Tuesday, 28 August 2012

Movie review : Diary of a wimpy kid : Dog days

Assalamualaikum

Agak sentap juga aku sanggup buat entry segedik mcm ni.Tapi mmg aku tak tau nak taruk ape dah pun.Actually,ak sedg berhempas pulas siapkan entry keramat.Tak payah buat muka saspen teruja bagai.Keramat aku agak misteri kerana ianya tak sekeramat kalian punya tafsiran.Tahu apa entry keramat tersebut?Tahu kaa?

Entry pasal hari raya yg lepas.Memng agak loser lembab siot abra kadabra zebra jong jong inai.Bukan lambat sebb apa pun,aku tak jumpa lagi gambar2 best nak letak.Motifnya agar entry tersebut amat gilang gemilang penuh kilauan emas bila dipublish kelak?Jelas bukan motif aku?Sudah lah usb DSLR nikon yg terhimpun segala aksi ganas berahi musin perayaan hilang,ditambah pulak masa yg agak mencemburui akhir2 ni.Itu yg tertangguh tu.Sabar ya tuan puan...=)

Ok,kali ni aku nak review kejap pasal movie baru tengok semalm kat AEON station18.Aku pergi ngan cousin tgk cerita Diary of wimpy kid:Dog days lakonan Zachary Adam Gordon,budak comel yg sedia maklum mintak penumbuk dek senyuman yg manis walaupun agak ketinggalan manisnya oleh senyuman abang Azizi yg hensem dan tough.Cerita dy sgt lah cool dan ohsem tahu tuan tuan ?

Apa sebab menarik tak lain tak bukan mesej yg nak sampai sgt jelas n banyak.Cerita dy santai2 sahaja tp boleh sumbat jugak celah2 mana pun moral value.Ape yg aku nmpak pentingnya kejujuran dalam kehidupan.Juga tanggungjawab dan keikhlasan dlm setiap tindakan walau di mana posisi kita.Amboihh,skema habis gitu kejadahnya?Banyak la,aku mmg strongly recommmend korang tengok sendiri sambil dilayan popcorn dgn air pepsi.Terkadang tepat terkena terpelepek batang hidung sendiri.Apa kata? Cek cek cek it out~

2 best frens =)


Kamil
1)Nak tengok nanti,cari siapa Patty.Sumpah annoying minah ni.Good job!
2)Aku mmg die hard fan movie ni.Dulu pun aku penah review sequel dy yg lama.Abaikan bahasa yg kebudakan.



otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 18 August 2012

Salam Aidilfitri.Ape kes tacink itu ?

Assalamualikum

Misteri.Amat misteri sekali sebaik sahaja aku masih mampu update belog di malam raya tatkala umat islam sedg berhempas pulas dgn ketupat palas cicah rendang.Paling kurang,sedg berjihad dgn senjata mercun pop-pop dibeli kedai apok.Ape kes?

*teknik wall post gambar sendiri yg diedit bermotifkan 'raya' yg semakin viral di FB juga misteri bukan?

Misteri yg aku sendiri tak mampu rungkaikan.Jadi,amatlah wajar aku stop meroyan malam raya yg mulia dan terus kepada main point.Ada baik nya aku susun kuih takpun gosok baju mana patut nak dipakai esok.Baiklah,di sini ada bebrapa pesanan aku buat semua.

