat pun.Contohnya mcm menstrual cycle.Kena tau lah hormon ape yg terlibat,macam mana boleh period semua tu.Banyak lecture je,jarang2 ada lab.

Biochemistry
belajar pasal enzyme+molecule+pathway.Yang ni mmg subjek susah sikit sebb banyak sgt pathway/cycle yg kena tau.Ala,mesti pernah dgr TCA cycle,ornithine cycle,gluconeogensis etc masa SPM/asasi kan?benda2 tu lah tp lagi detail dan menggilakan.Dah ada pathway,mesti ada enzyme kan.Mana boleh main tukar je.So,gabungan pathway dan enzyme yg unik setiap satu membuatkan biochemistry sgt seronok dan adventure (my God -.-').Ni pun banyak lecture jugak,lab sikit je.

Molecular Medicine
Yang ni cabang kepada Biochemistry jugak la kiranya.Tapi dy lebih kepada genetic dan laboratory based.Benda benda yg korang belajar macam duplication,robertsonian,codon bla bla tu la.Plus kat UiTM mmg ada pusat dy.Banyak research budak master kat sini la.Institute of molecular medicine and biotechnology (IMMB)

Pathology
belajar pasal penyakit.Beribu ribu penyakit selain penyakit berjangkit korang belajar masa ni lah.Apa risk factor,pathogenesis,complication of the disease etc.Patho banyak masa year2.Year1 banyak fokus subjek2 yg ak ulas sebelum patho ni.Lecture Patho ni banyak,lecture banyak,practical banyak n 'homework' pun banyak.Sila study dgn penuh kerelaan.

Doctor Surgey Gupalo from Russian.Aku punya facilitator masa PBL.Dy pathologist.Amik gambar senyap2 haha
Microbiology
belajar pasal microbe lah sama ada bacteria,fungi,virus dan laboratory testing nak detect binatang ni.Yang ni pun susah jugak sbb aku tak suka.Gila ape nak hafal semua nama makhluk2 yg pelik2 tu,dah la beratus.Pastu setiap satu ade feature masing2.Kena tahu lah menatang ni menyebabkan penyakit ape,camne boleh kena,nak guna ubat ape etc.

Dr Lwin Lwin Nyein,microbiologist from cambodia.Aku mentee dy sejak year 1 huhu

Parasitology
belajar pasal parasit pulak.Yang ni mudah sikit sebb lecture dy pun tak berapa banyak.Pastu lecturer pulak suka bg spot yg 99% masuk exam hahaha.Lebih kurang macam microbe jugak tp yg kumpulan binatang yg lain macam cacing ke,nyamuk ke dll.Meski pun aku sedar parasit dlm kalangan manusia kian bercambah,ak masih tak jumpa clinically importance kumpulan parasit ini dalam bidang perubatan.oke lawak ak tak berjaya.Sama macam microbe,ade lecture dan pratical

Pharmacology
belajar pasal obat ye tuan tuan.Ubat bukan main berlambak dan setiap seketul tu ada lain lain mechanism of action,contraindication,adverse effect dll.Pharmaco ni walaupun susah tpi best.Subjek ni la antara subjek aku sanggup bukak buku tebal tebal dan baca.Lagi satu,lecturer pharmco la lecturer yg paling best.Semua bagus2 belaka,tak tipu lagi2 yg dari Russia.Kalau dyorang terang tu,mmg kaw kaw la nk bagi korang paham.Btw,pharmaco ade lecture je,takde lab.Ini medicine bukan pharmacy.Kita tak buat ubat oke.

Population health and preventive medicine
belajar pasal community health.Aku nak cakap pun susah la.Basically dy ada 2 main topic:Epidemiology and biostatistic.Epid ni belajar pasal outbreak,disease surveillance,disease control etc.Contohnya kalau ada wabak yg melibatkan kesihatan komuniti.Subjek ni susah walaupun nampak senang.Ayat berbelit dan mengelirukan.Kalau biostatistic tu macam biasalah buat graph,susun data bala bla bla.Pergh aku tak minattt T.T *menangis*

Prefessional Personal Development
nama je gempak tapi belajar pasal...ntah,ak xpaham sgt.Sebab dy mcm common sense pun ade.Kadang2 macam ke arah psychology sikit,pastu spin masuk self esteem sikit (pergh tajuk elektif aku) .Senang korang tunggu je lah ape PPD ni.Subjek ni ringan je.

