*Maaf jika ada yg tersentap.Penggunaan perkataan yg agak skema bg mendapatkan mood 'tazkirah'*
Perubahan.Satu kata yg agak menyentap lagi menusuk.Terkadang kita terfikir sejenak akibat terlintasnya perkataan ini.Aku ni jahat sgt ker?Aku ni baik sgt ker?Aku ni perlukan perubahan ker?Aku ni dah sampai seru ke nk berubah?Aku berubah kena ikut trend ker?Aku berubah kena ikut mood ker?Itu barangkali sebahagian persoalan yg mungkin bermain di fikiran tatkala bicara soalnya perubahan.Dimana sekalipun kedudukan soalan itu,pokok pangkalnya adalah terdetiknya perubahan.Semestinya perubahan yg kita cari ialah perubahan ke arah kebaikan.Kalau hny menempah mungkarnya Allah,itu namanya bukan sekadar perubahan,tapi juga kebinasaan.
Taubat lah nasuha wahai hamba Allah |
Lewat bulan ini,ramai juga sahabat aku tercetus di sanubari mereka akan untuk berubah ke arah kebaikan.Syukur,itu petanda Hidayah dan bimbingan Allah.Konsep tarbiah sgt luas,kawan.Bagi kita sebagai hambaNya,Hidayah sampai dalam pelbagai cara,dan yg plg mudah ialah dengan ujian dan derita yg ditimpa.Itulah tarbiah yg plg terkesan di sanubari seorang hamba Tuhan yg biasa.Sama juga aku.Namun,ada juga yg berpangkat hamba yg lain memperleceh.
"Mamat ni bila tersentap,baru nk ingt mati,nak ingt Allah".
Bunyinya mungkin semacam begitu.Ayuh kawanku,sesungguhnya,kita tidak pernah ada hak menilai iman seseorang.Jika perubahan seseorang mula berputik,apa lah kiranya kita menambah 'baja' agar kelopak bunganya terhasil lbh lingkar indahnya.Adapun jika 'perubahan' itu bersifat sementara hny krn tuntutan persekitaran,kita msh tiada hak utk berkata tidak.Siapa kita?Itulah dia si pembuat dosa,pelupa alpa nikmat segala,perosak alam duniawi dr sejahtera.Justeru,doakan saja,moga2 itu titik perubahan yg hakiki.Contoh mudah,seorg wanita memakai tudung kerana polisi sekolah/pejabat etc,bukan setulus niatnya.Doronglah meraka duhai teman.Tiada rugi bagi mu,pada dia jua.
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah,nescaya dia akan melihat balasannya.Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah,nescaya dia akan melihat balasannya"
-Al-Zilzal,7-8-
Perubahan itu subjektif.Tapi sebelum tiba subjektif,terlebih dahulu ianya objektif.Bila mana seorang hamba mendapat Hidayah,akan terjadinya pertarungan dalamn.Lakukan perubahan atau terus berdegil.Itulah 2 pilihan soalan objektif tersebut.Terkadang kita merasa Allah menyampaikan sesuatu kpd kita,tapi endah tak endah sahaja reaksi susulan.Tersedar dr kesilapan itu Hidayah,penentunya adalah tindak tanduk selepas itu yg bergantung pd Iman Taqwa dan keizinanNya.Terpulang kepada kita yg punya waras akal yg sempurna.Perubahan juga subjektif.Setengah orang menilai perubahan itu berbeza dari setengah yg lain.Si A mungkin kata tak tinggal solat itu berubah,tapi mungkin bagi si B tak tinggal solat di masjid itu baru berubah.Tak kisah bagaimana cara kita menilai.Pokoknya perlukan adanya perubahan itu sendiri walau sekecil mana.Cuma,hamba Allah yg beriman akan berusaha memperbaiki amal ibadahnya setelah berubah sedang ibadahnya sudah nampak 'bagus' di mata yg lain.Sentiasa perbaiki diri.
Hidayah itu perlu dicari,bukan hanya dinanti.Meskipun ianya hak milik Allah yg hakiki, ketahuilah Allah itu maha Adil juga Maha pemberi.Maka,pohonlah.Carilah ia dgn perbaiki amal ibadah,basahi lidah dgn zikrullah,suburi hati dgn keindahan dan nilai Islami.Tetapi mengapa perlu?.Kerana petunjuk Allah itu sgt bernilai.Nilainya mampu menyelamatkan kita dr lubang neraka,juga membantu kita menuju taman syurga.Mungkin ada sebahagian kita yg istimewa mendapat hidayah itu dlm dirinya jauh dr Allah.Memang ada,tp diulangi itu istimewa.Sila faham apa maksud istimewa.Kalau tak,perkataan ini tak digunakan.Kita tak boleh mengharapkan saja menjadi golongan istimewa tersebut.Rezeki pangkalnya.
"Dan jiwa serta penyempurnaannya.Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikkan dan ketaqwaan.Sesungguhnya beruntunglah orang yg menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yg mengotorinya"
-As-Syams,7-10-
Hidayah ibarat cahaya,tak menyapa kamar yg tidak dibuka jendelanya...=) |
Setelah lakukan perubahan,perkara yg dikhuatiri adalah istiqamah.Itu adalah masalah utama bg kebanyakn hamba Tuhan yg biasa,sama macam aku.Istiqamah adalah berpegang teguh di atas jalan yg benar.Manusia itu pelupa,bukan hanya engkau berbangsa melayu.Seringkali kita alpa dan lupa diri bila nikmah kebahgian mula kecapi.Itu lumrah dunia.Manusia amat sukar tetap hatinya akan kesedaran yg pernah dia alami.Sekali lagi,hanya iman taqwa sebagai benteng.Pujuklah hati,tekadkan usaha,mohonlah padaNya agar hati yg sejahtera itu berkekalan.Biar sedikit pun perubahan itu,istiqamah yg utama.Kita perbaiki sedikit demi sedikit.InsyAllah,pertolongaNya akan tiba.Rasulullah bersabda:-
"Sebaik baik amal di sisi Allah ialah yg istiqamah,sekalipun sedikit"
-Riwayat Bukhari Muslim-
-Riwayat Bukhari Muslim-
Bukankah kita hamba Tuhan yg mahu menuju Akhirat?
p/s:sori entry lambat masuk,aku baru sampai ke bilik kira2 sejam lalu.
p/s 2:thanks buat sahabat karib,Taufiq yg sanggup luang masa teman aku sambil menggendong beg yg berat ke PKNS utk ambil spec.Moga Rahmat Allah senantiasa bersamamu...=)
p/s 3:Aku ada spec baru.Harapnya aku lebih cool esok.
2 comments:
Nice entry. Mungkin yang plg best setakat ni yg saya baca[?]
Meskipun cuma terlintas di hati nak berubah tu pun sudah dikira nikmat besar yg Allah nak beri utk hambaNya.
Adakah sama istiqamah dan konsisten? Mungkin akhi boleh jwb[?] Boley jugak biarkan soalan tnpa jwpn kalau mls nk jwb.
Moga ini baik, inshaAllah
thanks.. utk perbaiki diri aku yg lemah ini jua.insyAllah..
ilmu ak xlah tinggi mna.tp klo cuba mjwb soaln,ak rsa 2 tu bnda yg sama.cuma konsisten nmpk lbh umum.istiqamah lbh spesifik kpd iktiqad n amal kebaikn yg meliputi hati,lisan n amaln.Wallahu'alam.
Post a Comment