1)Ramadhan sudah meninggalkan kita.Perasaan anda?.Musahabah itu amat perlu menjelang raya.
2)Raya itu hak kemenangan bagi orang yg bertaqwa semata-mata.Anugerah dr Allah utk mereka.Kita bagaimana?Tergolong mungkin?
3)Syawal adalah medan ujian sebenar bg sebulan tarbiah di bulan ramadhan.Ayuh sahabat,kita buktikan kita graduan berjaya.kita golongan rabbani yg disebut nabi! =)
4)Selalulah berwaspada di musim raya ni.Adab segala jenis adab dan hukum syariat wajib dijaga.Hati hati ya kawan. p/s:bermaaflah dgn semua.Tapi bersalamlah dgn hanya yg halal.Fahami siapa itu bukan mahram.
5)Hakikatnya,aku hamba Tuhan yg lemah ini jua banyak kali tersilap,lupa alpa.Kita sama sama berusaha menuju yg terbaik di sisi Allah
6)Dikesempatan ini aku menyusun sepuluh jari,memohon maaf di atas segala salah silap y aku telah lakuakn kepada kalian semua.Sengaja atau tidak,perasan atau tidak.Moga moga amaln bermaaf maafan kita dibalas juga keampunan dr Allah  =)
7)Selamat Hari Raya Aidilfitri.Happy eid mubarak to all brothers n sisters.May Allah bless us.Taqabballahu minna waminkum =)

Dihujung perenggan,aku tersedar ada satu lgi misteri aku tertinggal nak rungkai.Ini pun misteri juga kerana misterinya bagaimana aku jadi pelupa di malam raya.Misteri bukan?Dan misteri tersebut aku refer pd tajuk yg nampak tiada kaitan.Ya,tacink.Kita tahu,bersedih amat sinonim dgn melayu.Jadi,ayuh ubah.Mari bergembira meraikan kemenangan kembali kpd fitrah!Sila tacink bg yg tak puasa.Kejadah ape aku tulis?


kamil:
1)Aku tgh makeover bilik.
2)Raya tahun ni aku jimat gila beli baju raya.Kasut raya takde.
3)Macam biasa tiap tahun.Pagi raya di ipoh,lepas asar ke kuala kangsar 







otak aku berfikir secara kritikal..

Thursday, 9 August 2012

Tazkirah on Thursday #5:Ramadhan Masih Berkesempatan

Assalamualaikum .


Masa pantas berlalu! Pejam celik pejam celik kini kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan. Allahurabbuna! Jika kita melihat bulan Ramadan sebagai sebuah perlumbaan, maka hendaklah kita mengerahkan sepenuh tenaga dalam melakukan ibadah kerana sedang menuju ke garisan penamat. Pelbagai ganjaran dan nikmat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat nabi Muhammad S.A.W dalam bulan yang mulia ini. Dan yakinlah bahawa janji Allah itu benar!

Jom muhasabah diri semula. Adakah hari-hari yang telah berlalu berjaya dimanfaatkan sebaiknya ataupun sebaliknya. Selalu ingatkan diri andai kata ini Ramadan terakhir bagi kita agar tidak leka di arus dunia. 

Teringat akan sebuah kata-kata nasihat, “detik lepas sudah berlalu, detik kini milik kita, detik hadapan belum pasti!” Oleh itu bersegeralah dalam membuat kebaikan sebagaimana firman Allah dalam sebahagian ayat yang bermaksud :

 “maka berlumba-lumbalah dalam melakukan kebajikan”  [Al-Maidah : 48] 

Perbanyakkan amalan kita dengan harapan semuanya diterima oleh Allah. InsyaAllah.

Ingatan bersama!
Jangan menjadi “tiba-tiba”  seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadan.

Tiba-tiba makan banyak.

Tiba-tiba mendedahkan aurat.

Tiba-tiba terlupa di mana al-Quran.

Tiba-tiba menjadi kedekut.

Tiba-tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadan dikerjakan seolah-olah wajib.

Tiba-tiba memulakan kembali semua agenda lagha.

Renungkan pesanan ulama’ muktabar masa kini, Sheikh Yusuf Qardhawi  :

"Barangsiapa yang 'menyembah' Ramadan, maka sesungguhnya Ramadan itu akan mati; dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak mati. Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan! Jadilah hamba Tuhan, bukan hamba Ramadan!"