4)Exam
Setiap medical school ni exam dia lain lain tau.Macam UKM dy takde professional exam and final exam dy ikut subject (UKM je la aku tau sbb cousin ak amik MD UKM).Untuk MBBS UiTM,sumpah kompleks gila.Aku mention gila pun sebenarnya tak cukup utk describe keadaan sebnar.So,ia adalah gila kuasa dua.Instead paper exam ikut subject,paper kita ikut bentuk soalan.Waaa tak paham T.T

Progress Test
Progress Test(PT) ni macam End Of Module(EOM) kat UKM.Bila dah habis satu module,mesti ada test nye.Kalau Year1 PT jumaat pagi,Year2 jumaat petang.PT ni soalan dy format MCQ (Multiple choice question),jawab true or false je.Satu PT ada dalam 20-30 soalan,ikut module yg belajar tu pendek ke panjang.Kalau panjang gila macam CNS,ade 2 kali PT.Satu soalan tu pulak ade 5 soalan kecik.Nampak macam senang tp yg leceh dy ade negative marking.Kalau salah tolak markah.Kejam gile.Kalau nak tibai jawapan pun kena hati hati.Lagi satu,soalan MCQ ni la yg suka tny merepek2.Detail se detail dy boleh tanya sampai korang rasa 'kejadah ape aku baca semalam?'.Selepas habis PT,ade sesi audit.Lecturer akan bincang jawapan terus.So,mmg dah boleh agak result kita ape.Aku kalau mcm susah tu,ak buat pekak je masa audit.Gila ape nak masuk weekend takde kerja ak nk stress pikir result PT.Lagi satu,jumlah semua PT dalam satu sem tu,dy carry mark sebanyak 30% utk final.So,kalau ade 6 module,satu PT bagi 5% je la.Sikit je.

Final Exam
Ni exam biasalah bila nak habis semester.Kena revise lah balik module2 yg ada dlm semester yg berkaitan.Study week panjang,2 minggu.Tp bila nk dekat2 habis tu,mmg rasa nk termuntah dah pun baca.Banyak gila gila kena baca balik.So,nasihat aku jgn straight je baca 2 minggu tu.kadang2 pergi la kuar jalan2.Sem II aku pulun maut,tp dpt B je.Sem III aku study kuat jugak tp kadang2 tu rilek je,gi kuar jalan2 main panjat panjat skytrex shah alam.Tup tup result dapat A.Sudah nya aku kena belanja budak rumah sbb gatai buat janji.Ok,UiTM punya final exam ni pelik sikit.Sebb paper dy tak ikut module mcm UKM,tp ikut bentuk soalan.Maksud dy klo paper bulat bulat,kena bulat bulat sampai habis.Kalau paper essay,meroyan lah kat paper tu sampai tak cukup kertas.Soalan setiap paper ni merangkumi semua module yg ada,sbb tu dy susah.Korang kena prepare semua utk each paper.Tak macam SPM,klo bio esok,malm ni study bio je.Tp yg ni klo MCQ ke,SAQ ke,OSPE ke,PBQ ke sama je semua.Kena study setiap module.Yg beza hanya bentuk soalan.Kalau MCQ tu macam PT lah.Cuma Final ada 70soalan *pengsan*.SAQ (Short Answer Question) pulak macam essay atau soalan berbentuk subjective.Ala,mcm kacak itu subjektif...zzz...ok xde kaitan.OSPE pulak dekat lab.Ade 30 station,setiap station tu dy bagi la specimen ke,microbe ke pastu ade la soalan.Contoh station pathology,dy bagi seketul breast yg ada tumor.Korang kena detect ni tumor jenis ape,describe breast tu mcm mana.Setiap station 4 minit je,kena cepat gile.Pastu PBQ (Problem Based Question),soalan dy macam PBL (baca part I).Dy bagi case,pastu dy bagi soalan.Kena diagnos la penyakit ape,drug ape nk guna semua tu.Kalau tak dapat diagnos,babai la PBQ.Final exam ni sumbang 60% total final.Dalam 60% tu,OSPE 40%,MCQ 30%,SAQ 20% n PBQ 10%.Pening kan?Kalau final dpt 80%,kena convert 80 tu ke dalam 60% peruntukan utk final exam.Haha dah macam bisnes.