Akhir kata, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertaqwa sebagaimana firman  Allah : 

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi  insan yang berTaqwa” [Al-Baqarah : 185]

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.” [Az-Zariyat : 55]

#perbanyakkan sedekah, membaca al-quran, mencari Lailatul Qadar, dan ibadah-ibadah lain. Masih sempat dan sementara diberi peluang. InsyaAllah! 
#mujahadah itu payah namun ingatlah juga bahawa memasuki syurga itu bukan mudah! Semoga Allah sentiasa meredai kita semua.    



Hamba Allah,
 Persatuan mahasiswa Islam USM.

**********************************************************************

Kamil:
1)Penulis adalah sahabat aku di Izzuddin dahulu.Skrg dah jd PMI USM.Alhamdulillah.
2)Sengaja aku mintak tolong dy buatkan kali ni.Motifnya kerana ilmunya sgt bernilai untuk dikongsi bersama.=)
3)Aku penat argue dgn dy kat Facebook chat suruh letak je nama dia dalam entry ni.Tp tmasih tak dapat keizinan.  





otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 8 August 2012

Wordless Wednesday #22

Lailatul Qadr =)


credit to google/islamic quotes tumblr

Kamil:
1)Maximize your ramadhan with ibadah.Few days left.
2)Take care of your 'Habblu minnAllah' n 'Hablu minnannas'.
3)Im sorry what i've done to all of you.I tried and keep on trying to be a better someone.

otak aku berfikir secara kritikal..

Saturday, 4 August 2012

Aku Pencari Ilmu.Siri 4:Sekolah menengah part 3

Assalamualaikum

Lama betul aku tak sambung API ni rupanya.Last update 4mac lepas, maka genaplah 5 bulan baru aku terkinja nk update balik.Sadis.Malas sebenarnya walau aku dah mmg siap separuh entry ni dulu.Asal waktu nk publish,tak semena mena makhluk aneh lagi ganjil sengaja timbul syak wasangka pelbagai hingga aku terasa loser nk post.Kejadah feeling misteri ini?

Setempoh cuti yg baru usia seminggu ini,aku banyak juga blogwalk kawan2.Jarang yg update.Barangkali masing2 menumpukan perhatian kpd amal ibadah yg jitu lg sukses.Jadi,haruslah terkadang aku sengaja baca blk entry2 mereka yg lepas.Cumanya,lewat masa ini,aku agak sedikit tersentap berbaur kagum dan terhibur dgn penggunaan kosa kata yg meracau kerangka pemikiran kritis aku di dalam belog kamalia ,kawan lama kat matrik.Motif penbendaharaan kata 'kemain-kemain' yg digunanya agak unik dan juga misteri.Izinkan aku try sekali.Kemain taruk link blog orang.Kemain aku tumpang publisiti.kemain kemain!

*Dia blogger hebat.Abaikan.Fokus kpd aku yg masih tercungap.

Baik,aku berjaya akhirnya mencipta mukadimah yg sah2 takde kaitan.Ayuh sambung pengembaraan alam persekolahan haku di tingkatan hempat.Hungga hungga.

1)Asrama
Tak banyak cerita menarik sebenarnya waktu form 4.Menurut hikayat lagenda, form4 ni honeymoon.Tiada siapa nak peduli.Meroyan pun sama batch yg turut tersentap dan syok sendiri.Lepas PMR,tak semua dpt masuk blk sambung form4.Ak pun dah lupa syart dy ape.Rasanya 6A plg kurg n Arabic English mesti lulus.Dulu aku dapat blok baru,tapi sebelah je dr Blok Tarmizi.Kali ni dorm C Blok Abu Daud.Memang sebijik pattern dy.Bosan.Sama batch dgn aku dulu ada MuzakkirShazli,Nabil dan Yaser.Nabil pindah ke KISAS tak lama lepas tu.Maka tinggal lah berempat.Mujur aku takdelah kekok sgt sebab dyorg semua dr kelas aku jugak masa form 3.

Muzakkir dan Shazli.Sahabat yg lama tak jumpa...rindu rasanya...=)
*gambar yaser n nabil tak jumpa,jgn kecik hati.*
*Aku cilok gambar ni kat fesbuk.Mintak halal.hehe*
Seminggu lepas sekolah 2008 mula,Aku n Muzakkir dilantik jd Ketua Pelajar/Pengawas/KP  (akan diceritakan selanjutnya di part kelas).Atas arahan warden ditambah pula nilai kasih sayang memang jelas kelihatan dr sifat aku barangkali,aku dapat pulak arahan pindah jaga form1 di Bukhari (Bong).Muzakkir pun kena,muka yg jambu aku pasti adalah penyebabnya.Tapi tak sampai hati pula nak tinggalkan Ley n Yaser.So,lepas bincang2,zack sorg je pergi  tapi dy still selalu lepak ngan kitorg jugak petg2.Pandailah aku bg alsan dekat warden nak elak.Masa tu,ktorg berempat mmg rapat gila.Plus kelas pulak sama,Yaser je kelas akaun.Time ramadhan lg best.Sahur n Iftar kenangan dy sumpah tak muat nak taruk satu page.Bazaar lagi.....Aduh,indahnya...=)

*Ley ni kalau aku miss kejut dy sahur,mula la merajuk...=,='

Masa ni aku agak rapat dgn semua orang.Dah feymes kata orang.Haruslah aku buat2 peramah.Dengan form5 xde masalah.Kamcing gila.Siap bertumbuk n main cucuk2 lagi.Piji,sobri, etc..Mostly bilik ni penuh dgn KP jugak dr form5.Plus piji PKU asrama.Agak teratur masa tuh.Form 3 pulak gila2 lg menyentap.Best dyorg nih.Iskandar,Din,Pieh etc.Form 2 tak ramai bilik aku,tp aku rapat dgn form2 dorm sebelah mcm Faruq.Antara form 3 kalau dgn form 4,dyorang plg rapat dgn aku .Dgn lain xnak pulak nk sembg bagai.Aku la perantara kadang2.Cuma,bila dekat2 hbs tahun,mula la form 3 buat perangai haram.Phone,jeans xyah cakap la.Memang aku skema habis pendokong displin sekolah.Eh,peduli ape aku?

Muak aku bagi warning.Serius susah nk tegur kalau dah rapat meh.Tak cerita lagi spot check time subuh.Sanggup tidur dlm almari bhai xnak pegi musolla punya pasal.Lepas kantoi,buat muka demam.Trololol..Penyentap sejati mereka neh..Tapi alhamdulillah,aku tegur dyorg bolh dgr lagi.Segan sket dgn aku barngkali.Tapi kalau lemak,mmg aku balon jugak.Dapat jugak kutip phone 2-3 bijik.Jeans lg bertimbun aku sapu.

Kp form5 2008.Depan sekali Pijie n Sobri

Pijie penah bgtau aku suatu petang yg hening,form5 nti dy suruh aku pegang blok Daud (jadi ketua blok).Aku oke je sebb aku phm dah xde orang masa tu.Zack pindah Bong.Anas nanti naik jd Ketua Umum.Amal Syafiq sibuk dgn aktiviti musolla nya.So,ble gotong royong mingguan mmg muka aku je la cakap depan,conduct semua.Dah muak rasanya dyorg tengok muka aku.Tapi bagus juga,time ni lah aku bnyk berlatih ckp depan2.Memang banyak perubahan masa tu.Bila dah conduct,maka haruslah aku gunakan peluang sebijak mungkin bukan?Form2 form3 aku bagi yg tak best.Cuci toilet.Padan muka sebab dyorg suka ajuk aku n gelak2 masa aku cakap time assembly asrama.Rasakan.