Professional exam
Ini dia exam yg sungguh kejam dan mencarik2 daging.Pro Exam ada dua kali.Pertama Pre clinical Professional Exam masa sem4 dan Clinical Professional Exam masa sem10.Aku sebenarnya baru je habis Pro Exam,dah lulus pun.Sumpah happy gila habaq hanggg.Mana tak nya,aku separuh mati telan,minum,makan,mandi segala benda medik medik ni sepanjang 3 minggu study week.Pro Exam ni kena baca balik dari semester 1 punya topik.Sikit je,ada la dalam 570 topics (thanks to Arif sebb kirakan.Sila visit blog beliau hehe).Memang 'sempat' pun 3 minggu nk cover semua kan.Lagi2 yg sem1 n sem2 yg dah satu hape pun tak ingt dah.Ok,Pro Exam ni mcm golden ticket la untuk masuk clinical year.Kalau tak lepas,kena repeat selepas korang dah puas menangis menyesal bila fail.Format dy sebijik macam final exam.Yang bezanya dy melibatkan 4 smester punya topik,tak mcm final yg hanya satu semester shj.Jadi spot question memainkan peranan yg sgt penting di sini hahaha (jgn ikut,ini budak malas mcm ak je).Lagi satu bezanya,MCQ mmg melampau banyaknya.Ada 150 soalan *pengsan sampai koma* yg setiap satu ada 5 soalan kecik.Lebih kurang 750 soalan untuk paper hari khamis,MCQ's day.Oh lupa,exam seminggu tau dan setiapa hari ada,takde gap gap.Memang masa study week tu kena 100% prepared dah.Dan last sekali masa Pro Exam ada OSCE .OSCE ni korang boleh bajet jdi doctor kejap sebb exam dy amali buat clinical things.Dia ade 2 station je.Korang kena ambik history patient and diagnose disease.Ade la org berlakon jdi patient nanti.Lagi satu kena buat clinical examination mcm amik blood pressure ke,reflex test ke,check mata ke etc.Doctor yg akan bg markah kat sebelah tu.Pro Exam ni markah dy 60% jugak.30% dari final exam n 10% dari PBL.Lebih kurang je

Oke,habis pun aku merepek panjang2.Penat tahu tak tp aku suka hehe.Sebenarnya ade 2 point lagi aku nak cerita.Clinical year and MBBS with Advance Medical Science.Tapi pikir pikir balik tunggu part III la bila aku dah habis year3 nanti.Lagi setahun InsyAllah huhu.Yg MBBS with AMS tu rasanya  ada baik kalau kawan2 aku yg buat AMS ceritakan.Dyorg lebih tahu,lg umpph berkrim kalau nak saiko saiko budak.Kalau ada dyorg buat entry pasal benda tu,aku taruk link nanti.Aku pun dah ngantuk nak tido.Dah la aku banyak gila tangguh movie sebb nak siapkan entry ni.Berbulan tahu?Takyah cakap movie la,report research elektif aku pun abaikan juga urgh.

Ni lah dy contoh invitation letter utk buat AMS.Aku cilok dr blog Ammar.Dy ngan burg, kawan ukhwah fillah uhibbukum fillah alhamdulillah dapat hehe
Ohh lupa satu lagi,sebenarnya si nazuzu ade suruh aku post something pasal pendaftaran pelajar baru.Dy kata nak email benda ape nak tulis.Sampai sekarang takde.So,kalau korang bakal junior aku yg nak dftar nanti,kalau ade soalan berkaitan pendaftaran boleh la refer si Nazurah atau Fatheen.Dyorang MPP fakulti medik,orang besar jajahan ni.Tp nak pencen dah haha.