*warden cikgu Raja Fadzil,best gila!*

2)Sekolah

Sekolah aku siapa muka2 stok 8-9 A dy bagi kelas pengajian Islam 3/pure science.Ada lg 2 kelas:Akaun n Sastera/Thanawi.Tapi boleh je nk apply tukar kelas mcm Anas (9A) yg pindah ke Akaun.Baru seminggu kelas mula,dah kena panggil interview untuk Ketua Pelajar.KP ni sama macam pengawas sekolah lain.Kalau Ketua Pengawas kitorg pnggil Ketua umum.Itu takhta Anas,abaikan dia.Terberuk kejut aku masa tu.Leadership mmg kosong bhai.Kat mne dyorg tgk aku pun tak tau.Barangkali ramai yg lebih layak sudah bercadang pindah MRSM/SBP,cikgu pun pilih lah aku yg mmg konfem akan stay sampai SPM.Amanah dan Tanggungjawab bukn benda mudah.Kena cop skema tu aku dah bosan dapat.Kena conteng kat toilet kata kitorang tu anjing sekolah tu lagi sadis.Kena maki belakang2 dgn junior senior itu pun biasa.Kena songlap/tibai/pedaje/naya barang peribadi tu lagi dah muak.Tips aku,buat tak tahu n jgn melatah lg meroyan.Tapi nasib baik mostly aku dah rapat dgn semua masa tu,junior senior boleh lg bg kerjasama dgn aku.Aku kurang sikit la jd mangsa.Hensem dan sopan santun barangkali adalah faktor utama.(krik3...=,=')Member aku ada yg sampai sudah kena cop/maki 24 jam.Dyorg emo sangat nk tegur budak,salah dyorg jugak.

*aku pernah jadi orang tengah pergaduhan besar pukul 3pagi.Best gila.Budak form3 baru habis PMR tak puas hati dgn member aku,dy KP form4 mcm aku.Kejadah la masa tu form 3,4 n 5 sume nak join.Lebih kejadah,lepas setel 'gaduh' yg tak jadi tuh,lawan shuffle dekat court takraw.Motif?

Waktu belajar dalam kelas macam biasa.Aku dulu duduk sebelah Lokomas.Even Naim kelas aku jugak,tapi dy masuk lambat sikit.So,masa tu,dah renggang persahabatn ktorg,tapi masih berkawan biasa.Masa awal2 tahun,aku lagi rapat dengan Ahnaf ,Wafi,Rais dan Apam.Memang rapat gila.Syahdu betul pikir2 balik.Masa ni dah matang,berkawan pun secara matang.Feel dy lain macam,penuh kematangan dan nila murni yg pelbagai..Tak lama lepas tu, result SBP keluar.Dekat separuh kelas aku dpat.Anap,Rais,Apam dpt Integrasi Gopeng.Wafi dapat Integrasi Gombak.Aku masa tu sedih gila.Takut berpisah.Memang aku pujuk dyorg la takyah pindah.Keji gila sikap aku.Peduli ape meh?.Kalau tak,mmg aku forever alone.Tapi lepas bincang dgn family masing2,Rais n Apam je yg pindah.Sedih gila.Aku ada masa dy kemas barang.Rasa nk nangis.Tapi tu yg terbaik buat dyorg.Dah berjaya pun sekarg.Alhamdulillah.

Atas:Apam n Anap/Bawah:Wafi n Rais
*Lama gila tak jumpa.Rindunya...*
*Lagi sekali,aku cilok kat fesbuk.Mintak halal*

*Rais hadiahkan lukisan terakhir dia buat ak sebelum pergi...=)

Bingkisan terakhir darinya buatku.