Cukup sekadar itu,maaf la ayat aku bersepah sikit kali ini.Lama tak tulis maklum la,skil sentap menyentap pun semakin hilang.Ramai pembaca untuk entry part I dulu,mencecah 6000 view dlm masa 13 bulan.So, banyak la respon yg pelbagai.Ada budak,ada bakal junior,ada senior aku sendiri,ada lecturer (Dr nori -.-'),ada parent dan sebagainya.So,kalau penggunaan bahasa yg kurang sesuai harap dimaafi lah terutamanya kepada golongan ibu bapa.Aku cuba utk buat ala ala girang gurindam jiwa berentak jazz sedikit agar tidak bosan sesuai semua peringkat umur,malanganya tak menjadi.So,diharap info info yg nak disampaikan itu dapat lah dikutip walaupun membaca dalam keadaan annoying dan mahu saja mengetuk ngetuk kepala si penulis.

Kamil
1)Yes dah habissssss!Siap pun!
2)Kepada pembaca budiman,saya merendah diri memohon doa kalian untuk saya berjaya dlm bidang ini.Apelah sgt entry busuk tp berinformasi ini berbanding doa doa kalian =) *kenapa busuk ?*
3)Kepada rakan rakan satu batch terutamanya ammar rahman yg mengharapakn tulisan merepek dan meroyan aku,harap bersabar.Entry berinformasi begini mmg tak sesuai utk korang.
4)Clinical year InsyAllah bulan september nanti.Doa doakan yg terbaik =)
5)Kalau ade yg nk cari aku kat FB,type je Kamil Kamaruddin.Nanti ak approve ikut mood haha

MBBS UiTM Ninth Batch.May Allah bless our friendship till the end :D
 Sekian sahaja,Wassalam ^^


otak aku berfikir secara kritikal..

54 comments:

be0ma said...

walaupon basically kau just nak cerita pasal what is medic n i already know what it is, aku dah baca semua n sanggup baca sebab best, u never dissapoint me. haha.good luck clinicAL BTW!

Arif Sahimin said...

tak payahlah promote blog aku yang dah bersawang tu..malu woi! hahaha

Q-Bear™ said...

Where's me.............

kamilkamaruddin said...

ammar:haha thank you mar.im touched
arep:haha blog irg genius kena bg.baru budak2 ikut
qbear:who r u?...

ajie_sakura said...

bapak panjang entri nie. Haha. blh bace 3/4 jer. selebihnya scroll2 . haha but nice one !
cantik gilerr kampus sg.buloh tuu.
jeles, mcm kalah puncak alam jer..bilik study bahagian luar tu nampak exclusive...ker edit jer? hee :D

Anonymous said...

Since I'll be your senior this September, this post is really helpful. By the way, I'm wondering is there any difference between Clinical Year and MBBS with Advanced Medical Science? Thank you in advance.

Anonymous said...

*junior actually not senior omg sorry hehe

Ahmad Taufiq said...

Walaupon ak menghrpkn lebih byk gmbr aku disiarkn tapi satu gambar pon dah memadai..kekeke :p btw, nice entry! ^_^

p/s: kpd para junior sila tny abg kamil ni byk2..dia ni seorg senior yg penyayang..hehe

kamilkamaruddin said...

Anonymous:welcome to medic uitm :). yeah there are so many differences haha.AMS u have to stop your 5year MBBS to complete 1 year research.So total u have 6years at least in medical school.AMS is offered either after pass pre clinical Professional exam with good result or after completing your third year (first clinical year).Most of the AMS alumni presented their paper at oversea :)

Taufiq:hahaha gedikkk.penyayang paleotak ko kekekeke.

Dalila Idham said...

Glad that u share some infos here. Im ur junior to be for this sept intake. Gudluck for clinical year! Btw, this entry is so cool :)

Nash Malek said...

salam bro...thanks sngt3 laa bg info nie...mmg dri dlu tnggu info mcm ni2...so gud luckk laa untuk clinical year ye...sy junior abg kamil untuk intake baru nie... :)

cik ra said...

dlu masa matrik dpt pointer brapa?*kongsi sikit..heeeeeeeeee

kamilkamaruddin said...

cik ra : 3.95 ^^

Anonymous said...