Aku tersentap dgn katanya.
Waktu akademik,aku pulun lg.Walau pun form4 normalnya honeymoon,tapi pulun ni dah sebati dgn aku.Tak boleh nak sekat2 dah.Exam pun ok.Sejarah masih dipegang.Syariah n Al-quran Sunnah jajahan takluk aku yg terbaru.Tapi malang,aku 3 subjek science n 2 math kurang sikit.Lambat nk tangkap.Masa form4 ak tak risau pun.Janji lulus,tak 'tarik' result ak.Keji di situ bukan?.Aku dulu ambil thanawi jugak walaupun ak bukn kelas thanawi.Saja suka2,nk test diri.Thanawi mcm i'dadi,tapi level dy tinggi lagi.Subjek pun ada yg tak jumpa masa i'dadi.Ada 9 tak silap ak.Memang belajar sendiri.Kutip la nota2 dr budak kelas thanawi.Senior aku,Aizat la pencetus.Dia kelas science n ambil thanawi jugak,dan result dy masa tu terbaik peringkat sekolah.Dapat pangkat Jayyid Jiddan,pangakat kedua selepas Mumtaz.Thanawi ni bab menghafal,kelebihan pd aku juga sedikit sebanyak.Pulun sepulun,ambil exam,doa,tawakkal,keluar result.Tak sangka,aku dapat Mumtaz.The only one.Wajarlah aku sedikit merenggangkan nasalis muscle aku lalu dikempis berulang kali.Syukur Alhamdulillah.

Aku dgn Acap masa hari anugerah 2008
Masa form4 ada pertandingan kawad kaki Hari Kebangsaan.Acara ni mmg sekolah aku pegang dari dulu.Sumpah letih gila even kawad dy jalan biasa n bukannya kawad bunga yg kompleks tu.Jauh kena berkawad aku dah lupa.5 kilometer pun ada aku rasa.Masa tu la fizikal aku berubah secara mendadak.Botak.HItam.Kurus.Mana tak nya,latihan pun 3 bulan.Tapi masa tyme aku,dpt no 3.Kalah dgn Sekolah perempuan pulak tu,Sekolah Ta'yah.Sumpah malu gila.

Cover malu ble dah kalah

Belakang sekali,orang penting dlm skuad.haha...

Kawad muslimah


Dan ini 'natijah'nya
--
--
--
--
--
Pernah suatu ketika...

Lagi satu,aku masa form4 ni ntah macam mne,kena lantik jadi PRS n AJK Kelab Kaunseling.Badan khas jugak setaraf Lembaga KP n BADAR.Cuma masa ni dy baru nak naik balik.Tapi malang,presidennya mcm ada sikap tak acuh.Busy dgn SPM barangkali.AJK form4 yg lain hny meeting utk tahun depannya,bila ktorg pulak yg akan pegang.So,persahabtan masa tu mmg rapat.Wafi,Anep,Alip,Lokomas,Syed Amar,Nasrun Naim,Mursyid,Ujai,Yong n etc.Ada hikmah di sebalik rupanya...=)

Itulah sedikit sebanyak kisah honeymoon yg tak berapa menjadi semasa form 4.Melaun mana (baca=nyamuk) gatal gigit2 kulit aku pagi2 ni.Haruslah itu aku anggap sebgai petanda untuk segere buat penutup.Sambung pengajian di form5 yg bercampur baur laksana koktel aku beli kat ipoh Garden hari tu.Ehh?

Kamil:
1)Mungkin ada yg kurg paham jalan cerita.Kena baca siri yg sebelum2 ni jugak.Nampak motif dia kat situ?
2)Panjang entry kali ini.Next siri aku nak buat point.
3)Aku agak desperate jugak mencari gambar2 lama.Yang tak hensem belambak,mustahil aku bubuh kat sini.






otak aku berfikir secara kritikal..

Wednesday, 1 August 2012

USA,dimana bumi ku pijak #1

Assalamualaikum

Buat pertamanya,berikan aku sedikit ruang untuk merasa bangga atas kelahiran sekuel yg terbaru ni."USA,dimana bumi ku pijak".Hoho,bangga...bangga..!Wah,aneh pula bila dibaca kali kedua.Semacam ada anasir syok sendiri dan forever alone.Ohh,abaikan.