Awak, sy dpt medic sg.buloh jugak. Tp dinyatakan kolej kediaman tak disediakan. Awk boleh tolong share no contact kolej tak? Nak call nak pastikan. Sbb takkan la first sem kena duduk luar. Or if anyone have or had the same situation as mine, please help. I would be grateful. :'(

kamilkamaruddin said...

anonymous: Jgn risau, budak medik semua dpt kolej. Sorry sy xde no kolej. Tp bolh berhubung AJK kolej. Google FB dyorg: JPK uitm sg buloh.

Anonymous said...

This is a good entry. I'll be a freshmen in this school this year, insyaAllah. Thanks for this. May I ask, are there many Sabahan and Sarawakian students here? Because I can't seem to find anyone near me enrolling into this school. Thanks.

kamilkamaruddin said...

Anonymous:
Im sorry for the late reply. Kinda busy with research elective work

Anyway, congratulation for MBBS UiTM offer. Its getting tougher over the year n u r the selected one. Alhamdulillah n do celebrate urself

Back to ur question, actually there are not so many sabahan/sarawakian in each batch. In my batch for example, there are about 10-15 peoples out of 240. Do visit my friend's blog, he is from sabah http://www.drsyariz.net/

ps: if u can give me ur email or fb, maybe i can give u some my sabah/sarawak friends' fb

huhu biz said...

Assalam/Hai.
saya ada beberapa buku perubatan 2nd hand yg masih elok utk dijual.saya ada upload di fb saya. jika ada yg berminat/kwn2/junior2 yg cari buku2 saya ada boleh contact 0143688631 @ inbox fb NOOR HUHU.tq

huhu biz said...

Assalam/Hai.
saya ada beberapa buku perubatan 2nd hand yg masih elok utk dijual.saya ada upload di fb saya. jika ada yg berminat/kwn2/junior2 yg cari buku2 saya ada boleh contact 0143688631 @ inbox fb NOOR HUHU.tq

huhu biz said...

Assalam/Hai.
saya ada beberapa buku perubatan 2nd hand yg masih elok utk dijual.saya ada upload di fb saya. jika ada yg berminat/kwn2/junior2 yg cari buku2 saya ada boleh contact 0143688631 @ inbox fb NOOR HUHU.tq

Anonymous said...

Hi.. Thanks a loads for that info.really2 help:)
Nk tny,.bnyk tak lepasan diploma yg jd studnt medic uitm? And how do u actually find this hard critical course to ur liking? I mean we need to really really love this to be able to take in n overcome any hardship n headache of course while studying ur head off ,right? Err ok excuse my nonsense talk,but really ..one must love w all their heart to do this for a long run.unless hes a genius.

kamilkamaruddin said...

anonymous


welcome, hopefully it is beneficial to u. Tak ramai sgt, about 5-10% dri satu batch. Lebih kurg 15 org dri 200++ students each batch

That question is tough. i dont have any specific answer

Mao Sicca said...

Salam tuan tanah blog :)
nak tnya soalan yg xrelated dgn medic kt uitm ni boleh tk..huhuu
kt kampus sg buloh tu ade library lain tak selain medical library tu?
and slalu student pegi mne eh utk printing services? thankyu.. :))

kamilkamaruddin said...

Mao Sicca : setahu sy hny ada medical library. kalau nk printing service semua, medical library ni boleh buat. Dont worry

Anonymous said...

Salam. Saya syaza. Nak tnya bro kamil sikit ni. in sha Allah la sikit :DD
sem 1 blajar 1 module ya? anatomy,physiology,biochemistry tu belajar masa year 1 kan? sem 1 blaja yg mana satu? pastu pastu titas tu gapo dio? eh byk pulak soalan. :)

kamilkamaruddin said...

anonymous : moduleikut system. kalau module jantung, so bljar anatomi jantung, physiology jantung, pathology jantung, ubat utk jantung etc. nak tau module apa setiap sem, sila visit website medic uitm. titas tu tamadun islam n tamadun asia.