Sebenarnya,kali ni bukanlah siri yg betul2 siri semacam slot API,WW atau pun ToT.Oleh sebb kisah aku di bumi USA sudah pun tamat,maka haruslah ianya pendek dan tak layak di sebut 'siri'.Barangkali istilah 'bahagian' atau 'chapter' lebih tepat bunyinya.Tetapi,oleh kerana aku agak hensem lewat masa kini,maka aku abaikan prinsip2 dan juga polisi penbendaharaan kata bgi memenuhi citarasa efek yg lebih meruncing pemikiran.Eh,ade kaitan kan?

Tengok tajuk saja,ak yakin mesti yg akan kagum dgn aku.Ye lah,sudah lah muda kacak bergaya,dapat pegi USA..Aku sendiri pun terasa aura2 tersebut.Tapi awas,USA di sini bukanlah yg ada kaitan dgn Obama apatah lg kembar seiras aku,Tom Cruise.Tapi USA di sini adalah UiTM Shah Alam jeee.Motif aku meringkaskan kpd USA adalah semata2 melahirkan emosi yg teruja kpd pembaca.Berjaya bukan?

*Duit pun takde,takyah berangan nak pegi US bagai.
*Aku tulis kat fesbuk tempoh hari,ada yg percaya rupanya.Yes!

USA dr level 20 SnT tower.Kejadah gamba rosak?
Baik,untuk debut kali ni,aku start dari study week final exam semII lah.Memang ia tak meliputi kesemua kisah meroyan di UiTM,tp agak mustahil aku nak taruk semua sedang aku bergelut dgn sikap pemalas yg tempoh hari sering singgah di kerangka hidup aku.Nampak motif kewajaran disitu?

Okey,kita masuk cerita eh.Study week (9-22 july 2012)

Lantaran sikap aku yg  sudah banyak melalut di atas,aku pun dah hilang mood nak cerita banyak2.Ditambah pulak mmg aku xde cerita yg menarik sgt pun sepanjang 2minggu study week tersebut.Tipikal lah orang study.Dah nama pun study week,mmg kena study lah.Study itu semacam membuka buku lalu dibacanya penuh emosi  dgn persiapan rapi termasuklah kopi disebelah dan kudap kudapan yg sedia ditelan tatkala mengantuk.Study atau kata mudahnya,belajar.*Mohon kalian cepat paham dek kerana aku kehabisan idea*.Itulah aktiviti tipikal sepanjg tempoh tersebut.Kagum bukan?.Cumanya ada segelinitr yg dikurniakan otak geliga tahap nostradamus kadang2 melencong ke bukit raja jugak tengok movie.Paling kurang stay up sampai subuh layan DOTA.Bg golongan versi noob dan skema sperti ak,layan 2-3 movie sudh mampu melahirkan bibit penyesalan yg tak sudah2.Motif?

Ekeleh..study tak yah serius sgt beb.hehe
Ya,aku lupa pula.Sebelum study week tu,mostly kelas n kuliah semua buat kali yg terakhir.Maka,haruslah ketika itu tahap perasaan masing2 di kedudukan moksya sekali.Syahdu.Memori indah kelmarin secara menyentap pantas menggundah gulanakan benak fikiran.Kecamuk.Banyak masa dihabiskan bersama.Entah jumpa lagi atau tak sem hadapan.Mohon turut feeling bersama aku....wuwuwuwu T.T

Kuliah terakhir di USA.Syahdu.
Farewell for PBL group...=)
Hakikat study week 2 minggu bukanlah 24hour dgn buku.Banyak juga masa diperuntuk untuk benda lain sebenarnya.Itulah masa yg banyak dihabiskan dgn ikhwah di bumi USA.Suka duka itulah yg mewarnai perjalanan aku membuatkan mujahadah di bumi USA sgt ohsem dan bermakna.Gonna miss u 
USA !

Kamil
1)Cerita akan disambung untuk episod akan datang
2)Aku agak pemalas sekrg.Bajet satu hari satu entry...fufufufu..






otak aku berfikir secara kritikal..