Atiqah Roslan said...

Assalamualaikum.Saya nak tanya.Medik Uitm ni ada sesi interview ke?Kalo dari diploma brp minimum pointer untuk ambik medik?

Anonymous said...

Assalam. Saya pelajar matrik sem 2, pdt. Saya minat sagt bidang medic ni. Tp kelayakan spm x ok. agak2 boleh lps ke nk ke uitm?nak sgt masuk. Atau perlu ke rpeat spm? Tq.

kamilkamaruddin said...

atiqah : wasalam, dr diploma setahu sy 3.8 ke atas. Tu pun lepasan diploma uitm. Diploma uni lain sy kurg pasti. Tiada interview utk medic uitm

anonymous : SPM tak diambil kira, cuma perlu lepas syarat C utk subjek sc n addmath utk layak memohon (tak pasti, boleh refer website uitm). Utk ambilan ke upu, result 100% tgk kt result matrik/asasi. dr matrik, cuba score 3.9 ke atas. Saingan skrg sgt kuat, ramai lepasan asasi uitm n asasi um berminat di uitm utk medic (mengikut trend junior2)

Atiqa Yusuf said...

assalam. macam mana ye nak masuk bidang medic di uitm ni. kena mohon melalui upu ke. ataupun melalui website dia sendiri.. ada temuguda tak utk masuk. mohon penjelasan. terima kasih

alya saimin said...

Abang? Saya ni lpsn spm 2015 n tgh tunggu result. Antara asasi dan matrix abg suggest saya amik apa? Dan berapa pointer utk membolehkan saya smbg degree di uitm? Insha allah.
Terima kasih abg.

alya saimin said...

Abang? Saya ni lpsn spm 2015 n tgh tunggu result. Antara asasi dan matrix abg suggest saya amik apa? Dan berapa pointer utk membolehkan saya smbg degree di uitm? Insha allah.
Terima kasih abg.

kamilkamaruddin said...

atiqa yusof : wasalam, awak boleh mohon melalui upu. tiada interview

alya saimin : adik, 2-2 ada pros n cons. kalau tny abg, matrik lebih mudah nak score, cuma perlu rajin. Asasi mostly drpd top SPM tp ramai je yg xboleh survive. Pointer cuba dptkan 3.9 ke atas.

alya saimin said...

Okay. Got it. Btw sahabat saya tak nak matrix n asasi tapi dia nak sambung stpm. Pendapat abanglah stpm ni okay tak untuk smbg degree nanti dengan pointer yang hampir mencecah 4 flat tu ??? Bagi saya 3.9 tu tinggi. N abang galakkan ke tak stpm ni?

Brader Z said...

Jika pointer stpm kawan anda adalah 4.0, saya sarankan lebih baik dia ambik kursus MBBS atau MD di "the big 3" yakni um ukm dan usm.The big 3 ada hospital pengajar sendiri dan adalah lebih kondusif untuk pembelajaran klinikal jika dibandingkan dengan universiti2 lain (jangan sentap kawan,saya ada ijazah MBBS UiTM graduate 2011, dan saya cakap berdasarkan pengalaman pahit menumpang di hospital selayang dan SB sepanjang 3 tahun klinikal).Tapi kalau tak yakin dapat cgpa 4.0 dalam stpm rasanya eloklah dia pilih uitm upm unimas ums uiam unisza atau usim. Kalau dia nak jadi doktor tentera upnm juga ada kursus MD.

Brader Z said...

Alamak brader,apa sudah jadi?
Mana komrad lelaki kita? Kalau ikut gambar macam di atas, nisbah lelaki : perempuan dah macam 1:5. Masa saya dulu (batch ke 4) 1:2.

Maz MnM said...

Berapa ramai student dlm ni ye

Maz MnM said...

Berapa ramai student dlm ni ye

Anonymous said...

240 kot

kamilkamaruddin said...

salam. maaf lewat reply.

alya : Stpm susah tu je nak cakap huhu
brader Z : tak pasti zaman saudara mcm mana. Kami di hospital selayang okey je. Nisbah sekrg mcm 1:4. sedih jugak la T.T
Maz : batch sy hmpir 270. tp junior makin lama makin berkurang. Mungkin 200++ shj

Anonymous said...

Kalau pointer diploma 3.88 , lelaki , MUET band 4 agak2 boleh masuk tak medic UiTM ?

kamilkamaruddin said...

anonymous : maaf lewat reply. pointer mcm tu dr diploma insyallah boleh dapat. berdasarkan pengalaman kwn2 sy la (intake 2011). tak pasti skrg mcm mana

Anonymous said...

Salam.. Keputusan spm chemistry sy dapat c+ shj.. Alhamdulillah Utk subject science yg lain saya okay. ;).. Kalau saya berhasrat nk repeat paper chemistry utk layakkan sy ke bidang ini, adakah diterima sijil spm repeat itu? Sbb syarat baru mmc kena dapat at least b Utk subject pure science. Itu shj Soalan saya. Thank you abg. :)

kamilkamaruddin said...

wasalam...honestly sy xpasti pulak yg tu, sy cdg kn awk ambil dlu diploma or asasi n tgk flow lepas tu mcm mna, at the same time awk cuba email mmc mcm mna

Anonymous said...

salam... kalau dari dip sains cgpa 3.85 and band 3 layak tak apply medic uitm?

Ahmad Firdaus Ahmad Tajuddin said...

As salam mua lai kum..... Ape eh beza sistem yang medik Uitm pakai dengan sistem medik uni laen2?

Ahmad Firdaus Ahmad Tajuddin said...

Kenapa Kalau Kat Uitm die Ade general module 1&2 Kalau Ukm takde pon general modules ni,ape beza?

Ever Pianist said...

Assalam....ade x batch laki cgpa from asasi uitm 3.5 ++

Ever Pianist said...

Assalam....ade x batch laki cgpa from asasi uitm 3.5 ++

Unknown said...

Assalam, nak tanya kalau dip sains die dapat 4 flat , tpi medic tgk result spm die balik tgk2 addmath die D , tapi yang lain okay je B and above , tapi disbbkan addmath tu , adekah die layak untuk memohon medic ?

Anonymous said...

salam. kalau pointer upu 3.89 and pointer uitm 3.75 lepas tak ambil medic uitm? saya lepasan asasi uitm. dia ambil ikut pointer upu atau uitm untuk lepasan asasi uitm?

Syazwan Ilmam said...

Salam. Saya pelajar matrik. Saya mdpt pointer 3.85 pada sem1 dan sem2 belum diketahui dan saya brhrp mendpt 3.9keatas. Andai rezeki cgpa saya hnya 3.8something , masih ada peluang bagi saya mengambil medic di uitm ? Saya muet band4. Thanks :)

Unknown said...

DIE DLM SATU KELAS ADE BERAPA ORNG?KN DIE AMBIK 200 ORNG SKALI INTAKE..SO 200 TU BLAJA SKALI OR ADE AGIH KELAS??HAHAHAH PUNYA NAK SKALI DGN KWN

kamilkamaruddin said...

Maaf semua lambat reply, sibuk sgt di hospital. HO cemerlang..? hehe

anonymous : yea boleh cuba, tp peluang tipis. Batch sy dlu ada tp perlu ingat skrg competition skrg lebih hebat

ahmad firdaus : secara am sama shj. Dlu by subjek, skrg by system
eg : dulu pathology (of all disease of all body system) , skrg cardiology (include all subject related). Sy dh terang dlm posting 3-4tahun lepas

Ever pianist : hard truth is, tiada cgpa sedemikian

unknown: start tahun 2015 (if im not mistaken), all core subject in SPM need at least C

anonymous : boleh cuba apply tp peluang tipis. bnyakkan berdoa

syazwan : awak boleh cuba, pointer CGPA sy as lepasan matrik 2010 ialah 3.95. skrg competition mungkin jauh lebih hebat

unknown : untuk tahun pra-klinikal, lecture sekali, tutor/lab ada agihan kelas/kumpulan. untuk tahun klinikal, bila awak dh masuk baru kita sembang :)

Thanks